rph membuat binaan tahun 6

8
Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas/ Tahap : 6 Gigih / Tahap 2 Tarikh : 25 Mac 2011 (Jumaat) Masa : 10.20 11.20 pagi (1 jam) Bil. Murid : 39 orang Bidang Kegiatan: Membentuk dan Membuat Binaan Tajuk : Origami (Burung) Hasil Pembelajaran : Murid dapat membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan bahan dan teknik berbeza dalam penghasilan serta menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif. Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat: 1. Memahami konsep origami. 2. Menggunting dan melipat kertas dengan betul untuk menghasilkan origami burung. 3. Menghasilkan origami bentuk burung secara kreatif. 4. Melukis dan mewarna origami tersebut dengan kemas dan teliti. 5. Menghias origami burung mengikut kreativiti masing-masing. Pengetahuan sedia ada murid:

Upload: nor-shahirah

Post on 28-May-2015

5.102 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Membuat Binaan Tahun 6

Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas/ Tahap : 6 Gigih / Tahap 2

Tarikh : 25 Mac 2011 (Jumaat)

Masa : 10.20 – 11.20 pagi (1 jam)

Bil. Murid : 39 orang

Bidang Kegiatan: Membentuk dan Membuat Binaan

Tajuk : Origami (Burung)

Hasil Pembelajaran :

Murid dapat membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan bahan dan teknik berbeza dalam penghasilan serta

menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif.

Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:

1. Memahami konsep origami.

2. Menggunting dan melipat kertas dengan betul untuk menghasilkan origami burung.

3. Menghasilkan origami bentuk burung secara kreatif.

4. Melukis dan mewarna origami tersebut dengan kemas dan teliti.

5. Menghias origami burung mengikut kreativiti masing-masing.

Page 2: Rph Membuat Binaan Tahun 6

Pengetahuan sedia ada murid:

1. Murid pernah melihat origami di sekolah, kedai-kedai, buku atau di televisyen.

2. Murid pernah melukis, menggunting dan mewarna

Nilai Murni : Bekerjasama, disiplin, ketekunan, ketelitian dan kekemasan

Alat : Pembaris, gunting,

Bahan : pensel warna, pensel, pen magik, kertas warna

Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar, pemudahcara

Strategi Pembelajaran : Direktif, Pemerhatian, Kontekstual, Kecerdasan Pelbagai

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Contoh origami hasil kerja guru, Video langkah-

langkah membuat origami

Page 3: Rph Membuat Binaan Tahun 6

Langkah

Pengajaran/Masa

Perkembangan Isi pelajaran Aktiviti P&P Strategi/Gambarajah

/Nilai/ Catatan

Set Induksi

(5 minit)

· Guru menayang video contoh-

contoh pelbagai jenis burung dan

memperkenalkan setiap jenis

burung dalam dwi bahasa.

Murid melihat contoh-contoh

yang guru tayangkan.

Kecerdasan Pelbagai-

linguistik

Nilai – Kerjasama, disiplin

Langkah 1

(10 minit)

Memperkenalkan tajuk pelajaran

pada hari ini iaitu membuat

origami burung.

Menyoal murid-murid tentang

origami.

Soalan :

1. Apa itu Origami?

2. Pernahkah mereka melihat

kertas yang berlipat-lipat dan

akhirnya menjadi bentuk

tertentu?

Murid mendengar

penerangan guru dengan

penuh minat.

Murid menjawab soalan

guru dengan pelbagai

jawapan yang mereka tahu.

Murid memberi perhatian

terhadap penerangan guru

mengenai definisi origami

Sekali – sekala murid

bersoal jawab.

Strategi:

Kontekstual

Kecerdasan Pelbagai –

Verbal Linguistik

ABM maujud (origami yang

telah siap dihasilkan)

Page 4: Rph Membuat Binaan Tahun 6

Guru menerangkan definisi

origami kepada murid-murid.

Definisi :

˝Origami merupakan satu teknik

lipatan sama ada dengan

menggunakan kain ataupun

kertas yang dapat menghasilkan

sesuatu bentuk atau objek.”

Langkah 2

( 5 minit)

Guru menerangkan jenis alat dan

bahan yang hendak digunakan.

1) Kertas Warna

2) Pensil Warna

3) Pen magik

4) Gunting

Murid memberi perhatian

terhadap penerangan guru.

Murid mengambil alat dan

bahan dari guru.

Strategi:

Koperatif

Konstruktivisme

Langkah 3

(10 minit)

Guru menunjukkan video

demonstrasi cara menghasilkan Murid melihat aktiviti melipat

kertas seperti yang

Kecerdasan Pelbagai –

Intrapersonal - Ruang

Page 5: Rph Membuat Binaan Tahun 6

origami bentuk burung.

Menunjukkan cara melipat kertas

dengan betul kepada murid-

murid.

Langkah-langkah:

1) Sediakan kertas warna

bersaiz segi empat sama

(Rajah 1)

2) Lipatkan kertas

membentuk segi tiga

(Rajah 2)

3) Lipatkan pula mengikut

garis putus-putus yang

ditunjukkan

(Rajah 3)

4) Ambil sebelah helaian

segitiga kecil itu dan

ditayangkan oleh guru.

Nilai: tekun, berhati-hati

Rajah 1

Rajah 2

Rajah 3

Rajah 4

Page 6: Rph Membuat Binaan Tahun 6

lipatkan ke arah

bertentangan

(Rajah 4 dan Rajah 5)

5) Lipat dua dari satu bucu

ke bucu satu lagi

(Rajah 6)

6) Kemudian, lipat ke bawah

seperti rajah untuk

membentuk sayap.

(Rajah 7)

7) Akhir sekali, lukiskan

bulatan hitam sebagai

mata burung.

(Rajah 8)

8) Hias origami mengikut

kreativiti masing-masing.

Rajah 5

Rajah 6

Rajah 7

Rajah 8

Page 7: Rph Membuat Binaan Tahun 6

Langkah 4

(15 minit)

Guru mengarahkan murid

melakukan aktiviti gerak kerja

seperti yang telah ditunjukkan.

Guru membimbing dan

memantau murid-murid di dalam

kelas semasa aktiviti gerak kerja

dijalankan.

Murid melakukan gerak

kerja yang diberikan.

Murid mula membuat lipatan

untuk menghasilkan origami

bentuk burung.

Pembelajaran Akses Kendiri

–Bertanggung jawab ke atas

pembelajaran sendiri untuk

menghasilkan tugasan

Langkah 5

(10 minit)

Guru menunjukkan cara-cara

menghias origami burung.

Guru mengarahkan murid

memperkemaskan hasil lipatan

origami burung dan membuat

kemasan mengikut kreativiti

masing-masing.

Murid mula mewarnakan

bahagian-bahagian tertentu

pada burung.

Murid menghias origami

mengikut kreativiti mereka

yang tersendiri.

Kecerdasan Pelbagai –

Intrapersonal - Visual

Penutup

(5 minit)

Penilaian Hasil

Pembelajaran :

Guru mengambil beberapa hasil

karya murid untuk dipamerkan.

Guru meminta beberapa orang

Murid memberikan

kerjasama kepada guru

dengan memberikan hasil

kerja mereka untuk

Kecerdasan Pelbagai

Page 8: Rph Membuat Binaan Tahun 6

Apresiasi dan refleksi : murid untuk membuat sesi

apresiasi dengan memberikan

komen terhadap hasil karya

rakan-rakan yang lain.

Guru bertanyakan beberapa

soalan kepada murid-murid.

1.Adakah kamu sudah faham

apa itu origami?

2.Bagaimanakah perasaan kamu

sepanjang menghasilkan origami

bentuk burung?

Memberi pujian kerana murid

dapat memahami tajuk hari ini.

Membuat sesi refleksi dan

membuat penilaian objektif

pengajaran pada hari ini.

dijadikan contoh dalam sesi

apresiasi.

Murid memberikan komen

terhadap origami yang

dihasilkan oleh rakan-rakan

mereka.

Murid menjawab soalan

guru dengan pelbagai jenis

jawapan.

Murid dapat menghargai

tentang ilmu dan kemahiran

yang mereka perolehi.

kemahiran interpersonal dan

intrapersonal– Linguistik

Page 9: Rph Membuat Binaan Tahun 6