sains sosial

22
KOD KURSUS APBXS1103 TAJUK KURSUS PENGANTAR SAINS SOSIAL

Upload: mohd-nizam-mohd-karli

Post on 21-Jul-2016

54 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Sains Sosial

KOD KURSUSAPBXS1103

TAJUK KURSUSPENGANTAR SAINS SOSIAL

Page 2: Sains Sosial

ABXS1103

ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 PENGENALAN 2

1.1 Definasi dan Falsafah Sains Sosial 2

1.2 Negara Kebajikan 3

1.3 Tanggungjawab Sosial Kerajaan 4

1.4 Malaysia dan Penswastaan 5

2.0 KEBAIKAN KEMUDAHAN KESIHATAN DAN PERUBATAN 6

2.1 Perkhidmatan Yang Cekap 6

2.2 Jaminan Kepada Kakitangan dan Pesakit 6

2.3 Teknologi Baru dan Tenaga Pakar 7

2.4 Masa Menunggu dan Rawatan Yang Pantas 7

3.0 KEBURUKAN KEMUDAHAN KESIHATAN DAN PERUBATAN 8

3.1 Keyakinan Rakyat Terjejas 8

3.2 Persaingan Tidak Sihat 9

3.3 Etika Kedoktoran Terjejas 10

3.4 Peningkatan Kos 11

4.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN 12

RUJUKAN 14

1

Page 3: Sains Sosial

ABXS1103

1.0 PENGENALAN

1.1 Definasi dan Falsafah Sains Sosial

Perkembangan sejarah kehidupan manusia tidak dapat dinafikan dan terbukti sehingga ke

hari ini bahawa pembelajaran berkaitan kehidupan ini tidak pernah terhenti. Menurut A New

Dictionary Of Sociology (Mithell 1979) menjelaskan bahawa ianya adalah pengajian tentang

manusia dan masyarakat dan adalah ditekankan dengan menggunakan kaedah santifik berkaitan

hubungan yang unik ini. Sebagaimana yang pernah dibukukan dalam karangan Ibn Khaldun

(Abdul Rahman Abu Zain Waliuddin bin Muhammad bin Khaldun Al-Maliki) dalam

Muqaddimah. Karangannya itu telah memperkenalkan antropologi dan sosiologi yang

dikembangkan lagi oleh pelopor sainstis barat.

Sains sosial ini dapat menterjemahkan dan memperjelaskan dengan lebih tersusun dan

mudah, yang dapat dihayati oleh setiap individu. Ini dapat dipermudahkan lagi dengan falsafah

sebagai ilmu yang memberikan pengertian hubungkait antara manusia dan masyarakat yang akan

menimbulkan fenomena sosial dan budaya mengikut zaman semasa mereka hidup iaitu dengan

ciri-ciri unik dan tersendiri. Kewujudan hubungan manusia iaitu sturktur sosial dan masyarakat

ini akan menjadikan sebuah negeri atau negara yang berkerajaan iaitu organisasi sosial.

2

Page 4: Sains Sosial

ABXS1103

1.2 Negara Kebajikan

Kerajaan yang wujud adalah organisasi yang mengawal struktur sosial yang terdiri oleh

manusia itu sendiri. Oleh itu setiap kerajaan akan memastikan rakyatnya mendapat khidmat dan

kemudahan terbaik untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tidak dapat dinafikan semua rakyat

mengharapkan kerajaan memberikan pulangan yang baik setelah mereka memberi kepercayaan

atau mandat di dalam pilihan raya. Oleh itu adalah menjadi teras setiap kerajaan untuk membina

segala keperluan infrastruktur daripada pendidikan, pertahanan, ketenteraman awam, kesihatan

dan perubatan, perumahan, pengangkutan awam dan makanan yang baik dan cemerlang.

”Welfare State” dalam Federal Chambers Dictionary diterjemahkan sebagai sistem yang

menggunakan cukai untuk menampung pencen, perkhidmatan kesihatan percuma, gaji minimum

dan sebagainya sebagai jaminan kepada rakyat. Manakala di dalam Britannica Concise

Encylopedia ditambah dengan perumahan percuma untuk rakyat. Negara barat telah menekankan

konsep negara kebajikan ini sejak daripada tahun 1881 dengan mewujudkan undang-undang

yang berkaitan insurans kemalangan. Manakala pemikiran Karl Marx menjadi titik permulaan

kepada Soviet Union di tahun 1917.

Sehingga kini negara barat amat menekan pentadbiran kerajaan yang menjaga

kepentingan rakyatnya seperti Swedan yang mendapat anugerah NORDHOUS pada tahun 2002

dengan memberikan jaminan kehidupan, khidmat perubatan dan pendidikan percuma yang dapat

diberikan melalui konsep kesamaratan pendapatan dan pengagihan kekayaan negara.

3

Page 5: Sains Sosial

ABXS1103

1.3 Tanggungjawab Sosial Kerajaan

Malaysia secara amnya telah melaksanakan kepentingan untuk rakyat tanpa disedari oleh

kebanyakkan penduduknya. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang disalurkan melalui Jabatan

Kebajikan Masyarat yang berjumlah 1.2billion untuk 424,526 orang seluruh negara pada tahun

2010 (Utusan Malaysia 7/7/2011). Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Dato’ Seri Mohd

Najib B. Tun Hj Abdul Razak yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi

daripada University of Nortingham telah mencetuskan Goverment Transfomation Programe

(GTP) semata-mata untuk memberikan keseimbangan sosial dengan mendahulukan rakyat.

Y.A.B Perdana Menteri juga menyatakan ”Kerajaan telah menjalankan tanggungjawab sebagai

pemerintah dan ini dapat dilihat di mana Malaysia telah mempunyai ciri-ciri negara kebajikan”

(Utusan Malaysia 24/01/2008).

4

Page 6: Sains Sosial

ABXS1103

1.4 Malaysia dan Penswastaan

Bagi menjayakan program yang dicanangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri

Najib meneruskan kesinambungan Perdana Menteri terdahulu dengan Program Transfomasi

Ekonomi yang mana ianya diterajui oleh sektor swasta dan pihak kerajaan mempermudahkan

kolaborasi antara keduanya semata-mata untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dengan

antaranya Negera Berpendapatan Tinggi yang akan mewujudkan lebih 3.3 juta perkerjaan baru

pada tahun 2020. Dasar penswastaan yang di perkenalkan oleh Y.A.B. Tun Mahathir pada 1983

semasa beliau menjadi Perdana Menteri diteruskan oleh Dato’ Seri Najib dengan menambah baik

infrasturktur di Malaysia termasuklah Pendidikan, Perumahan, Ketenteraman Awam,

Pengangkutan Awam, Jaminan Makanan serta Kesihatan dan Perubatan. Penswastaan di

Malaysia nyata memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatnya

kecekapan dan daya pengeluaran disamping dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung

oleh kerajaan antaranya perubahan kepada Kemudahan Kesihatan dan Perubatan.

5

Page 7: Sains Sosial

ABXS1103

2.0 KEBAIKAN KEMUDAHAN KESIHATAN DAN PERUBATAN

2.1 Perkhidmatan Yang Cekap

Berdasarkan prinsip penswastaan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap kemudahan

kesihatan dan perubatan menimbulkan beberapa kebaikan antaranya yang pertama mewujudkan

perkhidmatan yang cakap dengan layanan yang baik. jika diperhatikan pertumbuhan hospital

swasta atau syarikat yang terbabit dalam menyediakan kemudahan kesihatan dan perubatan

seolah-olah bagai candawan tumbuh selepas hujan berjumlah 220 berbanding kerajaan yang

hanya 138 buah pada tahun 2011 (Fakta Kesihatan 2012, Kementerian Kesihatan Malaysia).

Selaras dengan pertumbuhan pesat ini menjadikan rakyat mendapat perkhidmatan di kelas

pertama dan persaingan antara kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan swasta akan

sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa. Natijahnya kini di semua hospital kerajaan terdapat

kaunter atau khidmat aduan pelanggan yang pada ketika dahulu ianya tiada untuk pesakit atau

pelanggan memberikan cadangan dan pendapat bagi membaiki sistem yang ada.

2.2 Jaminan Kepada Kakitangan dan Pesakit

Kebaikan yang kedua adalah dari segi tenaga kerja atau pada ketika ini lebih dikenali

sebagai modal insan. Sistem yang lebih tersusun dan kepentingannya yang terjamin menjadikan

kebajikan pesakit dan pekerja sektor ini terpelihara. Sebagai contoh pekerja sektor yang

dikendalikan oleh kerajaan sekarang di pusat jantung negara IJN dari segi tangga gaji yang

diterima dalah berbeza dan lebih baik apabila pengurusannya terus di bawah kementerian

kewangan dan ini menjadikan skim gaji mereka lebih tinggi berbanding hospital lain. Manakala

di sektor swasta tenaga kerja profesional dan sokongan memberikan perkhidmatan dan layanan

lebih mesra disebabkan gaji mereka setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan (Fakta

Kesihatan 2012, Kementerian Kesihatan Malaysia). Secara tidak langsung pesakit merasa seperti

dihargai dan terpelihara.

6

Page 8: Sains Sosial

ABXS1103

2.3 Teknologi Baru dan Tenaga Pakar

Kemasukan peralatan yang serba modan merupakan kebaikan yang ketiga seperti mesin

Magnetic Resonance Image (MRI) iaitu mesin pengimbas sinar X berkuasa tinggi tetapi tidak

membahayakan kepada pesakit menjadikan rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Mesin yang berjuta ringgit ini terdapat di hospital swasta manakala di hospital kerajaan hanya di

hospital bandar utama seperti Hospital Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh dan Putrajaya. Secara

tidak langsung mewujudkan tenaga pakar yang ramai untuk mengandalikan mesin atau peralatan

yang moden dan canggih. Hasil daripada keewujudan teknologi dan perlatan terkini juga dapat

dan membolehkan pesakit beribadat atau solat dengan selesa. Tenaga pakar yang dihasilkan oleh

UIAM dapat membantu pesakit dalam menunaikan Rukun Islam ini (Konsep Syariah Hospital

UIAM, KOSMO Mac 2013).

2.4 Masa Menunggu dan Rawatan Yang Pantas

Manakala kebaikan yang ingin ditonjolkan iaitu kebaikan keempat adalah dari segi masa

menunggu untuk mendapatkan rawatan dan juga ubat-ubatan di farmasi hospital. Pesakit yang

kronik biasanya hanya dapat dikenal pasti setelah berjumpa dengan doktor-doktor pakar yang

terhad di hospital kerajaan dan mereka terpaksa menunggu pada kadar yang lama bahkan juga

terpaksa mengikut temujanji yang telah ditetapkan. Berdasarkan pengalaman abang kandung

saya sendiri pada tahun 1998 yang di dapati mengidap limfoma hanya dapat disahkan selepas

lebih 5 kali berjumpa doktor pakar di hospital ibu negara, sedangkan dalam masa yang sama

kami sekeluarga berpakat membawa kekanda saya itu ke hospital swasta hanya untuk

mendapatkan pandangan dan pendapat kedua yang hanya mengambil masa dalam 1 minggu dan

ia telah pun dapat dikenal pasti berbanding 6 bulan (Sazali Mohd Karli, Laporan Perubatan HKL,

1998). Maka dengan laporan awal yang diperoleh dapatlah kekanda saya diberikan rawatan

dengan cepat dan tepat dan alhamdulillah kini beliau dapat meneruskan kehidupan seharian.

7

Page 9: Sains Sosial

ABXS1103

3.0 KEBURUKAN KEMUDAHAN KESIHATAN DAN PERUBATAN

3.1 Keyakinan Rakyat Terjejas

Kesan pertama dalam penswastaan kemudahan kesihatan dan perubatan adalah

mengurangkan keyakinan rakyat kepada kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Sebagai

sebuah kerajaan adalah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan untuk rakyat

termasuklah kemudahan kesihatan dan perubatan ini. Memang tidak dinafikan ada kalangan

rakyat yang lebih gemar untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta tetapi hanya

untuk kes-kes kecil yang biasanya tidak melebihi bayaran berjumlah RM1,000.00 (Ringgit

Malaysia: SATU RIBU SAHAJA). Kebanyakkan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan

dibawah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: TIGA RIBU SAHAJA) dan ini dibuktikan dengan

pengagihan bantuan rakyat iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M & BR1M 2.0 kerajaan telah

membelanjakan sebanyak RM2.1 Billion dan RM3.0 Billion yang diperuntukkan (Jabatan

Pembangunan Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri). Bagi penyakit yang lebih kritikal tidak

ramai yang mampu untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta sebagai contoh untuk

penyakit kanser yang memakan kos hanya RM500.00 di HKL manakala RM6,000.00 di hospital

swasta untuk 25 sesi radioterapi (http://library.kdn.gov.my 25/02/2013 -16:40).

8

Page 10: Sains Sosial

ABXS1103

3.2 Persaingan Tidak Sihat

Antara lain kesan kedua yang boleh dikenalpasti adalah persaingan tidak sihat di antara

pusat kemudahan perubatan atau hospital swasta dengan hospital swasta yang lain. Kewujudan

hospital swasta yang tumbuh bagai cendawan selapas hujan ini akan lebih mengutamakan pesakit

yang berpendapatan tinggi dan mampu untuk membayar caj-caj yang akan dikenakan. Secara

tidak langsung perebutan pelanggan akan berlaku antara hospital swasta ini yang mengakibatkan

pesakit merasakan kepayahan dalam membuat keputusan untuk mendapatkan tempat rawatan

sedangkan khidmat yang bakal diberikan belum tentu dapat merawat dengan baik dan berkesan.

Sebagai contoh pusat bersalin atau klinik pakar perbidanan di Bandar Klang yang menawarkan

khidmat untuk wanita bersalin dan melahirkan anak. Terdapat 4 (empat) buah hospital swasta

utama yang menawarkan perkhidmatan tersebut iaitu Hospital Sri Kota, Pusat Pakar Wanita

Razif Norana, Hospital Pantai (kini KPJ Pantai) dan Hospital Arunamari. Mereka menawarkan

khidmat yang sama pada asasnya iaitu kemudahan untuk bersalin dan melahirkan anak tetapi

menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang berlainan untuk para pelanggan seperti tandas

individu, komputer, jaringan internet, katil pesakit yang canggih bahkan termasuk kemudahan

astro individu. Secara tidak langsung bakal-bakal ibu atau pesakit akan memilih kemudahan

mengikut citarasa sedangkan pada asasnya mereka hanya perlu mendapatkan khidmat untuk

bersalin dan melahirkan anak dan dengan ini mereka terpaksa membayar secara berlebihan tanpa

disengajakan dengan mendapat perkhidmatan yang tidak kena pada tempatnya.

9

Page 11: Sains Sosial

ABXS1103

3.3 Etika Kedoktoran Terjejas

Bahaya lain yang boleh timbul hasil penswastaan perkhidmatan kesihatan dan perubatan

adalah terjejasnya etika kedoktoran. Sebagai seorang doktor perubatan mereka akan dipandang

tinggi oleh semua lapisan masyarakat walau di mana mereka berada. Setiap kata dan pertuturan

doktor adalah dipercayai oleh ahli masyarakat berbanding dengan kerjaya-kerjaya lain seperti

peguam, ahli perniagaan, juruteknik dan sebagainya. Sejak daripada zaman rasullah lagi doktor

adalah orang yang dipercayai samaada melalui perbuatannya atau percakapannya bahkan

rasullullah pernah bersabda berkaitan ciri-ciri munafik seperti berbohong , mungkir janji dan

pecah amanah tiada pada seorang doktor yang beriman. Negara pernah digemparkan dengan

sendikit penjualan bayi yang terbongkar dengan penahanan individu terlibat seramai 33 orang

yang lingkungan umurnya antara 23 hingga 62 tahun seperti yang dilaporkan dalam akhbar

tempatan pada 4 MAC 2013 di George Town, Pulau Pinang. Menurut kenyataan Ketua Polis

Negara, Dato’ Abdul Rahim Hanafi laporan diterima sejak Disember 2012 dan hasil siasatan

Berjaya menahan suspek yang boleh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan

Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Kesemua mereka boleh dipenjara maksimum

sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan kesalahan yang

mereka lakukan. Doktor dan ahli pengamal kesihatan dan perubatan adalah merupakan orang

yang disyakki terlibat dalam kes di atas. Maka ini akan merosakkan kredibiliti pengamal

perubatan yang selama ini dipercayai masyarakat. Mereka sepatutnya memberikan perkhidmatan

kemanusiaan dan bukannya menjual bayi yang tidak mengatahui kehidupan lagi. Secara tidak

langsung masyarakat akan melihat kedoktoran atau bidang pengamal perubatan akan rosak dan

tidak boleh dipercayaai kerana mereka gagal menjaga kepantingan kesihatan awam dengan

mendapatkan keuntungan mudah dan menangguk di air yang keruh.

10

Page 12: Sains Sosial

ABXS1103

3.4 Peningkatan Kos

Keburukan atau kekurangan penswastaan yang paling memberikan kesan kepada

masyarakat ialah dengan peningkatan kos mendapatkan khidmat kesihatan dan perubatan. Kos

akan meningkat dan bertambah apabila adanya permintaan yang berterusan dan wujudnya

syarikat atau badan yang menawarkan khidmat. Ini adalah hukum asas perniagaan, maka kaitan

dengan kemudahan kesihatan dan perubatan adalah seperti penyediaan pusat perubatan yang

sentiasa berebut memberikan khidmat kepada masyarakat tetapi pada masa yang sama menekan

dan mengenakan caj yang tinggi kepada masyarakat. Walaupun perkhidmatan yang pelbagai ini

disediakan oleh hospital atau pusat perubatan tetapi mereka mengenakan caj yang berlainan dan

adakalanya tidak masuk akal seperti caj internet yang dimasukkan dalam bil pesakit. Maka jika

dirujuk kepada kes mendapatkan khidmat bersalin dan melahirkan anak di atas bakal-bakal ibu

atau pesakit perlu memilih dengan bijaksana jika ingin mendapatkan khidmat tersebut di sekitar

Bandar Klang agar tidak membebankan bakal-bakal ayah. Sesetengan hospital atau pusat

perubatan juga menyediakan khidmat 5 bintang seperti hotel dan caj-caj ini dimasukkan kedalam

bil-bil pesakit dan ini belum termasuk khidmat rundingan pakar seperti pakar bius, pakar sakit

puan dan pakar-pakar yang lain dan biasanya melebihi RM100.00 (Ringgit Malaysia : SATU

RATUS SAHAJA) setiap sesi rundingan sedangkan tiada caj rundingan pakar dikenakan di

hospital kerajaan. Perlu diingat Imam Ghazali pernah berkata bahawa ilmu kedoktoran adalah

merupakan fardhu kifayah kerana kesihatan adalah keutamaan asas yang perlu diberi kepada

semua masyarakat. Sekiranya semua hospital swasta mengenakan caj yang tinggi dan

membebankan rakyat maka masyarakat tidak akan mampu membayar bil-bil yang dikenakan dan

jika ini berlaku, negara kita akan menjadi seperti negara Amerika yang mengamalkan perubatan

berbayar secara berleluasa dan pesakit perlu mendapatkan kad kesihatan daripada syarikat-

syarikat insurans dengan premium atau bayaran perlindungan yang tidak menentu. Sekiranya ini

berlaku di Malaysia akan timbul pula masalah baru seperti penipuan syarikat insurans dan rakyat

dibebani dengan bayaran kepada syarikat insurans pula.

11

Page 13: Sains Sosial

ABXS1103

4.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN

Pada dasarnya kemudahan kesihatan dan perubatan merupakan satu elemen penting

dalam sebuah kehidupan dan masyarakat. Sehubungan itu adalah menjadi satu keperluan yang

dikehendaki dalam setiap ketegori masyarakat untuk mendapatkan kemudahan tersebut tanpa

mengira di mana mereka tinggal. Jika masyarakat hidup dibandar maka keperluan kesihatan juga

adalah bertaraf bandar, manakala jika hidup di kawasan kampung atau pedalaman maka

keperluan kesihatan dan perubatan mereka juga berubah mengikut kawasan setempat. Sebagai

contoh individu yang hidup di bandar biasanya memerlukan taraf kesihatan yang lebih baik jika

dibandingkan dengan penduduk desa kerana di bandar kehidupan lebih pantas untuk aktiviti

sehariannya ditambah pula dengan kesesakan lalulintas setiap hari memberikan tekanan emosi

dan perasaan kepada mereka lalu menyebabkan kesihatan tubuh akan terjejas. Berbeza dengan

kehidupan di desa atau kawasan pedalaman yang kurang tekanan dan susasana yang damai

menambahkan lagi keselesaan dan ketenangan penduduknya, maka mereka tidak akan

mengalami tekanan yang tinggi.

Adalah dinyatakan di sini bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah

menyediakan kemudahan kesihatan dan perubatan untuk rakyatnya. Pentingnya kesihatan rakyat

dijaga oleh sebuah kerajaan adalah bagi memastikan rakyat mereka sentiasa dalam keadaan yang

sihat walafiat untuk meneruskan dasar-dasar kerajaan yang dirancang dan melaksanakan dengan

jayanya. Kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan adalah juga mesti mengikut keperluan

semasa dan mengikut teknologi terkini.

Kerjaan seharusnya mempertingkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan

Malaysia untuk merancana dan melaksana keperluan semasa dan akan datang untuk

menyediakan prasarana yang tekini. Pada masa yang sama pula pihak kerajaan dicadangkan

untuk mewujudkan satu unit khas atau suruhanjaya kesihatan bagi memantau perkembangan

pusat-pusat kemudahan kesihatan dan perubatan swasta yang boleh menjadi pilihan kedua

kepada rakyat.

12

Page 14: Sains Sosial

ABXS1103

Kerajaan perlu kadangkala ditegur oleh pihak ketiga kerana dikhuatiri tersasar daripada

matlamat asal dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir B Mohammad pada

1983 itu yang mana ianya adalah untuk melancarkan proses pentadbiran dan mengurangkan

birokrasi. Penubuhan suruhanjaya ini juga bagi memastikan syarikat-syarikat swasta tidak

mengaut keuntungan semata-mata. Pihak kerajaan yang memberikan lesen kepada syarikat

swasta juga boleh dibantu oleh unit khas atau suruhanjaya yang dicadangakan ini dengan

memberikan keutamaan kesihatan kepada rakyat berpendapatan sederhana dan ke bawah.

Insyaallah kesihatan rakyat selepas ini menjadi keutamaan kerajaan malaysia untuk dipelihara

dan dibela bagi menjamin kesejahteraan ummah tanpa mengira kaum sebagaimana ”Rakyat

Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.

Sekian.

13

Page 15: Sains Sosial

ABXS1103

RUJUKAN

Jabatan Perangkaan Malaysia (2011) Laporan Kesihatan, Jabatan Perangkaan Malaysia

Jabatan Kesihatan (2009), Fakta Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Geoffrey Duncan Mitchel (1979) A New Dictionary of Sociology, Routldge & Kegan Poul Ltd

IBNU KHALDON, (1967) Ibnu Khaldon Muqaddimah Translation by Franz Rosenthal,

Princeton University Press

LIM KOK WING, (2012) NAJIB Negara di minda Rakyat di hati, Limkokwing University of

Creative Tecnology

Imam Nawawi (Mei 2012) Hadis 40 Bicara Rasullah, Syabab Book Link

Yusuf Ismail (1993) Dasar-dasar Kerajaan Malaysia: Tinjauan Mneyeluruh, A.S. Noordeen

Sazali Mohd Karli (1998) Laporan Perubatan HKL

Utusan Malaysia 07/07/2011

Utusan Malaysia 24/01/2008

Kosmo 04/03/2013

http://library.kdn.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=8b493813-b184-44f3-ab7b-

80446e06cf80&groupId=10156 (25/02/2013 -16:40 -).

www.oum.edu.my (2013), OUM

www.mykhilafah.com (22/02/2013 -09.55)

14