sampel mogon2015

12
KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (GRU 6014) Pensyarah: Dr.Abd.Kadir b. Ariffin POPULASI DAN PENSAMPELAN

Upload: mastura-beybey

Post on 11-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sampel Mogon PPT

TRANSCRIPT

POPULASI DAN PENSAMPELAN

KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN(GRU 6014)

Pensyarah:Dr.Abd.Kadir b. Ariffin

POPULASI DAN PENSAMPELAN

POPULASI DAN PENSAMPELANPOPULASIMenurut Rohana Yusuf (2004), Populasi bermaksud sekumpulan objek, benda, kejadian ataupun individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji oleh penyelidik.

Populasi merupakan keseluruhan kumpulan manusia, objek mahupun peristiwa yang mempunyai sedikit persamaan secara umumnya dan mestilah didefinisikan secara saintifik.

Populasi menentukan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpulkan dan dianalisis.

Populasi yang besar dan rumit memerlukan masa, tenaga dan kewangan yang banyak berbanding populasi yang kecil dan rendah.

Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah.Oleh itu, penyelidikan harus melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Ciri-ciri PopulasiPopulasi boleh bersifat homogen dan heterogen.Populasi bersifat homogen memerlukan sampel yang kecil mencakupi gambaran kuantitatif dan menyeluruh bagi populasi.Populasi bersifat heterogen memerlukan sampel yang lebih besar supaya perbezaan keseluruhan dalam populasi diwakili oleh sampel dalam kajian yang dijalankan.Populasi mempunyai satu ciri khusus yang hendak dikaji.Ukuran yang menerangkan ciri-ciri populasi dinamakan parameter.Semakain kecil saiz populasi, semakin rendah ketepatannya.

Contoh-Contoh Populasi.Dalam satu kajian, pengkaji ingin menentukan jisim semua pelajar di SM. Tinggi Convent. Ciri khusus yang hendak dikaji ialah jisim pelajar. Dengan itu populasi ialah semua pelajar di sekolah itu. (Jika bilangan pelajar di sekolah itu besar misalnya 1000 pelajar maka bagi menjimatkan masa dan tenaga, biasanya satu kumpulan pelajar misalnya 50 orang sampel dipilih daripada populasi itu disebut .)2.Keseluruhan penduduk Malaysia dikatakan sebagai populasi Malaysia.3. Keseluruhan penduduk yang tinggal di Wilayah Persekutuan ialah populasi Wilayah Persekutuansambungan4. Seluruh pelajar tahun tiga sekolah rendah ialah populasi pelajar tahun tiga5.Kajian kepuasan kerja dalam kalangan guru di Malaysia, maka semua guru adalah populasi. Oleh itu, bagi membuat satu generalisasi berkaitan populasi, satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih di sebut pensampelan (rujuk 1)

Contoh berdasarkanJadual Krejcie, R.V. M Morgan,Determining sampel size for research educations and psychological measurement (1970)

N S

N S

N S 10102001323000341201930016940003513028400196500035740365002176000261504460023480003676052700248100003707059800260200003778066900269400003809073100027875000382100802000322100000384N = Saiz Populasi S = Saiz Sampel PENSAMPELANMenurut Azizi Yahaya (2006), pensampelan ialah satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji bagi membolehkan kita membuat satu generalisasi berkaitan populasi ini.Pensampelan membenarkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada sebahagian populasi dalam menjalankan sesuatu kajian. Oleh itu, penyelidikan dengan menggunakan sampel dapat memberi peluang kepada penyelidik mendapatkan maklumat yang terperinci daripada sebahagian kecil populasi.

SAMPELMengikut Jack R.Fraenkel (1996) sampel didefinasikan sebagai objek, kejadian ataupun individu yang dipilih daripada populasi yang dikaji.Sampel adalah satu kumpulan, kelompok atau subset yang dipilih khusus bagi mewakili sesuatu populasi dalam sesuatu kajian.Sebagai contoh, sekiranya jumlah populasi bagi kajian anda adalah seramai 2000 orang, jumlah sampel yang akan diambil mungkin seramai 200 orang sahaja.

TUJUAN PENSAMPELANMembuat anggaran berkenaan nilai sebenar atau parameter dalam populasi.Lebih bersifat representatif iaitu dapat membuat hasil maklumat /generalisasi dengan lebih tepat.Kos perbelanjaan akan menjadi lebih murah.Dapat mengelakkan pembaziran masa.Mempercepatkan penganalisaan dan memudahkan kaedah pengumpulan data serta tidak memerlukan publisiti yang besar.Tidak memrlukan bilangan kakitangan yang banyak.Latihan yang lebih intensif dan penyelian yang rapi dapat dijalankan.Mendapat satu sampel yang mempunyai ciri-ciri umum populasi terutama ciri-ciri yang perlu diselidiki.Perkara Penting dalam Pemilihan SampelProses pemilihan sampel yang dapat mewakili populasi mesti merupakan proses yang bebas.Terdapat beberapa perkara yang diperlukan bagi menjadikan sampel yang baik iaitu elakkan mendapatkan sampel yang bias.Ada beberapa sebab yang dapat menimbulkan pemilihan sampel yang bias iaitu: a) Pemilihan sampel yang disengajakan. b) Penggantian satu unit sampel yang dipilih dalam unit lain daripada populasi. c) Kegagalan meliputi semua unit yang telah disampel. Jika responden yang disampel tidak ditemui dan lanjutan tidak dilakukan, dengan itu liputan adalah tidak sepenuh seperti yang disampelkan. BIBLIOGRAFIRohana Yusuf.(2004).Penyelidikan Sains Sosial. Pahang D.M: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azizi Hj.Yahaya(2006). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan Teori Analisis & Interpretasi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Fraenkel,J.R and Wallen, N.M (1996). How to Design and Evaluate Research in Education,3rd ed.USA: McGraw Hill,Inc.