rph esaimen akhlak.docx

Upload: husaini-hisham

Post on 06-Oct-2015

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAEDAH SESUAI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKHLAK ISLAMIAHPengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang lengkap dan berkesan.Pemilihan kaedah yang betul umpamanya memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seorang guru. Ini bertepatan dengan aspek pemilihan kaedah yang ditegaskan oleh al-Syaibani (1979) iaitu tiada satu metode pengajaran yang berguna untuk semua tujuan pendidikan dan semua mata pelajaran. Begitu juga, tiada pengkaedahan yang lebih baik bagi semua pendidik dalam semua keadaan dan suasana. Guru boleh memilih metode yang sesuai dalam tujuan pendidikan yang ingin dicapainya atau pelajaran yang ingin diajar; serta tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar-pelajar.Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi satu faktor penting kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada para pelajar selain daripada bakat dan ketokohan seseorang guru dalam sesuatu disiplin termasuk Pendidikan Islam. Keperluan kepada kepelbagaian kaedah dapat menarik minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu mendorong mereka mencapai pencapaian terbaik.Oleh itu, tumpuan utama yang akan dikupas dalam penulisan ini ialah berkaitan pengertian kaedah itu sendiri dan beberapa contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah bagi Bidang Asas Akhlak Islamiah.Menurut bahasa akhlak bermaksud tingkah laku atau kebiasaan-kebiasaan. Menurut istilah pula, akhlak ialah suatu bentuk (naluri) dalam jiwa seseorang manusia yang dapat melahirkan sesuatu tindakan dan kelakuan dengan mudah dan spontan tanpa berfikir terlebih dahulu.

Oleh itu, akhlakbermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan al-Quran dan al-Hadis sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umat manusia. Seperti yang kita ketahui akhlak Rasulullah s.a.w. ialah al-Quran. Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan qudwah hasanah atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Dalam masa yang sama, guru perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi lebih menarik dan lebih berkesan. Hasil daripada pembelajaran akhlak yang menarik dan berkesan, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan Islam.Kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran akhlak ialah perbincangan, lakonan, simulasi, soal jawab, kuliah, penerangan, tunjuk cara, latih tubi, bercerita, sumbangsaran, simulasi, projek, qudwah hasanah dan seminar. Namun begitu, guru perlu bijak memilih kaedah untuk mengajar tajuk akhlak ini. Sekiranya kaedah yang digunakan oleh guru tidak sesuai dengan tajuk akhlak maka pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bosan dan seterusnya murid-murid tidak dapat menguasai tajuk yang diajar oleh guru. Melalui kaedah perbincangan murid-murid dapat melakukan beberapa aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Sebenarnya, kaedah ini menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar mengenai sesuatu topik. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru untuk mendapat pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua iaitu Perbincangan Formal dan Perbincangan Tidak Formal.Selain itu, kaedah lakonan juga sesuai untuk tajuk akhlak. Melalui kaedah ini, murid-murid berpeluang melakonkan watak mengikut skrip atau isi pengajaran. Melalui kaedah ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan. Namun begitu, guru perlu memberi perhatian sekiranya kaedah ini digunakan dalam tajuk akhlak. Antaranya ialah :1. Peristiwa yang sesuai2. Pelakon hendaklah memahami situasi3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti4. Pelakon yang sesuai5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip. 6. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.

Tidak dinafikan juga kaedah tunjuk cara merupakan salah satu keadah yang boleh diajarkan oleh guru untuk mengajar tajuk akhlak. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan penglihatan, komunikasi dan pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Contohnya seperti tunjuk cara berjual beli. Langkah-langkah melakukan kaedah demonstrasi ialah mula-mula guru akan menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian. Kemudian, guru akan membuat tunjuk cara di hadapan kelas dan semua murid akan melihat dengan teliti. Murid akan balik pada kumpulan atau individu dan membuat apa yang telah di lihat dalam demonstrasi itu dengan bimbingan guru. Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar murid-murid selain dapat memberi kefahaman yang lebih, ia dapat menarik perhatian murid. Murid dapat membentuk konsep dan idea secara positif serta mengawal dan meningkatkan mutu hasil kerja.Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah yang sesuai yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Asas Akhlak Islamiah. Kaedah-kaedah ini perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian tajuk dan tahap keupayaan murid-murid . Kaedah yang efektif memudahkan murid-murid memahami, mengingati dan menguasai tajuk yang disampaikan oleh guru. Pembelajaran akan berkesan apabila sesuatu sesi pembelajaran dapat mencapai objektifnya dan murid-murid mengubah tingkah laku berdasarkan ilmu yang dibina. Seterusnya mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian . : : : 5 : 25/09/2013 : (30) 9.15 9.45 : 33 : : () : : : : : : : : : 1 :2 : 3 2 :

& /

:- - -

( 2(

:-

:- - .- .- -

.

:1. 2. 3.

( 5)

:-

:-

:- -

:- - - .- - .

:-- 2 1

) 7)

:-

:-

:-

:- - . - .- -

.

- - - 2

) 7)

:-

:-

:- - -

:-

- 2 .- 2 . - 2

- - - - - - 3

) 6)

- - - -

)3)

:________________________________________________________________________________________________________ :________________________________________________________________________________________________________ :________________________________________________________________________________________________________