asas binaan bangunan

Upload: smsee

Post on 03-Mar-2016

185 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Binaan Bangunan

TRANSCRIPT

SISTEM PEMBETUNGANTUJUAN:Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelajar bagi memahami dan mengenal, menamakan pelbagai jenis system kebersihan Dan lain-lain kerja yang berkaitan menurut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan perkakas, peralatan serta bahan yang betul supaya hasil kerja menepati piawaian dan standard yang ditetapkan

PENERANGAN:1. Objektif utama dalam system pembetungan ialah membolehkan pembuangan kumbahan jelalui satu system sambugan paip yang besih dan cekap.2. Sistem pembetungan dalam konteks pembinaan moden tediri daripada dua jenis yang utama iaitu:a. Sistem pembetungan awamSistem pembetungan awam Merupakan satu system paip utama pembetungan yang ditanam di dalam tanah selaria dengan jalan raya. Paip-paip ini disambungkan kepada loji pembersih pembetungan tempat kumbahan diproses menjadi baja. Pembinaan Dan penyenggaraan system pembetungan awam melibatkan pebelanjaan yang tinggi.

b. System pembetungan tangki najis.Sistem pembetungan tangki najis1) bagi tempat yang tidak mempunyai kemudahan pembetungan awam. Pembuangan kumbahan dilakukan dengan menggunakan tangki najis secara berasingan atau berkumpulan. Dalam merancang kawasan perumahan yang baru, khasnya yang melibatkan bilangan unit rumah yang banyak, adalah digalakkan mengadakan tangki najis berkumpulan. 2) Sistem ini meliputi sambungan paip betung daripada rumah-rumah ke tangki najis utama. Prinsipnya hamper sama dengan pembetungan awam, kecuali ia adalah sistem tertutup yang khas untuk kawasan perumahan berkenaan sahaja. System ini biasanya dibawah jagaan Dan penyenggaraan pihak berkuasa tempatan (PBT)3) Tangki najis berasingan ialah hak tuan punya rumah. Biasanya ia dibina dibelakang rumah Dan saiznya adalah mengikut blangan penghuni rumah tersebut.

Jenis paip betung1. Didapati pelbagai jenis paip betung yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berlainan. Diantaranya ialah seperti berikut.a. Paip tembikar bergerlisb. Paip besi tuanganc. paip plastic (PVC)2. Tiap-tiap jenis paip ini dibuat khas untuk digunakan dalam keadaan dan di tempat yang tertentu. Contohnya paip tembikar digunakan didalam tanah untuk menyalurkan kumbahan manakala paip besi tuangan sesuai digunakan sebagai paip tegak diatas tanah untuk menyalurkan kumbahan dari rumah ke bawah tanah.3. Paip Betung boleh didapati dalam pelbagai bentuk, iaitu lurus, melengkung, bercabang Dan menirus. Permukaan dalam bagi semua paip mestilah licin dan tidak retak supaya pengaliran air tidak teganggu setelah ia dipasang

Paip tembikar bergerlis1. Paip ini diperbuat daripada tanah liat dalam pelbagai bentuk seperti yang dikehendaki. Tanah liat yang telah dibentuk hendaklah dikeringkan sebelum dibakar dalam tanur. Pada permukaan dalam dan luar paip ini diberikan lapisan bergerlis supaya ia licin. Ia mempunyai satu hujung yang bersoket dan hujung yang satu lagi berbentuk spigot. Paip yang tidak bersoket juga boleh didapati. Diameter dalam paip biasa berbeza-beza dari 75mm hingga 900mm. panjang paip tidak termasuk soketnya, adalah juga berbeza dari 0.3 hingga 1.2 meter. Paip yang berdiameter dalam 100mm Dan 150mm adalah sesuai digunakan untuk pembetungan rumah kediaman.

2. Sambungan paip ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara mengikut jenis bahannya.a. Bagi paip bersoket sambungannya dibuat dengan mortar simen Dan gasket, atau kumai polyester Dan gelang getah.b. Bagi paip yang tidak bersoket, sambungannya dibuat dengan cara menyambung sarung (sleeve) Dan gelang getah.

3. Sambungan mortar simen adalah sejenis sambungan tradisi yang telah lama digunakan untuk menyambungkan paip-paip tembikar. Kadar bancuhan mortar yang sesuai ialah 1:3 Dan seringkali ditambah 2% bahan kalis air.

4. Kaedah menyambungkan paip ini ialah dengan memasukkan bahagian spigot paip ke dalam soket paip. Pastikan kedua-dua paip itu bertemu dengan rapat. Gasket (tali guni) dimasukkan ke dalam bancuhan simen terlebih dahulu dililit pada paip itu dua atau tiga kali Dan ditekan masuk dengan satu alat besi. Kemudian, mortar simen dimasukkan ke dalam sambungan sepenuhnya Dan disiapkan tirus Dan licinkan dengan sudip. Tujuan menggunakan gasket ialah untuk mencegah mortar daripada masuk ke dalam paip Dan menempatkan paip itu supaya selari. Sekiranya gasket tidak digunakan ia boleh mengakibatkan mortar terkeluar dari sambugan. Ini boleh menjejaskan keselarian kedua-dua paip, spigot Dan soket.

5. Sambungan kumai polyester Dan gelang getah adalah sejenis sambungan yang barua ditemui. Untuk menjamin sambungan soket Dan spigot itu selari, kumai polyester (sejenis plastic) dimasukkan ke dalam soket Dan spigot itu. Kemudian satu gelang geah diletakkan pada spigot Dan ditekan masuk ke dalam soket semasa paip dipasang. Gelang getah itu menjamin sambungan yang kedap air.6. sambungan sarung Dan gelang getah digunakan untuk menyambung paip-paip yang tidak beRsoket. Sarung ini diperbuat d aripada polipropilena (sejenis plastic) Dan mempunyai lurah di dalamnya. Untuk ditempatkan gelang getah yang berbentuk khas. Kaedah menyambung paip ialah dengan menekan hujung kedua-dua paip ke dalam sarung tersebut.

Paip Besi Tuangan1. Paip jenis ini diperbuat daripada besi tuangan. Permukaannya dicat hitam dengan sejenis minyak bitumen untuk menentang karat berlaku pada paip tersebut. Paip besi tuangan sesuai digunakan sebagai paip tegak betung bagi bangunan bertingkat atau pemasangan paip-paip yang tidak ditanam di dalam tanah. Panjangnya berbeza-beza dari 0.9m hingga 2.74 m Dan diameternya dari 50mm hingga 230mm. paip melengkung berjajarian juga dibuat untuk kegunaan pada cabang atau persmpangan yang mempunyai darjah kelengkungan yang berlainan.2. Sambungan bagi paip besi dilakukan dengan menggunakan plumbum cecair Dan gasket. Gasket yang telah dimasukkan ke dalam cecair tar terlebih dahulu dililit pada hujung spigot Dan ditekan masuk ke dalam soket. Tujuan gasket ialah mengelakkan plumbum cecair terkeluar dari sambungan. Kemuaian plumbum cecair dituang masuk ke dalam soket Dan diratakan.

KERJA-KERJA SAMBUNGAN DAN BAIKPULIHPENGENALANKerja Pembaikan dijalankan untuk menangani masalah kegagalan dan kecacatan terhadap kemudahan dan peralatan bangunan yang meliputi ketidaksesuaian kaedah dan bahan-bahanyang digunakan dalam pembinaan. Maka, wajar perkhidmatan ditumpukan pada peringkat awal setelah pembinaan selesai. Pembaikan segera dapat mengurangkan keperluan penyenggaraan yang lebih kerap pada kemudian hari. Kerja pembaikan dilaksanakan berdasarkan kepada aduan dan laporan pengguna atau pemilik berkenaan kerosakan komponen-komponen bangunan seperti pam tandas, lampu, pendingin udara dan sebagainya yang menjejaskan keselesaan pelbagai pihak.

Setiap bahan, komponen dan peralatan bagi sesebuah bangunan mempunyai tahap dan kadar kerosakan yang berbeza yang dipengaruhi oleh kualiti, persekitaran, dan kekerapan penggunaannya. Oleh itu, kerja penggantian digunakan bagi memastikan setiap item-item ini yang berada pada tahap kritikal digantikan apabila tindakan pembaikan tidak dapat dibuat. Pemeriksaan berjadual perlu dilakukan berterusan terhadap setiap item yang direkodkan bertujuan mengenalpasti kegagalan dan kerosakan. Penggantian dapat mengelakkan kesan buruk terhadap prestasi dan fungsi bangunan. Di antara item yang perlu diperhatikan terdiri daripada aspek struktur, mekanikal, sistem elektrik dan sistem air yang merupakan nadi utama kepada bangunan-bangunan.

Perlindungan melibatkan kerja-kerja yang bertujuan untuk mengawal fungsi, prestasi termasuk penampilan sesebuah bangunan. Perlindungan perlu diberikan sepanjang hayat bangunan terbabit kerana bangunan sentiasa terdedah kepada kerosakan dan kecacatan yang disebabkan oleh faktor seperti cuaca, kekerapan penggunaan dan lain-lain. Perlindungan dapat mencegah sebarang kecacatan dan kerosakan yang lebih serius di masa hadapan. Ia dapat menjamin ketahanan setiap komponen sepanjang penggunaannya. Contohnya, tindakannya ialah mengecat pada permukaan luar bangunan untuk mengawal reaksi cuaca dan serangan kulat atau fungsi.

DEFINISI STRUKTUR BANGUNAN

ASASAsas ialah unsur bangunan yang dibina khusus untuk menangung keseluruhan berat bangunan( beban mati dan beban dikenakan) dan memindahkan beban tersebut kepada tanah.Pada kebiasaanya,asas dibina dengan kedalaman satu hingga satu setenggah meter daripada aras permukaan tanah.

LANTAILantai adalah permukaan yang rata untuk menanggung beban penghuni,perabut,alatan dan kadang-kadang dinding dalam.Mengikut undang-undang kecil bangunan,lantai merupakan permukaan mana-mana tingkat bangunan termasuk rasuk,papan,batu,konkrit,besi atau apa-apa bahan yang ada kaitan dengan atau menjadi sebahagian daripada permukaan tersebut.

DINDINGDinding merupakan satu struktur yang biasanya dalam keadaan pugak.Tujuan dinding dibina adalah untuk melindungi bangunan atau bertindak sebagai pembahagi kepada ruang-ruang atau bilik-bilik.

TANGGATangga ialah bahagian laluan masuk atau penghubung antara lantai dalam sesebuah bangunan.Sesuatu binaan tangga mengandungi beberapa tingkat atau anak tangga yang di gunakan untuk kemudahan turun naik dari satu tingkat bangunan.Ia sama ada dibina dalam satu larian terus atau mengandungi beberapa pelantar.Oleh itu tangga boleh dibina samada dalam satu larian yang lurus atau membelok.Tiap-tiap anak tangga mengandungi bahagian yang mengufuk iaitu tempat untuk berpijak dan bahagian pugak yang menutupi ruang di antara jejak-jejak.

BUMBUNGBumbung merupakan elemen bangunan yang paling atas.Fungsi bumbung adalah untuk melindungi bangunan daripada hujan,panas,dan angin.Ada kalanya bumbung berfungsi sebagai melepaskan cahaya matahari ke dalam bangunan.Ia juga dibina supaya haba tidak meresap keluar terlalu banyak melaluinya.Selain itu ada kalanya bumbung boleh menambahkan kecantikan pada bangunan.

SENARAI JENIS KECACATAN PADA BANGUNAN Kelembapan Kecacatan cat Keretakan Karat dan reput

Definisi kelembapanKelebapan sering berlaku pada tembok,lantai dan siling dalam bangunan.Sifat ini mengakibatkan permukaan tembok dan siling itu bertompok-tompok basah dan lantai sentiasa lembab.Keadaan seperti ini menimbulkan suasana dalam bangunan tersebut kurang sihat.

Kesan-kesan jika berlaku kelembapanKelembapan akan menimbulkan banyak masalah terhadap sesebuah bangunan dan juga kepada penghuninya.Kesan-kesan yang berikut sering berlaku antara kesan-kesan yang sering berlaku adalah:

a) Bahagian-bahagian buatan besi berkaratb) Lepa pada tembok dan siling berperoi dan tanggalc) Kemasan lantai tidak lekat pada dasarnyad) Bahagian-bahagian buatan kayu menjadi repute) Cat mengelupas dan tanggalf) Permukaan bata berlumutg) Pemasangan dawai letrik menjadi rosakh) Suasana kurang sihat untuk kediaman

Cara-cara mengatasi

Kelembapan dapat di cegah yang tertentu semasa merancang dan membina bangunan tersebut. Beberapa factor yang di ambil kira semasa merancang bangunan ialah cuaca tempatan,kedudukan bangunan,reka bentuk bangunan dan penyeliaan rapi semasa kerja pembinaan di jalankan. Tindakan-tindakan yang lazim di ambilkan pada bangunan di Malaysia dan Negara-negara tropical ialah mengunakan lapisan kalis lembab secara mendatar atau menegak pada tempat-tempat yang tertentu dalam tembok,lantai dan bumbung di mana kemungkinan besar kelembapan akan berlaku. Selain dari lapisan kalis lembab,kelembapan boleh di cegah dengan mengadakan lumrah hujan di bawah ambang tingkat atau ambang pintu untuk menghalang air hujan daripada mengalir masuk.

Definisi Kecacatan catLapisan cat memerlukan penyenggaraan yang tetap dan berterusan untuk menjaga permukaanya supaya sentiasa baik. Penjagaan yang di perlukan adalah dengan mencuci permukaan untuk mengeluarkan habuk dan kotoran bagi memanjangkan hayat cat. Di samping itu,lapisan permukaan dan lapisan yang lain juga perlu di tambah.

Kecacatan cat adalah bahan moden yang di perbuat daripada bahan-bahan terbaik perlu di periksa dengan teliti sebelum digunakan supaya kemungkinan berlakunya kegagalan pada bahan-bahan tersebut dapat di minimumkan. Pembuat juga mengeluarkan arahan tentang cara-cara mengunakan bahan tersebut dan ini perlu di ikuti. Walaubagaimanapun kecacatan mungkin juga berlaku dalam pelbagai keadaan disebabkan oleh pelbagai punca seprti mutu kerja yang rendah dalam menyediakan permukaan dan meletakan bahan-bahan. Punca-punca yang lain adalah kurang pengetahuan tentang bahan,yang menyebabkan kesilapan pemasangan di tempat yang tidak sepatutnya. Ada juga kemungkinan lapisan bahan tidak melekat ke permukaan di sebabkan keadaan yang lembap

Kecacatan yang disebabkan oleh punca-punca bagi sesuatu lapisan cat

1. Mengelembung (blistering)Permukaan cat menjadi menggelembung apabila kelembapan terperangkap di bawah lapisan cat. Kelembapan yang terperangkap akan menolak lapisan cat menjadi gelembung-gelembung kecil. Ini akan menghalang lapisan tersebut melekat pada permukaan dasar. Lapisan cat yang yang mengalami kerosakan seperti ini perlu di buang dan di gantikan dengan cat yang baru. Apa yang penting ialah punca kelembapan di hindarkan terlebih dahulu.

2. Penjujuhan (bleeding)Ini merupakan penyebaran bahan berwarna seperti bitumen,kreosot,enapan dammar dan lain-lain lagi yang di gunakan pada permukaan dasar. Kecacatan yang terjadi perlu di buang. Bahan pengalis stypic knotting atau cat asas aluminium perlu di letakan terlebih dahulu sebelum lapisan cat baru di sapu untuk mengelakan kesan penyebaran warna tersebut.

3. Berkapur (chalking)Permukaan cat menjadi debu atau bertepung disebabkan oleh pendedahan luaran. Cat berkapur perlu di keluarkan dan permukaan dasar di basuh untuk mendapatkan permukaan yang baik. Permukaan dasar kemudianya di kaliskan dan di sapu dengan cat baru.

4. Cissing Cissing ialah keretakan halus di permukaan lapisan pengemas di sebabkan perbezaan tegangan,permukaan keadaan ini berlaku apabila lapisan asas di sapu di atas lapisan permukaan yang berminyak atau bergris. Lapisan pengemas yang di letakan di atas lapisan asas yang berminyak juga akan memberikan kesan yang sama.

5. Keperoian Keperoian merupakan pembentukan hablur-hablur putih di permukaan cat atau di bawah lapisan cat. Hablur ini terbentuk hasil pemeluwapan larutan garam daripada struktur batu bata. Keperoian ini mencacatkan rupa cat dan merosakan lapisan cat. Keperoian yang berlaku hendaklah di bersihkan,di biarkan kering untuk beberapa ketika untuk melihat perkembangannya. Jika kesannya sudah hilang,cat yang baru boleh di sapukan.

Definisi keretakanRetak pada permukaan atau peda sambungan tembok merupakan kecacatan yang paling lazim di alami dalam pembinaan tembok bata dan konkrit. Keretakan berpunca daripada beberapa kemungkinan seperti :

1. Pengecutan dan pengembangan yang berlaku pada tembok kerana cuaca berubah.

2. Mendapan berlaku kerana beban binaan yang berlebihan atau kegagalan asasnya.

3. Kekurangan dalam rekabentuk seperti besi tetulang yang tidak mencukupi dan sebagainya.

4. Kesilapan dalam kerja dan pengawalan seperti bata tidak dibasahkan sebelum di ikat, pengawetan tidak dilakukan, bancuhan mortar tidak mengikut nisbah yang ditentukan dan sebagainya.

5. Bahan-bahan yang bermutu seperti pasir mengandungi kelodak berlebihan dan sebagainya.

Kerosakan dan kemusnahan pada konktit bertetulangStruktur konkrit bertetulang memerlukan penyenggaraan minimum walaupun ianya mempunyai ketahanlasakan yang tinggi berbanding bahan binaan yang lain. Ini disebabkan oleh konkrit tersebut akan mengalami kerosakan seperti keretakan atau kemusnahan disebabkan oleh beban berlebihan atau keadaan persekitaran. Bagi memastikan kaedah pembaikan yang sesuai dijalankan, beberapa proses perlu dibuat dengan teliti mengikut langkah-langkah seperti berikut :

(i) Pemeriksaan awal di tapak bangunan.(ii) Penyiasatan dan ujian makmal terhadap sampel dijalankan.(iii) Menganalisa dan membuat kesimpulan tentang jenis kerosakan.(iv) Menentukan kaedah pembaikian serta kosnya.(v) Kerja-kerja pembaikan dilakukan.(vi) Kerja-kerja pemantauan terhadap pembaikian kerosakan dijalankan.

Sebelum menilai tahap kerosakan yang dialami oleh konkrit dan kaedah untuk membaikinya, maka kerja-kerja pemeriksaan dan penyiasatan bagi menentukan punca kerosakan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu. Contoh kes seperti kebakaran, kerosakan konkrit jenis ini boleh dilihat dengan nyata. Walaubagaimanapun kerosakan yang lain memerlukan penyiasatan dan ujian-ujian tertentu bagi menentukan punca kerosakannya. Tidak semua kerosakan berlaku secara tiba-tiba, sebagai contohnya pemendapan yang berlaku pada asas bangunan atau lebihan beban, keretakannya berlaku dengan mengambil masa yang panjang. Kemusnahan yang dialami oleh konkrit pula mengambil masa yang lama setelah binaan siap. Berdasarkan pengalaman, kemusnahan konkrit ini agak sukar dikenalpasti puncanya. Pembaikian ke atasnya biasanya memerlukan kerja-kerja pembaikian semula memandangkan kesukaran mengenalpasti punca sebenar berlakunya kemusnahan konkrit.

Keretakan pada konkrit

Kerosakan atau kemusnahan konkrit boleh dikatakan berlaku apabila keretakan mula kelihatan. Dengan itu penyiasatan terhadap jenis atau corak keretakan akan memberikan petanda awal untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan konkrit itu berlaku. Perlu diingatkan rekabentuk konkrit bertetulang adalah bedasarkan kepada keratan keretakan dan kebanyakan kes bagi keretakan halus atau crazing yang tidak melibatkan kes pengaratan keluli atau tindakbalas alkali-aggregat ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibaiki. Keretakan berlaku apabila daya tegangan melebihi kekuatan tegangan pada waktu ianya berlaku. Beberapa keretakan berlaku sebaik sahaja konkrit dituang iaitu konkrit pada tahap plastik. Jika keretakan pada tahap plastik ini termasuk pengecutan awal suhu menjadi lebar ianya akan menyebabkan pengaratan keluli berlaku kerana terdedah dengan persekitaran. Keretakan konkrit pada tahap hardened pula disebabkan oleh beban yang berlebihan, pergerakan asas bangunan,kebakaran ataupun konkrit yang terdedah kepada persekitaran yang teruk.Klasifikasi retakSemasa siasatan dijalankan terhadap kerosakan struktur konkrit, keretakan selalunya diklasifikasikan mengikut keadaan semulajadi, arah dan lebar keretakan seperti berikut :

(i) Klasifikasi Retak berdasarkan Arah iaitu longitudinal cracks,transverse cracks, diagonal cracks atau random cracks.

(ii) Klasifikasi Retak berdasarkan Lebar iaitu hairline cracks (0.1mm), fine cracks (0.1mm 1mm), medium cracks(1mm 2mm) dan wide cracks (> 2mm). Keretakan yang tidak aktif ialah keretakan di mana lebarnya tidak berubah. Keretakan ini dibaiki dengan menggunakan bahan yang rigid. Manakala keretakan yang aktif pula diistilahkan sebagai keretakan di mana lebarnya berubah-ubah kerana pertambahan atau pengurangan beban dan apabila perubahan suhu berlaku. Bahan untuk membaiki keretakan ini hendaklah dari jenis flexible keran ia dapat membenarkan pergerakan keretakan tersebut. Keretakan menjadi lebih aktif apabila lebarnya semakin bertambah dengan masa terutama keretakan ini disebabkan oleh berlakunya pengaratan keluli atau pergerakan asas bangunan. Kerja-kerja pembaikan keretakan aktif ini hendaklah didahului dengan mengenalpasti punca sebenarnya, jika tidak keretakan masih juga berlaku selepas pembaikian dilakukan. Arah keretakan juga memain peranan yang penting bagi mengetahui atau memilih kaedah pembaikian yang sesuai. Longitudinal cracks, mendedahkan tetulang keluli kepada pencemaran dari persekitar bagi membolehkan proses pengaratan berlaku. Transverse cracks yang berlaku mungkin serius mungkin tidak, ianya bergantung kepada lebar keretakan, lokasi atau kawasan yang terdedah kepada persekitaran. Diagonal cracks adalah berpunca dari kegagalan ricih dan keretakannya terjadi secara tiba-tiba. Randoms cracks biasanya tidak berbahaya melainkan keretakannya disebabkan oleh kebakaran atau kemusnahan oleh tindakan kimia di dalam konkrit.

Pemantauan terhadap keretakan

Keretakan biasanya tidak berbahaya kecuali disebabkan oleh pengaratan keluli. Jika keretakan halus yang berlaku, kerja-kerja pembaikian tidak perlu disegerakan. Kerja-kerja pemantauan sangat-sangat diperlukan terutamanya bagi keretakan pada asas bangunan. Pergerakan keretakan boleh dikesan dengan menggunakan alat glass tell-tales. Keretakan yang disebabkan oleh struktur lemah atau tekanan suhu menunjukkan perubahan yang ketara dan memerlukan pemantauan yang teliti terhadap keretakannya. Jika struktur konkrit mengalami kemusnahan yang teruk, pemantauan terhadap keretakan akan memberikan peringatan bahawa kerja-kerja pembaikian hendaklah dijalankan dengan segera. Kaedah alternatif untuk mengukur lebar keretakan ialah dengan menggunakan alat demountable mechanical gauge (Demec). Kesan terhadap tindakan suhu dan perubahan cuaca adalah diambilkira.

KERJA-KERJA SAMBUNGAN BANGUNANA. KEHENDAK MAJLIS PERBANDARAN DAN BY LAW1. Simpanan Jalan - Rujuk Jabatan Perancang Negeri atau Majlis PerbandaranJarak Building Line/ Roof Projection Line

Pembinaan1. 20'-0" Apabila berhadapan dan bersisian dengan Jalan 40'-0" kecuali rumah kos rendah

2. 10'-0" Jarak dari dinding ke perenggan lot

3. 6'-6" Roof Projection ke Perenggan lot

4. 4'-0" Binaan terbuka, terrace, porch, berhadapan dan persisian Jalan 40'-0" (temporary structure)

5. 2'-0" Binaan terbuka, terrace, open shed dibelakang dan persisian Jalan 20'-0" atau 15'-0" (temporary structure)

6. 15'-0" Antara sebuah rumah dengan rumah yang lain biasanya rumah-rumah kampung

7. Tiada Jarak Simpanan Tambahan di rumah terrace dibenarkan hingga ke back dan side lane

Catatan:

Hendaklah menyediakan Exause Fan di belakang jikalau tambahan kitchen yang tidak memindahkan bath/w.c

Mengadakan vent pipe di setiap Toilet

B.KANDUNGAN PELAN

1.Floor Plan Ukuran skil 1/8" - 1'-0" mencatat ukuran-ukuran dengan tepat, dotted line bagi bahagian-bahagian untuk kerja-kerja demolished, deleted arched , existing structure Tunjukkan ; Floor Trap dan 2" Drop di Bath Room dan Toilet P.C vent pipe di W.C Septic Tank, Super Septic, Waste Sump, Manhole, Conc. Drain dan P.C Slab Conc Jenis lantai di tiap-tiap bahagian dimestikan mosaic di lantai W/C dan Bath Room Garisan Section contoh Section A-A. B-B Menamakan bahagian contohnya Bed Room, Living dan lain-lain. Kitchen, sink discharged ke waste sump Jenis dinding, tiang, tingkap, pintu dan railing. Spesification / Notes.

2.Elevation

Front, Rear Side Elevation (Left & Right) Tambahan belakang cuma tunjuk Section dan Rear Elevation. Tunjukkan Vent Pipe, Gutter, jarak dari Roof Eve ke perenggan lot jikalau dinding bangunan ke perenggan lot kurang dari 10'-0"

3.Cross Section:

Bagi bangunan baru sekurang-kurangnya 2 section Tambahan : 1 Section Ukuran Ketinggian; Ceiling Level, Floor Level, Ground Level Tunjukkan ; Water Tank, Kecuraman Bumbung (Degree of Pitch) Roof Constructrion ; Saiz Rafter, Purlin, Battern, Strut, Wall Plate Tie Beam Jenis bumbung; Tiles , Asbestos, Zink dan Metal Jenis Ceiling; Asbestos, Solf Board dan Plaster Ceiling

4.Site Plan

Skala yang digunakan ialah 1/2 chain = 1 inci Menunjukan jarak bangunan dengan perenggan Jarak tengah jalan ke banguan Garisan Bangunan (Building line) Lebar jalan sediada, depan, belakang dan tepi Luas bangunan lebar dan panjang Jarak Septic Tank tidak kurang dari 40'-0" dari jalan depan. Menunjuk Parit, Septic Tank, Manhole, Pagar Culvert, Drive way Mencatat nombor rumah sediada yang hampir nombor-nombor berdekatan. North Point Arrow. Lot no. Geran No. Mukim, Daerah dan Skil yang digunakan Proposed Arrow

5.Key Plan :

Skala yang digunakan 2-4 Chain = 1 inci Bisanya diambil dari sheet pejabat ukur Nombor-nombor lot berdekatan Nombor tiang TNB dan Telekom Jarak dari Pusat Bandar North Point Arrow dan Skill yang digunakan Proposed Arrow

6.Location Plan

Skill yang biasa ialah 8 chain= 1 inci Menunjukan Bandar atau Pekan-pekan, Nama Jalan/Lorong, Land Mark, Sungai dan Rail way North Point Arrow dan Skill Proposed Arrow

7.Septic Tank, Super Septic Tank, Manhole Detail Plan Mengikut Standard Majlis dan tambahan saiz yang dicadangkan

8.Diagramatic Plumbing Plan

Menunjukkan pemasangan paip-paip air dan water tank di dalam bangunan

C.MEWARNA PELAN

1.Bangunan Baru

a.Merah :Keratan Dinding Bata, Mosaic, Bumbung Genting, Boundary Lot dan Proposed Lot

b.Hijau : Lantai Konkrit, Hardcore, Foundation, Bumbung Asbestos

c.Brown : Pintu Kayu, Frame kayu, Fascia Board, Roof Construction (kayu)

d.Biru : Cermin, Parit , Deleted

e.Purple : Bumbung atau dinding Sink, Metal, Pintu Besi, Grills, Tiang Besi, Pagar Besi, Water Tank, G.I Sink

2.Bangunan Tambahan

a.Merah : Semua Bahagian Tambahan

b.Biru : Bahagian untuk demolished

3.Pelan R.C

Hendaklah dilukis oleh Jurutera yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran / Dewan Bandaraya. 4 Set Plan hendaklah di masukkan bersama-sama Bayaran Perkhidmatan.

BAGAIMANAKAH MENDAPATKAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN

Permohonan-permohonan mendapatkan kelulusan pelan bangunan rumah sesebuah atau tambahan / pindaan

Tujuan

Untuk kawalan pembangunan dan perancangan yang teratur di sekitar Majlis Perbandaran bagi jangkamasa panjang. Semua binaan hendaklah mendapat kelulusan majlis. Ia perlu bagi memastikan :

Penyeragaman sebarang kerja pembinaan atau Tambahan/Ubahsuai bagi pemilik-pemilik bangunan di kawasan Majlis Perbandaran.

ADAKAH ANDA LAYAK MEMOHON ?

Ya, sekiranya anda

Mempunyai tanah milik sendiri (nama anda tercatat dalam geran tanah berkenaan) Jika nama anda belum dimasukan ke dalam geran tanah, dokumen perjanjian jualbeli yang disahkan oleh pengamal undang-undang boleh diterima Syarat nyata tanah adalah bangunan (pemilik tunggal) atau pertanian (milik bersama) Menyewa tanah orang lain hendaklah mendapat perjanjian persetujuan yang sah dari tuan tanah Andainya tanah adalah milik bersama, maka persetujuan dari kesemua pemilik hendaklah diperolehi.

BAGAIMANA MEMOHON

Sekiranya anda bercadang membina sebuah rumah pelan, cadangan hendaklah disediakan oleh :

Arkitek berdaftaratau Pelukis Pelan Yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran(Senarai pelukis pelan boleh diperolehi di Majlis Perbandaran) Had Bangunan tidak melebihi 2 tingkat dan tidak melebihi 300 meter persegi keluasan lantai Arkitek atau Pelukis Pelan Bangunan Berdaftar ini hendaklah dipilih dan dilantik sendiri oleh pemilik dan akan berurusan dengan Majlis Perbandaran bagi pihak pemilik

APAKAH DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI

Permohonan boleh dibuat dengan datang sendiri ke Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran serta mengemukakan Borang A yang diisi lengkap beserta kiraan yuran pelan dan dokumen-dokumen seperti berikut :-

Bagi Cadangan Bangunan Baru / Tambahan Dan Pindaan

Salinan resit bayaran Cukai Taksiran terkini 1 salinan geran tanah (atau apa-apa bukti hak milik) 4 set pelan bangunan yang lengkap ditandatangani serta dilipat satu persatu kepada saiz A4 ( 1 set dibuat di atas linen dan 3 set di atas kertas) kesemuanya hendaklah diwarnakan.

Surat persetujuan pemilik bersama tanah dan disahkan oleh pengawal undang-undang, Penghulu atau Pesuruhjaya sumpah.Mengikut akta 133, Akta Jalan, Parit & Bangunan Di bawah seksyen 42 (1), Kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Majlis Perbandaran hendaklah didapati untuk meletakkan bahan-bahan binaan bangunan.

Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan anda didakwa di bawah seksyen42 (3) yang membawa denda tidak lebihRM 1 000.00 dan denda tambahan tidak lebih dari RM 100.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas 24 jam menerima notis secara bertulis dari Pihak Penguasa Tempatan Majlis Perbandaran, untuk membuang bahan-bahan itu.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tambahan Haram?

Mengikut Akta 133, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 di bawah seksyen 70 Sub- Sek(16)

Yang dimaksudkan dengan bangunan, tambahan dan pindaan haram ialah sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa mendapat kelulusan secara bertulis dari Majlis Perbandaran

Kegagalan mematuhi syarat boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 10 000.00 dan denda tambahan sebanyak RM 250.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan. Ia adalah mengikut Seksyen 70 (13) Undang-Undang Malaysia Akta Jalan, Parit dan Bangunan Akta 133

BAGAIMANAKAH BAYARAN PELAN DIKIRA?

Berdasarkan keluasan lantai Berdasarkan bilangan pemasangan alat kebersihan seperti tandas, basin, sink dan lain-lain.

Contoh kiraan :

Bagi cadangan bangunan baru

Encik Ali bercadang membina sebuah rumah banglo 2 tingkat dengan keluasan lantai 204 meter persegi

Tingkat Kiraan Luas Kadar Jumlah(PxL) Meter Persegi

Bawah 12 x 9 108 RM 7.00 RM 84Bagi 9 meter persegi(min RM 70.00)

Atas 12 x 8 96 RM 6.00 Rm 64.00Bagi 9 meter persegi (min RM 60.00)

A. Jumlah kecil = RM 65.00

B. Bayaran Pemeriksaan sistem Kebersihan = RM 25.00Jumlah Yuran Pelan Dikenakan = A + B= RM 90.00

DI MANAKAH PERMOHONAN DISERAHKAN?

Borang yang telah siap diisi beserta dengan kiraan yuran pelan dan dokumen lengkap boleh diserahkan terus ke Jabatan Pelan Bangunan, Majlis Perbandaran.

ANGGARAN KOSPENGENALAN

Pada lazimnya cara yang biasa digunakan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan Berkanun juga pihak-pihak firma untuk membina satu-satu bangunan ialah dengan memanggil tawaran.

Maka patut dinyatakan di sini iaitu sebelum pemborong memasuki satu-satu tawaran beberapa perkara patut diambil perhatian terlebih dahulu.

a.Pemborong mungkin sedang mempunyai banyak kerja-kerja kontrak di dalam tangan yang masih lagi dalam pelaksanaan. Oleh kerana ini, segala tumpuan, wang dan tenaga buruh telahpun ditumpukan didalam projek-projek ini. Maka sekiranya pemborong ini ingin juga memasuki tawaran lain, besar kemungkinan yang beliau akan gagal sekiranya tawaran itu berjaya.

b.Tenaga buruh di tempat projek itu hendak dilaksanakan patut dikaji samada senang diperolehi atau perlu dibawa tenaga buruh dari tempat lain. Ini adalah perlu kerana faktor-faktor ini akan melibatkan perbelanjaan dan harga tawaran pemborong.

c.Bahan yang hendak dan patut digunakan di dalam tawaran ini hendaklah dikaji samada mudah diperolehi dan berapa harganya.

d.Lawatan ke cadangan tapak bina perlu dilakukan supaya dapat mengkaji masalah-masalah di tapak bina kelak.

Jadi setelah mengkaji perkara-perkara yang tersebut di atas, barulah pemborong boleh membuat keputusan samada ingin menyertai tawaran-tawaran tertentu.

Pada dasarnya, harga satu-satu bangunan itu adalah terkandung beberapa faktor iaitu :a.Harga buruhb.Harga bahan-bahan termasuk pengangkutan dan pembaziranc.Harga alat dan perkakasd.Insurane.Harga pengurusan oleh pemborongf.Keuntungan oleh pemborong

Perlu diingatkan iaitu tiada dua bangunan mempunyai sama harga pembinaannya walaupun rupa, rajah dan bentuk bangunan itu serupa. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang tersebut di atas. Juga faktor-faktor seperti pembezaan tempat kerja, kenaikan harga dan lain-lain juga akan menyebabkan tiada dua bangunan dan lain-lain juga akan menyebabkan tiada dua bangunan yang serupa mempunyai harga pembinaan yang serupa.

CARA-CARA MEMBUAT ANGGARANTerdapat lima cara yang masih digunakan utnuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan.

1.Isipadu Bangunan (Cubic Content)2.Luas Lantai Bangunan (Floor Area)3.Penilaian Unit (Unit Valuation)4.Kuantiti Nilaian Hampir (Approximate Quantities)5.Senarai Kuantiti (Bill Of Quantities)

ISIPADU BANGUNAN (CUBIC CONTENT)Ini adalah cara yang paling kasar untuk membuat anggaran ke atas sesebuah banguan itu bagi mendapatkan jumlah harga bangunan tersebut. Cara untuk mendapat isipadu bangunan tersebut adalah dengan mendaraf panjang, lebar dan tinggi bangunan itu. Tetapi sebelum itu hendaklah dikaji dengan teliti faktor-faktor seperti berikut :

Ukuran panjang bangunan dan lebar bangunan sesebuah bangunan itu hendaklah diukur di antara permukaan luar seperti di Rajah 1 iaitu PANJANG X LEBAR.Faktor-faktor penting yang mesti diambil perhatian apabila mencari ukuran tinggi sesebuah bangunan itu apabila membuat anggaran dengan cara isipadu.

a.Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung curam (pitch roof), seperti di Rajah 2, maka jumlah tingginya bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas (top of foundation) hingga ke paras siling dan ditambah separuh tinggi tegak bumbung (vertical height), lihat Rajah 2.

b.Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung atau atap rata (flat roof), seperti di Rajah 3, maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas hingga ke paras permukaan bumbung ditambah 610 mm tinggi.

Setelah mendapat ukuran panjang, lebar dan tinggi bangunan itu, maka isipadu bangunan itu boleh didapati dengan mendarafkan ketiga-tiga ukuran ini.

Misalnya :Panjang bangunan= 20 mLebar bangunan = 10 mTinggi bangunan = 5 m

Jadi isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi20 x 10 x 51000 m

Berdasarkan daripada harga 1 m sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk, harga bagi 1000 m bangunan seperti di atas = RM 200.00 x 1000 = RM 200 000.00

LUAS LANTAI BANGUNAN (FLOOR AREA)Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Sebagaimana yang diketahui, luas ialah panjang daraf lebar. Oleh yang demikian, sama juga caranya untuk mendapatkan luas sesebuah bangunan itu dengan mendarafkan ukuran panjang bangunan dengan lebar bangunan. Ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya.

Contohnya : 20 m x 10 m 200 m

Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain, dimana cara pembinaan dan rekabentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-pengalaman yang lalu. Katakan dari pengalaman di masa lalu harga bagi satu meter persegi sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk yang sama ialah RM 1500.00 . maka harga anggaran bagi bangunan yang luasnya 200 meter persegi ialah RM 1500.00 x 200 m = RM 300 000.00

Selain daripada harga luas lantai bangunan itu, harga beberapa perkara lain hendaklah juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara tersebut ialah seperti kerja-kerja parit luar bangunan, pagar, jalan, lanskap dan lain-lain kerja luar bangunan. Jadi harga bagi tiap-tiap perkara yang disebut itu hendaklah dicampurkan dengan harga luas bangunan tersebut untuk mendapatkan harga keseluruhan bagi kerja-kerja pembinaan tersebut.

PENILAIAN UNIT (UNIT VALUATION)Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah bangunan.

Contoh kelengkapan-kelengkapan tersebut ialah :Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilaikan sebanyak RM 1 000 000.00 dan boleh menampung 1000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid bagi sekolah tersebut ialah sebanyak RM 1 000 000.00 1000 = RM 1000.00. Maka nilaian ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan sekolah yang lain bagi yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk.

Cara ini juga boleh digunakan untuk membina sesebuah hospital dengan mengira atau menghitung jumlah katil-katil pesakit, membina sesebuah pawagam dengan mengira banyaknya tempat duduk penonton dan lain-lain lagi yang boleh dikira berdasarkan kiraan penilaian unit.

KUANTITI NILAIAN HAMPIR (APPROXIMATE QUANTITIES)Cara ini adalah yang paling baik atau yang hampir tepat dari kaedah-kaedah yang terdahulu untuk mencari nilaian secara kasar. Dengan cara ini bahan-bahan kerja dikeluarkan dengan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilaikan harga-harga mengikut bahan-bahan yang tertentu. Cara-cara ini untuk mengeluarkan bahan-bahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut ;

a.Kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 m dalam dihargakan bagi satu meter padu

b.Konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan penyokong dan juga keluli penguat dihargakan bagi satu meter padu.

c.Konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finish) dihargakan bagi satu meter persegi.

d.Konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan penyokong, keluli dan hiasan lantai- dihargakan bagi satu meter persegi.

e.Dinding bata termasuk lepa dan dicat pada kedua-dua permukaan dihargakan bagi satu meter persegi

f.Kayu-kayu untuk atap atau bumbung dan siling dihargakan bagi satu meter padu

g.Penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti (battern)- dihargakan bagi satu meter persegi.

h.Tingkap dan pintu termasuk barang-barang besi (iron mongery), gelas, bingkai (frame) dan cat dihargakan tiap-tiap satu meter mengikut saiznya.

i.Pertukangan kayu (joinery fitting) seperti almari, papan rak (shelves) dan lain-lain- dihargakan ttiap-tiap satu yang cukup

j.Pemasangan paip (sanitary fitting) termasuk harga paip pada tiap-tiap perkakas (fitting)

k.Pemasangan alat-alat lektrik dihargakan bagi tiap-tiap satu point

l.Pengaliran najis (soil drainage ) termasuk harga paip, penggalian parit dan lapisan konkrit di bawah dihargakan bagi satu meter panjang (meter run)

m.Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing) dan lain-lain

Jadi bahan-bahan yang telah dikeluarkan dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan mengikut ukuran-ukuran di dalam unit-unit yang tertentu dan jumlah harga bahan-bahan ini menjadi harga anggaran secara kasar ke atas projek tersebut.

SENARAI KUANTITI (BILL OF QUANTITIES)Membuat anggaran dengan cara ini adalah yang paling baik dan tepat. Senarai-senarai bahan ini disediakan oleh Jurukur Bahan yang mahir dan mengeluarkan segala bahan-bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan tersebut dalam dalam bentuk bilangan di bawah pecahan-pecahan tajuk yang tertentu. Si pemborong hanya dikehendaki mengisi ruangan harga-harga yang disediakan pada tiap-tiap senarai bahan yang telah dikumpulkan jumlah ukurannya, kemudian didarafkan bilangan bahan-bahan dengan harga-harga yang telah diisi untuk mendapatkan jumlah harga tawaran yang sebenarnya.

HARGA UNIT (UNIT RATES)

Pada dasarnya tiap-tiap harga unit termasuk harga-harga seperti berikut :

a.Buruhb.Harga bahan-bahanc.Penggunaan jentera atau peralatand.Keuntungan

Tetapi tidak kesemua empat-empat faktor yang tersebut yang mesti digunakan untuk mendapat harga unit. Kadangkala, Cuma faktor-faktor seperti buruh dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan seperti mencari harga unit bagi satu-satu penggalian dengan tangan. Cuma faktor-faktor seperti buruh, bahan-bahan dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan untuk menerap batu-bata.

a.BURUHBayaran harga buruh ialah upahan kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, seseorang pemborong memberi bayaran kepada pekerjanya atau dipanggil upah. Bayaran atau upah buruh ini berbeza dari segi pembayarannya menikut kemahiran seseorang pekerja itu. Misalnya :

Tukang (craftsman or mason)Orang yang mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan dalam dalam pelbagai segi pertukangan seperti pertukangan kayu (carpentry), tukang menerap bata (bricklayer), tukang memasang paip (plumber) dan lain-lain lagi. Mereka dibayar upah diantara RM 40.00 hingga RM 80.00 dalam satu hari 8 jam bekerja. Tetapi bayaran ini berubah dari masa ke semasa.

Buruh biasa (labourer)Orang yang separuh mahir atau tidak mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan seperti pembancuh simen, orang yang mengangkat batu-bata, simen atai besi dan lain-lain. Seseorang buruh biasanya dibayar lebih RM 30.00 sehari bagi 8 jam bekerja.

Kepala kerja (foreman)Orang yang ditugaskan untuk mengendalikan atau menyelia kerja-kerja di tapak pembinaan bagi pihak pemborong. Semua bayaran baginya selalunya diperuntukan didalam jumlah pengurusan syarikat pemborong yang berkenaan.

Angkatap buruh (labour constant)Angkatap buruh ertinya masa yang diambil oleh seseorang buruh untuk menyiapkan sesuatu kerja. Angkatap buruh ini adalah satu faktor yang tidak boleh ditetapkan dengan tepat tetapi hanya didapati dengan hanya mencari hitungan panjang masa selepas membuat beberapa kajian. Misalnya si Ali boleh menggali satu meter padu tanah dalam masa 2 jam, tetapi si Abu boleh juga boleh membuat kerja yang sama dalam masa 1 jam. Ini bermakna sesuatu pekerjaan itu tidak boleh disiapkan atau dikendalikan pekerja-pekerja dalam dalam masa yang sama atau tertentu. Oleh yang demikian seseorang pemborong boleh mendapat keuntungan lebih jika sekiranya ia menggunakan tenaga si Abu. Sebab bayaran untuk si Abu (boleh bekerja 1 jam ) adalah kurang daripada bayaran si Ali.

b.KADAR HARGA BAHAN-BAHANFaktor-faktor seperti berikut hendaklah diberi perhatian di dalam menentukan harga bahan-bahan :i. Harga asal bahan-bahan (nett cost if materials)ii. Bayaran pengangkutan (delivery charge)iii. Harga menyimpan (storage cost)iv. Pembaziran (waste)

Harga asal bahan-bahan didapati berubah dari satu masa ke semasa dan juga berubah dari tempat ke satu tempat. Oleh kerana itu, apabila membuat anggaran hendaklah menggunakan harga pasaran semasa dalam peredaran pada ketika itu. Harga pasaran bahan-bahan ini boleh didapati dari pekedai-pekedai, majalah-majalah dan lain-lain.

c.PENGGUNAAN PERALATANApabila menjalankan sesuatu projek pembangunan besar, kebanyakkan pemborong-pemborong menggunakan alat-alat yang bersangkutandengan pekerjaan tersebut. Alat-alat tersebut yang digunakan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

i.Alat-alat yang tidak berjenteraii.Alat-alat yang berjentera

Untuk menggunakan alat-alat dan perkakas yang tersebut di atas, pemborong-pemborong hendaklah mengadakan wang yang cukup unutk membeli atau menyewa alat-alat dan perkakas-perkakas tersebut. Oleh yang demikian modal untuk membeli atau menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semula untuk mendapatakan kos modal yang telah digunakan. Cara untuk mendapatkan balik wang modal bagi membeli alat-alat tersebut ialah dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat iaitu bagi sejam sehari dan juga upah buruh yang mengendalikan alat-alat tersebut. Jadi untuk menganalisa harga penggunaan alat-alat jentera ini bagi sejam sehari perlulah diambil perhatian beberapa faktor penting termasuk :

i.Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi alat-alat jentrera yang digunakan (cost of hire or depreciation)

ii.Harga untuk membaiki kerosakan alat-alat jentera yang digunakan (cost of repair)

iii.Kehilangan faedah atau bunga ke atas wang modal untuk menyewa alat jentera tersebut, jika sekiranya wang modal itu disimpan di dalam bank (loss of bank interest)

iv.Penggunaan minyak (petrol / diesel & minyak enjin) dan juga air bagi alat hentera tersebut.

v.Bayaran untuk pemandu dan buruh-buruh yang mengendalikan alat jentera tersebut dan juga harga pengendalian yang berkaitan.

KEUNTUNGAN (PROFIT)Setelah dikira tiap-tiap harga unit untuk bahan-bahan, buruh-buruh dan peralatan, hendaklah juga difikirkan tentang keuntungan yang berpatutan. Keuntungan ini dikira dengan menggunakan peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan dan upah buruh. Keuntungan yang ditambah ini dipanggil keuntungan kasar (gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk :

i. Keuntungan bersih (nett profit)

ii.Harga pengurusan syarikat pemborong

Apa yang dikatakan harga pengurusan syarikat pemborong ialah bayaran-bayaran atau gaji yang perlu dibayar kepada kakitangan yang menguruskan atau menyeliakan syarikat tersebut. Harga pengurusan keuntungan kasar (gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk :

a.Gaji dan perbelanjaan pengarah syarikat

b.Bayran yang dikenakan oleh bank ke atas over draf dan kehilangan faedah.

c.Sewa pejabat, gaji setiausaha, alat-alat pejabat, telefon, insuran, bayaran bil-bil dan sebagainya.

d.Cukai-cukai

e.Kejatuhan nilai atau harga semua alat-alat jentera yang sejajar

f.Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya.

g.Perkara-perkara am dan penyeliaan oleh kakitangan, agen tapak bina dan kepala (foremen)

Nilai peratus ke atas bayaran yang tersebut di atas boleh didapati dengan dibahagikan jumlah wang masuk (turnover) atau wang pembalikan bagi hitungan panjang untuk setahun, dengan jumlah harga pengurusan. Misalnya:

Wang masuk atau wang pembalikan untuk setahun katakan RM 1 juta. Harga pengurusan, katakan RM 50 ribu.

Jadi nilaian peratus = Harga pengurusan Wang masuk= RM 50.000.00 X 100RM 1,000,000.00 = 5%

Oleh yang demikian, sekiranya pemborong di dalam membuat anggaran kerja inginkan keuntungan bersih sebanyak 5%, maka pemborong mestilah menambah 5% lagi ke atas 5% ini untuk pengurusan dan peralatan menjadikan keuntungan kasar sebanyak 10%.

MESIN (MACHINE)

KEGUNAAN MESINPada masa ini boleh dikatakan semua projek-projek pembinaan bangunan dan kejuruteraan menggunakan mesin supaya langkah-langkah untuk membina dapat dijalankan dengan lancar dan cepat. Tetapi sebelum seseorang pemborong itu membeli atau menyewa alat-alat jentera atau mesin ini, ia hendaklah mengambil perhatian atau menimbang beberapa faktor yang penting seperti:

1.Kerja-kerja yang ada di dalam tangan, untuk pengguna alat-alat jentera ini mestilah mencukupi.

2.Mesin-mesin yang digunakan hendaklah dikendalikan di bawah jagaan orang yang cekap dan mengetahui serba serbi tentang penggunaan mesin itu.

3.Dengan menggunakan sesuatu mesin itu boleh mendatangkan garisan keuntungan yang besar kepada si Pemborong dan tidak sebaliknya.

MUATAN MESINSebelum membuat anggaran atau taksiran ke atas mesin yang hendak digunakan, pemborong hendaklah terlebih dahulu mengetahui sejauh mana muatan atau kemampuan sesebuah mesin itu boleh membuat sesuatu pekerjaan dalam masa yang ditentukan. Misalnya, jika sesebuah mesin itu tidak boleh membuat kerja dan hasil pekerjaan itu tidak memuaskan pada masa yang ditentukan maka tidak ada gunanya menyewa mesin tersebut. Unit pengukuran (unit of measurement) ke atas mesin-mesin atau alat-alat jentera adalah seperti berikut:

a.Pengorek atau mesin

b.Lori

c.Pembuang tanah (dumper)

d.Terak (truck) Ukuran muatannya berdasarkan isi padu. Misalnya sebuah lori boleh membawa 4 m padu bahan (seperti pasir dan tanah)

MESIN PENGGAUL KONKRIT

Muatannya diukur dari segi tongnya atau dramnya (drum) sebelum digaul dan selepas digaul.Contohnya: Menggunakan mesin konkrit 7/5

Angka pertama (iaitu 7) menunjukkan kuantiti atau banyaknya bahan-bahan konkrit, yang diisi ke dalam tong atau dram mesin itu sebelum digaul dan angka kedua (iaitu 5) menunjukkan kuantiti konkrit yang boleh didapati selepas digaul. Ini bermakna 7m padu bahan-bahan konkrit sebelum digaul dan 5m padu konkrit selepas digaul. Jenis-jenis mesin konkrit yang boleh didapati selain dari 7/5 ialah 10/7 dan 14/10. Keterangan-keterangan berikut sangatlah perlu diambil perhatian sebelum menganalisis harga penggunaan mesin-mesin:

a.Harga asal mesin

b.Faedah ke atas modal

c.Umur mesin itu dari segi ekonominya (iaitu semasa mesin itu boleh digunakan)

d.Harga untuk membaiki kerosakan semasa umurnya

e.Harga untuk mengangkut mesin itu ke tapak binaan semasa umurnya.

f.Bilangan masa bagi mesin itu bekerja dalam

g.Penggunaan minyak petrol dan minyak hitam

h.Gaji untuk pemandu mesin dan buruh yang mengendalikan mesin

i.Muatan mesin.

Kos modal (capital Cost)

Kos kendalian (Operating Cost)

CONTOH

MENGANALISA HARGA MESIN PENGOREK (DRAINAGE) DENGAN MUATAN 0.4 M PADU.

A.Cara-cara bagaimana menganalisis harga sejam ke atas mesin pengorek (drainage) iaitu kos modal (capital cost)Harga asal mesin pengorek, katakan faedah di atas modal selama 5 tahun sebanyak = RM60.0005% setahun = 5 x 5% = 25 x RM60,000.00 100 = RM15,000.00

Membaiki kerosakan mesin selama 5 tahun (1/10 dari harga asal) = 1/20 x RM60,000.00 = RM6,000.00

Mengangkut mesin ke tapak binaan selam 5 tahun (1/20 dari harga asal) = 1/20 x RM60,000.00 = RM3,000.00

Jumlah harga bagi 5 tahun = RM84,000.00Harga (kos modal) mesin untuk 1 tahun = RM84,000.005= RM16,800.00

Hitung panjang mesin pengorek boleh bekerja dalam setahun, katakan = 150 hariDalam sehari mesin pengorek boleh bekerja 8 jam. Dalam setahun mesin boleh bekerja selama (8 x 150 jam) = 1,200 jamDalam masa 1,200 jam (1 tahun) harga mesin pengorek (iaitu kos modal) = RM16,800.00Dalam masa 1 jam harga mesin pengorek = RM16,800.00 1,200 = RM14.00Jadi kos modal harga mesin pengorek dalam masa 1 jam = RM14.00 sejam

B. Menganalisis harga buruh ke atas mesin bagi sejam iaitu kos kendalian bagi 8 jam sehari.

Drebar bagi 9 jam (1 jam sehari ditambah untuk menjaga dan memelihara mesin) dibayar RM4.40 sejam = 9 x RM4.40 = RM39.60

Buruh bagi 8 jam bekerja sehari dibayar RM2.75 sejam = 8 x RM2.75 = RM22.0036.41 minyak diesel digunakan sehari dan harganya, katakan RM0.29 seliter = 36.4 x 0.29 = RM10.561.7 liter minyak hitam digunakan sehari dan harganya, katakan RM2.82 seliter = 1.7 x RM2.82 = RM4.790.5 kg minyak geris (grease) sehari katakan RM2.20 se kg = 0.5 x RM2.20 = RM1.10Kos (harga) untuk mengendalikan mesin sehari (8 jam) = RM78.05Kos untuk mengendalikan mesin sejam (kos Kendalian) = RM78.058= RM9.76Jumlah bagi kos modal & kos kendalian untuk sejam = RM14.00 +RM9.76= RM23.76

C.Hasil pengeluaran mesin (out-put)

Cara-cara untuk mendapatkan harga mengorek tanah yang jumlahnya besar (bulk excavation) dan parit (trench)

1)Mengorak jumlah tanah yang besar (bulk excavation) ialah 19 meter padu bagi sejam

2)Mengorek parit (trench) ialah 11 meter padu sejam.

a)Harga semester padu bagi mengorek jumlah tanah yang besar:Kos (harga) untuk mengendalikan mesin sehari (8 jam) = RM23.7619= RM1.25Ditambah keuntungan kasar10% = 10 x RM1.25100 = RM0.13Harga mengorek 1 meter jumlah tanah yang besar = RM1.58

b)Harga mengorek parit:Mengorek 11 meter padu parit bagi sejam = RM23.76Mengorek 1 meter padu parit =RM23.7611= RM2.16Ditambah keuntungan kasar10% = 10 x RM2.16100 = RM0.22Harga mengorek 1 meter padu parit = RM2.38

PeringatanCara-cara untuk menganalisis harga-harga penggunaan mesin yang diterangkan di atas dan sebelumnya tidak termasuk penggunaan mesin-mesin yang terpakai (second hand value) pada penghujung tahun yang kelima (5 tahun). Jikalau dipertimbangkan juga mesin-mesin yang terpakai maka kos modal akan berkurangan dan oleh sebab itu harga se ela pau mengorek pun akan juga berkurangan.

Had umur mesin-mesin yang berguna (useful life of machine)a. Pengorek (excavator) = 5 tahunb. Penggaul konkrit (concrete mixer) = 5 tahunc. Lori dan lori pembuang (dumper) = 3 tahun

BERBAGAI-BAGAI-BAGAI JENIS PENGELUARAN MESIN-MESIN

A.MESIN PENGGAUL KONKRIT (CONCRETE MIXER)Jenis (m) Bil. Buruh yang mengendalikan mesin iaitu mengukur & mengisi bahan-bahan Hitung panjang konkrit digaul sejam (m) Minyak petrol digunakan sehari (liter) Minyak hitam digunakan sehari (liter)5/3 1/2 1 drebar + 2 orang buruh. 1.15 9.1 0.37/5 1 drebar + 4 orang buruh. 2 13.7 0.510/7 1 drebar + 4 orang buruh. 3.4 4 0.614/10 1 drebar + 6 orang buruh. 3.8 16 0.6

B.ALAT JENTERA PENGOREK PENYODOK (SHOVEL ATAU DRAGLINE)Jenis (m) Hitung panjang pengeluaran kerja dalam m padu sejam Minyak diesel untuk sejam (liter) Minyak pelicir untuk seminggu (liter)

C.TRAK DAN LORIJenis Muatan dalam kiraan m padu Minyak diesel atau petrol untuk sejam (liter) Minyak pelicin untuk seminggu (liter)2m ton lori 1.2 4.6 0.61.5m ton lori (dumper) 1.2 4.6 0.93m ton lori 1.7 4.6 0.92.3 m ton lori (dumper) 1.7 6 15m ton lori 2.5 5.7 1.1

UKUR KIRA BAHAN (TAKING OFF)

Ada 3 borang/Format :

Format/Borang Diamensa (Borang Ukuran) Formart/Borang Abstrak Format/Borang Billing

Borang DiamensaBorang Diamensa dilengkapi dengan

1.Tajuk : Contoh : PEMBINAAN SURAU TAMAN NURI, SHAH ALAM, SELANGOR2.Nombor muka surat3.No rujukan pelan di penjuru atas : contoh 007/02/20114.Tarikh5.Nama Pengira6.Nama Penyemak

Dalam borang diamensa ada empat ruang iaitu :

1.Ruang satu : Ruang pendaraf / ruang penambahKerana terdapat benda yang sama : contoh 10/ , 2/Jika ada titik . = + (dot) . Contoh : jika .4/ = benda itu ada 5

2.Ruang dua = ruang ukuran iaitu dalam kiraan panjang, persegi dan kiraan padu

3.Ruang tiga = ruang jumlah pengiraan/ ruang kuantiti iaitu hasil daripada ruang satu dan ruang dua

4.Ruang empat = ruang penerangan/ spesifikasi ringkas (description form).Ruang ini memberi tahu penerangan mengenai :KerjaBancuhan konkritUkuranRajah ringkasRuang penutup

Borang AbstrakFungsi : Proses pengasingan dan mengumpul iaitu hasil daripada Borang DiamensaTujuan : Memudahkan proses pemindahan, pengukuran ke dalam Format Billing Borang Abstrak ada tiga ruang iaitu :1.Ruang kiraan/jumlah2.Ruang penolakan ( mestilah menggunakan pen berdakwat merah)3.Ruang muka surat

Borang Billing (Draft Bill Paper)

Borang Billing adalah satu proses pengumpulan semua jenis bahan-bahan kerja yang dilakukan mengikut jenis-jenis kerja .Harga Unit Adalah Termasuk : Harga Bahan-bahan Harga Buruh Harga Penggunaan Jentera dan Peralatan Keuntungan (%)Dicatat oleh azaman saidin di 4:31 PTG 1 ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Khamis, 16 Jun 2011KERJA-KERJA LEPAANTAJUK: KERJA-KERJA LEPAAN

TUJUAN: Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja MELEPA mempelajari tentang lukisan kerja akitek, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan.

KERJA-KERJA LEPAAN

Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.

Tujuan Lepaan

i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.

ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.

iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.

iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak.

v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.

vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.

Jenis-jenis Lepaan

a. Lepa Kapurb. Lepa Gypsumc. Lepa Simen

a.Lepa KapurLepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.

b.Lepa GypsumBahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.

c.Lepa simen.Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :a. Lepaan bahagian dindingb. Lepaan bahagian lantaic. Lepaan bahagian atas / siling

Mortar untuk LepaanMortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.

a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm.

b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)

Peralatan kerja Lepa

a. Sudip lepa (Plastering Trowel)b. Kayu perata (Wooden Float)c. Pemaras kayu panjang (Darby)d. Penatang Mortar (Hawk)e. Sudip Penjuru (Angle Iron)f. Baldi (Bucket)g. Alat aras Spirit (Spirit Level)h. Berus cati. Sponge Trowelj. Rough Cast Machinek. Penyembur air (Iron Spray)l. Kotak Penyukat (Gauge Box)

Perkakas dan peralatan Kerja Lepa

Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak DilepaTempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, catdan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.

a. Permukaan bataPermukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun blok

b. Permukaan konkrit.Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja.

Kaedah Lepaan

Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesin lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh dibahagikan kepada tiga lapisan.

Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan ini dilepadan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.

Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan kemasan kerutu.

a. Kemasan Licin (Cement Face)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.

b. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

c.Kemasan Shanghai

Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.

d. Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing)

Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.

e. Kemasan Skim (Skim Coat Finishing)

Kemasan skim dibuat hampir sama dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan adalah daripada campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang telah dilepa untuk menampakkan kerataan dan kecantikan.Dicatat oleh azaman saidin di 6:07 PTG 2 ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Rabu, 15 Jun 2011SIMEN FERO

Dicatat oleh azaman saidin di 8:47 PTG 1 ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

KERJA-KERJA TETULANGTAJUK: KERJA-KERJA TETULANG

TUJUAN: Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya dapat melakukan kerja-kerja tetulang untuk bangunan dua tingkat termasuk memotong, membengkok, mengikat dan menempat tetulang pada posisinya dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan.

MENGENAL JENIS-JENIS TETULANG

a. Jenis-jenis keluli barb. Ukuran garis pusat keluli barc. Intisari pelajarand. Banyak keluli dalam kiraan tane. Berat keluli dalam kilogram pada tiap-tiap satu meter panjang.

MEMBENGKOK BESI TETULANG

a. Sebab-sebab tetulang digunakan dan dibentukb. Mengenal, menyelenggara dan menjaga alat-alat berkaitan dengan kerja-kerja tetulangc. Alat-alat yang lazimnya digunakan dalam kerja-kerja tetulangd. Membuat jadual bentuke. Borang jadual bentukf. Kaedah membuat bangku kerjag. Petua untuk mendapatkan cangkuk dan bengkokh. Intisari pelajarani. Mana-mana keluli bar yang telah dibentuk

MENGENAL JENIS-JENIS IKATAN

a. Alat-alat dan jenis-jenis ikatanb. Intisari pelajaran

MENEMPAT BESI TETULANG

a. Jenis-jenis bahan dan cara menempat blok perenggangb. Jadual jarak penempatan antara acuan dengan tetulang1. Perenggang untuk alang2. Perenggang untuk lantai3. Perenggang untuk tiangc. Intisari pelajaran

SEBAB-SEBAB TETULANG DIGUNAKAN DAN DIBENTUK / BENGKOK

Pendahaluan :

Sektor bangunan di dalam industri binaan memerlukan perbelanjaan yang besar. Untuk mengurangkan kos perbelanjaan ahli-ahli iktisas membuat perancangan yang positif bagi menjayakan perlaksanakan projek berjalan dengan lancar, terutama dalam memilih atau menggunakan bahan-bahan binaan.

Tetulang adalah suatu bahan yang penting kepada bangunan kerana ia sebagai rangka yang akan menguatkan bangunan tersebut.

Tujuan

Konkrit kuat daya mampatan (compressive strength) tetapi lemah daya tegangan (tensile strength), selain daripada daya mampatan dan tegangan, daya ricih (shear stress) juga berlaku pada bahagian-bahagian bangunan (lihat rajah i)

Keluli Bar Untuk Tetulang (Reinforcement)

Semua jenis keluli bar yang akan digunakan untuk tetulang hendaklah bebas dari karat, minyak, cat, lumpur, tanah atau bahan-bahan yang boleh menghalang kekuatan konkrit pada keluli bar.

Jenis-jenis Keluli Bar

1. Mild Steel Bar / Plain Round Bar (Keluli bar lembut)

Bentuknya bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Jenis ini mempunyai saiz dan simbol yang tetap (non standard) bersimbolkan huruf M,MS MR

2. High Yield bar / High tensile bar / Deformed Bar (Keluli Bar Keras/Bunga) - Kod BS 4449

Bentuknya bulat, bulat empat segi bersimbolkan Y. Jenis ini juga mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap (non standard) bersimbolkan huruf-huruf dan tanda berikut; H, HY, HT. Bentuk empat segi dikenali dengan (Square Twisted). Kedua-dua bar ini dicacatkan (bergerutu/Bunga) bagi menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.

3. Welded Steel Fabric Reinforcement (British Reinforcement Concrete / British Rool Coil (BRC)

Bentuk berjejaring empat segi tepat atau empat segi bujur dalam kepingan. Ia juga disediakan dalam bentuk bergulung kepingan. BRC ini dibuat daripada keluli yang berukuran garispusat 2.5mm hingga 120mm. Panjang kepingan tersebut ialah 4.8 m dan lebarnya 2.4 m. BRC ini dibuat daripada keluli yang sama ukuran garispusat berlainan ukuran garis pusat. BRC juga terdapat jenis yang berbunga/keras ( bersaiz dan simbol A 8, A10 dan lain-lain).

Ukuran Garispusat Keluli Bar

Ukuran yang tetap (Standard)6,.8,10,12,16, 20, 25, 32, 40 dan 50mm

Ukuran yang tidak tetap (Non Standard)2, 3, 4, 5 dan 7mm

Ukuran Panjang.12.19 m (40 ) yang tetap /standard

Untuk menahan tindakan atau tekanan daya-daya tersebut keluli bar digunakan sebagai tetulang atau rangka kepada bahagian-bahagian bangunan tersebut, ini kerana keluli bar mempunyai sifat-sifat yang tertentu seperti berikut :

1. Keluli bar kuat menahan daya tegangan (lihat rajah ii)

2. Boleh menahan berlakunya retak ricih (shear crack) keluli Bend Up Bar dan Stirrup digunakan (lihat rajah iii)

3. Memberi cengkamam yang kuat diantara konkrit dan tetulang rangka serta persamaaan sifat-sifat (charactistic) dalam proses pengembangan dan pengecutan (expansion dan contraction).

4. Mengurangkan kos perbelanjaan atau isipadu (economical).

5. Mengurangkan bilangan penggunaan tiang pada suatu bukaan (span) yang lebar atau luas.

6. Keluli bar tidak mudah terbuka atau kiat (twisted) ketika berada dalam konkrit yang terkena suhu tinggi, contohnya apabila berlaku kebakaran.

SEBAB-SEBAB TETULANG DIBENTUK

Tetulang yang digunakan di dalam bahagia-bahagian bangunan direkabentuk oleh Jurutera bangunan. Tujuan dibentuk tetulang ini diantaranya untuk menyesuaikan dengan rupa bentuk bangunan supaya dapat mengawal kekuatan pada rangka bangunan.

Bentuk-bentuk yang direka ini boleh memberi kesan pada kualiti pembinaan bangunan tersebut.

Mengenal, Menjaga Dan Menyelenggara Alat-Alat Berkaitan Dengan Membengkok Besi Tetulang.

Sebelum kerja-kerja tetulang dilakukan, terlebih dahulu alat-alat kelengkapan ketukangan disediakan supaya menyenangkan kerja-kerja penyelenggaraan.

PENYELENGGARAAN

Alat-alat ketukangan ini hendaklah digunakan dengan betul dan bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan.

Alat-alat perkakas mestilah dijaga dengan baik. Pastikan;

1. Berada ditempat yang sesuai, kemas dan selamat.

2. Alat-alat yang rosak diasingkan serta dibaiki.

3. Alat-alat ini mestilah dibersihkan serta diminyakkan selepas digunakan.

4. Alat-alat tidak bersepah untuk menjaga keselamatannya dan pekerja.

BANGKU KERJA (Workbench)

PENGENALAN

Kerja-kerja membentuk keluli bar untuk digunakan sebagai tetulang atau rangka pada bangunan, terlebih dahulu dipastikan kerja-kerja pemasangan pin di atas bangku kerja dengan mengikut peraturan yang ditentukan.

Kedudukan Bangku Kerja

Bangku kerja untuk membentuk keluli bar hendaklah diletakan pada tempat yang sesuai bagi memudahkabn kerja-kerja pembentukan dan mengikat tetulang. Kebiasaannya bangku kerja ditempatkan di bawah bangsal sementara untuk untuk mengelakkan bangku kerja daripada segala kerosakan. Selain daripada itu kerja-kerja membentuk tetulang dan mengikat juga boleh dijalankan di dalam kawasan yang lapang atau pada kawasan yang berkeadaan cuaca panas.

Bangku Kerja

Bangku kerja biasanya dibuat dengan menggunakan kayu 6m x 200mm x 100mm. Tiang dan tapaknya dibuat dengan menggunakan kayu berukuran 100mm x 50mm sebanyak tiga komponen dan diletakan dengan jarak 300 mm dari kedua-dua hujung bangku kerja; Bahagian tiang tapak serta komponen yang satu lagi diletakan di tengah-tengah diantara kedua-dua tiang tersebut. (lihat rajah Bangku Kerja)

Cara-cara Memasang Pin Di atas Bangku Kerja

Keluli bar yang dibentuk dengan tangan (Hand power) biasanya berukuran garispusat (diameter) dari 6mm hingga 16mm. Terdapat dua ukuran pin yang digunakan bagi mendapatklan bentuk bengkok dan cangkuk keluli bar.

Pin Lompang (Former Pin / Mandrel)

Pin lompang digunakan bagi mendapatlkan bengkok dan cangkuk yang dikehendaki dengan bentuk yang betul. Kedudukan pin lompang hendaklah diletakan ke bahagian tepi sebelah dalam selari di atas garisan lurus yang menyentuh bahagian tepi sebelah luar pin penahan. Kedudukan diantara kedua pin tersebut mestilah berkeadaan sudut tepat 90 (lihat rajah kedudukan pin). Ukuran garispusat pin lompang mestilah ditambah 2mm daripada ukuran sebenar keluli bar yang hendak dibentuk. Ini adalah bertujuan bagi mendapakan kesenangan bekerja dan mendapatkan sudut yang tepat serta bulatan cangkuk yang elok

Pin Penahan (Back Stop Pin)

Pin penahan digunakan sebagai panahan keluli bar dan juga memberi ketetapan ketika kerja-kerja membentuk dijalankan. Ukuran pin penahan adalah berpandukan kepada ukuran garispusat keluli bar yang hendak dibentuk. Jarak diantara pin penahan pertama dengan pin lompang mestilah besar garispusat keluli bar serta campur dengan 2 mm untuk memudahkan kerja-kerja bengkokan. Kedudukan pin lompang dan pin penahan mestilah selari (digariskan 90) dengan permukaan tepi bahagian luar pin penahan pertama ke permukaan tepi bahagian dalam pin lompang (lihat rajah kedudukan pin lompang dan pin penahan).

PETUA-PETUA UNTUK MENDAPAT CANGKUK DAN BENGKOK KELULI BAR

Di dalam kerja-kerja tetulang terdapat berbagai-bagai bentuk seperti cangkuk dan bengkok untuk tujuan tertentu. Bagi mendapat cangkuk dan bengkok pada keluli bar adalah perlu mengetahui petua-petua membentuk mengikut ukuran dan jenis-jenis keluli bar.

Petua-petua Untuk Mendapatkan Ukuran

Ukuran diberi hendaklah mengikut sukatan dari luar ke luar kecuali bagi link dan stirrup (besi pencekak), ukuran yang mustahak ialah dibahagian dalam yang mana diikatkan kedudukannya kepada keluli bar utama (main bar). Penerangan lengkap menggunakan cangkuk dan bengkok keluli bar boleh didapati dari BS 1478: 1967.

Ukuran jejari bahagian dalam cangkuk atau bengkok bagi keluli bar lembut hendaklah dua kali ukuran garis pusat keluli bar itu kecuali ukuran garispusat bar yang besar adalah ditentukan. Bahagian yang lurus selepas cangkuk dan bengkok itu hendaklah panjang sedikit iaitu tidak kurang daripada empat kali ukuran garis pusat keluli bar itu kecuali garispusat bar yang besar adalah ditentukan. Perkara ini sangat mustahak dijaga seperti mengurangkan kelajuan membengkok atau menambahkan jejari pembengkokan.

Petua Memotong dan Membengkok Keluli Bar

Memotong keluli bar biasanya diberi tambahan beberapa millimeter atau panjang sedikit daripada dikehendaki ( + 5mm ). Tambahan ini hendaklah ditentukan kepada cangkuk dan bengkok tetapi tidak dibenarkan melebihi ukuran panjang keluli bar yang dikehendaki. Dalam perkara ini, sekiranya keluli bar itu dibuat cangkuk atau bengkok dikedua-dua hujung mestilah ditanda panjangnya dari tengah keluli bar ke tiap-tiap hujung. Keluli bar yang hanya mempunyai satu cangkuk dihujung hendaklah ditanda dari hujung yang lurus ke cangkuk dengan itu sebarang perbezaan dilebihkan pada bahagian cangkuk.

Ukuran keluli bar boleh diubah bila ianya creep (keluli bergerak ke hadapan). Keluli bar yang pertama hendaklah ditanda mengikut ukuran yang dikehendaki dan diperiksa setelah dibengkok. Ukuran yang seterusnya hendaklah diukur sama dengan yang pertama tadi sebagaiman perubahan yang telah dibuat.

ALAT-ALAT UNTUK MENGIKAT KELULI BAR

PENGENALAN

Tujuan uatama tetulang diikat ialah untuk menentukan keluli bar terletak pada tempat yang betul dan tidak berubah kedudukannya sebelum dan semasa konkrit dituang.

Cara yang iasa mengikat tetulang ialah dengan cara menggunakan dawai yang berukuran (gauge) S.W.G 16-18. Alat yang biasa digunakan untuk mengikat ialah seperti berikut :

a. Spring Loaded Pullerb. Spring Clipsc. Eng Cutting Nips.

a. Spring Loaded Puller

Dawai yang dugunakan untuk mengikat jenis ini kebiasaanya telah disediaskan lubang dikedua-duan hujungnya. Penyangkuk pada puller di masukkan di dalam lubang tersebut. Apabila puller ditarik, penyangkuk tadi akan berpusing dan memberikan ikatan yang lebih kukuh.

b. Spring Clips or Stabil Binders

Mengikat keluli bar cara ini biasanya dilakukan untuk kerja-kerja pre-cast dan pressed konkrit kerana tidak menggunakan apa-apa perkakas pengikat. Spring Clips disediakan mengikut ukuran garis pusat keluli yang akan diikat. Keburukannya mengikat cara ini terutamanya pada keluli bar jenis bulat (Mild Steel Bar) kerana mudah berubah kedudukannya bila konkrit dituang.

c. End Cutting Nips or Tower Pincer

Cara ini lebih baik dan ekonomi. Untuk menguatkan ikatan pusing dan tekan dengan mata ragum (nips) pada keluli bar untuk mengukuhkan ikatan .

JENIS-JENIS IKATAN

Terdapat beberapa jenis ikatan untuk mengikat keluli bar

1.SLASHJenis ikatan yang paling senang dipraktikan. Ikatan jenis ini digunakan untuk ikatan memenuh dikeluli bar tembok (Wall) dan lantai (Floor slab)

2.RING SLASH Ikatan jenis ini digunakan pada keluli bar untuk mengelakkan daripada tergelincir pada bahagian menegak dan melintang.

3. HAIR PINSejenis ikatan yang kuat. Digunakan sebagai ikatan pengikat keluli keluli bar sebelum ikatan pemenuh dilakukan. Ikatan ini digunakan sekiranya ikatan jenis slash tidak sesuai untuk diikat. Kebiasaannya digunakan untuk keluli bar tiang (column) dan alang (beam)

4. RING HAIR PINIkatan ini digunakan pada tiang dan alang untuk mengelakan daripada tergelincir sebagaimana juga dengan ikatan ring slash.

5. SPLICEIkatan ini digunakan untuk mengikat dua keluli bar yang disambung. Kebiasaannya digunakan pada bahagian selisih keluli bar. Ikatan mestilah dibuat dua peringkat dikedua hujung selisih. Sekiranya garispusat keluli bar lebih besar, hendaklah ditambah ikatan dibahagian tengah selisih.

6. CROWNSejenis ikatan yang paling kuat. Ikatan ini digunakan pada tiang, alang, tembok dan lantai serta pada keluli bar yang mudah berubah kedudukannya.

JENIS-JENIS BAHAN DAN CARA MENEMPATKAN BLOK PERENGGANG

Pengenalan :

Blok Perenggang ialah satu bahan yang dugunakan untuk menentukan kedudukan keluli bar utama dengan permukaankonkrit. Blok perenggang juga disebut concrete cover, bar support atau concrete spacer. Blok perenggang boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan jenis. Jika tidak menggunakan blok perenggang dalam kerja-kerja tetulang dan konkrit boleh mengakibatkan kualiti kerja yang tidak baik dan akan mengakibatkan faktor ketidaktahanan atau kekukuhan.

JENIS-JENIS BLOK PERENGGANG

Blok Perenggang Mortar/Konkrit

Blok perenggang jenis ini merupakan suatu bahan yang biasa digunakan kerana ;a. Mudak disediakanb. Ekonomic. Kukuh

Nisbah bancuhan:

Bancuhan untuk blok perenggang konkrit mestilah mengikut nisbah bancuhan yang ditetapkan atau mengiku piawaian (spesifikasi) pada pelan bangunan atau projek.

Contoh ;a. Konkrit Tetulang asas, nisbah bancuhan 1:3:6b. Konkrit Tetulang tiang, nisbah bancuhan 1:2:4

Bancuhan untuk blok perenggang mortar mestilah kadar 1:2 dengan kandungan air yang mencukupi. Ketebalan blok perenggang mortar dibuat mengikut jarak yang ditetapkan. Ianya dilekatkan bersama-sama dawai bersaiz SWG no.16018. Dawai yang digunakan mestilah cukup panjang dan tidak mudah berkarat. Kegunaan dawai ini adalah sebagai pengikat kepada keluli bar utama. Perenggang jenis ini adalah lebih praktikal. Saiz blok perenggang ini adalah 50mm x 50mm x 25mm (tebal tertakluk kepada spesifikasi)

Blok Perenggang Plastik

Jenis blok perenggang ini biasa didapati pada projek-projek pembinaan yang besar. Blok perenggang ini lebih kukuh kerana dapat menahan daripada patah dan melenur. Ia diperolehi dengan berbagai-bahagai bentuk dan saiz mengikut jenis dan tempat kerja yang dijalankan.

Perenggang Keluli Bar

Jenis ini kurang digunakan kerana tidak ekonomi dan susah untuk menjalankan penyediaanya. Kebiasaanya jenis ini diletakan pada keluli bar utama yang besar serta jarak perenggangnya tebal seperti pada bahagian tapak asas yang panjang, lantai dan dinding.

Lain-lain Jenis

AsbestosLogamKayuBatu Baur (aggregate)

Cara-cara Menempatkan Blok Perenggang

Blok Perenggang boleh ditempatkan dengan beberapa cara berikut

1. Kedudukan yang berselang seli2. Jarak tiap-tiap satu lebih kurang 900mm3. Ditempatkan sebelum,, semasa atau selepas keluli bar diletakan.4. Ikatan diantara keluli bar utama dan blok perenggang mestilah kukuh.5. Menentukan saiz blok perenggang (plastic) sama dengan saiz keluli bar yang digunakan.

Tujuan Blok Perenggang

1. Menentukan jarak kedudukan tetulang denmgan permukaan konkrit.2. Mengelakkan keluli bar rdarimelentur3. Meneglakan keluli bar terkeluar daripada permukaan konkrit.4. Sebagai penahan kepada tetulang supaya tidak bergerak atau berubah tempat semasa mencurah dan memadat konkritDicatat oleh azaman saidin di 6:17 PTG 8 ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Asas Pengiraan BahanPENGIRAAN BATA

Formula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok

Contoh 1 Ikatan Stretcher( lihat rajah A) Panjang 5m dan tinggi 3m= 5 m x 3 m= 15m

= 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m bersamaan 60 biji bata untuk ikatan Stretcher)Jumlah bata = 900 ketul

Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

iBerpandukan bilangan bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m

ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m x 0.03 = 0.45 m

Simen = 1/5 x 0.45m = 0.09 m

Dalam kiraan beg/kampit = 0.09 m x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag

Pasir = 4/5 x 0.45 m = 0.36 m

IKATAN STRETCHER / SISI BATA (1/2 BATA TEBAL)

PENGIRAAN BATA :

Fornula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok

Contoh 2.

Ikatan English ( lihat Rajah B) = Panjang 5m dan tinggi 3m

= 5 m x 3 m= 15m

= 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal)

Jumlah bata = 1800 ketul

Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

iBerpandukan bilangan bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90 m

ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m x 0.06 = 0.90 m

Simen = 1/5 x 0.90m= 0.18 mDalam kiraan beg/kampit = 0.18 m x 28.25 bag/kampit = 5 bagPasir = 4/5 x 0.90 m= 0.72 m

KERJA-KERJA MELEPAFORMULA : Panjang x Lebar25 m x 3 m75 m

Ketebalan lepaan 19 mm

= 75 m x 0.019mm

Jumlah Mortar = 1. 43 M

Jumlah Simen = 1.43 M x 1/5= 0.286 M

Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.258 beg/kampit

Jumlah Pasir = 1.43 m x 4/5= 1.14m

KERJA-KERJA JUBIN

FORMULA PENGIRAAN JUBIN : LUAS KAWASAN LUAS JUBIN

Contoh 1: Juka saiz jubin 300 mm x 300 mmLuas Kawasan = panjang x lebar= 25 m x 3 m= 75 M

Luas Jubin = 300mm x 300mm= 0.300 m x 0.300 m= 0.09 m

Bilangan Jubin = 75 m 0.09 m= 834 keping

KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED)

FORMULA : Panjang x Lebar25 m x 3 m75 m

Ketebalan mortar 20 mm= 75 m x 0.020mmJumlah Mortar = 1.5 M

Jumlah Simen = 1.5 M x 1/5= 0.30 M

Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25= 8.5 beg/kampit

Jumlah Pasir = 1.5 m x 4/5= 1.2 m

KIRAAN PELEKAT ADHESIVE

FORMULA :Panjang x Lebar= 25 m x 3 m= 75 m

Ketebalan adhesive 5 mm= 75 m x 0.005mJumlah Mortar = 0.37 M

PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT FORMULA = Panjang x Lerbar x Tinggi= 15 m x 5 m x 1 mIsipadu konkrit = 75 m

( Nisbah Bancuhan 1:2:4 )

Jumlah simen = 1/7 x 75 m= 10.72 mKiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg/kampit= 303 bag/kampit

Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m= 21.43 m

Jumlah Batu = 2/7 x 75 m= 42.86 m

KAEDAH PENGIRAAN ATAPLuas kawasan Luas Atap = Bilangan Atap (keping)

Contoh Pengiraan:

Luas Kawasan = 15m x 5m= 75 m= 75 m bersamaan 807 k

Bilangan Atap = 807 k 1 k= 807 keping

Nota:Anggaran Pingiraan

a) 1m3 simen = 28.25/bagb) 1 m bersamaan 10.76 k)