pai adab berkawan

32
ADAB Dengan kerjasama dan hasil usaha: Muhammad Taufiq bin Faizal Muhammad Aiman Haikal bin Yahya Muhammad Ilham bin Mohd Nor BERKAWAN Nama guru: Pn. Sharipah Mariah bt. Syed Hussin

Upload: ieman-nur-sufiah

Post on 02-Aug-2015

96 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pai adab berkawan

ADAB

Dengan kerjasama dan hasil usaha:

Muhammad Taufiq bin Faizal Muhammad Aiman Haikal bin Yahya

Muhammad Ilham bin Mohd Nor

BERKAWAN

Nama guru: Pn. Sharipah Mariah bt. Syed Hussin

Page 2: Pai adab berkawan

Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih daripada satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan daripada organisasi yang sama. Kawan ialah orang

yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kawan selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya dengan kita. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur

apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin

boleh terputus.

MAKSUD

KAWAN

Page 3: Pai adab berkawan

PENGHAYATAN HADIS

Daripada Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Pertama: Imam (pemimpin) yang

adil. Kedua: Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah. Ketiga: Insan yang hatinya terpaut dengan masjid. Keempat:

Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. Kelima: Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata:

‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’. Keenam: Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya

tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya. Ketujuh: Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu

menitiskan air matanya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 4: Pai adab berkawan

… Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah …

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN ???

Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. Dua orang saudara Muslim bertemu semata-mata untuk merapatkan ukhuwah dan kasih sayang, saling nasihat-menasihati, lengkap-melengkapi dan merancang sesuatu atas tanggungjawab untuk

menyelamatkan umat ini daripada hanyut dibawa arus jahiliyah dan terselamat daripada mendapat azab Allah SWT. Mereka berpisah adalah

semata-mata kerana Allah disebabkan masing-masing kembali ke tempat asal mereka untuk memenuhi tuntutan dakwah dan tarbiyyah, walaupun berjauhan namun perasaan ukhwah dan kasih sayang tetap berterusan.

Allah SWT akan memberi pahala dan ganjaran yang besar apabila seluruh masa, tenaga dan wang ringgit dicurahkan semata-mata kerana Allah SWT.

Atas usaha-usaha yang berterusan seperti ini, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT, memang sesuailah mereka mendapat naungan Allah SWT di akhirat nanti. Dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan di

dalam Kitab Al-Muwattha’ Imam Malik, Nabi S.A.W telah bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Kasih-sayangKu lebih utama untuk mereka yang berkasih-sayang pada jalanKu, golongan berhimpun dan berkelompok semata-mata keranaKu, golongan yang saling ziarah-menziarahi keranaKu, dan golongan yang sentiasa berbelanja dijalanKu”

Page 5: Pai adab berkawan

JENIS-JENIS IKATAN PERSAHABATAN

3 Jenis Persahabatan

Persahabatan

kerana Allah

Persahabatan

tabii

Persahabatan

yang tercela

JENIS-JENIS IKATAN PERSAHABATAN

Page 6: Pai adab berkawan

Inilah sebaik-baik persahabatan. Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah S.W.T. semata-mata. Betapa

mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah S.W.T. Akan tetapi, persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus, semakin lenyap

daripada muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik, sifat keakuan dan nafsu-nafsu yang menguasai diri manusia.

Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala

yang besar.

PERSAHABATAN KERANA ALLAH

Page 7: Pai adab berkawan

Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah. Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.

Mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka

semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala. Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula. Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat

ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.

PERSAHABATAN TABII

Page 8: Pai adab berkawan

PERSAHABATAN YANG TERCELA

Inilah persahabatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan kita. Bukan sahaja tidak berpahala, malah berdosa pula. Yakni ia bersahabat dan

mengasihi seseorang kawan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala. Mereka sama-sama

bersahabat tetapi sahabat yang menganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan. Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan

syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat, walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu, di akhirat nanti

mereka akan saling bermusuhan, bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain. ”Sia-sia aku berkawan dengan engkau.”,”celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.”,”Kerana berkawan dengan kamu, aku

dihumban ke neraka ini!”.

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :“….dan sahabat-sahabat (karib di dunia dahulu) pada hari itu (hari

akhirat) saling bermusuhan antara satu sama lain melainkan orang-orang yang bertaqwa.” (Az-Zukhruf: 67)

Page 9: Pai adab berkawan

CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK

Taat kepada perintahAllah S.W.T.

Bersopan-santun

Baik budi pekerti

Mengamalkan sifat-sifat

mahmudah

Berilmu pengetahuandan beramal

dengan ilmunya

Berdisiplin

Tidak mementingkan

diri sendiri

Tidak mendedahkan keburukan kawan

Menjadi contoh terbaik (mithali)untuk diteladani

Sanggup berkorban untuk meringankan

kesusahan kawan

Berlapang dadamenerima teguranatau nasihat kawan

Page 10: Pai adab berkawan

CARA-CARA BERADAB DENGAN

KAWAN

Sentiasa memberisalam dan

mendoaaknkebaikan ketika

bertemu dan berpisah

Sentiasa bersangka baikdengan kawan

Jujur dan ikhlasdalam persahabatan

Menghindarkan perbuatan

atau percakapan yangmenyakiti hati rakan

Saling menasihatiantara satu sama lain

Page 11: Pai adab berkawan

CARA-CARA BERADAB DENGANKAWAN

Menghindarkan perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati rakan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik(mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan

salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya(menjulang tinggi) ke

langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka

ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain)

seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.

(Surah Ibrahim: 24-26)

Page 12: Pai adab berkawan

CARA-CARA BERADAB DENGANKAWAN

Saling menasihat ke arah kebaikan

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula

berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(Surah Al-Asr: 1-3)

Page 13: Pai adab berkawan

CARA-CARA BERADAB DENGANKAWAN

Jujur dan ikhlas dalam persahabatan

Rasulullah S.A.W. telah mengkategorikan orang munafik kepada orang-orang yang selalu berkata dusta, sebagaimana

sabdanya, "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga; bila berucap dusta, kala berjanji ingkar dan saat

dipercaya khianat.“(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Page 14: Pai adab berkawan

CARA-CARA BERADAB DENGANKAWAN

Sentiasa bersangka baik dengan kawan

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan

yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau

mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah

seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka

sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;

sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Hujuraat: 12) 

Page 15: Pai adab berkawan

CARA-CARA BERADAB DENGANKAWAN

Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami!

Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan

dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya

Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu".   

(Al Hasyr: 10) 

Page 16: Pai adab berkawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGANORANG YANG BAIK

Dapat mencontohi

kebaikan

Mendidik jiwamenjadi orang

yang baik

Dikasihi dan diredai olehAllah S.W.T

Dapat mencegahperbuatan mungkar

Mendorong melakukan

pekerjaan yangberfaedah

Mentaati perintah Allah

Page 17: Pai adab berkawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BAIK

Dikasihi dan diredai oleh Allah S.W.T.Dari Abu Hurairah R.A., katanya: “Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman – dalam Hadis Qudsi: “Barangsiapa yang memusuhi kekasihKu, maka Aku

memberitahukan padanya bahawa ia akan Kuperangi – Kumusuhi. Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan melakukan

hal-hal yang sunnah, sehingga akhirnya Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah telinganya yang ia pakai untuk mendengarkan, Akulah matanya yang ia pakai untuk melihat, Akulah tangannya yang ia pakai untuk mengambil dan

Aku pulalah kakinya yang ia pakai untuk berjalan. Jikalau ia meminta sesuatu padaKu, pasti Kuberi dan jikalau ia mohon

perlindungan padaKu, pasti Kulindungi.” (Riwayat Imam Bukhari)

   

Page 18: Pai adab berkawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BAIK

Dapat mencegah perbuatan yang mungkar

Telah bersabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yang baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang

besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit

ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun

kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.    

Page 19: Pai adab berkawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BAIK

Mendorong melakukan kerja yang berfaedah

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta

ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

   (Surah Al Jumu’ah: 10)   

Page 20: Pai adab berkawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BAIK

Mentaati perintah Allah

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran

yang mewajibkan taatnya).(Surah Al Anfal: 20)

   

Page 21: Pai adab berkawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BAIK

Mendidik jiwa menjadi orang yang baik

“Sesungguhnya telah Kami sediakan untuk penghuni neraka dari golongan jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak

menggunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat, mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk

mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak , bahkan lebih sesat lagi. Mereka adalah orang-orang yang alpa (tidak

berzikir) ” (Surah Al-A’raf:17 )

-   

Page 22: Pai adab berkawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BAIK

Dapat mencontohi kebaikan

Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang

berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada

orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan

sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat

bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.   (Surah Al-Hasyr: 9 )

-   

Page 23: Pai adab berkawan

ERTI PERSAHABATAN

Boleh berkongsi apa

sahaja

MemahamiProfesional

Jujur

Page 24: Pai adab berkawan

ERTI PERSAHABATAN

Boleh berkongsi apa sahajaIndividu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.

   

Page 25: Pai adab berkawan

ERTI PERSAHABATANJujur

Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar

kamu kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh

menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!

   

Page 26: Pai adab berkawan

ERTI PERSAHABATANProfesional

Sedang kamu mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia

cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada

mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;• Dia bijak mengawal emosi anda setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!

   

Page 27: Pai adab berkawan

ERTI PERSAHABATANMemahami

Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga

amat meyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini• Dia sedia dihubungi bila-bila masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu!• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri anda sahaja!

   

Page 28: Pai adab berkawan

PENGHAYATAN HADIS

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam

cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan

tidak boleh tidur.”(Hadis riwayat Muslim)

   

Page 29: Pai adab berkawan

PENGHAYATAN HADIS

Daripada Abu Hurairah R.A. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya

di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di

kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah

kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”.

(Hadith riwayat Muslim).

   

Page 30: Pai adab berkawan

PENGHAYATAN

Dalam kitab al-hikam ada menyebut,“jangan berkawan dengan seseorang yang tidak

membangkitkan semangat taat kepada allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau

ke jalan allah.” dalam satu hadis yang bermaksud, “seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih

siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

   

Page 31: Pai adab berkawan

PENUTUP

Secara kesimpulannya, rakan yang baik akan menjamin kesejahteraan hidup kita. Hal ini kerana

rakanlah yang akan menjadi peneman kita apabila kita sudah mencapai ke takah dewasa. Semuanya bergantung

kepada kita, sama da untuk memilih jalan yang betul (rakan yang baik) atau jalan yang salah (rakan yang jahat).

Kita sudah dikurnai akal sepatutnya tahu untuk membezakan yang baik dan yang buruk dan tidak mengikut

nafsu semata-mata.

   

Page 32: Pai adab berkawan

TERIMA KASIH !!! TERIMA KASIH !!!SEKIAN…