membina pasukan yang berjaya

21
Membina Pasukan yang BERJAYA Oleh: Mohd Syariffudin bin Abu Kassim Pembantu Makmal SMIAAG 012-6225331 makmal-berkebajikan.blogspot.com [email protected]

Upload: tillie

Post on 13-Jan-2016

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Membina Pasukan yang BERJAYA. Oleh: Mohd Syariffudin bin Abu Kassim Pembantu Makmal SMIAAG 012-6225331 makmal-berkebajikan.blogspot.com [email protected]. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Membina Pasukan yang BERJAYA

Membina Pasukan yang BERJAYA

Oleh: Mohd Syariffudin bin Abu KassimPembantu Makmal SMIAAG

012-6225331makmal-berkebajikan.blogspot.com

[email protected]

Page 2: Membina Pasukan yang BERJAYA

Setiap Pasukan yang berjaya itu terdiri daripada seorang pemimpin dan ahlinya yang lain yang berfungsi.

Bagaimana boleh berjaya??

Sebab..semua orang boleh berjayatapi..

Tak semua tahu cara untuk berjaya..

Page 3: Membina Pasukan yang BERJAYA

Ada satu kisah..

Pak Mat ada sebidang tanah. Dia mempunyai banyak harta. Tapi dia tinggal di tanah yang sebidang itu tidak berumah. Apabila hujan lebat melanda, terik panas, dia tetap menetap di situ tanpa tempat berteduh.

Pak Mat perlu lakukan sesuatu iaitu membuat rumah. Tapi dia tidak mampu membuat seorang diri

Page 4: Membina Pasukan yang BERJAYA

Pak Mat mencari pertolongan

Pak Mat pergi ke kampung sebelah untuk meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalahnya itu.

Lalu dia mencari orang yang dia perlukan iaitu seorang tukang kayu, buruh kerja yang kuat 5 orang, seorang tukang masak, dan sebagainya.

Selepas Pak Mat bertemu dan mengumpulkan mereka, maka mereka setuju untuk membantu

Page 5: Membina Pasukan yang BERJAYA

Mula membuat kerja

Maka dikumpulkan mereka semua dengan bahan-bahan yang mencukupi serta alat-alatan untuk memudah kerja.

Dengan kemahiran masing-masing, mereka bekerja bersungguh-sungguh.

Page 6: Membina Pasukan yang BERJAYA

Percanggahan pendapat Sedang semuanya sibuk bekerja, Pak Mat

melihat ada di antara buruh kerja ini yang membuat kerja lain daripada yang lain iaitu menbuat bumbung (ala minangkabau) dahulu sedangkan tapak rumah belum rata lagi.

Pak Mat bertindak menegurnya dengan baik dan berhemah serta menerangkan kembali fasa-fasa membina rumah ini. Kukuhkan tapak, kemudian tiang serinya, kemudian barulah tandas ataupun dinding yang lain.

Walaupun buruh itu pernah membuat bumbung ala minangkabau, tapi dia perlu sesuaikan kemahirannya dengan situasi sekaran.

Page 7: Membina Pasukan yang BERJAYA

Penatnya bekerja Hari berganti hari, kerja terus dibuat. Lama

kelamaan kepenatan mereka terserlah juga. Walaupun penat bekerja, kerana janji mereka

kepada Pak Mat, mereka terus menyambung kerja selepas berehat sebentar.

Mereka tetap membuat kerja walaupun tidak terlampau ligat bekerja, tapi masih mengikut rentak bekerja.

Tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk pun dalam menyiapkan kerja. Pak Mat amat takjub melihat usaha mereka yang hebat ini.

Page 8: Membina Pasukan yang BERJAYA

Apabila paku kehabisan.. Kerja pembinaan sedang giat berjalan, tiba-tiba

bekalan paku hampir kehabisan. Pak Mat terus meminta salah seorang daripada mereka untuk mendapatkan bekalan paku itu di pekan yang berada di atas bukit. Tapi mereka tidak mahu kerana tidak tahu .

Pak Mat tahu kedai itu, tapi mereka tidak, maka Pak Mat pun membawa salah seorang daripada mereka untuk menunjukkan jalan ke pekan tersebut, mudah2an selepas ini, orang itu akan pergi terus bila disuruh kerana dia sudah tahu dan dia boleh laksanakannya tanpa rasa sulit lagi.

Page 9: Membina Pasukan yang BERJAYA

Tiba-tiba ada yang tercedera.. Pak Mat terkejut mendengar jeritan daripada

kalangan buruhnya. Dia bekejar ke sana dan mendapati ada yang tercedera.

Pak Mat dan yang lain terus memberikan rawatan kecemasan lalu mengusungnya ke rumah tabib yang berhampiran.

Tidak ada pun dikalangan mereka hanya melihat sahaja rakan sekerjanya sahaja, tetapi semuanya berusaha untuk membantu meringankan kesakitannya.

Page 10: Membina Pasukan yang BERJAYA

Akhirnya.. Siap juga rumah tersebut dibina. Maka Pak Mat pun menunaikan janjinya kepada

pasukan membina rumahnya itu. Iaitu membayar 5 ekor kerbau.

Walaupun itu harga bayarannya, tetapi ketika bekerja pun, Pak Mat telah memberi mereka makan, tempat tinggal, serta gaji kepada mereka. Pak Mat tetap percaya kepada pasukan pekerjanya untuk menyiapkan kerjanya. Para pekerja juga percayakan Pak Mat yang dia akan menjaga kebajikan pekerjanya.

Page 11: Membina Pasukan yang BERJAYA

Kemudian…

Mereka semua berasa gembira dan puas dapat bekerja dengan Pak Mat.

Mereka berharap untuk bekerja dengan Pak Mat lagi dan lakukan kebaikkan yang ditonjolkan oleh Pak Mat kepada yang lain pula.

Rumah dah siap dan boleh diduduki.

Page 12: Membina Pasukan yang BERJAYA

Moral of the Story..

Kejayaan itu mengambil masa yang sangat lama.

Berjaya dengan ramai orang lebih seronok daripada berjaya seorang diri.

Kejayaan itu membuatkan mereka mahu bersama-sama lagi agar mencapai kejayaan yang kemudian.

Page 13: Membina Pasukan yang BERJAYA
Page 14: Membina Pasukan yang BERJAYA

Syarat hendak mencapai kejayaan dalam pasukan?

Faham Ikhlas Amal Jihad Tadhiyah

Taat Tsabat Tajarrud Ukhuwwah Tsiqah

Page 15: Membina Pasukan yang BERJAYA

Assignment..

Cuba ceritakan kisah sirah Rasulullah s.a.w. dengan syarat-syarat tadi.

Kerana..Generasi Rasulullah s.a.w. adalah yang generasi yang terbaik sekali.

Page 16: Membina Pasukan yang BERJAYA

Kelebihan berpasukan..

Sebatang lidi boleh dipatahkan dengan senang, tapi ratusan batang lidi lebih susah untuk dipatahkan.

Kerana kambing yang sendiri2 lebih senang di makan oleh serigala daripada yang berada di dalam kelompoknya.

(tadabbur tafsir as-Soff)

Page 17: Membina Pasukan yang BERJAYA
Page 18: Membina Pasukan yang BERJAYA

Bagaimana kita menghadapi KEPAYAHAN???

Kita bila2 masa, pasti akan diuji Allah. Tidak kira secara individu ataupun beramai-ramai.

Apa yg kita akan buat jika satu persatu ahli pasukan kita “gugur”? Ataupun “hampir gugur”?

Page 19: Membina Pasukan yang BERJAYA
Page 20: Membina Pasukan yang BERJAYA

Bagaimana pula dikemuncak kepimpinan kita, itulah pengakhiran kita? Sesebuah Pasukan boleh hancur/mati jika

pemimpinnya tiada. Bagaimana untuk kita menyelesaikan

masalah ini? Ingatlah!!! Sedangkan Nabi ketika nazaknya,

masih lagi risau pada kita dengan menyebut “Ummati..ummati..”

Page 21: Membina Pasukan yang BERJAYA

Bagaimana pula kita pada sekolah kita nanti???

Fikirkanlah dari sekarang…

Wallahu a’laam..Sekian..terima kasih..