multimedia medium pembangunan dakwah

19
Multimedia Medium Pembangunan Dakwah Aiza Budin Minah Dibok Ruaain Mustari Sharifah Faigah Syed A/wi ABSTRAK Perkembangan teknologi maklumat masa kini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam kehidupan masyarakat, khususnya kepada masyarakat Islam. la bukan sahaja sebagai agen perubahan yang memberi sumber pelbagai maklumat, bahkan jika digunakan dengan sebaiknya boleh menjadi medium yang berkesan dalam berdakwah. Islam tidak menghalang penggunaan medium komunikasi untuk manfaat pembangunan ummah. Bagi memastikan penyebaran komunikasi yang berkesan, tiga fungsi utama pancaindera manusia iaitu pendengaran, penglihatan dan hati mestilah digunakan dengan sebaik mungkin. Keutamaan kepada literasi multimedia membolehkan pemikiran kreatif dan kritis orang ramai berkembang melalui analisis dan penerbitan bahan-bahan media secara sistematik. Perkongsian maklumat berkomputer pula sangat diperlukan dalam berdakwah kerana kaedah ini lebih cepat dan mudah, murah, tiada sempadan dan interaktif Oleh yang demikian, persediaan ummah adalah sangat penting bagi mengintegrasikan multimedia dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan yang boleh menempatkannya sebagai wasilah dakwah kepada masyarakat dunia. Walau bagaimanapun, tarikan dan keberkesanan dakwah bukan sahaja disebabkan oleh kesesuaian pemilihan isi dan gaya persembahan, malah ia juga disebabkan oleh kesesuaian media dan saluran. Sekiranya ketiga- tiga ini dapat disesuaikan, maka penggunaan multimedia sebagai medium dakwah merupakan sesuatu yang sangat efektif Kata Kunci: multimedia, dakwah, pembangunan 183

Upload: others

Post on 08-Nov-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium PembangunanDakwah

Aiza BudinMinah Dibok

Ruaain MustariSharifah Faigah Syed A/wi

ABSTRAK

Perkembangan teknologi maklumat masa kini telah memberisumbangan yang amat besar dalam kehidupan masyarakat,khususnya kepada masyarakat Islam. la bukan sahaja sebagai agenperubahan yang memberi sumber pelbagai maklumat, bahkan jikadigunakan dengan sebaiknya boleh menjadi medium yang berkesandalam berdakwah. Islam tidak menghalang penggunaan mediumkomunikasi untuk manfaat pembangunan ummah. Bagi memastikanpenyebaran komunikasi yang berkesan, tiga fungsi utamapancaindera manusia iaitu pendengaran, penglihatan dan hatimestilah digunakan dengan sebaik mungkin. Keutamaan kepadaliterasi multimedia membolehkan pemikiran kreatif dan kritis orangramai berkembang melalui analisis dan penerbitan bahan-bahanmedia secara sistematik. Perkongsian maklumat berkomputer pulasangat diperlukan dalam berdakwah kerana kaedah ini lebih cepatdan mudah, murah, tiada sempadan dan interaktif Oleh yangdemikian, persediaan ummah adalah sangat penting bagimengintegrasikan multimedia dengan ilmu pengetahuan dankebijaksanaan yang boleh menempatkannya sebagai wasilahdakwah kepada masyarakat dunia. Walau bagaimanapun, tarikandan keberkesanan dakwah bukan sahaja disebabkan olehkesesuaian pemilihan isi dan gaya persembahan, malah ia jugadisebabkan oleh kesesuaian media dan saluran. Sekiranya ketiga­tiga ini dapat disesuaikan, maka penggunaan multimedia sebagaimedium dakwah merupakan sesuatu yang sangat efektif

Kata Kunci: multimedia, dakwah, pembangunan

183

Page 2: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Jurnal Gading

Pengenalan

Telah diakui ramai bahawa internet adalah agen perubahan abad 21,sumber pelbagai maklumat, sistem komunikasi pantas dan murah,jaringanmanusia globalisasi, membentuk dunia siber yang tersendiri sertamenyediakan prasarana dan peluang perniagaan. Asas kepada peradabandan kekuatan era maklumat ialah maklumat itu sendiri. Dengankepantasan perkembangan teknologi maklumat, komputer dan komunikasi,maklumat kini lebih kaya, interaktif dan wujud dalam pelbagai formatdan media atau multimedia. Lyotard (1986) memperingatkan;

Ada kemungkinan hahawa negara-negara hangsa pada suatuhari akan herjuang untuk menguasai informasi, sehagaimanamereka herjuang di masa lalu untuk menguasai sesuatu wilayah,dan kemudian menguasai laluan masuk dan mengeksploitasibahan-hahan mentah dan tenaga murah. Sehuah hidang haruterhuka dan strategi-strategi industri di satu pihak, dan strategi­strategi politik serta kelenleraan di salu pihak.

Isunya sekarang adalah bagaimana untuk membabitkan masyarakatIslam dalam pembangunan dan penggunaan multimedia. Apakahsumbangan teknologi multimedia terhadap Islam? Mengapa umat Islamperlu terlibat sama di arena multimedia? Persoalan-persoalan inimengundangjawapan-jawapanjelas lagi segera bagi menggerakkan umatmenjadi proaktif dalam meraih peluang dan menyahut cabal'an teknologi.

Definisi

Istilah multimedia buat pertama kalinya telah digunakan dalam tahun1960-an bagi menggambarkan persembahan yang menggabungkan slaiddengan pita video. Setelah perkembangan utamanya bermulapada tahunI970-an dengan pelancaran cakera-video Laservision oleh Philips danseterusnya sehingga kini multimedia telah menular ke pelbagai bidangterutamanya perkomputeran dan komunikasi.

Multimedia dalam konteks yang ingin diteljemahkan ialah merujukkepada integrasi yang dikawal oleh komputer bagi teks, grafik, imejbergerak atau kaku, animasi, bunyi dan lain-lain pengantara di manasetiap bentuk maklumat boleh diwakilkan, disimpan, disalurkan dandiproses secara digital. Definisi multimedia yang lebih teknikal adalahseperti berikut (Mashkuri Hj Yaakub, Salimah Mokhtar dan AbdullahAbdul Ghani 1999);

184

Page 3: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pell7bangunan Dakwah

Sistem multimedia dicirikan sebagai kawal-komputer,penghasilan bersepadu, pengolahan., persembahan, penstoran,dan komunikasi bagi maklwnal bebas yang dikodkan sekurang­kurangnya peran/ara selcll~iar (bersandar pada masa) dandiskrit (/iada persandaran masa).

Daripada definisi yang dipaparkan, boleh dirumuskan ciri-cirimultimedia seperti berikut (Mashkuri Hj Yaakub, Salimah Mokhtar danAbdullah Abdul Ghani 1999);

I. Digital dan dikawal komputer:Maklumat wujud dalam format yang sesuai bagi pengolahan olehkomputer, iaitu berbentuk digital.

lI. Teragih:Maklumat yang disalurkan adalah terasing, sama ada telah dihasilkanterlebih awal dan distorkan atau dihasilkan dalam masa nyata.

Ill. Interaktif:Ada kemungkinan untuk memberi kesan terhadap maklumat yangditerima serta boleh menghantar maklumat sendiri.

IV. Bersepadu:Perantara diperlakukan dengan cara yang sekata, dipersembahkandengan cara yang tersusun, tetapi boleh diolah secara berasingan.

Manakala definisi dakwah berasal dari perkataan bahasa Arab iaituda'a yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dari sudutbahasa ialah meminta tolong, belibadat, memandu, menjemput, mengajak,mengambil, menyeru dan melaung. (Ibn Manzur t.t.)

Definisi dakwah dari segi istilah pula sebagai suatu program ataubarnamij yang lengkap, yang kesemua peringkat mengandungi semuailmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuandan matlamat hidup serta menyingkap petunjuk kepada manusia.(Muhammad al-Ghazali 1989)

Menurut Yusuf al-Qardawi (1978), dakwah adalah sebagai usahamembawa orang lain kepada Islam supaya mengikut petunjuk agamaiaitu melaksanakan segala ketetapan di muka bumi ini, mengkhususkansegala bentuk perhambaan diri, pennohonan dan taat kepada Allah sahaja,melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan dari Allah (taghut)yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan olehAllah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran danberjihad kepadajalannya.

185

Page 4: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Jurnol Goding

Adam Abdullah al-Aluri pula berpendapat bahawa dakwah ialahmemalingkan pandangan dan akal manusia kepada akidah yangmemberi faedah dan kemaslahatan kepada mereka (Adam Abdullahal-Aluri Lt.).

Berdasarkan daripada definisi dakwah yang dikemukakan oleh paraulamak menurut istilah dapat disimpulkan bahawa dakwah bukan sekadarmengajak sesuatu kaum menerimaisiam malah iajuga mengajak manusiake arah kebaikan, mengubah diri, menghayati dan menjauhkan diri darikemungkaran serta mempraktikkan apa yang terkandung dalam Islamkerana apa yang terkandung dalam Islam merupakan pendidikan danpengajaran kepada manusia sejagat.

Apabila dirujuk kepada definisi multimedia dakwah ia boleh diertikansatu usaha mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam,menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, caradan pendekatan tertentu melalui penggunaan dua atau lebih jenis bentukmedia (video bergerak, audio, gambar, grafik, animasi, teks danperkhidmatan internet). Justeru, apabila membicarakan mengenaiberdakwah dalam era multimedia, maka ia akan menyentuh sarna adapenggunaan multimedia ini dibenarkan oleh Islam atau tidak dan apakahsikap pendakwah mengenainya serta apa pula masalah yang perlu diatasiberhubung dengan penggunaan multimedia dalam berdakwah.

Islam dan Penyebaran Komunikasi

Dari sudut ajaran, Islam tidak melarang penggunaan medium komunikasiuntuk manfaat pembangunan ummah. Budaya Islam adalah budaya ilmu.Ilmu mempunyai makna yang lebih mendalam dari maklumat keranailmu tidak boleh dimonopoli oleh individu atau kumpulan tertentu danpenghayatan ilmu memberi kesan kepada pembangunan insan. Sesiapasahaja yang mempunyai keupayaan berhak mencapai ilmu. Daiamislam,individu atau sumber yang mempunyai ilmu dipertanggungjawabkan untukmenyebar atau menyampaikan kepada orang lain. Aktiviti penyebaran,walaupun simboliknya satu huruf, memberi pengertian tentang perlunyasetiap individu Muslim yang mempunyai kualiti keilmuan bagi membuatkeputusan terbaik, mengorganisasi diri dan masyarakat (Zulkifle AbdulGhani 1999).

Jika manusia tidak berupaya untuk meningkatkan hakikatkemanusiaan individu, wasilah atau cara (untuk mendapatkan ilmupengetahuan) dan untuk mencapai keyakinan, hidayah dan iman tidakdigunakan dengan sebaik-baiknya, maka martabat manusia pada waktu

186

Page 5: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

itu akan menjadi lebih rendah daripada binatang. Ini kerana, binatangmenggunakan pancaindera dengan sepenuhnya untuk menjagakelangsungan generasinya. Namun manusia sengaja membuang fungsiindera yang dikurniakan oleh Allah sebagai pendokong risalah. Apakurnia nilai akaljika kuasanya untuk kebaikan dibuang (Jabir Qamihah1996)?

AJ-Quran telah menempatkan akal yang tinggi dan mengingatkantentang wajibnya beramal dan merujuk kepadanya.lsyarat itu tidak datangsecara tidak langsung atau dalam bentuk spontan dalam ayat, tetapididedahkan pada setiap tajuk dengan bahasa yang kuat dan tegas darisegi lafaz dan dilalah (datil). AI-Quran menyebut berulang-ulang kaliketika anjuran untuk menggunakan akal, melarang orang berimanmengongkong akal fikirannya dan mencela orang yang mencuaikan akaldengan mengenakan hukuman terhadapnya (Jabir Qamihah 1996).Pengulangan isyarat menggunakan perkataan akal bukan dengan satumakna sahaja, tetapi ia mengandungi berbagai-bagai tugas dan ciri-cirimengikut kemampuan manusia. Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang750 rujukan berkaitan dengan ilmu dan tidak ada agama atau kebudayaanlain yang menegaskan dengan begitu tegas akan kepentingan ilmu dalamkehidupan manusia (Sulaiman Nordin 1995).

Menu rut seorang doktor perubatan Perancis, Maurice Bucaille(1978) dalam bukunya The Bible, The Quran and Science:

Sementara terdapat kesalahan-kesalahan yang ketara di dalamBible, saya tidak mendapati satu kesalahan pun di dalam al­Quran.

Islam dengan turunnya wahyu yang pertama yang memerintahkanNabi Muhammad s.a.w. membaca ayat Iqra' dari surah al-Alaq itu sendirisebenarnya telah menekankan betapa pentingnya pendidikan dan ilmupengetahuan untuk mendidik manusia dan menggunakan akal untukmemerhati, meneliti dan mengkaji (al-Ghazali 1967) dan ayat Iqra' tersebutjuga dari sudut psikologinya melibatkan keseluruhan struktur mentalmanusia (Hassan Langgulung 1978).

Prof. Dr. Mohammad 'Atiyyah al-Abrashi (1967) ada menjelaskan;

Pendidikan Islam itu biasanya hanya berbentuk akhlak, tetapiia tidak meremehkan usaha mempersiapkan peribadi untukhidup dan mengusahakan kehidupan dan mencari rezeki dantidak melupakan pendidikan jasmani, aka!, jiwa, kehendak rasadan keperibadian.

187

Page 6: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Jumal Gading

Jika dilihat datam sejarah Islam, teknologi bukanlah sllatu yang asingtetapi merupakan sesuatu yang berterusan, berkembang bersamakepandaian manusia bagi memudahkan kehidupan. Teknologi yangberkaitan dengan senibina, ketenteraan, perkapalan, kimia, tekstil,pertanian dan komunikasi berkembang majll membantu membangunkankecemerlangan Islam dan llmmah sebelum abad ke-16 Masihi lagi(Yussoff Zaky Yacob 1970).

Dalam konteks ini, Allah s. W.t. berfirman yang bermaksud:

Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalamkeadaan kamu tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberikamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.

(Surah al-Nahl: 78)

Ayat di atas menjelaskan fungsi dan peranan tiga pancaindera utamaiaitu pendengaran, penglihatan dan hati. Hal ini selaras dengan konsepmultimedia yang menekankan soal kemahiran pendengaran, penglihatandan analisis serta kajian. Fakta ini disokong pula oleh pendapat yangmengatakan bahawa 80% daripada apa yang dilihat, didengar dandiamalkan dapat diingati oleh manusia (Mashkllri Hj Yaakub, SalimahMokhtar dan Abdullah Abdul Ghani 1999). Di kalangan pengkajikomunikasi, mereka berpendapat penyampaian mesej yangmenggabungkan pelbagai media dalam satu masa boleh merangsangpancaindera manusia secara lebih aktif dan meninggalkan kesan lebihmendalam.

Menariknya, sejarah merekodkan bagaimana Rasulullah s.a.w.sebagai seorang da'i (pendakwah) dan komunikator yang palingideal, tidak ketinggalan menggunakan manhaj (teknik) penyebaranyang canggih di zamannya. Sebagai seorang Rasul yangdipertanggungjawabkan dengan tabligh (menyampaikan dakwah),keberkesanan penyampaian mesej kepada khalayak sentiasadiutamakan oleh Baginda. Simbolik penyebaran Islam melalui surahal-Qalam (al-Quran 96: 4) dalam surah yang pertama ditllrunkan,dipraktikkan oleh Baginda dengan menggunakan 45 orang penulis yangbekerja merekod kata-kata, arahan dan aktiviti Baginda. Sementaraitu, dalam pengucapan awam yang melibatkan khalayak yang besar,Baginda menggunakan transmitter (penyebar) iaitu sahabat-sahabatyang mempunyai suara yang kuat ditempatkan di tempat-tempat yangstrategik bagi melaungkan kembali apa yang dillcapkan oleh Baginda.

188

Page 7: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Contohnya, semasa baginda berucap di perhimpunan haji wida' (hajiterakhir Rasulullah s.a.w.), Baginda dilaporkan menggunakan lebih seratustransmitter dan memilih tempat yang berlembah supaya ucapan Bagindaboleh didengar dengan sempurna oleh puluhan ribu yang hadir, meskipunperkakasan mikrofon tidak ada pada masa itu (Mashkuri Hj Yaakub,Salimah Mokhtar dan Abdullah Abdul Ghani 1999). Nabi Muhammads.a.w. bukan sahaja berdakwah melalui lisan, malah Bagindajuga telahmemperhebatkan aktiviti dakwah dengan menggunakan surat-surat yangdiutuskan ke negeri-negeri yang beljauhan dengan Madinah. Rasulullahs.a.w. telah menghantar Dihyaj ibn Khalifah al-Kalbi kepada Caesar,Maharaja Hyraclius di Byzantine, 'Abullah ibn Hudhafal al-Sahami kepadaChosrose, Maharaja Parsi, 'AmI' ibn Umaiyyah al-Damari kepada NegusAbbyssinia, Hatib ibn al-Bata'ah al-Lukhami kepada al-Muqawadis,pemerintah Egypt dan Salit ibn'AmI' ai-Amari kepada Hawdhah ibn-Alial-Hanafi di Yamammah (Akram Diya' al-Umari 2000).

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., budaya written communication(komunikasi bertulis) berkembang subur dalam masyarakat Islam di manakertas, tulisan dan penyebaran komunikasi telah membina tamadun umatIslam yang cemerlang selama lebih 800 tahun. Kilang kertas pertamadibina di Baghdad pada tahun 793 Masihi semasa pemerintahan KhalifahHarun ai-Rashid, manakala semasa pemerintahan Jaafar ibn Yahya,jentera pentadbiran kerajaan telah menggunakan kertas menggantikankulit (parchment). AI-Ya'cubi, seorang ahli akademik Islam di penghujungabad ke-9 Masihi menyebut terdapat lebih seratus buah kedai buku dipinggir Baghdad pada masa itu. Industri buku melahirkan waraqeen Uurufotokopi) yang boleh menyalin dengan tangan lebih 100 muka suratmanuskrip sehari. (Zulkifle Abdul Ghani 1999).

Keutamaan Literasi Multimedia

Perkembangan multimedia dan teknologi maklumat telah dihadapi olehnegara dengan strategi jangka panjang, iaitu dengan memperkenalkanliterasi iaitu kebolehan menulis dan membaca (Kamus Dewan 1992)atau pengajian media untuk mewujudkan satu suasana yang bolehmenjamin public communication (komunikasi awam) melalui rundingandan pemahaman aktif. Di Malaysia, usaha ini juga dikenali sebagai celikmedia dan ini merupakan satu kegiatan yang masih muda. Celik mediaini merujuk kepada usaha memahami proses penyediaan dan penyebaranmaklumat oleh multimedia dan bagaimana menggunakan maklumat yangdiperolehi secara bijaksana supaya seseorang itu dapat mengenal pasti

189

Page 8: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Jurnal Gading

peranan dan pengaruh multimedia dalam kehidupannya. Bidang inijugameneliti isu-isu sosial yang lebih besar seperti perhubungan kuasa daninstitusi media, penerbitan teks media, penafsiran makna dan resepsiaudien. Analisis media secara kritis dan penyertaan dalam hal-halpenerbitan multimedia diberi penekanan supaya satu perhubungan yangaktif di antara orang ramai dengan suasana hakikat sosial dapatdiperkasakan (empowerment).

Persoalannya mengapakah Iiterasi media harus diberi keutamaan.Umat Islam tidak hanya sebagai pengguna tetapi umat Islam juga harussebagai pencipta. Menurut Shanti Balraj Ambigapathy (1999),masyarakat hari ini harus mementingkan generasi Iiterasi media keranabeberapa sebab iaitu:

I. Kadar penggunaan media yang kian tinggi dalam masyarakatsemasa.Oengan perkembangan teknologi yang pesat, IUta menghabiskan masalebih sehari bersama media.

II. Media mempengaruhi penafsiran dan pendapat kita mengenai sesuatuhakikat sosial.Oi sini media merupakan sistem-sistem simbolik yang menyampaikanilmu, maklumat, berita atau hiburan yang terpilih (selected) untukaudiens di mana pemilihan dan penyediaan maklumat ini merangkumikeputusan untuk menyokong atau mengenepikan keterangan dangambaran tertentu.

til. Peranan media dalam mengurlls, menerbit dan menyebarkanmakJumat.Biasanya pihak yang menerbitkan berita menguruskan maklumatdemi menjaga kepentingan mereka dan pengguna yang menerimamaklumat menggunakan maklumat itu sebagai berita atau hiburansecara "innocent". Literasi media membolehkan pengguna mencabarketidaksamaan dalam ilmll dan kuasa yang wlIjud di antara merekayang menerbitkan makillmat dan mereka yang menerima makillmattersebllt.

IV. Pergerakan literasi media ini juga diperlukan untllk membolehkanorang ramai mengenal pasti penerbitan maklumat yang berguna untukpembangunan masyarakat dan penerbitan maklumat yang lebihmenguntungkan kumpllian-kumpllian tertentu, khususnya dalamkonteks penswastaan maklumat. Oengan perkembangan empayarglobal, masyarakat dllnia akan berkongsi set-set imej dan tlliisan­tulisan tertentu.

190

Page 9: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Terdapat beberapa faktor penggunaan perkongsian maklumatberkomputer ini yang sangat diperlukan dalam program dakwah iaitu(Abdullah Mohd. Zain dan Mohd. Jan Nordin 2000);

I. Cepat dan murah.Sebagai contoh untuk menghantar suatu perutusan, katakan sepucuksurat ke United Kingdom akan memakan masa selama 7 hari denganpos biasa atau 3 hari dengan pos laju. Begitu juga dengan koso Denganpos biasa, kos penghantaran surat adalah sekitar RM3 dan denganpos laju kira-kira RM50. Tetapi dengan menggunakan e-mail,perutusan tersebut dapat dihantar hampir dengan serta merta dengankos yang sangat minimum.

u. Mudah.Disebabkan komputer adalah alat utama yang digunakan secarameluas sarna ada di rumah atau di pejabat, perkongsian maklumatberkomputer adalah mudah digunakan.

UI. Tiada sempadan.Perkongsian maklumat menggunakan komputer tidak terikat denganperkongsian sempadan geografi atau politik. Perkongsian maklumatkomputer telah membolehkan kita mencapai konsep "kampungsejagat", kerana dengan menggunakan kaedah ini, kita bolehberkomunikasi dengan sesiapa sahaja di dalam dunia ini seolah-olahkita berada di dalam sebuah kampung yang keci\.

IV. Interaktif.Komputer juga adalah interaktif dan ini juga menjadikan penggunaankomputer menarik.

v. Multimedia.Perkongsian maklumat komputer tidak terhad kepada teks sahaja,sebaliknya maklumat boleh dihantar dalam bentuk gambar, suaradan video.

Asas kepada peradaban dan kekuatan era maklumat ialah maklumatitu sendiri. Dengan kepantasan perkembangan teknologi maklumat,komputer dan komunikasi, maklumat kini adalah lebih kaya, interaktifdan wujud dalam pelbagai format. Dengan terhasilnya teknologi webyang kini menjadikan internet lebih berguna dan popular, maklumatmultimedia juga boleh dialirkan dengan pantas, murah dan efektif keseluruh dunia.

191

Page 10: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Jurnal Gading

Persediaan Ummah

Apabila berfikir tentang dakwah Islam, kebanyakan intelektual Islamsarna ada golongan modenis mahupun tradisionalis bergerak di dalamruang yang sempit dan terkongkong. Dakwah Islam selaludipersembahkan sebagai satu bentuk keagamaan. Golongan modenispercaya Islam di sekitar ibadah, kepercayaan dan ritual pelibadi, manakalagolongan tradisionalis selalu menerangkan [slam sebagai satu cara hidupyang sempurna.

Dari perspektif Islam, yang pertama harus disedar bahawa informasidan teknologi maklumat akan mempunyai erti hanya apabila ia berada didalam rangka pengetahuan tentang masyarakat; hanya apabila komponensasarannya selaras dengan aspek-aspek mutlak, budaya dan subjektifsesuatu masyarakat, barulah informasi akan dapat memberikansumbangan positif kepada ummah. Keselarasan seperti ini terjadi hanyajika negara-negara Islam menghasilkan informasi mereka sendiri dengansegala kelengkapan yang dapat memenuhi keperluan-keperluan ummah(Ziauddin Sardar 1995).

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan membentuk gayadan kaedah pemikiran alternatif yang merangkumi pandangan hidupIslam? Adakah ia dapat dilakukan dengan serta merta sepertipembangunan Kuala Lumpur daripada bandar tradisional menjadi kotabarat yang moden? Apakah yang perlu dilakukan oleh umat Islam untukmembentuk teknologi maklumat Islam?

Pada peringkat ini, umat Islam harus diberi peluang dan galakanuntuk beberapa perkara berikut (Shanti Balraj Ambigapathy 1999):

1. Menyelidikijawapan dan penyelesaian kepada masalah-masalah danisu-isu yang membingungkan mereka melalui proses pembacaan,penulisan, tontonan, penerbitan dan mendengar mengenai sesuatuyang bererti kepada mereka.

11. Menguasai kemahiran komunikasi untuk menyampaikan pandangandan perasaan yang mereka anggap sebagai penting dalam kehidupanmereka.

lll. Mencari ilml1 dan ruang untuk memikirkan dan menilai isu-isu yangpenting kepada diri mereka dan juga kepada masyarakat.

IV. Menjadi warganegara dan ummah yang aktif, yang banyak membaca,menuli ,mendengar dan menonton.

v. Memahami mengapa kumpulan-kumpulan yang berlainan mempunyaipelbagai budaya dan kehidupan yang berbeza.

192

Page 11: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Perkara pertama yang perlu disedari di sini ialah bahawa tidak adajalan pintas ke arah memperkembangkan teknologi Islam, tidak ada carayang mudah untuk menghadapi gaya dan kaedah teknologi yang dominan.Penyelesaian serta merta walaupun jika dapat dilakukan, hanya akanmelambatkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kedua, ialah kita mestimengevolusi cara umat Islam menyelesaikan masalah teknikal di dalamlingkungan batas-batas konteksnya. Ia tidak boleh dipisahkan daripadapenemuan semula sains Islam, perkembangan teori dan praktik ekonomiIslam yang sesuai dan perkembangan faedah semasa bagi kajian tentangmasyarakat dan budaya Islam (Ziauddin Sardar 1990). Empat bidang iniadalah saling berkaitan di antara satu sarna lain. Secara umumnya, rangkakerja falsafah yang memajukan evolusi teknologi Islam telah sedia wujuddalam bentuk nilai Islam dan peraturan syariah yang menunjukkan ciri­ciri masyarakat Islam. Konsep-konsep seperti al-adl (keadilan), istislah(kepentingan umum), khilafah (kepimpinan) dan iqtisad (perekonomian)serta peraturan syariah misalnya dalam bidang alam sekitar seperti harim(kawasan pemeliharaan), ihya (pemulihan tanah) dan hima (rezab awam)dapat menggariskan lingkungan teknologi.

Strategi apapun bagi dunia Islam harus berusaha menempatkanteknologi maklumat dalam konteks ilmu pengetahuan tentang masyarakatdan kebijaksanaan tradisional. Umat Islam nampaknya mempunyaikesulitan tertentu dalam memahami dan menghargai kualiti yang terakhirini. Namun demikian, dalam keadaan dunia Islam sekarang ini yangdipenuhi dengan pelbagai masalah yang meluas, pelik dan saling berkaitan;dan secara lebih umum keadaan umat manusia yang dipenuhi denganbanyak krisis, tidak ada yang boleh dianggap lebih merosakkan danmenghapuskan kepentingan kebijaksanaan ini.

The Shorter Oxford Dictionary (C.J. Onions Lt.) memberikandefinisi umum mengenai istilah wisdom (bijaksana) ini sebagai;

Kemampuan untuk memherikan penilaian secara henarmengenai masalah-masalah yang herkaitan dengan kehidupandan perilaku; atau kadangkala juga diertikan, sekalipun agaklonggar, sehagai akal sihat khususnya dalam masalah-masalahpraktis.

Persediaan ummah di zaman ini ialah bagaimana mengintegrasikanmultimedia dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan yang bolehmenempatkannya sebagai wasilah dakwah masyarakat dunia.Sesungguhnya zaman moden ini telah mengubah keadaan kehidupanmanusia. Kehidupan moden menuntut setiap orang bergerak pantas dan

193

Page 12: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Jurnal Gading

cerdas dalam menjalani kehidupan hariannya. Ummah zaman modenmesti bersikap responsif dan positif terhadap perubahan ini (Faisal Hj.Osman 1994).

Umat Islam boleh melakukan perkara ini jika ummah itu sendirimenciptakan dan menyebarkan informasi teknologi maklumat yangtunduk pada sebahagian nilai dasar dan konsep utama pandangan duniaIslam. Sekurang-kurangnya ada tujuh konsep utama yang mempunyaikaitan Jangsung dengan penciptaan dan penyebaran informasi, yaknitauhid (keesaan), al- 'ibn (ilmu pengetahuan), hikmah (kebijaksanaan),al-adl (keadilan), al-ijmak (kesepakatan), al-syura (musyawarah), al­istislah (kepentingan umum) dan ummah (masyarakat Islam sejagat).

Umat Islam harus berpaling kepada saIjana-sarjana Islam klasik untukmenghargai secara benar sifat kebijaksanaan ini. Islam mengistilahkannyadengan kalimah hikmah. Tentang hikmah al-Ghazali pernah mengatakanbahawa jika pengetahuan diperkembangkan dengan tepat sehinggamenjadi sempurna, maka itulah hiklllah. Ilmu pengetahuan boleh menjadikutukan dan pujian, tetapi hikmah boleh membezakan penilaian antarayang benar dan yang keliru; dan antara keyakinan yang benar dan yangkeliru dan antara perbuatan yang baik dan yang buruk. AI-Ghazali(Ziauddin Sardar 1995) mengemukakan empat manifestasi kebijaksanaaniaitll;

I. Kemampuan atall kecekapan pentadbiran. Kecekapan inimelllungkinkan seseorang menemukan cara terbaik untukmendapatkan kebaikan bagi dirinya sendiri mahupun bagi orang lain,misalnya dalam mengatllr negara atau keillarga.

Il. Kecermatan yang sangat. Kecekapan yang menolong untuk sampaikepada keplltllsan yang tepat ketika terjadi persilangan pendapat.

Ill. Kejernihan fikiran adalah wawasan yang membantu seseorangmenerapkan cara-cara yang benar untuk mendapatkan hasil-hasilyang terbaik dalam sesllatu masalah tertentll.

IV. Ketajaman fikiran adalah kecekapan untuk menelllukan percikan­percikan yang halus dalam fikiran dan perbuatan, dan untuk menerimakebenaran langsllng, yang ditunjukkan oleh pengalaman tanpaterjebak dalam alasan-alasan yang keliru tentangnya.

Ahli falsafah Islam telah melihat rangkaian menyeluruh fakta,informasi, ilmu pengetahllan dan kebijaksanaan secara hierarki dengankebijaksanaan berada di puncak tangga dan fakta-fakta berada di bawahyang sudah diakui secara umum terdapat hubung kait di antara konsep­konsep ter ebut. Proses keseluruhannya terlihat di dalam sistem nilai

194

Page 13: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Islam dan diakui bahawa dari tiga anak tangga pertama (terbawah) dapatmengarahkan manusia kepada kegiatan-kegiatan yang terpuji.

Sebuah strategi informasi teknologi maklumat yang dikawal olehkonsep-konsep dasar Islam akan memiliki pengaruh yang mendalampada masyarakat Islam. Selain menyembuhkan penyakit-penyakitperadaban Islam, ia juga dapat memberi dorongan baru untukmembangkitkan semula Islam. Manusia memerlukan pengetahuan yangterperinci ten tang alam fizikal, alam kemanusiaan dan alamkemasyarakatan untuk menggunakan segala potensi ummah. Dr. AbdulMonir Yaacob (1994) menjelaskan;

Adalah satu kekeliruan yang besar dalam beragama Islamsekiranya tugas developmental dan temporal manusia yangterkandung dalam makna khal~fah itu dibesar-besarkan seolah­olah ia tidak tertakluk atau dikawal oleh tugas 'ubudiyyah yangdijelaskan dan diperincikan oleh akidah tauhid dan syariahAllah yang disampaikan kepada rasul-Nya Muhammad s.a. w.

Agama Islam dan masyarakat Islam adalah seperti sebuah bangunanyang indah tetapi tua dan telah menjadi lemah kerana terabai sekianlama. Asasnya adalah sangat kukuh, tetapi pembinaan batu batamemerlukan perhatian segera, plasternya perlu diganti, bahagianhadapannya perlu dihias semula untuk menjadikannya lebih menarik. Didalamnya, bangunan itu memerlukan keselarasan dengan keperluanzaman, masa kini dan masa hadapan (Ziauddin Sardar 1985). Islammenyambut baik terhadap kejayaan manusia bagi mencapai ke arahkejayaan tamadun manusia yang tinggi, iaitu hasil dari pencapaian keilmuanselaras dengan tujuan Allah S.W.t. mencipta manusia sebagai khalifah dimuka bumi (Shalan Abd. Qadir al-Bakiri 1983). Islamjuga menyambutbaik penemuan baru dan telah menggalakkan umatnya berusaha ke arahtersebut, bagi mempertingkatkan manusia ke arah kehidupan yang tinggi(Mohd. Jamil Sulaiman 1999).

Oleh itu, persediaan untuk memahami waqi' (realiti) adalah sangatpenting agar ummah dapat mengetahui sejauh manakahjahiliyyah dapatmenular masuk ke dalam masyarakat Islam. Begitu juga persediaan disudut meningkatkan mutu ummah dan melahirkan tokoh-tokoh dalambidang teknologi dan pelbagai bidang. Persediaan-persediaan tersebutboleh dicapai dengan melibatkan diri dalam program-program yangberbentuk siyasi (teori atau praktik) (Mohd. Jamil Sulaiman 1999).

Program berbentuk teori boleh dibuat melalui program-programseperti ceramah, bacaan dan perbincangan. Manakala program praktik

195

Page 14: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Jurnal Gading

ialah dengan penglibatan dalam pergerakan atau organisasi yang tertentu.Kedua-dua program ini boleh dicapai dengan berkesanjika masyarakatmengambil peluang dengan kehadiran era teknologi maklumat. UmatIslamjangan membiarkan era ini berkubur kerana penguasaan teknologiakan menentukan keupayaan daya saingan kita menjelang alaf akandatang.

Persediaan dalam memahami teknologi maklumat dan komunikasi(lCT) amat penting agar ummah dapat mencapai matlamat berikut (Mohd.Jamil Sulaiman 1999);

I. Mengetahui sejauh manakah ICT boleh menular masuk ke dalammasyarakat Islam.

11. Mengetahui dasar-dasar dan cara-cara yang digunakan untukmemperkuatkan umat Islam.

111. Mengetahui cara dan menguasai persekitaran digital.lV. Menyedari tentang beberapa kelemahan teknologi ini.

Kefahaman ini pula perlu selalu mendapat rangsangan, semoga ianyahidup dan membawa manfaat kepada manusia seluruhnya. ICT bolehdiberi gambaran analogi sebagai sebuah pokok yang mempunyai beberaparanting. Ranting-ranting pokok ini merupakan cabang-cabang ICT sepertimultimedia, telekomunikasi, internet, kepintaran tiruan (artificialintelligence), komputer, perisian, piawaian dan sebagainya (Mohd. JamilSulaiman 1990).

Multimedia Sebagai Medium Dakwah

Tarikan dan keberkesanan dakwah bukan sahaja disebabkan olehkesesuaian pemilihan dan gaya persembahan, malah juga disebabkanoleh kesesuaian media dan saluran. Kalaulah ketiga-tiganya dapatdisesuaikan, sudah tentu kesannya lebih besar dari satu atau dua yangdapat disesuaikan. Maka dakwah yang tidak disalurkan melalui mediayang sesuai dengan sasaran boleh mengurangkan tarikan dan pengaruhkepadanya (Ab. Aziz Mohd Zain 2001).

Dari sudut inilah, pendakwah perlu memainkan peranan yang pentingdalam mengatur kehidupan individu dan masyarakat agar mereka dapatmengikis kejahilan umat dengan gaya persembahan yang menarik.Langkah ini perlu dilaksanakan agar perkembangan dakwah dapatdigerakkan dengan matang. Pendekatan dakwah harus berpandukankepada firman Allah s.w.t.;

196

Page 15: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yangbaik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.

(Surah al-Nahl: 125)

Sebagai sebuah wadah yang bersifat sejagat dan interaktif, parapendakwah perlu mendalami aspek-aspek komunikasi yang baru (AbdulRahman Mohd Said 1990);

I. Memahami perbezaan internet dengan media masa yang lain danmenjadi model perhubungan dan komunikasi yang berbeza. Tidakseperti akhbar, radio atau televisyen, internet merupakan sebuahwadah yang interaktif dan memerlukan gaya dan pendekatan yangberlainan dari proses komunikasi biasa.

u. Sentiasa mengenal pasti selera pengguna. Justeru itu, pendakwahdapat menggunakan cara-cara terbaik untuk memikat mereka.Demografi pengguna bertukar dengan cepat dan kita harus juga cepatbertindak balas terhadap perubahan.

IU. Mengenal pasti trend dan perkembangan baru dalam teknologi internetdan multimedia. Bidang ini sentiasa berubah dengan produk-produkdan teknologi terbaru. Pendakwah harus meneliti kemungkinanmenggunakan teknologi terkini, tetapi pendakwah tidak harus terikatkepadanya.

IV. Menyedari bahawa pengisian lebih penting dari teknologi, kualiti danpersembahan serta nilai-tambah yang membuatkan seorang penggunasering mengunjungi sesebuah laman.

v. Memberi penekanan kepada kualiti. Laman yang bersifat khutbahataupun berbau akademik tentunya tidak akan menarik minatpengunjung yang inginkan maklumat yang cepat diperolehi dan mudahdifahami.

VI. Mendokong berbagai-bagai bahasa. Pendakwah berkomunikasidengan pengguna di seluruh dunia. Seringkali pengguna muda Melayulebih senang menggunakan Bahasa Inggeris. Untuk memikat mereka,pendakwah harus menggunakan bahasa yang mereka lebih fasih.

Vll. Pengamalan prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan.

Menurut Hamid Mowlana, yang membezakan falsafah penyebaranilmu atau informasi antara tradisi Islam dan barat ialah Islam tidakmenganggap komoditi, tetapi lebih kepada service yang mengutamakanmoral dan etika bagi tujuan pembangunan insan (Zulkifle Abdul Ghani1999). Dari segi falsafah, terdapat perbezaan ketara dalam hala tujuantara "Paradigma Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang sedang dibina

197

Page 16: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Jurnal Cading

masyarakat barat kini dan hal a tuju sepatutnya dalam ParadigmaKomuniti Islam (PKI)". PMB digambarkan oleh ideologi pasca­modenisme dan pasca-industri, yang tidak akan membuang sistem sosial,tetapi akan menganggap infonnasi lebih bernilai berbanding produkmaterial.

Berbeza dengan PMB, PKI bagaimanapun memberi penekanan padatasawwur dan inspirasi tauhid yang menjadi parameter kepada informasi.Informasi tidak value-free, tetapi mempunyai norma-norma, etika danmoral. Pegangan kepada tauhid akan memberi makna dan memandupengendali informasi (pendakwah) dengan tidak menganggap informasisebagai hak ekslusif dan komoditi seperti yang dikuasai oleh negara­negara maju ketika ini (Zulkifle Abdul Ghani 1999).

Penutup

Apabila kita merenung kembali sejarah pendidikan masa lampau, pastiumat Islam dapat merasai pendekatannya amat berbeza sekali.Dahulunya pendidikan yang bercorak penjajah telah mula diubah dengankonsep pendidikan yang lebih tersusun dan moden. Kemajuan initermasuklah dalam dakwah Islam. Kefahaman Islam (ilmu akidah, tauhid,fiqh, sejarah dan lain-lain) akan lebih menarik dengan adanya sokonganvideo dan gambar. Sebagai contoh dalam ilmu sejarah Islam, multimediamampu mempamerkan gambar-gambar seni bina Islam yang lampaudan melihatnya dengan lebih dekat dengan menggunakan kaedah tigadimensi. Manakala melalui teknologi talian terus (internet), para penggunaboleh berbincang dengan para ulamak secara interaktif melalui IRe(Internet Relay Chat), newsgroufJ dan e-mail. Konsep ini bukan sahajamengambil kaedah interaktif an tara individu dengan individu yang lain,bahkan antara individu dengan orang ramai.

Maklumat menjadi agenda terpenting dalam kehidupan. Mereka yangbermaklumat akan disanjung dan mereka yang kurang serta tidakbermaklumat akan dipinggirkan. Penekanan kepada masyarakatbelinformasi menyebabkan masyarakat akan didedahkan kepada berbagaibahan yang mendorong mereka untuk mencapai suatu maklumat.Masyarakat mestilah memahami konsep serta persaingan yang bakaldihadapi. Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) adalahaspek yang boleh diketengahkan dan dipraktikkan dalam mendalamiteknologi maklumat.

198

Page 17: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pembangullan Dakwah

Rujukan

AI-Quran ai-Karim

Ab. Aziz Mohd Zaino (200 I). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur:Penerbitan Universiti Malaya.

________ . (1997). Penghanlar Dakwah Islamiah. KualaLumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Abdul Monir Yaacob (1994). "I1mu Teras Keunggulan Ummah" dalamSiti Fatimah Abdul Rahman dan Hamiza Ibrahim, IsLam:Penyelesaian PermasaLahan Zaman Moden. (3). Kuala Lumpur.Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abdul Rahman Mohd Said (1999). "Membimbing Ummah MelaluiMultimedia" dalam Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah AbdulRahman. Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur: Institut KefahamanIslam Malaysia.

Abdullah Mohd Zin dan Mohd Jan Nordin (2000). PerkongsianMaklumat. Prentice Hall.

Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman (1999).Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman IslamMalaysia.

AI-Aluri, Adam Abdullah (u.). Tarik/? al-Da 'wah fla Allah Baina aL­Amsi wa aL-Yawn. Jil. 2., Qaherah: Maktabah al-Wahbah.

AI-Abrashi, Mohammad' Atiyyah (1967). al-Tarbiyyah aL-lslamiyyahwa Falasij"atuhu. Misr: 'Isa al-Bab al-Halabi wa Syurakatuhu.

AI-Bakiri, Shalan Abd. Qadir (1983). Abu Laila dan Mohd Tahir. al­Qur'an dan Pembinaan Insan (terj.). Jakarta: Dar al-Ma'arif.

AI-Ghazali (1976)./hya' 'Ulum aI-Din, Jil. IV., Qaherah: al-Mu'asasahHalabi wa Syurakatuhu.

199

Page 18: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

iurnal Gading

AI-Ghazali, M. (1989). Ma'AlIah: Dirasatfi al-Da'wah wa al-Du'ah.Beirut: Dar al-Qalam.

AI-Qaradawi, Yusuf (l978). Thaqafah al-Da'iyyah. Beirut.

AI-Umari, Akram Diya' (200 I). Masyarakat Madani di Madinah.(telj.). Kuala Lumpur: The International Islamic Thought.

Anwar, Mumtaz A. (U.). Information Servicer in Muslim Countries.London and New York: Mansell Publishing Limited.

Bucaille, Maurice (1978). The Bible, The Qur'an and Science. USA:American Trust Publication.

Hassan Langgulong (Prof. Dr.) (1967). Pendidikan Islam Satu AnalisaSosio Psikologikal. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Lyotard, Jeans Francois (1986). The Post-Modern Condition A Reportof Knowledge. Manchester University Press.

Kamus Dewan (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Manzur, lbnu (u.). Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-Sadit.

Mashkuri Hj. Yaacob, Salimah Mokhtar, Abdullah Abd. Ghan (1999)."Multimedia dari perspektif al-Qur'an" dalam Abu Bakar AbdulMajeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman, Multimedia dan Islam.Kuala Lumpur: lnstitut Kefahaman Islam Malaysia.

Mohd. Jamil Sulaiman (1999). 'Peluang Ummah dalam PembangunanMultimedia" dalam Abu Sakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah AbdulRahman, Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur: Institut KefahamanIslam Malaysia.

Onions, c.J. (U). The Shorter Oxford Dictionary in HistoricalPrinciples. Edisi 3. Oxford Universiti Press.

Oxford Advanced Leaners Dictionary (1993). Oxford University Press.

200

Page 19: Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Multimedia Medium Pembangunan Dakwah

Qamihah, Jabir (1996). Modaser Rosder dan Mohd Zawawi Abdullah(telj.). Nilai-nilai Islam Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: BahagianHal Ehwallslam labatan Perdana Menteri.

Sardar, Ziauddin (1990). Mohd. Sidin Ahmad Ishak (terj.). MasaHadapan Islam: Benluk Idea Yang Akan Datang. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

________ . (1985). Islamic Future The Shape oj Ideas ToCome. London: Mansell Publishing Limited.

_______ . (1995). Strategi Dunia Islam Abad Ke-21 (terj.),Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shanti Balraj Ambigapathy (1999). "Ke Arah Mewujudkan GenerasiCelik Multimedia" dalam Abu Sakar Abdul Majeed dan Siti FatimahAbdul Rahman. Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur: lnstitutKefahaman Islam Malaysia.

Siti Fatimah Abdul Rahman dan Hamiza Ibrahim (1994). Islam:Penyelesaian Permasalahan Zaman Moden. Edit. Jil. 3. KualaLumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Sulaiman Nordin (1995). Sains Menurut Perspektij Islam. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusoff Zaky Yacob (1970). Sumbangan Islam Kepada Dunia. KotaSharu: Syarikat Dian Sdn. Bhd.

ZuLkitle Abdul Ghani (1999). "Imperatif Multimedia dalam PembangunanUmmah" dalam Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah AbdulRahman Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur: Institut KefahamanIslam Malaysia.

AIZA BUDIN, MINAH DIBOK, RUAAIN MUSTARI & SHARIFAHFAIGAH SYED ALWI, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,Universiti Teknologi MARA Pahang. [email protected],[email protected], [email protected],[email protected]

201