bekas menanam dan medium

17
HORTIKULTUR HIASAN Bekas Tanaman Dan Medium Penanaman

Upload: hadi-zin

Post on 14-Jul-2015

2.382 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bekas menanam dan medium

HORTIKULTUR HIASAN

Bekas Tanaman Dan Medium Penanaman

Page 2: Bekas menanam dan medium

Bekas Tanaman• Tujuan menanam dalam bekas ialah;

untuk memudahkan tanaman diangkut dari satu tempat ke suatu tempat

untuk kegunaan dan susunan dalam bangunan menyenangkan penjagaan

• Bekas menanam diperbuat daripada berbagai bahan; bentuknya juga pelbagai sesuai dengan tumbuhan dan lokasi, di samping bekas itu menjadi daya tarikan.

• Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bekas: mempunyai lubang saliran tidak mudah pecah ringan mudah dibersihkan kemas dan menarik murah mudah diperolehi

Page 3: Bekas menanam dan medium

• Pasu tanah liat jenis berkilau – lebih cantik tidak berkilau – lebih baik kerana mempunyai dinding yang poros

(membenarkan pertukaran udara dan gas di antara medium dgn atmosfera) dan membolehkan pengaliran keluar air yang berlebihan.

Kebaikan pasu tanah liat: warna dan bentuk lebih semulajadi tidak mudah menyimpan haba – lebih sejuk untuk tumbuhan. terdapat banyak di pasaran dan murah

Kelemahan: berat mudah pecah mudah kotor – ditumbuhi lumut.

• Pasu plastik Didapati dalam berbagai bentuk, saiz dan warna. sering digunakan oleh penjual tumbuhan nurseri / lanskap Kelebihan:

lebih ringan mudah dicudi tidak mudah pecah

Kekurangan: lebih mahal tidak tahan lasak warna boleh berubah - pudar

Page 4: Bekas menanam dan medium

• Bekas daripada logam Jarang digunakan kerana harga mahal Bekas logam (aluminium) sesuai kerana ringan dan tahan

karat.• Bekas daripada kayu dan papan

Biasa digunakan untuk pokok-pokok lebih besar. Papan mesti diawet terlebih dahulu. Kelebihannya ialah ia tidak menyimpan haba Kelemahannya; mudah reput, berat, senang diserang anai-

anai.• Beg politena

Diguna sebagai bekas menanam sementara. Terdapat dalam berbagai saiz dan ketebalan. Warna hitam dan putih Kebaikan:

sangat murah ringan mudah lentur terdapat dalam banyak saiz

Kelemahan: mudah koyak susah berdiri tegak, mudah tumbang akar pokok mudah tercedera semasa pemindahan

Page 5: Bekas menanam dan medium
Page 6: Bekas menanam dan medium

Penyediaan pasu sebelum digunakan

• Pasu baruPerlu dibersihkan dengan air bersih sebelum

digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan bahan kimia.

Pasu tanah liat perlu direndam semalaman supaya liang romanya dipenuhi air.

• Pasu terpakai bersihkan dan buang semua kotoran Pasu tanah liat terpakai; bersihkan dan

rendam semalaman dalam larutan 10% formalin untuk membunuh mikroorganisma, mengeluarkan gas-gas dan bahan kimia beracun yang terdapat dalam liang roma pasu

Page 7: Bekas menanam dan medium

Medium penanamanTanah atas:

o Sebaik-baiknya diambil dari tanah hutano Ambil kira-kira 15cm dari permukaan atas, keringkan

tanah itu ditempat yang redup, ayak dan buang semua kotoran / sampah / akar rumput.

o Sekiranya tiada tanah hutan, boleh gunakan tanah-tanah berumput.gali sedalam 15cm.keringkan dengan cara meletakkan bahagian berumput di

sebelah bawah.Setelah kering, ayak untuk membuang akar-akar rumput

o Fungsi tanah kepada tumbuhan;memberi sokongan kepada akar pokok.membekalkan nutrien dan unsur makanan (NPK)airudara (O2) untuk akar

Page 8: Bekas menanam dan medium

Struktur dan tekstur tanah.• Komponen penting tanah

mineralbahan organikair, udara

• Struktur tanah ialah peratus mineral, bahan organik, air dan udara di dalam tanah.

• Struktur tanah akan berubah apabila % keempat-empat bahan tersebut berubah.perubahan struktur mempengaruhi kesuburan tanahelakkan mengerjakan tanah ketika basah kerana

akan merosakkan struktur dan menyebabkan tanah tidak subur lagi.

Page 9: Bekas menanam dan medium

• Mineral tanah terdiri daripada butir pasir, kelodak dan liat. Butiran pasir – 0.1 – 1.0mm.

daya pegangan air dan nutrien rendah. saliran dan pengudaraan baik

kelodak – 0.002 – 0.05mm daya pegangan air yang baik

butiran liat – kurang daripada 0.002mm mempunyai daya pemegangan nutrien yang baik dan sukar melepaskannya.

• % pasir, kelodak dan liat akan menentukan tekstur tanah. tanah pasir tanah liat tanah peroi

• Struktur dan tekstur tanah adalah sifat fizikal tanah yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesuburan sesuatu tanah. Struktur dan tekstur tanah yang baik memberikan pertumbuhan tumbuhan

yang baik. Struktur dan tekstur tanah yang tidak baik boleh diperbaiki dengan

penambahan bahan organik. Sifat kimia tanah juga akan menentukan kesediaan nutrien untuk diserap

oleh tumbuhan – keasidan dan kealkalian tanah.

Page 10: Bekas menanam dan medium

Tanah Yang Baik Untuk Penanaman• Cara mudah menguji tekstur tanah ialah merasa

dengan hujung dua jari.Tekstur kasar menunjukkan tanah mengandungi butiran

pasir ysng tinggiTekstur berlempung (liat) adalah licin dan melekit.Tekstur tanah peroi tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus

– baik untuk tanaman

• Saliran sesuatu tanah boleh diketahui dengan cara; gali lubang sedalam lebih kurang 1 meter. isikan dengan air jika air kering dalam masa 1 – 2 jam menunjukkan tanah

tersebut mempunyai saliran yang baik. jika air kering dalam masa 24 jam – menunjukkan saliran

tanah tidak baik.

Page 11: Bekas menanam dan medium

Membaiki struktur tanah• campurkan dengan bahan organik .

Kelebihan bahan organik ialah boleh membaiki daya pemegangan air dan kadar pertukaran kation tanah

• Campurkan dengan komposDihasilkan dengan mereputkan (reput sepenuhnya)

sisa-sisa tumbuhan, sisa buangan dapur dan haiwan.

Kompos yang cukup reput berwarna perang dan kurang berbau.

Kelebihannya sama dengan bahan organik.Sangat baik untuk tumbuhan berbunga dalam pasu

Page 12: Bekas menanam dan medium

Tanah gambuto Terhasil daripada sisa-sisa tumbuhan yang tidak

reput sepenuhnya dan ditenggelami air.o Terdapat di tepi-tepi laut, sungai dan paya

sehingga beberapa meter dalam.o Keadaannya berasid dan tinggi kandungan

niterogen.o Ambil tanah permukaan, keringkan di tempat

teduh, ayak dan tabur kapur.

Page 13: Bekas menanam dan medium

Bahan organiko Najis haiwan (lembu, kambing, kerbau, ayam dll).o Hendaklah benar-benar reput sebelum digunakan.o Daun-daun reput

Daun-daun dan dahan tumbuhan hendaklah dicincang halus dan campurkan dengan tanah pasu.

Sampah-sampah lain juga boleh dikumpulkan di tempat redup dan dibiarkan reput sebelum digunakan.

o KomposDihasilkan daripada pemeraman sisa tumbuhan dan haiwan.

PasirPasir yang baik ialah berstruktur kasar dan pasir sungai.

Abuk papanSekam padisabut kelapaPerlitVermikulit

Page 14: Bekas menanam dan medium

• Panduan memilih medium yang sesuai: ciri-ciri fizikal medium hendaklah baik;

daya memegang air kadar penyerapan air ke dalam bahan kadar pembebasan air kepada tumbuhan % ruang udara berat bahan

ciri-ciri kimia; kandungan garam terlarut rendah baja mudah diambil oleh tumbuhan kadar pertukaran kation yang tinggi pH yang sesuai

tidak terdapat agen perosak dan penyakti kualiti bahan dan kemudahan pengurusan;

mudah diperolehi boleh diguna bila-bila masa tidak berubah bentuk

faktor ekonomi harga murah kos penyediaan rendah.

Page 15: Bekas menanam dan medium

• Campuran memasu:Campuran memasu yang biasa digunakan

ialah campuran memasu John Innes (JIP):7 bahagian tanah loam (peroi) 3 bahagian bahan organik 2 bahagian pasir sungai Untuk setiap 1.0m padu campuran, tambahkan

4.2kg baja tulang (Malameal atau Gromeal) dan 2.7kg kapur Magnesium.

Atau 3 : 2 : 1 jika tanah peroi mengandungi butiran liat

yang tinggi.

Campuran memasu yang baik:Memberi sokongan yang baik kepada akar pokokMembekalkan nutrien yang mencukupiMempunyai saliran yang baikMempunyai pengudaraan yang baik

Page 16: Bekas menanam dan medium
Page 17: Bekas menanam dan medium

SEKIAN.