rph ukuran panjang tahun 4

5
Mata pelajaran : Sains Kelas : 4 Anggerik Tarikh : 6 April 2014 (Ahad) Masa : 11.45 pagi - 12.45 tengah hari (60 minit) Bil. Murid : 20 orang Tema/Tajuk : Sains fizikal Standard Kandungan : 6.1 Ukuran Panjang Standard Pembelajaran : 6.1.2 Menjelas dengan contoh tentang panjang menggunakan alat yang tidak piawai seperti : 1. Jengkal, hasta, depa dan tapak kaki. 2. Klip kertas, pensel, kapur tulis, penyedut minuman, benang, tali, dan anak mancis. 6.1.3 menyatakan panjang boleh diukur dengan menggunakan alat piawai seperti pembaris dan pita pengukurdengan menjalankan aktiviti. Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh; 1. Menyenaraikan tiga daripada empat unit bukan piawai. 2. Menyenaraikan tiga daripada empat unit piawai. 3. Menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul. Pengetahuan sedia ada : Murid sudah dan sedang mengalami tumbesaran diri

Upload: mohamad-irfan

Post on 19-Jan-2016

157 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Ukuran Panjang Tahun 4

Mata pelajaran : Sains

Kelas : 4 Anggerik

Tarikh : 6 April 2014 (Ahad)

Masa : 11.45 pagi - 12.45 tengah hari (60 minit)

Bil. Murid : 20 orang

Tema/Tajuk : Sains fizikal

Standard Kandungan :

6.1 Ukuran Panjang

Standard Pembelajaran :

6.1.2 Menjelas dengan contoh tentang panjang menggunakan alat yang tidak piawai

seperti :

1. Jengkal, hasta, depa dan tapak kaki.

2. Klip kertas, pensel, kapur tulis, penyedut minuman, benang, tali, dan anak

mancis.

6.1.3 menyatakan panjang boleh diukur dengan menggunakan alat piawai seperti

pembaris dan pita pengukurdengan menjalankan aktiviti.

Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh;

1. Menyenaraikan tiga daripada empat unit bukan piawai.

2. Menyenaraikan tiga daripada empat unit piawai.

3. Menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul.

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah dan sedang mengalami tumbesaran diri

EMK : TMK , kreatif dan inovatif,

Kemahiran Berfikir : Membanding dan membezakan, menghubungkait

KPS/KMS : Memerhati dan menggunakan nombor.

BBB : kapur tulis, pensel.

Penilaian PdP : Lembaran kerja.

Page 2: RPH Ukuran Panjang Tahun 4

Fasa(Masa)

Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Catatan

Set Induksi(5 minit)

Guru memberi soalan kepada pelajar.

Guru menyoal murid, berapa jarak dari rumah ke sekolah?

Bahagian tubuh yang manakah boleh digunakan untuk mengukur?

Jenis aktiviti : Menyoal

-Guru memberikan masa untuk murid mencari jawapan.

- Murid memikirkan jawapan dan berbincang jawapan bersama guru.

- Guru menerangkan kepada murid tentang ukuran yang digunakan oleh manusia zaman dahulu untuk mengukur jarak.

Kemahiran saintifik:Komunikasi

Nilai murni :Berdikari,berani,yakin diri,hormat rakan

PencetusanIdea

(10 minit)

Menyatakan pelbagai cara untuk mengukur panjang.

1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan 5 orang.2. Guru mengedarkan

jadual kepada ketua kumpulan.

3. Murid mengukur objek dengan jengkal, hasta, tapak kaki dan depa.

4. Murid juga mengukur menggunakan perlatan lain seperti pensel dan kapur tulis.

5. Murid mencatat ukuran dalam jadual.

6. Murid bandingkan jawapan dengan kumpulan lain.

7. Guru menerangkan bahawa alat-alat ukuran yang digunakan tadi dinamakan bukan unit piawai.

Kemahiran saintifik:Meramal,Mengelas

Nilai murni :Kerjasama,bertanggungjawab, jujur

BBB :kapur tulis, pensel

Penstrukturan semula

idea(25 minit)

Mengenalpasti unit piawai untuk ukuran panjang.

1. Guru meminta murid mengukur objek yang sama dengan menggunakan pembaris dan pita pengukur.

2. Murid mencatatkan ukuran dalam jadual yang berlainan.

3. Murid membandingkan jawapan dengan kumpulan

Kemahiran saintifik:Mengeksperimen,Pemerhatian

Nilai Murni :Berkerjasama

Page 3: RPH Ukuran Panjang Tahun 4

lain.4. Guru menerangkan bahawa

pembaris dan pita pengukur menggunakan unit piawai.

Jujur

BBM :pembaris, pita pengukur

Aplikasi(15 minit)

Mengenalpasti unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik.

1. Guru memperkenalkan unit mm, cm, m, dan km.

2. Guru menyoal objek yang diukur dengan menggunakan unit piawai di atas.

Nilai murni :Kerjasama,jujur, berani

Refleksi(5 minit)

Menyatakan ukuran piawai adalah penting dalam kehidupan harian.

1. Murid menyenaraikan contoh penggunaan ukuran panjang dalam kehidupan harian.

2. Murid menyatakan kepentingan pengukuran dalam kehidupan manusia.

Nilai murni :berani, yakin

LEMBARAN KERJA

Page 4: RPH Ukuran Panjang Tahun 4

SILA ISIKAN TEMPAT KOSONG :

Guna Anggota Badan

Lebar kelas = ____________kaki

Panjang kelas = _____________depa

Tinggi meja murid = _____________jengkal

Panjang meja guru = _____________hasta

Guna Peralatan

Tinggi kerusi = _____________batang pensel

Panjang tingkap =_____________batang kapur tulis

SILA ISIKAN TEMPAT KOSONG :

Lebar kelas = ____________m

Panjang kelas = _____________m

Tinggi meja murid = _____________cm

Panjang meja guru = _____________cm

Tinggi kerusi = _____________cm

Panjang tingkap =_____________cm