rumusan isl sjhk 3013.docx

9
Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013) Bab 1 - Kerajaan-kerajaan Awal di Tanah Melayu Kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Beruas, Kerajaan Gangga Negara (Perak) dan Kerajaan Temasik. Kerajaan Kedah Tua wujud di Lembah Bujang dari abad ke- 6M hingga abad ke-10M dan berpusat di sekitar Sungai Emas. Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan penting di Selat Melaka kerana kedudukan pelabuhannya di Sungai Emas dan Lembah Bujang yang mudah dikunjungi pedagang, selain terdapatnya Gunung Jerai di Kedah yang menjadi panduan kepada pedagang untuk menuju ke tanah besar. Perkembangan kerajaan Kedah Tua adalah disebabkan oleh kegemilangan kegiatan perlabuhannya serta kekayaan hasil eksport seperti hasil hutan dan hasil pertanian yang dikehendaki oleh para pelabuh. Kerajaan Chih-tu berpusat di kawasan pedalaman Kelantan pada hari ini. Hal ini berdasarkan penemuan barang keagamaan Buddha di sebuah gua di Ulu Kelantan. Menurut sumber sejarah China, kerajaan Chih-Tu dikenal sebagai Tanah Merah. Kerajaan ini mempunyai hubungan dengan kerajaan China demi kepentingan perdagangannya. Oleh itu, kerajaan Chih-Tu telah banyak menerima pengaruh agama Hindu-Buddha. Anatara buktinya adalah kedudukan raja dalam kerajaan Chih-Tu adalah berkedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak dalam pentadbiran. Kerajaan Gangga Negara adalah merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di Perak. Kerajaan ini merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di Perak. Kerajaan Gangga Negara juga banyak menerima pengaruh Hindu Buddha dengan buktinya perjumpaan artifak-artifak di kawasan Beruas. Pada akhirnya, Kerajaan ini merosot setelah diserang oleh Maharaja Rajendra Cola dari Dinasti Cola di Selatan India pada tahun 1025.

Upload: yi-ying

Post on 04-Dec-2015

398 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Rumusan ISL SJHK 3013.docx

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan ISL SJHK 3013.docx

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 1 - Kerajaan-kerajaan Awal di Tanah Melayu

Kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu termasuk Kerajaan Kedah

Tua, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Beruas, Kerajaan Gangga Negara (Perak)

dan Kerajaan Temasik.

Kerajaan Kedah Tua wujud di Lembah Bujang dari abad ke-6M hingga

abad ke-10M dan berpusat di sekitar Sungai Emas. Kedah Tua muncul

sebagai pelabuhan penting di Selat Melaka kerana kedudukan pelabuhannya

di Sungai Emas dan Lembah Bujang yang mudah dikunjungi pedagang,

selain terdapatnya Gunung Jerai di Kedah yang menjadi panduan kepada

pedagang untuk menuju ke tanah besar. Perkembangan kerajaan Kedah Tua

adalah disebabkan oleh kegemilangan kegiatan perlabuhannya serta

kekayaan hasil eksport seperti hasil hutan dan hasil pertanian yang

dikehendaki oleh para pelabuh.

Kerajaan Chih-tu berpusat di kawasan pedalaman Kelantan pada hari

ini. Hal ini berdasarkan penemuan barang keagamaan Buddha di sebuah gua

di Ulu Kelantan. Menurut sumber sejarah China, kerajaan Chih-Tu dikenal

sebagai Tanah Merah. Kerajaan ini mempunyai hubungan dengan kerajaan

China demi kepentingan perdagangannya. Oleh itu, kerajaan Chih-Tu telah

banyak menerima pengaruh agama Hindu-Buddha. Anatara buktinya adalah

kedudukan raja dalam kerajaan Chih-Tu adalah berkedudukan tertinggi dan

berkuasa mutlak dalam pentadbiran.

Kerajaan Gangga Negara adalah merupakan kerajaan Melayu Hindu

yang hilang dan merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di

Perak. Kerajaan ini merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan

merangkumi kawasan Beruas, Dinding dan Manjung di Perak. Kerajaan

Gangga Negara juga banyak menerima pengaruh Hindu Buddha dengan

buktinya perjumpaan artifak-artifak di kawasan Beruas. Pada akhirnya,

Kerajaan ini merosot setelah diserang oleh Maharaja Rajendra Cola dari

Dinasti Cola di Selatan India pada tahun 1025.

Page 2: Rumusan ISL SJHK 3013.docx

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 2: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

Melaka yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia di persisir

Selat Melaka memunyai kelebihan dan keistimewaan untuk memudahkan

para pedagang asing dari timur dan barat bertemu dan berjual beli. Bandar

Melaka menjadi anak kunci penting dalam perniagaan laut antarabangsa dari

Laut Merah dan Teluk Parsi di Asia Barat, negeri China dan Asia Timur

hingga ke Kepulauan Asia Tenggara pada ketika itu. Menurut Tome Pires

dalam karyanya yang berjudul “The Suma Oriental” menyatakan bahawa

kemakmuran Melaka adalah setaraf dengan pelabuhan Venice. Jadi, antara

faktor-faktor yang mempengaruhi kegemilangan Kerajaan Melaka sehingga

kejatuhan Melaka kepada kuasa Portugis tertumpul kepada segi politik,

ekonomi dan sosial. Dari sebuah kampung, kepimpinan dan kewibawaan

pengasas Melaka iaitu Parameswara telah berjaya membangunkan empayar

Melaka yang agung dan gemilang. Selain dari faktor semula jadi,

kegemilangan Melaka juga dipengaruhi oleh sistem pentabirannya yang

sistematik, sistem perundangan yang adil, sistem perdagangan yang maju,

perluasan kuasa dan sebagainya.

Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan pada tahun 1400 adalah

pengasas budaya politik bagi Semenanjung Tanah Melayu. Kewibawaan dan

kepimpinan tokoh-tokoh kerajaan Melaka seperti Parameswara, Sultan

Muzaffar Shah dan sebagainya telah berusaha membangunkan kerajaan

Melaka dari sebuah kampung nelayan kepada sebuah empayar yang

gemilang. Hal ini bererti bahawa pemerintahan yang cekap, pengawalan

laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi

ekonomi dapat menjamin potensi hasil dan pendapatan negara. Dengan

kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawalan barangan dan

penghasilan dari kegiatan perdagangan menjadikan pelabuhan Melaka amat

maju dan gemilang.

Melaka telah mencapai puncak kegemilangannya pada zaman

pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477). Namun selepas itu, Melaka

telah mula menghadapi zaman kemerosotan sehingga tahun 1511 apabila

ditawan oleh Portugis semasa zaman Sultan Mahmud Syah. Antara faktor-

Page 3: Rumusan ISL SJHK 3013.docx

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

faktor yang menyumbang kepada kemerosotan Melaka boleh dibahagi

kepada faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman menyebabkan

kemerosotan kerajaan Melaka termasuk kelemahan pemerintah Melaka,

kelemahan dalam sistem pertahanan, rakyat Melaka tidak bersatu padu, sikap

pembesar yang tidak cekap, pegangan agama yang lemah manakala faktor

luaran termasuk penemuan Tanjung Harapan dan serangan kuat daripada

pihak Portugis. Oleh itu, kerajaan Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada

24 Ogos 1511 di bawah pemimpin Alfonso de Albuquerque melalui tiga

serangan. Akibat kejatuhan Melaka, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya

iaitu Sultan Mahmud Syah bersama kerabat, pembesar dan pengikut telah

melarikan diri ke Muar(Johor). Kemudian mereka berundur ke Pahang

seterusnya ke Bintan (Riau) dan akhirnya ke Kampar di Sumatera.

Page 4: Rumusan ISL SJHK 3013.docx

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 3: Perkembangan Kerajaan Melayu Sebelum Kedatangan British

Kemerosotan Melaka merupakan zaman kebangkitan kerajaan Johor

sejak tahun 1511. (1511-1728). Zaman Kegemilangan kerajaan Johor

dibahadi kepada tiga tahap iaitu tahap 1 (1511-1641), tahap 2 ( mulai tahun

1641), tahap 3 (akhir pada 1728).

Pada tahap 1(1511-1641), pentadbiran melaka telah jatuh ke dalam

tangan Portugis dan kuasa lama Melaka terpaksa keluar dari kerajaan

Melaka. Namun, Raja Melayu iaitu Raja Mahmud dan anaknya Raja Ahmad

menggangap kejatuhan Melaka hanya sementara kerana kerajaan Melaka

pernah mengalami serangan yang besar seperti serangan Siam pada masa

dahulu serta mereka menyakinkan akan mengembali kedaulatan negara pada

suatu hari nanti.

Wilayah-wilayah yang terletak di bawah jajahan Johor ialah Selangor,

Negeri Sembilan, Pahang, Terangganu, Singapura, Siak , Rokan, Aru,

Kampar dan Inderagiri. Faktor-faktor utama Johor mencapai kegemilangan

ialah kedudukan strategik, kemudahan pelabuhan, peranan Orang laut,

pelbagai barang dagangan, persahabatan dengan Belanda, penggunaan

mata wang, kecekapan pentadbiran, amalan sistem naungan dan

perkembangan bidang persuratan.

Namun begitu, menjalang tahun 1759, kerajaan Johor sebenarnya teah

berkecai. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kemerosotan

kerajaan Johor antaranya ialah Perang Johor-Jambi,perebutan kuasa dalam

kalangan pembesar dan sultan, penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor

serta pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C).

Page 5: Rumusan ISL SJHK 3013.docx

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 4: Penjajahan Kuasa-Kuasa Asing Di Tanah Melayu

Penjajahan merupakan istilah yang berkait rapat dengan kolonialisme

dan imperialisme. Kolonialisme berasal dari kata kolonial (latin) yang

membawa maksud tanah jajahan. Ianya bermaksud dasar sesebuah negara

yang mengeksploitasi sesuatu kawasan serta masyarakatnya yang dianggap

lemah. Sebaliknya, imperialisme merupakan dasar meluaskan sesebuah

empayar dengan menjajah negara lain.

Kronologi penjajahan di Tanah Melayu adalah, Selepas campur tangan

Inggeris, kedatangan British menyebabkan terbentuknya dwiekonomi iaitu

dua bentuk ekonomi serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan

(komersial). Pihak Inggeris telah memperkembangan kegiatan

perlombongann serta aktiviti pertanian di semenanjung kawasan pantai barat.

Oleh itu, penumpuan aktiviti ekonomi di pantai barat mewujudkan

ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri pantai timur. Kewujudan

permintaan bijih timah yang besar menyebabkan keuntungan hasil

perlombongan dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.

Jadi, buruh dari China dibawa untuk memenuhi keperluan perlombongan dan

pertanian yang berkembang pada abad ke 19.

Apabila dunia eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan,

penjelajahan, dan penjajah Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa barat.

Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15. Pelayaran orang

eropah oleh Bartholomew Diaz ke Tanjung di Benua Afrika pada tahun 1488

dan Vasca Da Gama di Kalikat pada tahun 1498.Penemuan ini membuka

ruang kepada India dengan membuka Loji Perdagangan di Cochin dan

menawan Goa pada tahun 1510 manakala Alfonso De Albuquerque dilantik

sebagai Wizurai Portugis di India sebelom menawan Kota Melaka pada tahun

1511.Sejarah membuktikan British telah menduduki negara ini lebih daripada

150 tahun. Masyarakat menyedari bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah

oleh pendudukan Kuasa-Kuasa Asing seperti Portugis (1511-1641), Belanda

(1641-1824), British (1824-1957), Jepun (1941-1945).

Page 6: Rumusan ISL SJHK 3013.docx

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 5: Perluasan Pengaruh British

Perluasan kuasa British di Asia berkait rapat dengan perubahan yang

berlaku di Eropah dan juga kekayaan hasil bumi di rantau ini.Kemajuan pesat

Eropah selepas Revolusi perindustrian memaksa kuasa-kuasa Barat mencari

kawasan yang dapat menampung keperluan mereka. Rantau Asia yang

sememangnya kaya dengan hasil bumi menjadi fokus pencarian mereka. Hal

ini demikian, persaingan atara kuasa Barat berlaku sehingga merangsangkan

pihak British bermatlamat menakluk kawasan di Asia terutamanya kawasan

semenanjuang Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. enguasaan Inggeris

terhadap negeri-negeri Melayu Utara pada dasarnya adalah untuk

kepentingan perdagangan. Namun disebabkan kebimbangan terhadap kuasa

asing yang lain seperti Jerman, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat

menyebabkan Inggeris mula mengorak langkah untuk menguasai negeri-

negeri Melayu yang terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Bagaimanapun pada ketika itu Siam telahpun menguasai negeri-negeri

tersebut. Usaha ke arah perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu

Utara bermula daripada Perjanjian Burney 1826 hingga Perjanjian Bangkok

1909.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, juga dikenali sebagai (salah satu)

Persetiaan London, ialah suatuperjanjian antara United Kingdom dan

Kemaharajaan Bersatu Belanda di Londonpada 17 Mac 1824. Perjanjian ini

dibuat bagi menyelesaikan pertikaian yang muncul selepas Perjanjian

Inggeris-Belanda 1814.

Perjanjian Burney adalah satu perjanjian ditandatangani antara

Siamdan Pihak British pada 1826. Ia mengakui tuntutan Siam keatas empat

negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan,Perlis dan Terengganu. Perjanjian

ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan

memberikan hak kepada British untuk berdagang diKelantan dan

Terengganutanpa ganguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak

diwakili dalam rundingan perjanjian ini.

Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan

Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh

Page 7: Rumusan ISL SJHK 3013.docx

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, yang mana telah

diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang

juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states"

yang meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani

pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri SelatSir Andrew

Clarke di pihakInggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa diHilir Perak

bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu

Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota,

Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk

Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah

dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris

secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani

di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh diSelat Dinding, iaitu di kawasan

perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Page 8: Rumusan ISL SJHK 3013.docx

Rumusan ISL Kursus Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Abad Ke-20 (SJHK 3013)

Bab 6: Tindakan Balas Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajah

Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di

tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam

semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil

hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya. Portugis,

Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah

Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan

mereka. British merupakan negara penjajah yang paling banyak

meninggalkan kesan ke atas sosio budaya di Tanah Melayu.

Antara sebab-sebab penentangan peminpin tempatan terhadap British

adalah dasar penaklukan, penguasaan ekonomi melalui perjanjian,

pengenalan sistem cukai yang membebankan, campur tagan pihak British

dalam adat resam tempatan, kehilangan kuasa dan pengaruh pemimpin

tempatan telah membangkit perjuangan rakyat tempatan terhadap penjajah.

Perkembangan kebangkitan telah membangunkan semangat kebangsaan

Tanah Melayu.

Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap mereka

oleh kuasa luar termasuk:

Tokoh Tempatan Lokasi Penentangan

Penghulu Dol Said Naning, Melaka

Linggir Batang Lupar, Sarawak

Rentap Kubu Nanga Skrang,Sarawak

Syarif Masahor &D. Patinggi Abd. Gapur Kanowit, Sarawak

Mat Salleh Di pesisir pantai Sabah

Dato’ Maharaja Lela Pasir Salak, Perak

Yam Tuan Antah Sg. Ujong, N.9

Dato’ Bahaman Lubuk Terua/K. Tembeling, & Jeram Ampai, Pahang

Tok Janggut Pasir Puteh, Kelantan

Hj. Abd. Rahman Limbong Kuala Berang, Trg