penyedian medium

18
PENYEDIAN MEDIUM 1. Nisbah Campuran o Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes o bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai o Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing o Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat mengekalkan kelembapan medium membaiki struktur tanah dan saliran mengurangkan kepadatan tanah lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia o Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai o Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai o Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata 2. Kompos Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput Bahan campuran medium adalah terdiri daripada I. Tanah loam II. Bahan organik III. Pasir sungai Penjagaan tanaman sayuran Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut: 1. Menyiram

Upload: karen-ling

Post on 11-Jan-2016

277 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Penyedian Medium

PENYEDIAN MEDIUM

1. Nisbah Campuran o Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh

John Inneso bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungaio Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambingo Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat

mengekalkan kelembapan medium membaiki struktur tanah dan saliran mengurangkan kepadatan tanah lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia

o Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai

o Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai

o Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata2. Kompos

Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput

Bahan campuran medium adalah terdiri daripada I. Tanah loam II. Bahan organik III. Pasir sungai

Penjagaan tanaman sayuran 

Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut: 

1. Menyiram 

Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus.

2. Merumput

Page 2: Penyedian Medium

Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pembperosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia.

3. Membaja

Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

4. Membuat sokongan

Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.

5. Mengawal Perosak dan penyakit 

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi

Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang

Page 3: Penyedian Medium

sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari. 

6. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran 

Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia: 

Melecur anak benih =Kulat =Anak benih layu dan mati 

Reput akar =Kulat atau bakteria =Pokok layu dan mati 

Bintik daun =Kulat =Daun dengan bintik perang atau hitam 

Layu bakteria =Bakteria =Urat daun menjadi hitam.Pokok akan layu dan mati 

Kulapok =Bakteria =Daun yang diserang layu dan mati. 

Karat batang/ daun atau lengai =Kulat =Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh. 

Page 4: Penyedian Medium

Terdapat dua kategori baja iaitu:

a) Baja Organik Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya. Baja organik kebiasaannya didatangkan dengan pakej rawatan tanah. Baja tersebut turut terkandung organisma mikro yang hidup. Malah, baja ini turut sensetif jika didedahkan cahaya matarhari terus. Ini akan menjejaskan proses fisiologi yang sedang berjalan.

b) Baja Kimia Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair.Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya. Baja kimia popular dengan abjad NPK. NPK merujuk kepada Nitrogen (N), Phosporus (P), dan Kalium (K); 3 Elemen ini yang paling utama diperlukan pokok dalam proses pertumbuhan selain unsur-unsur lengai yang wujud bersama baja. Baja kimia mempunyai banyak jenis berdasarkan nisbah yang berbeza.

Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer) 2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer)

Baja kompaun.Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur.Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE

Baja tunggal. Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja.Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)

CARA/TEKNIK PEMBAJAAN

a) Cara taburan Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement) Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah

Page 5: Penyedian Medium

bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih. Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam.Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing) Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.

d) Pembajaan sisi (side dressing) Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja.

e) Pembajaan berpoket (pocket placement) Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm.

f) Penyemburan daun (foliar application)Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN NUTRIEN TANDA KEKURANGAN

Nitrogen (N) Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.

Fosforus (P) Saiz daun lebih kecil. Kalium (K) Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan

pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.

Kalsium (Ca) Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.

Magnesium (Mg)

Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.

Page 6: Penyedian Medium

Sulfur (S) Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas

Ferum (Fe) Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.

Mangan (Mn) Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.

Kuprum (Cu) Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.

  SUNGKUPAN

1.1         Definisi dan pengertian sungkupan

§  Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah berhampiran pangkal tanaman.

§  Penyungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahan-bahan tertentu dengan cara yang disyorkan.

1.2         Jenis-jenis sungkupan

Terdapat berbagai jenis sungkupan yang dipraktikkan dalam alam pertanian temasuk kaedah yang diamalkan secara tradisi ataupun moden. Antara jenis-jenis sungkupan ialah;

i.               Sungkupan batas ii.             Sungkupan pangkal pokokiii.            Sungkupan tebingiv.           Sungkupan alas polibeg

Jenis-jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan ialah:

1.       Daripada tumbuhan

a)       Rumput-rumput keringb)       Dedaun lalangc)       Jerami padid)       Dedaun kayue)       Pelepah daun kelapa, sawit dan palma

Page 7: Penyedian Medium

2.       Daripada bahan pembalut terpakai

a)       Gunib)       Kertasc)       Plastikd)       Kain

3.       Kompos separa reput

4.       Jejaring semaian

5.       Plastik 'silvershine'

1.3         Tujuan sungkupan

Antara tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman ialah :

i.               Mengawal pertumbuhan rumpaiii.             Mengurangkan hakisaniii.            Menggelakan bijibenih atau anak benih tanaman dan baja daripada

dihanyutkan air.iv.           Memelihara kelembapan tanahv.             Merendahkan suhu tanahvi.           Mengelakkan kepadatan tanahvii.          Sungkupan dari bahan tanaman menjadi baja bila reputviii.        Plastik 'silvershine' menghindar serangga perosak seperti kutu dan trips

Terdapat dua jenis pembiakan tumbuhan yang digunakan

PEMBIAKAN

Page 8: Penyedian Medium

1.    PEMBIAKAN SEKS

2.    PEMBIAKAN ASEKS

PEMBIAKAN SEKSAdalah pembiakan yang melibatkan persenyawaan gamet jantan dan gamet betina untuk membentuk zigot.

  KELEBIHAN KEKURANGAN

1Boleh dibiak dalam kuantiti yang banyak

Biji benih tidak didapati pada semua pokok

2 Biji benih mudah didapati Lambat matang

3 Pokok mempunyai akar tunjang Tumbuh tidak sekata

4   Tidak mengikut ciri induk sepenuhnya

JENIS PEMBIAKAN SEKS

1. Pembiakan mengunakan   biji benih halus

2. Pembiakan  menggunakan biji benih besar

 

PEMBIAKAN ASEKSAdalah pembiakan yang tidak melibatkan seks iaitu penghasilan tumbuhan baru daripada satu induk tanpa melibatkan penggabungan gamet.

  KELEBIHAN KEKURANGAN

1 Mudah dilakukan Tiada akar tunjang

2 Cepat matang Virus mudah merebak

3 Anak benih tumbuh seragam Tiada hasil varieti baru

4 Keluarkan baka tulen  

JENIS PEMBIAKAN ASEKS

1. KERATAN

2. CANTUMAN

3. TUT (MARKOT)

Page 9: Penyedian Medium

4. ORGAN KHAS

5. KULTUR TISU

Jenis Keratan Batang

terdapat 3 jenis, iaitu; 1. keratan kayu lembut2. keratan kayu sederhana keras3. keratan kayu keras

Jenis tanaman yang sesuai ditanam menggunakan sistem hidroponik

Tanaman sayuran jenis daun (seperti sawi dan bayam) dan jenis buah (seperti tomat dan timun)

Tanaman herbal / atau tanaman obat – obatan Tanaman bunga-bungaan seperti bunga mawar Tanaman buah-buahan seperti melon dan strawberry

Langkah-langkah Untuk Menyediakan Akuarium Ikan Hiasan

1. Bersihkan Dahulu Bekas/Akuarium Ikan Hiasan

Page 10: Penyedian Medium

Anda perlulah membersihkan akuarium yang baru dibeli dengan air untuk memastikan habuk atau kotoran yang melekat di dalam akuarium tidak menjadi racun kepada ikan hiasan anda nanti. Paling elok bersihkan dengan air mengalir seperti menggunakan hos paip. Setelah siap dibersihkan, letakkan akuarium di tempat yang anda inginkan.

2. Pasangkan Penapis Air Selepas itu anda pasangkan penapis air termasuklah mesinnya

sekali mengikut jenis yang anda pilih. Pastikan anda meletakkan kotak penapis air (berspan) di tempat yang sesuai. Jika tidak air akan meleleh keluar daripada akuarium.

3. Masukkan Batu Hiasan (jika perlu) Masukkan batu hiasan jika perlu untuk tempat ikan bermain atau

berteduh. Batu hiasan ini kadang-kadang membuatkan ikan berasa seolah-olah ia berada di dalam sungai atau habitat semulajadi.

4. Masukkan Hiasan Dalam Lain (jika perlu) Anda boleh masukkan hiasan dalaman lain seperti kincir air,

rumah tiruan, tumbuhan hiasan  dan sebagainya jika perlu. Pastikan hiasan dalam lain ini tidak menyebabkan akuarium ikan hiasan menjadi serabut/penuh dengan hiasan hinggakan ikan tidak kelihatan. Tujuan utama anda ialah memelihara ikan hiasan dan bukannya menghias akuarium.

5. Masukkan Aksesori Yang Diperlukan Aksesori yang dimaksudkan di sini ialah seperti penapis udara,

penyukat suhu (termometer), penyukat ph air dan lampu. Anda hanya perlu pasangkan aksesori ini jika ikan hiasan anda perlukannya dan akan mati jika aksesori ini tidak disediakan. Pastikan anda bertanya kepada penjual ikan hiasan akan keperluan ikan yang ingin anda pelihara.

6. Masukkan Air Secukupnya Selepas itu anda masukkan air secukupnya. Maksud secukupnya

di sini ialah jarak antara paras air dengan bahagian atas akuarium (bahagian kaca) ialah lebih kurang 3-4 inci. Jika terlalu penuh ia akan melimpah jika ikan melompat untuk berebut makanan (jika lebih daripada seekor ikan). Jika terlalu cetek atau air terlalu kurang suhu air kadang-kadang menjadi  panas jika suhu di luar terlalu panas.

7. Masukkan Ceccair Anti Klorin dan Garam Mengikut Sukatan Yang Sesuai

Pastikan anda masukkan cecair anti klorin dan garam yang cukup mengikut sukatan yang telah ditentukan berdasarkan saiz akuarium anda. Anti klorin yang dijual di pasaran mempunyai sukatan yang berbeza berdasarkan saiz akuarium. Pastikan anda membaca label pada botol anti klorin sebelum memasukkannya ke dalam akuarium. Garam pula hanya perlu dimasukkan sedikit

Page 11: Penyedian Medium

untuk membunuh bakteria yang boleh membahayakan ikan. Garam juga boleh dibeli di kedai ikan hiasan.

8. Hidupkan Pam Air Setelah semuanya siap, pasangkan suis pam air ke soket yang

berdekatan. Hidupkan pam air dan biarkan antara 1 – 2 jam. JANGAN masukkan ikan lagi. Selepas itu barulah anda masukkan ikan seekor demi seekor.

Selamat memelihara ikan hiasan pilihan anda.

Kategori Benih

Page 12: Penyedian Medium
Page 13: Penyedian Medium

jenis tanaman hiasan

1. pokok naungan

cth: pokok tembusu (Fragrea fragrans), mempari (Pongamia pinnata), tulang daing(Milletia atropurpurea) dan hujan-hujan (Enterolobium saman).

2. Pokok Renek

a)pokok renek berdaun

-pudding(Codiaeum variegatum)

-drasina(Dracaena spp)

b)pokok renek berbunga

-melati (Wrightia religiosa)

-bunga raya (Hibiscus rosa sinensis)

-siantan (Ixora javanica)

c. pokok pagaran

-the pagar (Acalypha siamensis)

-kuku geroda (polyscias filicifolia)

-pokok jejari hantu (Alternanthera elliptica)

d. Pokok memanjat atau menjalar

- nyonya makan sirih (Clerodendron thomsonae)

-pokok bunga kembang pagi (Gloriosa superb)

Page 14: Penyedian Medium

e. pokok palma

-pinang raja

-kelapa gading

f. pokok kaktus

-Espostoa lanata

-Cereus Peruvianus

g. pokok penutup bumi

h. pokok lendair

-lidah buaya

I. pokok bunga semusim

Page 15: Penyedian Medium