rph pj

Upload: ana-twentytwo

Post on 18-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 EFEKTIF

MATA PELAJARAN:Pendidikan JasmaniTUNJANG:KemahiranTAJUK:Ragbi SentuhSUB TAJUK/KEMAHIRAN:Menghantar dan menerima bolaTAHUN:5 EfektifBIL. MURID:28 OrangTARIKH:9 September 2014MASA:8.40 9.40 pagi ( 30 Minit)

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat

Psikomotor : Melakukan kemahiran menghantar dan menerima bola dengan teknik lakuan yang betul pada jarak 2 meter.Kognitif : Menerangkan 2 peraturan dan undang-undang menghantar dan menerima bola ragbiAfektif : Berkerjasama dalam kumpulan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah melihat perlawanan bola ragbi sama ada secara langsung ataupun melalui media masaPENERAPAN NILAI : Kerjasama dan toleransiKBKK : Menganalisis dan menilaiPENGGABUNGJALINAN : Bahasa InggerisSTRATEGI PENGAJARAN : Kaedah arahan dan kaedah kontekstualALATAN : Kon = 6Bola Ragbi dan Bola Baling= 10Wisel= 1

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIBUTIRAN MENGAJARORGANISASICATATAN

PERMULAAN( 5 MINIT )a. Memanaskan badan

Monyet Tangkap Pisang

b. Rengangan-Tangan -Pinggang-Kaki-Permainan Simulasi Monyet Tangkap Pisang-Murid-murid diminta berkumpul setempat- Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.- Guru memberikan arahan permainan.-Kumpulan 1 akan menjadi pembaling pisang dan kumpulan 2 akan menjadi monyet di dalam bulatan.- Kumpulan satu akan membaling bola di antara ahli kumpulan dan kumpulan dua akan mencuba untuk menangkap bola tersebut.- Jika terdapat ahli kumpulan 2 yang berjaya menangkap bola maka kumpulan tersebut dikira menang dan berjaya menangkap pisang.

-guru membimbing murid melakukan aktiviti regangan bermula dari tangan, pinggang dan kaki dalam kiraan 8.-Kon-Wisel-Bola Baling

PERKEMBANGAN (10 MINIT)PERKEMBANGAN 1-Menghantar dan menerima bola ragbiMenghantar

-Guru menunjukkan demonstrasi cara memegang bola ragbi dengan betul.-Berdiri dengan kedua-dua belah tangan memegang bola.-Condongkan badan ke sisi.-Mata pandang pada sasaran.-Ayunkan tangan dan hantarkan bola ke sisi pada aras dada penerima-Teruskan hayunan tangan

Menerima

-Hulurkan kedua-dua belah tapak tangan-Tumpu kea rah penghantar bola-Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.-Serap daya bola kearah badan-Ketika proses menghantar bola, murid perlu memanggil nama rakan mereka.

-Kon-Wisel-Bola Ragbi

PERKEMBANGAN 2-Aktiviti Bertiga-Setiap pasangan diberi sebiji bola dan murid akan membuat hantaran dan menerima bola-Kon-Wisel-Bola Ragbi

PERKEMBANGAN 3-Aktiviti Berkumpulan

* Menghantar dan menerima bola secara statik dan dinamik.-Setiap kumpulan dibahagikan kepada 5-7 orang murid untuk membuat hantaran dan menerima bola secara statik -Kemudiannya, setiap kumpulan diminta melakukan hantaran dan menerima bola dalam keadaan dinamik iaitu menuju kea rah hadapan.Statik

Dinamik-Kon-Wisel-Bola

KEMUNCAK(10 MINIT)PERMAINAN KECILPaling banyak touch down-Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.-Setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil.-Kumpulan kecil pertama akan menunggu digarisan permulaan dan kumpulan kedua di garisan penamat.-Jika kumpulan A mengambil garisan disebelah kanan sebagai garisan permulaan maka kumpulan B akan mengambil garisan di sebelah kiri sebagai permulaan.-Murid dari setiap kumpulan akan bersedia di garisan permulaan dan apabila wisel ditiup, murid akan membuat hantaran dan menerima bola sambil bergerak menuju garisan penamat.-Setelah tiba mereka akan memberi bola kepada kumpulan yang menunggu.-Pemenang dikira melalui berapa kali setiap kumpulan sampai ke garisan permulaan dan penamat.-Murid hanya dibenarkan berlari sejauh 1-2 meter dan perlu membuat hantaran bola kepada kawan.-Jika bola terjatuh, murid perlulah membuat tap untuk meneruskan pergerakan,-Apabila bola sampai kepada murid terakhir, murid akan menukar posisi dimana murid yang memegang bola akan duduk paling hadapan.-Murid perlu memastikan apabila menghantar bola, rakan perlu berada dibelakang sisi mereka.-Murid perlu memanggil nama rakan mereka ketika menghantar bola.-Kon-Wisel-Bola Ragbi

PENUTUP(5 MINIT)GERAK KENDUR DAN RUMUSAN-Murid berlari anak sambil melonggar bahagian badan dan berhenti membuat regangan.-Membuat perbincangan bersama murid berkaitan perkara penting semasa menghantar dan menerima bola ragbi-Wisel