13 mei- sebelum & selepas

Upload: izana-azizan

Post on 30-May-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    1/109

    BAB 1 : Ilham Dari Hospital

    APABILA seseorang sedang terbaring di hospital kerana menunggu sembuhdaripada pembedahan, banyaklah waktu yang terluang baginya untuk berfikir. Didalam kesunyian dan kesepian sepanjang malam terbaring keseorangan, makaakan terbayang-bayanglah di dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yangberlaku dan kesan-kesan yang telah timbul, sehingga jelaslah kepadanya masalahdan keadaan yang dihadapi dan juga cara bagaimana persoalan-persoalan itudapat diselesaikan. Memang benar kata orang, dalam kesepian begini datanglahpelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikianlah yang telah terjadi kepadasaya semasa sedang keseorangan di hospital baru-baru ini.

    Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisi yang besar, maka dengantakdir Allah Subhanahu Wataala saya dikehendaki masuk hospital sekalipun padaketika itu hati saya sedang runsing dan fikiran saya penuh dengan peristiwa sedihyang telah berlaku di Malaysia cuma tiga minggu yang lepas.

    Saya masuk hospital bukan dengan kehendak hati saya sendiri, tetapi dangantakdir Ilahi. Mata saya telah menjadi lemah oleh kerana terlampau beratmemikirkan siang dan malam ketegangan dan krisis yang sedang berlaku, dansaya sendiri telah sedar bahawa mata kanan saya telah bertambah rosak. Jika tidakdiubati dengan serta-merta, mungkin penglihatan saya akan hilang.

    Maka atas nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder Singh dan doktor peribadisaya Dato Pillai, saya telah bersetuju menjalani pembedahan mata yang telahlama saya tangguhkan. Seorang pakar pembedahan mata yang masyhur bernamaDr. Redmond Smith dari Moorefield Hospital, England, telah dipanggil untukmenjalankan pembedahan itu. Beliau telah tiba di Kuala Lumpur pada 6 Jun dansaya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kuala Lumpur pada petang itu juga

    dan menjalani pembedahan pada pagi esoknya.

    Semenjak menceburkan diri dalam politik, adalah menjadi kelaziman saya untukberfikir dengan semasak-masaknya apa jua masalah yang sedang dihadapi selepasdaripada sembahyang Subuh. Sebenarnya inilah tabiat saya sepanjang hidup.Peristiwa sedih yang timbul dalam beberapa minggu yang lepas telah menjadi soalyang amat berat yang terpaksa saya pikul. Dengan kerana itu sekalipun sayamasuk hospital dengan cara terpaksa, tetapi saya menyambut baik kesempatan itukerana saya dapat berfikir dengan tenang dan semasak-masaknya apa yang telahberlaku di negara yang saya kasihi.

    Buku kecil ini adalah hasil daripada renungan saya selama 10 hari dan 10 malam.

    Sebelum masuk hospital, saya telah pun membuat keputusan dan telahmengisytiharkan bahawa tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan denganpilihan raya baru-baru ini, rusuhan dan kesan daripadanya. Maka bolehlah di-katakan bahawa pembedahan itu ialah satu hikmat daripada Allah sekali pun sayaterpaksa menanggung kesakitan.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    2/109

    Saya suka mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan dan terimakasih saya kepada pakar-pakar tersebut, Dato Professor Danaraj dan kakitanganHospital Universiti di atas segala layanan yang telah diberikan kapada saya.

    Sekalipun saya bukanlah seorang pengarang, tetapi oleh kerana saya mempunyaimasa yang banyak dengan tidak ada apa-apa yang hendak dibuat semasa saya

    terbaring di hospital, maka saya terfikir eloklah apa yang ada di dalam kepala sayaitu dikumpulkan menjadi sebuah buku. Saya teringat kepada kata-kata hikmat Di-dalam seseabuah negara yang pendudoknya terdiri daripada orang-orang buta,orang yang mempunyai satu mata adalah menjadi raja. Ketika di hospital itu sayamempunyai sebelah mata, dan oleh kerana saya tidak ingin negara saya danpendudok negara ini menjadi buta kapada segala hakikat yang sebenar yang kitamesti hadapi, maka inilah peluang saya untok melahirkan pandangan saya.

    Saya tidak mempunya pengalaman dalam lapangan kewartawanan, oleh itu tulisanyang merupakan pendapat saya di dalam buku ini janganlah dinilai dari segikewartawanan atau kesusasteraan. Pada saya buku ini merupakan satu ikhtiaruntuk membuka mata rakyat negara ini kapada hakikat yang sebenar, danmembuka segala kepalsuan dan perbuatan tipu helah, supaya dengan itu timbullahkesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya untuk hadapan negara kita.

    Buku ini bukanlah ditujukan kapada dunia, tetapi kapada saudara-saudarasenegara yang tahu dan kenal orang-orang yang disebutkan di dalam buku ini. Sayasuka membentangkan kapada mereka perkara dan kejadian menurut pengetahuandan penyiasatan saya, mengenai hal-hal yang sebenar yang telah berlaku menurutpandangan saya, sekalipun ia dahsyat. Inilah tujuan saya dan saya harap merekaakan merenung dan memikirkan seperti yang telah saya lakukan di atas peristiwasedih yang kita semua telah alami, sambil berazam bahawa kejadian itu tidak akan

    berulang lagi buat selama-lamanya.

    Dalam tempoh 12 tahun kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka, kita telahmenghadapi pelbagai kesulitan yang timbul di dalam dan dari luar negara, dantelah berjaya mengatasinya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan sebagaisatu bangsa yang bebas dan bekerjasama menurut asas-asas demokrasi yangtulen.

    Kita telah bersama-sama menderita dan mengalami azab dan sengsara selama tigatahun semasa peperangan dan pemerintahan Jepun. Selepas itu, setelah tiga tahunkita berada dalam keamanan, sekali lagi kita menghadapi pelbagai ragampercubaan dan penderitaan disebabkan oleh pemberontakan di dalam negara

    yang dilancar dan dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Darurat yangtelah berlanjutan selama 12 tahun. Dalam tempoh itulah kita telah mencapai duakemenangan. Kemenangan pertama kita muncul sebagai satu bangsa yang bebasdan kedua kemenangan yang gilang gemilang mengalahkan komunis.

    Selepas penubuhan Malaysia pada 1963, sekali lagi kita menghadapi satu ancamanpencerobohan, dan kali ini dari luar negara. Ini ialah pergaduhan kita denganIndonesia selama tiga tahun yang dikenali oleh dunia sebagai konfrantasi. Sayasukacita menyatakan bahawa selepas daripada pertelingkahan yang menyedihkan

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    3/109

    itu, Malaysia dan Indonesia sekarang ini menjadi sahabat yang rapat dan jiran yangakrab.

    Sepanjang masa tersebut, suara rakyatlah yang sentiasa memainkanperanan penting. Mereka melahirkan pandangan dan memberikan undi merekaempat kali dalam pilihan raya pertama pada 1955 dalam masa penjajahan British

    dan kemudian tiga kali lagi dalam masa kita menjadi negara yang bebas iaitupada 1959, 1964 dan akhirnya 1969.

    Sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, saya telah ditanya berulang kali, sebagaiPerdana Menteri bagaimanakah saya telah dapat menyatupadukan pelbagai kaumsekalipun mereka mempunyai adat istiadat, agama dan cara hidup yang berlainan,dan mengawal mereka supaya berbaik-baik dan hidup dengan aman.

    Saya sentiasa menjawab bahawa puncanya terletak di atas tabiat dan rasmirakyat itu sendiri kerana semua kaum tahu menjaga perasaan antara satudengan lain dan mempunyai sifat berbaik-baikl. Setiap orang bebas mencari

    kehidupan masing-masing sama ada dalam perniagaan, pekerjaan atau politik.Sebagai orang perseorangan atau kumpulan, kita mempunyai perasaan sendirisama ada suka atau pun tidak di atas sesuatu perkara dan kita bebas menyimpanperasaan itu. Kita harus bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara,tetapi kita sentiasa bekerjasama kerana kita percaya semangat demokrasi ialahcara yang terbaik untuk kehidupan kita.

    Satu contoh pelaksanaan demokrasi yang kita telah lakukan ialah penggubalanPerlembagaan Negara kita. Isi dan kandungan Perlembagaan itu telah di-bahaskansecara terbuka di segenap peringkat dan golongan masyarakat. Mereka telahmengemukakan pandangan mereka dengan bebas sama ada secara berseoranganatau pun beramai-ramai sehingga akhirnya lahirlah satu persetujuan secara

    keseluruhan, termasuk dalam soal-soal yang ada pertentangan pendapat sepertikerakyatan, Bahasa Kebangsaan dan pertimbangan istimewa untuk kedudukanekonomi orang Melayu. Perlembagaan kita menjadi satu perjanjian kebangsaanyang mengikat kita semua menjadi satu.

    Sungguhpun begitu, kesabaran kita sebagai satu bangsa yang merdeka adabatasnya. PKM telah diharamkan sehingga ke hari ini kerana setelah mengalamipengalaman yang pahit kita telah dapati bahawa tujuan komunis adalahbertentangan pada asasnya dengan cara hidup yang kita pilih. Kita tidak dapatmelupakan pemberontakan yang menyebabkan tidak terkira banyaknya nyawayang telah terkorban dan harta benda yang musnah. Kita terpaksa mengeluarkanbelanja yang besar daripada wang negara, sehingga memincangkan kemajuan

    ekonomi negara kita.

    Kita tidak akan sekali-kali membiarkan kuman politik yang seperti ini membiak danmenjahanamkan tubuh badan bangsa dan negara kita. Malangnya, se-bagaimanayang saya akan terangkan dalam buku ini, peristiwa yang berlaku menunjukkanbahawa pengkhianat-pengkhianat komunis masih ada di kalangan kita dan merekasentiasa bersedia untuk menjahanamkan kemanan dan kemakmuran kita. Dari itukita juga mesti sentiasa berjaga-jaga bagi menentang pengkhianat itu.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    4/109

    Selain daripada itu Malaysia menjalankan demokrasi liberal di semua lapangan.Parti-parti politik yang lain boleh ditubuhkan dengan bebas dan boleh bergerakdengan terang, dan parti-parti baru sentiasa muncul tetapi secepat itu pula merekalenyap. Parti saya, Perikatan, hidup terus untuk mempertahankan demokrasi.

    Maka dengan semangat persefahaman dan hormat-menghormati antara satu

    dengan lain di kalangan rakyat negara ini, negara dan bangsa kita telah maju ke-hadapan dengan teratur dan tersusun sejak kemenangan besar yang pertamadalam pilihan raya 1955, dan semangat inilah yang juga telah dipegang oleh rakyatdalam pilihan raya peringkat persekutuan dan negeri, sehinggalah berlakunyaperistiwa dalam tahun 1969 ini.

    Sebenarnya dalam beberapa tahun yang lepas, perkembangan politik dankemajuan ekonomi telah berjalan seimbang dan selaras dalam sebuah negara yangbersatu padu, yang rakyatnya hidup dengan puas hati dan bahagia sehingga sayabeberapa kali telah menyebut bahawa saya adalah Perdana Menteri yang palingbahagia di dunia. Sunggohpun begitu, pada 13 Mei 1969, dengan tidak semena-mena saya dapati bahawa saya ialah Perdana Menteri yang paling masyghul se-kali. Saya tidak berasa syak bahawa dengan rahmat Allah Subhanahu Wataala,maka dalam masa yang tidak lama lagi saya akan dapat merasakan diri saya se-orang Perdana Menteri yang bahagia.

    Jika kita menoleh ke belakang, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawapada umumnya rakyat Malaysia telah hidup terlampau bebas dan bersenang-lenang, dengan tidak mengambil berat sangat hal-hal yang terjadi. Kita telah hidupdalam suasana kesenangan, dan tidak ada sebab kenapa cara hidup kita yangbahagia itu tidak boleh berlanjutan buat selama-lamanya.

    Kita tidak sangka bahawa impian kita untuk terus mencapai kejayaan telah berkecai

    pada 13 Mei tahun ini dalam bentuk rusuhan kaum di Kuala Lumpur yang aman,iaitu suatu pergaduhan dan kekacauan yang tidak pernah berlaku seumpamanyadalam sejarah negara ini.

    Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengah kekacauan dan rusuhanyang ngeri dan dahsyat itu, terutamanya mereka yang berada di panggung wayang,kelab, kedai makan dan tempat hiboran. Orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak dari semua kaum terpaksa mencari perlindungan untok menyelamatkan dirimereka seberapa yang boleh.

    Banyak orang yang telah terbunuh, dan beratus-ratus pula yang telah tercedera.Rumah-rumah telah dibakar, harta benda dimusnahkan, kenderaan di-jahanamkan.

    Seluruh bandar ibu kota yang biasanya sibuk tetapi aman telah berada dalamkecemasan. Perbuatan-perbuatan kejam yang berleluasa seperti itu tidak pernahberlaku pada masa dahulu dalam negara ini yang penduduknya daripadapelbagai kaum telah menikmati keamanan dan ketenteraman sejak zamanberzaman.

    Perasaan takut dan terkejut telah meresap ke dalam hati sanubari seluruh rakyat,sehingga kita masih berasa menggeletar setiap kali teringatkan kejadian yang

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    5/109

    dahsyat itu. Dari segi kedudukan alam, Malaysia tidak terletak dalam lingkungangempa bumi, tetapi 13 Mei 1969, nyatalah merupakan satu letupan gempamasyarakat dan politik yang amat mengerikan.

    (Petikan dari buku 13 Mei Sebelum dan Selepas karya Tunku AbdulRahman terbitan 1969)

    BAB 2 : Bayangan Masa Lampau

    ADA orang berkata bahawa peristiwa yang lepas boleh dijadikan alamat bagiperistiwa-peristiwa yang akan datang, tetapi hanya seorang wali sahaja yangmungkin dapat meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa kepadakekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalampilihan raya umum tahun 1969.

    Sungguhpun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwaini, sukalah saya jelaskan beberapa perkara. Pertama, pilihan raya tahun 1969 dan

    huru-hara yang berlaku pada 13 Mei itu ada kait-mengait.

    Kesemua pilihan raya yang lepas di negara ini telah dijalankan dengan sempurnadalam suasana muhibah dan saling mengerti. Begitu jugalah pada hari mengundipilihan raya 1969 yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei di Malaysia Barat,kesemuanya telah berjalan dengan licin sebagaimana pilihan-pilihan raya yangtelah lalu dengan tidak ada satu pun kejadian yang boleh menghalangnya.Sungguhpun begitu, semasa kempen, perbuatan-perbuatan liar telah dilakukan danucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah dikeluarkan. Oleh itu perlulah kitamengkaji apa yang telah berlaku sebelum pilihan raya, dan semasa pilihan raya ituberjalan hinggalah selesai pilihan raya dengan tujuan untuk mencari danmemahami mengapa dan bagaimana rusohan meletus secara tiba-tiba.

    Perkara kedua yang saya suka hendak tegaskan ialah pengaruh fahaman komunis.Tidak ada negara dalam dunia ini yang boleh berdiri keseorangan, denganmengasingkan diri untuk menentang pengaruh ideologi atau fahaman dari luar.Malaysia dan semua negara di Asia pada hari ini sedang menghadapi ancaman dariChina. Dengan adanya kemudahan alat-alat perhubungan saperti yang terdapat dizaman kita ini, maka mustahil kita terselamat daripada pengaroh ajaran Komunisyang dipancarkan dari Peking, dan kemudian disebarkan di sini secara tergila-gilaoleh pihak-pihak yang tertentu.

    Ada juga sesetengah orang yang mempersendakan saya dengan mengatakan sayaterlampau takut kapada Komunis, seolah-olah ada Komunis di dalam setiap semak,

    tetapi adalah menjadi kewajipan saya sebagai Perdana Menteri untok menjagakeselamatan negara daripada sabarang ancaman dalam dan luar negara keranasaya sentiasa mendapat maklumat dan laporan sulit. Saya tidak pernahmemperkecilkan pengaruh yang ditanam oleh Komunis. Kita mesti sentiasaberwaspada untok mengamati pada sebarang waktu kesan dan pengaruh fahamanKomunis yang mungkin telah meresap ke dalam hati dan fikiran orang-orang kita,terutama belia.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    6/109

    Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 adalah satu contohyang menggambarkan sejauh mana penyokong-penyokong Komunis, sama adayang bergerak secara terang atau sulit,. sanggup melakukan sesuatu yangmerosakkan kepentingan Malaysia.

    Pergaduhan kaum telah timbul di sana apabila anggota-anggota Cina dalam

    Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah Kerajaanmenurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untok melancarkanhartal. Pertempuran-pertempuran telah berlaku, dan orang-orang Melayu danpenyokong-penyokong yang setia kepada Kerajaan menjadi sasaran seranganmereka. Beberapa orang yang terperangkap dalam kejadian itu telah terbunuh ataucedera. Pasukan-pasukan keselamatan telah berjaya mengembalikanketenteraman dengan serta-merta dengan mengenakan perintah berkurung danmenangkap orang-orang yang disyaki.

    Tujuan Komunis itu ialah hendak melancarkan hartal ke seluroh negara, tetapimereka gagal kerana penduduk di tempat-tempat lain tidak mengindahkan seruanmereka dan menjalankan perniagaan masing-masing seperti biasa.

    Dalam bulan Jun, 1968, hukuman gantung hampir hendak dijalankan ka atas 11orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuhkerana membantu orang-orang Soekarno menyerang Selatan (Semenanjung)Malaysia. Perintah hukuman gantung yang sama telah juga ditandatangani ka atasdua orang Melayu di Perak.

    Dr. Tan Chee Khoon, yang pada ketika itu menjadi Anggota Parlimen Parti Buruhbagi Kawasan Batu telah membuat rayuan untuk menahan hukuman gantung itu.Bersama-sama dengan ahli-ahli Parti Buruh dan penyokong-penyokong Komunis,dia telah melancarkan satu kempen yang besar dari rumah ke rumah untuk

    memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa simpati dikalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu.

    Akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen ini.

    Anasir-anasir pro-Komunis telah menghasut ibu bapa dan waris pemuda-pemudayang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan untok membantah.Sungguhpun bagitu, rayuan mereka telah ditolak oleh Duli-Duli Yang Maha MuliaSultan Johor dan Sultan Perak.

    Sementara itu, tarikh bagi menjalankan hukuman gantung itu telah hampit. Di luarpintu Penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu,

    tunjuk perasaan secara liar telah dilakukan oleh orang-orang tertentu termasukbelia Komunis. Mereka menbaling batu ka atas kereta yang lalu di situ danmenghalang lalu lintas.

    Untuk mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan di seluroh negara yangmungkin membawa kapada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah,maka saya sendiri telah menyembahkan rayuan kapada Duli Yang Maha MuliaSultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak bagi pihak orang-orang yang

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    7/109

    dihukum gantung itu, dan kedua-dua baginda telah berkenan meringankanhukuman itu kapada penjara seumor hidup. Sama ada tindakan saya itu betul ataupun salah, tujuan saya ialah semata-mata hendak menyelamatkan 11 orangKomunis di Johor dan dua orang penderhaka Melayu di Perak daripada mati di taligantung.

    Tunjuk-tunjuk perasaan itu berhenti dan keamanan telah dipulihkan. Sungguhpunbegitu masih lagi terdapat rasa gelisah saperti api dalam sekam, dan Kerajaansedar mungkin perkara ini tidak habis setakat itu sahaja. Jadi Kerajaan telahberusaha sedaya upaya untuk mencegah daripada berlakunya lagi sebarangkekacauan, dengan jalan melipat-gandakan lagi pengawasan sebagai langkahberjaga-jaga. Api dalam sekam perlu diawasi dengan cermat.

    Komunis telah mendapat pengalaman dan pengajaran daripada kejadian-kejadianitu sebagaimana yang terbukti daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku

    kemudiannya. Mereka sengaja menaikkan perasaan orang ramai dalam soal 11orang Cina itu sahaja, tetapi tidak ada langsung suara yang timbul bagi pihak duaorang Melayu. Hasil daripada pengajaran ini, sekiranya orang ramai dapat diapi-apikan hingga sampai pada satu keadaan yang boleh menimbulkan kekacauandalam garis undang-undang, maka kemungkinan untuk melakukan kekacauandengan mengapi-apikan perasaan perkauman di luar undang-undang tentulah akanlebeh menggoncangkan seluruh negara. Mereka cuma perlu meniup api itu untukmemarakkan satu kebakaran yang dahsyat.

    Sebenarnya anasir-anasir puak pelampau kiri yang sentiasa menunggukesempatan untuk menimbulkan kekacauan, tidak belengah-lengah lagi daripadamenunjukkan jalan untuk bertindak pada masa hadapan, bertentangan dengan

    kepentingan negara. Selepas enam minggu sahaja daripada tarikh Komunis danpengkhianat-pengkhianat itu diringankan hukuman pada 13. Oktober, Parti Buruh

    (iaitu Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan memulaukan pilihan rayayang hendak diadakan pada 1969.

    Saya tidak mengerti kenapa ahli-ahli politik boleh terpengaruh dengan caramemulaukan pilihan raya kerana percubaan-percubaan yang seperti itu di Malaysiadan Sinagpura pada masa yang lepas sentiasa menemui kegagalan.

    Langkah Parti Buruh ini semata-mata meniru taktik Barisan Sosialis Singapura yangtelah enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya, dan dengan kedegilannyaberpegang kapada polisi ini, parti itu akhir-nya telah lenyap. Mereka telah menarikkeluar ahli-ahli mereka dari Dewan Undangan Singapura, tetapi selain daripada itumereka tidak melakukan sebarang tindakan kekerasan. Mungkin kerana Kerajaan di

    Singapura itu dipegang oleh kebanyakannya pemimpin-pemimpin Cina, makaBarisan Sosialis mendapati sesuai dengan tujuannya untok mengekalkan negara itusebagai tapak untuk kemasukan anasir-anasir subversif Komunis.

    Parti Buroh di Malaysia telah mengikut jejak yang buruk itu dan barangkali jugamereka bertujuan hendak menjadi satu parti yang kaku sebagaimana BarisanSosialis. Pemimpin-pemimpinnya tentulah tidak dapat meramalkan perkembanganyang harus timbul, tetapi mereka berpendapat bahawa sikap mereka yang baru itumungkin akan menimbulkan bencana yang mereka harap-harapkan. Memanglah

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    8/109

    menjadi taktik Komunis menyalakan api di bawah seberapa banyak cerek yangboleh, dengan harapan moga-moga salah satu daripadanya akan meletup dengansendiri-nya.

    Terdahulu daripada kejadian itu, tahun 1968 bolehlah dikatakan aman di dalamgelanggang politik setakat yang mengenai dengan parti-parti pembangkang. Satu

    sahaja perkembangan baru yang telah berlaku, iaitu pengisytiharan bagimenubuhkan sebuah Badan Politik yang baru dalam bulan April, ia-itu PartiGerakan, yang terdiri dari mereka yang menggelarkan diri mereka bijak pandai danorang-orang terpelajar yang pendiriannya menentang dasar kerajaan Perikatan.

    Ketika itu pengisytiharan hendak mengadakan pilihan raya belum lagi dibuat.Perikatan berkuasa mengisytiharkan satu pilihan raya mengejut pada bila-bila masadi dalam tahun yang penghabisan bagi tempoh perkhidmatannya, tetapi sebaliknyasaya telah mengisytiharkan bahawa Kerajaan akan memenuhi tempohperkhidmatannya selama lima tahun.

    Parti Buruh menyifatkan sikap saya ini sebagai satu muslihat, kerana mereka yakinbahawa saya akan melakukan sesuatu yang memeranjatkan. MenurutPerlembagaan, jika pilihan raya tidak diadakan lebih awal, maka ia mestilahdiadakan dalam tempoh 95 hari daripada tarikh tamat tempoh perkhidmatan limatahun yang lepas. Ini bererti selambat-lambatnya menjelang akhir bulan April 1969.

    Tiba-tiba Parti Buruh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis, iaitu satulangkah yang belum pernah terjadi di dalam negara kita yang demokratik semenjakmerdeka. Mereka telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menarik keluardengan serta-merta kesemua ahlinya dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.Dalam Parlimen mereka mempunyai dua orang ahli iaitu Dr. Tan Chee Khoondan Lim Kean Siew.

    Keputusan ini telah menimbulkan keadaan kelam-kabut dan perpechaan dikalangan ahli-ahli mereka sendiri. Jelaslah kapada orang ramai bahawa tindakanyang baru ini telah disokong sebulat suara oleh kesemua ahli Parti Buruh. Encik Limmengambil masa berminggu-minggu untuk menbuat keputusan bagi mematuhikeputusan ini, tetapi Dr. Tan telah enggan menarik diri dari Parlimen, kemudiantelah meninggalkan rakan-rakannya dalam Parti Buruh dan dengan serta-mertamasuk Parti Gerakan yang baru ditubuhkan.

    Mungkin juga hal ini satu muslihat dan tipu-helahnya atau partinya untuk menutupkekalahan puak-puak Sosialis dalam pilihan-pilihan raya yang lepas. Parti baruyang Dr. Tan sendiri menjadi Setiausaha Agongnya telah mendapat sokongan yang

    kuat daripada ahli-ahli Parti Buroh yang telah lumpuh itu dan juga daripada merekayang dengan bersulit-sulit mempunyai simpati terhadap Komunis.

    Dengan itu tamatlah perkembangan politik bagi tahun 1968, iaitu denganbermulanya bulan puasa pada pertengahan November dan perayaan bersama HariRaya dan Hari Krismas selama tiga hari berturut-turut. Kehidupan orang-orangMalaysia telah berjalan seperti biasa dengan penuh semangat persahabatan.Begitu-lah kepercayaan dan perasaan kita pada hari menjelangnya tahun baru. Kita

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    9/109

    tidak dapat meramalkan apa yang terjadi dalam tahun baru itu, tetapi tidak seorangpun berasa waham tentang kejayaan kita di masa hadapan.

    (Petikan dari buku 13 Mei Sebelum dan Selepas karya Tunku AbdulRahman terbitan 1969)

    BAB 3 : Pilihan Raya Umum

    MENYINSINGNYA fajar tahun 1969, saya terus sibuk dengan persiapan untukPersidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel dalam bulan Januari, dan selepasdaripada balik dari persidangan di London itu barulah Kerajaan mengisytiharkanpada 20 Mac bahawa pilihan raya akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mei dan haripenamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 5 April.

    Parti-parti pun mulalah melipatgandakan kempen yang telah mereka jalankansebelum itu secara sulit. Daripada perkembangan yang berlaku selepas dari itu,maka dapatlah diduga bahawa pilihihan raya pada kali ini akan menjadi sungguh

    hebat. Gerakan politik bertambah kuat dijalankan, dan apakala hari penamaancalon hampir tiba, pelbagai tekaan di atas pemilihan calon telah timbul; dan parti-parti lawan pula sekali lagi telah cuba bersatu untuk menentang Perikatan. Usahamereka itu telah gagal, tetapi persetujuan telah tercapai di kalangan beberapabuah parti untuk tidak bertanding sesama mereka.

    Jelaslah juga bahawa ugutan Parti Buruh hendak memulau polihan raya itu akanbenar-benar dilakukan oleh mereka dengan pihak Komunis menyokong dibelakangnya. Pada hari penamaan calon, Polis telah menjumpai 55 benderakomunis di Perak dan pada hari itu juga belia Parti Buruh di Kuala Lumpur telahmengadakan tunjuk perasaaan dengan mengejut. Pada keesokannya, iatiu 6 April,sebuah skuter dipunyai oleh saorang mata-mata (konstabel) telah dijumpai terbakar

    di Ampang dan sembilan hari kemudian pada 15 April, sebuah kereta ronda Polistelah direjam dengan batu di Cheras. Kedua-dua tempat ini terletak di pinggir KualaLumpur.

    Pada hari penamaan calon, semua parti seolah-olah menurunkan tandatangan bagimenandakan mulanya pertempuran, dan kempen yang telah pun berjalan dahululagi, sekarang akan diperhebatkan.

    Cuma sebuah parti sahaja yang bertanding untok semua kerusi, iaitu Parti Perikatanyang memerintah, yang terdiri daripada Pertubohan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC).

    Lima buah parti menentang Perikatan. Parti-parti itu ialah parti-parti yang telahbertanding dalam Pilihan Raya Parlimen:

    1. Parti Islam Sa-Tanah Melayu (PAS). Parti Islam yang memerintah negeriKelantan, dengan mempunyai sembilan orang wakil dalam Parlimen;

    2. Parti Gerakan, sabuah part baru yang dipimpin oleh Syed Hussain Alatassebagai Presiden, Dr. Lim Chong Eu dan V. David sa-bagai naib-naib presidendan Dr. Tan Chee Khoon sebagai Setiausaha Agong;

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    10/109

    3. Parti Tindakan Demokrat (DAP), sebuah cawangan dari Parti Tindakan Rakyat(PAP) di Singapura, dengan Goh Hock Guan sabagai Setiausaha Agungdan Lim Kit Siang sebagai Setiausaha Penyelenggara;

    4. Parti Progressif Rakyat (PPP), dengan Dato S.P. Seenivasagam sebagaiPresiden; dan

    5. Sebuah parti baru di Seremban yang di-kenali dengan nama Pertubuhan

    China Malaysia Bersatu (UMCO), dengan Chin See Yin sebagai Presiden.

    Selain daripada itu, Parti Rakyat, ia-itu sebuah pertubohan berfaham kiri yang di-pengerusikan oleh Kassim Ahmad dan Syed Hussein Ali sebagai SetiausahaAgungnya, telah meletakkan chalon dalam pilihan raya Majlis Undangan 11 buahNegeri. Beberapa orang calon bebas telah bertanding di peringkat Parlimen dannegeri.di Malaysia Barat telah ditetapkan pada 10 Mei; di Malaysia Timor pula hari-hari mengundi telah ditentukan pada beberapa hari hingga penghujung bulan

    Jun.

    Kempen itu berjalan selama tujuh minggu sebelum daripada rakyat menentukanpemilihan mereka pada hari pembuangan undi 10 Mei. Pilihan-pilihan raya yanglepas di Malaysia boleh dikatakan berjalan dalam suasana harmoni, berbandingdengan kehebohan yang berupa kecaman, perbuatan yang tidak sopan danperkataan-perkataan yang menyentuh perasaan yang telah timbul dalam pilihanraya tahun 1969 ini.

    Dari permulaan kempen itu, Pas telah memainkan sentimen perkauman dan agamauntok mendapat sokongan orang-orang Melayu di negeri-negeri , selain dariKelantan di mana mereka telah pun memegang kuasa. Di satu pihak lagi, DAP,Gerakan dan PPP yang telah mengapi-apikan perasaan dan sentimen orang-orangCina, dengan mengatakan bahawa mereka akan merampas hak-hak orang-orangMelayu yang tercatat dalam Perlembagaan; dan menekankan bahawa mereka akan

    mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang dalampilihan raya itu. Dengan tidak teragak-agak lagi, keempat-empat parti itu telahbertubi-tubi menekankan dalam ucapan-ucapan mereka soal-soal yang sensitif,dengan menyentuh perasaan kedua-dua kaum yang terbesar di-Malaysia.

    Sejak pilihan raya tahun 1964, parti-parti pembangkang telah melancarkan dakyahdengan cara halus untuk mendapatkan beberapa buah kerusi dalam pilihan rayaakan datang, tetapi cara mereka berkempen dalam tahun 1969 telah keluar

    daripada batas kesopanan. Dengan perbuatan yang saperti itu, maka pergeseranantara dua kaum terbesar nampaknya tidak lagi dapat dielakkan. Komunis segerapula mengambil kesempatan daripada suasana yang keruh itu.

    Ancaman Komunis yang bergerak dengan berselindong di dalam mana-mana partidan dengan apa jua cara untuk mencapai tujuan mereka, adalah sangat berbahayakerana mereka telah menggunakan cara dakyah yang baru bagi mendapatsokongan orang-orang Cina, terutama dari mereka yang enggan menyifatkanMalaysia sebagai negara tempat tumpah taat setia mereka. Mereka menanamkanperkauman dalam hati dan fikiran orang-orang itu untuk menarik mereka masukdalam gerakan Komunis.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    11/109

    Pada masa dahulu, ideologi dan cara mereka telah gagal memberi eksan, keranarakyat telah pun mendapat kebahagiaan hidup dan beroleh apa yang merekaperlukan untok kehidupan mereka. Mereka sendiri telah dapat melihat danmenanggung kesusahan dan kepahitan hidup dalam tempoh 12 tahun Komunismengganas, dan mereka tidak akan lupa seumur hidup pengalaman yang pahit itu.

    Jadi taktik baru mereka, tidak akan berkesan ke atas orang-orang yang telah

    mengalami hidup pada zaman Darurat itu.

    Sementara itu kehidupanr rakyat terus berjalan sebagaimana biasa, orang-orangmuda menjadi tua dan kanak-kanak menjadi orang dewasa. Bilangan

    terbesar pendudok Malaysia pada waktu ini adalah belia belasan tahun atau dalamlingkungan 20-an. Kebanyakan mereka, terutamai yang maseh kecil pada masaDarurat dahulu tentulah tidak ingat tentang bagaimana rakyat negara ini telahhidup dalam kesusahan dan ketakutan kerana keselamatan dan nyawa merekasentiasa terancam pada waktu itu.

    Parti Komunis menghalakan taktik barunya itu kapada pemuda dan pemudi inikerana pada masa Darurat dahulu mereka belum cukup umur untuk memahamikesan perbuatan komunis itu; tetapi sekarang mereka telah dewasa dan bolehmengundi dalam pilihan raya. Komunis juga telah mempengaruhi dan menyesatkanfikiran belia yang belum boleh mengundi dengan harapan moga-moga gerakanyang dijalankan oleh belia itu kelak akan menimbulkan pelbagai kesan sehinggaboleh menanamkan rasa gelisah dan menghilangkan rasa kepercayaan di kalanganibu bapa.

    Belia yang mendapat perhatian Komunis ialah mereka yang mempunyai perasankecinaan yang tebal. Jika tidak kesemua, kebanyakan daripada merekamenumpahkan taat setia mereka kepada negara China. Belia yang seperti initerdapat juga di kalangan ahli-ahli kesemua parti pembangkang, terutama Parti

    Buruh yang secara terang-terang menggunakan mereka dalam kempen.

    Bukan mudah hendak mengawal belia ini atau menahan mereka daripada masukKomunis. Mereka boleh masuk dengan fikiran dan fahaman, sekali pun tidak dengantubuh badan sebagai anggota parti itu. Oleh kerena ibu bapa mereka tidakmengawal mereka, maka hubungan mereka dengan keluarga menjadi renggangdan fikiran mereka hanyut; mereka menjadi sesat dan tidak lagi dapat mendengardan melihat apa yang ada di sekeliling mereka kecuali pujukan Komunis.

    Satu lagi golongan di kalangan belia Cina ialah yang bercita-cita tinggi dan berlagakpandai dan bijak bercakap, yang menggelarkan diri mereka golongan terpelajar,dan baru sahaja lulus universiti dan sekarang boleh mengundi, iaitu pemuda dan

    pemudi yang enggan mengakui perimbangan kuasa antara golongan politik dangolongan ekonomi, iaitu satu hakikat yang telah diakui dahulunya oleh semua pihakdan telah ditentukan dengan adilnya dalam Perlembagaan.

    Belia ini tepat sabagaimana yang dimaksudkan oleh Robert Louis Stevenson di-dalam tulisan-nya yang berbunyi: Mungkin politik ialah satu-satunya pekerjaanyang dianggap tidak memerlukan sebarang persiapan atau pelajaran.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    12/109

    Mereka bercita-cita hendak mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguhdalam lapangan politik, dengan harapan akhir-nya kelak mereka akan dapatmenjadi pemimpin utama bagi orang-orang Cina di dalam kedua-dua lapanganekonomi dan politik di Malaysia. Mereka tidak redha mengakui adannya lagikekuasaaan politik di tangan Melayu dan dengan itu mereka berpendapat konsepMalaysian Malaysia yang dianjurkan oleh Lee Kuan Yew secocok dengan cita-cita

    mereka. Mereka juga tidak mengindahkan hakikat bahawa inilah juga sebabnyaSingapura telah ditolak keluar dari Malaysia. Oleh kerana corak politik yangdimainkan oleh PAP pada ketika itu tentu akan membawa kapada timbulnyapertelingkahan kaum, maka saya mengambil keputusan memberi kemerdekaankepada Singapura untok kepentingan keamanan dan kebahagiaan di-Malaysia.

    Kedua-dua golongan belia Cina ini, iaitu belia yang masih belasan tahun dan beliayang di dalam lingkungan umur 20-an, tidak tertarik hati dengan MCA, iaitu parti

    politik orang Cina yang terbesar yang sentiasa mendapat sokongan yang kuatdaripada golongan ahli-ahli perniagaan Cina. Mereka merasa MCA telah berkuasaterlampau lama, dan bersikap terlampau bertolak ansor, dan pebezaan umur diantara pemimpin-pemimpin MCA dengan mereka itu terlampau jauh. Oleh yangdemikian mereka tidak bersetuju dengan dasar MCA yang bekerjasama denganUMNO untok membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu.

    Saya berani berkata bahawa cuma sesuku daripada orang Cina di Malaysia atau punkurang dari itu yang bersetuju dengan pandangan-pandangan mereka itu, atau punyang menumpahkan taat setia mereka kepada negara China di bawahpemerintahan Mao Tse-Tung. Tiga suku daripada pendudok Cina mahu hidup dalamaman dan harmoni dengan kaum-kaum lain di negara ini supaya mereka denganaman dapat mencari kehidupan atau menjalankan pekerjaan mereka dalamperdagangan atau perniagaan atau pun meneruskan perusahaan yang mereka

    jalankan dari zaman nenek moyang mereka.

    Walau sekuat mana pun cinta mereka itu kapada keamanan, orang-orang Cina yangtiga suku itu tidak dapat menahan kemaraan golongan baru itu, apatah lagi hendakmenentang mana-mana pertubuhan yang tersusun rapi yang terdiri daripada orang-orang yang bercita-cita hendak menimbulkan kekacauan, seperti komunis. Mereka

    juga telah menunjukkan bahawa mereka tidak terdaya hendak menentang anasirkongsi2 gelap yang menjadi kuman masharakat yang sentiasa menindas orang-orang Cina.

    (Petikan dari buku 13 Mei Sebelum dan Selepas karya Tunku AbdulRahman terbitan 1969)

    BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina

    KONGSI gelap bukanlah satu gerakan baru di Malaysiai. Anggota-anggotapertubuhan haram itu adalah sebahagian daripada masyarakat Cina. Apakala kaum

    Cina mendapat kekayaan, bilangan kuman-kuman masyarakat ini juga menjadibertambah besar. Pengaruh mereka terdapat di segenap penjuru alam, di mana adaorang Cina, sekalipun di Chicago, San Francisco atau London.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    13/109

    Di Malaysia, di mana orang Cina adalah kaum yang terkaya, kongsi-kongsi gelaptelah menjadi bertambah kuat kerana mereka mendapat wang daripada ahli-ahliperniagaan dengan cara pemerasan, penculikan, ugutan dan apa jua cara haram.Mereka tidak menumpukan gerakan mereka kapada peniaga-peniaga besar sahaja.Mangsa-mangsa mereka termasuklah perempuan sundal, penari, rumah urut danpeniaga kecil, dengan cara menuntut wang perlindungan daripada mereka itu.

    Pada masa lalu mereka tidak pernah mengambil bahagian dalam politik, kalau adapun sangatlah sedikit, tetapi dalam tahun 1969 peranan yang mereka mainkantelah menjadi lebeh penting kerana mereka berada di mana-mana dan ditakuti olehorang ramai.

    Banyak ahli politik Cina yang memberi kerja kapada mereka, sama ada untukmengawal keselamatan mereka, atau untuk menambahkan pengaruh danmeninggikan kedudukan mereka di kalangan kaum itu, dan dengan itu dapatlahmereka mencapai tujuan mereka. Dengan kerana itu, kumpulan-kumpulan kongsigelap yang tidak lagi dianggap sebagai kuman masyarakat, telah mendapatkedudukan penghormatan yang ganjil, seolah-olah sama saperti kumpulan sulitMafia di Amerika Syarikat; dan dengan kedudukan ini mereka telah menimbulkansatu ancaman dan masalah kapada kebahagiaan hidup masyarakat di Malaysia.

    Dalam kempen pilihan raya yang lepas mereka telah mengambil peranan yang barusebagai wakil calon dan pekerja untok calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya itu yang manjalankan tugas mereka dengan menggunakan segala tipu helah

    jahat yang mereka sahaja tahu menjalankannya. Pengundi-pengundi telah diugutsupaya mengundi calon-calon yang tidak mereka sukai. Dengan sebab gerakanmereka yang jahat itu, maka perjalanan pilihan raya menurut asas-asas demokrasiyang sentiasa diamalkan pada masa lalu telah terganggu. Di mana-mana kumanmasyarakat ini campur tangan, maka kempen telah dijalankan dengan berbagai-

    bagai-bagai rupa, tetapi tidak lagi mengikut lunas-lunas demokrasi.

    Polis Diraja Malaysia sentiasa bergerak untuk menentang anggota-anggota kongsigelap itu, terutama dalam masa lima atau enam tahun yang lepas. Maklumat-maklumat yang penting telah diperoleh dalam penyiasatan yang dijalankanmengenai gerakan kongsi gelap itu tetapi polis tidak sangka gerakan mereka akandijalankan dalam pilihan raya.

    Sikap anasir-anasir komunis dan tiga golongan orang Cina yang saya sebutkan diatas telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-Malaysia, dan perasaan inilahyang telah ditonjolkan dalam pilihan raya. Banyak sebab-sebabnya, tetapi yangterbesar ialah Bahasa Kebangsaan. Dari beberapa surat yang telah saya terima,

    nyata-lah banyak orang Cina dan India berasa tidak senang hati ketika BahasaKebangsaan mula digunakan. Oleh kerana bahasa Melayu telah menjadi asaskapada Bahasa Kebangsaan, maka kaum Cina chauvinis (inilah sahaja perkataanyang tepat untok menghuraikan sikap mereka) telah melahirkan perasaan merekadengan menghasut supaya diadakan sekolah-sekolah dan hospital yang berasingandan sebuah universiti untuk orang Cina sahaja.

    Alasan yang mereka kemukakan ialah daging babi tidak boleh dihidangkan dalamkantin bangunan yang menempatkan pelbagai kaum. Mungkin soal makanan ini

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    14/109

    boleh di-jadikan satu isu, tetapi ini adalah satu perkara yang senang diatasi dengancara mengadakan kantin yang berasingan, atau jika tidak dapat diadakankemudahan memasak yang berasingan, masih banyak makanan lain yang bolehdihidangkan kapada semua kaum yang tidak menyentuh perasaan mana-manapihak dari segi agama atau lain-lain. Kenyataan ini terbukti kebenarannya jika kitaperhatikan penjualan makanan oleh penjaja-penjaja tepi jalan saperti di Jalan

    Campbell, Kuala Lumpur, yang sangat digemari oleh semua kaum.

    Soal-soal kecil saperti makanan merupakan alasan sahaja. Hakikat yangsebenarnya ialah golongan cauvinis itu menentang langkah menjadikan merekaorang Malaysia. Mereka menentang tujuan ini, dan mereka mahu kekal sebagaiorang Cina. Terpulanglah kepada mereka untuk berpegang kapada sikap yangseperti itu, tetapi di dalam masyarakat yang berbilang kaum, marilah kita semuamembulatkan taat setia kapada negara ini, biar apa pun jua asal keturunan kita.Apakala negara mengadakan satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu, makasaya rasa adalah menjadi kewajipan bagi semua orang memberi sumbanganmasing-masing bagi menjayakannya sebagaimana yang telah dipersetujui dandicatatkan dalam Perlembagaan.

    Inilah soal yang menyebabkan MCA hilang pengaruh. Mestilah diakui bahawa dasarPerikatan adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan. Maka sokongan MCAterhadap dasar yang seperti itu adalah betul dan dengan yang demikian patutlahmendapat sokongan daripada orang-orang Cina di Malaysia yang berfikiran warasdan taat setia kapada negara ini. Keengganan orang Cina untuk menyahut seruansupaya terbentuknya satu bangsa Malaysia yang bersatu telah menyebabkantimbulnya perasaan anti-Melayu. Sikap ini disedari oleh orang Melayu, dan olehkerana marah kapada orang Cina yang tidak memberi kerjasama di atas perkarayang telah dipersetujui, maka mereka pula telah menghasut supaya timbulperasaan anti-Cina, sambil menuduh Kerajaan bersikap lembut.

    Perasaan melampau yang ditunjukkan oleh puak kanan atau puak kiri sesuatu kaumitu akan melemahkan usaha hendak menubuhkan satu bangsa Malaysia yangbersatu. Malangnya dalam pilihan raya baru-baru ini, mereka yang tidakmempunyai rasa tanggungjawab telah mengambil kesempatan yang sepenuhnyauntuk meniupkan perasaan yang seperti itu.

    Saya telah melawat seluruoh cerok dan rantau negara selama dua bulan danmengingatkan pendudok dari semua kaum tentang bahaya corak politik ini, dan

    juga pergaduhan antara pendudok boleh memecahbelahkan masyarakat danmenjahanamkan negara yang kita telah bina. Kutub Utara dan Kutub Selatanmustahil akan dapat bertemu , tetapi manusia boleh bercampur gaul di mana-mana

    jua di atas muka bumi ini.

    Saya telah terperanjat apabila orang Cina yang telah menunjukkan sokongan yangkuat kapada calon-calon UMNO pada masa lalu, dengan tidak semena-menamengubah sikap mereka dan berpaling tadah menyokong calon-calon Pas pula.Semasa saya melawat bersama-sama dengan kawan-kawan saya ahli MCA, sayatelah dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian ini berlaku dikawasan saya. Saya telah melihat orang-orang Cina pergi ke pondok calon Pas.

    Tentulah saya terperanjat, dan saya fikir mereka tersalah pergi ke pondok Pas itu.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    15/109

    Apabila saya memberhentikan motokar untuk bertanya, pengundi-pengundi Cina itutelah meradang kerana mereka menyifatkan perbuatan saya itu sebagaimengganggu kebebasan mereka untok mengundi. Saya telah berasa cemas apabilamendapati kejadian yang sama berlaku di merata tempat di Utara Kedah.

    Sesunggohnya susah hendak difahami kenapa kejadian ini berlaku kerana semasa

    kempen, calon-calon PAS terang-terang telah menunjukkan sikap anti-Cina, tetapiapabila mengundi parti itu mendapat sokongan daripada orang Cina.

    Nyatalah ada perkara sulit yang telah berlaku pada ketika itu. Mungkin merekatelah menerima arahan daripada pihak-pihak tertentu, atau pun mereka telahdiugut dan mereka mengundi partiparti pembangkang kerana takut. Apabila salahseorang daripada mereka disoal kenapa mereka telah pergi ke pondok Pas, diatelah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang Cina takut kepada Pas di Kedahatau di tempat-tempat lain sekalipun dasar parti itu anti orang Cina, kerana orangCina di Kelantan tidak teraniaya sekalipun parti itu berkuasa dic negeri tersebut.

    Satu lagi sebab yang mereka beri ialah beberapa hari sebelum hari mengundi,seorang calon Perikatan telah menghina orang China dengan mengatakan bahawasekalipun orang Cina tidak menyokongnya, dia masih mempunyai harapan untokmenang. Calon itu ialah Dr. Mahathir Mohamad.

    Saya dapat tahu kejadian ini daripada Pengerusi MCA Kedah, Dato Dr. Cheah ToonLock. Saya telah berkata kepadanya bahawa adalah menjadi kewajipan bagi setiaporang China berdiri di belakang Parti Perikatan, kecualilah jika ia menjadi ahli partipembangkang. Tidaklah patut mereka menghiraukan apa yang dikatakan oleh Dr.Mahathir.

    Orang Cina tidak berhak menjadi ahli Parti PAS tetapi sebelum tahun 1966 mereka

    boleh menjadi ahli bersekutu dalam UMNO, dan ahli biasa dalam MCA yang berikatdengan UMNO. Dengan kerana itu tidak ada sebab kenapa orang Cina patutmengundi calon Pas melainkan untok menunjukkan sikap permusuhan terhadapPerikatan atau pun kerana mereka takut.

    Di antara parti-parti pembangkang, Pas adalah parti yang tertua. Dalam pilihan rayayang pertama, iaitu semasa pemerintahan British dalam tahun 1955, Parti Perikatantelah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingkan, dan seuah kerusi telahdimenangi oleh ahli PAS dari Perak.

    Allahyarham Dato Onn dengan secara tidak langsong adalah bertanggungjawabmelahirkan Pas semasa beliau menjadi Yang Dipertua Agung UMNO. Ketika itu

    dalam UMNO terdapat sebuah jawatankuasa agama yang mempunyai tujuan untokmenasehatkan UMNO dalam hal ehwal agama.

    Apabila Dato Onn meninggalakan UMNO, ahli-ahli jawatankuasa agama itukemudiannya telah menukarkan corak agama kapada politik supaya dapatbertanding dalam pilihan raya. Langkah itu telah menyebabkan pecahnya kekuatanorang Melayu. Dengan itu muncullah Pas dalam gelanggang politik tanah air kita.Mereka melancarkan gerakan dengan menggunakan agama semata-m,ata kerana

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    16/109

    pada keseluruhannya orang Melayu berpegang kuat kepada agama Islam. Padapermulaan-nya, parti itu tidak mendapat sambutan yang besar tetapi lamakelamaan mereka telah berjaya mendapat pengikut yang lebeh ramai, terutama diKelantan di mana Perikatan memegang kuasa semasa merdeka dahulu.

    Dengan kejayaan mereka mendapat penyokong yang besar bilangannya, maka

    mereka telah mengalahkan Perikatan di Kelantan semasa pilihan raya 1959 danjuga di-Trengganu, dan telah dapat menubohkan kerajaan di kedua-dua negeri itu.Sungguhpun bwgitu, pada 1962 kerajaan mereka di Trengganu telah dijatohkanoleh Perikatan setelah beberapa orang ahli Majlis Mesyuarat parti itu melompatmasuk Perikatan. Dengan itu tinggallah Pas di Kelantan sahaja yang memegangkuasa kerajaan negeri sementara Perikatan berkuasa di kesemua negeri lain.

    Pas tidak pernah mempunyai sebarang tujuan atau rancangan yang tertentu.Mereka bergantung semata-mata kapada isu agama Islam untuk mendapatkansokongan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan untok menggubal satu dasarekonomi yang membangun sebagaimana yang patut dibuat oleh sesebuah partipolitik. Pada satu ketika, seorang ahli wanita Pas, Che Khatijah Sidek, yang menjadiahli Parlimen, telah mengugut hendak keluar dari Pas jika parti itu tidak dapatmenyusun satu dasar ekonomi yang tersendiri dalam tempoh enam bulan. Desakanini tidak menghasilkan sebarang natijah, dan selepas dari itu Che Khatijah telahkeluar dari gelanggang politik. Pas terus berjalan dengan dasar keagamaannyayang sempit dengan tidak mengubahkan coraknya sehingga hari ini, bahkanmenambahkan lagi soal-soal perkauman yang sempit.

    Mereka berkata, Tunku telah menjual Singapura kepada orang China dankemudiannya akan menjual Malaysia pula. Apa yang sangat mengecewakan ialahorang ramai percaya dengan tuduhan itu.

    (Petikan dari buku 13 Mei Sebelum dan Selepas karya Tunku AbdulRahman terbitan 1969)

    BAB 5 : Tipu Helah Dalam Kempen

    PAS telah cuba hendak meluaskan pengaruhnya keluar dari Kelantan ke negeriKedah dan Perak dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil di negeri-

    negeri itu, tetapi mereka telah gagal. Saya diberitahu soal-soal agama tidak begitumenolong parti itu di negeri-negeri Pantai Barat, kerana orang-orang di situ lebihluas pandangannya dan lebeh menghormati hak-hak orang lain untuk memilihagama masing-masing. Mereka lebeh progresif atau lebeh maju dalam carapemikiran berbanding pandangan sempit orang Kelantan.

    Dalam pilihan raya 1969 pula, Pas telah mengubah taktiknya dengan melancarkankempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermain-mainkan sentimenbangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai kapada parti itu.Cara itu telah memberi kejayaan yang besar kapada mereka. Mereka menuduhUMNO pro-Cina dan menjual negara kapada orang Cina. Mereka telahmenggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-Cina yang merekalancarkan di kawasan luar bandar di negeri-negeri Utara Pantai Barat. Mereka

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    17/109

    menanamkan perasaan takut dan curiga di hati orang Melayu yang memang berhatibersih dan berpegang kuat kepada agama bahawa orang Cina hendak memegangkuasa seluruh negara dan menuduh saya telah memberi peluang itu kapada orangCina.

    Untuk menjadi bukti kapada dakwaan mereka, maka mereka telah menyebar ke

    seluruh kampong gambar Khir Johari, seorang Menteri Kabinet dan isterinyamemakai pakaian orang Cina Mandarin. Gambar itu telah diambil di Hongkongsecara bersuka-suka untuk dihantar kapada kawan-kawannya sebagai ucapanSelamat Tahun Baru. Pakaian ini ada disediakan di restoran untok pelancongmenggunakannya bagi mengambil gambar sebagai tanda ingatan lawatan merekake Hongkong.

    Khir Johari ialah seorang yang suka melawak, dia dan isterinya telah menggunakangambar ini untuk kad Selamat Tahun Baharu Cina yang telah mereka kirimkankepada kawan-kawan Cina mereka dalam bulan Februari sebagai menunjukkan rasamuhibah. Masing-masing yang menerima-nya telah gelak ketawa melihat gambaritu. Pas segera mengambil kesempatan menggunakan gambar ini sebagai satusenjata untuk kepentingan politik mereka. Gambar ini telah diedarkan seluas-luasnya di kalangan orang Melayu sambil memburuk-burukkan Khir dan menuduhdia telah menjadi orang Cina. Kasihan Khir! Tujuannya hendak berjenaka itu telahmerugikan dirinya dan dia telah kehilangan banyak undi dalam pilihan raya itu.

    Ini satu sahaja contoh yang menunjukkan sejauh mana pihak Pas sanggupmelakukan perbuatan kotor dan tipu helah untok mencari kemenangan dalampolitik. Perbuatan mereka sangatlah khianat dan liar. Inilah satu penipuan yangsehabis busuk yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

    Misalnya Pas telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan saya seorang Siam,

    pada hal mereka tahu ayah saya ialah Almarhum Sultan Kedah. Mereka jugamenuduh saya beragama Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara kebajikanyang telah saya buat untuk agama Islam semenjak lepas Merdeka. Saya bukanlahseorang yang takbur, tetapi saya boleh mendakwa bahawa jasa saya kapada agamaIslam adalah setanding dengan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin negaraIslam yang lain di zaman moden ini.

    Dalam kempen pilihan rayanya, Pas telah memburokkan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka telah menyerang peribadi pemimpin UMNO secara kotoryang tidak mungkin sesapa pun tergamak melakukannya. Mereka tahu apa yangmereka katakan mengenai pemimpin UMNO termasu saya sendiri tidaklah benar,tetapi mereka pergi dari kampug ke kampung untuk melancarkan kempen yang

    bohong dengan tidak menghiraukan apa jua akibatnya atau pun apa yang merekalakukan itu boleh memarakkan api permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduliapa yang akan terjadi asalkan mereka dapat menang kerusi dengan apa jua carasakalipun.

    Saya sendiri telah cuba untuk mendapatkan gambar yang telah ditunjukkan olehPas kepada orang ramai di kawasan pilihan raya saya. Gambar itu kononnyamenunjukkan saya menggunakan chopstick di satu majlis makan Cina. Dengansecara tipu mereka telah meletakkan satu gambar lain ke atas gambar yang

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    18/109

    tersebut yang menunjokkan seekor anak babi terhidang di tengah-tengah meja dimajlis itu. Saya berani bersumpah bahawa seumor hidup saya, saya tidaklah pernahmenghadziri majlis jamuan makan Cina yang ada menghidangkan daging babi, ataupun apa jua makanan lain yang haram bagi orang Islam. Kawan-kawan Cina sayasentiasa menjaga supaya kejadian seperti ini tidak berlaku, kerana mereka sendiritahu apa yang haram dimakan oleh orang Islam.

    Tuduhan yang mengatakan saya bukan Islam adalah satu fitnah yang sangat kotorkerana mereka sendiri tahu bahawa saya telah pergi ke Mekah untok menunaikanfardu haji, dan mereka juga tahu bahawa saya anak kapada seorang yang warakdan lebai. Saya percaya orang-orang yang akan membaca kandungan buku ini akanterperanjat dengan perbuatan sebuah parti politik seperti Pasyang sanggupmeletakkan dirinya begitu rendah untuk mencari kemenangan.

    Sekalipun saya seorang yang kuat berpegang kapada ajaran Islam, tetapi sebagaiPerdana Menteri saya telah menerima banyak jemputan ke majils sosial dansebagainya, dan telah menikmati makanan Eropah, makanan Cina atau makananIndia. Saya telah merasmikan pembukaan tempat-tempat ibadat bagi orang-orangyang beragama lain, dan saya juga telah mengarahkan supaya wang diberi untok

    membina tempat-tempat ibadat bagi agama-agama lain di Malaysia.

    Wang yang diperoleh adalah daripada orang-orang yang berbagai-bagai-bagaiagama, dan dengan itu patutlah diberikan juga wang untuk tempat ibadat mereka.Saya masih ingat lagi bagaimana orang-orang daripada pelbagai agama telahmenghulurkan derma yang berjumlah berjuta-juta ringgit ketika saya melancarkanderma untok membina Masjid Negara.

    Kesemua orang dalam negara telah memberi sumbangan mereka kapada kekayaannegara dan dengan wang ini dapatlah kita membuat bermacam perkara yang

    memberi manafaat kepada orang Islam, seperti membina masjid, surau dan sekolahagama. Begitu juga untuk mengadakan perayaan agama. Semua perkara inidilakukan untuk kepentingan agama Islam, agama rasmi kita.

    Orang-orang bukan Melayu tidak pernah menimbulkan bangkangan terhadap apayang telah dibuat dan sedang diusahakan oleh Kerajaan untuk agama Islam.Mereka juga tidak pernah menyoal berapa banyak wang yang telah dikeluarkanuntok mengembangkan Islam. Saya berani berkata dengan tegas bahawa KerajaanPerikatan telah membuat lebih banyak kebajikan untuk Islam daripada yang bolehdibuat oleh Pas, sekalipun dalam negeri pemerintahan mereka sendiri.

    Saya telah memberi beberapa contoh di atas mengenai kelakuan khianat yang

    dilakukan oleh Pas, tetapi masih banyak lagi dakayah bohong dan fitnah yangterlampau kebudak-budakan dan terlalu menyentuh peribadi untuk saya catatkandi dalam buku ini. Kalau sekalipun saya menulisnya, tidak ada siapa yang akanpercaya.

    Orang-orang yang mempunyai fikiran tidak dapat memahami perbuatan Passemasa pilihan raya itu. Sesiapa yang kasih kapada negara tentu tidak dapatbersetuju dengan kelakuan mereka. Dalam pilihan raya itu satu perkara ganjil tetapi

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    19/109

    benar telah dilakukan oleh Pas. Jika benar sebagaimana yang mereka katakanbahawa mereka anti-China, kenapa-kah pula mereka bersubahat dengan DAP,Gerakan dan PPP?

    Tujuan Pas nyatalah untuk memecahkan undi Melayu supaya calon-calon Perikatanyang bertanding di beberapa kawasan tertentu tidak akan menang, dan pakatan

    mereka yang jahat ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon-calon mereka dikawasan-kawasan di mana pengundi Melayu tidak pun mencukupi untokmenjayakan seseorang calon Pas dan dalam sesetengah kawasan pula merekamungkin hilang wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya mendapatkankesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan perbuatan mereka berpakat denganpartiparti pembangkang yang anti-Melayu, Pas telah membuktikan sejauh manamereka sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan dalam politik.

    Jika begitulah sikap mereka, lebeh baiklah mereka menolong MCA, iaitu sebuahparti yang sentiasa mempunyai pandangan Malaysia dan telah membuktikan taatsetianya kapada negara ini. Tetapi sebalik, di mana-mana MCA bertandingmelawan calon dari parti yang anti-Melayu, Pas juga akan masuk dalam kawasan ituuntok menghalang orang Melayu daripada mengundi calon MCA, atau sekurang-kurangnya memecahkan undi se-hingga calon Perikatan itu kalah dalampertandingan tiga penjuru, samalah seperti yang mereka lakukan di kawasan dimana calon UMNO bertanding.

    Saya suka menunjokkan dua kejadian yang membuktikan mereka telah menolongpartiparti anti-Melayu. Di kawasan Setapak, Selangor, seorang yang saya tidaksuka hendak sebutkan namanya telah kelihatan memberi wang kapada seorang ahliPas. Orang ini ialah ahli DAP. Dalam kawasan Sepang, juga dii Selangor, calon-calonDAP dan Pas telah melancarkan kerja mereka dari sebuah pejabat, dan pekerja-pekerja DAP yang terdiri daripada orang Cina telah menampalkan poster untok

    calon Pas. Bukti ini cukuplah untuk menafikan dakwaan Pas bahawa mereka sebuahparti Melayu yang berdasar Islam. Mereka sanggup menghina agama untukkepentingan politik dan wang.

    Mereka berjanji akan menubuhkan sebuah negara atau kerajaan Islam jika merekamemegang kuasa. Tetapi mereka tidak pula menerangkan rupa dan bentukkerajaan yang mereka angan-angankan itu. Kita dapat meragui sama ada merekaakan memenuhi janji mereka jika mereka berkuasa kelak.

    Pas sedar bahawa mereka tidak ada harapan untuk mengambil kuasa negara inidan kemungkinan yang seperti ini belumlah lagi terbayang. Dengan kesedaran yangseperti ini, maka mereka boleh melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab

    dan membuat janji-janji palsu untuk menyedapkan telinga orang Melayu yang jahiltentang hal ehwal dunia. Tentulah banyak orang Melayu yang tertarik dengan janjihendak menubuhkan sebuah Kerajaan yang tidak berchampor dengan kaum-kaumlain. Orang Melayu tentu-lah sangat tertarik dengan kemungkinan negara inidikendalikan oleh orang Melayu sahaja kerana inilah negara tumpah darah mereka.

    Dalam masa berkurun-kurun lamanya, dari satu keturunan ka satu keturunan,Malaysia telah diperintah oleh kuasa-kuasa asing _ Belanda, Siam, British dan

    Jepun. Oleh itu, kemungkinan negara ini di-perentah oleh orang Cina tentulah

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    20/109

    sangat dibenci oleh orang Melayu, kerana persetujuan telah dichapai semasaMerdeka dahulu bahawa Malaysia mestilah mempunyai keperibadian dan corakkebangsaan yang berteraskan Melayu. Beberapa perkara hak orang Melayu dijamindalam Perlembagaan. Menurut apa yang di-katakan oleh Pas, semua hak ini akanhilang kiranya Perikatan menang.

    Sementara itu, lain-lain parti pembangkang bertalu-talu pula menggembur-gemburkan konsep Malaysian Malaysia, dan ini mengurangkan sokongan orangramai kepada MIC dan MCA dan menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu. Olehitu, konsep Malaysia untok orang Melayu sahaja yang ditonjolkan oleh PAS lebihsenang mendapat sokongan orang Melayu. Sebagaimana kebanyakan orang Chinamenyokong konsep Malaysian Malaysia yang dianjorkan oleh Lee Kuan Yew, makabegitulah juga orang Melayu menyokong cita-cita ini. Dengan cara itu, kedua-duapendapat cauvinis yang tersebut telah saling menolong.

    Langkah Pas menolong atau menggunakan parti-parti pembangkang yang pro-Cinadan parti-parti lain yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yangdiketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang melampau itu tentulahada sebab yang tertentu. Tindakan mereka sangatlah berbahaya seperti bom atautorpedo yang telah di-tentukan masa meletup-nya.

    Sebuah akhbar Hongkong bernama The Star telah melaporkan pada 17 Junbahawa Bank of China di Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kirakewangannya kerana beberapa jumlah wang yang besar telah dikeluarkan untokmembiayai gerakan kekacauan di Singapura dan Malaysia. Ada keterangan yangmenunjukkan bahawa wang itu telah diberi kapada beberapa pihak yang tertentu diKelantan untuk membiayai perbelanjaan kempen Pas. Terang dan jelaslah bahawaorang Melayu yang menyokong Pas tidak terdaya hendak mengeluarkan berjuta-

    juta ringgit untok pilihan raya itu. Wang itu tentulah datang dari satu punca

    tertentu, dan saya suka menegaskan bahawa punca itu bukan diketahui oleh PartiPas sahaja.

    Sekiranya Pas telah menerima bantuan wang daripada Komunis, maka berertilahpemimpin-pemimpin parti itu telah memperdaya dan mempermainkan orang-orangmereka sendiri. Kebanyakan daripada soaln agama yang dibangkitkan oleh Pas itu

    tidak selaras dengan fahaman Islam zaman tamadun dan bertentangan dengankeadaan yang terdapat di sekitar Malaysia pada hari ini. Pas telah mengambilkesempatan daripada kejahilan orang-orang miskin untok menjalankan taktik tipuhelahnya, tetapi dosa mereka yang lebih besar lagi terhadap orang-orang merekasendiri dan juga ke atas agama Islam, yang menjadi tunjang politik mereka, ialahperbuatan mereka membiarkan diri mereka digunakan oleh kuasa-kuasa lain untuk

    memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

    (Petikan dari buku 13 Mei Sebelum dan Selepas karya Tunku AbdulRahman terbitan 1969)

    BAB 6 : Sidang Islam Yang Bersejarah

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    21/109

    SALAH satu daripada perkara yang sangat dikesali dalam kempen pilihan rayatahun 1969 ialah sewaktu Pas sedang mengecam Kerajaan Perikatan, terutamanyaUMNO dalam soal-soal agama Islam, maka pada ketika itulah juga Malaysia sedangmencipta satu sejarah baru untuk dunia Islam. Sungguhpun Malaysia bukan sebuahnegara yang bercorak ugama, tetapi Islam ialah agama rasminya.

    Tidak kurang daripada 23 buah negara Islam yang terdiri daripada pelbagaibangsa telah bersidang di Kuala Lumpur untuk membuat keputusan mengenai

    berbagai-bagai masaalah yang melibatkan orang-orang Islam di merata dunia.Inilah julung kalinya negara-negara Islam telah berkumpul di satu tempat untokmembincangkan agama Islam dan hubungannya dengan dunia moden, danMalaysia patut mendapat kepujian yang penuh di atas kejayaannya menganjurkanpersidangan yang bersejarah itu.

    Berlakunya persidangan ini dalam masa kempen pilihan raya adalah dengan secarakebetulan sahaja kerana kerja-kerja merancang dan membuat perhubungan untukmenyediakan persidangan itu telah dijalankan selama beberapa tahun yang lepas.Se-benarnya saya telah melahirkan cita-cita saya di Masjid Woking, London dalamtahun 1961. Cita-cita saya ialah untuk mengadakan satu badan negara-negaraIslam yang di-panggil Komanwel Islam.

    Tetapi sebelum daripada saya melanjutkan penerangan mengenai persidangan ini,elok-lah saya menegaskan terlebih dahulu perkara-perkara yang telah dibuat olehMalaysia untuk agama Islam kerana Pas telah mereka pelbagai tuduhan yang tidakberasas dalam pilihan raya. Sebenarnya dalam hati kecil saya, saya sentiasa berasabangga kerana kesemua kejayaan yang telah dicapai untok kemajuan agama dinegara ini adalah di luar dugaan kita.

    Pertama, kita telah mengantikan dengan bangunan-bangunan baru kesemua masjid

    lama dan tempat-tempat ibadat saperti surau dengan perbelanjaan wang kerajaanyang besar, dan tsetiap bangunan itu berbentuk mengikut yang sesuai dengankeadaan dan keinginan orang-orang di tempat itu sendiri.

    Kenapa Kerajaan memberi pandangan yang sebagitu berat terhadap pembinaanmasjid? Pertama ia-lah untuk menawan hati semua orang di negara ini yangberpegang teguh kapada agama Islam; dan kedua ialah untuk meletakkan agamaIslam di tempat yang tinggi dan mulia, sesuai dengan tarafnya sebagai agamarasmi negara ini menurut Perlembagaan.

    Tuan-tuan akan dapati bahawa masjid-masjid yang dibina di kawasan baru adalahterletak di atas tapak yang elok, sepadan dengan kedudukan martabat agama

    rasmi negara. Orang ramai berkumpul di surau-surau yang beratus-ratus banyaknyauntuk sembahyang, untuk berbual-bual dan bergaul dengan bebas pada setiapketika, sama ada di majlis bercorak agama atau pun sosial. Perbelanjaan yangsecukupnya telah diberi, dan segala keperluan untuk pembinaan telah diadakan.Mishalnya, jalan-jalan masuk dan ekalan air paip telah diadakan di semua masjiddan surau baru, walhal pada zaman dahulu orang-orang Islam di negara inibergantung kapada perigi yang dikorek di tempat-tempat yang tidak menurutkehendak kesihatan, atau pun bergantung kapada air hujan yang ditakung dalamkolah tempat berwuduk. Banyak masjid telah buruk dan bangunannya yang rosak

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    22/109

    tidak dibaiki kerana tidak ada wang. Kejadian ini berlaku sebab pada umumnyataraf ekonomi orang Melayu adalah rendah.

    Soal yang kedua ialah sekolah-sekolah ugama. Kerajaan telah membina banyaksekolah dengan perbelanjaan yang besar, dan merancangnya menurut kehendakrakayat. Guru-guru telah dilatih khas untok mengajar di sekolah-sekolah agama itu.

    Semua sekolah ini disesuaikan dengan sistem pelajaran yang telah diluluskan olehKerajaan. Selain bahasa Arab yang menjadi bahasa Quran, penuntut diajar bukansahaja bahasa kebangsaan, bahkan juga bahasa Inggeris. Sebenar-nya Kerajaanmengadakan apa jua yang di-perlukan oleh sekolah-sekolah agama itu, padang-padang permaianan dan kemudahan-kemudahan lain.

    Usaha besar untuk membina bangunan-bangunan itu berjalan di segenap pelusukMalaya sebelum tertubuhnya Malaysia, dan dasar ini terus diamalkan hinggasekarang. Sekalipun Kerajaan Kelantan dikuasai PAS, tetapi hal ini tidakmenghalang Kerajaan Perikatan daripada menghulurkan bantuan wang untukmembina bangunan agama di negeri itu. Bolehkah terbayang dalam fikiran sesiapa

    jua yang Kerajaan PAS Kelantan akan menghulurkan bantuan walau satu sen pununtuk membina sebuah masjid atau surau di luar negeri Kelantan? Sebenar-nyadalam negeri mereka sendiri pun mereka tidak berbuat bagitu; mereka telahbergantung sepenuhnya kapada Kerajaan Perikatan untuk membuat kemajuan bagikepentingan agama dari segi pembangunan, tetapi mereka yang dapat nama.

    Dalam bulan puasa, Kerajaan Pusat menggalakkan masjid-masjid memberi jamuankapada orang ramai dan mengadakan majlis supaya kuranglah kepenatanberpuasa dan menunjukkan keistimewaan bulan Ramadan sebagai bulan umatIslam melebihkan amalan ibadat yang kyusuk kapada Tuhan. Pertandinganmembaca Quran dianjurkan dengan diberi hadiah kapada pemenang. Bermacam-macam-macam perkara lain dibuat untuk menyambut bulan yang mulia itu supaya

    mereka yang berpuasa merasa dirinya hampir kapada Allah, dan meletakkanmereka di tempat yang lebeh mulia daripada orang-orang yang tidak dapatmenahan nafsu mereka dengan kesenangan dunia. Orang-orang Islam yang ada diseluruh negara telah ditolong oleh Kerajaan untuk menyambut bulan yang berkatini dengan sepatut-nya.

    Malaysia adalah negara yang pertama memulakan Pertandingan Al-Quran padatahun 1960. Pertandingan ini diadakan tiap-tiap tahun di peringkat negeri untukmemilih johan bagi memasuki pertandingan peringkat kebangsaan. Selain itu,negara-negara luar juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingandi peringkat Antarabangsa.

    Sejak pertandingan Quran diadakan, Malaysia telah menerima sanjugan yang besardan pandangan yang tinggi oleh dunia Islam yang tidak pernah diberikan kapadanegara-negara Islam yang lain kecuali Arab Saudi di mana terletak kota suci Mekahdan Madinah.

    Pada zaman atom lebih laju dari suara, Malaysia telah menjadi masyhur di seluruhdunia Islam sebagai sebuah negara yang terkemuka untuk memberi nafas barukapada agama Islam. Pada zaman inilah juga manusia telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan, hilang iman kapada Tuhan dan kepercayaan sesama manusia,

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    23/109

    sambil itu mencari pendapat-pendapat yang baru, cara hidup yang baru dan duniauntuk ditakluki. Bagi kita orang Islam, kita berpegang teguh kapada agama kitauntuk menguatkan iman kita. Malaysia telah memberi pimpinan ini kepada duniaIslam semasa kerajaannya dipegang oleh Perikatan.

    Di negara-negara Asia yang lain, pemimpin-pemimpin politik telah menyedari

    bahawa kemajuan dan pembangunan negara mereka telah terjejas apabila ahli-ahliagama mengganggu perjalanan politik sesebuah negara, tetapi kesedaran merekaitu telah terlambat sehingga merugikan negara mereka sendiri. Seorang PerdanaMenteri telah hilang jiwanya, dan negaranya telah mundur akibat gangguan agamadi dalam politik. Sesungguhnya keadaan yang seperti ini telah berlaku pada zamandahulu, tetapi dalam dunia bertamadun pada hari ini kejadian yang saperti itu tidaklagi berlaku di negara-negara Eropah yang progresif. Sebenarnya di kebanyakannegara Islam, agama Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya untuk dijadikanmakanan rohani, dan politik untuk kemajuan negara, dan sebagaimana yangpernah di-katakan politik ialah satu ilmu yang digunakan pada waktu yangdiperlukan.

    Kejayaan yang paling tinggi yang dicapai oleh Malaysia dalam menjalankan dasaryayang luas untuk agama Islam ialah Persidangan Negara-Negara Islam yang telahdiadakan dalam bulan April, 1969 di Kuala Lumpur. Dalam persidangan inipemimpin-pemimpin Islam yang terkemuka dari seluruh dunia telah berhimpununtuk mengambil keputusan atas masalah-masalah agama yang dihadapi bersamaoleh seluruh umat Islam saperti waktu sembahyang di sesetengah tempat yangtidak nampak matahari, atau pun apakah hukum Islam di atas pemindahan anggotaorang Islam kapada orang yang bukan Islam untuk kepentingan sains danperubatan.

    Perkara yang terbesar ialah persidangan ini merupakan satu peristiwa yang sangat

    menggembirakan kerana inilah kali pertama begitu banyak negara Islam, iaitu 23buah semuanya telah datang dengan perasaan muhibah dan persaudaraan untukberbincang, sama ada hal-hal politik atau ekonomi, dan mereka itu datang sebagaiwakil Kerajaan masing-masing.

    Pada masa lalu, kebanyakan negara Islam telah berpecah atau pun tidakmengambil hirau antara satu dengan lain. Malaysialah Negara Islam yang pertamaberjaya mengadakan satu mesyuarat di peringkat Kerajaan yang bolehmenimbulkan rasa kecenderungan di kalangan pemimpin-pemimpin Islam, denganharapan perjumpaan di Malaysia ini akan disusuli pula dengan beberapapersidangan lain pada masa akan datang dan juga akan merapatkan ikatanpersaudaraan di kalangan semua negara Islam.

    Saya suka mengulangi sekali lagi bahawa persidangan yang penting saperti itusangatlah bersejarah, tetapi malangnya ada orang-orang yang tidak menyedaritentang makna peristiwa yang bersejarah itu. Pada saya nilai Persidangan Negara-Negara Islam ini hampir sama dengan kejayaan mencapai kemerdekaan Malaya.Kemerdekaan memberi taraf kapada manusia yang telah hidup berkurun-kurunlamanya sebagai hamba abdi. Persidangan ini menarik pandangan dunia.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    24/109

    (Petikan dari buku 13 Mei Sebelum dan Selepas karya Tunku AbdulRahman terbitan 1969)

    BAB 7 : Upacara Pengkebumian Pahlawan Merah

    KETIKA sidang perwakilan sedang memberi fikiran mereka dengan bersungguh-sungguh di dalam Persidangan Antara Bangsa yang bagitu penting, kempen pilihanraya telah berjalan dengan hebatnya di seluruh Malaysia Barat.

    Dalam kempen itu timbullah perkara-perkara yang menyakitkan hati, yangboleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan antara satu dengan lain. Sayatelah pun memberi beberapa contoh tentang apa yang telah berlaku, dan tentangbagaimana hasutan-hasutan dan fitnah telah dijalankan dengan cara terang-terangan dan umpat keji yang terlalu bersifat peribadi telah dibisikkan dari mulut kemulut.

    Memang telah menjadi kelaziman di mana-mana jua dalam dunia bebas ini

    perkataan-perkataan yang pedas dan kenyataan yang tidak bijak dikeluarkan dalamkempen pilihan raya. Amalan-amalan yang serupa itu juga tentulah dijangkaberlaku di Malaysia, tetapi kebebasan berucap dalam pilihan raya tidaklah sekali-kali boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan kata-kata yang melanggar batas,terutama di dalam sebuah negara berbilang kaum di mana perasaan penduduknyamudah tersinggung dalam perkara-perkara mengenai kaum mereka.

    Perasaan hangat ini jelas kelihatan terutama di sebelah utaraSemenanjung. Di selatan kempen pilihan raya telah berjalan dengan cara yanglembut dan teratur tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

    Dalam suasana yang seperti inilah komunis telah meresap masuk di

    kalangan mereka. Tujuan utama mereka semakin jelas kelihatan dari hari ke hari.Mereka berazam untuk menjatuhkan Perikatan dari memegang kuasa denganmemecahkan pengaruhnya sama ada dengan cara baik atau jahat. Merekamengamalkan pengaruh jahat menerusi dua saluran dan menghalakan serangan-serangan mereka kepada dua sasaran besar melemahkan UMNO melalui PAS, danmelumpuhkan MCA menerusi Gerakan dan parti-parti politik Cina yang lain.

    Pada pendapat mereka pilihan raya telah memberikan kesempatan yangsangat baik kepada komunis untuk melakukan perbuatan-perbuatan provokasisupaya timbul peristiwa, sama ada besar atau kecil, dengan tujuan hendakmenjayakan rancangan mereka memulaukan pilihan raya umum. Lebih luas merekadapat menyebarkan perasaan bimbang, atau kecewa, atau pun takut, maka lebih

    besarlah harapan mereka untuk menjayakan pemulauan ini.

    Apabila kempen pilihan raya itu telah berjalan separuh, mereka telahmelancarkan kempen menulis dengan cat merah cogan kata dan tanda di atas jalanraya dan tembok. Merah ialah warna pertubuhan Komunis. Cogan kata yang ditulismenggesa setiap orang supaya memulaukan pilihan raya dan yang lainmengandungi perkataan-perkataan yang menyanjung tinggi sifat-sifat dan ajaran-ajaran Mao Tze Tung. Mereka tidak peduli bahawa perbuatan mereka itu melanggar

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    25/109

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    26/109

    berumur 24 tahun. Keluarga dan rakan-rakannya telah membawa mayat si matiuntuk di simpan di rumah mayat di Jalan Sultan, jalan yang paling sibuk di kawsanCina di bandar Kuala Lumpur. Mayat itu sepatutnya dibawa balik ke rumahnya diKepong.

    Si mati bukanlah seorang yang terkenal dan pada lazimnya mayatnya itu

    memadailah dikebumikan secara sederhana, tetapi Komunis tidak hendakmelepaskan peluang yang begitu baik untuk membuat sesuatu yang bolehmendatangkan faedah kepada perjuangan mereka. Akhirnya mereka dapat jugaseorang daripada rakan seperjuangan untuk disanjung sebagai pahlawan yangakan menjadi lambang perjuangan mereka.

    Polis telah menerima permohonan untuk mengadakan satu perarakanmayat pada 10 Mei, iaitu hari mengundi. Tujuan mereka hendak mengadakanperarakan itu pada 10 Mei sangatlah jelas. Anasir-anasir yang menganjurkanperarakan itu berniat hendak menimbulkan satu kejadian yang akan menghalangpilihan raya atau pun mencegah pembuangan undi pada hari itu.

    Polis telah mengambil keputusan yang bijak dengan menolak permohonanhendak mengadakan perarakan pada hari itu, tetapi setelah ibubapa si mati danpemimpin-pemimpin Parti Buruh Kepong bertalu-talu membuat rayuan hendakmengadakan istiadat pengkebumian secara terhormat, maka polis bersetujumembenarkan perarakan mayat itu diadakan pada 9 Mei. Ketika membenarkannya,polis telah meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya perarakan itu melalui jalan-

    jalan yang tertentu, dan mereka yang hadir atau mengiringi mayat itu hendaklahdihadkan kepada satu bilangan kecil orang yang berkabung. Ringkasnya, istiadatpengkebumian itu hendaklah diadakan menurut sebagaimana yang lazim dibuatsahaja.

    Meskipun begitu, apa yang berlaku ialah perarakan mayat itu telah bertukarmenjadi satu perarakan yang terbesar pernah dilihat di Kuala Lumpur. Dalam hal iniKomunislah yang bertanggungjawab. Ia tidak sekali-kali merupakan satu perarakanmayat, tetapi lebih merupakan satu tunjuk perasaan politik yang sangat liar.Gambar-gambar yang saya siarkan dalam buku ini dapat menceritakan sendiriperistiwa itu dan dapat membuktikan bahawa Komunis dan anasir-anasir jahat lainadalah bertanggungjawab di atas kejadian yang buruk itu. Tunjuk perasaan ituberjalan sejauh lapan batu dengan beribu-ribu orang mengambil bahagian didalamnya atau menyaksikannya dari kaki lima atau pun di tepi-tepi jalan.

    Saya siarkan kenyataan-kenyataan itu di sini supaya orang ramai diMalaysia ini dapat mengetahuinya dengan sejelas-jelasnya, selain daripada apa

    yang telah tersiar dan dibaca dalam akhbar, mengenai segala hal yang telah terjadidan siapa yang berdiri di belakang perarakan itu hingga menimbulkan pelbagairupa perbuatan provokasi sebelum hari mengundi.

    Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur, telahmenyatakan :

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    27/109

    Pada 7 Mei 1969, bapa si mati (Lim) telah dipanggil berjumpa saya untukmenyiapkan peraturan bagi perarakan mayat anaknya. Selepas berjumpa dengansaya, dia telah bersetuju mengadakan perarakan mayat itu pada hari Jumaat 9 Mei1969. Sungguhpun begitu dia mengaku kepada saya yang dia tidakbertanggungjawab di atas segala persiapan bagi perarakan itu dan dia akan bawakemudian orang-orang yang bertanggungjawab membuat persiapan itu untuk

    berjumpa saya.

    Kemudian datang orang lain bernama Yap Kau, Miss Tan Siew Eng dan seorangMelayu ke pejabat saya. Mereka berkata yang mereka telah menentukan sendiri

    jalan-jalannya dengan menunjukkan kepada saya di atas sekeping kertas. Kemudiasaya berhubung dengan Encik Mansor, Pegawai Penjaga Lalulintas, yangkemudiannya telah datang ke pejabat saya. Setelah itu kami telah membincangkanbersama-sama jalan-jalan yang akan dilalui itu. Jalan-jalan itu ialah sebagaimanayang diterangkan oleh Encik Mansor dalam kenyataannya.

    Yap kau telah memperkenalkan Miss Tan kepada saya sebagai salah seorang dariahli-ahli yang mengaturkan perarakan mayat itu, dan kemudiannyamemperkenalkan Syed Hamid sebagai seorang ahli Jawatankuasa Penyelenggarayang menjaga hal-hal mayat bagi perarakan itu. Kemudian saya telahmemperkenalkan Encik Mansor kepada tiga orang itu.

    Kedua-dua orang cina itu iaitu Yap Kau dan Miss Tan telah bercakap kepada kamidalam bahasa Melayu dan mereka faham bahasa itu. Syed Hamid telah hadirbersama. Apakala saya tanya Syed Hamid kenapa dia datang, dia berkata diadatang untuk memperhatikan supaya tidak timbul silap faham di atas apa yangtelah di persetujui, dan juga kerana dia salah seorang ahli jawatankuasa yangbertanggungjawab untuk menguruskan perarakan mayat itu.

    Sebelum Syed Hamid meninggalkan pejabat saya, dia telah berkata sekarang kitatelah bersetuju, Tujuannya berkata demikian ialah supaya kami tidak boleh lagimengubah jalan-jalan yang telah pun dipersetujui.

    Miss Tan juga berkata iaitu untuk mengelakkan dari menyakitkan hati merekayang mengambil bahagian dalam perarakan itu, lebih baik polis tidak menghantarorang-orangnya yang memakai uniform menjaga perarakan itu lebih-lebih lagianggota-anggota Pasukan Simpanan (FRU). Dia berkata bahawa dengan adanyaanggota-anggota polis yang beruniform dari Pasukan Simpanan, maka orang-orangyang akan mengambil bahagian dalam perarakan akan merasa sakit hati kerana simati yang telah ditembak oleh polis itu dianggap oleh mereka sebagai seorangPahlawan. Mereka minta supaya lesen itu dikeluarkan atas nama Yap Kau

    Yap Kau yang tersebut dalam kenyataan Abu Bakar itu ialah seorang AhliJawatankuasa Parti Buruh Cawangan Kepong. Miss Tan Siew Eng ialah NaibPengerusi bagi cawangan itu. Orang Melayu yang mengenalkan dirinya sebagaiSyed Hamid ialah Syed Hamid bin Syed Ali yang menjadi Yang Dipertua PersatuanPenuntut-penuntut Universiti Malaya. Anggota-anggota F.R.U. ialah PasukanSimpanan Persekutuan, iaitu anggota-anggota pasukan polis yang mendapat latihanyang tinggi mutunya, terutama sekali dalam kerja-kerja menyuraikan tunjukperasaan dan rusuhan.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    28/109

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    29/109

    Keluarga si mati mempunyai hak untuk membawa mayat, dan mengikutsebagaimana biasa, kenalah mereka mendapat kebenaran dari polis bagimengadakan satu perarakan. Inilah cara hidup kita di Malaysia, dan boleh katakanahampir setiap hari kita dapat melihat perarakan yang seumpama itu di KualaLumpur. Polis tidak dapat membantah langkah menyerah persiapan mengadakanperarakan mayat itu kepada Parti Buruh cawangan Kepong dan juga kepada anasir-

    anasir yang lain yang tidak ada kaitan dengan keluarga si mati, tetapi pihak polissebenarnya faham dan mengerti tujuan pihak-pihak yang menganjurkan perarakanitu.

    Oleh yang demikian tentulah pihak polis perlu bersiap sedia untukmenjalankan kewajipan mereka yang biasa dan berjaga-jaga untuk menghadapisebarang tunjuk perasaan yang mungkin timbul semasa perarakan itu, tetapimereka juga mesti berhati-hati supaya kekacauan yang mungkin timbul itu tidakakan berlanjutan. Mereka cuma dapat meletakkan syarat-syarat yang tertentuuntuk perarakan itu, dan ini telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak dan

    juga pihak keluarga si mati. Bagaimana persetujuan itu akan dilaksanakan tidaklahdapat diagakkan sehingga keesokan harinya.

    Di dalam satu kenyataan, Mansor bin Mohd Noor telah melaporkansebagaimana berikut:

    Pada jam 8.45 pagi, 9 Mei 1969 saya telah pergi ke rumah mayat (Chik Sin Tong)di Jalan Sultan untuk menyaksikan sama ada persiapan dan peraturan bagiperarakan mayai itu di jalankan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh polis.Sekumpulan besar orang ramai telah berhimpun di situ. Menurut lesen yang telahdikeluarkan, perarakan itu patutlah dimulakan pada jam 9.30 pagi, tetapi tidakdimulakan sehingga 9.55 pagi.

    Perarakan itu sepatutnya membelok ke kiri dari Jalan Sultan menghala ke BulatanMerdeka, tetapi sebaliknya telah membelok ke kanan dan berjalan melalui JalanPetaling, mereka telah menyorak-nyorak dan mengejek Polis Lalulintas yang sedangbertugas dengan tujuan hendak menaikkan kemarahan mereka (polis) itu. Denganmembelok ke kanan, maka mereka telah melanggar syarat yang pertama.

    Kemudian perarakan itu telah berhenti dipenjuru Jalan Petaling dengan Jalan Cecil.Semasa di situ mereka telah mula berucap kepada orang ramai, menyanyi lagu-lagu dan menyebarkan risalah-risalah ajaran Mao, dan menampalkan risalah-risalahdi tembok-tembok dan tiang-tiang rumah kedai. Salah satu risalah itu berbunyiRejim Tunku Abdul Rahman Kejam dan yang satu lagi berbunyi Ajaran Maosahaja yang boleh diamalkan di sini. Mereka telah membawa sepanduk-sepanduk

    gambar Mao dalam perarakan itu. Saya tidak dapat menyatakan berapa banyakkahsepanduk gambar itu.

    Saya telah mendahului perarakan itu untuk pergi ke Foch Avenue dan telahmenyoal ketua mereka yang berada di kepala perarakan (kerana mereka telahmengikut jalan yang salah), Kamu hendak ikut jalan mana? Jawabnya Aku taktahu dan aku tak peduli.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    30/109

    Perarakan itu telah berhenti setiap lima atau enam ela untuk berucap kepadaberibu-ribu orang yang membanjiri kedua-dua belah jalan raya. Ketika itu sayasedang berdiri di hadapan Bangunan Malayan Banking di mana saya dapatmenyaksikan orang ramai telah bertambah ramai. Bilangannya sudah punmeningkat beribu-ribu orang, iaitu berkali ganda melebihi daripada seribu orangyang telah dipersetujui. Mereka menjerit Polis anjing buruan Kerajaan!

    Dari laporan itu jelaslah bahawa pihak polis telah bersabar daripadamelakukan tindakan ke atas perarakan. Sekalipun perarakan itu baru bergerak kira-kira satu batu jauhnya, tetapi jelaslah bahawa mereka yang mengambil bahagiandalam perarakan itu bukan sahaja terdiri daripada orang-orang yang berkabung,sama ada yang diupah atau sebaliknya, bahkan juga penunjuk-penunjuk perasaanyang cuba hendak membangkitkan kekacauan, dan pemimpin-pemimpinnya tidakterdaya hendak mengawal perarakan itu. Penunjuk-penunjuk perasaan itu tahubahawa polis tidak akan menjalankan sebarang tindakan kecuali ada sebab-sebabyang besar untuk mereka berbuat begitu. Perbuatan-perbuatan provokasi adalahsebahagian daripada rancangan mereka tetapi usaha dan cabaran mereka tidakberjaya menyentuh perasaan polis.

    Kenyataan Mansor Bin Mohd. Noor selanjutnya memberikan gambaran yangumum mengenai perarakan itu, dan menunjukkan kelakuan mereka yang telahmengambil bahagian, dan juga apa yang telah berlaku di beberapa tempat disepanjang jalan yang dilalui oleh perarakan itu. Kenyataan itu adalah sebagaimanaberikut :

    Apakala perarakan itu tiba di penghujung Jalan Petaling berhadapan denganMalayan Banking, mereka telah membelok ke kanan masuk ke Jalan Yap Ah Loy,iaitu jalan yang tidak dibenarkan, menghala ke Jalan Klyne dan kemudianyaberpusing masuk ke Jalan Mountbatten semua jalan-jalan ini adalah jalan yang di

    tegah masuk.

    Kemudian mereka bergerak melalui Jalan Mountbatten hingga mereka sampai dipenjuru Jalan Mountbatten dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pada jam 11.25pagi perarakan itu telah tiba di penjuru jalan ini. Kemudian mereka bergerakperlahan-lahan menuju ke Jalan Ipoh.

    Di hadapan Bangunan MARA kira-kira 500 orang yang menaiki motosikal yangsedang menuju ke situ telah menyertai perarakan. Pada ketika itu saya telahmenulis seberapa banyak nombor-nombor motosikal itu. Mereka telah berhenti dihadapan Bangunan MARA untuk sekali lagi membuat ucapan kepada orang ramai.

    Pada jam 12.35 tengah hari mereka telah sampai di hadapan Ibu Pejabat UMNOdan sekali lagi membuat ucapan kepada orang ramai dan mengeluarkan kata-katayang menghina.

    Pada jam 3.00 petang mereka telah tiba di Ibu Pejabat Parti Buruh Malaysia,Kepong. Di Kepong beribu-ribu orang telah beratur di kiri dan kanan jalan untukmemberi minuman kepada mereka. Mereka telah berhenti selama 45 minit ditempat itu untuk menyusun semula perarakan tersebut.

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    31/109

    Pada jam 5.00 petang mereka telah sampai ke Balai Polis Kepong dan bergeraksehela demi sehela sambil memberi ucapan kepada orang ramai denganmenyebarkan ajaran-ajaran Mao dan memaki polis. Perasaan orang ramai telahmula menjadi hangat dan kami menjangka kekacauan akan meletus pada saat itu.

    Pada jam 5.30 petang mereka telah tiba di penjuru jalan kecil yang menuju masuk

    ke tanah perkuburan dan terus berjalan menghala ke perkuburan.

    Setelah itu saya telah balik dan tiba untuk membuat laporan di pusat kawalanpada jam 6.00 petang.

    Kelakuan orang-orang yang mengikuti perarakan mayat itu amatlah liar danmerupakan perbuatan provokasi, dan sekiranya pihak polis tidak dapat menahankesabaran maka tentulah kekacauan telah tercetus pada hari itu juga. Bilanganmereka tidak kurang 10,000 orang. Beribu-ribu orang mungkin terbunuh sekiranyakami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi inilah yang mungkin berlaku.Mereka memang telah mengatur segala-galanya dengan rapi.

    Menurut Inspektor Sakunathan, dia telah melihat senjata-senjata disembunyikan didalam keranda dan mayat si mati telah di usung di luar keranda itu dan dibalutdengan kain. Ini telah disahkan oleh Inspektor itu.

    Sikap polis yang bijak menghadapi keadaan yang sangat berbahaya yang telahditimbulkan oleh Komunis dan puak-puak pelampau kiri untuk mengambilkesempatan daripada perarakan mayat itu patutlah diberi kepujian yang setinggi-tingginya. Memandang kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kemudiannya,dan kepada perasaan yang semakin bertambah hangat apakala perarakan itusemakin dekat dengan tanah perkuburan, maka kenyataan Mansor itu bolehlahdikatakan sederhana. Biarlah saya mengulanginya beribu-ribu orang mungkin

    terbunuh sekiranya kami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi inilah yangmungkin berlaku.

    Dari gambar-gambar yang telah diambil dan laporan-laporan yang telahdibuat, maka nyatalah tunjuk perasaan yang besar ini telah dirancang dan diaturdengan rapi. Nyatalah bahawa dari saat Parti Buroh dengan secara kebetulanmendapat seorang Pahlawan, maka Komunis dan puak pelampau kiri ini bertujuanhendak mengambil kesempatan itu untuk kepentingan mereka dengan sepenuhnya.

    Mereka telah Berjaya mengambil alih untuk mengaturkan perarakan mayatitu. Mereka menuntut supaya perarakan mayat itu diadakan pada hari mengundi.Mereka mengarahkan semua cawangan dan penyokong-penyokong parti itu supaya

    bersiap sedia untuk menggunakan sepenuhnya perarakan mayat itu bagikepentingan mereka. Dalam masa 5 hari mereka telah sibuk menyediakan beribu-ribu poster dan cogankata. Mereka telah mengaturkan satu persatunya dengantersusun rapi.

    Tidaklah mudah hendak mengumpulkan 500 buah motosikal untuk beradadi satu tempat dan satu masa yang tertentu, kecuali untuk perlumbaan motosikal,tetapi mereka telah berada dan menunggu untuk bersama-sama menyertai

  • 8/14/2019 13 Mei- Sebelum & selepas

    32/109

    perarakan itu di petengahan jalan. Kita tentu dapat menggambarkan bagaimanabising bunyi enjin motosikal yang beratus-ratus itu dapat menaikkan lagi perasaandi dalam suasana yang telah pun sedia hangat.

    Ini mungkin bukan satu kejadian yang berlaku secara kebetulan, danbukannya perhimpunan yang terjadi dengan sendiri. Ia telah diatur dan dirancang

    terlebih dahulu. Perarakan motosikal inilah satu-satunya peristiwa yang dapatmenggambarkan bagaiman pihak Komunis telah bersungguh-sung