rph carta pai

7
5.0 PENGAJARAN MIKRO 5.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pengendalian Data Carta Pai RANCANGAN PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 6 (PENGENDALIAN DATA) Tarikh : 9 April 2012 Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi Tahun : 6 Cekal Bil Murid : 25 orang Subjek : Matematik Topik : Pengendalian Data Subtopik : Menyusun dan Mentafsir Data Bidang Pembelajaran : Membina Carta Pai daripada Sekumpulan Data Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: i. Mentafsir data daripada data dengan betul ii. Membina carta pai berdasarkan data dengan betul

Upload: wan-nor-faezah

Post on 29-Jun-2015

5.624 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph carta pai

5.0 PENGAJARAN MIKRO

5.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pengendalian Data Carta Pai

RANCANGAN PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 6 (PENGENDALIAN DATA)

Tarikh : 9 April 2012

Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi

Tahun : 6 Cekal

Bil Murid : 25 orang

Subjek : Matematik

Topik : Pengendalian Data

Subtopik : Menyusun dan Mentafsir Data

Bidang Pembelajaran : Membina Carta Pai daripada Sekumpulan Data

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

i. Mentafsir data daripada data dengan betul

ii. Membina carta pai berdasarkan data dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah boleh menyusun data dalam bentuk jadual

Kemahiran Berfikir : Mengenalpasti, mengklasifikasi

Page 2: Rph carta pai

Nilai Murni : Ketepatan masa, berhati-hati, bekerjasama

Bahan Bantu : Video, ‘powerpoint’, polisterin bulat, kad ‘fraction templates ’

Tatabahasa : Carta pai, ‘fraction template’, kekerapan

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(3 minit)

Mari Mendengar Cerita

‘Beruang yang Baik Hati’

-Murid mendengar guru bercerita tentang ‘Beruang yang Baik

Hati’ menggunakan kad pecahan pizza dan ‘powerpoint’.

-Guru mengaitkan dengan isi pelajaran

i. Semakin banyak pizza yang diberi kepada seseorang,

semakin besar pecahan pizza yang perlu dikeluarkan.

ii. Jika sedikit pizza diberi, maka pecahan pizza yang

dikeluarkan juga sedikit

ABM

-Kad pecahan

pizza

-‘Powerpoint’

Langkah 1

(10 minit)

Demonstrasi guru

Penekanan konsep sebahagian

daripada keseluruhan

-Guru menggantung polisterin besar berbentuk bulat di papan

hitam

-Guru mencucuk pin berwarna pada lilitan bulatan. Jaraknya

dipastikan sama.

5 pin merah

3 pin biru

2 pin kuning

ABM

-Polisterin bulat

-Pin berwarna

Page 3: Rph carta pai

-Guru membuat garisan seperti dalam rajah

-Guru menampal kad berwarna bersesuaian dengan setiap

sektor

-Murid ditekankan dengan konsep:

Carta pai mewakili sebahagian daripada keseluruhan

Satu bulatan adalah keseluruhan dan setiap sektor

adalah sebahagian daripada bulatan

-Murid diminta mengaitkannya dengan cerita dalam set

induksi

Sektor yang dilitupi oleh pin berwarna merah mewakili

pizza yang diberi kepada tikus.

Sektor yang dilitupi oleh pin berwarna biru mewakili

pizza yang diberi kepada kambing.

Sektor yang dilitupi oleh pin berwarna hijau mewakili

pizza yang diberik kepada Deery.

Langkah 2

(20 minit)

Cuba sendiri

Membina Carta Pai

Menggunakan ‘Fraction

Templates’

-Murid diedarkan dengan sehelai kertas yang mengandungi 3

‘fraction templates’ setiap seorang:

‘Fraction template’ persepuluh

‘Fraction template’ perlapan

‘Fraction template’ perlima

-Murid ditayangkan jadual melibatkan jumlah kekerapan

sebanyak 10 menggunakan ‘powerpoint’

ABM

-‘Fraction

template’

-‘Powerpoint’

Page 4: Rph carta pai

-Murid dibimbing untuk memilih ‘fraction template’ yang

bersesuaian:

Kira jumlah data/kekerapan data. Jika 10, maka

gunakan ‘fraction template’ persepuluh

-Murid diminta untuk mewarnakan jumlah pecahan dengan

warna yang bersesuaian dengan data

-Murid dibimbing untuk mencari peratusan yang terlibat bagi

setiap sektor

-Murid dibimbing untuk melabel dan menamakan data

-Murid dibimbing untuk mengaitkan peratusan dengan

pecahan carta pai

Semakin luas kawasan yang diliputi oleh sesuatu

warna, semakin besar peratusannya.

-Murid ditayangkan dengan data berlainan dan langkah

membina carta pai diulang

Langkah 3

(10 minit)

Kuiz Interaktif

Membina Carta Pai secara

Interaktif

-Murid ditayangkan permainan membina carta pai secara

interaktif pada laman sesawang

http://nlvm.usu.edu/en/nav/frames_asid_183_g_4_t_5.html

-Murid diminta mencuba

-Murid diedarkan dengan lembaran kerja dan menyiapkannya

ABM

-Permainan

interaktif

-Lembaran kerja

Nilai Murni

-Yakin diri

Page 5: Rph carta pai

dalam masa 5 minit -Berani

Langkah 4

(15 minit)

Aktiviti Kumpulan

Membina Carta Pai

-Murid diminta duduk dalam kumpulan berlima

-Murid diberikan satu kertas soalan penyelesaian masalah

-Murid diminta melengkapkan jadual dan membina carta pai

mengikut langkah yang betul pada ruang yang disediakan

-Kumpulan yang terpantas menjawab dengan betul dikira

pemenang

ABM

-Kertas soalan

Nilai Murni

-Kerjasama

Penutup

(2 minit)

Perbincangan

Langkah-langkah Membina

Carta Pai

-Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan langkah-

langkah membina carta pai:

Tentukan pecahan bulatan mengikut jumlah

kekerapan

Warnakan setiap sektor mengikut bilangan kekerapan

bagi setiap item.

Cari peratusan bagi setiap sektor

Labelkan bahagian berwarna mengikut nama item

beserta peratusannya. Berikan tajuk bagi carta pai

tersebut.

Nilai Murni

-Berani

-Yakin Diri

Page 6: Rph carta pai

Refleksi: