sangeetha pembelajaran bahasa melayu dalam · pdf filebahasa melayu perlu digabungkan dengan...

1
Bil: 32 RABU, 24 JANUARI 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan pelbagai potongan harga yang menarik sempena musim cuti persekolahan sehingga bulan Januari 2007 bagi produk berikut: Buku Teks: Diskaun 15% bagi Rakan Koperasi atau Rakan Dewan Diskaun 10% bagi semua pengunjung Buku Umum: Diskaun 20% bagi semua pengunjung Pakaian Sekolah dan Kasut Jenama Bata Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Pengarang: Azizi Haji Abdullah ISBN: 983-62-9329-9 Harga: RM35.00 Sangeetha memaparkan kisah cinta yang tidak mengenal usia, rupa, darjat, bangsa dan agama. Cinta yang terpendam antara warga emas India dengan Melayu tidak diluahkan melalui kata-kata. Namun, cinta yang terpendam itu datang tanpa diundang, keliru antara sayang dengan kasihan? Kata orang, adat muda menang- gung rindu, tetapi jika orang tua yang memendam rasa, bagaimana? Ikutilah kesudahannya dalam novel yang mesti dibaca oleh semua. DBP SETENGAH ABAD BH PILIH L1 24 emel MUNSYI Tidak melambangkan sempena 50 tahun merdeka. Banyak program TMM 2007 tidak memartabatkan bahasa kebangsaan. Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Persekolahan Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin “P enggunaan dan pengua- saan bahasa Melayu sama ada dalam peperik- saan dan komunikasi sosial, nam- paknya memperlihatkan banyak kelemahan dan kecelaruan, walau- pun negara kita sudah lama mer- deka. Oleh itu, satu mekanisme yang standard dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu perlu ada agar Bahasa Melayu dipelajari sebagai bahan komunikasi sosial sepanjang masa dan pencapaian Bahasa Melayu yang cemerlang dalam peperik- saan dapat dicapai”. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Datuk Noh Haji Omar, semasa berucap dalam majlis Perasmian Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dalam Sistem Per-sekolah- an, di Dewan Seminar, De-wan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada19 Disember 2006 yang lalu. Seminar yang bertemakan ‘Pe- ningkatan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Penyelidikan dan Ka- jian’ itu dihadiri oleh 243 peserta yang terdiri daripada para guru, pensyarah, penyelidik dan pega- wai-pegawai DBP dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pro- gram yang berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2006 lalu diada- kan bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan halangan yang menyukarkan P&P BM dalam ka- langan pelajar. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input atau maklu- mat baharu kepada DBP dan KPM untuk menyusun strategi berkesan dalam P&P di sekolah serta meng- hasilkan kaedah yang boleh mena- rik minat pelajar mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu. Sebanyak 31 kertas kerja telah dibentangkan secara kelompok meliputi lapan bidang utama P&P yang setiap kelompok dike- tuai oleh seorang konvener yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Bidang Pedagogi (Prof. Datin Dr, Juriah Long), Kurikulum (Hajah Zahirah Abd. Aziz), Bahan (Dr. Abdul Rashid Jamian), Perbandingan Pengalaman antara Negara (Prof. Madya Dr. Kamsiah Abdullah), Pentaksiran (Prof. Madya Dr. Hashim Othman), Sumber Te- naga Pengajar (Dr. Haji Ali Haji Mahmood), Persekitaran (Dr. Ro- ziah Abdullah), dan Mengajar Ke- mahiran Bernilai Tambah (Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan). Antara permasalahan yang di- bincangkan dalam sumber tenaga manusia ialah terdapatnya guru yang tidak bermotivasi, tidak kre- atif dan tidak bersemangat semasa mengajar kerana ada guru ditu- gaskan mengajar Bahasa Melayu yang bukannya pengkhususan mereka, dan begitu juga sebalik- nya. Dalam bidang pedagogi pula, masalah yang di kenal pasti ialah P&P lebih bersifat sehala kerana pelajar tidak membuat persediaan awal terlebih dahulu, menyebab- kan kurangnya interaksi pelajar dengan guru di dalam bilik dar- jah. Manakala, cadangan yang dike- mukakan bagi permasalahan da- lam bidang sumber tenaga penga- jar ialah memberikan guru Bahasa Melayu insentif dalam bentuk kewangan dan peralatan sebagai galakan bagi meningkatkan daya usaha mengajar, profesionalisme dan keterampilan. Di samping itu, Bahagian Pendidikan Guru perlu- lah menentukan keperluan guru di sekolah mengikut kesesuaian pengkhususan masing-masing. Cadangan bagi mengatasi per- masalahan dalam bidang peda- gogi pula ialah mempelbagaikan strategi P&P untuk menarik minat pelajar supaya berinteraksi dengan lebih aktif. Oleh itu, pe- rancangan dan pelaksanaan P&P pedagogi bestari perlu berasaskan pengelompokan kumpulan ber- dasarkan profil pelajar serta perse- kitarannya. Di samping itu P&P Bahasa Melayu perlu digabungkan dengan P&P Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Seminar ini telah berjaya men- jadi platform bagi peserta semi- nar dan pembentang kertas kerja untuk bertukar-tukar maklumat mutakhir tentang kajian yang dijalankan secara empirikal, yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran BM di peringkat sekolah. TEGAS: "Kadar kelulusan Bahasa Melayu harus seratus peratus" - Y. B. Datuk Noh Hj Omar SANGEETHA Debat 100 Jam Tanpa Henti 9 Minggu Penulis Remaja Penjana Kreativiti Remaja 10

Upload: hoangdan

Post on 13-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SANGEETHA Pembelajaran Bahasa Melayu dalam · PDF fileBahasa Melayu perlu digabungkan dengan P&P Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Seminar ini telah berjaya men jadi platform

Bil: 32 RABU, 24 JANUARI 2007

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan pelbagai potongan harga yang menarik sempena musim cuti persekolahan sehingga bulan Januari 2007 bagi produk berikut:

Buku Teks: Diskaun 15% bagi Rakan Koperasi atau Rakan DewanDiskaun 10% bagi semuapengunjung

Buku Umum:Diskaun 20% bagi semuapengunjung

Pakaian Sekolah dan Kasut Jenama Bata Waktu urus niaga

Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petangPertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Pengarang: Azizi Haji AbdullahISBN: 983-62-9329-9Harga: RM35.00

Sangeetha memaparkan kisah cinta yang tidak mengenal usia, rupa, darjat, bangsa dan agama. Cinta yang terpendam antara warga emas India dengan Melayu tidak diluahkan melalui kata-kata. Namun, cinta yang terpendam itu datang tanpa diundang, keliru antara sayang dengan kasihan? Kata orang, adat muda menang-gung rindu, tetapi jika orang tua yang memendam rasa, bagaimana?

Ikutilah kesudahannya dalam novel yang mesti dibaca oleh semua.

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L1 24 emel

MUNSYI

Tidak melambangkansempena 50 tahun merdeka.

Banyak program TMM 2007tidak memartabatkanbahasa kebangsaan.

Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam

Sistem PersekolahanOleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

“P enggunaan dan pengua-saan bahasa Melayu sama ada dalam peperik-

saan dan komunikasi sosial, nam-paknya memperlihatkan banyak kelemahan dan kecelaruan, walau-pun negara kita sudah lama mer-deka. Oleh itu, satu mekanisme yang standard dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu perlu ada agar Bahasa Melayu dipelajari sebagai bahan komunikasi sosial sepanjang masa dan pencapaian Bahasa Melayu yang cemerlang dalam peperik-saan dapat dicapai”. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Datuk Noh Haji Omar, semasa berucap dalam majlis Perasmian Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dalam Sistem Per-sekolah-an, di Dewan Seminar, De-wan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada19 Disember 2006 yang lalu.

Seminar yang bertemakan ‘Pe-ningkatan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Penyelidikan dan Ka-jian’ itu dihadiri oleh 243 peserta yang terdiri daripada para guru, pensyarah, penyelidik dan pega-wai-pegawai DBP dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pro-gram yang berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2006 lalu diada-kan bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan halangan yang menyukarkan P&P BM dalam ka-langan pelajar. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input atau maklu-mat baharu kepada DBP dan KPM untuk menyusun strategi berkesan dalam P&P di sekolah serta meng-hasilkan kaedah yang boleh mena-rik minat pelajar mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

Sebanyak 31 kertas kerja telah dibentangkan secara kelompok meliputi lapan bidang utama P&P yang setiap kelompok dike-tuai oleh seorang konvener yang

mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Bidang Pedagogi (Prof. Datin Dr, Juriah Long), Kurikulum (Hajah Zahirah Abd. Aziz), Bahan (Dr. Abdul Rashid Jamian), Perbandingan Pengalaman antara Negara (Prof. Madya Dr. Kamsiah Abdullah), Pentaksiran (Prof. Madya Dr. Hashim Othman), Sumber Te-naga Pengajar (Dr. Haji Ali Haji Mahmood), Persekitaran (Dr. Ro-ziah Abdullah), dan Mengajar Ke-mahiran Bernilai Tambah (Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan).

Antara permasalahan yang di-bincangkan dalam sumber tenaga manusia ialah terdapatnya guru yang tidak bermotivasi, tidak kre-atif dan tidak bersemangat semasa mengajar kerana ada guru ditu-gaskan mengajar Bahasa Melayu yang bukannya pengkhususan

mereka, dan begitu juga sebalik-nya.

Dalam bidang pedagogi pula, masalah yang di kenal pasti ialah P&P lebih bersifat sehala kerana pelajar tidak membuat persediaan awal terlebih dahulu, menyebab-kan kurangnya interaksi pelajar dengan guru di dalam bilik dar-jah.

Manakala, cadangan yang dike-mukakan bagi permasalahan da-lam bidang sumber tenaga penga-jar ialah memberikan guru Bahasa Melayu insentif dalam bentuk kewangan dan peralatan sebagai galakan bagi meningkatkan daya usaha mengajar, profesionalisme dan keterampilan. Di samping itu, Bahagian Pendidikan Guru perlu-lah menentukan keperluan guru di sekolah mengikut kesesuaian pengkhususan masing-masing.

Cadangan bagi mengatasi per-masalahan dalam bidang peda-gogi pula ialah mempelbagaikan strategi P&P untuk menarik minat pelajar supaya berinteraksi dengan lebih aktif. Oleh itu, pe- rancangan dan pelaksanaan P&P pedagogi bestari perlu berasaskan pengelompokan kumpulan ber-dasarkan profil pelajar serta perse-kitarannya. Di samping itu P&P Bahasa Melayu perlu digabungkan dengan P&P Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Seminar ini telah berjaya men-jadi platform bagi peserta semi-nar dan pembentang kertas kerja untuk bertukar-tukar maklumat mutakhir tentang kajian yang dijalankan secara empirikal, yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran BM di peringkat sekolah.

TEGAS: "Kadar kelulusan Bahasa Melayu harus seratus peratus" - Y. B. Datuk Noh Hj Omar

SANGEETHA

Debat100 JamTanpa Henti

9Minggu Penulis Remaja Penjana Kreativiti Remaja

10