soalan 2 komsas t5 dirgahayu

26
Soalan 2(b) – Petikan Umum Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kakinya yang buntung, terkulai dalam kain sarungnya yang kelihatan singkat.Kaki kayunya sudah using.Kepala kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya. Kalau tidaklah kerana parut yang memanjang di atas dahinya, yang separuh telah ditutup oleh semutar kain batik Kelantan aku akan kehilangan wajahnya. Kehilangan itu akan membuatkan aku tidak melihat peristiwa sjarah tanah air. Kebisingan dan dan hiruk-pikuk yang berbaur daripada ramainya orang yang menghadiri temasya kota menyambut ulang tahun kemerdekaan,seolah-olah tidak masuk dalam telingaku.Tidak Wajah Pak Husain memanjat kepalaku. Menerkam dan menggigitku. Berlari-lari dalam ingatanku. Dia pahlawan yang tidak pernah difikirkannya bahawa dia telah menyelamatkan kami. Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya melewati orang ramai, dalam kumpulan yang lebih merupakan sampah sarap songsang oleh pasang penuh,aku tepuk belakangnya. Pak Husain berhenti mendadak. Menikam wajahku dengan pandangan yang berkaca-kaca. Aku menaburkan senyumanku. Kuduga ingatnya. Ingatkah ia?” Kau,kau Khalid.?” “Ya,Khalid,” kataku membenarkan dugannya. Pak Husain mencengkam tanganku. Cengkamannya kuat seperti tidak mahu dilepaskannya. Matanya menajam menembusi wajahku. Terasa berdetak-detak dalam hatiku. Tidak ada yang kudengar disekitarnya,kecuali detak hati Pak Husain yang merenungku. Pada wajahnya terlukis gambaran keriangan yang beriak-riak pada bibirnya yang kelihatan separuh tertutup oleh misainya yang seperti kapas. Janggutnya jarang-jarang, juga seperti kapas. Pakainnya sederhana, membayangkan keperibadian desa yang suci murni. Kugeser ia ke tepi, Kami berlabuh dalam sebuah warung. Kami minum-minum. (Dipetik daripada cerpen”Pahlawan Buntung” karya S.Othman Kelantan,antalogi Dirgahayu bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) i) Siapakah Pak Husain dalam petikan ini? (3 M) ii) Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa seorang pahlawan seperti Pak Husain? (3M)

Upload: anita-zain

Post on 18-Feb-2015

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

Soalan 2(b) – Petikan Umum

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kakinya yang buntung, terkulai dalam kain sarungnya yang kelihatan singkat.Kaki kayunya sudah using.Kepala kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya. Kalau tidaklah kerana parut yang memanjang di atas dahinya, yang separuh telah ditutup oleh semutar kain batik Kelantan aku akan kehilangan wajahnya. Kehilangan itu akan membuatkan aku tidak melihat peristiwa sjarah tanah air. Kebisingan dan dan hiruk-pikuk yang berbaur daripada ramainya orang yang menghadiri temasya kota menyambut ulang tahun kemerdekaan,seolah-olah tidak masuk dalam telingaku.Tidak

Wajah Pak Husain memanjat kepalaku. Menerkam dan menggigitku. Berlari-lari dalam ingatanku. Dia pahlawan yang tidak pernah difikirkannya bahawa dia telah menyelamatkan kami. Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya melewati orang ramai, dalam kumpulan yang lebih merupakan sampah sarap songsang oleh pasang penuh,aku tepuk belakangnya. Pak Husain berhenti mendadak. Menikam wajahku dengan pandangan yang berkaca-kaca. Aku menaburkan senyumanku. Kuduga ingatnya. Ingatkah ia?” Kau,kau Khalid.?”

“Ya,Khalid,” kataku membenarkan dugannya.

Pak Husain mencengkam tanganku. Cengkamannya kuat seperti tidak mahu dilepaskannya. Matanya menajam menembusi wajahku. Terasa berdetak-detak dalam hatiku. Tidak ada yang kudengar disekitarnya,kecuali detak hati Pak Husain yang merenungku. Pada wajahnya terlukis gambaran keriangan yang beriak-riak pada bibirnya yang kelihatan separuh tertutup oleh misainya yang seperti kapas. Janggutnya jarang-jarang, juga seperti kapas. Pakainnya sederhana, membayangkan keperibadian desa yang suci murni.

Kugeser ia ke tepi, Kami berlabuh dalam sebuah warung. Kami minum-minum.

(Dipetik daripada cerpen”Pahlawan Buntung” karya S.Othman Kelantan,antalogi Dirgahayu bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Siapakah Pak Husain dalam petikan ini? (3 M)

ii) Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa seorang pahlawan seperti Pak Husain? (3M)

iii) Huraikan satu pengajaran dalam petikan dan dua pengajaran lain dalam keseluruhan cerpen. (3M)

Page 2: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

Soalan 2(c)

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mendengar serta dayang-dayang dan inang pengasuh melihat nuri itu perpantun,maka hairanlah di dalam hatinya. Maka kata tuan puteri di dalam hati,”Bijaksana sekali raja Indera Bumaya itu”. Maka kata tuan puteri,”Hai nuri di manakah Raja Indera Bumaya itu sekarang? Maka sahut nuri itu, “Ya tuanku tuan puteri, adapun baginda itu hampirlah datang ke negeri ini,” Maka tuan puteripun berahilah hendak melihat akan Raja Indera bumaya itu. Maka tuan puteri pun berkata, “Hai nuri,dapatkah engkau tunjukkan aku rupanya Raja Indera Bumaya itu? Maka sahut nuri itu, “Dapatlah juga patik tunjukkan”. Maka nuri pun menyelit dada tuan puteri itu dengan sayapnya, maka kelihatlah rupa Raja Indera Bumaya itu kepada tuan puteri itu.Syahadan,seketika itu,maka nuri itu pun menjadi bunga yang sudah dikarang dengan cemerlang terlalu indah-indah rupanya. Setelah tuan puteri dan segala-gala dayang-dayang melihat nuri itu menjadi bunga maka tuan puteri hairanlah seraya mengambil bunga itu lalu diciumnya.

Setelah maka Raja Indera Bumaya pun mengembalikan dirinya yang sediakala duduk di kanan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi, Setelah dilihat oleh tuan puteri bunga itu menjadi laki-laki terlalu elok parasnya dan sikapnya terlalu pantas, maka di dalam hatinya tuan puteri, “inilah rupanya yang dikatakan oleh nuri, ini juga rupanya yang menjadi bayan ini dan nuri menjadi bunga. Di dalam hati tuan puteri, “Bijaksana sekali-kali Raja Indera Bumaya ini.” Maka Raja Indera Bumaya pun mengembalikan dirinya seperti sediakalanya. Maka dilihat oleh tuan puteri seorang laki-laki.

i) Apakah maksud frasa mengembalikan dirinya yang sediakala? (2M)

ii) Nyatakan keistimewaan-keistimewaan Raja Indera Bumaya? (2M)

iii) Pada pendapat anda mengapakah Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya kepada berbagai-bagai bentuk penyamaran? (2M)

Page 3: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

Soalan 2 (d)

Baca pantun di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri. Putik kelapa menjadi muda,

          Kelapa muda jadi kemirau,                      Sudah kemirau menjadi kotai;Hati luka pura tiada,       Rasa pedih buat tak hirau,               Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,         Galah pendek buluh sumpitan,                  Buluh bersisip tali jerami:Bukan salah ibu mangandung          Sudah takdir sudah suratan,                    Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru,         Gelama tidak berumpan lagi,                     Kail tersangkut di tepi batang:Sudah dapat orang yang baru          Yang lama tidak berkenan lagi,                   Ibarat melukut di tepi gantang.

i) Berikan maksud rangkap ketiga? 2M

ii) Pada pendapat anda bagaimanakah seseorang itu dapat mengubat kekecewaan hatinya? 4M

iii) Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas? 3M

Page 4: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

SKEMA SOALAN 1

Petikan menjelaskan kelebihan/kebaikan aktiviti berbasikal(2M0

Isi Tersurat

1. Sebagai latihan jasmani(1m)/ untuk menguatkan otot-otot tertentu pada tubuh(1)2. Boleh menikmati pengalaman menarik3. Boleh menikmati pemandangan menarik4. Boleh mengurangkan masalah social dalam kalangan anak muda5.Dapat menanamkan nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar6.Mencegah pengamalnya daripada dihinggapi pelbagai penyakit7 .Dapat menjadikan tubuh berasa segar dan bertenaga8. Mampu meningkatkan kadar metabolisme seseorang9.Melakukan pembakaran lemak dalam badan10.Dapat menguji ketahanan mental dan fizikal11 Dapat mengeratkan silaturahim12Dapat membentuk jati diri dan semangat berpasukan13 Boleh dijadikan aktiviti riadah kekeluargaan14 Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan15. dapat menyemai sikap bertanggungjawab

Isi tersirat

1. Menubuhkan kelab berbasikal di sekolah2. Menganjurkan aktiviti berkaitan dengan berbasikal3.menyediakan tempat yang selamat untuk aktiviti berbasikal4 kempen5 promosi harga basikal6 menganjurkan pelbagai pertandingan berbasikal

KesimpulannyaPeranan semua pihak amat perlu digerakkan bagi menggiatkan aktiviti berbasikal dalam kalangan rakyat agar dapat meningkatkan kesihatan diri.

Skema Soalan 2

2 a)

i) Maksud rangkai kata menguji ketahanan mental ialah menilai/mengukur keupayaan mindal/kekuatan pemikiran(2m)

ii) Bagaimanakah aktiviti berbasikal daapat membentuk tubuh badan yang sihat? (3m)

-Tubuh menjadi segar dan bertenaga-Menghindari obesiti

- Meningkatkan metabolisme badan- Meningkatkan proses pembakaaran lemak dlam badan

iii) Usaha-usaha memajukan sukan berbasikal di negara ini - mengadakan pelbagaai pertandingan di peringkat kebangsaan - menjadi pengelola sukan berbasikal peringkat antarabangsa - memperbanyak velodrom/ tempat latihan sukan berbasikal - mengimport jurulatih dari luar negara (4m)

Mana-mana jawapan lain yang sesuai diterima

Page 5: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

Skema jawapan Komsas

Soalan 2 b)

i) Siapakah Pak Husain dalam petikan ini? (3 M)

Pak Husain ialah seorang pejuang/pahlawan tanah air(1)Kakinyanya buntung dan terkulai(1)Berjalan menggunakan kaki kayu yang buruk(1)Mempunyai parut memanjang di dahi (1)

Misainya putih seperti kapas (1) janggutnya jarang-jarang dan sudah putih juga(1) Memakai kain sarung singkat dan pakaiannya sederhana(1M)

Mana-mana tiga jawapan

ii) Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa seorang pahlawan seperti Pak Husain? (3M)

menjemput mereka dalam majlis sambutan hari kemerdekaan(1)Menulis buku tentang perjuangan mereka(1)Menjaga kebajikan mereka(1)Memberi anugerah atau pingat keberanian kepada mereka(1) Mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima

iii) Huraikan satu pengajaran dalam petikan dan dua pengajaran lain dalam keseluruhan cerpen. (3M)Satu pengajaran dalam petikan ialah kita hendaklah menghargai jasa orang yang pernah menolong kita. Pengajaran dalan keseluruhan cerpen ialah kita hendaklah memiliki semangat patriotic yang tinggi.Pengajaran kedua ialah sebagai manusia kita perlu mengelakkan peperangan kerana peperangan meninggalkan kesan buruk dan penderitaan yang berpanjangan.Kita juga perlu berani dan gigih menghadapi dugaan hidup ,terutama waktu kesusahan seperti zaman peperangan.Kita hendaklah ikhlas member bantuan kepada orang yang pernah menolong/menyelamatkan kita.

Soalan 2 (c)i) Apakah maksud rangkai kata berceteralah akan hal ehwalnya? ( 2 markah) - menceritakan/memberitahu/memperihalkan kisah yang berkaitannya/ Indera Bumaya

ii)Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Bewi setelah membawa balik Bayan ke mahligainya. ( 3 markah)- membuat sangkar daripada emas sepuluh yang dihiasi permata dan mutiara- apabila siap memasujkan bayan ke dalamnya- malam hari bayan dikeluarkannya

iii) Sekiranya anda Raja Indera Bumaya,nyatakan tiga cara lain yang akan anda lakukan untuk memperisterikan tuan puteri selain menggunakan unsur penyamaran? ( 4 markah)

Page 6: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

- berjumpa dengan ayahanda/bonda /keluarga tuan puteri- menghantar peminangan-memikat hati tuan puteri dengan memberi hadiah- mengajak tuan puteri bersiar-siar

( jawapan lain yang sesuai diterima)

Soalan 2(d)

i) Jelaskan maksud rangkap keempat dalam sajak tersebut(2 markah) -Suatu ketika dahulu, bangsa melayu pernah mencatat sebagai pelayar yang hebat dan berani menjajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau.(1) Dari satu benua ke satu benua dan dari situlah bahasa Melayu Tersebar.(1)

ii) Dalam rangkap kedua sajak ini, ada dinyatakan bahawa bahasa itu maruah bangsa. Pada pandangan anda, apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh pihak-pihak tertenyu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu? (3 markah)

-Masyarakat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul- pihak kerajaanmewajibkan pengggunakan bahasa Melayu dalam upacara rasmi-Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melatih guru-guru untuk mengajar Bahasa Melayu-Media massa menggunakan Bahasa Melayu dengan betul- Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang kesalahan bahasa di papan/papan tanda iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut? - Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu - Persoalan sejarah kegemilangan bahasa Melayu - Persoalan kepentingan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi - Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu

Soalan 3

a) i) merah jambu – warna jambu merah – jenis jambu

ii) sawah padi - tempat/kawasan padi sawah - nama/jenis

iii) orang ramai – banyak/kuantitiramai orang - kebanyakan

b) i) Terdapat banyak kes ragut kebelakangan ini. ii) Kes ragut menimbulkan keresahan pelbagai pihak iii) Kejadian ini berlaku dengan pantas. iv) Mangsa tidak dapat mmengecam identiti peragut dengan mudah. v) Kejadian ragut member kesan buruk dari segi fizikal. vi) Kejadian ragut meningggalkan rasa trauma kepada mangsa.

C)

Page 7: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

soalan Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan

i Merbahaya – berbahaya Tertutup – ditutup

Ii Analisa – Analisis Petunjuk – menunjukkan

Iii Perserta- peserta Ditetap - ditetapkan

3 d

Soalan Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa

i Buah minda – buah fikiran Semua pelajar-pelajar - semua pelajar /pelajar-pelajar

Ii Alamat – tanda Bendera-bendera berkibaran - bendera berkibaran

Iii Melonjak - mendadak Di mana - yang

3e) Bina ayat daripada peribahasa i) Indah khabar daripada rupaii) Ke bukit sama didaki, ke luruh sama dituruniiii) Seperti bertih direndang

Page 8: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

Soalan 4

Soalan 4 a)Tema

Renyah Sutera Dalam Lukisan

Ketabahan seorang tokoh perniagaan dalam menghadapi cabaran kehidupan (dalam mendidik anak-anak)Datuk Dolhi mencari penggantinya dalam perniagaan dalam kalangan anak-anaknya. Tapi gagal kerana hasnol ditangkap kerana rasuah. Dani pemuzik terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan dihantar ke serenti. Manakala Ilham lari ke luar negara kerana terlibat dalam demontrasi menentang pembalakan di Malaysia dan Mukhlis terlibat dalam kegiatan dakwah ekstrem.Akhirnya anak isteri keduanya Wahi yang menggantikannya dalam perniagaannya

Konflik jiwa/kegigihan seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya.Tuduhan bapa dirinya bahawa dia penyebab kematia ibunya serta pandangan negatif orang kampung telah membentuk keperibadian Bujei menjadi manusia tidak normal.Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidupnya dan kembali menjadi manusia normal seperti sedia kala.

Isi – 4Bahasa - 3

Soalan 4 b) Persoalan menarik

Renyah Sutera Dalam lukisan

1. Persoalan harapan seorang ayah. Datuk Dolhi ingin anak-anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaannya dan mewarisi Dolhi-Albert Holding

2. Persoalan sikap tamak hingga terlibat dalam rasuah. Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan tander .

3. Persoalan golongqn muda yang terlibat dalam ajaran sesat. Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan dan akhirnya mengalami sakit mental.

4. Persoalan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja/orang muda.Dani yang menceburi bidang muzik telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan telah diberkas oleh pihak polis.

1. Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia – Adila begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihadapi oleh Hafiz.2.Persoalan sifat kasih-sayang dan hati yang luhur mampu mengubah seseorang – Adila telah membimbing hafiz untuk membentuk semula keperibadiannya3. Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah menunjukkan sikap yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80.00 sebagai ganti radionya yang telah dirosakkan oleh Alias.4.ketegasan dalam pendirian . wak senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak bujei yang telah dianiaya oleh bapa dirinya.

5. Persoalan bersimpati dan belas kasihan terhadap orang yang susah/kurang upaya. Keluarga Sidang Saman sering membantu bujei

Page 9: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

5. Persoalan perasaan kasih sayang dalam keluarga Datuk Dolhi dan isterinya Datin Tominah membantu meyelesaikan masalah anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka telah menjatuhkan maruah keluarga.

6. Persoalan cinta alam sekitar Ilham sanggup menentang projek pembalakan ayahnya demi cinta akan alam sekitar.

Persoalan lain yang sesuai diterima

6. Persoalan penindasan kepada orang kurang upaya/tidak normal- Alias dan rakan-rakannya sering membuli dan melakukan penindasan terhadap bujei.

Persoalan lain yang sesuai diterima

Isi – 2 – 4m Isi – 2 - 4m

Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan Awam di Negara Kita.

Page 10: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar.

Page 11: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam...........“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam............Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam............Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.

Page 12: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

.

..........Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam............Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat............Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut meningkat. Biarpun langkah ini

Page 13: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap “indah khabar dari rupa”............Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka............Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia. .

A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka hati kepada pemborong ayam.

2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen.

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.

Page 14: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis.

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan.

6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak berubah.

7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.

11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.

12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang ditontonkan.

13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.

14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa.

15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima.

16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu.

17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.

18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterisma.

19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam bidang perniagaan dan industri kecil.

20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan yang menarik dan penuh semangat sukan.

Page 15: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena disambut kemerdekaan tanah air selesai.

22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.

23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi pingat dalam acara yang disertai.

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama pada waktu puncak.

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional Melayu pada minggu yang lalu.

28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat diri dalam lapangan perniagaan.

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke 52 tahun.

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

Page 16: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

38. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.

43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisyen.

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga dewasa.

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul.

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.

i) Apakah maksud frasa mengembalikan dirinya yang sediakala? (2M)Raja Indera Bumaya berubah semula seperti asal

Page 17: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu

ii)Nyatakan keistimewaan-keistimewaan Raja Indera Bumaya? (3M)

-boleh menjelma menjadi burung nuri yang pandai berpantun-boleh menjelma menjadi burung bayan-menjelma menjadi jambangan bunga yang indah dan harum boleh menukarkan dirinya menjadi lelaki kacak

iii)Pada pendapat anda mengapakah Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya kepada berbagai-bagai bentuk penyamaran? (3M) untuk menunjukkan kebijaksanaan/kesaktiannya sebagai anak raja untuk menyembunyikan identiti sebenar baginda daripada pengetahuan umum untuk membuktikan kesungguhan baginda dalam usaha memenangi hati tuan puteri untuk menguji sejauh mana minat minat tuan puteri terhadap baginda

jawapan lain yang releven diterima

Soalan 2(d)

i) Berikan maksud rangkap ketiga? 2M

Maksud rangkap ketiga ialah kekecewaan yang berlaku akibat kehadiran orang ketiga/Pemantun terkenang kekasihnya sudah mendapat orang baru – dirinya tidak dipedulikan lagi.

ii) Pada pendapat anda bagaimanakah seseorang itu dapat mengubat kekecewaan hatinya? 4M

mendekatkan diri dengan Allah s.w.t pergi bercuti atau makan angin bersama ahli keluarga/rakan-rakan berjumpa/berbincang/menceritakan masalah kekecewaan dengan orang yang rapat Melakukan aktiviti berfaedah seperti bersukan dll Berusaha memperbaiki diri dan mencari orang lain yang lebih baik

iii) Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas? 3M

Nilai murni ialah nilai ketahanan diri/kekuatan hati. Contohnya segala kekecewaan yang dialami tidak dipedulikan walaupun amat memedihkan hati

Kesetiaan contohnya kesetian seseorang yang tidak berbelah bagi Ketabahan dankesabaran dengan ketentuan yang berlaku. Contohnya tabah menghadapi dugaan yang mendatang sebagai nasib yang menimba diri akibat ditinggalkan kekasih

Sekiranya ada jawapan lain yang guru-guru rasakan sesuai boleh diterima.

Page 18: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu
Page 19: Soalan 2 Komsas T5 Dirgahayu