rumusan dan refleksi, falsafah pendidikan di malaysia

6
RUMUSAN Kesimpulannya, SK Pekan Keningau II telah berjaya merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara kita. Sedikit sebanyak pengalaman dapat ditimba dan dapat diperbaharui dengan cara yang baru untuk memantapkan lagi keberkesanan pencapaian hasrat falsafah negara kita. Berdasarkan kepada semua huraian tersebut, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah . Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. REFLEKSI vii

Upload: lancelot-enchen

Post on 18-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rumusan dan refleksi, falsafah pendidikan di Malaysia

TRANSCRIPT

RUMUSAN

Kesimpulannya, SK Pekan Keningau II telah berjaya merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara kita. Sedikit sebanyak pengalaman dapat ditimba dan dapat diperbaharui dengan cara yang baru untuk memantapkan lagi keberkesanan pencapaian hasrat falsafah negara kita.Berdasarkan kepada semua huraian tersebut, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

REFLEKSI

Sepanjang melakukan tugasan ini, ia merupakan satu cabaran bagi saya kerana kami harus mendapatkan maklumat dari sekolah yang kita jalani Pengalaman Berasaskan Sekolah dan merupakan pengalaman yang baru bagi saya untuk membuat tugasan ini. Dengan bimbingan dan rujukan dari pensyarah serta rakan akhirnya saya dapat melaksanakan tugasan ini dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan ini. Sukar untuk dinafikan proses menyempurnakan tugasan ini amat sukar. Ketelitian perlu ditekankan. Ini kerana laporannya hendaklah berdasarkan maklumat sekolah yang telah dikumpulkan. Pensyarah kami iaitu Cik Norhayaty Binti Ismail, membimbing kami dan memberikan pemahaman yang jelas dalam tugasan ini. Beliau telah memberikan tunjuk ajar dan penerangan mengenai kerja kursus ini dan saya memulakan pelan tindakan, draf dan sedikit rangka beserta penulisannya. Dalam tugasan ini, saya harus bersedia dari segi fizikal dan mental agar menjadi kebiasaan dan nilai ini akan terus kekal dalam diri saya sebagai seorang guru dan pendidik suatu hari kelak. Setiap perlakuan kita akan diperhatikan oleh anak murid, dengan itu kita harus menunjukkan yang terbaik agar menjadi contoh kepada anak murid.Tuntasnya, tugasan ini telah berjaya disempurnakan. Saya amat gembira dan puas hati dengan diri saya serta rakan-rakan yang lain kerana telah berjaya menyempurnakan kerja kursus ini. Segala masalah dan kesukaran yang saya hadapi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya ambil sebagai iktibar untuk memastikan tugasan pada masa hadapan dapat saya laksanakan dengan lebih baik. Saya berharap, semoga tugasan ini akan membantu saya lebih memahami tentang cara untuk merealisasikan hasrat dalam falsafah pendidikan negara kita.

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus

NAMA PELAJAR : LANCELOT DOOM AK AMBROSE CENADANO. MATRIK : 7276KUMPULAN : PISMP PJ JUN 2010 SEMESTER: 1MATAPELAJARAN : FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAPENSYARAH PEMBIMBING : CIK NORHAYATY BINTI ISMAIL

TARIKHPERKARA YANGDIBINCANGKANCATATANTANDATANGAN

5 MAC 9 MAC 2012Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan selama seminggu

PBS dijalankan bersama rakan di SK Pekan Keningau 2

10 MAC 2012

Peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidkan Kebangsaan

Perbincangan dilakukan bersama rakan (Wilhelmus, Timothy, Rashid, Alfian, Victor)

13 MAC 2012

Implikasi Falsafah Pendidikan terhadap sistem pendidikan negara

Perbincangan dilakukan bersama rakan (Wilhelmus, Timothy, Rashid, Alfian, Victor)

16 MAC 2012

Rumusan dan cadangan mengenai soalan kerja kursus(berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sekolah) Perbincangan dilakukan bersama rakan (Rashid, Alfian, Victor, Jane)

19 MAC 2012

Kerja kursus siap Tugasan dihantar kepada pensyarah

RUJUKANBibliographyanonymous. (2010, DISEMBER 5). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrieved MAC 10, 2012, from http://ms.wikipedia.org: http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_KebangsaanarieDRifke. (2011). IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. Retrieved MAC 10, 2012, from http://ariedrifke.blogspot.com: http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/implikasi-falsafah-pendidikan.htmlII, P. A. (2011, JULAI 31). Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab SK. Pekan Keningau II, Keningau, Sabah. Retrieved MAC 10, 2012, from http://paibaskpk2.blogspot.com/: http://paibaskpk2.blogspot.com/USM, P. (2007). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrieved MAC 10, 2012, from http://upu.mohe.gov.my: http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

LAMPIRAN

x