sampel modul kreatif utk nuqaba vol 210

17
Modul Kreatif Utk Nuqaba’ Vol 2.0

Upload: azila-wati

Post on 05-Dec-2014

73 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Modul Kreatif

Utk Nuqaba’ Vol 2.0

Page 2: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Isi Kandungan Modul:

4 Modul Ice Breaking

*Tak kenal maka tak tahu. Aktiviti yang menarik menjadikan satu-

satu perkenalan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Perkenalan asas kepada Usrah.

8 Modul Team Building

*Usrah memerlukan pembinaan Ukhuwah yang berterusan. Aktiviti

ini baik dijalankan sama ada secara kumpulan sahaja atau dilakukan

bersama kumpulan-kumpulan usrah lain.

20 Modul Asas-asas Islam

*memberi kefahaman Islam dengan cara yang santai dan luar dari

biasa. Dapat menambah kefahaman Islam kepada anak usrah dan

membincangkan isu-isu dengan kritikal dan memberikan

penyelesaian.

10 Modul YouTube

*Usrah dengan menggunakan video?

5 Modul Isu2 Semasa

Mengunakan Suratkhabar sebagai bahan usrah.

15 Aktiviti Berfikir

*Aktiviti berfikir meransang minda anak usrah anda!

15 Aktiviti Anti-Bosan

*ANak usrah mengantuk? Modul ini dapat membantu.

Page 3: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Ta’aruf Tisu Objektif: Berkenalan dan mula mengenali Bahan: Tisu Perlaksanaan: 1. Pelajar yang baru mendaftar diminta mengambil sebanyak mana tisu yang mereka perlukan kerana selepas ini tiada lagi tisu yang akan dibekalkan kepada mereka. 2. Selepas itu ta'aruf dilakukan mengikut sebanyak mana tisu yang dibekalkan. 3. Pelajar yang ambil lebih akan diminta menyebut lebih banyak perkara yang perlu diketahui tentang diri mereka.

Kawasan Radioaktif

Bahan: Tiga kepingan plywood atau papan lebih kurang 1m2 Perlaksanaan: Kumpulan mesti memikirkan bagaimana hendak memindahkan kumpulan dari satu tempat ke tempat yang dalam jarak 10 meter tanpa menyentuh tanah atau lantai dengan menggunakan 3 keping papan atau plywood. Tiada satu bahagian badan pun dibenarkan tersentuh lantai. Jika ada ahli kumpulan yang terkena lantai. Maka ahli kumpulan tersebut terkeluar. Kumpulan yang pantas dikira sebagai pemenang. Variasi: Ia boleh diadakan secara pertandingan yang mana setiap kumpulan bergerak serentak. Atau satu kumpulan bermula dulu dan kumpulan lain mengejek (jgn berlebihan)

Page 4: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

MODUL

ASAS-ASAS ISLAM

Page 5: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Sayang d Sayang (AQIDAH)

Objektif: Menunjukkan kesan beriman kepada Allah. Bahan: Tiada Perlaksanaan:

1. Ajukan soalan berikut kepada peserta”Pernahkah anda jatuh cita atau melihat rakan anda bercinta?”

2. Peserta diminta menceritakan apa yang dapat dilihat dari segi sikap, tingkah laku dan apa-apa perkara yang dilakukan oleh orang yang bercinta.

3. Setelah itu, minta peserta mengaitkan orang yang bercinta dengan orang yang beriman kepada Allah.

4. Peserta diberi masa 10 minit untuk berbincang.

Point Perbincangan: Naqib perlu memastikan perkara berikut disentuh oleh peserta apabila diminta memberi pendapat tentang sikap, tingkah laku dan apa-apa perkara lain yang dilakukan oleh orang bercinta.

1. Selalu rindu dan teringat 2. Akan cuba jadi yang terbaik untuk kekasihnya 3. Tidak sabar-sabar untuk bertemu 4. Akan melakukan perkara yang disukai dan meninggalkan perkara yang dibenci

oleh kekasihnya Ini boleh dikaitkan sperti berikut bagi orang yang beriman kepada Allah;

1. Selalu mengingati dan merindui Allah setiap masa dan ketika 2. Akan cuba menjadi hamba yang terbaik 3. Tidak jemu beribadat kepada Allah 4. Melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan larangannya.

Kesimpulan: Kecintaan manusia kepada Allah akan menajdikan manusia mencuba sedaya upaya menjadi hamba yang terbaik.

Page 6: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Tekno-Da’i (DAKWAH)

Objektif: Melahirkan pendakwah yang bijak dan kretif dalam menggunakan teknologi sebagai medium dakwah. Bahan: Lampiran Perlaksanaan:

1. Naqib bertanya kepada usrah bagaimanakah cara dakwah boleh dilakukan. (Biasanya anak usrah akan berkata melalui berjumpa dan cara-cara dakwah yang biasa)

2. Naqib menunjukkan lampiran yang mempunyai gambar notebook, handphone, kamera dan perakam video.

3. Minta anak usrah fikirkan bagaimana alat-alat ini boleh digunakan sebagai medium untuk berdakwah. Mereka juga perlu juga menyediakan manual yang boleh difahami oleh orang lain untuk menggunakan benda-benda tersebut sebagai medium dakwah. Naqib memberi masa kepada anak usrah selama 20 minit.

4. Selepas selesai masa yang diberi naqib minta anak usrah buat pembentangan. 5. Gunakan cara Akademi Fantasia yang mana setiap anak usrah yang lain

berpeluang bertanya dan mengkritik pembentangan berkenaan. Pastikan jangan melampau sangat mengkritik.

6. Minta mereka forward pembentangan mereka di internet untuk bacaan orang lain setelah dibuat pembetulan.

Point Perbincangan: Kesimpulan: Apa sahaja medium boleh digunakan untuk berdakwah. Yang paling penting isi kandungannya mesti menepati yang ditetapkan oleh Islam.

Page 7: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210
Page 8: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

MODUL

Page 9: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Modul 1

A TRUE GENTLEMAN Naqib tunjukkan Video ’A True Gentleman’ yang ada dalam dalam CD. Selepas video tamat. Minta pendapat tentang mesej yang cuba disampaikan di dalam video berkenaan. Perbincangan:

1. Adakah tindakan mereka di dalam video berkenaan boleh dianggap sebagai membunuh diri?

2. Pernahkah anda membuat perkara yang membahayakan nyawa anda?

Soalan Tambahan:

1. Apakah warna topi yang dipakai oleh wanita itu? 2. Di dalam gambar tersebut lelaki tua itu duduk di sebelah kiri atau

kanan?

Modul 2

ANIMAL RACE Naqib tunjukkan Video ’Animal Race’ yang ada dalam dalam CD. Selepas video tamat. Minta pendapat tentang mesej yang cuba disampaikan di dalam video berkenaan. Perbincangan:

1. Nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh Burung unta? 2. Nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh Penguin? 3. Kalau mengikut logik sepatutnya siapakah yang sepatutnya

menang? 4. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Penguin sehingga

menyebabkannya memenangi perlumbaan tersebut?

Page 10: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Isu-isu Semasa

Page 11: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

MODUL 1 - BERITA HARI INI Naqib menggunakan surat khabar hari ini. Naqib perlu memilih berita-berita yang menjadi isu semasa pada waktu ini. Naqib boleh menggunakan keratan akhbar, rencana atau petikan wawancara untuk memberi kefahaman kepada anak usrah tentang sesuatu isu. Naqib boleh menimbulkan beberapa persoalan, contohnya; Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Siapa yang bertanggungjawab? Atau apa-apa soalan yang dirasakan sesuai. Minta anak usrah memberi cadangan bagaimana isu ini boleh diatasi.

MODUL 2 – Surat Pembaca Naqib menggunakan ruangan surat pembaca untuk menjalankan modul ini. Naqib boleh membuat ’paper cutting’ isu-isu yang ditimbulkan dalam ruangan surat pembaca. Naqib memberi ruangan surat pembaca kepada anak usrah. Anak usrah dikehendaki membaca dan memahami apakah isu yang dittimbulkan dalam surat pembaca tersebut. Naqib diminta menimbulkan beberapa persoalan: Pada pendapat kamu, mengapakah Surat Khabar menyediakan ruangan surat pembaca? Adakah isu yang ditimbulkan akan memberi kesan jika ditimbulkan di ruangan tersebut? Anda diminta membuat surat pembaca olok-olok tentang isu-isu yang anda tidak puas hati.

Page 12: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Aktiviti Menarik

Page 13: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Nyatakan Kegunaan Sebatang Pensel??? Senaraikan kegunaan pensel sebanyak mungkin dalam 5 minit. Gunakan

kreativiti anda untuk menjana idea sebnayk mungkin...

1. MENULIS

2. Melubangkan kertas

3. _________________________________________________

4. _________________________________________________

5. _________________________________________________

6. _________________________________________________

7. _________________________________________________

8. _________________________________________________

9. _________________________________________________

10. _________________________________________________

11. _________________________________________________

12. _________________________________________________

13. _________________________________________________

14. _________________________________________________

15. _________________________________________________

16. _________________________________________________

17. _________________________________________________

18. _________________________________________________

19. _________________________________________________

20. _________________________________________________

Page 14: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Uji MEMORI Anda!

Selepas 3 minit tutup gambar ini dan minta peserta ingat semula gambar yang dilihat

Page 15: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

ANTI

BOSAN

Page 16: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

Anti-Bosan 5

MANCIS

Anda mempunyai 5 batang mancis. bagaimankah anda dapat membentuk nombor 16 dengan menggunakannya?

Penyelesaian

Bentukkannya dalam susunan XVI (= 16 dalam bentuk nombor Roman).

Anti-Bosan 6 BERAPA LAMA TIDUR? Seorang pemuda yang amat keletihan masuk tidur pada jam 8.30 malam, mengunci jam locengnya untuk membangunkannya balik daripada tidur pada jam 9.00 keesokan paginya. Kiralah berapa lamakah pemuda itu tidur? JAWAPAN Pemuda itu hanya sempat tidur selama ½ jam atau 30 minit sahaja! Iaitu: 9.00 – 8.30 = 30 minit Jam loceng tidak dapat membezakan malam dan siang. Ia menjalankan tugasnya menderingkan 9 kali untuk menandakan pukul 9.00 dan pemuda itu terus terbangun akibat diganggu deringan jam itu setelah tidur selama 30 minit sahaja!

Page 17: Sampel Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 210

BERMINAT??? Harga Modul ini dikira seperti berikut: 1 – 10 unit = RM10/unit 11 – 20 unit = RM7/unit > 30 unit = RM5/unit *Bayaran pos ditanggung oleh pembeli. Jika pembeli di Kuala Lumpur, bayaran pos tidak perlu. *Modul dipersembahkan dalam bentuk CD. *Bagi pembelian melebihi 30 unit pada satu-satu sesi. Maka, 3 orang layak mengikuti bengkel ‘Mencipta Modul Kreatif’ yang akan diadakan pada Oktober 2008. Sebarang pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi,

Creative Sifu 012-3976494