penerimaan blog sebagai medium agama dalam

12
Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 510 PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR IPTA DI MALAYSIA Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, Wan Solihin Wong Abdullah Universiti Malaysia Terengganu [email protected] [email protected] [email protected] Wan Abd. Aziz Wan Mohd Amin Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu ABSTRAK Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi golongan remaja terhadap penerimaan blog dakwah di Malaysia sebagai medium pengajaran agama. Dengan memilih model penerimaan teknologi (TAM) sebagai teori asas, satu tinjauan soal selidik telah dijalankan di dua buah IPTA di Malaysia iaitu UKM dan UMT. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan Partial Least Square (PLS). Keputusan menunjukkan bahawa tanggapan terhadap kemudahan dalam penggunaan blog, kredibiliti maklumat, kredibiliti penulis blok dan faktor asas pengetahuan keagamaan individu dilihat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan seseorang untuk menerima saluran blog sebagai sumber maklumat dalam mempelajari agama. Walau bagaimanapun faktor kebergunaan blog sebagai medium agama tidak mempengaruhi penerimaan mereka terhadap blog. Hasil kajian ini boleh memberi sumbangan ke arah memperkayakan khazanah intelektual Islam dalam bidang dakwah Islam di Malaysia khususnya terhadap perkembangan dakwah bestari atas talian termasuk perancang dakwah, pembina koswer multimedia dan para da’e di Malaysia. Kata kunci: TAM, Blog, dakwah, medium agama, penerimaan generasi Y ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Islam adalah agama dakwah (al-Nahl; 125, al-Maidah; 27, al-Imran; 104, 110). Sejak dahulu lagi media sentiasa memainkan pernan penting dalam dakwah Islam dan ianya termasuk dalam salah satu daripada rukun dakwah selain da’e, mad’u, bahan dan kaedah. Media menjadi nadi kepada maklumat, kejayaan sesuatu usaha dalam masyarakat bergantung kepada usaha sejauh mana mereka menguasai medium pada zamannya (Noor Shakirah, 2006). Dewasa ini seluruh sistem maklumat berasaskan kepada teknologi, teknologi baru ini menyokong manusia mencapai darjat kebijaksanaan yang tinggi (Baharom, 1993) al-Quran menyebutnya ‘al-hikmah’ (al-Baqarah; 269). Justeru dalam upaya menyokong kejayaan dakwah masyarakat Islam amat perlu menguasai TMK (Aziz, 2003) serta memanfaatkan teknologi kerana ia adalah suruhan agama begitu juga kajian ke atasnya selama ia tidak berada di luar batas etika (Noor Shakirah, 2006). Blog dewasa ini dilihat termasuk di antara media penyiaran paling popular di internet, ia dicipta berasaskan kepada pembangunan teknologi bagi memenuhi keperluan media baru yang bersifat dinamik dan bebas dengan rangkaian yang dikenali sebagai blogosphere (Amirul Akhbar, 2011). Kekayaan maklumat, kemudahan dan manfaat blog sebagai medium agama ini sepatutnya boleh

Upload: duongxuyen

Post on 17-Jan-2017

373 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 510

PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM KALANGAN PELAJAR IPTA DI MALAYSIA

Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, Wan Solihin Wong Abdullah Universiti Malaysia Terengganu

[email protected] [email protected] [email protected]

Wan Abd. Aziz Wan Mohd Amin

Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi golongan remaja terhadap penerimaan blog dakwah di Malaysia sebagai medium pengajaran agama. Dengan memilih model penerimaan teknologi (TAM) sebagai teori asas, satu tinjauan soal selidik telah dijalankan di dua buah IPTA di Malaysia iaitu UKM dan UMT. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan Partial Least Square (PLS). Keputusan menunjukkan bahawa tanggapan terhadap kemudahan dalam penggunaan blog, kredibiliti maklumat, kredibiliti penulis blok dan faktor asas pengetahuan keagamaan individu dilihat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan seseorang untuk menerima saluran blog sebagai sumber maklumat dalam mempelajari agama. Walau bagaimanapun faktor kebergunaan blog sebagai medium agama tidak mempengaruhi penerimaan mereka terhadap blog. Hasil kajian ini boleh memberi sumbangan ke arah memperkayakan khazanah intelektual Islam dalam bidang dakwah Islam di Malaysia khususnya terhadap perkembangan dakwah bestari atas talian termasuk perancang dakwah, pembina koswer multimedia dan para da’e di Malaysia.

Kata kunci: TAM, Blog, dakwah, medium agama, penerimaan generasi Y

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Islam adalah agama dakwah (al-Nahl; 125, al-Maidah; 27, al-Imran; 104, 110). Sejak dahulu lagi media sentiasa memainkan pernan penting dalam dakwah Islam dan ianya termasuk dalam salah satu daripada rukun dakwah selain da’e, mad’u, bahan dan kaedah. Media menjadi nadi kepada maklumat, kejayaan sesuatu usaha dalam masyarakat bergantung kepada usaha sejauh mana mereka menguasai medium pada zamannya (Noor Shakirah, 2006). Dewasa ini seluruh sistem maklumat berasaskan kepada teknologi, teknologi baru ini menyokong manusia mencapai darjat kebijaksanaan yang tinggi (Baharom, 1993) al-Quran menyebutnya ‘al-hikmah’ (al-Baqarah; 269). Justeru dalam upaya menyokong kejayaan dakwah masyarakat Islam amat perlu menguasai TMK (Aziz, 2003) serta memanfaatkan teknologi kerana ia adalah suruhan agama begitu juga kajian ke atasnya selama ia tidak berada di luar batas etika (Noor Shakirah, 2006).

Blog dewasa ini dilihat termasuk di antara media penyiaran paling popular di internet, ia dicipta berasaskan kepada pembangunan teknologi bagi memenuhi keperluan media baru yang bersifat dinamik dan bebas dengan rangkaian yang dikenali sebagai blogosphere (Amirul Akhbar, 2011). Kekayaan maklumat, kemudahan dan manfaat blog sebagai medium agama ini sepatutnya boleh

Page 2: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 511

dimanfaatkan oleh generasi Y untuk menambah pengetahuan dan memahami agama secara lebih mendalam kerana waktu bukan lagi alasan untuk tidak mempelajari agama (Umar dan Samsudin, 2010). Bagaimanapun pada masa ini kajian berkaitan dengan generasi muda dan internet masih lagi berkait rapat dengan masalah moral dan salah laku (Rosli, 2007; Johari dan Raja Shahrina, 2012; Laporan akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005). Sehingga kini, kecenderongan dan niat masyarakat Islam ke arah memanfaatkan ruang maya yang begitu luas untuk mendapatkan maklumat serta kajian mengenai Islam itu sendiri secara keseluruhannya adalah masih pada tahap rendah (still at infancy) (Campbell, 2005). Dalam kajian Nor Azlin (2012) dalam pelbagai kategori terhadap pengguna blog, generasi muda di Malaysia meletakkan pilihan utama terhadap hiburan (entertaiment) sebagai pilihan utama mereka. Penggunaan internet, intra net dan sebagainya dalam kalangan masyarakat Islam kelihatan masih belum matang (Aziz, 2004) serta secara umumnya masih bergerak perlahan (Muhamad Faisal & Zulkepli, 2006). Keadaan ini agak membimbangkan kerana dalam keadaan generasi Y yang menjadi kumpulan sasaran pembangunan negara yang ideal dan realistik, penggunaan teknologi yang bersifat universal memerlukan kepada kekreatifan penggunanya (Siti Aishah, 2012) dan sepatutunya para pengguna perlu meningkatkan integriti dan tahap pengetahuan mereka (Muhamad Faisal & Zulkepli, 2006) termasuk dalam bidang agama.

2. Sorotan Kajian

Sebelum kajian agama merentasi sempadan blog, mutakhir ini banyak kajian terhadap blog telahpun dilakukan. Bagaimanapun, secara amnya kebanyakan kajian penerimaan blog bertumpu kepada niat pelanggan untuk membeli barangan (Ching, Chia dan Pei, 2010; Zhang , Lee, Cheung dan Chen, 2009; Sin, Khalil dan Ameen, 2012). Pengkaji dahulu juga melihat penerimaan penggunaan blog dalam konteks pendidikan (Kim 2008; Halic, 2010; Akçaya, 2010), politik (Kim dan Johnson, 2012), perhubungan awam (Porter, Sweetser Trammell, Chung dan Kim, 2007) dan pengukuran blog (Kang, 2010). Di Malaysia beberapa kajian secara khusus telah dilakukan terhadap blog, Noor Azlin dan Normah (2012) telah mengkaji kedudukan kredibiliti blog dari perspektif remaja. Son & Chan (2008) pula mengkaji kedudukan blog bagi tujuan pendidikan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Murugaiah, Hazita, Azizah & Thang (2010) dalam kajiannya mendapati platform dalam talian interaktif seperti blog dan facebook boleh memberi banyak pendedahan terhadap guru-guru dalam pembelajaran.

Secara khusus kajian mengenai maklumat Islam secara atas talian termasuk blog Islam sama ada dari perspektif pengguna dan sebagainya masih belum banyak tinjauan dilakukan terhadapnya. Umar Halim & Samsudin (2010) dalam kajiannya melihat beberapa aspek penglibatan digital mengenai akses dan penggunaan e-agama dalam kalangan generasi muda muslim di Jakarta yang mana faktor yang menyokong mereka melayari laman web e-agama adalah motivasi teknologi. Manakala latar pendidikan agama, motivasi mental dan motivasi persekitaran tidak menjadi faktor yang mempengaruhi penggunaan e-agama. Selain itu Mohd Sobhi, Musa, Siti Zobidah, Jusang dan Zulkiple (2011) pula melihat aspek kredibiliti sebagai asas penting terhadap maklumat atas talian. Melalui cadangan kajian masa hadapan dalam kajian lepas terutamanya dalam memahami dan meneroka perbezaan dan kategori pengguna Islam atas talian termasuk memahami pelbagai kumpulan pengguna Islam serta cadangan ke arah model kajian yang lebih luas memberi motivasi kepada pengkaji untuk melihat model kajian dalam konteks yang sedikit berbeza.

3. Rangka Teori dan Hipotesis

Terdapat beberapa teori yang digunakan untuk melihat penerimaan pengguna terhadap sesuatu sistem dalam teknologi informasi. Berdasarkan beberapa teori psikologi seperti theory of reasoned action (TRA) (Ajzen dan Fishbein, 1980; Fishbein dan Ajzen, 1975) serta theory of planned behavior (TPB) (Ajzen, 1985). Teori technology acceptance model (TAM) dipilih kerana kelihatan lebih

Page 3: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 512

bertenaga dan menyediakan kerangka yang lebih persimoni (powerful and parsimonious framework (Davis, 1989; Davis, Bagozzi dan Warshaw, 1989). Selain itu, penyesuaian TAM boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan yang diperlukan dalam senario penggunaan pelbagai mengikut perbezaan budaya, model memungkinkan kepada kemasukan kepada konstruk lain seperti norma subjektif, motivasi ekstrinsik dan sebagainya(Chattur, 2009).

Rajah 1: Model TAM (Devis, 1989)

Ramai penyelidik mencadangkan konstruk tambahan dalam TAM diperlukan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai faktor penentu yang mempengaruhi keputusan pengguna (Mohd Shoki, Yeow, Norhayati, Ahmad Jusoh dan Ahamad Zaidi, 2012).

3.1 Kebergunaan Blog dan Niat Menggunakan Blog.

Tanggapan kebergunaan (usefulnes) ditakrifkan sebagai sejauh mana seseorang percaya bahawa menggunakan sistem tertentu akan meningkatkan prestasi kerja (Davis et al., 1989, 1993; Jackson, Chow dan Leitch, 1997; Luarn & Lin, 2005). Hanudin Amin (2010) mendapati faktor kebergunaan positif berkaitan dengan niat pembelian dalam talian serta penggunaan ATM Banking. Masyarakat Islam perlu memahami bahawa teknologi adalah satu aspek penghasilan sains yang sifatnya memudahkan sesuatu (Sidek Baba, 1997). Justeru blog memenuhi aspek teknologi untuk memudahkan maklumat dakwah disampaikan kepada mad’u. Faktor Kebergunaan (usefulnes) positif terhadap niat menggunakan blog sebagai saluran agama (H1).

3.2 Kesenangan Mengguna dan Niat Menggunakan Blog

Kajian lepas turut membuktikan terdapat hubungan positif antara kesenangan mengguna teknologi terhadap niat menggunakannya sama ada secara langsung atau tidak (Davis et al., 1989; Venkatesh & Davis, 1996, 2000). Berdakwah melalui medium digital adalah lebih mudah dan pantas tanpa mengira masa dan tempat. Ciri-ciri interaktif dengan aplikasi video, gambar, suara dan bunyi lebih menepati kehendak pengguna serta pada masa ini ia ditunjangi dengan inovasi iPad dan iPhone menjadikan capaiannya lebih mudah, interaksi melalui blog menjadi semakin pantas dan cepat (Zul Fikri, 2013). Kesenangan menggunakan blog positif terhadap niat menggunakannya sebagai saluran agama (H2).

3.3 Kredibiliti maklumat dan Niat menggunakan blog

Kredibiliti adalah pusat dari suatu sistem (Hanudin Amin, 2007) sekiranya maklumat tidak berkualiti khalayak tidak lagi melihat sumber itu boleh dipercayai. Wang, Lin dan Tang, (2003) dan Luarn & Lin (2005) mendapati terdapat hubungan positif berlaku antara faktor kredibiliti dengan niat seseorang

External

Attitude Towards Behavior

Intention to Use

Ease of use

Usefulnes

Actual uses

Page 4: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 513

menggunakan sesuatu sistem. Dalam perbankan ia diistilahkan sebagai security dan privacy dalam menentukan sikap pengguna (Luan & Lim, 2005; Wang et al., 2003; Hanudin Amin 2010). Kredibiliti maklumat adalah penting dalam mempengaruhi pengguna untuk menggunakan sesuatu teknologi yang menyalurkan maklumat. Alam baru seperti wikis dan blog memerlukan ukuran dan metrik yang tepat untuk menentukan kewibawaan (credible) maklumat dan tanggungjawab (trustworthy) maklumat (Mohd Sani, 2009). Menurut Ibn Khaldun (1969) pokok terpenting komunikasi dalam Islam adalah kejujuran, keihklasan dan niat komunikator, kebenaran mesej, pengesahan sumber mesej, penyiasatan untuk mengesahkan kejujuran (‘adalah/adil) dan ketepatan komunikator. Kredibiliti maklumat dan bloger positif terhadap niat menggunakan blog sebagai medium agama (H3 dan H4).

3.4 Asas Pengetahuan Agama dan Niat

Berdasarkan kajian lepas, Gauzente (2010) dalam kajiannya juga mendapati terdapat hubungan positif antara faktor knowledgeable consumers melalui sikap terhadap niat individu untuk menggunakan sesuatu produk. Menilai asas pengetahuan agama adalah penting sebagai persediaan asas sebelum menggunakan blog kerana dibimbangi akan mengarah kepada penyelewengan maklumat (Zulkiple, 2002). Dalam kajian ini, pengkaji melihat adanya asas dalam melihat hubungan positif antara pengetahuan asas agama terhadap niat menggunakan blog (H5). Berdasarkan beberapa hipotesis di atas, model kajian ini adalah sebagaimana berikut;

Rajah 2 : Model Kajian

4. Metodologi Kajian

4.1 Sampel dan Kaedah Kutipan Data

Kajian tinjauan ini dijalankan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menggunakan teknik Purposif Sampling, dengan memilih populasi yang menggunakan blog agama sahaja dianalisis (spesifik) (Ramayah, 2008; Ramayah, 2005; Hanudin Amin, 2007).

4.2 Soal selidik Kajian

Soal selidik berkaitan dengan kebergunaan (usefulnes) diadaptasi daripada model populer TAM, Davis (1989) dan (Venkatesh, Morris, & Davis, 2003). Soal selidik kredibiliti maklumat dan kredibiliti penulis blog pula adalah diubahsuai daripada Mohd Sobhi et. al., (2011) yang telah membuat skala pengukuran kredibiliti internet sebagai saluran maklumat agama Internet Information credibility scale : an Islamic perception. Sementara soal selidik bagi soalan ssas pengetahuan agama pula diubahsuai daripada buku Garispanduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam, JAKIM (2002). Semua soalselidik ini menggunakan pengukuran Likert Scale 1 hingga 5. Sebanyak 232 data

Page 5: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 514

telah diagihkan, sejumlah 220 data telah dikembalikan dan setelah dilakukan proses tapisan hanya 217 data yang benar-benar dapat diproses. 5. Dapatan dan perbincangan

5.1 Kesahan Konstruk

Kesahan konstruk dinilai melalui convergent dan discriminant validity. Langkah yang dilakukan ialah dengan melihat kepada loading dan cross loading dengan menggunakan cutoff value loading 0.5 yang dianggap signifikan (Hair, Black, Babin dan Anderson, 2010). Pengujian terhadap convergent validity bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kepelbagaian item mengukur konsep yang sama. Hair et al. (2010) mencadangkan penggunaan factor loadings, composite reliability dan average variance extracted diambil kira untuk menilai convergence validity. Melalui Jadual 2 di bawah, semua kedudukan faktor loading didapati melebihi 0.5. Sebagaimana yang dicadang oleh Hair et al.'s (2010). Hair et al. (2010) juga mencadangkan ke atas semua konstruk mesti mempunyai composite reliability lebih daripada 0.6 untuk menunjukkan ia berada pada kedudukan yang memilki tahap internal konsistensi yang tinggi. Jadual 1 di bawah menunjukkan kesemua konstruk berada di antara nilai 0.873 – 0.931 melebihi apa yang dicadangkan. Average variance extracted (AVE) pula mengukur variance yang dapat dicerap oleh indikator (indicators relative) terhadap kesalahan pengukuran (measurement error), ia mesti lebih besar daripada 0.50 untuk justifikasi kepada penggunaan konstruk (Fornell and Larcker, 1981; Barclay, Thompson dan Higgins, 1995). Melalui Jadual 1 di bawah kajian ini juga mendapati semua konstruk mempunyai AVE melebihi 0.5 yang juga telahpun diangap memenuhi aspek convergent validity.

Jadual 1 : Keputusan ke Atas Model Pengukuran (Results of measurement model)

Konstruk Itemβ Composit Realibility

Factor Loading AVE

KEBERGUNAAN KEB1

0.882

0.8272

0.714 KEB2 0.8947

KEB3 0.8116

KESENANGAN KES1 0.873 0.7216

0.633 KES2 0.8449

KES3 0.7622

KES4 0.8475

KRED.MAKLUMAT KM1 0.913

0.8795 0.680

KM2 0.8883

KM3 0.8495

KM4 0.7498

KM5 0.7454

KRED.BLOGER KB1

0.908

0.7376 0.714

KB2 0.9088

KB3 0.9231

KB4 0.7986

ASAS PENG AGAMA AG1

0.899

0.7779 0.642

AG2 0.823

AG3 0.8308

AG4 0.7733

AG5 0.8023

NIAT N1

0.931

0.8902 0.772

N2 0.8803

N3 0.881

N4 0.864

Page 6: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 515

Jadual 2: Faktor loading

ASAG KB KEB KES KM NIAT PS

AG1 0.7779 0.3811 0.2142 0.3568 0.4066 0.4434 0.3183

AG2 0.8230 0.3318 0.3581 0.4012 0.3817 0.3875 0.3990

AG3 0.8308 0.3920 0.3128 0.3649 0.3741 0.5076 0.3975

AG4 0.7733 0.3048 0.3477 0.4406 0.3412 0.4233 0.3921

AG5 0.8023 0.3895 0.3164 0.3414 0.4470 0.4458 0.3828

KB1 0.3191 0.7376 0.2838 0.2694 0.4384 0.3089 0.3075

KB2 0.4054 0.9088 0.3867 0.3591 0.6163 0.5106 0.4538

KB3 0.4217 0.9231 0.4018 0.3795 0.5263 0.4857 0.4152

KB4 0.3708 0.7986 0.304 0.3382 0.4752 0.4183 0.4208

KEB1 0.3155 0.3678 0.8272 0.5105 0.3145 0.3878 0.3136

KEB2 0.3429 0.3952 0.8947 0.5174 0.3837 0.4473 0.3789

KEB3 0.3157 0.2792 0.8116 0.5415 0.3622 0.4052 0.3781

KES1 0.3356 0.2655 0.4685 0.7216 0.2274 0.453 0.3232

KES2 0.3739 0.3641 0.5332 0.8449 0.4114 0.4706 0.4769

KES3 0.3583 0.2789 0.3538 0.7622 0.278 0.4476 0.376

KES4 0.4297 0.3621 0.5914 0.8475 0.3751 0.5465 0.4805

KM1 0.4653 0.567 0.3672 0.3464 0.8795 0.4744 0.4138

KM2 0.4582 0.566 0.3658 0.3618 0.8883 0.4473 0.4161

KM3 0.3898 0.46 0.2779 0.331 0.8495 0.4207 0.4079

KM4 0.3358 0.4427 0.2615 0.2758 0.7498 0.3782 0.3979

KM5 0.3449 0.4789 0.4367 0.3626 0.7454 0.4586 0.4721

N1 0.4743 0.489 0.4511 0.5712 0.4778 0.8902 0.5483

N2 0.4891 0.4542 0.3532 0.5194 0.4729 0.8803 0.5510

N3 0.4906 0.4536 0.4136 0.4761 0.4383 0.8810 0.6082

N4 0.4954 0.433 0.4982 0.5591 0.4786 0.8640 0.6389

Discriminant validity ialah sejauh mana perbezaan item di antara konstruk atau ukuran konsep yang berbeza (distinct concepts) (Ramayah, Jason dan Julie, 2011). Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3, punca ganda dua (AVE (/ AVE) yang ditunjukkan secara diagonal adalah lebih besar daripada korelasi di antara konstruk lain yang ditunjukkan secara tidak diagonal (Henseler et al., 2009). Kajian ini telah menunjukkan bahawa hasil analisisnya telah mencapai kriteria ujian diskriminan yang mencukupi sebagaimana yang ditetapkan sekaligus ia menjelaskan kepada konstruk kajian ini untuk dikekalkan analisis data secara lanjut.

Jadual 3: Discriminant Validity

ASAG KB KEB KES KM NIAT PS

ASAG 0.801

KB 0.451 0.845

KEB 0.384 0.412 0.845

KES 0.473 0.401 0.617 0.795

KM 0.486 0.613 0.419 0.409 0.824

NIAT 0.554 0.520 0.490 0.605 0.531 0.879

Page 7: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 516

5.2 Realibiliti Analisis (Reliability Analysis)

Penyelidik menggunakan penilaian Cronbach’s alpha serta Composite Reliability untuk melihat konsistensi antara item. Merujuk kepada jadual 4 di bawah, keseluruhan nilai alfa adalah lebih dari 0.6 sebagaimana yang dicadangkan oleh Nunnally Berstein (1994). Menurut George & Mallery (2003) sesuatu instrumen kajian dianggap mempunyai nilai reliability yang mencukupi apabila mempunyai sama atau melebihi .70. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa semua ukuran ini mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi.

Jadual 4: Nilai Realibiliti

Construct Cronbachs Alpha

No. of Item

Composit Realibility

ASAS AGAMA 0.861213 5 0.871

KEBERGUNAAN 0.799323 3 0.894

KESENANGAN 0.805260 4 0.867

KRED.BLOGER 0.865519 4 0.926

KRED.MAKLUMAT 0.880749 5 0.897

NIAT 0.901858 4 0.907

6. Hasil Kajian

Pengujian hipotesis dilakukan dengan cara menilai model struktural berdasarkan nilai piawaian beta (β), statistik t dan ganda dua R (R2). Manakala nilai R yang didapati daripada pengujian menunjukkan kekuatan sesebuah model perhubungan. Nilai R2 akan menerangkan peratus perubahan terhadap konstruk bersandar dalam hubungannya dengan konstruk tidak bersandar (Henseler et al., 2009). Kajian ini menunjukkan kemasukkan konstruk kebergunaan, kesenangan penggunaan, efikasi diri, kredibiliti maklumat, kredibiliti bloger dan asas pengetahuan agama ke atas niat individu dalam menggunakan blog sebagai medium agama menyumbang sebanyak 0.525 atau sebanyak 52 peratus.

Jadual 5 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan keputusan pengujian hipotesis menggunakan pendekatan analisis model SmartPLS telah menunjukkan beberapa penemuan. Pertama, faktor kebergunaan blog agama (KEB) tidak mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap niat (β= -0.066;t= 0.914/p=0.180) oleh itu H1 di tolak. Kedua faktor kesenangan menggunakan blog sebagai medium agama (KES) pula menunjukkan hubungan positif yang signifikan (β=0.329; t= 4.582/p=0.000, H2 diterima. Kredibiliti maklumat (KM) pula menunjukkan (β=-0.162; t=1.994/p=0.023), justeru KM mempunyai hubungan positif terhadap niat. Begitu juga dengan kredibiliti bloger, nilai β=-0.162; t=1.816/p=0.034) membawa maksud KB mempunyai hubungan positif terhadap niat. Konstruk asas pengetahuan agama seseorang, nilai (β=0.221; t=3.130/p=0.000) oleh itu, AG mempunyai hubungan positif terhadap niat seseorang untuk menggunakan blog sebagai medium agama.

Page 8: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 517

Rajah 3 : Results of the path analysis

6.1 Model Struktural (Structural Measurement) Model struktural merupakan Inner model yang bertujuan untuk melihat hubungan antara konstruk dan nilai signifikan.

Jadual 5: Model Struktural (Structural Measurement)

Hipotesis Relationship Path

Cooficient T-Value P-value Supported

H1 KEBERGUNAAN -> NIAT 0.068 0.914 0.180

No

H2 KESENANGAN -> NIAT 0.327 4.582 0.000

Yes

H3 KRED.MAKLUMAT -> NIAT 0.162 1.994 0.023

Yes

H4 KRED.BLOGER -> NIAT 0.162 1.816 0.034

Yes

H5 ASAS AGAMA -> NIAT 0.222 3.130 0.000

Yes

Page 9: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 518

7. Perbincangan Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor kebergunaan blog sebagai medium agama bagi generasi Y di UMT tidak signifikan terhadap niat menggunakan blog dakwah. Keadaan ini dilihat berbeza dengan dapatan kajian terdahulu, teori TAM dilihat kukuh dengan konstruk kebergunaan (usefulnes) serta hubungannya terhadap niat menggunakan sistem maklumat (Hanudin Amin, 2009; Guriting and Ndubisi, 2006; Ramayah dan Mohd Suki, 2006). Dapatan ini dilihat tidak konsisten dengan penelitian sebelumnya yang menyatakan persepsi kebergunaan berpengaruh terhadap penerimaan teknologi informasi. Dalam konteks agama, pengguna belum melihat kebergunaan blog sebagai medium agama yang begitu berfaedah kepada mereka sebagai tempat rujukan agama. Walaupun ruang maya sentiasa terbuka luas untuk pendidikan agama, namun mungkin tidak dapat memenuhi beberapa asas yang kukuh bagi pendidikan agama seperti elemen kepercayaan, keyakinan beragama, ketenangan dan amalinya yang memerlukan sentuhan secara semulajadi serta penglibatan guru secara sentimental (Saeid Zarghami, 2011). Selain itu, keyakinan pengguna juga mungkin masih dipengaruhi oleh tanggapan penggunaan blog sebagai medium agama yang tidak menggambarkan hubungan langsung adab berguru antara murid dengan guru (Talib Samat, 2004). Faktor kesenangan menggunakan blog pula dilihat signifikan kepada penerimaannya dan turut menyokong kajian dahulu (Luarn and Lin, 2005; Ramayah et al. 2003, Ramayah dan Ignatius, 2005). Responden melihat blog memang mudah diakses untuk mempelajari agama. Ciri-ciri yag ada pada blog dengan capaiannya lebih mudah, interaksi pantas dan cepat (Zul Fikri, 2013), perbincangan agama yang tersebar secara hiper-tax, cepat disediakan, senang disimpan, mudah dicari dan pantas diedar (Wan Adli & Mohamad Kamil, 2006) amat mempengaruhi pelajar dan menjadi pilihan ke atas niat mereka menggunakannya sebagai medium agama. Selanjutnya faktor kredibiliti maklumat dan bloger menyokong ke arah niat generasi Y untuk menggunakan blog sebagai medium agama. Dapatan ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Wang, Lin dan Tang (2003) dan Luarn & Lin (2005) yang masing-masing telah membuat kajian kredibiliti terhadap niat. Begitu juga dengan faktor asas pengetahuan agama, kajian ini mendapati pelajar-pelajar secara amnya telah bersedia dengan dengan asas agama yang baik sebelum menerima maklumat agama dari blog. Kajian sebelum ini melihat faktor pegangan dan amalan keagamaan (religiosity) sebagai asas penting ke atas niat menggunakan sistem maklumat (Hanudin Amin, Rahim, Ramayah dan Rostinah, 2014). Asas pengetahuan agama merupakan konstruk baru kajian ini dan ianya lebih bertumpu kepada persediaan asas agama individu bukan terhadap amalan harian mereka. Kajian ini mendapati faktor asas agama (prior knowledge) memberi kesan signifikan terhadap niat menggunakan blog sebagai medium agama. 8. Kesimpulan dan Cadangan Kajian Masa Hadapan Penggunaan blog sebagai medium agama dalam kalangan pelajar di IPTA khususnya pada masa ini tidak begitu bergantung kepada aspek kebergunaan teknologi tersebut. Faktor menarik penerimaan blog ini ialah faktor kesenangan menggunakannya. Mereka juga menggunakan blog atas kapasiti keyakinan terhadap kredibiliti maklumat dan bloger. Selain itu mereka juga memiliki persediaan asas agama yang baik dalam menggunakan blog sebagai medium agama. Untuk kajian lanjut, sampel kajian boleh dilanjutkan ke lain-lain institusi pendidikan dan masyarakat awam untuk melihat faktor-faktor penerimaan penggunaan blog sebagai medium agama.

Page 10: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 519

Bibliografi Aziz Deraman (2003). Revolusi Teknologi Maklumat dan Umat Islam di Malaysia, Jurnal Pemikir April-

Jun,Bil. 31, hlm.125 – 145 Akçay, A., & Arslan, A. (2010). The using of blogs in Turkish education. Procedia-Social and

Behavioral Sciences, 2(2), 1195-1199

Ajzen, I. (1985). From intentions to actions: A theory of planned behavior (pp. 11-39). Springer Berlin Heidelberg.

Ajzen, I., & Fishbein, M. (1980). Understanding attitudes and predicting social behavior. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. Baharom Kassim (1993). “Era IT beberapa isu disekitarnya & Bagaimana badan-badan Islam boleh

berperanan” (Kertas kerja seminar penggunaan komputer anjuran PMAIUM:K.Lumpur, 25&26 September) p. 5

Barclay D.W, Thompson R., Higgins C. (1995). The partial least squares (PLS) approach to causal modeling: personal computer adoption and use an illustration. Technol Stud 2(2):285–309.

Ching, Y.H., Chia, J. C. & Pei C.L, (2010). Involvement theory in constructing bloggers’ intention to purchase travel products, Tourism Management 31 (2010) 513–526.

Davis, F.D. (1989). “Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information technology”, MIS Quarterly, Vol. 13, No. 3, pp. 319–340.

Davis F.D., Bagozzi R.P., Warshaw R., (1989). User Acceptance of computer technology; a comparison of two teoritical model, Management science vol 35, no 8, pp. 982-1003.

Fornell C, Larcker DF (1981). Evaluating structural equation models with unobservable variables and measurement error. J Mark Res 18(1):39–50

Fishbein, M., & Ajzen, Icek., 1975, Belief, Attitude, Intention and Behavior: An Introduction to Theory and Research. Addison-Wesley Publishing Company Inc, Menlo Park, California.

George, D., & Mallery, M. (2003). Using SPSS for Windows step by step: a simple guide and reference: Boston, MA: Allyn & Bacon.

Gauzente, C. The intention to click on sponsored ads—A study of the role of prior knowledge and of consumer profile, Journal of Retailing and Consumer Services 17 (2010) 457–463

Hanudin Amin (2007). Internet banking adoption among young intellectuals. Journal of Internet Banking and Commerce, 12(3), 1-13.

Hanudin Amin & Territory, L. F. (2010). Factors Affecting the Decisions of Tabung Haji Customers in Malaysia to Use ATM Banking: An Empirical Investigation. Journal of Internet Banking and Commerce, 15(2), 1-12.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data Analysis: Pearson Prentice Hall.

Henseler J., Ringle C. dan Sinkovics R., (2009). The HE UseSE of partial least squars path modeling in internationa;l marketing, New ChallengestoInternationalMarketing Advances inInternationalMarketing,Volume20,277–319.

Huang, C. Y., Chou, C. J., & Lin, P. C. (2010). Involvement theory in constructing bloggers' intention to purchase travel products. Tourism Management, 31(4), 513-526.

Ibn Khaldun (1969) The Muqaddimah; an intruduction to history; terj. Franz Rosental (pnyt.) Princeton, NJ Prinston University press Dawood; Bollingen.

Icek Ajzen (2002). Perceived Behavioral Control, Self-Efficacy, Locus of Control, and the Theory of Planned Behavior, Journal ofApplied Social Psychology, 2002, 32, 4, pp.

665-683.

Page 11: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 520

Jackson, C. M., Chow, S., & Leitch, R. A. (1997). Toward an understanding of the behavioral intention to use an information system. Decision sciences, 28(2), 357-389

Kem Z.K. Zhang, Matthew K.O. Lee, Christy M.K. Cheung, H.C (2009). Study bloggers' post-adoption behaviors. - - examine bloggers' intention to switch their blog services by building upon studies in the marketing, Decision Support Systems 47, pp. 540–546

Kang, M. (2010). Measuring social media credibility: A study on a Measure of Blog Credibility. Institute for Public Relations www.instituteforpr.org – 25/8/2012

Luarn, P., & Lin, H. H. (2005). Toward an understanding of the behavioral intention to use mobile banking. Computers in Human Behavior, 21(6), 873-891.

Abdul Rahman Embong, Nor Hayati Saat, Azlina Abdullah (2009). Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005, Laporan Teknikal. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2009.

Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli (2011). Ancaman Blog di Malaysia, Pemikir, April-Jun 2011 Bil.64, pp. 89-104.

Mohd Sobhi Ishak, Musa Abu Hassan, Siti Zobidah bt Omar, Jusang Bolong dan Zulkiple Abd Ghani, 2011) Internet Information Credibility Scale:An Islamic Perspective. ‘Ulum Islamiyyah, 6/2011, pp.3-28

Muhamad Faisal Ashari & Zulkepli Ghani (2006). Islam di alam siber; pengalaman Malaysia dan prospek modal insan masa depan, Prosiding Seminar Tamadun Islam, Universiti Malaya. P. 1-10.

Mohd Shoki Md Ariffa, Yeow S.M, Norhayati Zakuan, Ahmad Jusoh, dan Ahamad Zaidi Bahari ( 2012 ). The Effects of Computer Self-Efficacy and Technology Acceptance Model on Behavioral Intention in Internet Banking Systems’ Procedia - Social and Behavioral Sciences 57 ( 2012 ) 448 – 452

Mohd Sani Badron (2009). Zaman Ledakan teknologi Maklumat dan Kemajuan Pengetahuan Dalam Kerangka pandangan Hidup Islam, Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam (AFKAR) bil.1 hlm. 83-108

Murugaiah, P., Azman, H., Ya'acob, A., & Thang, S. (2010). Blogging in teacher professional development: Its role in building computer-assisted language teaching skills. International Journal of Education and Development using ICT, 6(3), 73-87.

Noor Shakirah Mat Akhir(2006). Dakwah dan Cabaran Teknologi Maklumat, dlm.Isu dan Cabaran Media di Malaysia, (pnyt.) Mohamad Md Yusoff et al. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Komuniukasi Universiti Sains Malaysia

Noor Azlin Bidin & Norma h Mustaffa (2012). “Blogsphere:How Youth Perceived Blogs Credibility” Jurnal KomunikasiMalaysian, Jilid 28(1): 33-54

Nunnally J, Berstein I (1994). Psychometric Theory. McGraw-Hill, New York Ramayah, T., & Lee, S. L., (2005). Kesan persepsi kebergunaan, kesenangan mengguna dan

keseronokan mengguna terhadap penggunaan e-mel. Jurnal Kemanusiaan, 5, 23-36. Ramayah,T., Jason W.C.L. dan Julie B. C. I., (2011). Serv Bus (2011) 5:411–428 DOI 10.1007/s11628-011-0120-z Ramayah, T., & Ling, K.P. (2002). An exploratory study of Internet banking in Malaysia. The

proceedings of the third International Conference on Management of Innovation and Technology, Hangzhou City, China, 25-27 October 2002.

Page 12: PENERIMAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM AGAMA DALAM

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 521

Ramayah, T. and Mohd-Suki, N. (2006). Intention to Use Mobile PC among MBA Students:Implications For Technology Integration In The Learning Curriculum, UNITAR e-Journal, 1, 2, 1-10.

Rosli bin Kayar (2007). Kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkah laku agresif pelajar-pelajar, Disertasi Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.

Sidek Baba (1997). Penglibatan masyarakat Islam dalam pembangunan dan pembagunan TM, Seminar Cabaran dan Internet, 25-26 mac 1997 IKIM –MIMOS, KL

Sin, S. S., Khalil dan Amin (2012). Factors Affecting Malaysian young consumers’ online purchase intention in social media websites. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 40, 326-333.

Saeid Zarghami H., (2011). Ontological Investigation of the Role of Internet in Religious Education. International Conference on Education and Educational Psychology.

Siti Aishah Abu Bakar (2012). Penggunaan multimedia dalam khutbah jumaat: kajian terhadap penerimaan jemaah masjid saidina Abu Bakar al-sidiq Bangsar K.Lumpur, Tesis Sarjana, Universiti Malaya.

Song, H. S., & Chan, Y. M. (2008). Educational blogging: A Malaysian university students’ perception and experience. Hello! Where are you in the landscape of educational technology? Proceedings ascilite Melbourne 2008.

Talib Samat (2010). Berjihad Menerusi Tulisan, Karisma Publications Sdn Bhd.; Shah Alam. Gauzente, C. (2010). The intention to click on sponsored ads—A study of the role of prior knowledge

and of consumer profile, Journal of Retailing and Consumer Services 17 (2010) 457–463 Umar Halim & Samsudin A. Rahim, (2010). Penglibatan Digital: Akses dan Penggunaan E-Agama

Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim. Jurnal Komunikasi Malaysia, Jilid 27(2) p. 121-135 Venkatesh V, Davis FD (1996). A model of the antecedents of perceived ease of use: development

and test. Decis. Sci. 27(3), 451- 481. Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, G. B., & Davis, F. D. (2003). User acceptance of information

technology: Toward a unified view. MIS quarterly, 425-478. Wan Adli Wan Ramli & Mohamad Kamil Hj Ab. Majid (2006). Memahami Islam Melalui Tekno-da’e,

dlm. Dakwah Islam Semasa, Nor Raudah Hj Siren et al. (pnyt.) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Wang, Y.S., Wang, Y.M., Lin, H.H. and Tang, T.I. (2003). Determinants of User Acceptance of Internet Banking: An Empirical Study, International Journal of Service Industry Management, 14, 5, 501-519.

Zhang, M.X. 2006. The present situation and analysis of mass media use and media credibility in countryside of mid-China: The case of Hubei province. China Media research, 2(4), 37-47.

Zulkiple b. Abd.Ghani (2002). Cabaran Dakwah Islam di Era Siber, Jurnal Usuluddin, bil 15, Julai 2002, hlm. 133-142

Zul Fikri Zamri Mohamad Munir (2013). Blog remaja mendepani era masa kini, Zubaidi Abas (C.Ed) Dewan Siswa, Februari 2013, Selangor,Dawama Sdn Bhd.