sampel tugasan

16
SAMPEL TUGASAN

Upload: muhammad-kharusani

Post on 06-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • SAMPEL TUGASAN

  • TAHAP HUBUNGAN ETNIK : KAJIAN DALAM KALANGAN

    MAHASISWA YANG MENGIKUTI KURSUS DIPLOMA DAN IJAZAH

    SARJANA MUDA, SESI PENGAJIAN 2012/2013 DI UNIVERSITI

    PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU, SARAWAK

    DR. AHMAD NASIR MOHD YUSOFF

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penilaian

    dalam kuliah Serta keperluan kelulusan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

    Sarawak

    Jabatan Sains Sosial

    Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan

    OGOS 2012

  • TAHAP HUBUNGAN ETNIK : KAJIAN DALAM KALANGAN

    MAHASISWA YANG MENGIKUTI KURSUS DIPLOMA

    KEJURUTERAAN PERTANIAN (DKP), SESI PENGAJIAN 2012/2013

    DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : .........................................

    Nama Pelajar :

    Tarikh :

  • Dedikasi

    Ibubapa yang tersayang

    Terima kasih atas segala pengorbanan, sokongan dan nasihat Yang diberikan selama ini

    Adik-beradikku yang dikasihi

    Terima kasih atas galakan Yang tidak pernah jemu

    Teman yang dihormati

    Terima kasih atas sokongan moral dan galakan Yang tidak pernah putus

  • PENGHARGAAN

    Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang ikhlas kepada pensyarah

    subjek Hubungan Etnik (SKP2204), Dr Ahmad Nasir Mohd Yusoff atas kesudian beliau

    meluangkan masa untuk memberikan bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan

    sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ilmiah ini.

    Penghargaan yang tidak terhingga ditunjukkan kepada pelajar-pelajar Kursus Diploma

    Kejuruteraan Pertanian (DKP), Sesi Pengajian 2012- 2013 Semester 01 di Universiti

    Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) yang telah memberi kerjasama serta

    kesudian mereka meluangkan masa untuk menjayakan tugasan ini.

    Tidak ketinggalan juga kepada ahli kumpulan yang telah memberi kerjasama sepanjang

    tempoh menyiapkan tugasan ini.

    Akhirnya penghargaan diberikan kepada Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Kampus

    Bintulu Sarawak (UPMKB) yang menyediakan pelbagai bahan rujukan yang berguna

    dalam tugasan ini.Tidak lupa kepada rakan dan pihak yang terlibat secara langsung dalam

    memberi sokongan terhadap kami dalam menyiapkan tugasan ini.

  • ABSTRAK

    Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap hubungan etnik di

    kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Diploma Kejuruteraan Pertanian (DKP), Sesi

    Pengajian 2012-2013 Semester 01 Di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

    (UPMKB). Penyelidikan ini memfokuskan kepada tahap hubungan etnik di kalangan

    pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan

    kokurikulum pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 50 orang responden yang terdiri

    daripada pelajar Kursus Diploma Kejuruteraan Pertanian (DKP) Sesi Pengajian 2012-

    2013 Semester 01 Di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

    Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik.

    Satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dibahagikan kepada 2

    bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A mengandungi 7

    soalan tentang maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula mengandungi 30

    item yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 4.Dapatan kajian yang diperolehi

    dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0 for

    Windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dan dipersembahkan dalam

    bentuk jadual.Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap

    hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan

    pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana.Jadi

    usaha yang lebih gigih untuk mempertingkatkan tahap hubungan etnik di kalangan

    pelajar harus dilakukan dengan beberapa cadangan yang diutarakan di dalam kajian

    ini.Usaha-usaha ini juga harus disokong oleh semua lapisan masyarakat.

  • ABSTRACT

    The purpose of this study is to study and to identify the stage of ethnic relationship

    among the student from the Bachelor Degree of Technology and Education (Living

    Skills) Course, Session 2007-2008 Semester 2 In University Technology Malaysia,

    Skudai, Johor. This study is focus on the stage of ethnic relationship among the student

    according to the whole day life of student, study activity of student and cocurriculum

    activity of student. This study sample involved 146 respondents from the Bachelor

    Degree of Technology and Education (Living Skills) Course, Session 2007-2008

    Semester 2 In University Technology Malaysia, Skudai, Johor. This study is used

    descriptive form with the questionnaires. A set of questionnaires which was distributed to

    the respondents comprised of 2 parts that is Part A and Part B. Part A of questionnaires

    comprised 7 questions regarding to the background of respondents and Part B comprised

    30 items which were used Likert Scale 1 to 4. Result of this study was analyzed using

    software of Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0 for Windows to get the

    frequencies, percentages and means and showed in form of timetable. Result of this study

    had shown that the stage of ethnic relationship among the student according to the whole

    day life of student, study activity of student and co curriculum activity of student are in

    the medium stage. So, the effort must be done to improve the level of ethnic relationship

    among the student by use the suggestion that had suggested in this study. This effort also

    must support by all the group of society.

    KANDUNGAN

    Pengesahan Status Tesis

    Pengesahan Penyelia

    Halaman Pengakuan

  • Dedikasi

    Penghargaan

    Abstrak

    Abstract

    Kandungan

    Senarai Jadual

    Senarai Carta Aliran

    Senarai Simbol / Singkatan Senarai Lampiran

    BAB SATU

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Batasan / Skop Kajian 1.8 Definisi Istilah

    BAB 2

    KAJIAN LEPAS

    2.1 Pengenalan

    2.2 Konsep Etnik

    2.3 Konsep Hubungan Etnik

    2.3.1 Interaksi Sosial

    2.3.2 Integrasi Sosial

    2.4 Faktor-Faktor Menyebabkan Masalah Hubungan Etnik

    2.5 Cara-Cara Mengatasi Masalah Hubungan Etnik

    2.6 Kajian Lepas

    2.7 Kesimpulan

    BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    3.2 Rekabentuk Kajian

    3.3 Tempat Kajian

  • 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

    3.5 Instrumen Kajian

    3.5.1 Pengumpulan Data Primer

    3.5.1.1 Soal Selidik

    3.5.1.2 Temu bual

    3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder

    3.6 Analisis Data

    3.7 Tatacara Kajian

    3.8 Kajian Rintis

    3.9 Kesimpulan

    BAB 4

    ANALISIS DATA

    BAHAGIAN A (MAKLUMAT RESPONDEN)

    4.1 Maklumat Jantina Responden

    4.2 Maklumat Bangsa Responden

    4.3Maklumat Agama Responden

    4.4 Maklumat Kursus Responden

    4.5 Maklumat Aliran Sekolah Responden

    4.6 Maklumat Tempat Tinggal Responden

    BAHAGIAN B (ANALISIS DATA)

    4.1 Pengenalan

    4.2 Analisis Data Bahagian A Latar Belakang Responden 4.3 Maklumat Pola Penempatan Responden

    4.4 Analisis Data Bahagian B Item Soal Selidik 4.3.1 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi KehidupanSeharian Pelajar

    4.3.2 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi Kegiatan Pembelajaran Pelajar

    4.3.3 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi Kegiatan Kokurikulum Pelajar

    4.5 Kesimpulan

    BAB 5

    RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan

    5.2 Perbincangan

  • 5.2.1 Latar Belakang Responden

    5.2.2 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi Kehidupan Seharian Pelajar

    5.2.3 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi 74 Kegiatan Pembelajaran Pelajar

    5.2.4 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi 76 Kegiatan Kokurikulum Pelajar

    5.3 Cadangan

    5.3.1 Individu

    5.3.2 Ibu Bapa Dan Masyarakat

    5.3.3 Pensyarah

    5.3.4 Pihak Pentadbiran Universiti

    5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

    5.5 Kesimpulan

    Bibliografi

    Lampiran

    Senarai Jadual

    Senarai Carta Aliran

    Lampiran

    Tajuk

    BAB SATU

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa,

    agama dan etnik.Masyarakat pelbagai budaya ini terdiri daripada lebih 200 suku

  • etnik.Kumpulan etnik terbesar adalah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dusun, Banjar

    dan Bidayuh. Insiden salah faham, ketegangan dan konflik etnik sering digambarkan

    berlaku di Malaysia (Mansor et al.,2006).Polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi

    merupakan suatu masalah yang perlu diteliti dan diberi perhatian yang serius. Masalah ini

    jika tidak dikawal boleh menjejaskan perkembangan yang sihat di kalangan pelajar-

    pelajar kita dan mungkin juga akan menggagalkan pencapaian matlamat pendidikan

    kebangsaan untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang bersatupadu. Masalah polarisasi

    kaum ini juga harus dilihat sebagai suatu reaksi dan akibat dari sistem yang wujud di

    negara ini. Oleh kerana golongan pelajar itu sebahagian dari masyarakat, maka masalah

    pelajar itu juga adalah mencerminkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat seluruhnya

    (Sanusi,1989).

    Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan penyelidikan

    dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju.Begitu juga negara yang dianggap paling

    aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan.Malaysia bukanlah negara yang

    paling maju mahupun yang paling aman.Kita mempunyai wawasan yang tertentu untuk

    menjadi negara maju dan banyak tanda menunjukkanbahawa kita akan dapat mencapai

    sasaran kita tepat pada waktu yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan cuba mencari

    jalan bukan saja untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada, tetapi mencari

    penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan keamanan dalam masyarakat

    Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan cabaran kepada kita ialah isu

    hubungan etnik (Kamarulzaman,2007).

    Isu hubungan etnik dan masalah yang timbul dari hubungan ini bukanlah perkara yang baru dalam konteks Malaysia.Masalah tinggalan era penjajah ini kerap timbul dari masa

    ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurus dan menyelesaikannya.

    Dalam beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan insiden-insiden yang mencabar

    keutuhan hubungan etnik di negara ini dan memberi tanda tanya tentang keberkesanan

    program-program yang telah diperkenalkan untuk mewujudkan perdamaian dan

    perhubungan etnik yang positif.

    Antara insiden besar termasuk kes-kes Kampung Rawa pada tahun 1998 dan Kampung

    Medan pada tahun 2001. Di samping itu, data-data yang dikumpulkan oleh Jabatan

    Perpaduan mengenai insiden konflik sosial dari tahun 1998 hingga 2004 menunjukkan

    bahawa walaupun insiden konflik kerana isu etnik atau perkauman adalah sedikit (cuma 1

    peratus dari semua jenis isu konflik), insiden-insiden lain yang melibatkan isu-isu seperti

    sosial, agama, keselamatan, politik, dan ekonomi, banyak melibatkan faktor atau pelaku

    dari kumpulan etnik yang berbeza (Kamarulzaman,2007).

    Jadi, isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan.Kita

    melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan

    dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur

    ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan

    (Azra,2005).Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan

    sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama.Pertamanya, pendidikan

    untuk menyediakan tenaga kerja negara.Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan

  • kaum.Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang

    kaum.

    Selain itu, Ting Chew Peh (1987) juga menyatakan bahawa pendidikan banyak

    fungsinya. Selain daripada menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

    mustahak kepada kelangsungan hidup sesebuah masyarakat, ia juga berfungsi sebagai

    satu alat untuk memupuk integrasi.Namun demikian, pada masa ini, kita dapati pergaulan

    di kalangan pelajar lebih terhad kepada sesama kaum walaupun di dalam kelas terdiri

    daripada pelbagai etnik.Demikian juga dalam aktiviti kokurikulum, ada sesetengah

    aktiviti dan permainan penyertaan dimonopoli hanya sesuatu kaum sahaja. Keadaan ini

    berterusan hingga ke IPTA (Berita Harian,28 Julai 2006).

    Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu diambil untuk menyelesaikan masalah

    hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar.Menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh

    hubungan etnik bukannya mudah.Pelbagai usaha dijalankan termasuk penubuhan Jabatan

    Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada awal tahun tujuh-puluhan yang

    memperkenalkan program-program memupuk perpaduan dalam masyarakat.Antara

    program-program yang telah diperkenalkan oleh negara untuk menangani masalah ini

    termasuklah Rukun Tetangga hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional; penubuhan

    Sekolah Wawasan; Program Latihan Khidmat Negara di samping banyak lagi program

    yang memfokuskan kepada kelompok belia ini; program "Kongsi-Raya" dan lain-lain

    yang berusaha mempromosi perpaduan dan kefahaman tentang budaya yang berbeza

    melalui cara meraikan hari kebesaran semua kelompok secara bersama. Pengenalan

    kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu hangat

    diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani

    masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara

    (Kamarulzaman,2007).

    1.2 Pernyataan Masalah

    Pelajar Institusi Pengajian Tinggi merupakan generasi dan pewaris kepada kepimpinan

    negara serta pencorak pemikiran masyarakat akan datang. Pelajar Universiti Teknologi

    Malaysia dipilih mewakili IPTA-IPTA di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa,

    budaya, agama, dan adat tetapi menuntut ilmu dalam kampus dan tinggal di asrama yang

    sama.Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti setakat manakah perpaduan kaum

    terbina di kalangan pelajar-pelajar universiti yang terdiri daripada pelbagai kaum

    terutama dilihat dari segi aspek saling bantu-membantu, hormat-menghormati serta

    toleransi di antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik. Adakah terdapat

    budaya dan nilai tersebut dalam diri pelajar untuk mewujudkan persefahaman antara

    pelajar-pelajar berbilang kaum. Dalam erti kata lain adakah terdapat unsur-unsur

    perpaduan yang diterjemahkan dalam kehidupan harian di kampus.

    1.3 Kepentingan Kajian

    Hasil daripada kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi kebaikan dan manfaat

  • kepada semua pihak yang terlibat. Selain itu juga diharapkan ia meninggalkan kesan

    positif kepada semua pihak. Antara kepentingan kajian yang dikenalpasti ialah: Pelajar :

    Kajian ini akan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan mengamalkan

    hubungan perkauman yang erat dengan pelajar-pelajar pelbagai etnik. Kesedaran ini

    penting kerana pelajar IPTA adalah pemimpin masa depan negara dalam pelbagai bidang.

    Jadi, jika hubungan etnik yang erat wujud di peringkat IPTA, sudah tentu ia akan lebih

    kukuh apabila mereka berada di tengah masyarakat, setelah meninggalkan kampus kelak.

    Sebarang masalah ketegangan di kalangan kaum akan ditangani. Pihak Pentadbir

    Universiti : Kajian ini dapat memberi maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan

    darjah hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar UTM. Oleh itu, pihak pentadbir

    universiti harus mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengeratkan hubungan

    antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan suasana

    kampus yang aman dan harmoni supaya kampus dapat dijadikan tempat pembelajaran

    mahasiswa yang sesuai. Pihak Kerajaan : Kajian ini akan dapat menjadikan sumber

    maklumat kepada pihak kerajaan untuk sesuatu tindakan susulan yang bersesuaian

    dengan merancang dan menganjurkan pelbagai program yang dapat mempertingkatkan

    hubungan perkauman di antara pelajar-pelajar IPTA dan untuk merealisasikan hasrat

    wawasan 2020 supaya menjelang tahun 2020 Malaysia boleh menjadi negara yang

    bersatu, dengan masyarakat yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh,

    hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil

    dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan

    sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian ini dijalankan adalah untuk:

    1. Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus DKP, UPMKB dari segi kehidupan seharian pelajar.

    2. Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus DKP, UPMKBdari segi kegiatan pembelajaran pelajar.

    3. Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus DKP, UPMKBdari segi kegiatan kokurikulum pelajar.

    1.5 Persoalan Kajian

    Untuk mencapai matlamat kajian ini, maka persoalan yang berkaitan adalah:

    1. Apakah tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus DKP, UPMKBdari segi kehidupan seharian pelajar?

    2. Apakah tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus DKP, UPMKBdari segi kegiatan pembelajaran pelajar?

    3. Apakah tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus DKP, UPMKBdari segi kegiatan kokurikulum pelajar?

  • 1.6 Metodologi Kajian 1.7 Sistematika Penulisan

    BAB 2

    KAJIAN LEPAS

    BAB 3

  • METODOLOGI KAJIAN

    BAB 4

    ANALISIS DATA

    BAB 5

    RUMUSAN DAN CADANGAN

    RUJUKAN

    1. Azra (2005). Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan. Perak: Portal Komuniti Warga Pendidikan Derah Kerian.

    2. Banton,M.(1987). Racial Theories. Cambridge:Cambridge University Press. Berg, Walter R. dan Gall Meredith Damien (1979). Education Research: An

    Introduction. ThirdEdition. New York: Longman, Chew,Hock Thye (1975).

    Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa danPustaka,

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    3. Coser dan Rosenberg (1970). Sociological Theory. New York : Mc Millan Publishing Co.Inc. Dewan Bahasa dan Pustaka (2002).

    4. Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. 5. Hughes, M. et.al. (2002). Sociology:The Core. New York:McGraw-Hill. 6. Jawariah Zaabar (2004). Pembangunan Sahsiah Pelajar: Persepsi Pelajar Kolej

    Tun FatimahTerhadap Peranan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun

    Fatimah, UniversitiTeknologi Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

    7. Kamarulzaman Askandar (2007). Perpaduan dan Perdamaian Etnik. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.

    8. Ng, Chan Heng (1984). Majlis Perundingan Kaum Patut Ditubuhkan Di Universiti. Dalam.Ahmad Fawzi Basri, Abdul Halim Ahmad dan Abdul Rahman Aziz. Isu-

    Isu Perpaduan Nasional. Kedah: Sekolah Pengajian Asasi Universiti Utara

    Malaysia. 203-208. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

    9. Rais Yatim (2006). Unsur-Unsur Dan Cabaran Perpaduan Ke Arah Membina Negara Bangsa Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

    10. Schermerhon, K.A. (1970). Comparative Ethnic Relations; A Frame For Theory and Research. New York: Random House Scupin,

    11. R. (2003). Race and Ethnicity. New Jersey: Prentice Hall. Ting, 12. Chew Peh (1987). Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Penghantar. Kuala

    Lumpur: Pustaka Dimensi.

    13. Wan Halim Othman (1982), Perhubungan Kaum dan Perpaduan Negara. Dalam. Zuraina Majid.Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan

    Terhadap Beberapa Isu Dan TopikSemasa. Pulau Pinang: Universiti Sains

    Malaysia.

    14. Yinger, J. M. (1994). Ethnicity: source of strength? Sunny Series in Ethnicity and Race inAmerican Life. New York: State University of New York.

  • 15. Zaid Ahmad, et al. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    LAMPIRAN

    INDEKS