sample lesson plan tesis.doc

12
MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK STATISTIK Modul Pembelajaran Berasaskan Projek ini merangkumi enam fasa iaitu : 1. “At a Glance” Penyelidi ! Manc"e#i A$P S%&#a'ania' Tin(atan ) Mata Pela*a#an ! Tin(atan E'+at Ali#an Sa,te#a ) Mate'ati S-alan +entin( ! a) Adakah Pembelajaran Berasaskan Projek berkesan dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran terarah kendiri pelajar Tingkatan Empat aliran Sastera dalam subjek Matematik? b) Adakah Pembelajaran Berasaskan Projek berkesan dalam mengurangkan kebimbangan pelajar Tingkatan Empat aliran Sastera terhadap Matematik? Te'+-" ! 4 minggu Kete#an(an ! Modul Pembelajaran Berasaskan Projek ini digunakan untuk mengkaji kesan Pembelajaran Berasaskan Projekterhadap pembelajaran terarah kendiri dan kebimbangan terhadap Matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat aliran Sastera Pelajar mempelajari statistik untuk diaplikasikandalam dunia sebenar Menganalisis statistik adalah satu kemahiran! pengetahuan! pemahaman "ang diajar dengan harapan dapat diaplikasi dan dikembangkan merentasi kurikulum Pelaksanaan projek merentas kurikulum membolehkan pelajar#pelajar menghubung kaitkan statistik dengan dunia sebenar

Upload: navaneethavaneetha

Post on 06-Oct-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

STATISTIKModul Pembelajaran Berasaskan Projek ini merangkumi enam fasa iaitu :1.At a Glance

Penyelidik : Mancheri A/P Subramaniam

Tingkatan & Mata Pelajaran : Tingkatan Empat Aliran Sastera & Matematik

Soalan penting :

a) Adakah Pembelajaran Berasaskan Projek berkesan dalam

meningkatkan kemahiran pembelajaran terarah kendiri pelajar Tingkatan Empat aliran Sastera dalam subjek Matematik?

b) Adakah Pembelajaran Berasaskan Projek berkesan dalam mengurangkan kebimbangan pelajar Tingkatan Empat aliran Sastera terhadap Matematik?

Tempoh : 4 minggu

Keterangan : Modul Pembelajaran Berasaskan Projek ini digunakan untuk mengkaji kesan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap pembelajaran terarah kendiri dan kebimbangan terhadap Matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat aliran Sastera. Pelajar mempelajari statistik untuk diaplikasikan dalam dunia sebenar. Menganalisis statistik adalah satu kemahiran, pengetahuan, pemahaman yang diajar dengan harapan dapat diaplikasi dan dikembangkan merentasi kurikulum. Pelaksanaan projek merentas kurikulum membolehkan pelajar-pelajar menghubung kaitkan statistik dengan dunia sebenar.

Penyerapan ilmu kemahiran generik : Seni Lukis

KBKK: i) mengumpul maklumat

ii) menjana idea

iii) menganalisis maklumat

iv) mentafsir maklumat

Media pengajaran : CD-ROM, kertas mahjong, kertas edaran & sumber dari

internet.

Penilaian : Senarai semak secara kumpulan digunakan untuk menilai criteria-kriteria

tertentu.

Pengalaman sedia ada : Pelajar telah mempelajari statistik di tingkatan tiga.

2) Project Overview

Tujuan kajian ialah untuk mengkaji kesan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap kemahiran pembelajaran terarah kendiri dan kebimbangan terhadap Matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat aliran Sastera. Sampel kajian ialah seramai 80 orang pelajar Tingkatan Empat aliran Sastera dari dua buah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah. 40 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen diajar menggunakan Pembelajaran Berasaskan Projek manakala 40 orang pelajar dalam kumpulan kawalan diajar dengan pengajaran konvensional. Kaji selidik ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu pendekatan Kuasi eksperimen. Dua instrumen digunakan iaitu Self- Directed Learning Readiness Scale(SDLRS) dan Math Anxiety Questionnaire (MAQ). Data untuk kajian ini diproses menggunakan Program SPSS for windows version 15.0. Data kajian dianalisis menggunakan analisis kovarians (ANCOVA). ANCOVA digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu pemboleh ubah tidak bersandar benar-benar memberi kesan kepada sesuatu pemboleh ubah bersandar tanpa dipengaruhi pemboleh ubah luaran (extraneous variables) yang lain (Mawarni, 2008).3)Project Activities

Berikut adalah jadual pelaksanaan projek matematik:

Minggu Pertama

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh :-

i) Melukis bar chart, graf garis dan pie chart.

Hari Pertama : 03.01.2011 (Isnin)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 1 : Mengenal pasti topik projek

Guru mengimbau pengetahuan sedia ada pelajar tentang bar chart, graf garis dan pie chart. Meminta pelajar menyatakan perbezaan antara ketiga-tiga jenis graf tersebut. Mengemukakan soalan : Berapa orang pelajar mendapat gred A, B, C, D dan E dalam PMR 2010? Rekodkan data yang diperolehi dalam Lembaran 1.Hari Kedua : 04.01.2011 (Selasa)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 2 & Langkah 3 : Membuat perancangan dan penjadualan

Guru membahagikan pelajar kepada lapan kumpulan. (setiap kumpulan 5 orang pelajar)

Guru membimbing pelajar untuk merancang kerangka projek.

Guru mengedarkan Lembaran 1 yang diperolehi daripada hari pertama kepada setiap kumpulan.

Setiap kumpulan membincangkan jadual pelaksanaan projek untuk mengagihkan tugas kepada setiap ahli kumpulan.Hari Ketiga : 05.01.2011 (Rabu)

Masa: 70 minit (2waktu pengajaran)

Langkah 4 & Langkah 5 : Pemerhatian & pemantauan dan membuat penilaian Guru meminta pelajar membentuk lapan kumpulan. (sama seperti hari kedua) Guru sebagai fasilatator membimbing pelajar untuk melukis bar chart, graf garis dan pie chart. Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk melukis ketiga-tiga jenis graf tersebut. Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa membuat pemerhatian dan pemantauan, guru menilai pelajar-pelajar dengan menggunakan senarai semak. (APPENDIX G)Hari Keempat : 06.01.2011 (Khamis)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 6 : Penilaian keseluruhan (Refleksi)

Guru meminta wakil dari setiap kumpulan datang ke hadapan dan membentangkan hasil kerja mereka. Pelajar membentangkan hasil projek. Guru memberi komen dan cadangan tentang hasil kerja supaya pelajar dapat memperbaiki kesilapan mereka. Setiap pelajar melukis bar chart, graf garis dan pie chart dalam buku latihan masing-masing.Minggu Kedua

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh :-

i) Memilih selang kelas yang sesuai bagi data yang dikumpulkan.

ii) Membina Jadual Kekerapan berdasarkan selang kelas yang

dipilih.

iii) Menyatakan kelas mod.

Hari Pertama : 10.01.2011 (Isnin)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 1 : Mengenal pasti topik projek

Pelajar dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pelajar. (berbeza daripada kumpulan yang dibentuk pada minggu pertama) Guru memperkenalkan topik statistik dengan meminta pelajar menimbang berat masing-masing dan merekodkan dalam Lembaran yang diberi.(Lembaran 2) Semua pelajar merekodkan berat dalam Lembaran yang diberi. Pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada iaitu kemahiran pengukuran untuk menimbang berat.Hari Kedua : 11.01.2011 (Selasa)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 2 & Langkah 3 : Membuat perancangan dan penjadualan

Guru meminta pelajar duduk semula dalam kumpulan sama yang dibentuk pada hari pertama.

Guru mengedarkan Lembaran 2 untuk membolehkan pelajar berbincang dalam kumpulan merancang dan membuat jadual pelaksanaan tugasan.

Pelajar juga menetapkan had masa untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan.

Guru memastikan perancangan tersebut mengandungi pengagihan tugas.

Hari Ketiga : 12.01.2011 (Rabu)

Masa: 70 minit (2waktu pengajaran)

Langkah 4 & Langkah 5 : Pemerhatian & pemantauan dan membuat penilaian

Guru bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar melaksanakan tugasan. Pelajar berbincang dalam kumpulan mencari idea untuk membuat tugasan yang diberi.

Pelajar merujuk kepada bahan rujukan yang disediakan oleh guru dan membuat catatan.

Pelajar menjalankan tugas mengikut jadual pengagihan tugas. Contoh :

pengumpul maklumat

pencatat

pembentang

Guru membuat penilaian secara kumpulan dengan menggunakan senarai semak. (APPENDIX G)

Hari Keempat : 13.01.2011 (Khamis)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 6 : Penilaian keseluruhan (Refleksi)

Guru meminta wakil dari setiap kumpulan datang ke hadapan dan membentangkan hasil kerja mereka. Pelajar membentangkan hasil projek. Guru memberi komen dan cadangan tentang hasil kerja supaya pelajar dapat memperbaiki kesilapan mereka. Pelajar-pelajar lain memberi komen tentang pembentangan dan bertukar pendapat.Minggu Ketiga

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh :-

i) Menuliskan nilai titik tengah kelas dalam jadual kekerapan.

ii) Mengira min

iii) Melukis histogram dan polygon kekerapan.

Hari Pertama : 17.01.2011 (Isnin)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 1 : Mengenal pasti topik projek

Guru memperkenalkan topik statistik dengan meminta pelajar mengingat kembali apa yang telah dipelajari dalam pengajaran sebelumnya. Guru memperkenalkan perkataan-perkataan seperti titik tengah, min, histogram dan polygon kekerapan. Guru membimbing pelajar untuk memahami maksud kesemua perkataan tersbut.Hari Kedua : 18.01.2011 (Selasa)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 2 & Langkah 3 : Membuat perancangan dan penjadualan

Pelajar dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pelajar. (berbeza daripada kumpulan yang dibentuk pada minggu kedua) Guru mengedarkan Lembaran 3 untuk membolehkan pelajar merancang kerangka projek dan membuat jadual pelaksanaan.

Pelajar juga menetapkan had masa untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan.

Guru memastikan perancangan tersebut mengandungi pengagihan tugas.

Hari Ketiga : 19.01.2011 (Rabu)

Masa: 70 minit (2waktu pengajaran)

Langkah 4 & Langkah 5 : Pemerhatian & pemantauan dan membuat penilaian

Guru bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar melaksanakan tugasan. Guru menyediakan bahan rujukan dan nota untuk membantu pelajar mengkaji dan mendapatkan idea.

Pelajar berbincang dalam kumpulan mencari idea untuk membuat tugasan yang diberi.

Pelajar menjalankan tugas mengikut jadual pengagihan tugas. Contoh :

pengumpul maklumat

pencatat

pembentang

Guru membuat penilaian secara kumpulan dengan menggunakan senarai semak. (APPENDIX G)

Hari Keempat : 24.01.2011 (Monday)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 6 : Penilaian keseluruhan (Refleksi)

Guru meminta pelajar membuat pembentangan mengikut kumpulan. Guru memberi komen dan cadangan tentang hasil kerja supaya pelajar dapat memperbaiki kesilapan mereka. Pelajar-pelajar lain memberi komen tentang pembentangan dan bertukar pendapat. Pelajar diberi latihan tambahan sebagai kerja rumah.Minggu Keempat

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh :-

i) Menyatakan sempadan atas dan sempadan bawah.

ii) Mengira kekerapan longgokan.

iii) Melukis ogif

iv) Menentukan median, kuartil pertama, kuartil ketiga dan julat antara kuartil daripada ogif.

Hari Pertama : 25.01.2011 (Selasa)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 1, Langkah 2 & Langkah 3 : Mengenal pasti topik projek, Membuat

perancangan dan penjadualan

Pelajar dibahagikan kepada lapan kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pelajar. (berbeza daripada kumpulan yang dibentuk pada minggu ketiga) Guru memperkenalkan perkataan-perkataan seperti sempada atas, kekerapan longgokan, ogif, median, kuartil pertama, kuartil ketiga dan julat antara kuartil. Guru membimbing pelajar untuk merancang kerangka projekdan membuat jadual pelaksanaan.

Pelajar cuba menghubung kaitkan pengajaran sebelum dengan pengajaran hari ini.

Pelajar juga menetapkan had masa untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan.

Guru memastikan perancangan tersebut mengandungi pengagihan tugas.

Hari Kedua : 26.01.2011 (Rabu)

Masa: 70 minit (2 waktu pengajaran)

Langkah 4 & Langkah 5 : Pemerhatian & pemantauan dan membuat penilaian

Guru meminta pelajar duduk semula dalam kumpulan sama yang dibentuk sebelum ini. Pelajar merujuk kepada bahan rujukan yang disediakan oleh guru dan membuat catatan. Pelajar menjalankan tugas mengikut jadual pengagihan tugas dan berbincang dalam kumpulan untuk menyiapkan Lembaran 4.

Guru membuat penilaian secara kumpulan dengan menggunakan senarai semak. (APPENDIX G)

Guru membimbing pelajar melaksanakan tugas.

Hari Ketiga : 27.01.2011 (Khamis)

Masa: 35 minit (1 waktu pengajaran)

Langkah 6 : Penilaian keseluruhan (Refleksi)

Guru meminta pelajar membuat pembentangan mengikut kumpulan. Guru memberi komen dan cadangan tentang hasil kerja supaya pelajar dapat memperbaiki kesilapan mereka. Pelajar-pelajar lain memberi komen tentang pembentangan dan bertukar pendapat. Pelajar diberi latihan tambahan sebagai kerja rumah.4)Assessment

Melalui assessment guru boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran. Ini membantu guru mengambil tindakan susulan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.