pasukan perunding mampu

Upload: suzie971

Post on 13-Oct-2015

76 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

konsultasi ICT

TRANSCRIPT

  • Memacu Transformasi ICT Sektor Awam

    Pasukan Perunding ICT Sektor Awam

  • 2 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Dato MohaMaD ZabiDi ZainalKetua Pengarah MAMPU

    PrakataPenempatan Pasukan Perunding ICT Sektor Awam di MAMPU memang tepat pada masanya. Bermula dari era 70an, Sektor Awam telah mula mengenali komputer, namun hanya fungsi utama agensi mula dikomputerisasi secara terhad. Seterusnya pada RMKe-7, Kerajaan Elektronik mula diperkenalkan dan kemudiannya pada RMKe-8, MAMPU telah menghasilkan ICT Blueprint Sektor Awam sebagai panduan kepada agensi-agensi Sektor Awam. Tidak syak lagi RMKe-9 dan RMKe-10 menyaksikan ICT sebagai pemangkin dalam transformasi perkhidmatan Kerajaan.

    Peranan Pasukan Perunding ICT dalam khidmat nasihat, perundingan dan pembangunan projek kepada agensi Kerajaan telah berjaya mengurangkan kebergantungan kepada perunding swasta. Penghasilan produk secara insourcing bukan sahaja menjimatkan kos pembangunan dan penyenggaraan, malah ianya secara langsung dapat meningkatkan tahap kompetensi penjawat awam. Peruntukan pembangunan ICT yang terhad ditambah dengan gesaan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan secara online akan menjadikan Pasukan Perunding sebagai jentera utama dalam agenda ICT negara. Saya yakin, Pasukan Perunding akan terus menerajui pembangunan produk yang setanding dengan sektor swasta hasil sokongan padu semua pihak.

    PenghargaanKepercayaan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan melantik Pakar dan Perunding ICT di kalangan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) membuktikan pengiktirafan kepada PTM Sektor Awam. Kepercayaan ini telah digalas dengan sempurna di mana sejak 2 tahun beroperasi, sebanyak 34 projek pembangunan, 63 khidmat perundingan dan 41 khidmat nasihat telah berjaya dilaksanakan.

    Kejayaan Pasukan Perunding tidak akan menjadi kenyataan tanpa komitmen dan kerjasama semua agensi Kerajaan. Sokongan padu pengurusan atasan MAMPU menyemarakkan lagi semangat Pasukan Perunding untuk terus menempa kejayaan.

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 3

    Prakata

    Penghargaan

    Pengenalan

    Penilaian Pencapaian

    Kolaborasi Peringkat

    Antarabangsa

    Program Projek

    Analisa

    Kolaborasi

    Way Forward

    Senarai Projek Pembangunan,

    Khidmat Perundingan & Khidmat

    Nasihat (2009 & 2010)

    2

    2

    4 7

    8 9

    10 11

    12 39

    40 41

    42 - 55

    Kandungan

  • 4 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Latar Belakang dan Punca Kuasa

    Pasukan Perunding ICT Sektor Awam (PPICT) ditubuhkan pada 18 November 2008 selaras dengan aspirasi Ketua Setiausaha Negara untuk mewujudkan pasukan pakar ICT di Sektor Awam. Pembentukan PPICT adalah susulan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2007 dan Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (3P) Bil. 17/2007.

    Objektif Penubuhan PPICT

    PPICT ditubuhkan bertujuan untuk:

    (a) Mengurangkan jurang kebergantungan terhadap pembekal/ kontraktor dalam pembangunan projek ICT;(b) Membangunkan kepakaran dalaman dalam 8 bidang iaitu Pengurusan Strategi ICT, Pengurusan Projek, Pengurusan Maklumat Pembangunan Sistem, Pengurusan Pangkalan Data, Pengurusan Pusat Data, Pengurusan Rangkaian, dan Pengurusan Keselamatan Maklumat; dan(c) Memperkasakan sistem penyampaian sektor awam melalui perkhidmatan perundingan ICT yang berkualiti dan membangunkan kepakaran ICT sektor awam ke arah kecemerlangan dan peningkatan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

    BAHAGIAN I Pengenalan

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 5

    Perkhidmatan Yang Disediakan

    PPICT menyediakan 3 jenis perkhidmatan iaitu:

    Pembangunan ProjekProjek Pembangunan melibatkan aktiviti dalam merancang, mengkaji, membangun dan melaksanakan projek-projek ICT yang berimpak tinggi sama ada projek yang merentasi agensi atau projek yang menyokong secara terus perkhidmatan utama agensi serta menyokong pencapaian program teras Misi Nasional untuk mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam.

    Penglibatan Pasukan Perunding ICT dalam Pembangunan Projek adalah untuk membantu pelanggan bermula dari awal hingga akhir projek bergantung kepada peringkat dan tahap penglibatan. Bagi Pembangunan Projek, ianya perlu dilengkapi dengan jadual perancangan (Gantt Chart), mempunyai aktiviti, penghasilan, tugasan dan sebagainya. Di akhir projek, Pasukan Projek akan menghasilkan produk dalam bentuk dokumen dan/atau, sistem aplikasi dan/atau instalasi ICT.

    Khidmat PerundinganPerkhidmatan yang melibatkan kajian melalui mesyuarat/bengkel serta mengkaji proses/laporan terhadap projek-projek ICT yang dilaksana atau yang bermasalah. Satu laporan akan dihasilkan yang memperaku dan mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap projek yang dilaksanakan.

    Khidmat nasihatMemberi panduan dan bimbingan kepada agensi dalam melaksanakan sesuatu projek ICT atau bagi tujuan menyelesaikan sesuatu masalah ICT.

    Perkhidmatan yang disediakan merangkumi 3 trek pengkhususan yang terdiri dari 8 bidang kepakaran ICT iaitu:

    (a) trek Strategis

    (i) Pengurusan Strategik iCt Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam pengurusan strategik ICT antaranya adalah pembangunan dan semakan semula Pelan Strategik ICT (ISP) agensi supaya selaras dengan Pelan Strategik Agensi dan Pelan Strategik ICT Sektor Awam.

  • 6 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    (ii) Pengurusan Maklumat Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat projek-projek bidang pengurusan maklumat, pengurusan pengetahuan dan pengurusan kandungan.

    (iii) Pengurusan Projek iCt Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam menguruskan projek-projek ICT dan menyelesaikan masalah pelaksanaan projek ICT.

    (b) trek Pembangunan Sistem

    (i) Pembangunan Sistem Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam aplikasi online termasuk kajian keperluan, analisa sistem, rekabentuk sistem, pemprograman, pengujian, pelaksanaan dan penyenggaraan.

    (ii) Pengurusan Pangkalan Data Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam rekabentuk, pengauditan dan pengurusan pangkalan data.

    (c) trek teknikal

    (i) Pengurusan Rangkaian Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam rekabentuk, pengurusan prestasi, trouble shooting dan pengurusan konfigurasi rangkaian.

    (ii) Pengurusan Keselamatan Maklumat iCt Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam pengurusan keselamatan maklumat seperti tadbir urus keselamatan maklumat, pengurusan risiko, penilaian keselamatan sistem dan rangkaian, dan perancangan kesinambungan perkhidmatan /pemulihan bencana.

    (iii) Pengurusan Pusat Data Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam perancangan, pembangunan dan pengoperasian pusat data.

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 7

    Prosedur Pemberian Perkhidmatan

    Prosedur perkhidmatan adalah berasas kepada MS ISO 9001 MAMPU. Permohonan yang diterima akan dinilai dan dibuat kajian awal (jika diperlukan) bagi mengenalpasti masalah dan menentukan bidang khidmat perundingan yang bersesuaian.

    Carta alir kaedah pemberian perkhidmatan adalah seperti Rajah 1 di bawah:

    1. Permohonan oleh agensi2. Arahan dari stakeholder

    1. Beri jawapan kepada agensi yang memohon2. Maklumkan butiran perkhidmatan

    1. Laksanakan Kajian Awal (jika Perlu)2. Sediakan project brief (jika berkaitan)

    Dapatkan kelulusan

    Laksanakan Khidmat perundingan

    Dapatkan maklumbalas kepuasan pelanggan dari agensi.

    Pemantauan keberkesanan.

    Terima pemohonan/ arahan

    Dapat maklumbalas agensi

    Pemantauan

    Tamat

    TINDAKAN

    Rajah 1 : Carta Alir Pemberian Perkhidmatan

    Sediakan jawapan permohonan

    Dapatkan butiran agensi pemohon

    Dapatkan kelulusanpengurusan atasan

    Laksanakan khidmat perundingan

  • 8 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Ringkasan Pencapaian Bilangan Projek

    Pada awal 2010, satu kajian Post Implementation Review (PIR) telah dibuat ke atas perkhidmatan yang diberikan pada 2009. Hasil kajian mendapati, dari indeks kualiti perkhidmatan, majoriti bersetuju perkhidmatan yang diberi mencapai objektif dan memuaskan serta memenuhi keperluan seperti yang ditunjukkan oleh carta histogram di bawah.

    Penilaian Agensi

    BAHAGIAN 2 Penilaian Pencapaian

    Carta 1: Analisis Skop, Objektif dan Serahan Projek

    Obj

    ektif

    Te

    rcap

    ai

    Kepe

    rluan

    Pr

    ojek

    Mem

    enuh

    i Ke

    perlu

    an

    Sera

    han

    Proj

    ek

    berf

    ungs

    i

    Peru

    baha

    n

    Skop

    Uru

    san

    Sangat Setuju 50.0% 62.5% 55.6% 44.5% 100.0%

    Setuju 50.0% 37.5% 11.1% 22.2% 0.0%

    Kurang Setuju 0.0% 0.0% 33.3% 33.3% 0.0%

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 9

    Dari aspek pemindahan teknologi, majoriti responden kurang bersetuju bahawa mereka mempunyai kemahiran mengendalikan projek di masa akan datang. Walau bagaimana pun, majoriti mempunyai keyakinan mengendalikan projek yang serupa di masa akan datang seperti yang ditunjukkan dalam histogram di bawah:

    *Perspektif Agensi peningkatan kemahiran personel agensi, peningkatan keyakinan personel agensi

    Carta 2: Analisis Pemindahan Teknologi

    Latih

    an

    Men

    cuku

    pi

    Pem

    inda

    han

    Tekn

    olog

    i M

    encu

    kupi

    Mah

    ir Ke

    ndal

    i

    Yaki

    n Ke

    ndal

    i

    Sangat Setuju 66.7% 50% 28.6% 18.2%

    Setuju 33.3% 50% 28.6% 63.6%

    Kurang Setuju 0.0% 0.0% 42.8% 18.2%

  • 10 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Keselamatan Sistem ASEAN Single Window (ASW) bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)

    BAHAGIAN 3Kolaborasi Peringkat Antarabangsa

    Mesyuarat Technical Expert Group (tEG) aSW pada 18/8/2009 di bangkok, thailand

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 11

    Projek ASEAN Single Window (ASW) adalah satu projek peringkat antarabangsa bagi mewujudkan satu gerbang ICT yang menjadi hub bagi rangkaian sistem National Single Window (NSW). Projek ini dianggotai oleh wakil beberapa negara ASEAN. Rangkaian sistem ASW dan kesemua Sistem NSW akan membantu urusan perdagangan di kalangan pihak berwajib negara-negara ASEAN yang menyertainya di samping membawa manfaat kepada komuniti perniagaan rantau ASEAN dan lain-lain rakan niaga di peringkat global. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), selaku sekretariat ASW bagi Malaysia, MITI memerlukan khidmat perundingan dari MAMPU dalam penyediaan langkah-langkah keselamatan secara teknikal dan tadbir urus yang perlu diambil oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem ASW.

    Bagi menjayakan projek ini, objektif yang telah ditetapkan adalah:n Menyediakan Rangka Kerja Keselamatan Maklumat yang boleh diguna pakai oleh sistem ASW dan negara-negara ASEAN yang lain; dann Membangunkan Rangka Kerja Keselamatan Maklumat untuk projek perintis ASW.

    Perunding Keselamatan Maklumat dari MAMPU telah mengemukakan Rangka Kerja Keselamatan Maklumat bagi ASW (Information Security Framework for ASW) dan Spesifikasi Keselamatan Maklumat bagi pelaksanaan perintis ASW (Information Security Specification for ASW Pilot Implementation). Pasukan projek ASW telah menggunakan rangka kerja ini untuk menyusun dasar dan komponen keselamatan yang perlu ada di dalam infrastruktur digital ASW. Seterusnya produk kedua telah digunakan dalam proses perolehan perkakasan dan perisian bagi sistem portal ASW. Rangkaian sistem ASW dan kesemua sistem NSW akan membantu urusan perdagangan di kalangan pihak berwajib negara-negara ASEAN yang menyertai di samping membawa manfaat kepada komuniti perniagaan rantau ASEAN dan lain-lain rakan niaga rantau lain di peringkat global.

  • 12 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Sejak penubuhan PPICT sehingga kini, sebanyak 34 projek pembangunan, 63 khidmat perundingan dan 41 khidmat nasihat telah disediakan seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1. Di antara projek utama yang dijalankan ialah:

    Pelan Strategik ICT (ISP)

    Pelan Strategik Teknologi Maklumat atau dikenali sebagai ISP (ICT Strategic Plan) adalah satu dokumen perancangan arah tuju pelaksanaan projek ICT, antara lain menerangkan inisiatif strategik ICT yang memenuhi keperluan agensi untuk tempoh tertentu. Keperluan agensi mempunyai ISP telah dinyatakan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 4/2004, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 dan juga merupakan satu elemen yang diukur dalam Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam (Star Rating). Pada masa lalu, ISP agensi sektor awam sering dibangunkan secara outsourcing kerana kekurangan kepakaran dalaman dan ianya telah melibatkan kos yang tinggi.

    Melihat kepada senario ini, Perunding Perancangan Strategik ICT, MAMPU menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat pembangunan ISP. Menggunakan pendekatan handholding and coaching, Perunding bertindak sebagai pembimbing dalaman dan mengambil tanggungjawab bersama dengan agensi dalam membangunkan ISP. Perunding menyediakan metodologi pembangunan, antaranya merupakan templat, borang penilaian ICT, teknik analisis dan teknik pembangunan strategi serta kaedah penulisan dokumen. Perunding akan bersama pasukan agensi membuat sintesis bagi menentukan strategi dan formulasi pelan tindakan ICT serta menulis dokumen ISP yang merupakan serahan utama perkhidmatan ini.

    BAHAGIAN 4Program / Projek

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 13

    Bagi tahun 2010, sebanyak 11 agensi iaitu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Perbendaharaan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Perdana Menteri, Agensi Angkasa Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Audit Negara, Pejabat SUK Perlis, Pejabat SUK Pulau Pinang, Universiti Sains Islam Malaysia dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mendapat faedah dari perkhidmatan perundingan ini. Manakala khidmat nasihat pula sebanyak 3 agensi iaitu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Bagi tahun 2011, pula sebanyak 13 projek pembangunan ISP iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pahang, Biro Pengaduan Awam, Pejabat SUK Negeri Sembilan, Jabatan Perangkaan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sedang dilaksanakan.

    Untuk tahun 2009, anggaran penjimatan kos kerajaan adalah sebanyak RM1.1 juta secara perbandingan jika pembangunan ini dilaksanakan secara outsourcing yang melibatkan 5 projek khidmat perundingan iaitu Bahagian Penyelidikan JPM, Lembaga Pelabuhan Johor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pejabat SUK Pahang, Perpustakaan Negara Malaysia dan 5 khidmat nasihat iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Luar Negeri, Lembaga Tembakau Negara, Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

    Pendekatan ini telah memberi impak yang besar kepada agensi kerajaan. Selain penjimatan kos, agensi juga dapat membangunkan kepakaran kakitangan dalaman. Pendekatan ini amat relevan kerana perancangan lebih berkesan dan mudah diterjemahkan dalam pelaksanaan. Perancangan yang dibuat lebih rasional selaras dengan kemampuan dan kekangan agensi. Bagi sektor awam pula, pendekatan ini adalah asas permulaan untuk membentuk kumpulan pegawai ICT yang berkemahiran dan pakar dalam bidang strategik ICT. Kerjasama kumpulan ini dengan pegawai ICT yang berkemahiran akan dapat membantu agensi kerajaan membangunkan ISP yang selaras dengan arah tuju ICT kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Pelan Strategik ICT Sektor Awam. Secara tidak langsung, kebergantungan kepada perunding swasta akan dapat dikurangkan.

    Majlis Exit Conference iSP bahagian halEhwal Undang-Undang, JPM

    Majlis Exit Conference iSP Perpustakaan negara Malaysia

    Majlis Sign Off Projek iSP Majlis Keselamatan negara

  • 14 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Projek Khidmat Perundingan Kajian Keperluan Sistem National Cyber Coordination And Control Centre (NC4) bagi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri

    MAMPU telah menerima permohonan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu menjalankan kajian keperluan sistem NC4. Pasukan Perunding ICT MAMPU telah memberi khidmat perundingan mulai 13 Mei 2010 hingga 31 Disember 2010 melalui satu Pasukan Kerja Teknikal Projek NC4 yang turut dianggotai oleh wakil-wakil dari Majlis Keselamatan Negara, Cyber Security Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. NC4 adalah entiti yang dibentuk di bawah struktur Pengurusan Krisis Siber Negara bagi memastikan negara sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman siber dan mampu menangani ancaman tersebut secara berkesan. NC4 merupakan sebuah pusat operasi siber yang objektifnya adalah untuk memastikan penyelarasan dan kerjasama yang bersepadu antara sektor awam dan swasta mewakili 10 sektor Critical National Information Infrastructure (CNII). Dengan terbentuknya NC4 pengurusan keselamatan siber negara dapat dipertingkatkan.

    Objektif projek ini adalah:n Memberi khidmat perundingan kepada ahli pasukan projek dalam melaksanakan kajian keperluan sistem NC4;n Mengemukakan penyelesaian teknikal bagi menepati keperluan sistem NC4; dann Menghasilkan dokumentasi akhir dalam bentuk dokumen tender yang merangkumi spesifikasi teknikal terperinci sistem NC4 dan lain- lain keperluan infrastruktur.

    Pasukan Kerja Teknikal telah menghasilkan satu laporan yang mengandungi;n Hasil kajian keperluan pengguna dan sistem;n Cadangan fungsi-fungsi utama dalam NC4 yang akan dibentuk;n Penyelesaian teknikal NC4 yang merangkumi rekabina infrastruktur ICT, fungsi-fungsi utama dalam sistem-sistem aplikasi dan infrastruktur fizikal bagi pusat operasi dan kawalan keselamatan NC4; dan n Spesifikasi tender NC4.

    Laporan kajian keperluan NC4 ini telah membuahkan satu hasil yang boleh membantu MKN membuat perolehan sistem dan seterusnya merealisasikan pelaksanaan pusat kawalan dan pemantauan siber negara.

    Projek nC4

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 15

    Sub-Modul tarikh Pelaksanaan Catatan

    Bangunan 30 November 2010Semua Kementerian telah

    memasukkan data, kini dalam proses pengesahan data

    Jalan 18 Januari 2011 Baru mula pelaksanaan dalam proses penstabilan aplikasi

    Saliran 9 Februari 2011 Baru mula pelaksanaan dalam proses penstabilan aplikasi

    Pembetungan 30 Disember 2010Baru mula pelaksanaan dalam

    proses penstabilan aplikasi

    Dengan terlaksananya NC4, negara akan mempunyai satu lagi keupayaan di peringkat nasional untuk melindungi keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di maya siber.

    Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (SPATA) Modul Pendaftaran

    SPATA adalah projek yang diputuskan untuk dibangun oleh MAMPU secara insourcing dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Bilangan 1 Tahun 2009 bertarikh 19 Februari 2009. Projek telah bermula pada 1 April 2009 dengan pembentukan pasukan projek terdiri dari pegawai-pegawai PPICT dan subject matter experts dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP). JKR adalah lead agency bagi projek ini dan juga pemilik aplikasi. Dua jawatankuasa telah di wujudkan bagi memantau pelaksanaan projek tersebut iaitu Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MAMPU dan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU.

    Skop projek meliputi pembangunan aplikasi bagi mendaftar semua aset tak alih persekutuan yang merangkumi aset-aset bangunan, jalan, sungai, parit, terusan, empangan dan pembetungan. Aktiviti pembangunan aplikasi meliputi kajian keperluan, analisa dan rekabentuk sistem, pemprograman, ujian (User Acceptance Test dan Final Acceptance Test), data migrasi dan pelaksanaan aplikasi.

    Sehingga 15 Februari 2011, semua 4 sub-modul bagi Modul Pendaftaran telah dilaksanakan, sepertimana yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

  • 16 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Hasil dari pelaksanaan Modul Pendaftaran ini, kini penyimpanan maklumat aset tak alih Kerajaan Persekutuan lebih sistematik, lengkap, terkini dan berpusat. Ianya boleh digunakan sebagai decision making tool dan monitoring tool bagi Kerajaan membuat keputusan dan pemantauan yang lebih efektif mengenai aset-aset tak alih Kerajaan. Selain dari itu, ianya juga diguna sebagai productivity tool bagi pihak pengurusan agensi mengukur produktviti pegawai-pegawai yang bertangungjawab ke atas aset-aset tak alih Kerajaan. Dari segi kos, pembangunan Modul Pendaftaran ini hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM280,000 sahaja bagi perolehan perkakasan dan perisian.

    a. aktiviti - aktiviti Utama Projek SPata (Modul Pendaftaran) tahun 2009

    lawatan timbalan Perdana Menteri & KSn Sempena Pameran naFaM

    lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ke Pameran MYGoSSCon 2009 pada 4 - 6 november 2009 di PiCC, Putrajaya

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 17

    b. aktiviti - aktiviti Utama Projek SPata (Modul Pendaftaran) tahun 2010

    Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek SPata bil.1/2010 pada 29 Januari 2010 di MaMPU Putrajaya

    Mesyuarat Pasukan Projek SPata pada 17 ogos 2010 di JKR Kuala lumpur

    Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek SPata bil.2/2010 pada 22 Disember 2010 di MaMPU Putrajaya

    Penyerahan Sub Modul Pembetungan pada 30 Disember 2010 di JPP Kuala lumpur

  • 18 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Portal Sumber Digital Islam (IslamGRID) Projek ini adalah projek Proof Of Concept oleh Pasukan Teras, MAMPU dan merupakan projek yang telah disenaraikan di bawah program Pembangunan Kandungan Sektor Awam di bawah inisiatif Pelan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Negara. Agensi utama bagi projek ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang merupakan pemilik aplikasi. Agensi-agensi lain yang terlibat adalah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan/Pejabat Ugama Islam Negeri.

    Kos keseluruhan projek adalah RM1.687 juta untuk perolehan infrastruktur ICT dan perolehan perkhidmatan teknikal, manakala pembangunan portal dan kandungan dibuat secara insourcing oleh PPICT. Skop projek meliputi:(a) pembangunan portal; (b) pembangunan kandungan yang merangkumi lapan modul (Al-Quran, Al-Hadith, Kemusykilan Agama, Masjid, Pakej Pembelajaran, Video, Artikel Islam dan Majalah);(c) pengesahan kandungan oleh pihak JAKIM; (d) latihan dan sesi Transfer Of Technology (TOT) kepada pegawai-pegawai JAKIM; (e) perolehan infrastruktur ICT untuk menyokong Portal IslamGrid; dan (f) perolehan perkhidmatan berbentuk teknikal iaitu rakaman bacaan Al-Quran, pembangunan flip book bagi tafsir Al-Quran dan Al-Hadith, pembangunan Pembelajaran KAFA dan pembangunan Enjin Carian Islam.

    Daripada penghasilan portal ini, repositori maklumat/bahan Islam secara berpusat yang telah disahkan oleh JAKIM dapat diwujudkan dan Qari Malaysia juga dapat diperkenalkan di internet melalui portal rasmi Kerajaan. Portal ini juga menyediakan kemudahan jawapan yang sahih bagi kemusykilan agama, pencarian maklumat yang sahih melalui Enjin Carian Islam dan kemudahan pembelajaran yang mudah dan lebih efektif. Adalah diharapkan, portal ini juga dapat mempertingkatkan pemahaman orang Islam mengenai Islam dan memberi pendedahan mengenai Islam kepada orang bukan Islam.

    Portal IslamGrid boleh diakses melalui url: www.islamgrid.gov.my.

    Mesyuarat Jawatankuasa teknikal Projek islamGrid yang di pengerusi

    oleh timbalan Ketua Pengarah (operasi) JaKiM bil. 1/2010 pada

    10 Mei 2010

    Promosi Portal islamGrid semasa bengkel Kesedaran Pembangunan

    Kandungan Sektor awam pada 12 Disember 2008

    Seminar islamGrid Siri 1 yang dirasmikan oleh Ybhg. Dato Dr.

    Mashitah, timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada

    13 Mei 2009

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 19

    Sistem Pengurusan Hartanah MUIP Sistem Pengurusan Hartanah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ini telah dimohon untuk dibangunkan oleh Timbalan Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada 23 April 2009. Berikutan itu, satu pasukan projek telah diwujudkan di MAMPU yang terdiri dari empat pegawai PPICT dan seorang pegawai MUIP sebagai subject matter expert. Dari segi tadbir urus projek, Jawatankuasa Pemandu Projek dan Jawatankuasa Teknikal Projek telah diwujudkan di MUIP.

    Skop projek merangkumi pengurusan semua jenis hartanah di bawah pemilikan dan pemegang amanah MUIP seperti rajah di bawah.

    Sistem Pengurusan Hartanah MUIP mengandungi 6 modul iaitu Modul Pendaftaran, Modul Laporan, Modul Pengurusan Projek, Modul Pengurusan Kontrak, Modul Pengurusan Aset dan Modul Pengurusan Kewangan. Aktiviti pembangunan aplikasi melibatkan proses kajian keperluan sistem aplikasi, merekabentuk borang input untuk pengumpulan maklumat hartanah, merekabentuk aplikasi secara keseluruhan, merekabentuk pangkalan data, membangunkan aplikasi (pemprograman) secara modular, menguji aplikasi (User Acceptance Test and Final Acceptance Test), latihan pengguna dan operasi serta membantu MUIP dalam melaksanakan aplikasi. Sistem aplikasi berkenaan telah dilaksanakan sepenuhnya pada 24 Jun 2010.

    Melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Hartanah MUIP ini, maklumat hartanah yang diwakafkan di negeri Pahang disimpan secara berpusat manakala pembangunan hartanah yang diwakafkan dapat diuruskan secara lebih mudah dan teratur. Pihak pengurusan MUIP juga dapat membuat keputusan secara lebih efektif dan efisien dengan adanya penyediaan laporan yang dinamik melalui sistem aplikasi tersebut.

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    Sangat Setuju

    Setuju

    Kurang Setuju

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    Sangat Setuju

    Setuju

    Kurang Setuju

    Masjid Surau Perkuburan Islam Pertanian (Kelapa/sawit/getah) Sekolah Agama Kompleks/ bangunan Tabung Saham Wakaf

    Tanah Wakaf Tanah Rezab Kerajaan Tanah Baitulmal Tanah dibeli MUIP Permohonan tanah Kerajaan (pembayaran premium) Baitulmal

    Wakaf Saham Wakaf Sumbangan Kerajaan

    TANAH HARTA

    HASIL

    Sesi latihan Pengguna Sistem Pengurusan hartanah MUiP Fasa i pada 29 oktober 2009

    Sesi Ujian Penerimaan Sistem pada 14 Mei 2010

  • 20 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Projek Perundingan Pembangunan Sistem Returning Expert Programme (REP)

    Mesyuarat Panel 3P yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KSN telah memutuskan supaya Kementerian Sumber Manusia (KSM) bekerjasama dengan MAMPU untuk membangunkan One-Stop Portal (OSC) bagi memperkukuhkan pelaksanaan program kepulangan pakar (REP) di KSM dan program Brain Gain di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan tujuan untuk menggalak lebih ramai pakar rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk kembali berkhidmat di Malaysia. Bagi melaksanakan projek ini Pasukan Perunding ICT telah membimbing serta membantu Bahagian eKL, MAMPU dan Bahagian Pengurusan Maklumat, KSM untuk membangunkan One-stop Portal REP serta sistem-sistem aplikasi bagi mengurus dan memproses permohonan dari pakar untuk kembali ke Malaysia dan permohonan untuk mendapatkan insentif dari pelbagai agensi kerajaan (Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan dan Industri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia) setelah mereka kembali ke Malaysia.

    Dengan terlaksananya One-stop Portal dan sistem aplikasi ini, maklumat mengenai REP termasuk insentif serta prosedur yang terlibat dapat diperolehi dengan mudah dan cepat. Permohonan boleh dibuat secara online dan jangkamasa untuk memproses kelulusan juga dapat dipendekkan di samping menyediakan kemudahan pemantauan oleh urusetia REP dan agensi-agensi berkaitan. Dengan demikian, kerajaan dapat menarik lebih ramai pakar Malaysia yang berada di luar negara untuk kembali berkhidmat.

    Projek Pembangunan dan Perluasan Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan (e-Rating).

    Sistem e-Rating merupakan satu sistem penilaian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak agensi secara elektronik. Sistem ini dibangunkan secara insourcing sepenuhnya oleh Pasukan Perunding ICT Sektor Awam dalam dua bentuk iaitu kiosk dan Interactive Customer Terminal. MAMPU telah berjaya melaksanakan sistem tersebut secara perintis pada bulan November 2009 dengan menggunakan kiosk.

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 21

    Hasil pelaksanaan sistem aplikasi ini telah membantu pihak MAMPU dan agensi-agensi sektor awam untuk:

    (a) Mentransformasikan kaedah penilaian kepuasan pelanggan dari sistem manual ke sistem elektronik;(b) Meningkatkan transparensi dalam kaedah penilaian kepuasan pelanggan;(c) Meningkatkan keberkesanan kaedah penilaian kepuasan pelanggan dengan mengurangkan masa, kos, tenaga kerja, dan prosedur yang terlibat;(d) Meningkatkan keboleh kepercayaan maklumat dan pelbagai laporan dapat dijana secara realtime dan online; dan(e) Menjimatkan kos pelesenan kerana agensi hanya perlu menyediakan peralatan bagi tujuan pelaksanaan di agensi.

    Sebanyak 8 agensi sektor awam telah menggunakan aplikasi e-Rating.

    Sistem Bank Inovasi Sektor Awam (BISA)

    Projek pembangunan sistem aplikasi BISA adalah untuk menyokong usaha kerajaan ke arah satu perkhidmatan awam yang inovatif. Sistem ini dibangunkan secara insourcing sepenuhnya oleh Pasukan Perunding ICT Sektor Awam. BISA telah siap dilaksanakan pada akhir bulan September 2010.

    Hasil dari pelaksanaan projek ini telah membantu pihak MAMPU untuk:

    (a) Mempermudahcara proses penghantaran inovasi secara elektronik oleh agensi-agensi Sektor Awam;(b) Mewujudkan satu repositori unggul untuk inovasi di Sektor Awam sebagai rujukan bagi semua agensi;(c) Membantu MAMPU dalam mengurus repositori inovasi di Sektor Awam;(d) Meningkatkan keberkesanan kaedah penilaian pencalonan inovasi dengan mengurangkan masa, kos, tenaga kerja, dan prosedur yang terlibat;(e) Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam (G 2 G); dan(f ) Menjamin Source Code menjadi hak milik Kerajaan dan boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa, tanpa melibatkan kos yang tinggi dan kebergantungan kepada pihak pembekal.

  • 22 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Integrasi SPPII-SKALA

    Masalah Integrasi Projek Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dan SKALA telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada 12 Januari 2009. Susulan itu, MAMPU telah diarahkan untuk mengkaji dan seterusnya menyelesaikan masalah integrasi tersebut. Satu Pasukan Petugas telah dibentuk yang terdiri daripada MAMPU, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Hasil dari pelaksanaan projek ini:(a) 15 cadangan yang merangkumi 5 aspek iaitu polisi, data,

    teknikal, capaian dan piawaian seperti yang disyorkan oleh Pasukan Petugas telah dilaksanakan dengan jayanya oleh semua agensi yang terlibat;

    (b) Peratusan pengintegrasian telah meningkat daripada 33% kepada 100%.;(c) Peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan (G 2 G);(d) Peningkatkan keberkesanan kaedah pengintegrasian dengan mengurangkan masa, kos, tenaga kerja, dan prosedur yang terlibat; dan(e) Penjimatan kos di mana penyelesaian telah dilakukan secara dalaman dengan penglibatan pegawai teknikal dan subject matter experts.

    Sistem INSIST bagi Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) Pembangunan Dokumen System Requirements Specification (SRS)

    Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) telah menggunapakai aplikasi online yang dibangunkan, di antaranya: (a) Sistem Carian Kaunter sejak 1990;(b) Sistem Kutipan RM20 sejak tahun 2000;(c) Sistem Pengurusan Kes JIM (CMS-JIM) - sejak tahun 2002;(d) Sistem Carian Online Status Kebankrapan dan Penggulungan Syarikat (e-Insolvensi) - sejak tahun 2005 ; dan(e) Cetakan Keputusan Carian Rasmi (KCR) secara berpusat.

    Hasil daripada berlakunya perubahan kepada proses kerja, JIM dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) telah mengenalpasti beberapa kelemahan sistem yang tidak dapat menampung operasi jabatan. Untuk mengatasi kelemahan dan kekurangan dalam sistem-sistem aplikasi yang sedia ada pihak BHEUU dan JIM telah bercadang untuk membangunkan semula sistem-sistem di JIM untuk menjadikannya satu sistem yang bersepadu.

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 23

    Pasukan Perunding telah dipohon untuk membantu menghasilkan System Requirements Specification (SRS) bagi Modul Kebankrapan yang akan digunakan sebagai asas untuk membangunkan modul-modul lain di JIM.Hasil dari pelaksanaan projek ini telah membantu pihak BHEUU dan JIM untuk:

    (a) Mempercepatkan proses pengesahan keperluan bisnes dan pengguna bagi Modul Kebankrapan dengan pihak pembekal;(b) SRS yang dihasilkan telah menjadi rujukan kepada pegawai-

    pegawai teknikal BHEUU semasa berurusan dengan pihak pembekal dalam memastikan kualiti dan kandungan dokumen SRS yang dihasilkan oleh pihak pembekal;dan

    (c) Transfer of Tecnology (TOT) yang telah dijalankan semasa projek telah memberi keyakinan kepada pegawai-pegawai teknikal Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) untuk membangunkan sistem aplikasi secara dalaman.

    Projek Kerajaan Elektronik Terengganu (TeG)

    Projek TeG mempunyai matlamat untuk meningkatkan produktiviti dan efisiensi agensi-agensi Kerajaan serta meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Terengganu. Projek ini telah dibangunkan oleh pembekal swasta sejak September 2006 dan perkhidmatan pembekal telah ditamatkan oleh Kerajaan Negeri pada Oktober 2009 atas sebab tidak dapat menyiapkan projek sepenuhnya walaupun telah diberi lanjutan masa beberapa kali. SUK Terengganu kemudiannya telah memohon khidmat perundingan daripada MAMPU untuk mengkaji dan menilai tahap kesempurnaan sistem aplikasi, dokumentasi serta source code yang disediakan oleh pembekal bagi menentukan samada kerja-kerja penambahbaikan sistem boleh diambil alih dan juga bagi memuktamadkan pembayaran kepada kontraktor swasta. Khidmat perundingan MAMPU juga telah dipohon untuk membantu dalam penambahbaikan sistem dan melatih pegawai-pegawai teknikal di SUK sehingga sistem boleh digunakan.

    Hasil khidmat perundingan dan penambahbaikan sistem oleh PPICT, Sektor Awam, Sistem TeG telah boleh digunakan dan pegawai-pegawai teknikal SUK telah berupaya untuk meneruskan pembangunan sistem-sistem lain di masa hadapan. Khidmat perundingan ini juga telah berjaya menjimatkan lebih RM2 juta kos pembangunan sistem, RM100,000 kos latihan serta dapat menjimatkan lebih RM3 juta setahun bagi kos penyenggaraan sistem disebabkan pegawai-pegawai SUK sendiri telah berupaya untuk menyenggarakan sistem.

  • 24 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Aplikasi Operating Theater Management System (OTMS), Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    Operating Theater Management System (OTMS) merupakan salah satu modul yang dibangunkan dalam Projek Hospital Information System HIS@KKM. Pembangunan projek ini telah melibatkan semakan kualiti bagi setiap peringkat pembangunan aplikasi bersama dengan OTMS Panel Experts yang dilantik mewakili pakar-pakar perubatan KKM yang berkaitan. Melalui projek ini, dokumentasi piawai bagi setiap aliran proses kerja dan aliran logikal sistem telah disediakan. Deliverables projek OTMS termasuk Laporan Keperluan Bisnes OTMS dan Laporan Keperluan Spesifikasi Teknikal OTMS.

    Menerusi kaedah pembangunan insourcing, penjimatan kos utama yang dikenalpasti melibatkan kos pembangunan aplikasi, kos pelaksanaan di setiap hospital dan kos penyenggaraan dan peningkatan aplikasi OTMS. Anggaran penjimatan kos pembangunan sahaja ialah sebanyak RM600,000.00. Manakala kos pelaksanaan dan pemasangan di setiap hospital berjumlah RM300,000.00. Kos penyenggaraan tahunan setiap hospital dianggarkan berjumlah RM250,000.00.

    Pembangunan Portal Pengurusan Pengetahuan (KM) Kementerian Sumber Manusia (KSM)

    Portal Pengurusan Pengetahuan KSM adalah portal yang mengurus keperluan Bahagian Antarabangsa, Pejabat-Pejabat atace KSM di luar negara dan pengurusan Kementerian Sumber Manusia. Pembangunan projek ini melibatkan aktiviti utama berikut: :n Menjalankan kajian awal, keperluan kandungan portal, knowledge infrastructure, portal infrastructure, serta knowledge needs;n Menyediakan metodologi pelaksanaan KM di KSM;n Membantu KSM melaksanakan perolehan infrastruktur ICT bagi pembangunan dan pelaksanaan portal pengetahuan KSM;n Menyediakan struktur tadbir urus pelaksanaan pengurusan pengetahuan KSM; dann Melaksanakan khidmat rundingan bagi pembangunan kandungan portal pengetahuan KSM .

    Portal Pengurusan Pengetahuan telah dilancarkan oleh Y.B. Timbalan Menteri KSM pada 30 Disember 2010. Ianya boleh dicapai menerusi URL berikut: http://mohrkbank.mohr.gov.my/

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 25

    Portal ini telah bejaya menyediakan platform untuk penjanaan perkongsian pengetahuan di kalangan warga kerja di KSM, di samping mewujudkan projek pengurusan pengetahuan perintis di KSM. Melalui khidmat perundingan dalaman MAMPU, adalah dianggarkan sebanyak RM250,000 dapat dijimatkan.

    Pembangunan aplikasi Bank Pengetahuan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

    Pasukan Perunding MAMPU telah membantu Polis Diraja Malaysia membangunkan Sistem Knowledge Bank PDRM dengan n Menjalankan kajian awal, keperluan kandungan portal, knowledge infrastructure, portal infrastructure, serta knowledge needs PDRM;n Menyediakan metodologi pelaksanaan amalan pengurusan pengetahuan (KM) di PDRM;n Membantu PDRM merangka serta melaksanakan perolehan infrastruktur ICT bagi pembangunan dan pelaksanaan portal pengetahuan PDRM;n Menyediakan struktur tadbir urus pelaksanaan amalan pengurusan pengetahuan PDRM; dann Melaksanakan khidmat rundingan bagi pembangunan kandungan portal pengetahuan PDRM.

    Diantara serahan yang dihasilkan adalah rangka kerja, architecture design, taxonomy structure, ICT infrastructure serta content management system. Adalah dianggarkan sejumlah RM150,000.00 telah dapat dijimatkan menerusi khidmat perundingan yang diberikan.

    Aplikasi Hospital Information System (HIS) untuk Hospital- Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia

    Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 3/2009 dan JITIK Bil 1/2010 telah memutuskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan Sistem Pengurusan Pesakit (SPP) sebagai baseline untuk diperluaskan ke hospital lain. Pembangunan HIS juga telah ditetapkan dibuat secara insourcing.

    Melalui perancangan HIS untuk KKM, suatu roadmap bagi pembangunan modul-modul lain yang terlibat seperti gambarajah di bawah telah

  • 26 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    dikenalpasti untuk ditambah kepada sistem SPP sedia ada. Pembangunan modul-modul melalui rangka HIS ini telah menyediakan asas kukuh sebagai model pembangunan dan pelaksanaan aplikasi HIS secara dalaman bagi hospital KKM. Projek ini telah membolehkan KKM merancang untuk mempertingkatkan SPP ke tahap HIS dan seterusnya melaksanakan satu sistem HIS seragam ke hospital-hospital KKM dengan penjimatan besar dari segi pelesenan perisian HIS.

    Projek Forensic DNA Databank Malaysia (FDDM) Projek FDDM merupakan projek kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Kementerian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI). Ianya bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data bagi menyimpan profil DNA yang dikutip dari pesalah jenayah, suspek, orang yang ditahan, penagih dadah, sampel tempat kejadian, orang terlibat bencana dan sukarelawan untuk tujuan persepadanan (matching). Dengan adanya sistem ini, dijangka proses mengenalpasti pemilik DNA untuk membantu siasatan akan menjadi lebih cepat, maka dengan itu mengurangkan tempoh masa siasatan sesuatu kes. Perunding ICT memberi kerjasama kepada pihak PDRM dan Jabatan Kimia dalam menentukan Sistem Databank DNA Forensik Malaysia yang dibangunkan oleh pihak pembekal menepati spesifikasi yang ditetapkan.

    SPP Model hospital Seremban & Port Dickson

    Business Intelligent

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 27

    Projek Sistem KomputerJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Projek bermula pada 19 Jun 2009, apabila Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan mengenai gangguan yang telah menjejaskan capaian kepada sistem aplikasi utama Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu (SIKAP). Pasukan Perunding dipohon untuk membantu JPJ memulihkan kembali perkhidmatan online JPJ seperti sediakala.

    Sebanyak 16 siri mesyuarat telah diadakan dalam tempoh masa 12 hari, iaitu dari 19 Jun hingga 30 Jun 2009. Hasil kajian mendapati sistem komputer JPJ tidak dapat menampung keperluan JPJ dan tiga pelan tindakan telah disyorkan kepada JPJ, seperti berikut:n Tindakan serta merta: melaksanakan aplikasi secara minimal supaya beban ke atas komputer dapat dikurangkan; n Tindakan interim: melaksanakan operasi harian dengan menggunakan komputer di Disaster Recovery Facility (DRF) Shah Alam; dan n Tindakan jangka panjang: menggantikan sistem komputer sedia ada seperti mana yang dirancang.

    Masalah komputer telah dapat diatasi pada 30 Jun 2009 dengan semua urusan pengkomputeran dilaksanakan melalui komputer di DRF. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera, anggaran kadar kerugian kepada Kerajaan adalah RM10.3 juta sehari. Di samping itu, imej Kerajaan dan Sektor Awam akan terjejas.

    Khidmat Rundingan Sistem iAduan dan Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA)

    Biro Pengaduan Awam (BPA) melalui satu perbincangan dengan pihak MAMPU pada 14 Januari 2010 telah memohon untuk mendapatkan khidmat rundingan mengenai halatuju Sistem Berkomputer Pengurusan Aduan (iAduan) dan Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA).

    Pasukan Perunding MAMPU telah:(a) Mengkaji secara menyeluruh sistem aplikasi iAduan dan iSPAAA yang sedang digunapakai oleh BPA dan agensi-agensi perintis lain yang terlibat;(b) Mengkaji kaedah penambahbaikan ke atas sistem aplikasi iAduan dan iSPAAA;

  • 28 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    (c) Mengkaji isu dan masalah pelaksanaan iSPAAA di DBKL; dan(d) Mencadangkan way forward dalam melaksanakan sistem aplikasi iAduan dan iSPAAA.

    Hasil kajian mencadangkan Sistem iSPAAA dijadikan sistem tunggal bagi pengurusan aduan sektor awam, selaras dengan konsep no wrong door concept dan single gateway.

    Di samping mengenalpasti halatuju kedua-dua sistem aplikasi, PPICT telah juga meneliti dokumen-dokumen perjanjian bagi pembangunan aplikasi iADUAN dan iSPAAA. Beberapa penambahbaikan telah disyorkan kepada BPA bagi melaksanakan projek-projek ICT secara terutama dari aspek tadbir urus, serahan projek, transfer of technology dan peluasan aplikasi ke agensi-agensi Kerajaan.

    Transformasi sistem e-mel SMPKE

    Operasi Gegar e-Mel yang telah dilaksanakan pada 10 Jun 2010 sehingga 30 Jun 2010 merupakan susulan arahan YBhg. Tan Sri KSN bagi mencari penyelesaian isu-isu e-mel yang sering berbangkit dan berulang dalam agensi perkhidmatan awam. Antara isu-isu tersebut adalah kestabilan perkhidmatan e-mel, kelancaran penghantaran dan penerimaan e-mel serta pembudayaan penggunaan e-mel sebagai saluran rasmi interaksi kerajaan yang boleh memberi maklum balas kepada pelanggan dengan cepat.

    Pelaksanaan dari tindakan yang telah dirancang bagi mengatasi masalah tersebut telah memberi impak yang positif terhadap perkhidmatan e-mel Pejabat KSN. Pelaporan isu perkhidmatan e-mel SMPKE telah berkurangan dari 28 pada bulan Mei 2010 dan kini hanya 8 kes yang dilaporkan bagi bulan Desember 2010. Banyak pelaporan isu e-mel ini adalah berkaitan dengan agensi penerima e-mel dari pengguna e-mel SMPKE. Statistik ini akan berkurangan dengan kerjasama semua agensi menyediakan pegawai yang cukup dan terlatih untuk mentadbir dan memantau perkhidmatan e-mel masing-masing dengan lebih cekap.

    Beberapa tindakan awal telah diambil berdasarkan kepada penemuan awal berkaitan dengan masalah perkhidmatan e-mel Pejabat KSN yang disediakan oleh SMPKE tidak stabil. Ia mungkin disebabkan penggunaan arkitektur sistem e-mel dari dua jenis platform yang berlainan. Aduan juga dterima dari pengguna berkaitan sistem e-mel tidak membenarkan penghantaran dan penerimaan e-mel bersaiz besar melebihi 10 MB. Di samping itu, masalah perkhidmatan e-mel lewat diambil tindakan.

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 29

    MAMPU telah diminta membantu mengatasi masalah perkhidmatan e-mel pejabat KSN dan satu pasukan projek telah dibentuk terdiri dari pegawai MAMPU dan SMPKE. Perbincangan perancangan bagi menambah baik perkhidmatan e-mel Pejabat KSN telah dilaksanakan bersama SMPKE. Perancangan bagi memperbaiki perkhidmatan e-mel di Pejabat KSN menjurus kepada transformasi arkitektur sistem e-mel SMPKE dan penggunaan hanya satu platform sistem e-mel bagi menggantikan arkitektur sedia ada. Kerja-kerja ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat. Penghantaran dan penerimaan e-mel di pejabat KSN tidak perlu melalui 2 sistem e-mel yang berbeza yang sering menghadapi gangguan.

    Satu fungsi yang dikenali sebagai smart attachment telah diperkenalkan bagi mengatasi isu penghantaran e-mel bersaiz besar. Sesi ujian teknikal dan ujian penerimaan pengguna telah dilaksanakan bagi membuktikan keupayaan fungsi tersebut. Latihan fungsi smart attachment ini telah diberikan kepada pengguna dan diguna pakai oleh pengguna Sistem Maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE).

    Di samping isu teknikal, SMPKE diminta untuk memperkemaskan struktur pentadbiran dan pemantauan perkhidmatan e-mel. Bilangan pentadbir e-mel ditambah supaya operasi pentadbiran dan pemantauan e-mel dapat dijalankan 24 jam. Masalah-masalah perkhidmatan e-mel dapat dikesan dan boleh memberikan respon dengan kadar segera.

    Kajian Rangkaian ICT di 15 Kompleks Mahkamah Di Semenanjung Malaysia

    Kajian ini adalah susulan dari isu dan masalah infrastruktur ICT yang kurang mantap yang telah dibangkitkan oleh YAA Ketua Hakim Negara kepada YBhg. Tan Sri KSN semasa lawatan kerja ke (KMKL) pada 23 September 2010. Satu kajian awal kerjasama MAMPU dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) dan Kompleks Mahkamah Shah Alam (KMSA) berkaitan infrastruktur ICT di mahkamah tersebut. Laporan awal kajian telah dibentangkan kepada YAA Ketua Hakim Negara pada 8 November 2010. Hasil pembentangan, MAMPU telah diminta untuk membantu Istana Kehakiman (POJ) membuat kajian susulan ke atas mahkamah-mahkamah yang lain. Sejumlah 15 Mahkamah telah dipilih mengikut kriteria tertentu dari semua negeri di Semenanjung Malaysia. Lawatan kajian telah diadakan bermula pada 23 November 2010 hingga 14 Disember 2010. Seterusnya, satu sesi bengkel membentangkan hasil kajian juga telah diadakan pada 13 Januari 2011 di POJ yang dihadiri oleh 22 peserta dari POJ dan MAMPU.

  • 30 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Objektif kajian ini diadakan adalah untuk mengenal pasti jenis dan konfigurasi rangkaian di setiap mahkamah serta mengkaji keperluan bagi menaiktaraf dan merekabentuk Rangkaian Bersepadu Mahkamah (Mahkamah*Net) berikutan dari pelbagai masalah yang timbul kesan dari penggunaan jenis rangkaian yang pelbagai.

    Hasil kajian mendapati, terdapat lebih daripada 1 talian sambungan LAN di mahkamah dan tidak diintegrasikan. Begitu juga dengan pemasangan WAN di mana semua mahkamah mempunyai lebih daripada 1 sambungan WAN dengan kapasiti tertinggi sehingga mencapai 69Mbps. Hal ini menimbulkan isu pembaziran dan menyukarkan pengawalan dan pengurusan rangkaian, disamping personel ICT yang bertanggungjawab juga tidak mencukupi. Capaian internet dan e-mel turut lembab kerana agihan kapasiti yang tidak bersesuaian.

    MAMPU telah mencadangkan beberapa strategi tindakan secara berperingkat seperti berikut:n Konsolidasi WAN bagi membolehkan penggunaan sambungan yang optimum dan menjimatkan melalui penggunaan satu talian tunggal bagi setiap mahkamah;n Konsolidasi LAN bagi memudahkan capaian dan meningkatkan penggunaan teknologi ICT setempat di mahkamah;n Menyediakan pusat data di setiap cawangan yang khusus bagi menempatkan peralatan rangkaian secara selamat dan teratur;n Menyediakan tool kawalan dan pemantauan bagi tujuan mengawalselia dan juga memastikan penggunaan rangkaian adalah sentiasa dalam keadaan baik; dann Menyediakan personel di setiap cawangan bagi membantu melicinkan urusan berkenaan penggunaan ICT setempat.

    Adalah dianggarkan, cadangan konsolidasi rangkaian WAN sedia ada di 15 mahkamah dapat mengurangkan kos kepada RM2,023,923.66 dengan penjimatan sebanyak RM1,155,292.34 atau 36.3% dari kos semasa termasuk tambahan kemudahan Bandwidth Management Tools (BMT) dan Content Filtering. Cadangan konsolidasi WAN bagi 108 buah mahkamah di Semenanjung Malaysia dibuat secara berperingkat sehingga tahun 2014. Kos pemasangan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM5.83 juta dan diikuti dengan kos penyenggaraan pada tahun-tahun seterusnya berjumlah RM5.60 juta dan anggaran pertambahan sehingga 7,375. Didapati kos setiap pengguna turut berkurang kepada RM759.30. Cadangan konsolidasi WAN mahkamah akan dapat menjimatkan kos langganan perkhidmatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan WAN.

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 31

    Cadangan Pemantapan Sistem Imigresen Malaysia (SIM) dan Kajian Pendekatan Teknikal Pelaksanaan Sistem ICT Jabatan Imigresen Malaysia

    Jabatan Imigresen Malaysia (IMM) telah memohon bantuan MAMPU untuk mengkaji permasalahan pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (SIM) yang dijalankan oleh syarikat pembekal perkhidmatan yang dilantik. SIM adalah sistem baru yang dibangunkan bertujuan untuk menggantikan sistem-sistem aplikasi IMM yang telah dilaksanakan sejak tahun 1998. Pasukan Perunding ICT telah menjalankan kajian ke atas pelaksanaan SIM meliputi bidang keselamatan maklumat, pengurusan projek, infrastruktur ICT dan pembangunan sistem. Projek yang pada mulanya tertumpu kepada mencari penyelesaian kepada masalah sistem-sistem yang dilaksanakan oleh pihak syarikat pembekal perkhidmatan luar telah berlarutan kepada Fasa 2 di mana Pasukan Perunding ICT diminta oleh Kementerian Kewangan untuk mencadangkan kepada Kerajaan pendekatan teknikal terbaik untuk menyelamatkan Jabatan Imigresen Malaysia dari masalah gangguan penyampaian perkhidmatannya yang sangat bergantung kepada sistem ICT.

    Objektif projek bagi Fasa 1 (14 Januari 2009 hingga 30 Mac 2009) adalah;n Menjalankan kajian ke atas permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia yang dijalankan oleh pihak pembekal swasta; dann Mengemukakan cadangan pemantapan pelaksanaan sistem tersebut.

    Objektif projek bagi Fasa 2 (3 Jun 2009 hingga 28 Julai 2009) adalah:n Menyelaras kajian bagi tujuan memperincikan cadangan pendekatan teknikal projek SIM;n Memastikan peralihan sistem yang menjamin kesinambungan penyampaian perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia (IMM); dann Menjamin pelaksanaan sistem berada pada tahap semasa atau lebih baik dengan mengekalkan aspek-aspek kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan aset Kerajaan.

    Pasukan Perunding telah menjalankan penilaian risiko dari 4 aspek iaitu tadbir urus projek dan pengurusan projek; sistem-sistem aplikasi yang dibangunkan oleh pembekal, infrastruktur ICT dan keselamatan maklumat. Turut dicadangkan adalah langkah-langkah mitigasi bagi semua risiko yang dikenal pasti. Selain itu, Pasukan Perunding juga telah mengemukakan

    bengkel SiM

  • 32 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Cadangan Pendekatan Teknikal Pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (SIM). Khidmat perundingan telah mendedahkan punca masalah yang utama, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan melaksana SIM telah gagal dalam aspek penting; pengurusan projek (lewat lebih setahun), kualiti sistem aplikasi dan jaminan keselamatan sistem dan maklumat yang dilaksanakan. Ini telah menarik perhatian pengurusan tertinggi Perkhidmatan Awam dan seterusnya mencetuskan proses penamatan kontrak di atas persetujuan YAB Menteri Kewangan. Dari aspek kos, keputusan ini telah menyelamatkan Kerajaan dari terus membiayai baki kos projek sakit sebanyak RM70 juta. Sebagai alternatif, Kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan kos RM30 juta bagi pelaksanaan pendekatan teknikal yang dikenal pasti melalui Fasa 2 projek perundingan ini. Natijahnya sebanyak RM50 juta telah dapat dijimatkan tanpa menjejaskan keperluan IMM.

    Kajian Prasarana Kekunci Awam (Public Key Infrastructure atau PKI) Sektor Awam dan Cadangan Teknikal Model Operasi PKI

    Kajian Prasarana Kekunci Awam (PKI) Sektor Awam dilaksanakan oleh Pasukan Perunding ICT (Keselamatan Maklumat) bersama dengan Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT (BPGICT) MAMPU untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan perkhidmatan PKI bagi agensi-agensi sektor Awam serta mengemukakan cadangan model operasi dan infrastruktur ICT yang sesuai. Projek ini dilaksanakan dari 8 Februari hingga 30 September 2010. Hasil kajian telah membolehkan BPGICT menjalankan proses perolehan, pembangunan dan pelaksanaan PKI yang baru bagi menggantikan perkhidmatan semasa. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mencadangkan perkhidmatan PKI Sektor Awam sebagai satu infrastruktur keselamatan yang lebih menyeluruh dan seragam berlandaskan prinsip keselamatan maklumat sejajar dengan teras Connected Government.

    Objektif projek adalah untuk:n Mengkaji persekitaran semasa pelaksanaan, isu, masalah dan keperluan perkhidmatan PKI berkaitan dengan pengurusan, operasi, perundangan dan infrastruktur di Sektor Awam;n Mengenal pasti teknologi semasa yang relevan dan menyokong inisiatif PKI Sektor Awam; dann Mengemukakan cadangan model operasi PKI Sektor Awam dan spesifikasi sistem/teknikal berkaitan dengannya.

    bengkel Semakan dan Pengesahan hasil Kajian oleh

    Panel Penasihat PKi, 1 april 2010

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 33

    Hasil kajian telah dapat membantu pihak pengurusan atasan MAMPU untuk membuat keputusan secara lebih objektif dan menepati keperluan semasa dan ianya juga dijadikan sebagai asas dalam penyediaan spesifikasi tender baru pelaksanaan PKI sektor awam bagi tahun 2011-2012.

    Projek Khidmat Perundingan Pembangunan Pusat Data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

    Ekoran daripada insiden kebakaran yang telah berlaku di Pusat Data Jabatan Kehakiman Malaysia (JKSM) bertempat di Aras 3, Blok D7, Kompleks D, Putrajaya pada 11 Mei 2009, JKSM telah memohon khidmat perundingan daripada MAMPU bagi membangunkan sebuah pusat data baru untuk menggantikan pusat data yang terbakar. Keadaan kerosakan dan kekotoran selepas kebakaran telah menyebabkan Pusat Data tersebut tidak sesuai dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

    Peri mustahaknya pusat data tersebut ialah kerana infrastruktur ICT utama bagi aplikasi E-Syariah dihoskan di pusat data tersebut dan JKSM juga dalam proses pelaksanaan E-Syariah versi 2. Sementara menunggu pembangunan pusat data baru, kebanyakan infrastruktur ICT JKSM telah dipindah dan ditempatkan di pusat data MAMPU sebagai langkah interim bagi pemulihan perkhidmatan.

    Selain daripada mengenal pasti ruang yang difikirkan sesuai dijadikan tapak pusat data yang baru, skop khidmat perundingan meliputi aspek Sektor Awam pembangunan fizikal pusat data serta keperluan infrastruktur kritikal. Pembangunan fizikal pusat data merangkumi aspek reka bentuk ruang pusat data bagi menempatkan server serta bilik-bilik sokongan untuk menempatkan peralatan-peralatan uninterruptible power supply (UPS), sistem pencegahan kebakaran dan sebagainya. Keperluan infrastruktur kritikal pula dikaji dan dicadangkan bagi aspek-aspek sistem UPS berpusat, sistem pencegahan pencerobohan iaitu CCTV dan sistem kad akses, sistem penghawa dingin jenis precision, sistem pemantauan persekitaran pusat data, sistem pengkabelan elektrikal dan rangkaian dan lain-lain lagi.

    Projek khidmat perundingan telah berjaya menghasilkan Kertas Cadangan Pembangunan Pusat Data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang diserahkan kepada JKSM pada 9 Julai 2009. Kertas Cadangan tersebut telah dijadikan asas dalam pengeluaran Tender Bagi Membangun Pusat Data Meliputi Kerja-Kerja Pengkabelan, Merekabentuk, Menyusun Atur, Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi, Menguji Lari, Mentauliah dan Menyelenggara Dalam Tempoh Waranti Bagi Jabatan

    Pusat Data JKSM yang terbakar Pada 11 Mei 2009

    Pusat Data JKSM yang baru

  • 34 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang telah diiklankan pada 17 Ogos 2009. Pusat data baru dengan kos RM1.45 juta tersebut telah siap dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei 2010.

    Banyak faedah yang telah diperoleh melalui projek khidmat perunding ini. MAMPU telah dapat membantu JKSM membangunkan pusat data yang baru dalam masa yang singkat, dan pada masa yang sama, telah menjalinkan hubungan baik dengan agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya Malaysia serta pihak yang menyelenggara bangunan di Blok D7, Kompleks D, Putrajaya untuk bersama-sama melaksanakan transformasi ke atas pusat data JKSM. Anggaran kewangan yang digunapakai oleh MAMPU dalam perolehan kerja-kerja pembangunan pusat data adalah amat berpatutan serta berjaya memberikan value for money kepada Kerajaan. Hasilnya, JKSM berjaya membangunkan sebuah pusat data baru yang moden, canggih, dan functional bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatannya.

    Cadangan Teknikal bagi Secured Transaction Management System (STM) Perbendaharaan Malaysia

    Perbendaharaan Malaysia telah memohon khidmat perundingan daripada MAMPU untuk membantu dalam merangka satu sistem yang selamat bagi transaksi aplikasi-aplikasi yang digunakan. Sehubungan dengan itu, Pasukan Perunding ICT (Keselamatan Maklumat) telah dilantik untuk menyediakan satu kertas cadangan teknikal bagi sistem Secured Transaction Management yang akan membantu Perbendaharaan Malaysia memperkukuhkan sistem aplikasi mereka. Selain daripada itu, pasukan ini juga telah dilantik sebagai Quality Assurance untuk memberi input dan sekali gus membantu Perbendaharaan Malaysia di dalam pelaksanaan projek pilot SATU ID. SATU ID merupakan salah satu daripada cadangan yang telah dicadangkan di dalam kertas cadangan penyelesaian teknikal yang diserahkan kepada Perbendaharaan Malaysia iaitu penggunaan satu kata nama pengguna dan satu kata laluan bagi mengakses sistem-sistem aplikasi di Perbendaharaan Malaysia. Projek ini telah dilaksanakan pada 15 Mei 2009 hingga 9 Disember 2009.

    Objektif projek adalah:n Mengadakan kajian penilaian keselamatan sistem semasa;n Mencadangkan satu penyelesaian teknikal yang dapat memastikan sistem-sistem dan transaksi-transaksi di Perbendaharaan Malaysia adalah selamat dari segi capaian dan penyimpanan maklumat; dan n Memastikan pelaksanaan projek SATU ID memenuhi spesifikasi yang telah dicadangkan di dalam Kertas Cadangan Penyelesaian Teknikal STM.

    bengkel Pengguna SKMt, 8 november 2010

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 35

    Hasil dari cadangan penyelesaian teknikal yang dikemukakan telah membolehkan Perbendaharaan Malaysia merancang dan melaksanakan inisiatif penambahbaikan infrastruktur ICT, khususnya yang membabitkan aspek keselamatan rangkaian (network security), pengurusan identiti dan capaian pengguna serta pengurusan operasi desktop pengguna. Projek yang dinamakan SATU ID dan telah berjaya memperkukuhkan keselamatan bagi aspek jaminan pengesahan (authentication) dan kebolehrahsian (confidentiality) semua sistem aplikasi di Perbendaharaan Malaysia termasuk perkhidmatan email.

    Kajian Semula Sistem Komunikasi Maklumat Terperingkat Kementerian Luar Negeri (KLN)

    Projek kajian semula Sistem Komunikasi Maklumat Terperingkat (SKMT), adalah satu inisiatif Bahagian Teknologi Maklumat, KLN untuk meningkatkan sistem sedia ada agar lebih efisien, efektif dan tinggi tahap keselamatan serta mengikut peredaran teknologi semasa. Komunikasi maklumat terperingkat yang selamat merupakan satu keperluan penting bagi KLN. Lanjutan dari itu, KLN telah memohon khidmat perundingan Pasukan Perunding ICT, MAMPU. Projek ini telah dilaksanakan mulai 14 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2010.

    Objektif projek ini adalah untuk:n Menilai permasalahan dan kekangan dalam urusan pengendalian maklumat terperingkat di Ibu Pejabat Kementerian Luar Negeri (KLN) dan pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negara;n Menilai sistem dan infrastruktur ICT serta keperluan semasa KLN bagi aspek pengendalian, penyimpanan dan penghantaran maklumat terperingkat; dann Mengkaji teknologi-teknologi atau penyelesaian teknikal dari industri keselamatan ICT yang sesuai dengan keperluan KLN dalam urusan dan pengendalian, penyimpanan dan penghantaran maklumat terperingkat.

    Laporan Penilaian Sistem Semasa dan Keperluan Pengguna KLN dan Laporan Cadangan Penyelesaian Teknikal SKMT KLN yang dihasilkan telah membantu KLN untuk:n Meningkatkan tahap keselamatan komunikasi maklumat terperingkat di antara Wisma Putra dan pejabat-pejabat Perwakilan di luar negara;n Menyediakan keselamatan komunikasi maklumat terperingkat yang lebih terjamin dengan mengambil kira teknologi semasa dan masa hadapan;

  • 36 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    n Mewujudkan sistem rangkaian luas KLN yang lebih selamat dan boleh diguna pakai oleh semua agensi kerajaan yang mempunyai pejabat di luar negara; dann Menjimatkan kos pada jangka panjang melalui konsolidasi sumber (telefon, faks, internet) yang pada masa kini dibayar secara berasingan dan juga pengurangan kos-kos yang melibatkan tuntutan perjalanan.

    Kajian Sistem Pangkalan Data Undang-undang (PADU) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

    Sistem PADU telah mula digunakan oleh DBKL pada 2003. Walau bagaimanapun sistem ini telah mengalami masalah teknikal mulai awal 2007 dan PPICT telah dipohon untuk mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan.

    Hasil dari laporan dan syor oleh Pasukan Perunding, DBKL telah menyelesai secara dalaman dengan membangunkan semula sistem PADU menggunakan perisian sumber terbuka. Keputusan ini telah menjimatkan pihak DBKL lebih kurang RM4 Juta jika dibandingkan dengan outsource kepada pembekal sedia ada.

    Sistem UpCode, DBKL

    Projek ini dilaksanakan setelah mendapat permohonan bantuan khidmat perundingan MAMPU dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pihak DBKL dan kontraktor yang dilantik untuk membangunkan Projek Sistem UpCode telah gagal mencapai persetujuan dalam Jadual Pembayaran Projek. Projek telah bermula pada 19 Februari 2010 dan telah ditamatkan pada 30 Mac 2010. Skop khidmat perundingan adalah untuk menilai pelaksanaan projek, menilai kerja-kerja pembangunan Sistem UpCode yang telah dijalankan oleh kontraktor dan mengesyorkan kos yang wajar dibayar kepada kontraktor.

    Berdasarkan syor bagi kos yang wajar dibayar, pihak DBKL dapat meneruskan perbincangan dengan pihak kontraktor. Manakala, daripada penilaian pelaksanaan projek secara keseluruhan, DBKL dapat memastikan projek-projek ICT secara outsource dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan teratur.

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 37

    Kajian Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana Sektor Awam

    Sistem penyampaian perkhidmatan sesebuah agensi amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan maklumat agensi berkenaan. Kestabilan dan kecekapan pengurusan pusat data pula memainkan peranan yang penting sebagai nadi bagi memastikan sistem pengurusan maklumat sentiasa tersedia dan berprestasi tinggi.

    Ini adalah kerana pusat data merupakan fasiliti khusus bagi menempat dan mengoperasikan sistem komputer dan peralatan-peralatan lain serta disokong oleh kemudahan-kemudahan penting seperti sistem penyejukan, bekalan tenaga elektrik, kawalan persekitaran, pencegahan kebakaran, sistem keselamatan dan sebagainya.

    Sebuah pusat data yang diurus secara terancang dan berkesan akan dapat meningkatkan tahap produktiviti sesebuah agensi melalui penyediaan sistem capaian yang cekap dan sentiasa tersedia serta tahap pemprosesan yang berkelajuan tinggi. Sebaliknya, pusat data yang sentiasa dibelenggu masalah dalam pengurusan dan pengoperasiannya akan menyebabkan kepincangan dalam pengurusan sistem maklumat sesebuah agensi.

    Menyedari hakikat ini, PPICT telah menjalankan kajian ke atas pusat-pusat data Sektor Awam pada tahun 2009 untuk mendapatkan gambaran mengenai kemudahan pusat data dan pusat pemulihan bencana yang sedang diguna pakai oleh agensi-agensi Sektor Awam. Kajian tersebut juga bertujuan untuk memperoleh pandangan agensi-agensi Sektor Awam akan cadangan MAMPU untuk membangunkan kemudahan pusat data dan pusat pemulihan bencana yang diurus secara berpusat serta boleh dikongsi bersama oleh agensi-agensi Sektor Awam.

    Kajian telah dijalankan ke atas 113 agensi Sektor Awam yang terdiri daripada agensi-agensi persekutuan, negeri, badan berkanun persekutuan dan pihak berkuasa tempatan. Aspek-aspek yang dikaji termasuklah infrastruktur fizikal pusat data, sistem elektrikal, sistem penyejukan, sistem pengesanan dan pemadaman kebakaran, sistem keselamatan, sistem pemantauan persekitaran, bilangan personel pentadbir pusat data, standard operating procedures, service level agreements, penyelenggaraan, dan kemudahan pemulihan bencana.

  • 38 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    Di antara penemuan kajian adalah seperti berikut:

    Daripada 113 agensi yang telah memberi maklumbalas, 105 agensi mempunyai sebanyak 117 buah pusat data. Daripada 105 agensi tersebut, 12 mempunyai lebih daripada sebuah pusat data. 5 agensi menggunakan perkhidmatan pusat data yang dipunyai oleh agensi lain, manakala 11 agensi awam menggunakan perkhidmatan pusat data yang dikendalikan oleh syarikat swasta. Hanya 11 agensi mempunyai atau melanggan perkhidmatan DRC.

    Sebanyak 2 agensi pula tidak mempunyai sebarang pusat data dan tidak menggunakan sebarang perkhidmatan hosting sama ada dari agensi awam atau pihak swasta.

    Pelan Pemulihan Bencana merupakan pelan proses perancangan untuk mengembalikan pengoperasian sistem, data dan infrastruktur pusat data untuk menyokong pengoperasian perkhidmatan utama. Kajian mendapati bahawa daripada 114 responden, hanya 27 pusat data mempunyai Pelan Pemulihan Bencana. Namun kebanyakan daripada pelan pemulihan bencana tersebut tidak pernah diuji.

    bilangan agensi Mengikut Jenis Kemudahan Pusat Data/DRC

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 39

    Di antara isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh pusat data Sektor Awam adalah seperti berikut:n Pusat data bersaiz kecil dan ruang penyimpanan server telah digunakan hampir sepenuhnya;n Pusat data dibina tidak mengikuti spesifikasi dan amalan-amalan terbaik;n Tahap penyejukan tidak mencukupi untuk memastikan peralatan ICT yang ditempatkan di pusat data dapat beroperasi dengan baik;n Gangguan bekalan elektrik kerap berlaku dan bekalan elektrik tidak stabil;n Masalah banjir;n Masalah kebakaran;n Sistem keselamatan kurang lengkap;n Personel tidak mencukupi dan kurang mahir;n Tiada standard operating procedures (SOP) atau SOP tidak lengkap; dann Tiada pelan pemulihan bencana.

    Sebanyak 89 (80%) agensi bersetuju dengan cadangan MAMPU untuk membangunkan Pusat Data yang dikonsolidasi dan daripada itu, 85 (78%) agensi berminat untuk menggunakan kemudahan Pusat Data tersebut.

    Sebanyak 106 (97%) agensi pula bersetuju dengan cadangan MAMPU untuk membangunkan Pusat Pemulihan Bencana yang dikonsolidasi dan daripada itu, 100 (93%) agensi berminat untuk menggunakan Pusat Pemulihan Bencana tersebut. Hasil kajian telah banyak digunakan sebagai input kepada perancangan Projek Konsolidasi Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Centre - DRC) Sektor Awam yang diterajui MAMPU. Cadangan projek ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Bagi Cadangan Projek Jabatan Perdana Menteri di Bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) pada 23 April 2010. Walaubagaimana pun, projek tidak disenaraikan di bawah projek pembangunan MAMPU, sebaliknya disenarai sebagai projek NKEA Government Outsourcing.

    Projek ini jika dilaksanakan dengan jayanya akan dapat menghasilkan penjimatan kos yang sangat tinggi kepada Kerajaan dari aspek pengurangan bilangan pusat data yang perlu dioperasi dan diselenggara oleh pihak Kerajaan, keluasan ruang pusat data, penggunaan tenaga elektrik, serta penggunaan peralatan ICT yang dapat dijimatkan. Selain daripada itu, projek tersebut akan juga dapat menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi dalam pengurusan pusat data dan aset ICT Kerajaan melalui kaedah pengkonsolidasian sumber serta penggunaan proses-proses berasaskan kepada piawaian dan amalan-amalan terbaik.

  • 40 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    BAHAGIAN 4Way Forward

    Melihat dari pencapaian PPICT dalam tempoh 2 tahun beroperasi, PPICT akan terus meningkatkan lagi prestasi dan impak menerusi:

    Penjajaran Dengan inisiatif iCt negara

    Public Sector ICT Blueprint, RMKe-10 dan Entry Point Projects (EPP) adalah landasan utama menuju kepada Paperless Government. Semua agensi termasuk Pasukan Perunding ICT perlu merangka projek bagi menyokong objektif negara meningkatkan eCounter Services dan aplikasi rakyat. Justeru di antara projek yang telah dirancang untuk dilaksanakan bersama-sama pemilik projek antaranya adalah Khidmat Perundingan Projek Paperless Government/Document Management System dan Khidmat Perundingan 1Malaysia Account.

    Pembangunan Kapasiti

    Adalah menjadi hasrat Pasukan Perunding untuk memantapkan lagi institusi perundingan ICT sektor awam dengan menyediakan;

    n Kepakaran iCt dalaman Penglibatan Pegawai Agensi secara sepenuh masa bersama Perunding adalah faktor penentu kejayaan sistem mentor mentee yang dihasratkan. Pelaksanaan boot camp dan lawatan kerja luar ke institusi yang ternama akan melengkapkan lagi perancangan pembangunan kapasiti tenaga kepakaran dalaman. Bagi meningkatkan lagi keyakinan, Pasukan Perunding ICT berhasrat menghasilkan garis panduan kepada penjawat awam sebagai rujukan dalam melaksana tugasan harian.

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 41

    n Prasarana iCt Pembangunan prasarana yang kondusif dilengkapi dengan perkakasan dan perisian serta tools yang sesuai bagi pembangunan projek ICT adalah faktor kritikal dalam memastikan produk yang dihasilkan adalah setanding dengan syarikat swasta. Dengan adanya prasarana ini, pembangunan aplikasi akan menjadi lebih cepat dan cekap kerana u Kepakaran yang terpusat yang memudahkan rujukan bagi sebarang masalah teknikal; u Penggunaan semula source code bagi tujuan yang sama untuk aplikasi yang berbeza; u Meningkatkan keupayaan integrasi aplikasi kerana metadata yang seragam bagi semua aplikasi yang dibangunkan; dan u Memudahkan perencanaan perancangan masa depan.

    Kolaborasi luar

    Bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan teknologi bertaraf terkini, Pasukan Perunding ICT berhasrat untuk meningkatkan lagi kolaborasi di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Di antara kolaborasi yang dirancang ialah kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pembekal utama produk pangkalan data, perisian aplikasi dan tools bagi kerja-kerja troubleshooting keselamatan maklumat, prestasi rangkaian, pusat data dan aplikasi.

  • 42 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    bil. aGEnSi PRoJEK haSil SERahan JEniS KhiDMat taRiKh MUla taRiKh taMat

    1. Pejabat Perdana Menteri

    Khidmat Rundingan - Pembangunan ISP Pejabat Perdana Menteri

    a) Laporan Bengkel 1b) Laporan Interim Persekitaran dan Strategik ICTc) Laporan Interim Pelan Tindakand) Dokumen ISP PPM 2010-2014

    Projek Pembangunan

    14-09-2009 25-01-2010

    2. Pentadbiran am Jabatan Perdana Menteri (PaJPM)

    Khidmat Nasihat Kajian Audit Terhadap Pusat Data di Bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)

    Slaid persembahan bertajuk Garis Panduan Pembangunan Pusat Data/DRC Sektor Awam

    Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    07-01-2010 28-01-2010

    3. bahagian Penyelidikan JPM

    Projek Pembangunan ISP Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri

    a) Laporan Bengkel 1b) Laporan Interim Persekitaran dan Strategik ICTc) Laporan Interim Pelan Tindakand) Dokumen ISP Jabatan Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri 2009-2013

    Khidmat

    Perundingan

    02-03-2009 31-07-2009

    4. Majlis Keselamatan negara (MKn)

    Khidmat Perundingan Kajian Keperluan Sistem National Cyber Coordination And Control Centre (NC4)

    Laporan Kajian Keperluan Sistem Nasional Cyber Coordination And Control Centre (NC4)

    Khidmat Perundingan

    13-05-2010 15-12-2010

    Khidmat Rundingan - Pembangunan ISP Majlis Keselamatan Negara.

    a) Laporan Bengkel 1b) Laporan Interim Persekitaran dan Strategik ICTc) Laporan Interim Pelan Tindakand) Dokumen ISP MKN 2010-2014

    Projek Pembangunan

    08-10-2009 25-01-2010

    Khidmat Nasihat Penggubalan RFP bagi Sistem Aplikasi ECC, MKN.

    -Tidak Berkaitan - Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    01-10-2009 26-02-2010

    5. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (iCU)

    Pemantauan Pelaksanaan Penyelesaian Integrasi SPPII - SKALA

    -Tidak Berkaitan - Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    01-01-2010 30-04-2010

    Khidmat Perundingan Penambahbaikan Pusat Data Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

    Laporan Khidmat Perundingan bagi Menaik Taraf Pusat Data ICU, JPM

    Khidmat Perundingan

    09-07-2009 16-07-2009

    Penyelesaian isu integrasi antara Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dan SKALA

    Laporan Penyelesaian Isu Integrasi SPP II-SKALA

    Projek Pembangunan

    20-01-2009 30-04-2009

    6. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

    Khidmat Nasihat - Pembangunan ISP Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

    Spesifikasi sebut harga Pembangunan ISP SPRM

    Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    01-07-2010 30-11-2010

    JaDUal 1- SEnaRai PRoJEK PEMbanGUnan, KhiDMat PERUnDinGan & KhiDMat naSihat (2009 & 2010)JaDUal 1- SEnaRai PRoJEK PEMbanGUnan, KhiDMat PERUnDinGan & KhiDMat naSihat (2009 & 2010)

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 43

    bil. aGEnSi PRoJEK haSil SERahan JEniS KhiDMat taRiKh MUla taRiKh taMat

    7. bahagian hal Ehwal Undang-Undang (bhEUU)

    Khidmat Rundingan - Pembangunan ISP

    a) Laporan Bengkel 1b) Laporan Interim Persekitaran dan Strategik ICTc) Laporan Interim Pelan Tindakand) Dokumen ISP BHEUU 2011- 2015

    Khidmat Perundingan

    22-05-2010 29-10-2010

    Pembangunan Spesifikasi Keperluan Sistem (SRS)Sistem Insolvensi Bersepadu,

    System Requirement Specification (SRS) Modul Kebankrapan

    Projek Pembangunan

    19-03-2009 30-03-2010

    8. Dewan bahasa dan Pustaka (DbP)

    Khidmat Nasihat - Pembangunan ISP Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

    Spesifikasi sebut harga Pembangunan ISP DBP

    Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    01-11-2010 31-12-2010

    9. bahagian Kabinet Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan (bKPP)

    Khidmat Nasihat Keselamatan Percetakan Dokumen Terperingkat,

    Ulasan/khidmat nasihat mengenai aspek keselamatan Percetakan Dokumen Terperingkat, BKPP

    Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    13-01-2010 08-03-2010

    Khidmat Perundingan Penilaian Tahap Keselamatan Sistem Maklumbalas (e-Monitor)

    Laporan Penilaian Tahap Keselamatan Sistem Aplikasi e-Monitor

    Khidmat Perundingan

    02-02-2010 31-03-2010

    10. bahagian Sistem Maklumat Dan Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE), JPM

    Projek Penyeragaman Platform Pembangunan Sistem Aplikasi Pejabat Perdana Menteri

    Laporan Kajian Penyeragaman Platform Pembangunan Sistem Aplikasi Pejabat Perdana Menteri

    Khidmat Perundingan

    07-07-2010 04-11-2010

    Tranformasi Arkitektur e-Mel SMPKE

    Laporan Cadangan Penambahbaikan Sistem e-Mel SPMKE

    Khidmat Perundingan

    10-6-2010 30-6-2010

    Keperluan Bandwidth Wide Area Network (WAN) SMPKE

    Laporan Cadangan Keperluan Bandwidth WAN SPMKE

    Khidmat Nasihat 1-10-2010 11-11-2010

    11. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

    Khidmat Nasihat Bagi Pemantauan Pelaksanaan Projek Pembangunan Pusat Data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

    -Tidak Berkaitan - Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    26-08-2009 30-03-2010

    Khidmat Perundingan Penambahbaikan Pusat Data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

    Dokumen Kertas Cadangan Pembangunan Pusat Data Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    Khidmat Perundingan

    29-05-2009 31-10-2009

    JaDUal 1- SEnaRai PRoJEK PEMbanGUnan, KhiDMat PERUnDinGan & KhiDMat naSihat (2009 & 2010)

  • 44 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    bil. aGEnSi PRoJEK haSil SERahan JEniS KhiDMat taRiKh MUla taRiKh taMat

    12. Jabatan Kemajuan islam Malaysia (JaKiM)

    Kajian Penambahbaikan Teknologi Pengesahan Dalam Penggunaan Sijil Halal

    -Tidak Berkaitan - Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    01-03-2010 30-06-2010

    Khidmat Rundingan Sistem eHalal JAKIM

    Laporan Penambahbaikan Sistem eHalal JAKIM

    Khidmat Perundingan

    23-10-2009 31-12-2009

    Kajian Semula PASCA Pelaksanaan Projek IslamGRID

    Laporan Kajian PASCA Pembangunan (Post Implementation Review) Projek IslamGRID

    Khidmat

    Perundingan

    02-04-2009 21-04-2009

    Projek IslamGRID Portal

    Serahan projek secara berperingkat, seperti berikut:-a) Portal IslamGrid dan kandungan Quick Win published mulai Mei 2009b) Kandungan Portal IslamGrid yang telah disahkan oleh pihak JAKIM mulai September 201 hingga Januari 2011c) Dokumen-dokumen di bawah diserahkan dalam bulan Februari 2011 DokumenPermulaan Projek; DokumenKeperluanProjek bagi modul-modul; ManualOperasibagi modul-modul; DokumenPenyerahan Projek; dand) Kontrak Perolehan Perkhidmatan dan Infrastruktur ICT

    Projek Pembangunan

    01-08-2008 31-12-2010

    13. Jabatan Perkhidmatan awam (JPa)

    Khidmat Nasihat Pengurusan rangkaian HRMIS

    Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Rangkaian HRMIS melalui mesyuarat

    Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    01-01-2010 31-12-2010

    Khidmat Rundingan Pemantapan Sistem HRMIS

    a) Laporan kajian awal dan perancangan khidmat rundingan

    Khidmat Perundingan

    01-01-2010 31-12-2010

    14. MaMPU Pembangunan Sistem Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) dibawah Projek Pemodenan MAMPU

    Sistem Bank Inovasi Sektor Awam (BISA), SRS, Manual Pengguna, Test Script

    Projek Pembangunan

    02-08-2010 30-09-2010

    Kajian Penyelesaian Project Application & Monitoring System (PAMS)

    Laporan Penyelesaian Masalah Sistem Permohonan dan Pemantauan Projek ICT (PAMS)

    Projek Pembangunan

    13-07-2009 05-02-2010

    Penyediaan Garis Panduan Pengoperasian Pusat Data Sektor Awam

    Dokumen Garis Panduan Pengoperasian Pusat Data Sektor Awam Versi 1

    Projek Pembangunan

    01-06-2010 31-12-2010

    Sistem Pengurusan Pelaksanaan Pemodenan (S3P) MAMPU

    Rekabentuk Pangkalan Data Projek Pembangunan

    23-04-2010 31-12-2011

    JaDUal 1- SEnaRai PRoJEK PEMbanGUnan, KhiDMat PERUnDinGan & KhiDMat naSihat (2009 & 2010)

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 45

    bil. aGEnSi PRoJEK haSil SERahan JEniS KhiDMat taRiKh MUla taRiKh taMat

    14. MaMPU Pembangunan Kaedah Penilaian Kepakaran ICT bagi PTM, PPTM dan Sektor Awam

    a) Bengkel Kaedah Penilaian Kepakaran ICT bagi PTM, PPTM dan Sektor Awamb) Laporan Kaedah Penilaian Kepakaran ICT bagi PTM, PPTM dan Sektor Awam - Hasil Bengkel

    Projek Pembangunan

    01-03-2010 31-03-2010

    Pembangunan Modul Profil Agensi bagi Sistem Pengurusan Pelaksanaan Pemodenan

    Sistem Profil Agensi, SRS, Manual Pengguna, Test Script

    Projek Pembangunan

    01-03-2010 31-12-2010

    Quality Assurance (QA) Bagi Pembangunan Pangkalan Data Electronic Record Management System (ERMS)

    Dokumen Rekabentuk Pangkalan Data

    Projek Pembangunan

    01-02-2010 31-10-2010

    Projek Pembangunan Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan (e-Rating).

    Sistem e-Rating untuk MAMPU dalam dua bentuk pelaksanaan iaitu Kiosk dan Interactive Customer Terminal (untuk public facing agencies), SRS, Manual Pengguna, Test Script.

    Projek Pembangunan

    22-06-2009 13-11-2009

    Projek Perluasan Sistem e-Rating

    Sistem e-Rating yang generik untuk Sektor Awam dalam dua bentuk pelaksanaan iaitu Kiosk dan Interactive Customer Terminal (untuk public facing agencies), SRS, Manual Pengguna.

    Projek Pembangunan

    01-01-2010 31-03-2010

    Kajian Pelaksanaan Metodologi Pembangunan Sistem ICT Sektor Awam

    Laporan Kajian Projek Pembangunan

    01-01-2010 30-06-2010

    Pembangunan Standard Spesifikasi Infrastruktur Pusat Data Sektor Awam

    Dokumen Standard Spesifikasi Infrastruktur Pusat Data

    Projek Pembangunan

    01-12-2009 28-12-2009

    Sistem Pengurusan PPICT

    Satu sistem pengurusan yang merangkumi Modul Profail Pegawai, Modul Pelaporan Projek, Latihan dan Kursus, dan KPI Perunding.

    Projek Pembangunan

    15-09-2009 31-12-2010

    Pembangunan Model Pusat Data Sektor Awam

    Dokumen Model Sektor Awam Projek Pembangunan

    01-07-2009 04-12-2009

    Penyediaan Methodologi Pengurusan Projek ICT

    Laporan Analisis dan penyediaan laporan kajian

    Projek Pembangunan

    01-06-2009 31-12-2010

    Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan (E-Rating) MAMPU

    a) Dokumentasi dan sourcecode Sistem e-Ratingb) Bengkel TOT kepada Agensi di bawah JPMc) dokumentasi dan sourcecoded) Laporan penutupan

    Projek Pembangunan

    22-06-2009 13-11-2009

    JaDUal 1- SEnaRai PRoJEK PEMbanGUnan, KhiDMat PERUnDinGan & KhiDMat naSihat (2009 & 2010)

  • 46 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    bil. aGEnSi PRoJEK haSil SERahan JEniS KhiDMat taRiKh MUla taRiKh taMat

    14. MaMPU Penyediaan Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Pusat Data Sektor Awam

    Dokumen Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Pusat Data Sektor Awam

    Projek Pembangunan

    15-03-2009 07-12-2009

    Kajian Kesauran dan Reka bentuk Konseptual Pembangunan Pusat Data/Pusat Pemulihan Bencana (DRC) Sektor Awam

    a) Laporan Bengkel Perancangan Pembangunan Pusat Data/ DRC Sektor Awamb) Laporan Bengkel Projek Konsolidasi Pusat Data Sektor Awamc) Dokumen Cadangan Konsolidasi Pusat Data/Pusat Pemulihan Bencana Sektor Awam

    Projek Pembangunan

    02-03-2009 31-12-2009

    Khidmat Rundingan Sistem Pengurusan Pelaksanaan Pemodenan (5 Modul )

    Laporan Hasil Khidmat Rundingan Khidmat

    Perundingan

    01-03-2010 31-12-2010

    Khidmat Perundingan Bagi Kajian Prasarana Kekunci Awam (PKI) Sektor Awam

    Kertas Kajian Keperluan Perkhidmatan PKI: Penambahbaikan dan Pelaksanaan Perkhidmatan Semasa

    Khidmat Perundingan

    08-02-2010 30-09-2010

    Khidmat Rundingan Electronic Record Management System (ERMS)

    Khidmat Rundingan, Latihan Pembangunan SRS

    Khidmat Perundingan

    02-02-2010 31-12-2010

    Khidmat Rundingan Projek Citizen Registry System (CRS)

    a) Laporan kajian keperluanb) Dokumen rekabentuk pangkalan data

    Khidmat Perundingan

    01-11-2009 30-09-2010

    Pelaksanaan Inisiatif MyID Seksyen Projek

    a) Dokumen Rekabentuk Pangkalan Data MyIDb) Laporan Serahan Khidmat Perundingan Projek Inisiatif MyID

    Khidmat Perundingan

    06-05-2009 31-12-2010

    MAMPU ICT Security Scorecard (MISS)

    Input/khidmat nasihat kepada Pasukan Projek MISS (Quality Assurance/Subject Matter Expert ,SME)

    Khidmat Perundingan

    08-12-2008 23-07-2009

    Khidmat Nasihat Pembangunan blueprint pelaksanaan KMS sektor awam

    -Tidak Berkaitan - Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    01-01-2010 31-12-2010

    Khidmat Nasihat Projek Citizen Registry System

    Input/khidmat nasihat aspek keselamatan maklumat bagi Projek Citizen Registry System

    Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    08-10-2009 31-12-2010

    JaDUal 1- SEnaRai PRoJEK PEMbanGUnan, KhiDMat PERUnDinGan & KhiDMat naSihat (2009 & 2010)

  • MEMACU TRANSFORMASI ICT SEKTOR AWAM | 47

    bil. aGEnSi PRoJEK haSil SERahan JEniS KhiDMat taRiKh MUla taRiKh taMat

    14. MaMPU Ahli Jawatankuasa Semakan Spesifikasi Dokumen Tender dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender Untuk Tender Projek Pembangunan Pusat Data Utama MAMPU di Cyberjaya

    -Tidak Berkaitan - Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    03-09-2009 31-12-2009

    Gegar e-Mel Laporan Operasi Gegar E-Mel 2010

    Projek Pembangunan

    01-03-2010 31-12-2010

    15. Jabatan Peguam negara

    Khidmat Perundingan Pembangunan Pusat Data Jabatan Peguam Negara (AGC)

    Laporan Khidmat Perundingan Pusat Data Jabatan Peguam Negara

    Khidmat Perundingan

    26-03-2009 16-07-2009

    16. Kementerian Kewangan

    Fasa 2 - Pelaksanaan SATU ID Secured Transaction Management (STM)

    Input/khimat nasihat (Quality Assurance/Subject Matter Expert, SME)

    Khidmat Perundingan

    25-08-2009 19-02-2010

    Khidmat Rundingan - Pembangunan ISP Perbendaharaan

    a) Laporan Bengkel 1b) Laporan Interim Persekitaran dan Strategik ICTc) Laporan Interim Pelan Tindakand) Dokumen ISP Perbendaharaan 2011-2015

    Khidmat Perundingan

    30-06-2010 31-12-2010

    Fasa 1 - Kertas Cadangan Penyelesaian Teknikal Secured Transaction Management (STM)

    Kertas Cadangan Penyelesaian Teknikal Secured Transaction Management

    Khidmat Perundingan

    09-02-2009 30-04-2009

    Khidmat Nasihat Permindahan Pusat Disaster Recovery Center (DRC) Sistem ePerolehan

    Kertas Ulasan MAMPU Ke Atas Cadangan Penempatan Pusat Pemulihan Bencana Bagi Aplikasi ePerolehan di Pusat Data Synergy Centrix.

    Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    15-04-2010 03-06-2010

    17. institut Penilaian negara (inSPEn)

    Khidmat Nasihat Pembangunan Pusat Data Institut Penilaian Negara

    Minit-Minit Mesyuarat 15-04-2010 03-06-2010 31-12-2010

    18. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

    Khidmat Nasihat Pelaksanaan Sistem Link-Up MITI / JKDM / JPJ

    -Tidak Berkaitan - Khidmat Nasihat (Pakar Rujuk)

    05-01-2010 05-01-2010

    19. Jabatan akauntan negara (Jan)

    Khidmat Rundingan - Pembangunan ISP Jabatan Audit Negara (JAN)

    a) Laporan Bengkel 1b) Laporan Interim Persekitaran dan Strategik ICTc) Laporan Interim Pelan Tindakand) Dokumen ISP Jabatan Audit Negara 2011-2015

    Khidmat Perundingan

    28-07-2010 27-12-2010

    JaDUal 1- SEnaRai PRoJEK PEMbanGUnan, KhiDMat PERUnDinGan & KhiDMat naSihat (2009 & 2010)

  • 48 | PASUKAN PERUNDINGAN ICT SEKTOR AWAM

    bil. aGEnSi PRoJEK haSil SERahan JEniS KhiDMat taRiKh MUla taRiKh taMat

    20. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    Pembangunan Pangkalan Data Hospital Information System (HIS)- Modul Operation Theater Management System (OTMS)

    a) Laporan Pemantauan Pelaksaan OTMS di 3 hospital KKM dan Pelaksanaan SPP Basic + OTMS di 4 hospitalb) Laporan Pemantauan Pelaksaan di 3 hospital KKM (Seremban, PD, Ipoh)c) Laporan Pemantauan Pelaksaan SPP Basic + OTMS+ LIS + PhIS + CD + CSSD di 4 hospital -

    Projek Pembangunan

    01-04-2010 31-12-2010

    Pengauditan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA)

    a) Laporan Keperluan Bisnes OTMSb) Laporan Keperluan Spesifikasi Teknikal OTMSc) Satu Sistem OTMS yang mengandungi sejumlah 9 modul dihasilkan bersama KKM secara in house

    Khidmat Perundingan

    01-01-2010 31-12-2010

    21. institut Penyelidikan Perubatan (iMR)

    Khidmat Nasihat Kajian Keselamatan Dan DRP Portal Global Information HUB On Integrated Medicine (GLOBinMED)

    -Tidak Berkaitan - Khidmat Nasihat (Pakar R