rph ijat medium

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Kelas : 4 Bestari Tarikh : 18 April 2012 ( Rabu ) Bilangan pelajar : 29/30 Tajuk : Tanaman Hiasan Sub Tajuk : Pemilihan Biji Benih Pengetahuan sedia : Pelajar pernah menanam pokok bunga dan mengenal ada beberapa jenis pokok bunga. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat : 1. Menyediakan medium semaian mengikut nisbah yang betul selepas mendengar penerangan guru. 2. Melakukan amali menyemai biji benih dengan sekurang-kurangnya 80% pelajar dapat menyemai biji benih dengan betul. 3. Mengetahui langkah-langkah menyediakan bahan untuk campuran medium semaian selepas melihat demonstrasi guru. Penerapan Nilai : Kerjasama, Kasih Sayang, Kesyukuran, Menyayangi murni tumbuhan dan Bersih. Kemahiran Berfikir : membuat gambaran mental, menyediakan mengikut keutamaan, mengingat kembali dan membuat rumusan. Bahan bantu : video, power point,medium semaian iaitu tanah loam, bahan

Upload: coke8282

Post on 20-Nov-2015

256 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rancangan mengajar

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUPMata Pelajaran:Kemahiran Hidup

Kelas

:4 Bestari

Tarikh

:18 April 2012 ( Rabu )

Bilangan pelajar:29/30Tajuk

:Tanaman Hiasan

Sub Tajuk

:Pemilihan Biji Benih

Pengetahuan sedia:Pelajar pernah menanam pokok bunga dan mengenal ada

beberapa jenis pokok bunga.

Hasil Pembelajaran:Di akhir pengajaran, pelajar dapat :

1. Menyediakan medium semaian mengikut nisbah yang betul selepas mendengar penerangan guru.2. Melakukan amali menyemai biji benih dengan sekurang-kurangnya 80% pelajar dapat menyemai biji benih dengan betul.

3. Mengetahui langkah-langkah menyediakan bahan untuk campuran medium semaian selepas melihat demonstrasi guru.Penerapan Nilai:Kerjasama, Kasih Sayang, Kesyukuran, Menyayangi murni

tumbuhan dan Bersih.

Kemahiran Berfikir:membuat gambaran mental, menyediakan mengikut keutamaan, mengingat kembali dan membuat rumusan.

Bahan bantu

:video, power point,medium semaian iaitu tanah loam, bahan Mengajar

organik,pasir,serampang tangan,sudip,tong penyiram,nota

edaran dan lembaran kerja.Penyerapan Ilmu:Alam sekitar Strategi pengajaran:konstektual,kontruktif dan induktif.Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti P&PCatatan

Set induksi

( 5 minit )Pengenalan kepada tajuk tanaman hiasan.

Guru menayangkan satu video mengenai tanaman hiasan.1. Maksud tanaman hiasan.

2. Jenis-jenis pokok bunga semusim1. Murid menonton video yang dipasang oleh guru.2. Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai video yang dipasang dan bersoal jawab dengan murid.3. Guru menghubungkaitkan jawapan murid dengan topik pengajaran dan pembelajaranBBMVideo

Kemahiran berfikir

Menjana idea dan pemikiran kreatif

Strategi P & P

kontektual

Langkah 1

( 10 minit )Pemilihan Biji Benih

Ciri-ciri biji benih yang baik:

Berisi

Sihat

Matang

Berasal dari baka yang baik

1. Guru menerangkan secara ringkas ciri-ciri biji benih yang baik

2. Guru menbahagikan murid kepada 4 kumpulan & mengedarkan bii benih baik & rosak serta borang ujikaji pemerhatian kepada murid

3. Murid dikehendaki memerhati & menyenaraikan ciri-ciri biji benih yang baik didalam borang pemerhatian murid.

4. Berdasarkan ciri-ciri biji benih yang baik, setiap kumpulan dikehendaki memilih biji benih dan menyimpannya untuk aktiviti seterusnya.

BBMPower point,nota edaran, - Biji benih sebenar

Kemahiran berfikir

Membuat gambaran mental, mengingat kembali.

NILAI

Member perhatian dan tekun

Strategi P&P

Penerangan dan soal jawab

Langkah 2

( 15 minit )Langkah-langkah menyediakan medium semaian.

1. Menyediakan bahan-bahan medium semaian dan alatan tangan.

2. Menyukat bahan-bahan medium semaian mengikut nisbah 2:1:13. Memasukkan medium semaian ke dalam bekas semaian.1. Murid-murid melihat langkah-langkah menyediakan medium semaian menggunakan tayangan power point.2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan langkah-langkah menyediakan medium semaian.

3. Guru menunjuk cara langkah-langkah menyediakan medium semaian dihadapan murid-murid.

4. Guru member peluang kepada murid untuk menanyakan soalan aktiviti menyediakan medium semaian.

PENILAIAN

Murid dapat menyatakan 3 bahan yang digunakan untuk menyediakan medium semaian dengan tepat setelah mendengar penerangan guru.BBMPower point, tanah loam,pasir sungai,bahan organic, serampang tangan dan sekateur.

Kemahiran berfikirBanding beza dan mengkategori

Nilai

Teliti dan tekun

Strategi P&P

Kontekstual, demontrasi dan penerangan.

Langkah 3

( 15 minit )Amali

langkah-langkah menyediakan medium semaian oleh murid:

1. Guru membuka peluang kepada murid untuk mencuba kaedah menyediakan medium semaian.

2. Guru bertindak sebagai pemerhati dan membetulkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid.

3. Murid berada dalam kumpulan iaitu seramai 5 orang bagi setiap kumpulan.

4. Guru menyediakan set alatan dan bahan yang lengkap kepada murid. 5. Murid bekerjasama dalam kumpulan melakukan langkah-langkah menyedia medium semaian mengikut penerangan dan demonstrasi yang telah diberikan oleh guru. BBMBiji benih, baldi, tanah loam, bahan organik , pasir sungai, beg plastik polistirena.Kemahiran berfikirMengkategori &

Menyelesai masalah.

Nilai

Kerjasama dan berhati-hati.

Strategi P&P

Konstruktif & demonstrasi.

Pengukuhan

( 10 minit )Penilaian dan pengukuhan

Lembaran kerja

1. Guru membuka sesi soal jawab dengan memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan soalan atau menyuarakan pendapat.

2. Murid diberi lembaran kerja berkaitan penanaman tanaman hiasan.

3. Murid menjawab dan mengisi tempat kosong pada lembaran yang diberikan.BBMLembaran soalan

Nilai

Memberi perhatian, kerjasama dan teliti

Strategi P&P

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif, soal jawab.

Penutup

( 5 minit )Rumusan isi pelajaran:

1. Kepentingan penanaman tanaman hiasan.

2. Melakukan langkah-langkah menyediakan medium semaian tanaman hiasan.

1. Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini kepada murid.

2. guru menyoal murid secara rambang mengenai konsep dan kepentingan penjagaan tanaman hiasan. 3. Guru mengedarkan nota ringkas dan meminta murid mengulang kaji di rumah serta menyimpan nota.

Tugasan susulan.

Murid-murid diminta mengumpulkan gambar-gambar tanaman hiasan yang berkaitan topik pelajaran hari ini.

BBM

Nota ringkas

Nilai

Perhatian dan kerjasama.

Kemahiran berfikir

Membuat rumusan

REFLEKSI KENDIRI :

Sebelum P&P :

Sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan, saya telah memilih tajuk tanaman hiasan dalam sub tajuk pemilihan biji benih. Dalam sub tajuk pemilihan Biji benih ini, saya perlu merancang rancangan pengajaran harian untuk kelas 4 bestari. Tajuk ini saya perlu menerangkan dan menunjukkan cara menyediakan medium semaian kepada murid-murid 4 bestari. Tajuk ini juga memerlukan bahan-bahan seperti tanah loam,bahan organik, pasir sungai dan alatan perkebunan.Justeru itu saya perlu menyediakan bahan dan alatan sebelum pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Bukan itu sahaja saya juga telah menyediakan bahan bantu mengajar melalui video dan power point agar pengajaran dan pembelajaran ini dapat menarik perhatian murid.Selepas P&P

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi, akhirnya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna. Murid-murid amat menyukai topic pengajaran dan pembelajaran ini kerana mereka dapat melakukan aktiviti amali dengan teknik yang betul sambil diberi bimbingan. Murid-murid juga ada meminta untuk melakukan lagi aktiviti ini pada hari yang lain. Mereka amat teruja kerana sebelum ini mereka mempunyai pengalaman menanam pokok bunga sendiri di rumah tapi dengan tunjuk ajar yang diberi,mereka akhirnya dapat mengetahui cara-cara menyediakan medium semaian. Semasa pengajaran dan pembelajaran diljalankan, kawalan kelas amat memuaskan dengan disiplin murid yang tinggi. Akhir sekali, jika diberi peluang lagi saya ingin membaiki kelemahan pada pengajaran dan pembelajaran pada hari ini untuk kebaikan pada masa akan datang.

ANALISIS SWOT

KEKUATAN

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara teori dan amali.

Guru menunjuk cara menyediakan medium semaian.

Bahan dan alatan perkebunan yang mencukupi untuk semua pelajar.

ANCAMAN

Sukatan pengajaran dan pembelajaran ini mungkin akan berubah pada masa akan datang.

Sukatan pada masa akan datang mungkin lebih menarik lagi dan tersusun.

PELUANG

Boleh dijadikan sumber atau contoh pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

Penambahbaikan pada pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih menarik.

Dapat menarik minat murid-murid kerana murid-murid amat teruja dengan projek amali.

KELEMAHAN

Kawalan kelas yang kurang memuaskan

Semasa menjalankan aktiviti keadaan bengkel berterabur dan berselerak