rph math

21
INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR TAJUK TUGASAN: ICT DAN PENGAJARAN MIKRO AZIANI BINTI AWANG NOOR SHAHILA BINTI ALWI NORHIDAYAH BINTI PAZIL 811205-03-5776 820702-14-5612 850122-07-5328 KUMPULAN / UNIT : KDC-KPLI-SABK NAMA MATAPELAJARAN : MATEMATIK KOD : NAMA PENSYARAH : PUAN REPIAH BT SINGAH TARIKH SERAHAN : JUN 2013

Upload: aziani-awang

Post on 29-Oct-2015

191 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: rph math

INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

TAJUK TUGASAN: ICT DAN PENGAJARAN MIKRO

AZIANI BINTI AWANGNOOR SHAHILA BINTI ALWI

NORHIDAYAH BINTI PAZIL

811205-03-5776 820702-14-5612 850122-07-5328

KUMPULAN / UNIT : KDC-KPLI-SABK

NAMA MATAPELAJARAN : MATEMATIK

KOD :

NAMA PENSYARAH : PUAN REPIAH BT SINGAH

TARIKH SERAHAN : JUN 2013

Page 2: rph math

Rancangan Pengajaran Harian

Matapelajaran : Matematik

Kelas : Tingkatan 2 Bukhari

Tarikh : 28 Mei 2013

Masa : 70 minit

Bilangan pelajar : 37 / 37 0rang

Topik : Bab 9 – Lokus dalam dua matra

Subtopik : Bab 9.1 – Memahami lokus dalam dua matra

Pengetahuan Sedia ada : Poligon dan pembinaan geometri

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran , pelajar dapat :

i. Melakar lokus bagi suatu objek yang bergerak

ii. Menentukan lokus bagi suatu titik yang berjarak

tetap dari satu titik tetap, berjarak sama dari dua

titik tetap, berjarak tetap dari satu garis lurus,

berjarak sama dari dua garis lurus yang bersilang.

iii. Membina titik lokus yang berjarak tetap dari satu

titik tetap, berjarak sama dari dua titik tetap,

berjarak tetap dari satu garis lurus, berjarak sama

dari dua garis lurus yang bersilang.

Nilai Murni :

i. Memberi perhatian

ii. Toleransi

iii. Keyakinan

iv. Kerjasama

Page 3: rph math

Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif :

i. Menjana idea

ii. Menghubung kait

iii. Mentafsir maklumat

iv. Merancang strategi penyelesaian

v. Berkongsi idea

vi. Menyelesaikan masalah

Bahan Bantu Mengajar :

i. Bola

ii. Power point

iii. Laptop

iv. LCD

v. lembaran kerja

vi. Jangka lukis

vii. Pembaris

viii. Marker pen

ix. Kertas sebak

Page 4: rph math

Langkah/ Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran Nota

Langkah 1

Set Induksi

(5 minit)

menarik minat

pelajar dengan

membuat aktiviti

berpasangan.

menggalakkan

pelajar berfikir

memperkenalkan

tajuk hari ini kepada

pelajar.

Pelajar meleretkan bola ke arah

pasangan.

Pasangannya tadi meleretkan

bola kembali bola tersebut.

Pelajar melontarkan bola kearah

pasangannya dan pasangannya

melontarkan kembali bola

tersebut.

Pelajar melepaskan bola jatuh ke

bawah.

Guru bertanya :

1. Apakah yang dapati dari

aktiviti tadi?

-Bola tersebut bergerak.

2. Apakah arah pergerakan bola

tersebut?

Pelajar diberi penerangan oleh

guru bahawa arah dan laluan

objek sebenarnya adalah lokus.

Pelajar diperkenalkan oleh guru

mengenai tajuk hari ini.

KBSB:

-Menjana idea

SS & NM :

-Keyakinan

-Teliti

BBB :

bola

Langkah 2

Pencetusan

Idea

(5 minit)

Menerangkan

maksud lokus

Menunjukkan

animasi kepada

pelajar dan meminta

mereka melakar

Pelajar diberi penerangan oleh

guru mengenai definisi lokus.

Pelajar ditunjuk animasi oleh guru

dengan menggunakan slaid

power point.

KBKK :

-Membina

maksud

-Mentafsir

Page 5: rph math

lokus bagi objek

tersebut.

Membolehkan

pelajar memahami

konsep lokus

dengan lebih baik.

Pelajar diminta melakar lokus

bagi objek yang ditunjukkan.

Pelajar diminta melukis lokus

tersebut pada lampiran 1 dan

menerangkan kepada rakan

sekelas bagaimana jawapan

diperoleh.

Rakan sekelas diminta

menyatakan sama ada jawapan

tersebut betul atau salah.

Pelajar diminta menyemak

dengan jawapan guru.

maklumat

- Berkongsi

idea

SS & NM:

-keyakinan

-Kerjasama

BBB:

-Powerpoint

- lampiran 1

Langkah 3

Penstrukturan

idea

(20 minit)

Memperkenalkan

jenis-jenis lokus:

1)Titik yang berjarak

tetap dari satu titik

tetap.

2)titik yang berjarak

sama dari dua titik

tetap.

3)titik yang berjarak

tatp dari satu garis

lurus.

4)Titik yang berjarak

sama dari dua garis

lurus yang

bersilang.

.

Pelajar diberi penerangan oleh

guru mengenai 4 jenis lokus

KBKK :

-Mentafsir

maklumat

-

menghubungk

ait

SS & NM :

-Keyakinan

-Kerjasama

BBB:

-Power point

Page 6: rph math

Langkah 4

Aplikasi idea

( 20 Minit)

Pelajar membina 4

jenis lokus.

Aktiviti termasuk:

a)Melakar lokus.

b) Berbincang

bersama ahli

kumpulan

c) Membentangkan

hasil perbincangan.

Pelajar membentuk 3 kumpulan

dan dibekalkan bahan-bahan oleh

guru.

Berdasarkan soalan yang

dipaparkan, pelajar diminta

membina 4 jenis lokus

Wakil kumpulan membentangkan

hasil perbincangan.

KBKK :

-mentafsir

maklumat

-

Menyelesaika

n masalah

-

menghubungk

ait

-Berkongsi

idea

SS & NM :

-Keyakinan

-Kerjasama

BBB :

-Pembaris

-Kertas sebak

- Marker pen

- Power point

Langkah 5

Penilaian

(15 minit)

Memberi soalan kuiz

kepada pelajar

untuk menguji

kefahaman pelajar

tentang topik hari

Pelajar menjawab soalan kuiz

yang diberi oleh guru. (Rujuk

lampiran 2)

Pelajar menukar kertas jawapan

KBKK :

-Membuat

keputusan

Page 7: rph math

ini. dengan rakan.

Pelajar berbincang jawapan

bersama guru.

SS & NM :

-Keyakinan

-Jujur

BBB:

-Kertas kuiz

Langkah 6

Penutup

(5 minit)

Membuat

kesimpulan untuk

pembelajaran hari

ini.

Meminta pelajar

membuat latihan

dalam buku teks

sebagai kerja

rumah.

Pelajar diminta oleh guru supaya

merumuskan apakah yang telah

mereka pelajari pada hari ini.

Pelajar diberikan rumusan

pembelajaran pada hari itu oleh

guru dengan berbantukan peta

minda.

Pelajar diberikan latihan dalam

buku teks oleh guru sebagai

kerja rumah.

Bersyukur

Guru berterima kasih di atas

kerjasama yang diberikan oleh

semua pelajar.

KBKK :

-Membuat

refleksi

-Membuat

kesimpulan

SS & NM :

Keyakinan

Bersyukur

BBB :

-Peta minda

-Buku teks

Page 8: rph math

LAMPIRAN 1

ANIMASI LOKUS

1 Laluan epal

2 Laluan pendulum

3 Laluan kipas kincir angin

4 Laluan Roda Ferris

5 Laluan penyapu ahli sihir

6 Laluan bola tenis

Page 9: rph math

LAMPIRAN 2

Nama :

Tingkatan:

1. Antara berikut, yang manakah menunjukkan lokus suatu titik yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa sama dari PQ ?

2. Rajah di bawah menunjukkan garis lurus XY. Bina lokus P di mana XP = PY.

X Y

Page 10: rph math

3. Rajah 5 di ruang jawapan menunjukkan sebuah segiempat sama ABCD yang

dilukis pada grid segiempat sama. E adalah titik tengah bagi garis lurus AD. Q

dan R adalah dua titik yang bergerak di dalam gambarajah.

a) Pada Rajah 5, lukis

i. lokus bagi titik Q yang bergerak dengan keadaan jaraknya

adalah sama dari garis lurus AB dan BC.

ii. lokus bagi titik R yang sentiasa berjarak 2 unit dari garis lurus

BC.

Page 11: rph math

REFLEKSI

AZIANI BINTI AWANG

811205-03-5776

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan

matematik yang bertajuk ICT dan Pengajaran Mikro. Syukur yang tidak terhingga

kerana dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah iaitu Puan Repiah Binti Singah kerana

memberikan penerangan secara terperinci mengenai tugasan ini. Tidak lengkap

tugasan ini sekiranya tidak dibantu dengan ahli kumpulan yang amat berdedikasi

yang mana banyak menyumbangkan idea sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini terdapat pelbagai halangan dan

cabaran yang terpaksa dilalui. Di antara halangan yang dilalui ialah pengurusan

masa yang terhad disamping timbunan kerja yang banyak. Tambahan tugas hakiki

sebagai seorang guru perlu diutamakan. Teman seperjuangan yang berjauhan juga

menjadi faktor penghalang dalam urusan perbincangan. Sumber rujukan yang

terhad dan tidak mencukupi juga merupakan faktor penghalang dalam menjayakan

tugasan ini. Walaubagaimanapun halangan-halangan tersebut berjaya diatasi

dengan bantuan teknologi masa kini dan pembahagian tugas secara terperinci telah

dilakukan.

Banyak pengalaman-pengalaman baru diperolehi sepanjang menjayakan

tugasan ini. Di antara pengalaman yang diperolehi ialah, semangat setia kawan dan

bekerjasama di kalangan ahli kumpulan. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim

di antara ahli kumpulan dan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada awalnya, saya dan ahli

kumpulan ingin menggunakan perisian GSP dalam rancangan pengajaran yang

kami sediakan tetapi memandangkan kami kurang mahir dalam perisian ini, maka

kami terpaksa menggunakan perisian biasa sahaja iaitu dengan menggunakan

Powerpoint.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya juga telah dapat meningkatkan lagi

ilmu saya dalam bidang berkaitan dengan matematik. Saya juga telah dapat

memahirkan diri dalam membuat rancangan pengajaran harian. Ini dapat membantu

Page 12: rph math

saya dalam membuat persediaan untuk praktikum seterusnya membantu

melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Ilmu –ilmu ini

amat berguna dan baik untuk diri saya sebagai guru pelatih. Ribuan terima kasih

sekali lagi diucapkan kepada semua yang telah banyak membantu dalam

menyiapkan tugasan ini.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-

rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan

meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk

berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru

yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam

proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya

memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan

mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan ICT dan Pengajaran Mikro ini telah

memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai

profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi

seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan

sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Akhir kata, semoga segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

yang saya miliki  dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang

mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian, terima kasih.

Page 13: rph math

NORHIDAYAH BINTI PAZIL

850122-07-5328

Alhamdulillah saya panjatkan rasa syukur kepada Illahi dengan keizinan Nya

saya bersama rakan sekumpulan yang lain telah berjaya menyiapkan Rancangan

Pengajaran Harian bagi subjek Matematik yang telah kami pilih. Sebelum membuat

tugasan ini saya bersama ahli yang lain telah berbincang untuk mendapatkan tajuk

yang sesuai bagi tugasan ini. Saya bersama rakan yang lain telah memilih tajuk dari

tingkatan 2, iaitu bab 9 Lokus dalam 2 Matra. Ini menjadikan kami lebih yakin

dengtan tajuk yang dipilih kerana dalam tajuk ini penggunaan program GSP atau

Geometry Sketch Pad juga boleh digunakan bagi memudahkan penerangan.

Semasa membuat tugasan ini, terdapat beberapa halangan dan cabaran

yang menguji saya dan ahli kumpulan yang lain. Antara halangan yang terbesar

ialah saya dan rakan yang lain mengajar di sekolah yang berasingan. Iaitu dari

Negeri Sembilan dan Kelantan. Walaupun jarak memisahkan kami, namun ia tidak

menjadi penyebab kepada kami untuk tidak menghasilkan suatu tugasan yang baik.

Dengan kemudahan teknologi masa kini, saya menggunakan telefon, email dan

facebook untuk sentiasa berhubung dengan ahli yang lain.

Cabaran seterusnya ialah saya perlu membahagikan masa dengan baik

diantara tugas hakiki sebgai seorang guru di sekolah, dan sebagai seoarang pelajar

KPLI. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan

pembahagian masa yang agak terhad, namun ia menjadikan saya lebih berhati-hati

dan merancang masa dengan baik. Saya akan memastikan supaya saya dapat

melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah pada waktu yang ditetapkan

dan tidak mengabaikan tugas-tugas di sekolah.

Walaupun tahun ini merupakan tahun pertama saya menjadi guru Matematik

ia tidak dijadikan sebagai alasan untuk saya tidak menghasilkan RPH Matematik

yang menarik. Tambahan saya merupakan guru Matematik bagi tingkatan 1, tetapi

tetap bersetuju untuk membuat RPH bagi tajuk Lokus dalam 2 Matra, kerana saya

akan dapat menilai kembali daya ingatan dan pengetahuan saya berkenaan tajuk

berikut. Saya dan ahli kumpulan yang lain telah memuat turun GSP dari internet, dan

Page 14: rph math

mencuba perisian tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama kami dalam

menggunakan perisian tersebut. Terdapat beberapa “Tools” dalam perisian tersebut

yang tidak dapat kami gunakan kerana tidak pernah menggunakannya sebelum ini.

Oleh sebab ityu saya bersama ahli kumpulan memutuskan agar tidak

menggunakan GSP dalam RPH yang kami rancangkan ini. Kami memilih untuk

menggunakan Power Point untuk penerangan, dan kami juga telah memasukkan

soalan –soalan yang bercirikan konsep dan menarik minat pelajar. Penggunaan

animasi yang menarik juga membuatkan saya lebih teruja untuk

mempersembahakan tugasan ini kepada rakan-rakan yang lain. Animasi yang

digunakan ini juga akan menjadikan pelajar lebih nampak dan mudah untuk

memahami tajuk yang dikatakan agak sukar ini.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar pada masa dahulu,

tajuk ini agak sukar difahami oleh saya, kerana guru hanya menunjukkan contoh

pada papan putih dan menyuruh untuk membayangkan pergerakan titik tersebut.

Jadi saya dan rakan-rakan memilih menggunakan contoh animasi, supaya pelajar

lebih jelas dengan tajuk ini. Saya amat berharap agar RPH yang dihasilkan ini dapat

menambahakan lagi kefahaman pelajar mengenai bab Lokus dan dapat menarik

minat pelajar.

Page 15: rph math

NOOR SHAHILA BINTI ALWI

820702-14-5612

Tugasan membina rancangan pengajaran harian bagi matapelajaran

matematik dengan menggunakan perisian ICT adalah merupakan satu cabaran baru

kepada saya. Ini kerana saya mengambilnya sebagai opsyen minor dalam pengajian

saya di IPGKTI ini dalam jurusan KPLI–KDC-SABK. Walaupun saya tidak pernah

mengajar matapelajaran ini di sekolah tetapi ia merupakan salah satu matapelajaran

yang pernah dipelajari di universiti dan di sekolah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal

sangat dengan matapelajaran ini.

Kumpulan saya telah memilih tajuk Lokus dalam dua matra dari silibus KBSM

tingkatan 2. Kami juga telah membahagikan tugasan untuk menyiapkan kerja

berkumpulan ini, dan saya telah ditugaskan untuk mencari soalan – soalan latihan

dari mana – mana sumber, mencari manual penggunaan program Geometry Sketch

Pad (GSP) dan mengemaskini laporan dari segi teknikal selepas pencantuman

tugasan dengan teks – teks oleh ahli lain. Dari pencarian bahan – bahan di Internet,

saya dapati agak sukar untuk mendapatkan manual sebagai rujukan kami dalam

menggunakan program GSP ini. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk

menggunakan program lain untuk menyiapkan tugasan ini. Hasil dari perbincangan

saya dan ahli kumpulan lain, kami telah sepakat untuk hanya menggunakan perisian

Microsoft Power Point sebagai paparan persembahan kami di langkah 2 dalam RPH

ini.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam mendapatkan contoh –

contoh soalan topikal dari internet. Saya memerlukan masa yang agak lama untuk

mendapatkan contoh – contoh soalan yang sesuai untuk dilampirkan sebagai

lembaran kerja pelajar. Akhirnya saya telah menjumpai beberapa soalan topikal dan

soalan dari koleksi PMR tahun 2009. Saya dan ahli kumpulan telah menringkaskan

soalan ini untuk disesuaikan dengan tahap pengetahuan pelajar kami.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,

antaranya kelajuan internet, jarak tempat tinggal yang jauh antara ahli kumpulan,

masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-

timpa dari pensyarah lain serta tugasan sekolah. Kami juga menghadapi masalah

Page 16: rph math

dengan BBM yang diperlukan semasa sesi pembantangan RPH ini kerana lokasi

sekolah yang berjauhan dan kekangan barangan yang ada dijual di sini.

Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya satu dimensi baru

mengenai topik lokus dalam dua matra ini. Ia telah menyebabkan saya perlu

berfikiran lebih luas dan terbuka untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah.

Selain itu ia juga telah membantu saya dalam memahami topik ini dengan lebih baik

walaupun dahulu topik ini merupakan salah satu topik yang kurang digemari kerana

ia memerlukan fikiran yang luas untuk memahami setiap satu perkataan yang

dinyatakan. Saya harap tugasan ini dapat membantu saya dalam sesi pengajaran

matapelajaran ini di sekolah nanti. InsyaAllah dan terima kasih.

Page 17: rph math

RUJUKAN

1. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 2. (2011). Malaysia: Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Panitia Matematik SMK Sultan Ismail, J. (t.t). Home : Panitia Matematik PMR.

Didapatkan June 2, 2013, daripada Panitia Matematik PMR:

http://www.ssijbmatematikpmr.blogspot.com/

3. Soalan, G. (t.t). Koleksi Bank Soalan Sekolah : Matematik SM. Didapatkan June

2, 2013, daripada Koleksi Bank Soalan Sekolah:

http://gudangsoalan.blogspot.com/search/label/Matematik%20SM

4. Lee Hong Eng, S. M. (2012). Matematik Tingkatan 2. In S. M. Lee Hong Eng,

Matematik Tingkatan 2. Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.

5. Chai Mun, T. W. (2013). Esensi Matematik Tingkatan 2. In T. W. Chai Mun,

Esensi Matematik Tingkatan 2. Malaysia: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

6. Scott Steketee, N. J. (n.d.). Dynamic Geometry. Retrieved June 02, 2013, from

http://www.dynamicgeometry.com