szzk2003 penyelidikan sains sosial

47
NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888 SZZK2003 Penyelidikan Sains Sosial Pusat Pembelajaran PJJ Kuching Tajuk Kajian: Tahap Kesedaran Terhadap Aspek Keselamatan Kebakaran dan Keberkesanan Program Pameran Kebombaan 1.0 Pengenalan Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul. Oleh itu, Pencegahan kebakaran adalah langkah 1

Upload: cheot-chea

Post on 13-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

penyelidikan sains sosial

TRANSCRIPT

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

SZZK2003 Penyelidikan Sains Sosial

Pusat Pembelajaran PJJ Kuching

Tajuk Kajian: Tahap Kesedaran Terhadap Aspek Keselamatan Kebakaran

dan Keberkesanan Program Pameran Kebombaan

1.0 Pengenalan

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata

yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api

menjadi satu keperluan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal

secara betul. Oleh itu, Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti

diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal

bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada

peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.

1.1 Asas Kebakaran

1

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu

bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk

membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau

nyalaan.

Berdasarkan rajah diatas terdapat 3 elemen yang bergabung dan menyebabkan

suatu kebakaran boleh terjadi iaitu haba, bahan api dan oksigen. Sesuatu kebakaran

tidak berlaku sekiranya salah satu elemen tiada.

1.2 Cara api merebak

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah

olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.

a. Olakan haba

Apabila terjadinya kebakaran dalam sesebuah bangunan , asap dan gas-gas

yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini biasanya

akan terperangkap di bahagian atas bangunan atatupun rumah yang

terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana kawasan asap dan

gas terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang meningkat

ini akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar dengan sendirinya

apabila sampai ke suhu pembakaran.

2

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

b. Pengaliran

Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi boleh

menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah

bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen pengaliran yang akan

mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan bahang yang dihasilkan akan

menyebabkan bahan-bahan di sekitarna terbakar dengan sendirinya.

c. Bahangan

Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar

kawasab terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga boleh menyebabkan

bahan-bahan bakar yang berada berhampiran dengan kawasan terbakar

akan turut terbakar walaupun ianya tidak bersentuhan.

d. Terus menerus

Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar

akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia

bersentuhan antara satu sama lain.

1.3 Kelas-kelas api

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang menghasilkan

kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api ini penting kerana ia dapat menentukan jenis alat

pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Kelas Jenis kebakaran

A kayu, kain, kertas, getah, plastic ( pepejal)

B Cecair boleh terbakar, minyak, gris tar, cat dan gas ( cecair )

3

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

C Alat elektrik yang terpasang bekalan elektriknya (gas / wap )

D Logam

1.4 Cara-cara memadam kebakaran

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:

a. Melaparkan

Ini dilakukan dengan:

i. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain

ii. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain

iii. Memecahkan atau menghacurkan bahan apui yang terbakar supaya

mudah dipadamkan.

b. Melemaskan

Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup

permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu

kebakaran.

c. Menyejukkan

Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba

dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ke

tahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.

d. Memutuskan rantai tindakbalas

4

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat

pemadam api permulaan seperti CO2, BCF dan serbuk kering

1.5 Punca-punca kebakaran

Kebakaran merupakan satu tragedy yang menyebabkan kemusnahan harta-benda

yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan kehilangan nyawa. Oleh

itu adalah penting kita mengetahui punca-punca yang menyebabkan berlakunya

kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah

seperti; pembuangan puntung rokok atau mancis api, timbunan sampah sarap,

kertasatau bahan mudah terbakar, overloading kepada litar letrik plug atau soket,

bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api serta halangan kepada

system pengudaraan (ventilation system) untuk jentera dan peralatan letrik

2.0 Permasalahan Kajian

Pendedahan awal, berhubung kesedaran keselamatan kebakaran di tempat

kediaman dan permis masing-masing membolehkan kita mengambil tindakan pro-

aktif bagi melindungi nyawa dan harta benda daripada risiko kebakaran. Maka

pendidikan yang sewajarnya diberikan dalam membentuk satu masyarakat yang

mengamalkan Budaya Keselamatan Kebakaran. Impak kepada bahaya kebakaran

adalah berbeza-beza mengikut kumpulan maksud sesuatu bangunan. Bangunan

pada prinsipnya tidak akan terbakar dengan sendirinya sebaliknya berlaku dan

merebak disebabkan oleh kelalaian dan salahlaku serta salahguna penghuni

sesuatu bangunan tersebut. “Firefighting is a loosing battle’ menyedari hakikat

ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebenarnya sudah mula menentang

kebakaran sebelum sesuatu bangunan didirikan lagi. ’fighting the fire before it

start’. Ini dapat dilihat melalui syarat-syarat dan syor-syor kebombaan dalam proses

5

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

kelulusan Pelan Pembangunan, Pelan Bangunan dan Pelan M&E. Proses ini tidak

berhenti disini, kesinambungan aspek keselamatan bangunan disusuli dengan

berberapa siri pemeriksan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) dan pemeriksaan

bagi pengeluaraan ’Fire Certificate’ (FC) bagi berberapa kategori permis ditetapkan

oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran. Ini disusuli program-program kesedaran

keselamatan kebakaran diperingkat awal lagi, seperti Program Kelab 3K, Kadet

Bomba di sekolah rendah dan sekolah menengah, ’fire bridget’ di IPTA dan diikuti

oleh Pasukan Bomba Sukarela, ’Emergency Response Team’ (ERT). Ini jelas

menunjukkan bahawa keperluan kesedaran yang berterusan bagi pihak penghuni-

penghuni bangunan adalah sangat penting bagi menentukan prosedur keselamatan

dan ‘good housekeeping’ yang baik, kekerapan pemeriksaan, penyelenggaraan dan

‘fire drill’ adalah perkara rutin yang perlu diadakan bagi keberkesanan pencegahan

dan pelepasan diri sekiranya berlaku kecelakaan.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini kita sering membaca berita mengenai

mangsa kebakaran yang terperangkap dan rentung di dalam rumah atau bangunan

yang telah terbakar, di Negeri Sabah statistik menunjukkan dari Januari sehingga 08

september 2013 mencatatkan kematian seramai 11 orang melibatkan kebakaran

struktur. Banyak faktor yang menyebabkan kejadian seperti ini berlaku, sama ada

faktor kecuaian atau pun faktor sambil lewa dan tidak mengambil berat menangani

bahaya kebakaran. Kita tidak serius menangani faktor ini dan kita juga sangat

kurang menanamkan perasaan ‘Fire Conscious’, kita hanya akan tersedar dan mula

menunding jari menyalahkan antara satu sama lain apabila telah berlaku sesuatu

bencana yang tidak kita ingini lebih-lebih lagi sekiranya ianya melibatkan nyawa.

Semua pihak perlu sedar bahawa keselamatan kebakaran adalah menjadi

Tanggungjawab Bersama seluruh masyarakat. Masyarakat harus menghayati dan

6

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

mengamalkan budaya penyelenggaraan berhubung dengan keselamatan kebakaran

di premis-premis masing-masing. Kita perlu mengenal pasti kemungkinan kewujudan

risiko di persekitaran dan mengawalnya dari menjadi punca kebakaran. Orang ramai

seharusnya peka terhadap perkara seumpama ini dan sentiasa berhati-hati serta

berwaspada supaya bencana tidak menimpa diri dan keluarga sendiri.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sentiasa terdedah kepada risiko

kebakaran. Hal ini berlaku kerana kita memerlukan api sebagai salah satu sumber

tenaga utarna. Punca api adalah pelbagai dan ianya boleh merebak sehingga boleh

membawa kesan yang buruk. Justeru, adalah sesuatu yang amat penting bagi kita

untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan atau setidak-

tidaknya mengurangkan pendedahan yang berterusan risiko terhadap kebakaran. 1

Maka, salah satunya bidang keselamatan kebakaran yang paling penting adalah

tahap kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran memainkan

peranan penting dalam memastikan kejaaan pelaksanaan Program Pencegahan

Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pelbagai

program dan aktiviti telah dilaksanakan oleh JBPM di seluruh Negara untuk memberi

pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat tentang aspek pencegahan dan

keselamatan kebakaran. Namun saban hari kita terbaca di dada akhbar tentang kes-

kes kebakaran yang telah berlaku seperti kebakaran di rumah, tempat kerja dan

kebakaran yang melibatkan kenderaan.

Pada 17 Jun 2014 Kira-Kira 200 orang tinggal sehelai sepinggang selepas sembilan

rumah di Kampung Pampang Sabah musnah dalam kebakaran yang melibatkan

kerugian lebih ratusan ribu ringgit. Kejadian yang berlaku pada pukul 5.20 petang itu 1Audit Sistem Keselamatan Kebakaran Dl Bangunan Panggung Wayangkajian Kes: Cathay Cineplex Buklt Jambul Dan Cathay Cineplex Prangin Mall, Pulau Pinang, 2011 Sr. Mohd Dzulkarnaen Sudirman, Mism Sr. Mohd Azlan Zaidi, MismSr. Ahmad Zarll Muhd Jamal, Mism

7

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.( Berita Harian, 17 Jun

2014). Sementara dalam satu lagi kejadian, Seorang wanita lumpuh, warga

Indonesia maut dan seorang lagi mengalami kecederaan melecur dalam kebakaran

yang turut memusnahkan lima rumah teres dua tingkat di Kampung Rantau Panjang,

Jalan Kapar, Klang awal pagi pada 21 Disember 2014. (Utusan Malaysia, 21

Disember 2014).

Satu kemalangan yang melibatkan kenderaan telah berlaku pada 5 Jun 2011.

Seorang lelaki warga Bangladesh telah mati rentung apabila van yang dinaiki

bersama rakannya telah merempuh sebuah tembok dan terbakar di Jalan Genting

Klang, Kuala Lumpur. Beliau tersepit tidak dapat diselamatkan oleh rakannya

walaupun pada awalnya terdapat sedikit percikan api dan asap dari bawah van

tersebut, (Kosmo, Jun 2011).

Bagi kebakaran yang melibatkan bangunan tempat kerja pula, pada 25 Mac 2013

Seorang penyelia maut manakala empat lagi pekerja cedera dalam kebakaran di

kilang memproses bahan kimia Peter Grevent Asia Sdn Bhd di Kawasan

Perindustrian Perai. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Mohamadul Ehsan Mohd

Zain berkata mangsa Roslan Othman, 40, maut di tempat kejadian akibat 50 peratus

badannya terbakar dan lemas dalam kepulan asap. Sementara mangsa lain melecur

ialah dua lagi penyelia Baharin Arsad, 49, dan Jamaluludin Ismail, 39, pekerja

bahagian pengeluaran K.Ramis, 41, dan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh

dikenali sebagai Mostak dan mereka dimasukkan ke wad Hospital Seberang Jaya di

sini.Ketika kejadian, mereka dikatakan sedang bekerja di bahagian pengeluaran

yang terletak di tingkat tiga bangunan kilang empat tingkat itu dan kebakaran

dipercayai bermula dari bahagian stor menyimpan bahan kimia bercampur logam di

8

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

tingkat berkenaan. Kebakaran tersebut menyebabkan lebih 80 peratus kilang

berkenaan terbakar dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam

siasatan. (Borneo Post, 26 Mac 2013)

Sebanyak 31,333 kebakaran dicatatkan di seluruh negara pada enam bulan pertama

tahun 2014. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba

dan Penyelamat Malaysia, Dato' Amer Yusof, jumlah ini amat membimbangkan

kerana ia menunjukkan peningkatan sekali ganda berbanding tempoh yang sama

tahun lalu. Daripada jumlah ini katanya, Kedah mencatatkan jumlah tertinggi

kebakaran bangunan iaitu sebanyak 232 kes diikuti Selangor (226 kes) Perak (225

kes) dan Kuala Lumpur (223 kes). Johor pula mencatatkan kebakaran belukar paling

tinggi iaitu sebanyak 3329 kes diikuti Selangor (2775 kes) dan Perak (2415 kes).

Dalam tempoh yang sama JBPM turut melakukan 3242 kerja-kerja penyelamatan,

288 operasi khas dan 7821 khidmat khas.(Berita harian 2014)

Dalam Kajian oleh Surrey Fire Services, British Columbia,(2008) penghantaran dan

pembelajaran pencegahan kebakaran dan penggunaaan smoke alarm oleh

pegawai-pegawai bomba yang berkemahiran dari rumah ke rumah dilaksanakan

untuk mengurangkan kadar kebakaran rumah di City of Surrey. Dalam kajian

tersebut peratusan kebakaran dilihat menurun berbanding sebelum program

tersebut dilaksanakan.2

Sementara dalam kajian yang dijalankan di New Jersey tersebut..menyatakan

bahawa sikap individu yang sambil lewa terhadap pencegahan kebakaran dan

kurangnya minat terhapap pembelajaran am ssperti pencegahan kebakaran kerana

2 Journal Of Safety Research Journal Homepage: Www.Elsevier .Com/Locate/ J S Rreduced Frequency And Severity Of Residential Fires Following Delivery Of Fire Prevention Education By On-Duty Fire Fighters: Cluster Randomized Controlled Study Joseph Clare A,B,⁎, Len Garis A,C, Darryl Plecas C, Charles Jennings D

9

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

mentality mereka berfikiran bahawa masalah tersebut bukan penting bagi mereka

kerana mereka ,beranggapan bahawa terdapat pihak yang akan bertanggungjawab

sekiranya sesuatu kebakaran terjadi. Disini memperlihatkan sikap mereka yang

mementingkan diri sendiri dan tiada kerjasama diantara masyarakat.3

Sementara pada tahun 1974 di Sao Paulo, Brazil seramai 189 orang terbunuh dan

320 cedera dalam kebakaran rumah, manakala di Rio de Jeneiro, Brazil pada

tahun1986 satu lagi kebakaran bangunan meragut 21 nyawa dan 50 cedera. Hasil

siasatan terhadap kebakaran tersebut menunjukkan bahawa berlaku disebabkan

kurangnya kesedaran tentang kepentingan pencegahan kebakaran dan kurang

pemahaman para pekerja mengenai prosedur yang betul dalam menangani masalah

kebakaran tersebut.4

Terdapat juga factor yang menyumbang berlakunya kebakaran yang berpunca

bukan sahaja dari sikap manusia itu sendiri, seperti factor binaan yang tidak bermutu

akan membenarkan api dan juga asap merebak ke bangunan lain, pintu yang rosak

dan lubang-lubang pada dinding selain itu bahan binaan yang mudah terbakar juga

diperkenalkan dalam industry bangunan pada masa sekarang, fenomena ini

menyebabkan peningkatan bahaya kebakaran dalam bangunan. (Jurnal Alam Bina,

1999)5

Semua contoh-contoh kebakaran yang telah dipaparkan tadi pastinya dapat

dijadikan iktibar oleh masyarakat kearah meningkatnya tahap keselamatan

kebakaran bagi mengurang dan menghindarkan kemalangan jiwa mahupun harta

3 Journal Entry 6, February 2011: Fire Prevention, Public Education, and Firefighter Safety

4 Fire SafetyJournal44(2009)749–755 ; An analysisofthefiresafetycodesinBrazil:Istheperformance-based approachthebestpractice? RodrigoMachadoTavares

5 Bahaya Kebakaran dan tindakan pencegahan kebakaran pada bangunan Tinggi, Jurnal Alam Bina 1999

10

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

benda dalam kebakaran. Rancangan pra-kebakaran yang baik seperti penyediaan

alat pemadam api mudah alih di kediaman, tempat kerja serta kenderaan dan

penyediaan laluan keselamatan di bangunan adalah penting sebagai langkah

permulaan untuk mengelakkan kebakaran yang lebih besar sehingga melibatkan

kehilangan nyawa.

3.0 Persoalan Kajian:

Secara khususnya, kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Adakah wujud perbezaan yang signifikan antara purata tahap kesedaran

masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran mengikut jantina?

2. Adakah wujud perbezaan yang signifikan antara purata tahap kesedaran

masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran mengikut kumpulan

umur?

3. Adakah wujud hubungan antara tahap kesedaran masyarakat mengenai

aspek keselamatan kebakaran dengan tahap pendidikan?

3.1 Kawasan Kajian:

Kawasan Kajian bagi kajian ini di sebuah pusat membeli belah di Kota

Samarahan iaitu di Summer Mall Kota Samarahan

3.2 Objektif Kajian:

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari perhubungan di antara beberapa

pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar iaitu tahap kesedaran

masyarakat dalam aspek keselamatan kebakaran. Ia meliputi dua jenis objektif

iaitu objektif umum dan objektif khusus.

3.2.1 Objektif Umum:

11

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Objektif Umum kajian ini adalah untuk menghuraikan tentang tahap

kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kebakaran dan

keberkesanan aktiviti pameran kebombaan.

3.2.2 Objektif Khusus:

1. Untuk mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat mengenai aspek

keselamatan kebakaran

2. Mengenalpasti perbezaan tahap kesedaran masyarakat mengenai aspek

keselamatan kebakaran mengikut jantina dan kumpulan umur.

3. Mengenalpasti hubungan antara tahap kesedaran masyarakat mengenai

aspek keselamatan kebakaran dengan tahap pendidikan.

3.4 Pembolehubah

Kajian yang dijalankan ini diselaraskan dengan kerangka konseptual yang

mengandungi beberapa pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar.

Pembolehubah bersandar ialah tahap kesedaran keselamatan kebakaran,

manakala pembolehubah bebas mengandungi factor demografi seperti jantina,

kumpulan umur dan tahap pendidikan. Berdasarkan kerangka konsep dalam

Rajah di bawah , kajian ini dibuat untuk mengenalpasti samaada pembolehubah

bebas mempunyai hubungan dan perbezaan yang signigfikan dengan

pembolehubah bersandar iaitu tahap kesedaran keselamatan kebakaran.

Kerangka konsep dapat diperjelaskan melalui Rajah dibawah:

Pembolehubah Bebas Pembolehubah bersandar

12

i) Jantina

ii) Kumpulan

iii) Tahap pendidikan

Tahap kesedaran keselamatan keselamatan

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

3.5 Hipotesis

Kajian ini cuba mengenalpasti sama ada tahap kesedaran masyarakat terhadap

aspek keselamatan kebakaran mempunyai hubungan yang positif dan terdapat

perbezaan yang signifikan dengan factor-faktor jantina, kumpulan umur dan tahap

pendidikan. Hipotesis kepada kajian yang akan dijalankan ini adalah berdasarkan

kepada hipotesis nul (Ho).

Hipotesis 1 : Wujud perbezaan yang signifikan antara purata tahap kesedaran

masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran mengikut jantina.

Ho1 : Tidak wujud perbezaan yang signifikan antara purata tahap

kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran

dengan jantina.

Ha1 : Wujud perbezaan yang signifikan antara purata tahap kesedaran

masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran dengan jantina.

Hipotesis 2 : Wujud perbezaan yang signifikan antara purata tahap kesedaran

masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran kebakaran

mengikut kumpulan umur.

Ho2 : Tidak wujud perbezaan yang signifikan antara purata tahap

kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran

mengikut kumpulan umur.

13

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Ha2 : Wujud perbezaan yang signifikan antara purata tahap kesedaran

masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran mengikut

kumpulan umur.

Hipotesis 3 : Wujud hubungan antara tahap kesedaran masyarakat mengenai

aspek keselamatan kebakaran dengan tahap pendidikan.

Ho3 : Tidak wujud hubungan antara tahap kesedaran masyarakat mengenai

aspek keselamatan kebakaran dengan tahap pendidikan.

Ha3 : Wujud hubungan antara tahap kesedaran masyarakat mengenai

aspek keselamatan kebakaran mengikut tahap pendidikan.

3.6 Populasi dan Persampelan

3.6.1 Populasi Kajian

Kajian ini akan dijalankan ke atas orang awam yang berkunjung ke pameran

Kempen pencegahan kebakaran yang terdiri dari pelbagai peringkat umur

yang dicadangkan diadakan di Summer Mall Kota Samarahan. Pemilihan

responden adalah dari kalangan yang boleh membaca agar dapat memberi

jawapan bermakna dan boleh dipercayai.

3.6.2 Sampel Kajian:

Terdapat dua kriteria bagi menentukan sesuatu sampel yang baik iaitu perwakilan

dan kecukupan (Ary, 1985). Perwakilan bermakna sampel yang dipilih mestilah

mewakili populasi kajian. Bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel minimum yang

digunakan dalam kajian ini, penyelidik merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz

14

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (dalam Isaac & Michael, 1984)

yang mempunyai 95% aras keyakinan. Berdasarkan rumus tersebut sampel kajian

ditentukan.

Berdasarkan jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan

Morgan maka jumlah sempel yang sesuai ialah 802 orang responden. Dalam kajian

ini sebanyak 1000 set soal selidik akan disediakan dan diedarkan untuk pengujung

yang akan ke datang ke Pameran tersebut. Pemilihan responden adalah di kalangan

pelbagai umur serta boleh membaca supaya dapat memberi jawapan yang

bermakna dan boleh dipercayai.pemilihan responden dipilih secara rawak mudah.

4.0Metodologi Kajian

Metodologi ialah gabungan antara dua perkataan Yunani iaitu “methodos” yang

bermaksud cara atau kaedah dan “logos” bererti ilmu. Hasil gabungan daripada dua

perkataan ini membawa pengertian bahawa metodologi ialah cara atau kaedah bagi

memahami sesuatu perkara yang berkaitan dengan ilmu yang hendak dikaji.

Kenneth D. Bailey mendefinisikan metodologi ialah falsafah proses penyelidikan dan

kriteria yang digunakan oleh penyelidik untuk mentafsirkan data dan membuat

kesimpulan.6 Manakala Imam Barnadib pula menjelaskan metodologi sebagai ilmu

tentang menjalankan penelitian.7 Dengan kata lain, metodologi ialah ilmu tentang

cara atau kaedah yang digunakan untuk melakukan sesuatu kajian atau

penyelidikan.

6 Bailey Kenneth (1982), Kaedah Penyelidikan Sosial, (terj.) Hashim Awang, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, h. 47.

7 Imam Barnadib (1982), Arti dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogyakarta : Yayasan FIK-IKIP, h. 51.

15

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Penyelidikan pula menurut Tuckman dan Sidekn Mohd. Noah, menjelaskan ia

sebagai satu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu

masalah.8 Penyelidikan juga bermaksud sesuatu yang dijalankan sama ada untuk

mengetahui apa yang sedang berlaku, telah dan akan berlaku bagi menambah

pengetahuan.9 Oleh itu penyelidikan ialah tatacara yang digunakan secara

sistematik untuk mengetahui sesuatu masalah yang dikaji untuk menambah ilmu

pengetahuan.

Kesimpulannya, metodologi penyelidikan ialah kaedah yang sistematik dalam proses

mengumpul data atau maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dikaji

sebagai menambah ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan. Secara umumnya

dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan Metode Pengumpulan Data

dan Metode Analisis Data dan Metode Persampelan.

4.1 Metod/ Kaedah Pengumpulan Data

Metode pengumpulan data ialah kaedah mengumpul maklumat secara terperinci

yang diketahui atau telah dikumpulkan mengenai sesuatu dan seterusnya dijadikan

asas untuk membuat kajian secara analisis atau kesimpulan. Terdapat dua bentuk

kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

Penyelidikan kualitatif adalah penggunaan fakta, maklumat, pernyataan, ulasan,

tanggapan, maksud, konsep, ciri-ciri, simbol, persepsi, metafora, perasaan dan

seumpamanya. Melalui kaedah kualitatif ini, penyelidik dapat mengkaji secara

mendalam fenomena yang berlaku dalampengkajian tersebut secara realitinya.10

8 Sidek Mohd. Noah (2000), Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis, Serdang : UPM, h.2

9 Mohd Shafie Abu Bakar (1991), Metodologi Penyelidikan Untuk Ekonomi dan Bidang-bidang

Berkaitan, edisi kedua, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 12.

10 Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan : Suatu Sorotan, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian

16

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kualitatif ini adalah dalam bentuk

buku, majalah, disertasi, jurnal, kertas kerja, buku, seminar, buku harian rasmi,

pamplet, wawancara dan observasi.

Penyelidikan kuantitatif pula adalah data yang diperolehi dalam bentuk angka atau

bilangan dan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu.

Penganalisisan data kuantitatif selalunya dilakukan dengan menggunakan kaedah

statistik. Data-data yang diperolehi dikemukakan dalam

bentuk carta dan jadual. Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kuantitatif

adalah terdiri daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden-

responden yang telah dipilih. Dalam usaha mengumpul data yang diperlukan,

pengkaji menggabungkan beberapa metode dengan melakukan dua bentuk

penyelidikan utama iaitu Kajian Perpustakaan (Library Research) dan Kajian

Lapangan (Field Research)

a) Kajian Perpustakaan (Library Research)

Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang

penyelidik bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan

rekod.11 Ia hampir sama dengan metode dokumentasi. Ia merujuk kepada proses

pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-

dokumen yang ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti.12 Dengan

ini metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan studi

terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang di teliti.

Islam Universiti Malaya, hh. 6-7.

11 Mohd Shafie Abu Bakar (1991), op.cit., h. 41.

12 Charles Issawi (1962), Filsafat Islam Tentang Sejarah, (terj.) Ali Mukti, Jakarta : Tinta Mas, h. 36.

17

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada dokumen-

dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya

dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan

masalah yang dikaji.

Penggunaan metode ini memberi fungsi yang penting bagi menyiapkan kajian ini.

Pengkaji akan mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk mengumpul bahan-

bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Bahan-bahan

yang diperolehi pengkaji adalah seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah, kertas-

kertas seminar, akhbar dan lain-lain.

b) Kajian Lapangan (Field Research)

Dalam penyelidikan ini, kajian lapangan banyak digunakan bagi melengkapi data

perpustakaan selain membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumatmaklumat

yang baru. Ini adalah kerana tidak semua maklumat boleh didapati di perpustakaan.

Dalam konteks ini, apa yang dihadapi adalah area penghayatandan pengamalan

yang dipanggil pendekatan empirikal.13 Sehubungan dengan itu, pengkaji

mengunjungi tempat kajian untuk membuat pengamatan secara langsung dengan

lebih jelas mengenai objek penelitian. Ia bertujuan membuat penyelidikan secara

langsung dengan mendatangi responden atau objek yang menjadi sasaran untuk

dikaji serta dibuat perumusan dan kesimpulan yang diperlukan. Bagi menjalankan

kajian ini,

pengkaji bercadang memulakan proses kajian lapangan dengan beberapa prosedur,

diantaranya:

13H. Syahrin Harahap (2001), Metodologi Studi dan Penelitian Ilmu-ilmu Ushuluddin, Jakarta: PT

RajaGrafindo Persada, h. 7.

18

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

a) Memohon kebenaran secara lisan dari Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia Negeri Sarawak untuk menjalankan kajian ini.

b) Mendapatkan maklumat berkenaan kempen mencegah kebakaran dari Unit

Korporat JBPM Negeri Sarawak dan Bahagian Keselamatan kebakaran.

c) Memohon kebenaran daripada Summer Mall Kota Samarahan untuk mengadakan

kempen dan pameran tersebut.

d) Pengkaji juga memohon kebenaran dan bantuan pegawai-pegawai

untukmengedar borang soal selidik. Setelah semua permohonan kebenaran

diperolehi, pengkaji akan melantik seorang pegawai bomba sebagai pembantu untuk

mengedarkan borang soal selidik kepada sampel serta memberi penerangan ringkas

mengenai tujuan soal selidik dijalankan. Pengkaji juga memilih masa yang sesuai

iaitu sekitar pertengahan tahun 2015 iaitu bersamaan dengan Hari Bomba yang

diadakan pada bulan Mei setiap tahun.

Selepas itu responden diminta mengembalikan soal selidik kepada pihak bomba

yang telah dilantik oleh pengkaji dan diserahkan kepada pengkaji untuk proses

analisis. Justeru metode-metode yang digunakan dalam kajian lapangan ini adalah

seperti berikut:

i. Metode Temubual (Interview)

Metode temubual atau wawancara ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan

keterangan atau pendirian secara lisan daripada responden dengan bercakap-cakap

berhadapan muka (face to face) dengan orang itu.2214 Kaedah temubual juga

14 Koentjaraningrat (1991), Metode-metode Penelitian Masyarakat, cetakan kedua, Jakarta : Pustaka

19

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang melibatkan interaksi sosial

antara individu,15 dan ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengetahui

bagaimana sesuatu situasi dilihat dari perspektif orang lain. Dalam usaha untuk

mendapatkan data serta maklumat, pengkaji akan menggunakan metode ini dengan

memilih beberapa orang responden yang dirasakan mempunyai kelayakan yang

secukupnya.

Selain itu juga, temubual tidak berstruktur dengan pegawai-pegawai bomba yang

bertugas di balai-balai, pegawai-pegawai kanan seperti penolong kanan penguasa

bomba dan penguasa bomba yang bertugas di bahagian Latihan Negeri dan juga di

bahagian keselamatan kebakaran serta unit korporat, dilakukan untuk mendapat

maklumat tambahan. Kaedah temubual juga dapat memberi maklumat berkenaan

perasaan, kehendak dan sebagainya untuk mencapai sesuatu objektif

penyelidikan.2516 Temubual tidak berstruktur dijalankan adalah untuk mendapat

maklum balas yang di luar jangkaan pengkaji. Temubual tidak berstruktur sesuai

digunakan sekiranya soalan yang dikemukakan menghendaki jawapan yang

memerlukan pemikiran kritis bila mana pengkaji tidak dapat menjangka dengan tepat

semua kemungkinan jawapan yang diberi oleh subjek.17

Bagi melengkapkan penyelidikan ini beberapa orang responden yang terpilih akan

ditemubual untuk membantu melengkapkan penyelidikan ini.

ii. Metode Pengamatan (Observation)

Utama Gramedia, h. 129.

15 Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), Manual

Kursus Kajian Tindakan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 29.

16 Mohd Majid Konting (1998), op.cit., h. 202.

17 Deobold B. Van Dalen (1993), op.cit., h. 25

20

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Metode pengamatan ialah cara pengumpulan data dengan melakukan pengamatan

secara langsung terhadap sesuatu penelitian atau objek yang dikaji.18 Cara

pemerhatian amat berkesan sekali untuk melihat perkembangan dan perubahan

yang berlaku ke atas perkara yang diperhatikan.2819 Dalam kajian ini, pengkaji akan

menggunakan metode pengamatan (observasi) sama ada secara langsung atau

tidak langsung bertujuan untuk mendapat gambaran umum yang berkaitan dengan

nilai, sikap dan budaya orang awam terhadap kesedaran mengenai keselamatan

kebakaran. Pengkaji juga menggunakan pengamatan untuk menganalisis data

sebelum membuat kesimpulan. Observasi yang akan dijalankan dalam kajian ini

adalah berdasarkan pengalaman pengkaji kerana pengkaji sendiri adalah salah

seorang pegawai bomba yang berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat

Negeri Sarawak. Pengalaman daripada pengamatan ini tidak hanya terhad kepada

pengkaji sahaja bahkan meliputi apa sahaja observasi yang telah dijalankan oleh

orang lain di samping merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman. Pengkaji

berpandangan metode observasi memainkan peranan yang penting dalam

pengumpulan data dan maklumat bagi menyelesaikan kajian ini.

iii. Metode Soal selidik (Questionaire)

Metode soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat daripada responden

yang ramai.20 Soal selidik merupakan suatu senarai yang terdapat rangkaian

pertanyaan mengenai sesuatu hal atau dalam sesuatu bidang. Oleh yang demikian

soal selidik bermaksud suatu daftar atau senarai pertanyaan untuk memperolehi

18 Abdul Halim bin Haji Mat Diah (1987), Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi, Kuala

Lumpur: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya, h. 129.

19 Samarudin Rejab & Nazri Abdullah (1982), op.cit., h. 33.

20 Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), op.cit., h. 29.

21

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

data yang merupakan jawapan-jawapan daripada para responden.21 Menurut Mohd

Majid Konting, soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam

penyelidikan pendidikan. Ia bertujuan untuk mendapat maklumat berkenaan fakta-

fakta kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Penggunaan soal selidik

adalah lebih praktikal dan berkesan jika saiz sampel adalah besar.22 Ia berbentuk

satu senarai soalan-soalan yang bertulis. Soalan-soalan ini disediakan oleh pengkaji

yang difikirkan merangkumi subjeknya dengan menyenaraikan soalan-soalan yang

terang dan senang difahami.23 Metode soal selidik akan diaplikasi dalam kajian ini

untuk mendapatkan maklumat terperinci dan signifikan berhubung dengan aspek

Tahap Kesedaran Terhadap Aspek Keselamatan Kebakaran dan Keberkesanan

Program Pameran Kebombaan terhadap orang awam. Sehubungan dengan itu,

pengkaji akan mengedarkan borang-borang soal selidik kepada responden dalam

orang awam yang akan berkunjung ke pameran/ kempen yang akan diadakan kelak

untuk mendapat maklum balas bagi menentukan latar belakang sampel, persoalan

berkaitan dengan aspek-aspek keselamatan kebakaran serta keberkesanan

program pameran kebombaan.

Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian A dan B

Bahagian A menjelaskan tentang latar belakang responden. Jenis soalan yang

dikemukakan adalah berbentuk demografi iaitu mendapatkan maklumat asas

tentang responden yang kemudiannya digeneralisasikan kepada populasi21 Selo Soemardjan (1985), “Penyusunan dan Penggunaan Kuessioner”, dalam Koentjaraningrat

(ed.), Metod-metod Penelitian Masyarakat, cetakan ketujuh, Jakarta : PT Gramedia, h. 173

22 Mohd Majid Konting (1998), Kaedah Penyelidikan, cetakan ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka, h. 202.

23 Samarudin Rejab & Nazri Abdullah (1982), Panduan Menulis Tesis, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, h. 30.

22

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

kajian.24 Di antaranya:

i) Jantina

ii) Umur

iii) Kewarganegaraan

iv) Kelulusan Akademik

v) Pekerjaan.

Bahagian B mengandungi sepuluh (10) item yang berhubung dengan aspek

Kesedaran keselamatan kebakaran dan keberkesanan program kempen mencegah

kebakaran.

Di antaranya:

i. Tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai bahaya kebakaran

dikediaman atau tempat kerja

ii. Risiko kebakaran di kediaman

iii. Persediaan menghadapi kecemasan kebakaran

iv. Penyediaan peralatan alat pemadam api

v. Kesediaan Memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada ahli keluarga

vi. Kepentingan nasihat dan tunjuk anjar dari pihak bomba berkenaan

keselamatan kebakaran

vii. Pengetahuan diperoleh setelah melawat gerai pameran bomba

24 Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), op.cit., h. 30.

23

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

viii. Bahan dan peralatan yang dipamerkan menarik untuk meningkatkan

pengetahuan mengenai keselamatan kabakaran.

ix. Bahan dan peralatan yang dipamerkan berfaedah dan meningkatkan

kesedaran keselamatan kebakaran

x. Pandangan perkhidmatan yang diberikan JBPM kepada masyarakat.

Metode soal selidik merupakan tunjang dalam penyelidikan ini kerana hasil

daripada maklumat yang diperolehi akan dianalisis secara statistic.

Contoh Borang Soal Selidik Adalah seperti berikut:

BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A:

Sila tandakan ( / ) dalam ruangan yang berkaitan1. Jantina : ( ) Lelaki ( ) Perempuan2. Umur : ( ) Bawah 18 tahun ( ) 19 hingga 25 tahun

( ) 26 hingga 40 tahun ( ) 41 tahun ke atas3. Kewarganegaraan: ( ) Warganegaraan ( ) Bukan Warganegara4. Kelulusan Akademik: ( ) Diploma ke atas ( ) Sijil Persekolahan

( ) Lain-lain (nyatakan)_______________________5.Pekerjaan ( ) Kakitangan Kerajaan( ) Kakitangan Swasta

( ) Bekerja Sendiri ( ) Pelajar( ) Lain-lain (nyatakan)

BAHAGIAN B:Sila tandakan pendapat anda pada skala 1-5 dalam setiap aspek di bawah dengan tanda (/) di petak berkaitan.

Sangat Tidak Tidak setuju Sangat

24

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

1. Tahap kesedaran dan pengetahuan saya mengenai bahaya kebakaran dikediaman atau tempat kerja saya adalah tinggi.2. Risiko kabakaran di kediaman saya adalah rendah kerana saya sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan.3. Saya sedia menghadapi kecemasan kebakaran kerana saya telah menyediakan Rancangan Pra-kebakaran4. Saya sanggup menyediakan alat pemadam api dan alat pengesan asap dikediaman saya demi keselamatan kebakaran walaupun melibatkan kos kewangan saya.5. Saya bersedia memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada ahli keluarga untuk menghadapi kecemasan kebakaran.6. Saya berpendapat nasihat dan tunjuk ajar dari pegawai bomba dalam menyediakan diri dan keluarga menghadapi kecemasan kebakaran adalah penting dan bersedia berjumpa mereka7. Saya mendapat banyak pengetahuan mengenai keselamatan keselamatan kebakaran semasa melawat gerai pameran JBPM8. Bahan dan peralatan yang dipamerkan adalah menarik untuk meningkatkan pengetahuan saya mengenai keselamatan kebakaran9. Penerangan yang diberikan oleh pegawai bomba semasa pameran sangat berfaedah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai keselamatan kebakaran.10. Keseluruhannya saya berpendapat perkhidmatan yang diberikan JBPM kepada masyarakat adalah baik

tidak setuju

setuju pasti setuju

4.2 Metod/ Kaedah Analisis data:

Kaedah pengumpulan data

Data penyelidikan ini akan menggunakan satu set soal selidik untuk dijawab oleh

pengujung pameran. Penyelidik sendiri yang akan mentadbir soal selidik di gerai

pameran. Satu penerangan ringkas akan diberikan kepada responden untuk

menjawab dan meyakinkan mereka tentang kerahsiaan jawapan mereka. Setiap

responden hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menjawab.

Kaedah alpha Cronbach dalam Statistical Packages for Sosial Sciences (SPSS)

17.00 digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan item. Alpha Cronbach adalah

25

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

reliability coefficient yang menunjukkan hubungan setiap item dalam set soalan.

Sekiranya nilai Alpha hampir kepada 1,maka makin tinggi kebolehpercayaan item.

Jika nilai kurang dari 0.6 adalah lemah. Sekiranya nilai Alpha adalah 0.7, ia boleh

diterima dan jika nilainya adalah 0.8, ia adalah sangat baik (Sekaran, 1992

Data dan maklumat yang diperolehi daripada soal selidik akan diproses secara

prosedur statistic deskriptif dan inferensi. Skor mentah yang diperolehi akan

dimasukkan dalam perisian SPSS Version 17.0. Statistik deskriptif digunakan bagi

menerangkan ciri-ciri demografi. Ia digunakan untuk memperolehi data yang

dianggap sebagai ringkasan kepada keseluruhan set data. Kaedah ini dapat

memberi gambaran tentang komposisi dan ciri-ciri responden dari segi jumlah skor,

peratus, kekerapan, (mod) dan purata (min). manakala statistic inferensi digunakan

bagii tujuan hipotesis nul (Ho). Seandainya ujian yang dijalankan mendapati bukti

yang mencukupi untuk menolak hipotesis nul, maka hipotesis alternatif (Ha) akan

diterima atau kajian adalah signifikan. Statistic inferensi yang digunakan ialah ujian

independent-t, ANOVA, dan chi-square digunakan untuk mengkaji perbandingan

tahap kesedaran keselamatan kebakaran dengan kumpulan umur responden.

Metode SPSS (Statistical Package for the Social Sciences)25diaplikasi dalam

menganalisis borang soal-selidik yang telah dikembalikan. Setelah data diperolehi

dan diproses dengan menggunakan “Kaedah SPSS” untuk menunjukkan perolehan

data. Kaedah ini adalah satu program komputer yang disusun khas untuk

menganalisis data daripada metode soal-selidik. Dengan kaedah SPSS ini

seseorang penyelidik boleh membuat perkiraan mengenai purata (min), sisihan

piawai, varians dan lain-lain bagi sesuatu pembolehubah.26 25 Zulkarnain Zakaria & Hishamuddin Md. Som (2001), Analisis Data Menggunakan SPSS Windows,

Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

26 Ahmad Mahdzan Ayob (1983), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu Pengenalan, Kuala

26

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Apabila data melalui metode soal-selidik telah dikumpulkan dan dikey-in dalam

borang yang disediakan dalam program SPSS, ia akan dianalisis dan dikemukakan

dalam bentuk statistik deskriptif. Menurut Alias Baba, statistic deskriptif digunakan

untuk memperihalkan keadaan data yang terdapat pada sampel kajian. Ianya ialah

proses mengumpul data, membuat rumusan dan menyampaikan rumusan dan

bentuk yang senang difahami oleh kumpulan sasaran.27 Selain itu, statistik deskriptif

bertujuan memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu

populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.28 Oleh itu statistik

deskriptif adalah memperihal keadaan data yang terdapat pada sampel bermula dari

proses pengumpulan sehingga kepada rumusan dengan cara sistematik dan tepat.

Segala data yang diperolehi daripada temubual tidak berstruktur juga dianalisis

secara kualitatif bagi menyokong dan dapat menguatkan lagi kajian ini.

5.0Garis Kasar Laporan Kajian

Secara umumnya penulisan bersistematik adalah penting untuk menghasilkan

sebuah disertasi yang baik. Pengkaji akan membahagikan kajian ini kepada

perbincangan berikut:

Abstract

Abstrak

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 106.

27 Alias Baba (1997), Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial, cetakan kedua, Bangi :

Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 22

28 Sidek Mohd Noah (2000), op.cit.

27

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Dedikasi

Penghargaan

Daftar Isi

Senarai Jadual

Senarai Lampiran

Senarai Kependekan

Panduan Transliterasi

BAB PERTAMA - BAHAGIAN PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

1.2 RUMUSAN MASALAH KAJIAN

1.3 PENGERTIAN TAJUK

1.4 OBJEKTIF KAJIA N

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

1.6 SKOP KAJIAN

1.7 KAJIAN–KAJIAN LEPAS

1.8 METODOLOGI KAJIAN

1.8.1 Metode Pengumpulan Data

1.8.2 Metode Analisis Data

1.8.3 Metode Persampelan

28

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

1.9 SISTEMATIKA PENULISAN

BAB KEDUA – PERBINCANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN

2.1 PENGENALAN

2.2 KONSEP KEBAKARAN

2.2.1 Pengertian Bahasa

2.2.2 Pengertian Istilah

2.3 CIRI-CIRI KEBAKARAN

2.4 HUBUNGKAIT TAHAP KESEDARAN ORANG AWAM BERKAITAN

KESELAMATAN KEBAKARAN

2.5 KEMPEN DAN PAMERAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

2.6 KESIMPULAN

BAB KETIGA – KESAN SERTA IMPAK KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN

3.1 PENGENALAN

3.2 FAKTOR MENYUMBANG UNTUK MENGADAKAN KEMPEN

3.3 KESAN KEPADA ORANG AWAM DAN MASYARAKAT

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 SARANAN

4.2 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

5.0 KESIMPULAN

29

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

6.0 Perancangan Gerak Kerja

Kajian yang dirancangkan mengambil masa lebih kurang 5 bulan iaitu pada

keseluruhan kajian dari awal perancangan hinggalah ke penulisan laporan.

Pada fasa pertama dalam tempoh sebulan proses perbincangan dengan penyelia,

Membuat sorotan literature & menambah baiki proposal, Membuat persediaan

pembentangan proposal dan Membentang proposal Menyiapkan bab 1, Mengenal

pasti responden & informan kajian yang terlibat Menyerahkan bab 1 kepada penyelia

Kemudian pada fasa kedua dalam tempoh sebulan Merangka set soal selidik dan

temu bual, Menyiapkan bab 2, Menjalankan kajian rintis bagi set soal selidik yang

disediakan Menyerahkan bab 2 kepada penyelia

Menyiapkan bab 3 dan Membaiki set soal selidik Menyerahkan bab 3 kepada

penyelia

Fasa ketiga dalam tempoh 5 hari pameran Mengedarkan soal selidik kepada

responden yang terlibat, Mengadakan temu bual dengan informan, yang terdiri dari

pegawai bomba dan orang perorangan.

Seterusnya fasa ke empat dalam sebulan bulan Menganalisis soal selidik dan

menyiapkan bab 4 1 bulan Menyerahkan bab 4 dan menyiapkan bab

Menyerahkan bab 5

Dan fasa terakhir dalam masa sebulan Mencetak draf pertama & membuat

pembaikian, Menyerahkan draf kajian untuk pemeriksaan dan membuat pembaikian

terhadap hasil pemeriksaan..

30

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

6.0 Cadangan Rujukan

Abdul Ghani Hj. Shamsudin (1994), “Falsafah Pendidikan Islam: Suatu

Perspektif Baru”, dalam Abd Halim El-Muhammady (ed.), Pendidikan Islam:

Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Bangi: Persatuan Bekas

Mahasiswa Islam Timur Tengah.

Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah,Disiplin dan

Peranan Pendidik, Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.

Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mahdzan Ayob (1983), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu

Pengenalan,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alias Baba (1997), Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial,

Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Hazil Abdul Hamid (1990), Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif

Pembangunan Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidek Mohd. Noah (2000), Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan

Praktis,mSerdang : UPM.

7.0 Kesimpulan:

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat menunjukkan bahawa kedua-dua objektif

iaitu objektif umum dan objektif khusus tercapai. Objektif umum kajian ini adalah

31

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

untuk menghuraikan tentang tahap kesedaran masyarakat terhadap aspek

keselamatan kebakaran. Oleh itu dengan adanya penyelidikan ini akan dapat

memberikan kesedaran yang optimum kepada masyarakat dan pihak-pihak yang

bertanggungjawab serta dapat bekerjasama dalam mencegah kebakaran berlaku.

Bibliografi

Audit Sistem Keselamatan Kebakaran Dl Bangunan Panggung Wayangkajian Kes:

Cathay Cineplex Buklt Jambul Dan Cathay Cineplex Prangin Mall, Pulau Pinang,

2011 Sr. Mohd Dzulkarnaen Sudirman, Mism Sr. Mohd Azlan Zaidi, MismSr. Ahmad

Zarll Muhd Jamal, Mism

Ary, D. Jacobs, L. C & Razavieh, A (2002). Introduction to research in education.

Forth Worth: Holt, Renehart & Winston, Inc

Bahaya Kebakaran dan tindakan pencegahan kebakaran pada bangunan Tinggi,

Jurnal Alam Bina 1999

Borneo Post (2013). Penyelia kilang maut, empat rakan cedera dalam kebakaran

32

NAMA : LAVITA SUOK NO MATRIK : 215888

Fire SafetyJournal44(2009)749–755 ; An

analysisofthefiresafetycodesinBrazil:Istheperformance-based

approachthebestpractice? RodrigoMachadoTavares

Journal Entry 6, February 2011 (Ron Kanterman): Fire Prevention, Public Education,

and Firefighter Safety...A Perfect Trio

Journal Entry 6, February 2011: Fire Prevention, Public Education, and Firefighter

Safety

Journal Of Safety Research Journal Homepage: Www.Elsevier .Com/Locate/ J S

Rreduced Frequency And Severity Of Residential Fires Following Delivery Of Fire

Prevention Education By On-Duty Fire Fighters: Cluster Randomized Controlled

Study Joseph Clare A,B, , Len Garis A,C, Darryl Plecas C, Charles Jennings D⁎

Sekaran, Uma. (1992). Research Method for Business: A Skill Building Approach,

2nd Edition. New York: John wiley and Son Inc

Utusan Malaysia (2014). Sembilan rumah musnah dalam kebakaran di Keningau

Utusan Malaysia (2014). Wanita Indonesia maut, 5 rumah musnah dalam kebakaran

33