sahsiah etika

15
Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk “Kod etika Internet bendung khabar angin” melihat internet ibarat pisau yang “boleh memotong dan juga membunuh”. Kepincangan belia yang mengadap komputer sepanjang hari berchatting, melayari laman porno, asyik bermain video game dan terdapat pula laman web yang menyebarkan fitnah terhadap individu atau atau kerajaan. Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui laman web juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada masyarakat. Tindakan kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertujuan mengadakan forum dan membincangkan “kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia” sangatlah dialu-alukan. Etika guru-guru dalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan dalam etika perguruan. Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika profesion perguruan supaya semua guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih beretika semasa menjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke dalam mesyuarat guru pertama setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang kepentingannya. Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh guru-guru sebagai semakan untuk dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah guru. Ini dijangka mampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah. Pihak pentadbir harus faham Teori Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru, malah ramai guru yang harus dipantau dan diawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998). Guru-guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom “kucing tiada, tikus bermaharajalela”. Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia) digubal semula mengikut keperluan semasa. Penggubalan kod etika guru yang baru harus mengambil kira pandangan guru-guru secara keseluruhannya. Kajian-kajian mengenai keberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara komprehensif guna untuk mengetahui tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan. Kesimpulan Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut. Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa

Upload: aku-hafif

Post on 21-Jun-2015

15.713 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Sahsiah etika

Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk “Kod etika Internet bendung

khabar angin” melihat internet ibarat pisau yang “boleh memotong dan juga

membunuh”. Kepincangan belia yang mengadap komputer sepanjang hari

berchatting, melayari laman porno, asyik bermain video game dan terdapat pula

laman web yang menyebarkan fitnah terhadap individu atau atau kerajaan.

Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui laman web juga

berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada masyarakat. Tindakan

kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia,

menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertujuan mengadakan

forum dan membincangkan “kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia”

sangatlah dialu-alukan. Etika guru-guru dalam penggunaan ICT ini juga harus

dimaktubkan dalam etika perguruan.

Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika

profesion perguruan supaya semua guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih

beretika semasa menjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke

dalam mesyuarat guru pertama setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru

tentang kepentingannya.

Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh

guru-guru sebagai semakan untuk dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah

guru. Ini dijangka mampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah. Pihak

pentadbir harus faham Teori Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru,

malah ramai guru yang harus dipantau dan diawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg

dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998). Guru-guru di sekolah sudah biasa

dengan sindrom “kucing tiada, tikus bermaharajalela”.

Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion

Perguruan Malaysia) digubal semula mengikut keperluan semasa. Penggubalan kod

etika guru yang baru harus mengambil kira pandangan guru-guru secara

keseluruhannya. Kajian-kajian mengenai keberkesanan kod etika guru harus

dijalankan secara komprehensif guna untuk mengetahui tahap kesedaran,

pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan.

Kesimpulan

 

Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia

masih dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar

pengiktirafan tersebut. Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada

Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak

berapa memberangsangkan, para guru harus bersyukur kerana tugas guru

merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan menjadi agenda utama

kerajaan.

 

Page 2: Sahsiah etika

Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan

teori-teori yang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan

dunia perguruan, diikuti dengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai

moral yang seharusnya ada pada seorang guru dan tanggungjawab seorang guru.

 

Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan nilai etika seorang

guru yang juga seorang penjawat awam. Bagi guru-guru, kita adalah terikat kepada

etika Kementerian Pelajaran, Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan Perintah

Am. Guru-guru harus mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini

supaya masyarakat memandang tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-guru

Malaysia.

 

Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu yang berkaitan

dengan pematuhan etika perguruan. Terdapat tujuh isu yang diketengahkan, iaitu,

isu penilaian; isu amanah; isu ikhlas; isu dedikasi; isu bersyukur; isu gangguan

seksual; dan isu sekitar etika perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa

cadangan juga disarankan dalam kupasan setiap isu untuk memperbaiki keadaan

yang wujud. Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru-guru banyak “dipalit arang”

oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang perguruan.

 

Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan

kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan

dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan

akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia.

 

 

 

 

 

 

BIBLIOGRAFI

 

Buku Rujukan

 

Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan

Berpasukan . Wawasan. Ogos 1990. 5 – 15.

 

Page 3: Sahsiah etika

Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan

Pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 – 40

 

Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin.

 

Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon,

J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching.

Buckingham: Open University Press. 25 - 36.

 

Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan

Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham:

Open University Press. 37 – 49.

 

Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An

Introduction to Teaching Young Children. Ohio : Charles E. Merill

 

Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The Lives of

Children? : An Introduction to Teaching Young Children. New Jersey: Prentice Hall.

 

Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme.

Serdang: Penerbit UPM.

 

Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior

(Edisi 5). Boston: Allyn and Bacon.

 

Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Disember 1997

 

Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:

Teks Publishing.

 

Page 4: Sahsiah etika

Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall.

 

Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration:

Concepts and Practices (Edisi 4). Belmont: Wadsworth / Thomson

 

Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman.

 

Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran

Malaysia. Jld. 23 (58) April 1978. 28 – 33.

 

Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6). Boston:

Allyn and Bacon.

 

Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997.

 

Strike, K. A. dan Soltis, J. F. 1998. The Ethics of Teaching. New York: Teacher

College Press.

 

Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah,

Kuala Lumpur: DBP.

 

 

Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice ( Edisi 7 ). New Jersey : Prentice

Hall.

 

_____. 1996. Perintah-perintah Am: Bab A – Bab G, Kuala Lumpur: MDC

 

Atas Talian

 

Page 5: Sahsiah etika

Alabama Education Association. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas

talian.http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm  (3 Sept. 2005)

 

 

Association of Unity Churches. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas

talianhttp://www.unity.org/education/ltcode.html%20%203%209%202005  (3 Sept

2005)

 

 

Azman Md. Nor. 25 Ogos 1997. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa. atas

talian. http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm ( 13 Sept. 2005)

 

Berita Harian. 11 Sept. 2005. Guru Rogol 32 Pelajar. atas talian.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/

Article/pp_index_html 

20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005)

 

Buletin Online. 2004. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab. atas

talian http://buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=131  (9

Sept. 2005)

 

 

EVAW. tanpa tarikh. EVAW International Mission Statement. (atas talian) G:\

About EVAW International.htm (3 Sept. 2005)

 

Freitas, D. tanpa tarikh. A Professional Code of Ethics for Teacher Educators:

A Proposal to Stimulate Discussion and Debate. atas

talian.http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm  (3 Sept. 2005)

Kant, I. (tanpa tarikh). Ethics. atas

talian. http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-ethics.htm  (3 Sept. 2005)

 

Marzita Abdullah. 26 Mac 2004. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan Sekolah.

atas talian. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm  (15 Sept. 2005)

Page 6: Sahsiah etika

 

 

New York State United Teachers. 2002. Seeking input on ethics code:

Proposal lists six guiding principles for teachers. atas

talian.http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html  ( Sep

2005)

 

Syuhada Choo Abdullah. 2002. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes

Tatatertib. atas

talian. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib.htm 

2002/5aug_tatatertib.htm ( 9 Sept. 2005)

 

United State Equal Employment Opportunity Commision. (tanpa tarikh).

Sexual Harassment. atas talian. http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/ 

(12 Ogos 2005)

Worley S.M. (tanpa tarikh). About The Teacher. atas

talian.http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/

MrsWorleyEthics/t.stm  MrsWorleyEthics/t.stm (3 Sept. 2005)

 

______. Sept. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum

Dijelaskan.atas talian. http://www.tranungkite.net/modules.php?

name=News&file=article  (11 Sept 2005)

 

______. 25 Feb. 2004. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. atas talian.

http://www.network54.com/   (11 Sept. 2005)

 

______ . 2001. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian.

http://education.state.mn.us/html/012969.htm   (3 Sept. 2005

Prinsip-prinsip Etika Profesional

Page 7: Sahsiah etika

Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus

merangkumi prinsip tanggungjawab guru terhadap pelajar, perkongsian dengan ibu

bapa, interaksi dengan masyarakat, mutual respect dengan majikannya dan

hubungan sesama rakan sekerja.Dalam profesion perguruan, seorang guru

bertanggungjawab membawa para pelajar ke arah pemerolehan ilmu dan

seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga berperanan

membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang berguna

kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari. Ini merupakan prinsip

etika professional dalam hubungan antara guru dan murid.Dalam hubungan antara

guru dan ibubapa pula, ahli-ahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu

bapa membentuk perlakuan kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima

masyarakat. Keberkesanan kaedah pengajaran bergantung kepada hubungan

kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru menggesa ibubapa sentiasa mengawasi

aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah, manakala ibubapa pula

mengharap guru agar dapat menjadikan anak-anak mereka manusia yang berjaya.

Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi

tetapi juga merangkumi interaksi sekolah dengan masyarakat. Hubungan guru

dengan masyarakat harus berlangsung dalam suasana mesra, bersifat kerjasama,

dan sikap yang membina. Masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah supaya

melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan

negara. Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan peluang-

peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti

menyambung pelajaran atau bekerja.Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari

daripada tanggungjawab berkaitan dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat

tanggungjawab di antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek jika

hubungan ini bersifat mutual respect dan saling mempercayai agar tugas dapat

dilaksanakan dengan ikhlas. Jika amalan ini berjaya dilaksanakan, pemantauan dan

arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah yang sangat

minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang

sangat meyakinkan pihak atasan.

Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion-profesion yang

lain. Salah satunya kerana keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan

sekerjanya. Ada keunikan hubungan dan kualiti professional antara sesama guru.

Kerjasama antara guru dengan rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang

sebesar manapun, terutama bila ia melibatkan prubahan dalam kurikulum dan

system pendidikan.

 

Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). Menurutnya,

tanggungjawab professional guru meliputi tanggungjawab terhadap pelajar; rakan

sejawat dan profesion perguruan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Malah

Page 8: Sahsiah etika

Sheila Worley dalam http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-

HighSchoolDivision/t.stm, New York State United Teachers

dalamhttp://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm, guru-guru

Association of Unity Churches dalam http://www.unity.org/education/ltcode.html,

David Freitas dalamhttp://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-

guru Minnesota dalamhttp://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika

Guru oleh Alabama Education Association

dalam http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm dan Tatasusila (Etika) Profesion

Perguruan Malaysia memperakui tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa,

rakan sejawat, profesion perguruan, masyarakat dan negara dalam pembinaan

etika perguruan.

Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula

membincangkan enam prinsip yang perlu dalam pembentukan kod etika perguruan.

Pertama beliau melihat prinsip kesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan

semua pelajar tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Sifat adil juga

penting dalam mengambil apa-apa tindakan terhadap para pelajar tanpa

mengambil kira jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang pelajar,

kemampuan akademik dan sebagainya.Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat

jujur sangat diutamakan. Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan

rakan-rakan sejawatan mereka dan tidak harus melobi dengan apa cara sekalipun

untuk mendapat kenaikan pangkat atau markah yang tinggi dalam penilaian

prestasi tahunan.Prinsip seterusnya berkaitan dengan prinsip kerahsiaan dimana

guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar. Pelajar tidak harus

dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan maklumat-maklumat

yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri dan

jati diri pelajarnya.

Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan

sedia menerima perbezaan individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas

untuk membimbing mereka ke arah kecemerlangan.Prinsip kelima ialah prinsip

kesetiaan terhadap profesionnya yang menegah seorang guru daripada melakukan

perkara-perkara yang tidak sopan. Prinsip ini turut menuntut seorang guru

bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuk tingkah laku pelajar ke

arah matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajar sesuatu

yang boleh merosakkan ke[pentingan pelajar, ibu bapa dan negara.Prinsip terakhir

dalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip mengelakkan konflik kepentingan

peribadi. Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih

daripada kepentingan masyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut

melarang guru mengiklankan kelas-kelas tuisyen yang beliau mempunyai

kepentingan di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima atau meminta hadiah

daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.

Page 9: Sahsiah etika

 

Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Prinsip Pertama: Niat yang Betul

Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan

niat yang betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama, selaras dengan nilai kerja

yang dicadangkan. Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada

amalan prinsip pertama ini, iaitu:

 

Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan

objektif Kementerian Pelajaran Malaysia;

 

Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara;

Memberikan sumbangan bermutu; dan Sentiasa membarui niat untuk kebaikan.

Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik

Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas

dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki

imej organisasi. Warga Kementerian diminta agar mengamalkan nilai-nilai yang

berikut semasa melakukan tugas mereka.

 

Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik

sepanjang masa;

 

Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan

 

Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

 

 

 

Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan

Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi

penggerak ke arah kebaikan. Berikut merupakan apa yang disarankan berdasarkan

prinsip ini.

Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan

dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan;

Page 10: Sahsiah etika

Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri

kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan

sejawat; dan

Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik.

 

Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan

Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha

melaksanakan apa yang dikatakan. Aspek ini amat penting kerana salah satu

elemen yang amat penting dalam pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi

keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan kepada mereka. Untuk mematuhi

prinsip ini, perlakuan-perlakuan seperti yang berikut haruslah menjadi amalan:

 

Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan,

sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain;

Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan

Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

 

Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab

Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan,

mulia, berdisiplin dan beradab. Semua warga Kementerian perlu mengamalkan

perlakuan-perlakuan seperti berikut:

Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama;

Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan

Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul.

 

 

Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Nilai Pertama: Amanah

Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan Berikut merupakan

beberapa amalan amanah yang dikemukakan:

Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab,

tanpa menyeleweng dan cuai;

Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa

dan kedudukan;

Page 11: Sahsiah etika

Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam

tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan

peribadi;

Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh

menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan

Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

 

Nilai Kedua: Benar

Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar

pada niat dan perbuatan. Antara perlakuan yang diharapkan daripada warga

Kementerian yang memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut:

Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan,

tanpa niat yang tersembunyi mahupun mengharapkan balasan;

Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji;

Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain

dengan tidak bersikap sombong atau angkuh;

Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak

mengelirukan; dan

Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

 

 

 

 

Nilai Ketiga: Bijaksana

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai

menggunakan pemikiran dengan bijaksana dengan membuat keputusan dan

tindakan yang sesuai dengan masa serta keadaan. Amalan-amalan yang

diperakukan termasuklah:

 

Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan

sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah;

Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti;

Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam menyelesaikan

sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan serta emosi; dan

Page 12: Sahsiah etika

Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

 

Nilai Keempat: Bersyukur

Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan

atas nikmat atau pemberian yang diterima. Perlakuan-perlakuan yang dicadangkan

ialah:

Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-

kejayaan sebagai hak;

Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa

sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah;

Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan

ujian serta tidak berputus asa; dan

Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima

dan kemudahan yang disediakan.

 

Nilai kelima: Dedikasi

Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara

berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Amalan-amalan atau nilai

yang diharapkan adalah seperti berikut:

 

Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan

tidak mencari helah;

Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan;

Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan

memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti;

Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak

cuai atau merungut; dan

Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.

Nilai keenam: Ikhlas

Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk

menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan.

Amalan-amalan yang mencerminkan nilai ini adalah seperti berikut:

Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak berpura-pura

atau berusaha mengelakkan daripada tanggungjawab;

Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan

kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; dan

Page 13: Sahsiah etika

Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau

kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih.

 

Nilai Ketujuh: Penyayang

Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan

sikap memahami, menghargai serta mengambil berat. Ia dapat ditunjukkan seperti

berikut:

Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau suka

meninggi diri;

Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa

sebarang prasangka buruk;

Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas;

Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh mesra;

dan

Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.

 

 

 

Pematuhan Etika Perguruan

Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang

harus kita perbincangkan ialah Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah

tertakluk kepada perintah ini termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4

(2) secara terperinci kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita

bincangkan nanti.

 

Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2)

Seorang pegawai tidak boleh:

 

(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;

(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan

persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;

(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang

munasabah bahawa –

(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas

awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau

Page 14: Sahsiah etika

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau

mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(e) kurang cekap atau kurang berusaha;

(f) tidak jujur atau tidak amanah;

(g) tidak bertanggungjawab;

(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar

untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan

awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-

anggota perkhidmatan awam yang lain;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan

dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan

(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.