rph - membentuk dan membuat binaan

6
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN SATU TARIKH 25 OGOS 2008 MASA 11.45 PAGI 12.45 TGH ( I JAM ; 2 MASA) TAHUN 1 CEMERLANG BIL MURID 32 / 32 ORANG BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN KEGIATAN MENGHASILKAN TOPENG MUKA BERBENTUK BADUT TAJUK TOPENG BADUT KONSEP UTAMA MENGGUNTING DAN MENAMPAL OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:- a) IMPLISIT 1. Menggunakan hasil karya untuk tujuan yang lebih bermakna. b) EKSPLISIT 1. Menghasilkan topeng badut menggunakan teknik gunting dan tampal (kolaj) 2. Menghasilkan alat permainan mudah. c) ESTETIKA 1. Menghargai hasil kerja tangan sendiri. 2. Menghargai elemen asas seni reka iaitu rupa dan warna. Dari segi prinsip seni reka pula adalah penegasan. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah melihat badut pada majlis ulang tahun kelahiran atau di kaca televisyen. PERSEDIAAN MURID 1. Kertas warna 2. Pinggan kertas 3. Fiber 4. Gunting 5. Gam 6. Gelung getah atau tali BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Boneka badut 2. Contoh topeng badut yang telah siap 3. Radio & CD lagu KBSR

Upload: syahrul-fatiha-hassan

Post on 02-Jul-2015

1.023 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH - membentuk dan membuat binaan

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN SATU

TARIKH 25 OGOS 2008

MASA 11.45 PAGI – 12.45 TGH ( I JAM ; 2 MASA)

TAHUN 1 CEMERLANG

BIL MURID 32 / 32 ORANG

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

KEGIATAN MENGHASILKAN TOPENG MUKA BERBENTUK BADUT

TAJUK TOPENG BADUT

KONSEP UTAMA MENGGUNTING DAN MENAMPAL

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT

1. Menggunakan hasil karya untuk tujuan yang

lebih bermakna.

b) EKSPLISIT

1. Menghasilkan topeng badut menggunakan

teknik gunting dan tampal (kolaj)

2. Menghasilkan alat permainan mudah.

c) ESTETIKA

1. Menghargai hasil kerja tangan sendiri.

2. Menghargai elemen asas seni reka iaitu rupa

dan warna. Dari segi prinsip seni reka pula

adalah penegasan.

PENGETAHUAN

SEDIA ADA

Murid pernah melihat badut pada majlis ulang tahun kelahiran

atau di kaca televisyen.

PERSEDIAAN

MURID

1. Kertas warna

2. Pinggan kertas

3. Fiber

4. Gunting

5. Gam

6. Gelung getah atau tali

Page 2: RPH - membentuk dan membuat binaan

BAHAN BANTU

MENGAJAR

(BBM)

1. Boneka badut

2. Contoh topeng badut yang telah siap

3. Radio & CD lagu KBSR

4. Komputer riba

5. LCD

BAHAN BANTU

BELAJAR

(BBB)

Kertas pelbagai warna yang sudah siap dilukis dengan mata,

hidung, mulut dan topi badut.

KBKK Murid dapat menjana idea dalam penghasilan topeng badut

NILAI 1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan berhati-hati

2. Mengutamakan keselamatan ketika mengendalikan

alatan tajam.

PERKARA BUTIRAN KEGIATAN P&P CATATAN

SET INDUKSI

(5 MINIT)

1. Murid melihat tayangan gambar

tentang sambutan ulang tahun

kelahiran yang dimeriahkan dengan

kehadiran badut.

2. Murid menjawab beberapa soalan

yang diberikan guru berdasarkan

tayangan gambar yang

dipertontonkan

S a) Siapakah orang yang mempunyai

rambut berwarna-warni itu?

J a) Badut

S b) Apakah yang dipakai di

kepalanya?

J b) Topi

S c) Nyatakan warna-warna yang dapat

dilihat pada badut itu

J c) Merah, biru, kuning, ungu, jingga,

hijau, hitam

* BBM –

Komputer riba

dan LCD

* KBKK -

menjana idea

Page 3: RPH - membentuk dan membuat binaan

PERKEMBANGAN

(40 MINIT)

1. Murid mendengar penerangan

daripada guru tentang apa yang

perlu dilakukan terlebih dahulu.

2. Murid menghasilkan topeng badut

dengan menggunting bentuk-bentuk

dari kertas warna dan

menampalkannya mengikut arahan

guru satu persatu dan langkah demi

langkah.

3. Murid diingatkan supaya berhati-hati

ketika menggunakan gunting:-

Jangan bergurau ketika

gunting ada di tangan

Jangan berlari ketika gunting

ada di tangan

Langkah-langkah menghasilkan topeng

badut

1. Sediakan sekeping pinggan kertas berwarna

putih

2. Gunting setiap bentuk mata, hidung, mulut dan

topi dan lekatkan satu persatu pada permukaan

pinggan kertas tersebut.

* Strategi

pembelajaran

- demonstrasi

* Murid

menjalankan

aktiviti diiringi

dengan alunan

muzik KBSR

* Nilai -

Menitikberatkan

keselamatan

* BBM - carta

aliran proses

cara membuat

topeng badut

Page 4: RPH - membentuk dan membuat binaan

3. Setelah itu, tampal fiber sebagai rambut badut.

Akhir sekali tampal topi di atas fiber tersebut.

4. Inilah hasil topeng badut yang telah siap.

KEMUNCAK

(10 MINIT)

1. Murid membuat sesi apresiasi

terhadap hasil karya rakan mereka.

3 karya terbaik, 3 karya sederhana

dan 3 karya kurang baik dipilih untuk

diberi kritikan membina supaya

murid yang lemah dapat

memperbaiki kelemahan dan

mempertingkatkan mutu kerja

mereka di masa akan datang.

2. Murid yang menghasilkan karya

yang baik akan diberi pujian dan

karyanya ditampal di sudut seni.

3. Sesi apresiasi ini dapat memupuk

sikap bersaing secara sihat di

kalangan murid supaya mereka

menghasilkan karya yang lebih baik

pada masa akan datang.

* Strategi

pembelajaran -

Belajar cara

belajar dalam

memberi

kritikan dan

komen.

* KBKK -

Membanding

beza

PENUTUP 1. Murid memakai topeng hasil kerja

Page 5: RPH - membentuk dan membuat binaan

(5 MINIT) masing-masing. Ini bertujuan supaya

mereka merasa bangga dengan

hasil kerja sendiri.

2. Di samping itu guru bertanyakan

beberapa soalan untuk

mengukuhkan lagi kefahaman murid.

S a) Di manakah kita dapat melihat

badut selain daripada majlis ulang

tahun kelahiran?

J a) Sarkas, karnival dan pusat

membeli-belah

S b) Apakah panggilan badut di dalam

bahasa Inggeris?

J b) Clown

* KBKK -

Menjana idea

dalam memberi

buah fikiran dan

idea

REFLEKSI

P&P pada hari ini berlaku di luar kelas. Saya telah memilih kantin sekolah

sebagai lokasi kerana terdapat meja dan kerusi yang memudahkan murid

untuk menghasilkan topeng mereka. Pada permulaannya, P&P berjalan

lancar namun 30 minit selepas itu keadaan menjadi tidak terkawal dan kelas

saya diganggu oleh murid-murid sesi petang. Saya terpaksa meminta

pertolongan pekerja kantin untuk mengawal keadaan.

P&P pada hari ini sangat mengujakan murid kerana ini adalah pertama kali

mereka menjalankan aktiviti seperti ini. Kesemua murid dapat menyiapkan

topeng pada masa yang telah ditetapkan. Namun saya telah melakukan satu

kesilapan apabila membenarkan murid memakai topeng masing-masing

kerana mereka terlalu teruja dan terus pulang dengan memakai topeng

tersebut. Disebabkan oleh ini saya tidak dapat mencatatkan markah mereka.

Sebagai penyelesaiannya, saya terpaksa menyuruh mereka membawa

kembali topeng tersebut pada kelas yang berikutnya.

Page 6: RPH - membentuk dan membuat binaan