01 mja1013 pengenalan sains sosial

41
MJA1013 MJA1013 Pengantar Sains Sosial Pengantar Sains Sosial Pengenalan Sains Sosial

Upload: wanbk-leo

Post on 28-Nov-2014

31.455 views

Category:

Technology


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

MJA1013MJA1013

Pengantar Sains SosialPengantar Sains Sosial

Pengenalan Sains Sosial

Page 2: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Pengenalan Pengenalan

Ilmu adalah suatu keperluan dalam kehidupan manusia.

Ini kerana darjat & martabat manusia itu diukur berdasarkan tahap pengetahuan yang mereka kuasai.

Justeru bagi mengangkat diri maka manusia perlu menguasai ilmu yang ada dipersekitaran mereka.

Page 3: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Secara umumnya ilmu oleh diperolehi melalui 2 kaedah:– Kaedah Formal

Proses pembelajaran dengan kurikulum tertentu spt di sekolah dsb.

– Kaedah Tidak Formal Proses pembelajaran tanpa ada kurikulum spt

pembacaan, pergaulan dsb.

Page 4: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Pembahagian IlmuPembahagian Ilmu

Umum membahagikan ilmu kepada 2 bahagian:– Ilmu Sains

Ilmu yang menggunakan kaedah kajian secara saintifik bagi menerangkan sebab musabab sesuatu perkara itu berlaku.

– Ilmu Kemanusiaan Ilmu yang melibatkan nilai kejiwaan dan nilai

estetika dalam diri manusia

Page 5: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Pembahagian Ilmu SainsPembahagian Ilmu Sains

Ilmu sains pula dibahagikan kepada 2 kumpulan:– Sains Tulen

Kajian tentang fisiologi keidupan & alam semulajadi spt struktur tubuh badan manusia, kajian saraf dsb.

– Sains Sosial Kajian tentang fenomena & isu yang berlaku ke atas diri dan

kelompok manusia spt kemiskinan, pengangguran, keciciran dsb.

Namun kedua-dua ilmu ini menggunakan kaedah SAINTIFIK & SISTEMATIK bagi membuktikan kesahihan kajian yang dilakukan.

Page 6: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Apa Itu Sains Sosial?Apa Itu Sains Sosial?

Sains Sosial – kelompok ilmu yang mengkaji fenomena sosial (hubungan) manusia dengan menggunakan metodologi kajian secara saintifik & sistematik.

Ia wujud akibat dari hubungan & interaksi manusia yang berlaku secara kompleks.

Ini menyebabkan timbulnya fenomena (masalah) sosial manusia

Dan fenomena inilah yang dikaji mengikut disiplin sains sosial dengan menggunakan kaedah yang saintifik & sistematik

Page 7: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Kaedah saintifik & sistematik dalam kajian sains sosial merangkumi 2 komponen utama:– Penemuan pola (corak) tertentu sebagai

sebahagian bukti bagi menentukan objektif kajian

– Penghasilan generalisasi sebagai andaian umum tentang wujudnya sesuatu isu atau fenomena.

Page 8: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Kajian Sosial & Kaedah SaintifikKajian Sosial & Kaedah Saintifik

Kajian sains sosial dianggap mempunyai AUTORITI ia dijalankan secara saintifik dengan menggunakan data-data empirik.

Ia juga sebagai alternatif dalam mengubah tanggapan pemikiran manusia yang terlalu bergantung kepada ilmu kemanusiaan (ilmu teologi & ilmu falsafah) semasa Zaman Gelap (dark age) Eropah.

Page 9: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Fenomena Sosial & Fenomena FizikalFenomena Sosial & Fenomena Fizikal

Fenomena Sosial juga disebut masalah sosial spt penagihan dadah, diskriminasi, jenayah, penceraian, kemiskinan dsb.

Terdapat banyak punca yang menyumbang pada terjadinya fenomena sosial

Ia bergabung untuk menimbulkan satu fenomena sosial yang sama.

Pelbagai faktor ini telah menyebabkan ia agak sukar untuk menentukan punca utama yang menyebabkan terjadinya sesuatu fenomena.– Cth: Penagihan Dadah di Kalangan Remaja

Page 10: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Fenomena fizikal jelas mempunyai sebab musabab (cause & effect) sesuatu isu/kes itu berlaku.

Ia dikaji dengan menggunakan peralatan ukuran tepat.

Kaedah penyelesaiannya adalah lebih mudah– Cth: Faktor Utama Kemalangan Jalanraya Adalah

Kerana Tayar Tidak Memenuhi Spesifikasi Yang Telah Diteptakan Oleh SIRIM

Page 11: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb..Samb..

Ia akan saling berkaitan di antara satu sama lain Ia membantu menghasilkan ilmu generik bersifat

gunaan (applied) yang saling melengkapi di antara satu salain.

Terdapat beberapa ilmu utama dalam disiplin sains sosial:– Antropologi , Ekonomi , Geografi , Psikologi– Politik , Sejarah , Sosiologi

Page 12: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Disiplin Sains SosialDisiplin Sains Sosial

Umum telah menentukan disiplin utama Sains Sosial ialah mengkaji manusia dalam konteks sosial mereka.

Namun ia berbeza mengikut pecahan disiplin ilmu itu sendiri:– Ilmu itu luas & manusia tidak berupaya menguasi semua ilmu & ia

perlu dikhususkan mengikut bidang yang tertentu.– Ilmu akan semakin bertambah setiap hari. Maka ia perlu kepada

sub-bidang untuk memudahkan manusia mempelajarinya.– Setiap bidang itu mempunyai fokus & kepentingan yang berbeza.

Minat akan mendorong manusia untuk meningkatkan tahap kefahaman terhadap sesuatu bidang ilmu.

Page 13: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Pendekatan Kajian Sains SosialPendekatan Kajian Sains Sosial

Wujud 2 pendekatan untuk mengkaji sains sosial.– Kualitatif

Kajian berasaskan fakta &analisis kepustakaan Lebih subjektif

– Kuantitatif Kajian berasaskan angka. Menggunakan statistik & eksperimen

Page 14: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Sejarah Perkembangan Sains SosialSejarah Perkembangan Sains Sosial

Sejarah ilmu mengalami 2 pertembungan hebat Ia disebabkan salah faham manusia terhadap nilai

yang wujud dalam ilmu Pertamanya ilmu agama yang hanya terangkum

dalam pemikiran ‘religious’ yang sempit. Keduanya ilmu rasional yang menolak salam

sekali pandangan agama kerana ia berasaskan logika fikiran manusia.

Page 15: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Ilmu Zaman Yunani & GreekIlmu Zaman Yunani & Greek

Peringkat awal ilmu manusia wujud pd zaman Greek & Yunani

Zaman ini ilmu diasaskan oleh sifat rasional yang digabungkan dengan nilai falsafah.

Ilmu dicerna oleh akal dengan memikirkan punca kejadian alam & fenmena yang berlaku berasaskan logika & praktikal.

Namun ia belum mencapai tahap saintifik

Page 16: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Tokoh pd zaman ini ialah:– Aristotle (384-322 S.M.)

Banyak menulis ilmu berasaskan pemerhatian empirik yang menekankan ‘pembuktian’ dalam pemerhatian beliau.

Megunakan kaedah Penakkulan induktif (memerhati perisiwa & membuat generalisasi

Menjelaskan bahawan ilmu itu perlu dofahami dalam konteks epistemoloigi (falsafah) terlebih dahulu.

– Tokoh lain ialah Plato (428-348 S.M.) dan Socrates (470-399 S.M.)

Page 17: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Zaman PertengahanZaman Pertengahan

Bermula 476-1453 M dengan penguasaan golongan agama (Kristian) ke atas institusi ilmu.

Ilmu rasional (logika) disekat kerana mereka mempercayai bahawa segala fenomena (peristiwa) yang berlaku adalah ‘takdir’ yang perlu diterima tanpa perlu memikikan sebab musabab ia berlaku.

Page 18: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Telah berlaku paradigma pemikiran di antara gol. Agama dengan gol. Rasionalis dalam menentukan fenomena sesuatu kejadian.

Tokoh pd zaman ini:– Galileo Galilei (1564-1642 M)

Mengemukakan idea melalui Teori Copernicus yang meletakkan matahari di pusat cakrawala.

Beliau dituduh sebagai pengamali ajaran sesat (heresy). Beliau telah menarik balik idea tersebut dan ‘bertaubat’ kerana

melanggar ajaran agama

Page 19: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Zaman RenaissanceZaman Renaissance

Renaissance bermaksud Kelahiran Semula Zaman ini dianggap penting dalam

mengembangkan institusi ilmu berasaskan logika & rasional.

Bermula 1453-1690 M hasil penguasaan semula ilmu oleh para sarjana.

Ilmu mula dipecahkan kepada 3 bahagian– Ilmu fizik– Ilmu metafizik– Ilmu kemanusiaan

Page 20: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Zaman EnlightenmentZaman Enlightenment

Ia bermaksud zaman Pencerahan setelah pudarnya pengaruh gereja dalam masyarakat Eropah.

Bermula 1650-1700 M dan lebih dikenali sebagai The Age of Reason.

Sains diterokai secara meluas dan dikaji secara saintifik (bersistem)

Page 21: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Ia mengalami 2 perubahan dimensi– Perkembangan pemikiran saintifik

Refleksi Revolusi Indusri (1750-an) telah melonjak sains fizikal apabila terciptanya peralatan baru spt James Watts (1769M) enjin wap, James Hargreaves (1765M) mesin tenunan ‘Spinning Jenny’ dll.

Perkembangan alat cipta ini telah menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu lain spt ekonomi, sosial, politik dsb.

Page 22: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

– Perubahan sosial masyarakat Ia berlaku secara tidak langsung akibat dr revolusi

alat cipta zaman tersebut. Kesannya juga dirasai dalam konteks ilmu ekonomi,

politik, sosial dsb. Tranformasi berlaku dr masyarakat tradisional yang

berasaskan tanaman kepada masyarakat industri yang banyak menggunakan mesin.

Hasilnya muncul pelbagai masalah sosial masyarakat yang berpunca dr sikap manusia yang terlalu mengajar perubahan dalam hidup.

Page 23: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Teori & Pendekatan Sains SosialTeori & Pendekatan Sains Sosial

Sains Sosial mempunyai pelbagai teori & pendekatan yang berfungsi memberi penjelasan saintifik terhadap fenomena sosial.

Ia terbina sejak abad ke 19 M secara umum bagi menyatukan disiplin sains sosial yang berbeza di bawah gagasan ilmu kemanusiaan

Page 24: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Peranan Teori Dalam Sains SosialPeranan Teori Dalam Sains Sosial

Dalam sains sosial TEORI mempunyai peranan tersendiri & menjadi sebahagian dr prosedur penyelidikan.

Ia sebagai panduan kepada pengkaji untuk meneroka subjek pemerhatian mereka dengan lebih jelas.

Page 25: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Ahli sains sosial talah menggariskan 5 ciri tentang fungsi teori dalam membantu pemahaman.– Mewujudkan pengklasifikasian– Menjangka perkara yang bakal berlaku– Menjelaskan perkara yang telah berlaku– Membantu memahami sebab musabab berlakuny

sesuatu perkara– Memberi panduan tentang perkara yang hendak di kaji.

Page 26: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Definisi TeoriDefinisi Teori

Kenyataan/andaian abstrak tentang perhubungan antara pembolehubah bg menjelaskan sesuatu fenomena.

Ia terhasil dr pemerhatian & usaha untuk memahami sesuatu fenomena.

Teori mestilah berupaya diuji, berjaya menghasilkan kebenaran dan boleh mewujudkan fakta.

Page 27: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb..Samb..

Dalam sains sosial, teori akan diuji secara berterusan (berulang kali) kerana fenomena sosial sukar untuk dibuktikan secara tepat.

Teori umum pula menjadi lebih sukar diuji kerana jaringan pembolehubah adalah terlalu kompleks.

Dan kebanyakkan teori sains sosial adalah bersifat umum kerana ia berupaya untuk digeneralisasikan ke atas fenomena sosial secara umum dan tidak terhad kepada sesuatu konteks sahaja.

Page 28: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Teori Umum Sains SosialTeori Umum Sains Sosial

Teori umum wujud bagi membantu manusia melihat fenomena sosial secara bersistem (skima) dan menghasilkan pemahaman secara sistematik tentang hubungan sosial manusia dan persekitaran mereka.

Cth: Teori Relativiti – Albert Einstein

Page 29: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Perspektif SistemPerspektif Sistem

Perspektif sistem adalah pendekatan untuk melihat kehidupan masyarakat sebagai sebuah entiti yang wujud di dalamnya pelbagai unsur yang kompleks.

Justeru, apabila masyarakat dilihat sebagai sebuah sistem maka kajian akan lebih terfokus kepada komponen han hubungkait di antara komponen-komponen tersebut.

Page 30: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Semakin besar sistem semakin kompleks susunatur sistemnya & semakin kompleks komponen yang terdapat di dalamnya.

Maka secara analitikalnya, sistem sosial manusia itu terbahagi kepada 3:– Makro

Sistem yang bezar dr segi saiz & komponen yang berinteraksi di dalamnya CTH: Organisasi & Komuniti

– Meso Sistem yang sederhana saiz & komponennya tidak terlalu

kompleks CTH: Sebuah Keluarga– Mikro

Sistem paling kecil atau sistem asas masyarakat CTH: individu

Page 31: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Wujud 2 bahagian dalam perspektif sistem:– Sistem Terbuka

Sistem yang menerima dan menyumbang kepada persekitaran (sentiasa berinteraksi)

Ia memiliki 4 ciri:– Menerima sesuatu dr persekitaran– Menyumbang sesuatu kepada persekitaran– Melakukan proses menukar unsur kemasukan (input) menjadi

produk (output)– Memiliki mekanisme keseimbangan– Mengalami perubahan.

CTH: Manusia

Page 32: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

– Sistem tertutup Bertujuan menampung kewujudan secara bersendiri

tanpa berinteraksi dengan persekitaran. Perkembangan amatlah terhad dan kadangkala tidak

berkembang langsung Ia berguna kepada ahli sains sosial bagi memerhati

fenomena tahap dinamik rendah CTH: Masyarakat terpencil yang mengalami

perubahan secara perlahan.

Page 33: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Teori Strukturalisme / Teori Strukturalisme / FangsionalismeFangsionalisme

Struktulisme – kajian ke atas fenomena sosial & budaya dengan mengandaikan bahawa wujud struktur tertentu spt mitos & nilai dalam pembentukan sesebuah masyarakat

Struktur tersebut mungkin sesuatu yang abstrak tetapi kewujudannya telah memberi tafsiran yang tersendiri.

Page 34: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Fungsionalisme – kajian ke atas fungsi sesuatu elemen sosial memberi kesan tertentu dalam operasi & kewujudan masyarakat.

Ia menekankan kepentingan struktur dalam mempengaruhi keseluruhan fenomena sosial yang merangkumi tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam masyarakat.

Page 35: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Tindakan yang selari dengan nilai masyarakat dikira sebagai berfungsi (functional)

Tindakan yang salah dalam masyarakat akan dikira sebagai sesuatu yang pincang (disfunctional)

Teori ini juga menekankan saling bergantungan struktur & fungsi antara komponan di dalam masyarakat.

Keseimbangan amat bergantung kepada peranan yang dilakukan oleh komponen-komponen masyarakat tersebut.

Justeru, kestabilan & keharmonian sosial bergantung kepada keupayaan masyarakat memelihara keseimbangan fungsi & struktur dalam masyarakat.

Page 36: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Teori EvolusiTeori Evolusi

Asasnya Teori Evolusi mengandaikan bahawa masyarakat akan berubah secara seragam berasaskan peraturan yang telah ditetapkan.

Ia banyak melihat perubahan2 yang berlaku di dalam sistem sosial masyarakat.

Idea evolusi sering dikaitkan dengan tokoh2 seperti Charles Darwin, Auguste Comte, Herbert Spencer dan Karl Marx.

Page 37: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb..Samb..

August Comte (1798-1857)– Membuat andaian bhw wujud 3 tahap pemikiran

manusia Teologi

– Pemikiran manusia berasaskan agama & kepercayaan ghaib Metafizik

– Pemikiran manusia yang dipengaruhi oleh idea abstrak tentang kejadian & fenomena fizikal

Positivisme– Manusia berfikir dengan menggunakan kaedah sains untuk

meneroka fenomena dan kejasian di sekeliling mereka

Page 38: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Herbert Spencer (1820-1903)– Andaian bhw wujud persamaan proses evolusi antara

organisme biologi dengan manusia.– Idea beliau dipengaruhi oleh idea Darwin yang

menekankan konsep ‘Suvival of The Fittest’ dalam menerangkan perubahan masyarakat itu berlaku secara semulajadi.

– Yang kuat akan menonjol & yang lemah akan terhapus secara ‘nature’ mengikut hukum alam.

– Justeru, idea ini menolak unsur paksaan dalam sistem sosial manusia.

Page 39: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Lewis Henry Morgan (1818-1881)– Mempopularkan Teori Evolusi Budaya– Membuat andaian bhw masyarakat dibahagikan kepada

3 tahap ‘suvival’ Savagery

– Masyarakt hidup secara nomad & menjalankan aktiviti berburu dan mengutip makanan

Barbarisme– Masyarakat manusia tinggal setempat & bercucuk tanam secara

asas Civilization

– Masyarakat manusia hidup setempat & mula menggunakan teknologi

Page 40: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

Samb…Samb…

Karl Marx (1818-1883) & Frederick Engels (1820-1895)– Terpengaruh dengan idea Morgan tetapi lebih tertumpu

kepada aspek perubahan material.– Evolusi berlaku dalam konteks pengeluaran sumber &

mod pengeluaran– Ia seiring dengan perubahan material dalam kehidupan

manusia– Hasilnya wujud Teori Materialisme Sejarah– Perubahan hidup manusia wujud kerana dorongan

ekonomi– Konflik & kuasa antara kelas menjadi asas utama dan

sumber perubahan (evolusi) dalam masyarakat.

Page 41: 01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial

KesimpulanKesimpulan

Ilmu sains sosial seharusnya dipelajari oleh semua ahli masyarakat.

Dengan mengetahui kepentingan sains sosial maka secara tidak langsung kita dapat mengetahui betapa kompleks penjanaan struktur dalam ilmu pengethuan

Ini menjadikan kita berupaya untuk menilai kepentingan sesuatu ilmu tanpa memandang serong kepentingan ilmu yang lain.