sajak sebelum semasa selepas

7
Sajak (Novel Interlok) (Di sini kami bertemu) Bumi ini, tanah pohon dan ternakan Hancur berkecai tergadai kerna bait-bait perjanjian Sengsara mengundang sepanjang kehidupan Namun kugagahi walau onak duri menanti.. Kerna tanah ini hak milik sejati Susah senang kutempuh gelombang samudera Walaupun tongkang dibadai lautan bergelora Demi sebuah kehidupan yang bercahaya Wang, demi meneruskan kehidupan yang menanti.. Sejarah keperitan menjadi saksi sebuah pelayaran Walau difitnah pusaka hatiku tetap setia Kurela menongkah dugaan datang melanda Kerna bahagia menanti dihujung usia Budi dan jasamu tetap kusanjung mulia.. Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah setapak tiada kurela untuk melutut kecewa, Demi bangsaku aku pasti bersatu Kerna di sinilah bermula kehidupan yang bahagia. Setelah sengsara kutelan bersama.. 2.1.3.1 Sebelum Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Upload: aan-samad

Post on 08-Dec-2015

272 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sajak

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak Sebelum Semasa Selepas

Sajak (Novel Interlok)

(Di sini kami bertemu)

Bumi ini, tanah pohon dan ternakan

Hancur berkecai tergadai kerna bait-bait perjanjian

Sengsara mengundang sepanjang kehidupan

Namun kugagahi walau onak duri menanti..

Kerna tanah ini hak milik sejati

Susah senang kutempuh gelombang samudera

Walaupun tongkang dibadai lautan bergelora

Demi sebuah kehidupan yang bercahaya

Wang, demi meneruskan kehidupan yang menanti..

Sejarah keperitan menjadi saksi sebuah pelayaran

Walau difitnah pusaka hatiku tetap setia

Kurela menongkah dugaan datang melanda

Kerna bahagia menanti dihujung usia

Budi dan jasamu tetap kusanjung mulia..

Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah

setapak tiada kurela untuk melutut kecewa,

Demi bangsaku … aku pasti bersatu

Kerna di sinilah bermula kehidupan yang bahagia.

Setelah sengsara kutelan bersama..

Page 2: Sajak Sebelum Semasa Selepas

2.1.3.1 Sebelum Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu sebelum kelas bermula bagi proses

pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang dijalankan pada kelas yang akan datang, guru

perlu memberitahu pelajar untuk membaca petikan sajak, puisi atau seloka yang terkandung

dalam pengajaran puisi Melayu tradisional yang akan diajar untuk menimbulkan

pengetahuan sedia ada kepada pelajar. Oleh itu, pengetahuan pelajar tidak akan berada

pada tahap kosong apabila proses pengajaran dan pembelajaran bermula nanti. Guru juga

perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran atau alat bantu mengajar

(ABM) yang menarik dan mencukupi seperti persembahan powerpoint. Penggunakan

teknologi banyak membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru serta pelajar.

Roger Azevedo menyatakan bahawa :

“Computer environment is a metacognitive learning tools as one that is designed for

instructional purpose and uses technology to support the learner in achieving the goals of

instruction. This may include any type of technology-based tool, such as an intelligent

tutoring system, an interactive learning environment, hypermedia, multimedia, a simulation,

microworld, collaborative learning environment and so on.”

Soalan ringkas juga perlu disediakan oleh guru kepada pelajarnya. Penggunaan soalan-

soalan yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu juga

diperlukan untuk merangsang pemikiran pelajar ke arah berfikiran kritikal dalam menangani

kehendak pelbagai aspek kemahiran berbahasa terutamanya berkenaan kosa kata Melayu

klasik yang jarang ditemui dan difahami oleh pelajar. Melalui soalan, Marohaini Yusoff

(1989) menjelaskan pelajar dapat menentukan kefahamannya tentang isi, idea, persoalan,

maksud sesuatu perkataan, konsep dan rangkai kata terhadap bahan yang dibacanya.

Ungkapan pertanyaan dan soalan yang digunakan sewajarnya mengandungi pelbagai aras

dalam usaha membentuk pelajar agar dapat menguasai soalan-soalan dari aras rendah

kepada yang lebih mencabar pemikiran iaitu pada aras tinggi. Oleh sebab inilah klasifikasi

aras kognitif soalan perlu diberi perhatian dan penekanan serius oleh pendidik dalam

mengimplimentasikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru seharusnya

menggunakan soalan yang pelbagai aras kognitif bagi menggerakkan pelajar ke arah

menguasai kemahiran berfikir pada kepelbagaian aras tersebut. Tegasnya, soalan yang

dibina dan dikemukakan wajar didasarkan kepada klasifikasi hierarki aras kognitif soalan

Page 3: Sajak Sebelum Semasa Selepas

bagi menjamin penggunaan kepelbagaian aras penyoalan ke arah menerapkan kemahiran

berfikir dan memantapkan pemikiran pelajar. Bentuk latihan juga perlu diberi di dalam kelas.

Guru juga perlu membuat rujukan tambahan bagi memastikan semasa proses pengajaran

dan pembelajaran, guru dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pelajar.

2.1.3.2 Semasa Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu menunjukkan cara membaca

puisi tradisional atau pantun dengan betul sebelum mengarah pelajar melakukan perkara

yang sama. Kemudian guru boleh meminta pelajar untuk membaca atau menyampaikan

puisi tradisional atau pantun seperti Pantun Kiasan, Syair Pembunuhan Angreni dan Syair

Dandan Setia dan Intan Terpilih dengan intonasi yang betul secara rawak di dalam kelas

berpandukan bantuan guru. Guru meminta pelajar untuk memberikan pendapat terhadap

pemahaman pelajar melalui pembacaan tadi dan secara tidak langsung guru dapat

mengenal pasti kelemahan pelajar serta pelajar yang faham dengan pelajar yang kurang

faham. Proses pertanyaan guru dengan mengemukakan soalan kepada pelajar perlu

dilakukan sebagai satu prasyarat untuk mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik

darjah. Pada peringkat ini, guru akan mendapatkan respon pelajar di dalam kelas. Jika

respon pelajar kurang menggalakkan, guru perlu membantu pelajar dengan menjelaskan

apakah yang dimaksudkan oleh petikan puisi Melayu tradisional tadi. Semasa proses

pengajaran dan pembelajaran juga, guru boleh bertanyakan beberapa soalan ringkas

mengenai makna kosa kata klasik dalam puisi tradisional dan jika jawapan yang diberikan

oleh pelajar salah, guru boleh beralih kepada soalan lain pula. Hal ini boleh menarik pelajar

untuk cuba berfikir menjawab soalan secara spontan atau apa yang difahami oleh mereka

daripada terus tidak memahami kehendak soalan.

Selain itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti kuiz berkenaan kosa kata Melayu klasik

dalam bentuk soalan objektif. Kuiz ini dapat membantu pelajar untuk mencari jawapan

dengan membuat beberapa rujukan buku tambahan seperti buku glosari kata-kata Melayu

klasik yang secara tidak langsung akan mendorong mereka menambahkan pengetahuan

kosa kata Melayu klasik.

2.1.3.3 Selepas Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Page 4: Sajak Sebelum Semasa Selepas

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh berhenti pada tahap sebelum dan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja. Selepas pengajaran dan pembelajaran, guru

perlu menambah pengetahuan pelajar atau mengulangi hasil pembelajaran dengan lebih

berkesan. Hal ini demikian kerana, pelajar mudah mengalami lupaan dengan mudah kerana

pelajar kurang meneliti dan memberi tumpuan pada penerimaan informasi yang diproses

melalui deria daftar dan memori jangka pendek. Bagi mengelak lupaan ini berlaku secara

tidak sengaja, guru perlu menanganinya dengan memberi satu tugasan kumpulan dan

individu kepada pelajar atau boleh dikenali sebagai kerja rumah kepada pelajar tadi.

Menurut Engle dan Oransky (1999) yang dipetik daripada buku “Psikologi” oleh Suppiah

Nachiappan (2008), lupaan juga berlaku disebabkan kandungan memori jangka pendek

yang membolehkannya memegang butiran-butiran dalam bentuk informasi adalah terhad

kepada suatu jangka masa yang ditentukan. Langkah pertama, guru perlu memberi tugasan

kumpulan dan individu kepada pelajar yang merangkumi puisi tradisional dan

mencampurkan kumpulan pelajar yang faham sedikit mengenai kosa kata klasik dengan

kumpulan pelajar yang kurang faham serta melantik seorang ketua atau wakil yang mahir

untuk mengetuai kumpulan tadi. Tugasan kumpulan merangkumi agenda guru yang

mengarahkan kumpulan yang sudah terbentuk tadi untuk membuat persembahan puisi dan

membuat analisis kosa kata dan makna puisi yang telah dipersembahkan oleh mereka.

Bagi tugasan individu pula, pelajar dikehendaki menyenaraikan atau mencari seberapa

banyak kosa kata Melayu klasik yang tidak difahami dan mencari maknanya sekali

menggunakan bahan rujukan tambahan yang boleh dicari di internet atau buku-buku yang

berkaitan dengan bahasa. Guru akan membuat pemantauan tugasan yang diberikan

dengan menyemak setiap lembaran kerja pelajar. Guru juga akan bertindak membimbing

pelajar dengan memberikan latihan atau latih tubi soalan-soalan peperiksaan lepas yang

berkaitan dengan kosa kata Melayu klasik. Kedua-dua pengajaran dan pembelajaran seperti

yang dinyatakan di atas tadi merupakan teknik scaffolding dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pembelajaran scaffolding dapat membantu pelajar yang lemah. Pihak guru

atau rakan sebaya akan memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukan bantuan sahaja

dan pihak yang memberi bantuan tidak akan membuat segala-galanya tetapi lebih membuat

aktiviti memantau tugasan yang dibuat oleh pelajar supaya pelajar yang lemah dapat

menguasai kemahiran dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik.

Pendekatan scaffolding sebenarnya banyak memberi sumbangan kepada pelajar iaitu ia

menjadikan pelajar lebih berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan lebih efektif

Page 5: Sajak Sebelum Semasa Selepas

dan pelajar juga dapat mengembangkan prestasi dan zon perkembangan proksimal pelajar

seperti yang disarankan oleh Vygotsky.

Hasil daripada respon pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran, guru juga boleh

menggunakan teknik menyoal kembali pelajar selepas waktu pengajaran dan pembelajaran

dijalankan untuk mengelak lupaan sekali lagi berlaku. Penilaian guru selepas aktiviti

pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memperbaiki kelemahan yang berlaku

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) sebelum ini. Jika pelajar didapati masih

lagi lemah dan tidak seronok dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,

guru harus menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Sebagai

contohnya menjalankan aktiviti kuiz yang disertakan dengan hadiah. Secara tidak langsung

guru akan memotivasikan pelajar di dalam bilik darjah untuk lebih berusaha menyelesaikan

soalan kosa kata Melayu klasik dan makna melalui teknik peneguhan positif iaitu

menggunakan kata-kata pujian atau memberi hadiah.Peneguhan positif adalah memberikan

sesuatu sesuatu ganjaran yang memuaskan pelajar setelah perlakuan itu ditunjukkan yang

menyebabkan perlakuan itu diulang atau diperkuatkan lagi (Roediger, 1996)

2.2 MASALAH PELAJAR DALAM MENGUASAI PUISI MELAYU MODEN.

Puisi Melayu moden merupakan salah satu daripada subtopik yang diajar dalam komponen

sastera. Pelajaran ini bertujuan untuk mendekatkan para pelajar kepada karya-karya puisi

Melayu moden, khususnya sajak. Sajak merupakan satu hasil kesusasteraan Melayu yang

kurang diminati ramai. Kebanyakan pelajar mendapati, pembelajaran puisi Melayu moden

menjemukan dan mereka meninggalkan bangku sekolah dengan membawa satu tanggapan

yang negatif tentang sajak. Keadaan ini akan terbawa-bawa ke peringkat yang lebih

dewasa, sehingga amat ketara peminat sajak adalah amat sedikit bilangannya di negara kini

(Azman Wan Chik,1981: 53). Satu daripada sebab hal ini berlaku ialah berhubung dengan

cara mengajar yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Namun begitu, terdapat

beberapa faktor dalaman dan faktor luaran yang membawa kepada masalah pelajar untuk

menguasai puisi moden.

2.2.1 Faktor Dalaman

Page 6: Sajak Sebelum Semasa Selepas

Faktor dalaman memainkan peranan penting dalam menentukan kefahaman pelajar tentang

sesuatu perkara. Faktor dalaman terdiri daripada minat pelajar, sikap pelajar dan baka.

Tanpa minat yang mendalam, sikap yang rajin mentelaah serta disebabkan faktor baka,

sesuatu pelajaran akan menjadi sukar untuk dikuasai oleh pelajar. Minat memainkan

peranan penting dalam memastikan pelajar dapat memberi tumpuan yang mendalam dalam

sesuatu subjek. Dalam kajian yang dibuat oleh guru-guru di negara ini didapati bahawa

pelajar yang kurang berminat dalam mempelajari subjek yang diajar oleh guru akan

menyebabkan pelajar mengalami masalah untuk menguasai subjek tersebut.

“Mengapa pelajar tidak minat belajar sastera?” Kelemahan dalam minat dan perasaan fobia

terhadap sastera telah menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan skor markah dan

prestasi KOMSAS yang merupakan sisipan dalam bahagian pemahaman bagi subjek

Bahasa Malaysia. Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah susulan seperti pelajar

kurang memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, pelajar menjadi pasif,

tidak membuat kerja rumah dan tiada insentif untuk meningkatkan prestasi diri. Dalam

masalah menguasai puisi Melayu moden, pelajar kurang berminat dengan subjek yang

diajar oleh guru kerana bahasa yang digunakan sukar difahami. Pelajar sukar untuk

memahami sajak kerana ayat yang digunakan sukar untuk diterjemahkan kembali dalam

bentuk bahasa yang mudah difahami. Masalah ini akan menjadi semakin meruncing

sekiranya guru tidak memainkan peranan penting dalam membawa pelajar untuk

menghayati dan memahami sajak tersebut. Kesan daripada kebosanan pelajar dalam

memahami sajak akan membuatkan pelajar kurang berminat untuk menguasai sajak

seterusnya membawa kepada masalah pelajar dalam menguasai puisi moden.

Safiah (1979) menegaskan minat membaca di kalangan pelajar berkait rapat dengan faktor

pencapaian. Membaca teks sastera memerlukan cabaran-cabaran intelektual yang berbeza.

Membaca teks sastera bukan sahaja sekadar menikmati maksud yang tersurat, tetapi juga

maksud yang tersirat di mana ia melibatkan penaakulan dan gerak hati. Unsur sastera

dalam pendidikan berfungsi untuk memperluaskan pemikiran individu kerana genre sastera

yang bermutu tinggi mempunyai makna yang tersirat yang perlu diperhalusi oleh pembaca.

Bahan bacaan sastera boleh menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar dan

membudayakan tabiat membaca dalam masyarakat. Terdapatnya faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar kurang meminati sastera. Pertama, kurangnya minat membaca di

kalangan pelajar menjadi penyumbang utama ke arah fenomena ini. Pelajar hari ini

didedahkan kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik berbanding dengan

Page 7: Sajak Sebelum Semasa Selepas

bahan bacaan yang berunsur lebih ringan, padat dan berbentuk hiburan. Kedua, tidak ada

galakan daripada ibu bapa kerana mereka beranggapan dengan membaca bahan sastera

seperti novel dan cerpen akan mengganggu pencapaian akademik. Ketiga, kurangnya

pendedahan tentang sastera dan peluang pekerjaan yang berkaitan. Keempat, harga buku

sastera yang tinggi.

Dapatan kajian Kathy (1994) membuktikan bahawa kekurangan buku-buku sastera

berbentuk rekreasi di pasaran merupakan faktor kekurangan minat pelajar terhadap sastera.

Beliau mencadangkan kelab membaca ditubuhkan agar pelajar boleh digalakkan membaca

dengan adanya sedikit cenderahati dan menyeru pihak penerbit atau pengarang

menghasilkan buku-buku sastera dalam bentuk rekreasi yang sesuai untuk dibaca oleh

pelajar. Kajian Kathy (1994) juga menggunakan teknik baca kuat untuk menggalakkan

pelajar membaca dan buku percuma diberikan kepada pelajar yang terlibat. Buku-buku

bentuk rekreasi perlu ditambahkan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan

pelajar.