Transcript

Sajak Dirgahayu Bahasaku Ahmad Sarju Maksud Rangkap 1 Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara. Rangkap 2 Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa. Rangkap 3 Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini. Rangkap 4 Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa. Rangkap 5 Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini. Tema Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya. Persoalan 1. Sayang akan bahasa kebangsaan 2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan 3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu 4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan Gaya Bahasa 1. Sinkof tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak 2. Metafora lautan bijaksana 3. Personifikasi Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan - bahasaku mencengkam 4. Inversi gagah pelautku membelah lautan - di arena antarabangsa suaramu tumbuh 5. Anafora hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu

6. Pengulangan ke barat dan ke timur ke utara dan ke selatan Nilai 1. Semangat patriotik 2. Hormat-menghormati 3. Semangat perpaduan 4. Yakin diri Pengajaran 1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri. 2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan. 3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. 4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.

Sajak Tingkatan 5 Kecek (V) Awang AbdullahMaksud Rangkap 1 Seorang pengarah syarikat mengumpulkan kekayaannya dengan melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain. Rangkap 2 Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang ramai. Namun begitu, dia tidak pernah mengambil harta atau kekayaan orang lain untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan. Rangkap 3 Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya dengan mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain semasa mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah. Rangkap 4 Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk mencatatkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan keadilan pada hari pembalasan nanti. Tema Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur. Persoalan 1. sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain 2. kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki 3. ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga 4. hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang Gaya Bahasa 1. Metafora akaun kemiskinannya - pagar sengsara - akaun sengsaranya - ruang kedaifan - rahang laut - pusaran nasib - rumah keadilan 2. Pengulangan tetapi, ke dalam, di, ke dalam 3. Asonansi yang telah lama pecah 4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan Nada

Sinis Nilai 1. Kejujuran 2. Kegigihan 3. Ketabahan 4. Keadilan Pengajaran 1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal. 2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga. 3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan kepada orang yang tidak amanah. 4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain untuk memperoleh kekayaan.

Hikayat Langlang BuanaSinopsis Cerita Inang kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengatakan bahawa dia bermimpi pada malam sebelumnya dan tuan puteri juga bermimpi perkara yang sama. Inang mengatakan bahawa itulah tandanya tuan puteri akan mendapat jodohnya. Seperti biasa, tuan puteri mengajak inang-inangnya mandi di tasik yang dijaga oleh peri. Peri itu pula memberitahu perkara itu kepada Raja Indera Bumaya dan menyuruhnya supaya bersembunyi untuk melihat tuan puteri itu dan apabila baginda terpandang akan tuan puteri itu, baginda terus tertarik kepadanya. Raja Indera Bumaya pun menjadikan dirinya seekor burung bayan yang cantik iaitu matanya dibuat daripada intan dan bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Tuan puteri tertarik oleh burung bayan itu dan meminta inangda supaya menangkap burung itu. Namun begitu semua dayangnya gagal untuk menangkap burung bayan itu hinggalah dayang-dayang menyarankan supaya tuan puteri sendiri yang menangkapnya. Tuan puteri berasa sangat gembira kerana burung bayan itu terus hinggap pada tangan tuan puteri. Burung bayan itu bukan sahaja cantik, malahan pandai berpantun dan berkata-kata serta boleh menukar dirinya menjadi burung nuri dan bunga yang sudah dikarang. Burung bayan itu sebenarnya datang dari negeri Lela Gambar iaitu dari kawasan matahari naik atau dari Timur lalu dibawa ke mahligai tuan puteri. Burung bayan yang sebenarnya Raja Indera Bumaya itu telah bertukar menjadi burung nuri dan seterusnya menjadi bunga yang sudah digubah lalu dicium oleh tuan puteri dan Raja Indera Bumayapun mengembalikan dirinya yang asal dan tuan puteri jatuh cinta kepadanya. Tuan puteri menjamu Raja Indera Bumaya dan seterusnya mereka bergembira dan bergurau senda dengan semua dayang. Empat orang menteri dan empat orang hulubalang yang mengawal tuan puteri dari bawah mahligai, menyampaikan berita tentang tuan puteri membawa masuk lelaki ke dalam mahligainya kepada Raja Bahrum Dewa iaitu ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Perkara itu menyebabkan Raja Bahrum Dewa sangat murka dan menitahkan hulubalang serta rakyat mengepung lelaki itu pada malam itu juga. Setelah tuan puteri mengetahui berita tentang hulubalang dan rakyat datang ke mahligainya untuk mengepung dan menangkap Raja Indera Bumaya, dia berasa takut dan sedih kerana tidak sanggup berpisah dengannya. Raja Indera Bumaya pun menyeru geliga daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat jin yang menyerupai manusia yang lengkap bersenjata untuk menangkis serangan hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu gagal

untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perkara ini menyebabkan Raja Bahrum Dewa menjadi semakin murka dan menitahkan semua rakyatnya mengepung Raja Indera Bumaya. Perkara itu menyebabkan tuan puteri berasa semakin takut tetapi perkara itu membuktikan cinta dan sayangnya kepada Raja Indera Bumaya. Raja Indera Bumaya kemudiannya menyeru gemala hikmat daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat ribu jin yang akan berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa. Dalam peperangan itu banyaklah darah yang tumpah ke bumi. Tema Kasih sayang yang mendalam terhadap orang yang tercinta. Persoalan 1. Kebijaksanaan dalam memikat orang yang disayangi. 2. Keberanian dalam menempuh rintangan 3. Menghormati tetamu yang datang 4. Ketaatan kepada raja atau ketua 5. Tolong-menolong dalam kehidupan Watak dan Perwatakan 1. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi i. Puteri Raja Bahrum Dewa ii. Penyayang sayang kepada Raja Indera Bumaya iii. Penyedih menangis kerana takut kepada ayahandanya yang hendak menangkap Raja Indera Bumaya. iv. Menghormati tetamu menghormati Raja Indera Bumaya dan melayan baginda dengan baik dan menjamu baginda. 2. Raja Indera Bumaya i. Putera raja dari negeri Lela Gambar ii. Boleh bertukar rupa menjadi burung bayan, burung nuri dan bunga. iii. Bijaksana - bijaksana untuk memikat tuan puteri iv. Penyayang - sayang akan tuan puteri v. Memiliki geliga sakti 3. Peri i. Penjaga tasik tempat tuan puteri mandi. ii. Suka menolong orang - menyuruh Raja Indera Bumaya bersembunyi untuk melihat tuan puteri. 4. Raja Bahrum Dewa

i. Ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi ii. Garang dan tegas - menitahkan menteri dan rakyatnya menangkap Raja Indera Bumaya yang berada di dalam mahligai tuan puterinya. 5. Inangda i. Sentiasa menemani tuan puteri ii. Patuh akan arahan tuan puteri - menurut perintah tuan puteri agar menangkap burung bayan. Gaya Bahasa 1. Pantun Gambar di dalam puan, Dang Jirat duduk menyuji; Jika beta khabarkan tuan, Tuan nescaya ghairat dalam di hati. 2. Simile seperti bunga raya yang baharu kembang 3. Bahasa klasik syahadan, alkisah, perwara, bercetera, berlangir 4. Bahasa istana baginda, tuan puteri, tuanku, santap Teknik Plot 1. Pemerian pemerian tentang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dengan dayang-dayang pergi ke kolam untuk mandi. 2. Dialog dialog antara tuan puteri dengan Raja Indera Bumaya semasa di dalam mahligai tuan puteri 3. Saspens - Raja Indera Bumaya hendak ditangkap oleh menteri dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Latar Masa 1. Waktu pagi 2. Waktu siang 3. Waktu malam Tempat

1. Di tasik - Tuan puteri mengajak inang-inangnya mandi di tasik. 2. Di mahligai tuan puteri - Tuan puteri menjamu Raja Indera Bumaya dan seterusnya mereka bergembira dan bergurau senda dengan semua dayang. 3. Di istana Raja Bahrum - Empat orang menteri dan empat orang hulubalang yang mengawal mahligai tuan puteri itu menyampaikan berita tentang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi membawa masuk lelaki ke dalam mahligainya kepada Raja Bahrum Dewa. 4. Negeri Lela Gambar - Burung bayan datang dari negeri Lela Gambar iaitu dari kawasan matahari naik atau dari Timur. Masyarakat 1. Masyarakat feudal - susun lapis masyarakat yang terdiri daripada raja, pembesar dan rakyat. 2. Masyarakat peri - masyarakat jin yang menyerupai manusia dan bertugas menjaga tempat mandi tuan puteri 3. Masyarakat manusia yang berani - Raja Indera Bumaya berani menentang semua cabaran dan bahaya untuk mendapatkan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. 4. Masyarakat yang penyayang - Inderaputera sayang akan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan begitu juga sebaliknya. Nilai 1. Kebijaksanaan - Raja Indera Bumaya menggunakan kebijaksanaannya untuk memikat tuan puteri. 2. Kasih sayang - Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sayang akan Raja Indera Bumaya dan berasa takut sekiranya Raja Indera Bumaya ditangkap. 3. Tolong-menolong - Peri menolong Raja Indera Bumaya dengan memberikan cadangan tentang cara Raja Indera Bumaya hendak melihat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. 4. Tegas - Raja Bahrum Dewa menitahkan menteri dan rakyatnya menangkap Raja Indera Bumaya yang berada di dalam mahligai tuan puterinya itu. Pengajaran 1. Kita haruslah bertindak dengan bijaksana dalam melakukan sebarang tindakan. 2. Kita hendaklah menyayangi orang yang dicintai sampai bila-bila. 3. Kita mestilah menolong orang yang sedang memerlukan pertolongan. 4. Sebagai ketua kita perlulah tegas dengan pendirian atau tindakan.

Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew HongTEMA Ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat sejak masih bayi hingga dewasa dengan penuh kasih sayang. PERSOALAN i. Perasaan kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak angkatnya. ii. Kepercaya kepada qadak dan qadar kerana manusia hanya merancang dan takdir yang akan menentukan segala-galanya. iii. Ketabahan seorang ibu angkat yang membesarkan anaknya. iv. Kepercayaan terhadap perkara karut seperti anak yang membawa sial. v. Sikap tidak berperikemanusiaan seorang ibu kandung yang sanggup menyerahkan anak yang cacat kepada orang lain. WATAK & PERWATAKAN i. Mak Timah - Ibu kandung kepada Katijah dan Munah - Ibu angkat kepada Zahara binti Muhammad Alias Yap Siew Hong - Seorang yang penyayang kerana amat menyayangi Pungut yang dianggap seperti darah dagingnya sendiri. - Prihatin dan bertanggungjawab kerana sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat kerana kasihan terhadap Pungut yg hendak dibuang oleh kelyarganya sendiri. - Isteri yang mengambil berat tentang kepayahan hutang suaminya. - Bersikap mesra dengan jiran tetangga ii. Pungut - Nama sebenarnya adalah Zahara binti Muhammad Alias Yap Siew Hong - Berketurunan cina. - Berumur 24 tahun - Ketika dilahirkan, badannya bersaiz sebiji buah betik - Gadis yang cacat dan tidak dapat berdikari - Diserahkan neneknya Bibik kepada Mak Timah setelah ibunya Siew Lan tidak mahu menjaganya. iii. Bibik - Berketurunan cina peranakan - Nenek kepada Pungut atau Zahara binti Muhammad Alias Yap Siew Hong - Fasih berbahasa Melayu - Tuan rumah sewa Mak Timah - Tidak menyukai Pungut dan menganggap Pungut pembawa sial. BINAAN PLOT Permulaan

Pungut menunjukkan kelakuannya yang kenak-anakan dan tidak pandai menjaga diri sehingga menyebabkan Mak Timah sering keletihan kerana menguruskannya, Perkembangan Mak Timah teringat akan kisah dia mula-mula mengambil Pungut sebagai anak angkatnya. Klimaks Anak Mak Timah mencadangkan agar pungut dihantar ke rumah orang cacat. Mak Timah Bersetuju. Peleraian Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut lebih dahulu sebelum mengambil nyawanya. LATAR i. Tempat - Rumah Mak Timah - Rumah Bibik - Hospital tempat Pungut dilahirkan ii. Masa - Tahun 1981 ketika Pungut berumur 24 tahun - 1957 ketika Pungut dilahirkan - Waktu petang ketika Bibik datang menemui Mak Timah dan menyatakan hasratnya untuk menyerahkan Pungut. iii. Masyarakat - Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadap golongan yang kurang upaya. - Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap zuriat sendiri - Masyarakat yang mementingkan diri - Masyarakat kampung yang berbilang kaumdan hidup dalam keadaan aman dan damai Nilai i. Kasih Sayang Mak Timah amat menyayangi Pungut. ii. Belas kasihan Mak Timah bela pada Pungut yang hendak dibuang oleh keluarganya. iii. Amanah Mak Timah menjaga Pungut dengan baik sekali kerana menganggap Pungut adalah amanah daripada Tuhan. iv. Cekal Mak Timah sanggup menghadapi masalah dan amat cekal sepanjang menjaga Pungut. Pengajaran i. Kita mestilah penyayang terhadap sesama insan tanpa mengira seseorang itu normal atau cacat. ii. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. iii. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup. iv. kita mestilah amanah dan ikhlas dalam melaksanakan sesuaatu tanggungjawab.

Cerpen IdolaSinopsis Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri. Tema Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar. Persoalan 1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil . 2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero. 3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. 4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya. Plot Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam. (ii) Perkembangan Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum

berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja. (iii) Konflik Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero. (iv) Klimaks Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri. (v) Peleraian Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya. Teknik Plot 1. Pemerian Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu 2. Monolog akuaku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri, bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak. 3. Dialog Err tidak, Bercakap benarlah saudara. Err yaya 4 Suspens

Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding. Watak Utama Si Penjaga Panggung Bekerja sebagai penjaga panggung. Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak. Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero. Watak Sampingan 1. Si Hero Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri. Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero) Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung. 2. Isteri Penjaga Panggung Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya. Mempunyai 10 orang anak. Latar Masa 1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja. 2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam. Latar Tempat 1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung. 2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.

2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung. 3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan. 4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero. Gaya Bahasa 1. Kata ganda Contoh: putera-puteri 2. Metafora Contoh: kawah lupa diri 3. Simpulan Bahasa Contoh: merendah diri 4. Hiperbola Contoh: suaranya bak halilintar 5. Personifikasi Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku 6. Falsafah Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak Nilai 1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya. 2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil. 3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan. Pengajaran

1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan. 2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagongagongkan hero. 3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.

Drama 1: Tiang Cengal Dinding Sayung Babak 1 Pak Man yang berbasikal melihat Sani membersihkan barang-barang di bawah rumah, berhenti menyandarkan basikalnya dan memberikan Sani ikan-ikan yang baharu ditangkapnya. Pak Man menerangkan hanya ikan kecil yang dapat ditangkapnya setelah kejadian tsunami, belum ada ikan-ikan besar.Pada hari tsunami melanda, Pak Man kebetulan sakit tidak turun ke laut, ombak besar tidak ke rumah Pak Man dan Sani, mereka masih menunggu berita Jumaat bapa sani yang hingga sekarang tidak ditemui mayatnya. Pak Man risau melihat keadaan emak Sani yang tidak percaya bahawa suaminya sudah tidak ada, walaupun Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah menasihati emak Sani tetapi tidak berhasil. Ibunya ke pantai setiap hari dan menanya nelayan yang pulang dari laut tentang bapa Sani(Jumaat). Kakak Sani tak balik kerana berada di London dan seorang lagi susah hendak tinggalkan kedainya. Pak Man tidak bersetuju lalu mengatakan bahawa seorang ibu tidak kira sama ada sakit atau tidak dalam apa jua keadaannya tidak akan berhenti menjaga anak-anaknya, kalau emak sanggup berkorban kenapa anak tidak? Sebelum pulang, Pak Man berpesan kepada Sani agar tidak tinggalkan emaknya sendirian, ibu bapanya telah membesarkan mereka adik-beradik dengan ilmu pengetahuan, bahawa ibu Sani sedang menghadapi dugaan paling getir dalam hidupnya. Shahrul memberitahu Sani bahawa dia perlu pulang ke KL petang itu kerana keesokan hari dia mula bekerja, dia meminta Sani memberithau ibu mereka, Sani menyuruh Shahrul memberitahu sendiri, tetapi Shahrul enggan kerana ibunya enggan bercakap dengan Shahrul tetapi ada bercakap dengan Sani, Sani mengatakan bahawa ibunya hanya menanyakan beberapa perkara sahaja kepada Sani iaitu Pukul berapa? Sudah masuk waktu atau belum? Hari ini hari apa dan ada bapa mereka balik Shahrul mengatakan sudah 3 hari bapanya hilang mengapa ibunya masih tidak mahu menerima kenyataan dan buat sembahyang ghaib dan buat kenduri arwah. Sani menegur abangnya yang mengeluarkan kata seperti itu dan menyuruh Shahrul tinggal lama sikit sehingga mereka tahu akan keputusannya. Shahrul naik angin dan mengatakaan bank di KL bukan banknya, dia hanya bekerja. Sani mengatakan Shahrul tidak perlu takut tidak ada kerja kerana dia graduan, Shahrul mengatakan bahawa ramai graduan yang menganggur. Sani mengatakan Shahrul marah kerana dia kahwin dulu daripada Shahrul, Shahrul menafikannya, Sani meminta maaf dia tidak berniat untuk perlu abangnya dan dia hendak ke pantai melihat ibu mereka. Sani berselisih dengan Sabri abang sulungnya yang baru pulang dari pantai, Sani menanyakan keadaan emak mereka, Sabri mengatakan sama sahaja keadaannya. Shahrul yang terdengar kepulangan Sabri menanyakan apa yang perlu dilakukan oleh mereka, Sabri mengatakan bahawa selagi bapa mereka tidak ditemui, begitulah keadaan mereka. Shahrul memberitahu Sabri bahawa dia perlu pulang ke KL, apabila

ditanya cutinya sudah habis, Shahrul kata belum. Sabri suruh Shahrul telefon untuk sambung cuti, Shahrul enggan katanya kalau bukan tsunami, cutinya tidak akan diluluskan. Man Bengap tiba di rumah mereka, Sabri menanya Man Bengap tentang berita bapanya, Man Bengap mengatakan bahawa sebelum Pak Jumaat kena ombank susunani, dia akan menceritakan dugaan-dugaan Tuhan, kisah Nabi Lut, Nabi Nuh. Shahrul mengatakan cerita itu sudah diketahui oleh mereka. Man Bengap mengatakan bahawa tentulah abang Sabri dan Shahrul tahu akan cerita nabi-nabi sebab belajar tinggi, dia berhenti sekolah darjah dua, datuknya menyuruh Man Bengap ikut ke laut, jadi nelayan boleh jaga datuk dan nenek, kalau datuk dan nenek sakit, Man Bengap tidak perlu minta cuti. Man Bengap ingin ikut Shahrul balik ke KL mahu tangkap ikan besar di KL, Shahrul menyuruh Man Bengap ikutnya apabila datuk nenek Man Bengap sudah tidak ada lagi. Sabri menyuruh Shahrul cepat berkemas kalau betulbetul hendak balik ke KL jangan sampai ibu mereka sudah pulang ke rumah. Cuti hujung minggu balik ke rumah tetapi Shahrul mengatakan cara itu akan menelan belanja besar. Tiba-tiba Man Bengap berlari masukdan memberitahu bahawa dia telah mencuci kereta Sabri dan Shahrul dan meminta upah, Sabri memberinya RM 10. Kemudian muncul Sabariah menjinjing dua beg pakaian, mereka bersalamanan dan Sabariah menanyakan keadaan bapa dan ibu mereka. Merungut tentang bapa mereka yang degil sudah tua tetapi masih mahu ke laut, Sabariah menangis-nangis dan menanyakan ibu mereka, Sabri memberitahu sudah puas mereka pujuk ibu tetapi ibunya ingin tunggu di pantai sampai bapa mereka balik. Sabariah menyalahkan bapanya yang masih ke laut, tidak cukup duit yang dikirminya setiap bulan. Sabri menegur Sabariah berharap dia bersabar, Sabariah mengatakan bahawa dia berasa kesal tidak dapat menemani ibu dan tidak dapat menatap wajah bapa. Sabri cuba menasihatinya, Sabariah kena tengok emaknya dan Sabri mengatakan bahawa dia akan bawa Sabariah ke situ, Shahrul yang mendengar suara Sabariah turun membawa beg pakaiannya. Sabariah menanyakan tempat Shahrul hendak pergi, Shahrul mengatakan bahawa cutinya sudah habis, dia terpaksa balik. Sabariah marah mengatakan bahawa dia di London pun boleh balik kenapa Shahrul di KL tidak sanggup tunggu. Sabariah mengatakan bahawa itu soal hidup mata ketua keluarga mereka, dia juga bekerja seperti Shahrul, kalau bos Shahrul tidak berperikemanusiaan , adakah ibu bapa tidak penting, kalau Sabariah, dia akan letak jawatan 24jam. Sabri meleraikan ketegangan dengan mengatakan Sabariah balik hendak tengok emak mereka atau bertengkar dengan Shahrul? Sabariah memberitahu Shahrul agar tidak balik ke kampung lagi dan meminta Sabri mengajak Putih ikut mereka ke pantai, Sabariah baru mengetahui bahawa Putih masih belum pulang ke kampung. Sabariah mengatakan bahawa dia dari London sudah sampai tetapi Putih yang berada di Ipoh tak sampai lagi, Sabariah menanyakan Sabri apa sudah berlaku kepada keluarga mereka. Sabri meminta Sabariah diam malu kalau orang luar dapat tahu, adik beradik

tak ramai tetapi bercakaran seperti kucing dengan anjing. Sabri menarik tangan Sabariah dan pergi dari situ. Shahrul duduk termenung kerana dimarahi oleh Sabariah. Mak Jah yang lalu nampak Shahrul termenung lalu singgah dan memerhatikan 2 buah beg pakaian dan menanyakan tempat Shahrul hendak pergi. Shahrul menerangkan beg itu milik kakaknya yang baru balik, dan menerangkan beg dia pun ada kerana hendak balik ke KL tetapi berbelah bahagi.Shahrul menerangkan bahawa banyak perkara tidak baik berlaku kepadanya, bapanya hilang di laut, emak hari-hari menanti bapa di pantai, adik-beradik menjadi tegang. Mak Jah menasihati Shahrul agar tidak perlu berduka kerana itu semua lumrah hidup dan memberitahu bahawa dalam hidup ini, kita diberi dua pilihan, satu keperluan dan satu keinginan, Shahrul perlu membuat pilihan bijak. Mak Jah menasihati Shahrul agar tenangkan fikiran dan memberitahu Shahrul bahawa nafsu keinginan manusia selalu mengawasi manusia, tetapi keperluan mengajak manusia berfikiran waras dan terbuka. Meminta Shahrul jangan balik ke KL. Katanya kalau tidak ada ibu dan bapa Shahrul, tidak akan ada Shahrul. Lalu menceritakan dirinya yang tidak ada anak, tetapi Mak Jah tetapi bersyukur, Pak Man suaminya tidak menyalahkan Mak Jah, menganggap rezeki mereka tidak ada, Cuma ada rezeki mata sahaja, mereka cukup tumpang gembira melihat Shahrul dan adikberadiknya membesar dan sudah menganggap mereka sebagai anak sendiri.Setelah mendengar kata-kata Mak Jah, Shahrul menangis dan memeluk Mak Jah. Mak Jah menyuruh Shahrul menyimpan begnya dan mengajak Shahrul ke pantai melihat Jimah. Semasa Shahrul menyimpan beg, Wahid dan Senin muncul menghampiri Mak Jah. Mak Jah menanyakan orang yang hendak dicari oleh Senin, Senin memberitahu bahawa dia daripada pertubuhan pertolongan bencana tsunami, PBB. Hendak membuat bancian tentang kerugian keluarga Mak Jah dan meminta Mak Jah memberikan nombor Kad Pengenalan dan Nama. Shahrul turun dan menanyakan orang yang datang, Mak Jah menerangkan mereka daripada persatuan tak tau apa yang mereka mau. Mak Jah dan Shahrul keluar tetapi dihalang oleh Man Bengap yang mengatakan ada orang jumpa mayat tetapi tidak tau mayat siapa kerana perutnya kembung, biji mata sudah tidak ada, Shahrul, Mak Jah dan Man Bengap segera beredar, Wahid dan Senin memerhatikan mereka pergi. Selepas itu, Wahid dan Senin naik ke rumah Jumaat, Man Bengap muncul semula, menanyakan apa yang dilakukan oleh mereka, Wahid dan Senin cuba menerangkan bahawa mereka ingin buat bancian dan membantu orang yang dilanda tsunami tetapi Man Bengap tidak percaya dan mengajukan banyak soalan, mendakwa mereka hendak mencuri, kerana buat bancian di rumah kosong yang tidak ada penghuni, Meminta Wahid dan Senin memberikan RM 500 kalau hendak bantu, mereka cuba menerangkan bahawa bukan itu cara mereka membantu mangsa tsunami, Man Bengap menghalau mereka dan mengugut hendak melastik

mereka jika mereka enggan beredar. Wahid dan Senin melarikan diri dan Man Bengap melepaskan satu das peluru kea rah Wahid, dan mengatakan bahawa kalau hendak menipu perlu tengok orangnya, jangan harap dapat tipunya. Babak 2: Di tepi pantai, Sabariah dan Sabri menasihati dan memujuk emak mereka menunggu bapa mereka di rumah sahaja kerana cuaca di tepi pantai panas dan tentu emak mereka berasa tidak selesa. Sabariah menerangkan bahawa mayat yang ditemui tadi mayat Pak Ali sudah reput, bapanya satu bot dengan Pak Ali, maksudnya bot bapanya karam, mungkin mayat bapanya sudah hancur dimakan ikan. Jimah tidak mahu mendengar kata-kata Sabariah lalu berjalan menyusur gigi air. Sani cuba memujuk emaknya setelah mendengar kata Sabariah, Mak Jah dan Shahrul yang baru sampai terdengar kata Sabariah. Sani memujuk emaknya balik makan dulu kerana sejak pagi tadi emaknya tidak makan apa-apa, Sani juga menerangkan jika perut emaknya masuk angin dan emaknya sakit, siapa pula yang akan tunggu bapa mereka di pantai. Jimah mempercayai Jumaat masih hidup di tengah laut, sedang mencari haluan balik, mengatakan laut tidak seganas yang disangkakan, laut anugerah Tuhan kepada manusia untuk mencari rezeki, laut seperti kilang untuk manusia mencari rezeki, laut tidak akan musnahkan harapan Jimah, Jimah tetap percaya Jumaat masih hidup. Sani juga yakin bapa masih hidup tetapi dimarahi oleh Sabariah kerana memberi harapan kosong kepada ibu mereka, jangan berkhayal, jangan hendak tunjuk pandai sebab Sani orang luar bukan keluarga mereka, sudah dapat menumpang sudah kira bagus. Sani cuba memberi penjelasan tetapi Sabariah enggan mendengarnya, padanya yang hilang bapa Sabariah tidak ada kena mengena dengan Sani. Sabariah terus memarahi Sani tetapi dihalang oleh Sabri. Jimah kecewa Sabariah sekolah tinggi-tinggi, tetapi sombong tidak kena tempat. Sabariah masih tetap dengan pendiriannya hingga berani potong jarinya jika bapa mereka masih hidup. Jimah amat terasa dengan kata-kata Sabariah berjalan semakin jauh meniti gigi air. Sabri cuba menasihati Sabariah agar bercakap lebih lembut dengan emak tetapi Sabariah tidak berhenti-henti menengking, menyalahkan bapanya yang menyusahkan dia terpaksa membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk pulang dan mengatakan setiap bulan dia mengirimkan 100 paun untuk belanja bapanya, sudah cukup tetapi bapanya masih hendak ke laut, mungkin Sani yang suruh bapa mereka ke laut, dan menuduh yang bukan-bukan. Sabri membalas apabila mendengar kata Sabariah, semua adikberadik memberi belanja bukan Sabariah sahaja, bukan masalah duit tetapi soal tanggungjawab. Sabariah mengatakan tindakan bapanya turun ke laut hanya memalukan mereka, orang akan ingat anak-anaknya tidak membalas budi orang tua. Sayu hati Jimah mendengar Sabariah menengking Sabri lalu memberitahu Sani bahawa dia tidak menyuruh sesiapa pun untuk balik, dia menunggu suaminya, mereka semua boleh balik lalu membuka bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi, di

dalamnya ada 5 buah buku bank, Jimah minta Sani pulang kepada adik-beradiknya, bahawa bapanya tidak menyimpan duit yang dikirim oleh mereka dalam bank, sesen pun ibu dan bapa tidak guna. Sani terperanjat melihat isi kandungan buku bank memang ibu dan bapanya tidak pernah keluarkan duit, Sani menanyakan sebabnya, Jimah memberitahu bahawa bapanya tidak mahu menyusahkan anak-anaknya, kudrat dia masih ada, masih boleh mencari duit sendiri, dan memberitahu suatu hari anakanak akan ungkit hal tentang duit. Sani cuba memujuk Jimah mengatakan Sabariah tidak berniat berkata-kata begitu, mungkin sebab penat atau hatinya tidak tenteram lagi, walau bagaimanapun, Sani berjanji akan menemani ibunya menunggu bapa hingga bapa pulang, Wan(isteri Sani) juga berkata begitu. Babak 3: Sabariah duduk termenung di anak tangga rumah ketika adiknya Salmah pulang dari Ipoh dengan pakaian seksi seperti hendak pergi ke parti, lalu dimarahi oleh Sabariah dan menyuruhnya menukar pakaian, Sabariah yang tinggal di kota London, pun tidak berpakaian begitu, adiknya lebih seksi (skrit pendek) daripada mat salleh di London. Ketika Salmah naik ke rumah menukar baju, Sabariah didatangi oleh Wahid dan Senin yg mengaku daripada PBB, iaitu Persatuan Bantu Bangsaku, tetapi dihalau oleh Sabariah dan kebetulan Man Bengap datang lalu melastik mereka, mereka lari lintang pukang dan bertembung dengan pihak polis, lalu digari. Shahrul dan Sabri pulang dari pantai dan duduk di bangsal, Sabariah mendekati mereka menanyakan siapa yang akan menjaga emak mereka jika betul bapanya sudah tidak ada, Sabri mengatakan tanggungjawab anak perempuan untuk menjaga ibu, Sabariah merasakan tak adil. Shahrul tidak mahu campur tangan dalam hal sensitif. Sabri mengatakan sudah menjadi lazim anak perempuan buat kerja rumah, uruskan rumah dan jaga ibu bapa. Sabariah tidak bersetuju, kalau suruh Salmah jaga, Salmah itu businesswoman, tak boleh harap boleh jaga emak. Sabri suruh Sabariah jaga kerana dia kakak, Sabariah memberi alasan emak sejak lahir tinggal di kampung, paling jauh ke Alor Setar, Sabariah tak bersetuju emak ikut dia ke London, Sabri berpendapat Sabariah takut suaminya tidak suka menyusahkan hidup mereka, emaknya boleh menjaga 4 atau 5 orang anak, tidak pernah merungut. Sabariah cadangkan Sani dan Wan yang jaga emak untuk membalas budi emak dan bapa mengasuh dia sampai jadi doktor. Sabri memberitahu Sabariah bahawa Sani yang balik menjenguk ibu bapa setiap minggu dan paling rapat dengan mak bapa. Sabri mencadangkan kalau semua tidak mau menjaga emak, hantar ke welfare. Perbincangan mereka terhenti dengan kedatangan Pak Man dan Mak Jah. Salmah yang sudah tukar pakaian turun dan memberitahu bahawa susah dia hendak mencari orang yg amanah untuk menjaga kedainya, dan meminta maaf kepada Sabri kerana balik lewat. Pak Man menyuruh Salmah pergi melihat emaknya di pantai, Salmah meminta diri.

Sabariah tidak berpuas hati kerana sudah masuk hari keempat, Salmah baru balik. Pak Man cuba memberi nasihat kerana sebagai anak, perlu bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga, kalau tidak siapa lagi yang boleh diharapkan oleh ibu bapa.Mengatakan Jimah seorang isteri yang setia, seorang ibu dan isteri mithali, dia yakin suaminya belum mati, orang seperti itu akan menjadi ahli syurga. Sabariah terasa dengan sindiran Pak Man, mereka terdiam tidak dapat menjawab , ketika itu, Sani sampai membawa buku-buku bank dan bahagi-bahagikan dan memberitahu bahawa bapa mereka membuka akaun bank untuk mereka dan meminta mereka melihat isi kandungan buku bank. Sabri, Sabariah dan Shahrul tidak percaya bahawa bapa tidak pernah gunakan duit yang dikirim oleh mereka dan menyampaikan pesan Jimah agar mereka membawa balik duit itu. Sabariah pula mengatakan ibu bapa memalukan anak-anak, mereka hendak senangkan hidup ibu bapa tetapi ibu bapa sendiri cari susah. Pak Man berasa kecewa dengan kata-kata Sabariah lalu memberitahu bahawa kata-kata Sabariah kalau didengar oleh ibunya akan bertambah kekecewaannya. Menyatakan bagaimana emak Sabariah mengandungkan Sabariah 9 bulan 10 hari, ke hulu dan ke hilir, membesarkan Sabariah dengan susu di badan, mendidik hingga menjadi engineer, arkitek dan manager, itukah balasan Sabariah, Pak Man mengingatkan bahawa sumpah ibu dimakbulkan oleh Tuhan, Tuhan tidak zalim mengurniakan ibu bapa Sabariah seorang anak angkat, Sani tahu dirinya menumpang kasih sayang ibu bapa orang, dia tahu siapa dirinya, menjaga ibu bapa Sabariah bagai menatang minyak yang penuh, tahu hendak balas jasa orang yang pelihara dia. Tiba-tiba terdengar jeritan Man Bengap memberitahu orang sudah jumpa, semua mata tertumpu pada Man Bengap, Man Bengap memberitahu bahawa Jimah menyuruh Abang Sani menjemput Pak Jumaat di Balai Polis Kuala. Semua bergegas tetapi dihalang oleh Man Bengap katanya Jimah hanya mahu Sani seorang yang pergi jemput mereka. Sabariah marah suruh Man Bengap jangan campur urusan mereka adik-beradik. Pak Man meminta Sabariah jangan memarahi Man Bengap, dia cucu angkatnya, orangnya lurus, tidak ada kepentingan, tidak ada pelajaran, tidak ada kekayaan seperti Sabariah tetapi hatinya bersih. Man Bengap meminta Abang Sani cepat pergi menjemput Jimah dan Jumaat, Sani minta tunggu sekejap dan mengajak Sabri, Sabariah dan Shahrul bersama ke balai. Sabariah mula berasa kesal dan malu akan tindakannya. Sebaik sahaja mereka melangkah keluar, Jimah menuju ke rumahnya Salmah ikut sama, anak-anak Jimah menerpa ke arahnya. Jimah hairan anak-anaknya masih tak pulang lagi, duit mereka sudah Jimah pulangkan, Sabariah terus memeluk kaki ibunya dan kata sanggup potong jarinya untuk menebus salah. Jimah meminta Sabariah balik ke kota London, Shahrul meminta maaf, Jimah hanya pandang ke tempat lain. Sani hanya mampu melihat sahaja, Salmah juga meminta maaf kerana pentingkan perniagaannya daripada tanggunjawab dia kepada ibu bapa. Jimah menahan sebak,

lalu berkata bahawa kehadiran anak-anak ketika bapanya ditimpa musibah sepatutnya menggembirakan dan memberi semangat kepadanya tetapi malangnya anak-anak hanya fikirkan duit, fikirakn kerugian, fikirkan suami, ingat isteri, tiada belas kasihan langsung. Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua, Mereka tidak mau duit anak-anak. Sani walaupun anak pungut tahu menjaga hati ibu bapa daripada anak kandungnya sendiri, Wan menantunya hambakan diri kepada ibu bapa, hanya Sani dan Wan tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini Jimah dan Jumaat berikan. Jimah memberitahu bahawa mereka sekolahkan anak-anak berharap dengan ilmu yang ada, anak-anak akan menjadi insan yang baik seperti Sani, tidak susahkan orang lain. Jimah dan Jumaat tidak pandang duit ringgit anak-anak, duit daki dunia, yang mereka harapkan cuma perhatian mahukan kasih sayang daripada anak-anak. Jimah menceritkan bagaimana susahnya dia dan Jumaat membesarkan mereka, kadangkadang terpaksa ikat perut, belanja untuk membesarkan anak-anaknya lebih tinggi daripada kalau hendak diukur dengan duit yang disusun, tinggi duit daripada mereka yang berdiri sekarang. Semua terpaku, Sani menasihati Jimah memaafkan abang dan kakaknya, mencadangkan lebih baik mereka pergi tengok bapa dib alai kerana emaknya sudah menunggu 4 hari untuk saat itu. Tuhan kabulkan doa insan kamil seperti emak. Sabri, Salmah dan Shahrul sama-sama meminta Jimah pergi menjemput Jumaat. Sabariah masih terus memeluk kaki ibunya dan meminta maaf kerana baru dia sedar bahawa duit tidak penting, kasih sayang lebih penting, kasih sayang mengatasi segala-galanya, kasih sayang emak terhadap anak bagaikan desiran ombak di laut, entah bila akan ada akhirnya. Sabariah meraung dan menangis sambil mendakap ibunya, Jimah turut terharu. Jimah meminta Sabariah meminta maaf kepada adiknya Sani. Sabariah ingin meminta maaf tetapi sebaliknya Sani mengatakan bahawa memang patut Sabariah tegurnya kerana dia anak bongsu.Sabariah memeluk Sani, Jimah turut dan mencium anak-anaknya. Mereka menjemput Jumaat bersama-sama, Wan tidak ikut kerana mahu memasak untuk Jumaat merasakan tentu Jumaat lapar.

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PUISI TRADISIONALPANTUN ENAM KERAT

PUISI TRADISONAL Md. Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara )

1. PANTUN ENAM KERATPutik kelapa menjadim muda, Kelapa muda jadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai; Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong, Galah pendek buluh sumpitan, Buluh bersisip tali jerami; Bukan salah ibu mengandung, Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru,

Gelama tidak berumpan lagi, Kail tersangkut di tepi batang; Sudah dapat orang yang baru, Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut di tepi gantang.

Tema : Ketabahan hati semasa berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan

Persoalan:

i. Perasaan kecewa yang perlu dihadapi dengan tabah tanpa menyerah kalah pada takdir. ii. Perasaan rendah diri apabila dikecewakan oleh orang yang dikasihi iii. Menerima takdir hidup dengan pasrah.

Nilai:

i. Ketabahan; tabah menghadapi kekecewaan dalam percintaan ii. Keredaan; reda akan takdir tuhan iii. Rasional : tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa diri

Pengajaran:

i. Kita perlu tabah dan kuat semangat apabila berhadapan dengan kekecewaan ii. Kita mesti menerima ketentuan tuhan dengan reda dan pasrah iii. Kita mesti bersikap rasional apabila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan tanpa menyalahkan orang lain.Peribahasa

i. Ibarat kaca jatuh ke lantai ii. Bukan salah ibu mengandung iii. Ibarat melukut di tepi gantang

Maksud Pantun

i. Rangkap 1: kekecewaan yang benar-benar dirasai oleh seseorang perlu ditangani tetapi jangan dilayan perasaan kecewa walaupun hati betul-betul terluka/kecewa. ii. Rangkap 2; Semua peristiwa yang berlaku/kecewa cinta merupakan ketentuan tuhan dan tidak perlu menyalahkan orang lain iii. Rangkap 3; Perasaan hina menyelubungi diri orang yang kecewa cinta apabila kekasih hati jatuh hati dengan orang lain/orang baru

Pantun Lapan Kerat-Antologi Komsas TG5Pantun Lapan Kerat Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; Biar sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ke tujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lemngkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan timur dinodai barat, Bahasa ibunda hina terbiar. Maksud Rangkap 1 Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan. Rangkap 2 Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah. Rangkap 3 Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari

oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan. Tema Keagamaan Persoalan 1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1) 2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2) 3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3) Nilai 1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis. 2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita. 3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan. Pengajaran 1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan. 2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin. 3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.

Latihan (i) Apakah yang disarankan oleh pemantun dalam rangkap pertama pantun ini.(3m) (ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu? Jelaskan tiga cadangan anda (3M). (iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam pantun ini ( 3M) Jawapan (i) Saranan supaya bersifat sabar. Tidak mudah dihasut atau dipengaruhi. (ii) Menggunakan bahasa Melayu dalam urusan harian dan rasmi Menjadikan bahasa Melayu sebagai medium bahasa pengantar pembelajaran. Mahasiswa perlu menjadi tulang belakang dalam memartabatkan nahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. (iii) Sabar- orang yang sabar akan memperolehi kejayaan. Bersyukur-manusia berasal daripada keturunan yang mulia, iaitu Nabi Adam. Semangat patriotisme-mempertahankan warisan nenek moyang daripada anasir luar.

KEMBARA AMIRATema dan Persoalan Novel Kembara AmiraTema novel ini ialah ketabahan dalam menjayakan sesuatu misi atau tugas tanpa mengenal erti putus asa dan takut. Perkara ini dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah semasa berada di Gunung Mat Raya iaitu di tempat ibunya bersama-sama dengan pembantu dan pelajar-pelajarnya menjalankan aktiviti mencari gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh bukan sahaja Amira tetapi juga dihadapi oleh ibunya sendiri, Jacinta, Itai dan juga pelajar-pelajar ibunya yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan itu. Amira hampir mati lemas akibat tergelincir di sungai dan dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh Itai. Jacinta juga menghadapi cabaran iaitu dia pengsan dan sesat di dalam hutan ketika hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Jacinta juga bernasib baik kerana diselamatkan oleh Tau. Profesor Zaidah juga menghadapi cabaran iaitu dia mendapat kecederaan iaitu tangannya terseliuh apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana breknya mengalami kerosakan. Tugas mereka hampir-hampir tidak dapat disempurnakan kerana keselamatan mereka bagaikan terancam dan menyebabkan Dr. Zawawi mencadangkan kerja-kerja cari gali itu ditangguhkan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah tidak bersetuju dengan cadangan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kerja lapangan itu dan mengatakan kerja itu perlu diteruskan. Amira tabah semasa melakukan kerja cari gali dan akhirnya dia menjumpai artifak yang berupa bekas air dan ada yang menjumpai karpus ataupun tulang pergelangan tangan manusia. Seterusya, Amira tabah menghadapi dugaan semasa hendak menyelamatkan Malique yang dikurung oleh makhluk yang berbulu (Tau) bersama-sama dengan Itai, Pak Lias, dan Jacinta. Persoalan 1. Persoalan kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan. 2. Persoalan persahabatan yang erat dalam kehidupan Contohnya, Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati antara satu sama lain. 3. Persoalan tolong-menolong dalam kehidupan Contohnya, Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula menyelamatkan Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Ludin pula merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya dengan kaedah perubatan tradisional.

4. Persoalan keberanian dalam menempuh cabaran Contohnya, Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua Gajah demi menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique. 5. Persoalan kebijaksanaan dalam tindakan Contohnya, Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak pantas dan tepat pada masanya untuk menggerakkan usaha demi menyelamatkan Malique. 6. Persoalan kesabaran dan ketekunan dalam melaksanakan tugasan Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah bersabar dan tekun menjalankan kerja lapangan di tapak ekskavasi atau kerja lapangan itu. 7. Persoalan keikhlasan dalam setiap tindakan Contohnya, Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya dan Ludin merawat Profesor Zaidah yang mengalami kecederaan di tangannya dengan ikhlas. 8. Persoalan kepatuhan terhadap arahan ketua Contohnya, Pak Lias dan Dr. Zawawi taat akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu. 9. Persoalan hormat-menghormati dalam mengeratkan perhubungan Contohnya, Amira menghormati emaknya dan juga orang lain seperti Dr. Zawawi, Itai dan Ludin. Itai juga menghormati Ludin, Tau dan Profesor Zaidah. 10. Persoalan kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga Contohnya, Profesor Zaidah sayang kepada Amira, iaitu dia masih mengambil berat tentang keselamatan Amira. Tau amat menyayangi anaknya iaitu Malique atau Sabi dan tidak mahu anaknya itu berjauhan daripadanya. 11. Persoalan sayang akan alam sekitar daripada kemusnahan Contohnya, Tau benci akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan haiwan yang terdapat di dalam hutan. 12. Persoalan ketaatan kepada perintah Tuhan Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah menunaikan kewajipan mereka kepada Allah iaitu dengan menunaikan solat seperti solat subuh. 13. Persoalan permuafakatan dalam membuat keputusan Contohnya, masyarakat kampung orang Asli berbincang untuk mencapai kata sepakat dalam menghadapi sebarang permasalahan seperti hendak membuat keputusan berkaitan dengan peristiwa Itai yang membawa Amira ke sungai yang terdapat ketulan emas. 14. Persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusan Contohnya, Amira berfikir dengan rasional dan bijaksana dalam membuat keputusan dengan menceritakan perkara yang sebenar kepada Ludin tentang peristiwa dia dan Itai mengambil ketulan emas di sungai, untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

NOVEL KEMBARA AMIRA: NILAI DAN PENGAJARANNILAI Kecekalan CONTOH Walaupun pergelangan tangannya terseliuh selepas terlibat dalam suatu kemalngan, Profesor Zaidah tetap meneruskan usahanya mencari gali bahan arkeologi. Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai. Jidin membesarkan Samantha atau Ipah dengan penuh kasih saying walaupun kaumnya tidak menerima Samantha kerana berlainan rupa denga orang asli. Amira mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama. Ludin amat simpati terhadap Tau yang mengasingkan diri daripada kaumnya kerana kecewa dengan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa sebab.

Bantu-membantu Kasih sayang

Setia kawan

Belas kasihan

PENGAJARAN Kita hendaklah mengisi masa lapang Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja dengan kegiatan yang berfaedah arkeologi di Bukit Mat Raya. Kita perlu menghulurkan bantuan kepada Ludin membantu merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan mereka yang ditimpa musibah menggunakan kaedah rawatan herba. Kita perlu mengamalkan kerja secara Amira, Jacinta, dan Itai sering melakukan berpasukan untuk memastikan usaha kita pekerjaan secara berkumpulan seperti membantu mencari dan mengesan Malique yang hilang. membuahkan hasil Kita harus berani bertindak untuk Pak Lias berani berdepan dengan makhluk berbulu tebal yang cuba menyerangnya demi menyelamatkan nyawa menyelamatkan nywa Amira, Itai, Roslan dan Malique. Itai yang kini melanjutkan pelajarannya dalam Janganlah kita lupa asal usul kita bidang perubatan tidak lupa aka nasal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di perkampungan suku Orang asli Semai

NOVEL KEMBARA AMIRA: LATARLATAR MASA Malam Pagi Tengah hari LATAR TEMPAT Di dalam Kereta api Stesen Kereta api Dahan Hijau Sungai Bukit Mat Raya Perkampungan orang Asli Bukit Mat Raya Gunung Gua Gajah PERISTIWA Amira dan Jacinta menuju ke stesen Dahan Hijau untuk ke Bukit Mat Raya yang terletak di banjaran Titiwangsa Amira dan Jacinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk ke Bukit Mat Raya Amira berkenalan dengan Itai. Itai membakar ikan sebagai makanan tengah hari Amira yang baharu diselamatkan daripada mati lemas. Amira melawat Itai yang telah dikurung selama dua hari kerana melanggar peraturan orang Asli Kumpulan Profesor Zaidah yang diketuai Dr. Zawawi mengikut Tau ke gua itu dan menemui banyak artifak sejarah antaranya lukisan di dinding gua.

Petang

LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang mencintai alam semula jadi Ludin, Tau, Itai, Malique, Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai hutan dan keindahan alam semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan pekerja cari gali emas kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan kawasan hutan Itai dan Tau menyelamatkan Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan. Itai yang pernah menang dalam Pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan rawatan berasaskan herba, masih berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia menanya Amira dan Jacinta tentang laman web yang memberikan maklumat rawatan berasaskan herba. Amira mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi.

Masyarakat yang saling membantu Masyarakat yang mencintai ilmu

Masyarakat yang celik teknologi maklumat dan komunikasi

NOVEL KEMBARA AMIRA: WATAK DAN PERWATAKANPERWATAKAN AMIRA AMIR WATAK UTAMA : PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : ITAI - Remaja lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira. - Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau - Pelajar sekolah menengah yang pintar - Sedia membantu orang lain : Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan kepada Jacinta. - Berani : Itai menyelamatkan Amira yang hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan. - Rajin belajar : Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau. - Bertanggungjawab : Itai menjaga keselamatan Amira ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang kea rah orang yang ditawannya.

- Anak kepada Profesor Zaidah ,pensyarah arkeologi di sebuah university - Bapanya ialah jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional. - Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja. - Baik hati : Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya. - Berani : Amira mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya. -. Jujur : Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin. - Berhemah tinggi : Walaupun dia anak professor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira - Berdikari : Amira bertindak mengajak Itai menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain. PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : JACINTA - Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luar

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : MALIQUE / SABI - Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan Orang Asli suku Semai

negara - Berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang - Telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu - Mudah merajuk : Dia kerap tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain. - Tidak tahan menghadapi cabaran : Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan bau busuk daripada najis kelawar. - Mementingkan diri sendiri : Jacinta tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang sebagai protes bapanya berkahwin lain. Dia tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat perbuatannya. - Meminati seni hiasan dan kecantikan : Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Dia juga tertarik dengan rantai batu kuarza milik Amira. PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : TAU - Lelaki Orang Asli dari suku kaum Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an - Bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam

- berusia awal 20-an - Anak sulung Tau dan Ipah - bertubuh besar dan tegap - Sayang akan alam semula jadi : Walaupun Malique membantu OHara untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam system komputernya supaya pelabur-pelabur dapat maklumat terbaharu tentang projek cari gali emas di hutan itu. - Redha pada ketentuan Ilahi : Malique berusaha menerima Tau sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke Melaka. - Taat kepada ibu : Malique mengikut OHara ke dalam hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu. - Tidak lupa asal usul : Malique tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin .Dia juga kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampong dan penduduk Dahan Hijau dengan projek literasi computer. PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : PROFESOR ZAIDAH - Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah. - Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi - Berusia 40-an dan merupakan ibu Amira

- Mahir mengesan sesuatu di dalam hutan. - Penyayang : Dia amat menyayangi anakanaknya Sabi dan Itai. Ketika Sabi kecil, dia sering member Sabi makan daging bakar yang menjadi kegemarankanak-kanak itu. - Cekal : Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerjanya, antaranya anaknya Amira hamper mati lemas, beliau tetap meneruskan projek mencari gali bahan arkeologi di hutan itu.

- Sanggup berkorban : Tau sanggup mengahwini adik angkatnya Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya Ludin supaya abangnya berpeluang menjadi ketua masyarakat. - Baik hati : Dia bersusah payah selama empat jam mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan. - Mengakui kesalahan : Tau meminta maaf daripada Pak Lias atas sikapnya yang ganas ketika dia dipengaruhi roh beruang dan hampie mencederakan Pak Lias.

- Bersikap professional dalam menjalankan tugas : Dia memasukkan maklumat penemuannya dalam sistem komputer. Beliau juga tenangberhadapan dengan sebarang masalah, sehingga tidak diketahui ahli kumpulannya. - Suka membantu : Beliau membantu MAlique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projrk teknologi komunikasi di kampong Orang Asli. - Tegas : Walaupun Amira dan Jacinta bukan pelajar university yang terlibat dalam kerja mencari gali, namun beliau tetap tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan.


Top Related