full asngmt pke

28
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR KERTAS KERJA PROMOSI PENDIDIKAN KESELAMATAN DALAM KOMUNITI PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN AJK PROTOKOL (PISMP GSTT S4 PJ SK/SJKT Ambilan Jun 2013) TEMA LESTARI PENDIDIKAN KESELAMATAN DALAM KONTEKS SELENGGARA KESELAMATAN & KESIHATAN KOMUNITI TARIKH : 22 APRIL 2015 (RABU) MASA : 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG TEMPAT : IPG KAMPUS RAJA MELEWAR PROGRAM INI DILAKSANAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KERJA KURSUS PROJEK PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Upload: thilagess-devarajoo

Post on 13-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Full Asngmt Pke

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

KERTAS KERJA

PROMOSI PENDIDIKAN KESELAMATAN DALAM KOMUNITI

PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN

AJK PROTOKOL

(PISMP GSTT S4 PJ SK/SJKT Ambilan Jun 2013)

TEMA

LESTARI PENDIDIKAN KESELAMATAN

DALAM KONTEKS SELENGGARA KESELAMATAN & KESIHATAN KOMUNITI

TARIKH : 22 APRIL 2015 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG

TEMPAT : IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

PROGRAM INI DILAKSANAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KERJA KURSUS

PROJEK PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN

ANJURAN

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Page 2: Full Asngmt Pke

1. Pengenalan

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) merupakan salah sebuah

institut pendidikan guru yang melatih siswa guru major Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan. Sehubungan dengan ini, pelajar PISMP GSTT S4 PJ SK/SJKT Ambilan Jun 2013

akan melaksanakan kerja kursus projek Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti

bagi memenuhi keperluan kurikulum aspek pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E

Pendidikan Keselamatan.

2. Rasional

Rasional ajk protokol Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti adalah menepati

kriteria pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E Pendidikan Keselamatan. Ini

melibatkan aktiviti mengumpul maklumat, mengorganisasikan maklumat dan pemindahan

pengetahuan tentang aspek perancangan dan pengurusan bagi pelaksanaan Promosi

Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti dengan pengisian program yang memberi fokus

kepada aspek-aspek yang berikut, iaitu :-

2.1 Pengurusan dan pelaksanaan promosi dengan sempurna bukan sahaja akan

dapat mencapai matlamat dan objektifnya tetapi juga dapat mengelakkan

pembaziran masa, kos dan tenaga.

2.2 Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap organisasi dan

penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat.

2.3 Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang

perancangan dan pelaksanaan promosi.

2.4 Ia dapat juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya

menguruskan Promosi ini dengan cekap, sempurna kemas dan lancar.

2.5 Majlis yang berjalan dengan kemas dapat menaikkan imej dan martabat Jabatan

Pendidikan Jasmani, organisai di mata masyarakat, negara dan dunia.

3. Matlamat

Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti adalah bagi memenuhi keperluan ajk

protokol dari aspek menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di

dalam dewan dan juga menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan

jemputan.Selain itu menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu kehormat,

jemputan khas dan segala persiapan untuk keperluan sambutan. Menyambut para

Page 3: Full Asngmt Pke

jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang

sepatutnya untuk menjayakan Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti .

4. Objektif

4.1 Memberi pengetahuan asas mengenai kemahiran, tugas, peranan dan fungsi

mengurus promosi.

4.2 Memberi kefahaman tentang amalan terkini dalam pengurusan promosi

4.3 Memberi pengetahuan dan kemahiran perancangan stretegik dalam pengurusan

promosi.

4.4 Mengaplikasikan komunikasi yang berkesan dalam perjalanan acara dan majlis.

4.5 Mempelajari teknik-teknik bagi menjana penampilan diri yang terbaik sebagai

wakil organisasi.

5. Belanjawan

Tiada perbelanjawan untuk ajk protokol.

6 .Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi Ajk Protokol: Thilagess A/P Devarajoo

Penolong: : Vegeneswari A/P Kesavan.

7.Penutup

Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti yang dikendalikan oleh pelajar PISMP GSTT S4 PJ SK & SJKT Ambilan Jun 2013 adalah suatu langkah pro-aktif demi memenuhi keperluan kurikulum bagi aspek pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E Pendidikan Keselamatan. Peluang untuk pelajar menjalani latihan pembelajaran secara amali (hands on) yang melibatkan aktiviti perancangan dan pengurusan bagi pelaksanaan Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komunit wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar demi melengkapkan diri dengan ilmu serta maklumat yang terkini dalam bidang Pendidikan Keselamatan serta menjayakan promosi pendidikan keselamatan dalam komuniti dengan berjayanya tanpa sebarang masalah.

Page 4: Full Asngmt Pke

Disediakan oleh,

_______________________________(THILAGESS A/P DEVARAJOO)Setiausaha Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam KomunitiPISMP GSTT S4 PJ SK & SJKT Ambilan Jun 2013IPG Kampus Raja Melewar

Disemak oleh,

_________________________________________(TN. SYED ZULKARNAIN BIN SYED MAHAMUD)Penyelaras Kursus PKE3023EJabatan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh,

___________________________________(PN. SURAYA BIBI BINTI A. K. BAPOTTI)Ketua JabatanJabatan Pendidikan Jasmani & Pendidikan KesihatanIPG Kampus Raja Melewar

Page 5: Full Asngmt Pke

MINIT MESYUARAT(1) AJK PROGRAM (BIL 1/2015)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN

Tarikh : 8 April 2015

Masa: 10.45 pagi

Tempat: Astaka (bilik kuliah 1)

Kehadiran :

1.Saudari Thilagess A/P Devarajoo ( Ketua AJK Protokol)

3. Saudari Vegeneswari A/P Kesavan ( AJK Protokol)

4. Annie Maria A/P Johnson ( Pengerusi )

Tidak Hadir :

Tiada

1.0 UCAPAN KETUA AJK

Ketua AJK mengalu- alukan kehadiran AJK

2.0 PERKARA- PERKARA BANGKIT

2.1 Memilih ajk protokol. Perbincangan tentang protkol promosi

Pendidikan kesihatan.

Tindakan : Saudari Thilagess

Page 6: Full Asngmt Pke

2.2 Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian 

atau penutup

Tindakan : Saudari Vegeneswari

2.3 Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir.

Tindakan : Saudari Thilagess

2.4 Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian.

Tindakan : Saudari Vegeneswari

2.5 Menyediakan dan menentukan jadual latihan bagi upacara pembukaan

 dan upacara penutup.

Tindakan : Saudari Thilagess

2.6 Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat untuk majlis perasmian atau 

penutup dan juga menyediakan teks bacaan doa.

Tindakan : Saudari Vegeneswari

2.7 Perbincangan tempat promosi pendidikan keselamatan

Tindakan: Saudari Vegeneswari

3.0 HAL- HAL LAIN

3.1 Perbincangan dengan pengerusi tentang para tetamu yang akan hadir ke `

Promosi pendidikan keselamatan

Tindakan : Pengerusi

4.0 Penangguhan mesyuarat

Page 7: Full Asngmt Pke

Ketua ajk mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada ajk dan anggaplah bahawa

tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebagaimana ijariah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

_________________________________

(SAUDARI THILAGESS A/P DEVARAJOO)

SETIAUSAHA

MINIT MESYUARAT AJK PROGRAM (BIL 2/2015)

Page 8: Full Asngmt Pke

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN

Tarikh : 15 April 2015

Masa : 10.30 pagi

Tempat: Astaka (Bilik Kuliah 1)

Kehadiran :

1. Saudari Thilagess A/P Devarajoo ( Ketua AJK Protokol )

2. Saudari Vegeneswari A/P Kesavan ( AJK Protokol)

3. Annie Maria A/P Jhonson (Pengerusi)

Tidak Hadir :

Tiada

1.0 UCAPAN KETUA AJK

Ketua AJK mengalu- alukan kehadiran AJK

2.0 PERKARA- PERKARA BANGKIT

2.1 Perbincangan tentang Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati

dalam menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah

seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain.

Tindakan: Saudari Thilagess

2.2 Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk upacara pembukaan atau

penutup kejohanan seperti menjaga kawalan peserta ketika upacara perasmian dan

Page 9: Full Asngmt Pke

penutup. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk di hantar dan dipertimbangkan

kepada Jawatan kuasa kewangan

Tindakan: : Saudari Thilagess

.2.3 Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di dalam dewan

dan di bilik multimedia ,Teknopen.

Tindakan: Saudari Thilagess

2.4 Menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan jemputan.Menyediakan

acara sambutan kedatangan tetamu kehormat, jemputan khas dan segala persiapan

untuk keperluan sambutan.Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta

mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya.

Tindaka: Saudari Thilagess

3.0 HAL- HAL LAIN

3.1 Perbincangan dengan bendahari mengenai peruntukan yang ditetapkan untuk

Program ini

Tindakan : Bendahari

4.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Ketua ajak mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada ajk dan anggaplah bahawa

tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebagaimana ijariah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

Page 10: Full Asngmt Pke

_________________________________

(SAUDARI THILAGESS A/P DEVARAJOO)

SETIAUSAHA

Laporan Ajk Protokol Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti

Page 11: Full Asngmt Pke

Pada 22 April 2015 , satu Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti

peringkat IPG Kampus Raja Melewar telah diadakan di Balai Kerapatan. Promosi

Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti yang dikendalikan oleh pelajar PISMP GSTT S4

PJ SK & SJKT Ambilan Jun 2013 adalah suatu langkah pro-aktif demi memenuhi keperluan

kurikulum bagi aspek pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E Pendidikan Keselamatan

Peluang untuk pelajar menjalani latihan pembelajaran secara amali (hands on) yang

melibatkan aktiviti perancangan dan pengurusan bagi pelaksanaan Promosi Pendidikan

Keselamatan Dalam Komunit wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar demi

melengkapkan diri dengan ilmu serta maklumat yang terkini dalam bidang Pendidikan

Keselamatan. Guru pembimbing Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti adalah

pensyarah Tuan. Syed Zulkarnain Bin Syed Mahamud iaitu pensyarah bagi kursus

PKE3023E pada semester ini.

Antara objektif Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti adalah untuk

mengaplikasikan pengetahuan dan maklumat tentang selenggara & penjagaan keselamatan

yang betul dalam kehidupan seharian dan juga mengadaptasi kepentingan amalan

selenggara & penjagaan keselamatan. Selain itu objektif bagi Program ini adalah

mengayakan maklumat tentang cara-cara selenggara & penjagaan keselamatan

yang menyeluruh dalam amalan hidup seharian dan kalangan siswa guru IPG Kampus

Raja Melewar dapat menjadi guru yang berpengetahuan luas dalam Pendidikan

Keselamatan. Selain itu adalah kalangan siswa guru IPG Kampus Raja Melewar dapat

menjadi guru yang berupaya mengajar murid-murid ilmu Pendidikan Keselamatan dengan

cara yang betul dan tepat.

Sebelum sebulan bagi promosi ini satu perjumpaan telah diaadakan di astaka ,IPRM

yang melibatkan semua pelajar major Pendidikan Jasmani semester 4 bagi tujuan

pelantikan ahli jawatankuasa. Seramai 30 orang tenaga kerja telah diagihkan tugasan

mengikut ahli jawatankuasa masing-masing hasil daripada perbincangan. Saya telah

memegang jawatan sebagai Ketua ajk protokol bagi Promosi Pendidikan Keselamatan

dalam Komuniti Peringkat IPG Kampus Raja Melewar. Oleh demikian dengan

tanggungjawab yang telah diamanahkan, saya berusaha melaksanakan tugas saya

membantu semua ajk ahli jawatankuasa, memantau dan membantu ahli jawatankuasa kerja

bagi memastikan mereka melaksanakan tugasan mengikut bidang tugas masing-masing

serta mengikuti perkembangan bidang tugas setiap ahli jawatankuasa supaya setiap bidang

tugas tersebut dapat memberikan sumbangan yang positif kepada kelancaran pengurusan

dalam promosi ini. Walaupun semua sibuk dengan tugasan dan aktiviti masing-masing

namun setiap ahli jawatankuasa telah diingatkan untuk memberi komitmen dalam

melaksanakan tugas dengan baik supaya perjalanaan pelaksanaan promosi Pendidikan

Page 12: Full Asngmt Pke

Keselamatan Dalam Komuniti tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sebelum Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti .

Selaku jawatankuasa protokol,saya diberikan beberapa bidang tugas yang perlu

untuk kami selesaikan sebelum pergi ke program tersebut. Antara perkara yang telah saya

siapakan sebelum pergi ke majlis tersebut adalah, teks pengacaraan Promosi Pendidikan

Keselamatan dalam Komuniti dan teks pengacaraan majlis penutup. Selain daripada itu,

saya juga telah menyiapkan dan merancang tentatif bagi sepanjang keberadaan saya di

sana.

Di samping itu, tentaif bagi majlis penutup telah saya rangka sejak sebelum pergi ke

majlis tersebut lagi. Selain daripada itu, protokol pemakaian juga telapun kami tetapkan bagi

menyeragamkan pemakaian kesemua siswa major pendidikan jasmani semester 4. Selain

daripada itu saya juga mengagihkan tugas kepada setiap ajk sebagai contohnya pengacara

majlis, ajk aktivit, ajk bantu mula persiapan tempat dan sebagainya. Selain itu saya juga

sentiasa merujuk kepada ajk buku program dan tentatif memastikan mereka membuat

tugasan mereka dengan baik. Saya juga menyediahkan senarai penceramah yang akan

hadir daripada pengerusi program ini. Selain itu saya juga menyediahkan teks ucapan untuk

pengacara majlis iaitu Renuga Nair dan juga Kasturi kumara dari PJK SJK(T).

Selain daripada itu saya juga tidak lupa untuk menyediahkan dan melatih teks

bacaan doa daripada bantun Ruwal Fendi dari PJ SK. Saya juga membantu jawatan kuasa

hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan

penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-

lain. Selain itu Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di dalam 

dewan.

Saya

menyusun Kerusi untuk

para penceramah, murid-murid sekolah rendah , pra sekolah dan juga tetamu dengan

bantuan dua unit pada malam 21 April dibalai kerapatan. Semua sudi membeir kerja sama

kepada saya untuk menyusun meja dan kerusi mengikut protokol majlis.

Page 13: Full Asngmt Pke

Semasa program saya juga memastikan promosi berjalan dengan lancar. Pada

hari tersebut saya juga menyediahkan sebuah borang untuk memberikan kepada para

penceramah untuk mendapat tahu latar belakang penceramah dan sumbangan dalam

perkhidmatan penceramah tersebut.(Rujuk lampiran 1).Pada hari tersebut saya dan

vegeneswari menungu di balai islam untuk menyemput tetamu ke Teknopen Untuk slot

Petang iaitu pada pukul 2.30 petang. Kami menunggu untuk menyemput para penceramah

pada pukul 1.30 petang dari Balai Islam. Saya juga menyediahkan tempat parker untuk

penceramah.Selepas pencerah sampai ke Balai Islam saya dan Vegeswari membawa

penceramah keTeknopen untuk menyamu selera. Semasa mereka menyamu selera saya

juga memberi borang latar belakang penceramah kepada para penceramah.Selepas

penceramah mengisi borang tersebut saya menyerahkan borang tersebut kepada

pengacara majlis.

Selepas Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti saya juga mengucapakan

ribuan terima kasih kepada semua ajk supaya menjayakan program itu dengan berjayanya.

Namun,saya akui terdapat masih banyak kelemahan saya dalam menjalankan tugas

sebagai Ahli Jawankuasa Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti. Akhir kata dari

saya selaku peserta yang bertanggungjawab melaksanakan tugas protokol, kami telah

berusaha melakukan yang terbaik dan saya akui pengalaman yang saya dapat peroleh

merupakan ilmu yang sangat bernilai.

Page 14: Full Asngmt Pke

REFLEKSI

THILAGESS A/P DEVARAJOO (PJK SJKT)(880114-08-5128)

Bersyukur kepada tuhan,kerana akhirnya saya dapat berjaya menyiapkan tugasan

Kerja Kursus Pendek (KKP) Pendidikan Keselamatan ( PKE 3023E ) ini dengan jayanya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pensyarah Pendidikan

Keselamatan ( PKE 3023E ) kami,Tuan Syed Zulkarnain Bin Syed Mahamud kerana

banyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya melaksanakan tugasan ini denghan baik

dan betul. Tugasan ini perlu dianjurkan oleh unit PJK SJKT dan PJK SK. Tugasan ini adalah

berdasarkan Kerja Kursus Pendek (KKP) iaitu mengadakan Promosi Pendidikan

Keselamatan dalam Komuniti. Semua guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani PISMP

Semester 4 telah menjalankan promosi ini dengan jayanya.

Promosi ini telah diadakan pada 22 April 2015 pada hari Rabu. Promosi ini telah

diadakan selama satu hari sahaja di Balai Kerapatan IPG Kampus Raja Melewar dan di

Teknopen. Berjumlah 30 orang siswa pendidik dari unit PJ telah menjayakan Promosi ini

dengan jayanya. Promosi ini juga, telah disertai oleh seorang pensyarah penasihat yang

Page 15: Full Asngmt Pke

juga merupakan pensyarah subjek Pendidikan Keselamatan Tuan Syed Zulkarnain Bin Syed

Mahamud.. Pada hari tersebut kami memulakan program ini pada pukul 9.30 pagi.

Promosi ini adalah gabungan kumpulan atau unit PJK SJKT dan PJK SK. Sebelum

kami menjayakan promosi ini pensyarah subjek Pendidikan Jasmani telah mengarahkan

kami untuk melantik seorang pengerusi untuk program ini. Kami pun telah mengikuti arahan

pensyarah dan melantik Cik.Annie Maria Johin bin dari Unit PJ SK sebagai pengerusi dan

beliau pun setuju untuk menjalankan tugas beliau sebagai seorang pengerusi. Beliau telah

mengambil kira pelbagai perkara seperti matlamat yang ingin dicapai, organisasi yang

mantap, perancangan yang rapi dan persiapan yang sempurna. Untuk mencapai semua

perkara di atas kerjasama dan kesepakatan antara semua pihak amatlah perlu. Tanpa

mengira perbezaan unit dan jawatan semua saya bersatu agar program yang dirancang

dapat berjalan dengan lancar.

Kelebihan saya sebagai ajk protokol promosi pendidikan keselamatan dalam

komuniti adlah,Selaku AJK protokol, saya berasa bangga kerana banyak ilmu yang dapat

ditimba sepanjang menjayakan Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti dengan

kerjasama semua ajk. Program seperti ini banyak memberi faedah kepada saya sebagai

guru pelatih di mana pengalaman serta ilmu yang dipelajari dapat saya manfaatkan sewaktu

berada di sekolah nanti. Sepanjang memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan

jayanya,saya telah melalui beberapa prosedur dengan mengadakan perbincangan di antara

ahli jawatankuasa terlebih dahulu yang terdiri daripada pelajar untuk menemukan kata

sepakat dan persetujuan ahli mengenai cadangan protokol yang akan dilakukan pada 22

April 2015.

Tidak ketinggalan juga saya telah menghadiri beberapa buah mesyuarat bersama-

sama dengan ajk protokol serta pengerusi untuk mendapatkan persetujuan mereka

mengenai promosi yang telah dicadangkan dan perbincangan yang dilakukan berjalan

dengan lancar. Melalui hasil perbincangan secara tidak langsung komunikasi yang baik dan

berkesan dapat dipupuk dalam diri guru pelatih dari masa ke masa, di mana saya dapat

meningkatkan keyakinan diri sewaktu berkomunikasi dengan ahli jawatankuasa dan saya

juga turut mempelajari cara berkomunikasi yang betul sewaktu berinteraksi dengan mereka

Selain daripada itu saya juga tidak lupa untuk menyediahkan dan melatih teks

bacaan doa daripada bantun Ruwal Fendi dari PJ SK. Saya juga membantu jawatan kuasa

hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan

penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-

lain. Selain itu Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di dalam 

dewan. Saya menyusun Kerusi untuk para penceramah, murid-murid sekolah rendah , pra

Page 16: Full Asngmt Pke

sekolah dan juga tetamu dengan bantuan dua unit pada malam 21 April dibalai kerapatan.

Semua sudi membeir kerja sama kepada saya untuk menyusun meja dan kerusi mengikut

protokol majlis.

Semasa program saya juga memastikan promosi berjalan dengan lancar. Pada

hari tersebut saya juga menyediahkan sebuah borang untuk memberikan kepada para

penceramah untuk mendapat tahu latar belakang penceramah dan sumbangan dalam

perkhidmatan penceramah tersebut.(Rujuk lampiran 1).Pada hari tersebut saya dan

vegeneswari menungu dib alai islam untuk menyemput tetamu ke Teknopen Untuk slot

Petang iaitu pada pukul 2.30 petang. Kami menunggu untuk menyemput para penceramah

pada pukul 1.30 petang dari Balai Islam. Saya juga menyediahkan tempat parker untuk

penceramah.Selepas pencerah sampai ke Balai Islam saya dan Vegeswari membawa

penceramah keTeknopen untuk menyamu selera. Semasa mereka menyamu selera saya

juga memberi borang latar belakang penceramah kepada para penceramah.Selepas

penceramah mengisi borang tersebut saya menyerahkan borang tersebut kepada

pengacara majlis.

Selepas Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti saya juga mengucapakan

ribuan terima kasih kepada semua ajk supaya menjayakan program itu dengan berjayanya.

Namun,saya akui terdapat masih banyak kelemahan saya dalam menjalankan tugas

sebagai Ahli Jawankuasa Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti. Akhir kata dari

saya selaku peserta yang bertanggungjawab melaksanakan tugas protokol, kami telah

berusaha melakukan yang terbaik dan saya akui pengalaman yang saya dapat peroleh

merupakan ilmu yang sangat bernilai.

Promosi pada hari itu berjalan dengan lancar .Promosi Pendidikan Keselamatan

dalam Komuniti ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan kekuatan yang saya perolehi

seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih dan ini adalah kunci

kepada setiap kejayaan sesuatu program yang diadakan di mana kita haruslah

mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam memastikan program

yang dikendalikan dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita

bersama. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan

daripada pensyarah jabatan pendidikan jasmani juga telah mendorong kami lebih yakin

dalam merealisasikan projek ini.

Kelemahan saya dalam promosi pendidikan keselamatan dalam komuniti adalah

pada hari promosi bagi slot pertama iaitu Penyelenggaraan dan Pengurusan Keselamatan

Sumber Air Komuniti Bandar Syarikat Air Negeri Sembilan pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00

pagi penceramah tidak dapat hadir ke program .Saya menunggu di kedatangan penceramah

Page 17: Full Asngmt Pke

itu di depan balai kerapatan samapai pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Saya tidak dapat

menghubung penceramah itu dengan melalui telefon.Ini kerana saya tidak mempunyai nombor

telefon penceramah itu.

Penambahbaikan saya sebagai ajk protokol bagi program yang akan datang adalah

saya perlu memastikan penceramah ataupun tetamu khas datang ke program pada masa

yang ditetapkan . Memastikan program berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

TAJUK TUGASAN:

Ulasan Artikel Penyelidikan

Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel Dikalangan Pelajar Di Sebuah

Institut Kemahiran Belia Negara Di Negeri Terengganu

DIKEMUKAKAN KEPADA:

SYED ZULKARANAIN BIN SYED MAHAMUD

SEBAGAI MEMENUHI SYARAT KURSUS PKE 3023E

Page 18: Full Asngmt Pke

OLEH:

THILAGESS A/P DEVARAJOO

NO.IC: 880114-08-5128

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

DENGAN KEPUJIAN

AMBILAN JUN 2013 PJK SJK(T) SEMESTER 4

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap pengamalan

amalan keselamatan bengkel dikalangan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara.

Dalam kajian ini, terdapat lima aspek amalan keselamatan yang telah dikenalpasti iaitu

aspek peraturan, persekitaran, sikap pelajar, kemahiran menggunakan alatan tangan dan

juga kemahiran dalam menggunakan mesin. Dalam kajian ini, seramai 72 orang pelajar

yang terdiri daripada tiga kursus iaitu jurubina bangunan, jurukimpal arka dan pendawaian

elektrik terlibat. Kesemua pelajar sedang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada

tahap dua. Kaedah soal selidik skala likert digunakan untuk mendapatkan maklumat yang

berkaitan. Dapatan kajian dianalisis denan menggunakan perisian StatisticalPackage For

Social Science (SPSS) versi 12. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan dan

pengamalan pelajar terhadap aspek-aspek keselamatan bengkel adalah tinggi. Namun

begitu masih lagi terdapat perkara-perkara yang mencatatkan tahap yang lemah. Oleh yang

demikian, penambahbaikan amat perlu dilakukan bagi meminimakan risiko berlakunya

kemalangan.

Page 19: Full Asngmt Pke

ULASAN

Abstrak

1. Tujuan kajian telah dinyatakan dengan jelas.

2. Dapatan kajian ini ialah tahap pengetahuan dan pengamalan pelajar terhadap aspek-

aspek keselamatan bengkel adalah tinggi dan namun begitu masih lagi terdapat

perkara-perkara yang mencatatkan tahap yang lemah.

3. Kesimpulanya kajian ialah penambahbaikan amat perlu dilakukan bagi meminimakan

risiko berlakunya kemalangan.

Pengenalan

1. Pengaji menyatakan bahawa bagi mengurangkan serta meminimakan risiko

kemalangan di bengkel atau ditempat kerja akta keselamatan telah ditubuhkan.

2. Pengaji menyatakan bahawa , akta ini adalah untuk menjamin cara kerja dan juga

persekitaran kerja yang selamat kepada para pekerja.

3. Kajian ini juga mendedahkan bahawa penyakit pekerjaan dan meletakkan piawai

minimum persekitaran kerja yang diperlukan untuk keselamatan dan kesihatan dan juga

kesemua akta yang dibuat adalah untuk mencegah kemalangan daripada berlaku.

Kaedah Kajian

1. kaedah persampelan rawak kelompok atas kelompok telah digunakan untuk memilih

sampel kajian. Kaedah sampel kelompok atas kelompok dipilih kerana mudah untuk

penyelidik mengumpul data kerana bilangan respondan tidak telalu ramai iaitu

memadai 30 peratus daripada jumlah populasi atau sampel sebenar.Menurut Mohd

Najib (1999), 30 peratus daripada jumlah populasi atau 30 peratus sampel telah

mencukupi.

2. Penyelidikan juga memilih pelajar- pelajar yang megikuti kursus jurukimpal arka,

kursus pendawaian elektrik dan kursus binaan bangunan yang belajar di Institut

Kemahiran Belia Negara, Wakaf Tapai untuk diuji.

3. Data Pengetahuan dan Pengamalan Keselamatan Bengkel dikalangan pelajar

dikumpul dengan menggunakan istrumen soal selidik. Satu set borang soal selidik

diberikan kepada responden terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan

bahagian B.

4. Penyelidik telah mendapatkan maklum balas dari seorang pakar yang mahir dalam

bidang kemahiran teknikal dari Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai,

Page 20: Full Asngmt Pke

Marang, Terengganu iaitu Encik Wan Mohd Nasir b. Mohamad dan menunjukkan

Jadual Pembolehubah untuk mendapatkan kesahan bagi setiap item yang dibina.

5. Penyelidik telah memilih jumlah responden seramai 15 orang pelajar daripada Institut

Latihan Perindustrian Kuala Terengganu yang mengambil Jurusan Pendawaian

Elektrik. Data yang dikumpulkan daripada kajian ini dianalisis dengan menggunakan

Ujian Alpha Cronbach dalam Pakej SPSS (Statistical Package For Social Science)

versi 12.0 sebagai instrumen kajian bagi mengukur kebolehpercayaan item dalam

soal selidik.

6. Penyelidik mendapati bahawa nilai pekali Alpha yang diperoleh adalah tinggi kerana

nilai yang diperoleh adalah berada pada nilai 0.8 – 1.0. Berdasarkan jadual pekali

Alpha Cronbach, nilai yang diperoleh adalah berada pada tahapyang tinggi.

Keputusan Kajian

Penyelidik menyatakan bahawa aspek amalan keselamatan yang paling rendah tahap

pengetahuannya.

Perbincangan

1. Pengakaji telah membincangkan bahawa tahap pengetahuan dan pengamalan

amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajarpelajar IKBN Wakaf Tapai.

2. Perbincangan juga menjelaskan dapatan kajian tentang Melihat perbezaan

pengetahuan dan pengamalan keselamatan bengkel berdasarkan kursus dan juga

melihat hubungan antara pengetahuan dengan pengamalan keselamatan bengkel

dikalangan pelajar IKBN Wakaf Tapai.

Rujukan

1. Bilangan rujukan yang tersenarai untuk kajian ini adalah sebanyak 8 buah buku.ini

adalah tidak memadai untuk membuktikan dapatan kajian ini disokong dengan

teratur.Senarai rujukan juga ditulis mengikut format APA.

Implikasi kajian dalam konteks pendidikan Keselamatan di Malaysia

Page 21: Full Asngmt Pke

Laporan Instrumen PKE

Pada 13 April 2015 hinggA 17 April 2015 saya membuat pengalaman berasaskan

sekolah (PBS )di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Bogak, Bagan Serai,

Perak. Semasa membuat PBS di sekolah tersebut , saya telah membuat kajian tentang

keselamatan dari segi pengurusan dan pentadbiran, keselamatan, kesihatan, keceriaan

&kebersihan dan keselamatan jalan raya.

INSTRUMEN CACATAN PEMERHATIAN

Page 22: Full Asngmt Pke

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

KESELAMATAN

KESIHATAN

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

KESELAMATAN JALAN RAYA

0 2 4 6 8 10 12 14

TIADAADA

Dari segi pengurusan dan pentadbiran di sekolah ini sangatbaik dan teratur. Guru

Penolong kanan sekolah ini telah menjediahkan carta organisasi sekolah dengan sangat

cantik.Guru penyelaras sekolah ini juga telah melaksanakan tugas beliau dengan sangat

teratur.Beliau membuat banyak perancangan seperti pertandingan keceriaan kelas bagi

murid-murid, pertandingan keceriaan meja guru , program gotong –royong, program lonceng

keselamatan kebakaran pada 2 bulan sekali dan sebagainya. Selain itu guru besar di

sekolah ini membuat perancangan keselamatan sekolah pada setiap kali mesyuarat guru.

Seterusnya buku stok SPBT dan buku stok harta mudah alih kerajaan (pengurusan stok)

juga telah dikemaskinikan. Di sekolah ini mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan

rekod masuk bagi semua peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang

menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang penggunaan

peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku. Semua peralatan

sukan di sekoalh ini juga mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-

undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak

berkualiti.Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah

disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan

perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas Di dalam pejabat juga mempunyai peti

kunci sekolah dan sekolah ini tidak mempunyai catatan lawatan jadual berkala pengawal

keselamatan. Dari segi pengurusan dan pentadbiran ada 13 elemen dapat dikaji tetapi

hanya 8 elemen sahaja yang terdapat di sekolah tersebut. Saya merujuk kepada guru besar

sekolah tersebut untuk mengenal pasti sebab ketiadaan elemen-elemen tersebut di sekolah

itu. Guru besar menjelaskan sebab ketiadaan maklumat tersebut di sekolah itu . Beliau

Page 23: Full Asngmt Pke

menyatakan bahawa sekolah tersebut adalah sekolah kurang murid, oleh itu mereka tidak

member keutamaan kepada elemen-elemn tersebut.

Dari segi keselamatan sekolah pula, sekolah ini tidak mempunyai rekod peribadi dan

jadual bertugas pengawal keselamatan.Walaupun tidak mempunyai jaduala bertugas

pengawal , pengawal di sekolah ini menjalankan tugas mereka dengan baik dan

berdisiplin.Mereka berda di sekolah pada masa yang ditetapkan. Selain itu mereka tidak

membenarkan ibu bapa dan juga orang lain sengaja masuk ke dalam kawasan sekolah

tanpa kebenaran guru besar dan juga guru kanan sekolah tersebut. Para guru di sekolah itu

juga memaikan pakaian yang kemas dengan mengikut kod etika berpakaian.

Pengawal keselamatan dan juga pekebun di sekolah iti juga memakai pakaian yang

di tetapkan oleh majikan mereka masing-masing. Di sekolah ini mempunyai plan khas laluan

kecemasan dan papan tanda berkumpul. Semasa membuat siren amaran kecemasan guru-

guru , murid-murid pengawal dan juga pekebun di sekolah itu berkumpul di tempat

berkumpul.

Sekolah ini mempunyai tempat untuk parker kenderaan guru , parkir untuk pelawat

dan juga murid. Murid-murid yang membawa basikal juga meletakkan basikal mereka di

tempat yang ditetapkan. Pili bomba juga berada dalam keadaan yang baik dan di sekolah ini

Page 24: Full Asngmt Pke

mempunyai 7 buah alat pemadam api dengan keadaan yang selamat dan mudah untuk

digunakan. Di sekolah ini tidak mempaparkan garis panduan CPR, TOPTAPS, RICE. DR

ABC.Selainitu di sekolah ini toidaka mempunyai guru yang bertauliah persatuan menyelamat

kebangsaan. Dari segi keselamatn ada 16 elemen dapat dikaji tetapi hanya 10 elemen

sahaja yang terdapat di sekolah tersebut. Saya merujuk kepada guru besar sekolah tersebut

untuk mengenal pasti sebab ketiadaan elemen-elemen tersebut di sekolah itu. Guru besar

menjelaskan sebab ketiadaan maklumat tersebut di sekolah itu . Beliau menyatakan bahawa

sekolah tersebut adalah sekolah kurang murid, oleh itu mereka tidak member keutamaan

kepada elemen-elemn tersebut.

Dari segi kesihatan pula di sekolah ini mempunyai rekod profile murid setiap kelas

iaitu kad 001/002. Guru kelas di sekolah ini juga telah mengemaskini kad 001 pada setiap

tahun.Rekod status kesihatan dan rawatan murid juga di simpan di tempat yang selamat.

Selain daripada itu sekolah ini mempunyai 2 buah peti bantu mula kecemasan iaitu di dalam

pejabat dan juga di bilik guru.Di dalam peti bantu mula kecemasan juga mempunyai ubat-

ubat ,plaster dan sebagainya dengan berkeadaan baik. Dari segi kesihatan ada 13 elemen

dapat dikaji tetapi hanya 2 elemen sahaja yang terdapat di sekolah tersebut. Saya merujuk

kepada guru besar sekolah tersebut untuk mengenal pasti sebab ketiadaan elemen-elemen

tersebut di sekolah itu. Guru besar menjelaskan sebab ketiadaan maklumat tersebut di

sekolah itu . Beliau menyatakan bahawa sekolah tersebut adalah sekolah kurang murid,

oleh itu mereka tidak member keutamaan kepada elemen-elemn tersebut dan juga sekolah

ini tidak mempunyai bilik rawatan.

Dari segi keceriaan dan kebersihan sekolah pula di sekolah ini juga mempunyai

jadual tugas kebersihan perpustakaan , bilik guru , pejabat , dan juga jadual kebersihan

kelas. Guru –guru dan juga murid-murid di sekolah ini juga mebuat tugas mereka mengikut

jadual bertugas .Oleh yang demikian walaupun sekolah kurang murid , dan juga guru di

sekolah ini adalah hanya seramai 5 orang sahaja termasuk guru besar, sekolah ini

berkelihatan sangat bersih dan juga cantik dan ceria. Alat-alat di stor sukan telah diletakkan

di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan

yang bertugas. Di samping itu, tempat-tempat tersebut juga telah dilabelkan bagi melicinkan

urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan. Murid-murid dilarang masuk ke

dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya individu tertentu

sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian

peralatan tersebut. Murid di sekolah ini juga melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang

kerosakan pada peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku

apabila aktiviti sedang dijalankan.

Page 25: Full Asngmt Pke

Kantin di sekolah tidak berfungsi kerana tidak mencukupi murid. Sekolah ini adalah

sekolah SKM(Sekolah Kurang Murid).Tetapi murid mendapat makanan RMT. Murid-murid

dan guru- guru sekolah itu makan di kantin tersebut Walaubagaimanapun murid perlu

mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat iaitu

pada pukul 10.00 hingga 10.20 sahaja. Namun bagi staf sekolah, waktu berada di kantin

tidak terbatas asalkan tidak menganggu jadual bertugas masing-masing. Guru bertugas

sentiasa mengawasi keselamatan dan kebersihan kantin sekolah itu dan juga Semua

pengguna juga mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan kantin sekolah

dijaga dengan bersih dan bebas dari sampah sarap. Selain daripada itu, kantin sekolah juga

perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan tikus ). Murid-murid juga tidak dibenarkan

bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya apabila keadaan lantai yang licin

terutamanya selepas hujan turun.  Pengawas atau guru yang bertugas juga memaklumkan

apabila terjadi sebarang kemalangan dan pergaduhan berlaku di dalam kantin.Guru

bertugas di sekolah itu sentiasa menjaga kebersihan tempat makan ( meja ) dalam keadaan

bersih dan juga memastikan murid-murid sentiasa mencuci tangan dengan sabun sebelum

dan selepas makan di tempat yang disediakan.Murid-murid di sekolah itu juga tidak

membuang sampah di merata tempat malah membuang bungkusan dan sisa makanan ke

dalam tong sampah yang telah disediakan.

Page 26: Full Asngmt Pke

Sekolah ini mempunyai padang yang besar. Murid beratur setiap kali berada di

padang dan setelah selesai menjalankan aktiviti.Murid juga tidak dibenarkan membawa dan

memakai barang kemas atau barang berharga ke padang untuk mengelakkan sebarang

kecurian dan kehilangan.Guru pj di sekolah itu , juga sentiasa memastikan murid-murid

memakaii pakaian sukan, pakaian pendidikan jasmani atau pakaian yang sesuai sahaja

ketika menjalani aktiviti-aktiviti sukan, senaman dan pendidikan jasmani di padang.Murid

juga dinasihatkan memakai kasut ketika menjalankan aktiviti di padang bagi mengelakkan

berlakunya sebarang kecederaan.Guru juga sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika

menjalankan aktiviti yang lasak serta tidak memaksa diri murid untuk melakukan aktiviti yang

di luar had kemampuan.Pekebun sekolah itu juga sentiasa menjaga kebersihan padang.

Mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah jika terjumpa objek-objek seperti

sampah batu-batuan, kaca, paku, jarum atau sebagainya.Guru di sekolah itu tidak

dibenarkan murid-murid berada dan bermain di padang sewaktu hujan. Selepas kelas

pendidikan jasmani guru mengembalikan dan menyusun peralatan-peralatan sukan di ‘Stor

Peralatan Sukan’ sekolah setelah digunakan.Guru besar di sekolah itu tidak membenarkan

pihak luar untuk menggunakan padang selain daripada murid, guru dan kakitangan sekolah

kecuali dengan kebenaran. Rumput di padang juga sentiasa dipotong dengan kemas dan

cantik. Selain itu di sekolah ini membuat program gotong – royong 2 kali dalam setahun

dengan bantuan ibu bapa murid-murid di sekolah tersebut. Dari segi keceriaan dan

kebersihan ada 19 elemen dapat dikaji tetapi hanya 7 elemen sahaja yang terdapat di

sekolah tersebut. Saya merujuk kepada guru besar sekolah tersebut untuk mengenal pasti

sebab ketiadaan elemen-elemen tersebut di sekolah itu. Guru besar menjelaskan sebab

ketiadaan maklumat tersebut di sekolah itu . Beliau menyatakan bahawa sekolah tersebut

adalah sekolah kurang murid, oleh itu mereka tidak member keutamaan kepada elemen-

elemn tersebut.Selain itu beliau juga menyatakan bahawa sekolah ini tidak mempunyai

kemudahan yang secukupnya.

Dari segi keselamatan jalan raya pula sekolah ini mempunyai kelas pendidikan

keselamatan di jalan raya (PKJR). Sekolah ini tidak mempunyai laluan khas murid keluar

masuk di kawasan sekolah.Para guru dan murid-murid menggunakkan jalan yang sama.

Page 27: Full Asngmt Pke

Sekolah ini adalah sekolah ladang.Kebanyakan murid di sekolah ini datang dan balik ke

sekolah dengan ibu bapa mereka.Sekolah ini tidak mempunyai pondok menunggu bas. Dari

segi keselamatan di jalan raya terdapat 8 elemen dapat dikaji tetapi hanya 1 elemen sahaja

yang terdapat di sekolah tersebut. Saya merujuk kepada guru besar sekolah tersebut untuk

mengenal pasti sebab ketiadaan elemen-elemen tersebut di sekolah itu. Guru besar

menjelaskan sebab ketiadaan maklumat tersebut di sekolah itu . Beliau menyatakan bahawa

sekolah tersebut tidak mempunyai kemudahan yang secukupnya oleh yang demikian guru

dan para pelajar menggunakan laluan jalan raya yanag sama.

Selain daripada instrument saya juga membuat temu bual kepada penyelaras

program 3k di sekolah tersebut. Beliau memberikan maklumat yang diperlukan kepada saya

dengan jelas.dalam stategi perancanagan dan pelaksanaan program sekolah itu, mereka

menyediahkan carta organisasi dan skop agihan tugas . Selain itu beliau juga menyatakan

bahawa sekolah tersebut mereka akan membuat mesyuarat perancangan pada setiap

bulan.Selain itu beliau juga menyatakan bahawa sebagai penyelaras program 3k , beliau

melekat plan kecemasan di beberapa tempat .Setiap bulan beliau mengadakan lonceng

kecemasan.selain itu cikgu-cikgu yang tidak hadir ataupun menghadiri mesyuarat mereka

tidak membiarkan murid dan guru ganti akan memasuki ke kelas . Beliau juga menyatakan

bahawa guru-guru di sekolah juga sentiasa memastikan kebersihan , kecerian dan

keselamatan sekolah.Sekolah itu juga memasuki pertandingan kecerian, kebersihan dan

keselamatan peringkat zon .

Kesimpulanya Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada

sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian penuh

dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana terdapat

ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana

sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan

membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan

sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah

memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan

kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan

tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga

media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru

dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di

kawasan sekolah .

Page 28: Full Asngmt Pke