rph pke contoh

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Pendidikan Kesihatan Tunjang : Gaya Hidup Sihat Tajuk : Penyalahgunaan bahan Sub tajuk : Kemahiran menyatakan tidak kepada i) Rokok ii) Alkohol iii) Dadah Tarikh : 9 Ogos 2011 Masa : 8.00 - 8.30 pagi (30 minit) Tahun : 5 Anggerik Bilangan murid : 30 orang Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat ; Aras 1 : menyatakan kesan buruk merokok, alkohol, dan pengambilan dadah. Aras 2 : menyatakan cara-cara mengelak diri daripada dipengaruhi oleh orang lain.

Upload: ainku-nurul-ain

Post on 24-Jul-2015

463 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH PKE  CONTOH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tunjang : Gaya Hidup Sihat

Tajuk : Penyalahgunaan bahan

Sub tajuk : Kemahiran menyatakan tidak kepada

i) Rokokii) Alkoholiii) Dadah

Tarikh : 9 Ogos 2011

Masa : 8.00 - 8.30 pagi (30 minit)

Tahun : 5 Anggerik

Bilangan murid : 30 orang

Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat ;

Aras 1 : menyatakan kesan buruk merokok, alkohol, dan pengambilan dadah.

Aras 2 : menyatakan cara-cara mengelak diri daripada dipengaruhi oleh orang lain.

Page 2: RPH PKE  CONTOH

Pengalaman sedia ada : Murid pernah menghadiri pameran penyalahgunaan bahan di sekolah.

Penerapan nilai : Mematuhi arahan, berusaha dan kesungguhan.

KBKK : Menghuraikan kesan buruk penyalahgunaan bahan bahan iaitu merokok, alkohol, bahan hidu dan pengambilan dadah.

Penggabungjalinan : Digabungjalin dengan tajuk Penyakit Berjangkit dalam tunjang kesihatan diri dan keluarga.

Kesepaduan : Pendidikan Sivik – Tema Sayangi diri.

Page 3: RPH PKE  CONTOH

BAHAGIAN / MASA

FOKUS PEMBELAJARAN

AKTIVITI CATATAN

Permulaan

( 3 minit )

Tayangan video - Dadah membunuh.

Murid melihat tayangan video mengenai Dadah Membunuh.

Guru berbincang dengan murid tentang video yang ditayangkan.

ABM:- Komputer- LCD- Alat pembesar suara

BBM:- Persembahan multimedia- Iklan mengenai Dadah Membunuh.

Langkah 1

( 5 minit)

Mengenali penyalahgunaan bahan iaitu :a) Rokokb) Dadahc) Alkohol

Guru mengedarkan 6 keping sampul yang mengandungi 3 keping kad gambar dan 3 keping kad perkataan.

Murid yang memegang kad gambar diminta untuk menampal kad gambar tersebut pada papan putih.

Murid yang memegang kad perkataan diminta untuk memadankan kad tersebut pada gambar yang betul.

Murid diminta menyebut perkataan yang terdapat pada papan putih.

Guru memperkenalkan setiap penyalahgunaan bahan pada papan putih.

BBM :- Kad imbasan:a) Rokokb) Dadahc) Alkohol

STRATEGI :Teori Kecerdasan Pelbagai- Linguistik.

Page 4: RPH PKE  CONTOH

Langkah 2

( 7 minit )

Membincangkan kesan buruk penyalahgunaan bahan.- Rokok- Dadah- Alkohol

Guru bersoal jawab dengan murid tentang kesan buruk penyalahgunaan bahan.

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Guru memberikan sampul surat yang mengandungi kad perkataan kepada setiap kumpulan.

Kad perkataan tersebut ialah:- Rokok- Dadah- Alkohol

Murid diminta membincangkan kesan buruk setiap penyalahgunaan bahan yang telah diberikan dan bentangkan hasil perbincangan di hadapan.

Guru membuat kesimpulan daripada hasil perbincangan oleh setiap kumpulan melalui slide power point.

TEKNIK: - Sumbangsaran

BBM :

Slide Power point:- Keburukan merokok, mengambil alkohol dan dadah.

Langkah 3

(5 minit)

Cara-cara mengelak diri daripada dipengaruhi oleh orang lain.

Guru menunjukkan satu persatu kad perkataan kepada murid.

Murid diminta membaca perkataan yang terdapat pada kad tersebut.

Kad perkataan tersebut ialah:a) Melakukan aktiviti berfaedah.b) Berani menolak ajakan rakan.c) Elakkan ke tempat hiburan.d) Gunakan masa lapang dengan

keluarga.

BBM :Kad perkataan.

TEKNIK :- Sumbangsaran.

Page 5: RPH PKE  CONTOH

Langkah 4

( 7 minit)

Permainan kotak ajaib

Guru akan memberikan kotak ajaib kepada seorang murid.

Kotak tersebut mengandungi soalan mengenai penyalahgunaan bahan.

Apabila muzik dibunyikan, kotak tersebut akan bergerak dari satu murid ke murid yang lain.

Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang kotak tersebut akan mengambil satu helai kertas soalan dan menjawab soalan tersebut.

ABM :- LCD- Pembesar suara- Laptop

BBM :Kotak ajaib

Penutup

( 3 minit ) Lembaran kerja

Nyanyian lagu Dadah Durjana.

Rumusan

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

Soalan :a) Kesan buruk penyalahgunaan

dadah.b) Cara mengelak diri daripada

dipengaruhi oleh orang lain.

Guru dan murid menyanyikan lagu Dadah Durjana dengan iringan muzik.

Guru membuat rumusan mengenai kesan buruk merokok, alkohol, bahan hidu dan pengambilan dadah.

ABM :- LCD- Pembesar suara- Laptop

BBM :Slide power point- Lirik lagu Dadah Durjana.

TEKNIK:- Latih tubi

Page 6: RPH PKE  CONTOH