rph bahagi

Upload: nzrl-syqm

Post on 14-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Rph Bahagi

    1/6

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    Mata pelajaran : Matematik

    Kelas : 3 Arif

    Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi (60 minit)

    Bil. Murid : 30 orang

    Bidang : Nombor dan Operasi

    Tajuk : Bahagi

    Standard Pembelajaran : 5.5 (ii)

    Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :

    Menyelesaikan 3 soalan masalah harian yang melibatkan

    pembahagian dua nombor.

    Aktiviti : 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan yang mempunyai

    empat orang ahli.

    2. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid.3. Murid membina ayat matematik berdasarkan kad

    gambar yang ditunjukkan.

    4. Empat orang murid diminta melakonkan situasi yang

    diberikan oleh guru.

    5. Seorang murid mempunyai 12 penyedut minuman. Dia

    mempunyai 3 orang rakan. Dia perlu membahagikan

    sama rata bilangan penyedut minuman antara dia dan

    rakan-rakannya.

    6. Dalam kumpulan, murid-murid diminta berbincang dan

    membina ayat matematik berdasarkan situasi yangdiberikan dengan bimbingan guru.

    7. Setiap kumpulan diberikan kad situasi yang berbeza.

    8. Murid berbincang, membina ayat matematik dan

    menyelesaikan masalah.

    9. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan

    masing-masing.

    10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

    11. Murid dan guru berbincang hasil jawapan yang

    diberikan.

    EMK : Kreativiti dan inovasi, keusahawanan.

    BBB : Kad gambar, kad situasi, lembaran kerja

    Penilaian P & P : Murid dapat menyelesaikan masalah harian berdasarkan

    kad situasi dan lembaran kerja yang diberi.

    Refleksi :

    KAD GAMBAR

  • 7/29/2019 Rph Bahagi

    2/6

  • 7/29/2019 Rph Bahagi

    3/6

    KAD SITUASI 1

    KAD SITUASI 2

    Seorang murid mempunyai 12 penyedutminuman. Dia mempunyai 3 orang rakan.

    Bagaimanakah dia memastikan bilangan

    penyedut minuman diagihkan sama

    banyak antara dia dan rakan-rakannya?

    Khan mengumpul 996 keping setem. Dia ada

    6 buah album setem. Berapakah bilangan

    setem yang boleh disimpan ke dalam setiap

    album secara sama banyak?

  • 7/29/2019 Rph Bahagi

    4/6

    KAD SITUASI 3

    KAD SITUASI 4

    KAD SITUASI 5

    Dalam sebuah bakul terdapat 200 biji guli.

    Guli tersebut perlu diagihkan kepada 10

    orang murid. Berapakah bilangan guli setiap

    orang?

    56 biji gula-gula dikongsi secara samabanyak antara Ziman dan 6 orang kawan-

    kawannya. Berapa biji gula-gulakah yang

    diterima oleh setiap orang?

    Adira ada 360 biji manik. Dia ingin

    mengasingkan manik tersebut secara sama

    rata ke dalam 100 buah kotak. Kira bilangan

    manik dalam setiap kotak.

  • 7/29/2019 Rph Bahagi

    5/6

    KAD SITUASI 6

    LEMBARAN KERJA MATEMATIK

    Nama : . Tahun 3 : ...

    Selesaikan masalah berikut.

    Sebanyak 288 buah kerusi disusun dalam 6

    baris yang sama. Berapa buahkah kerusi

    terdapat dalam setiap baris?

    B4D1E4

  • 7/29/2019 Rph Bahagi

    6/6

    1 Serena membungkus 728 keping biskut ke dalam 9 balang.

    Berapa keping biskut di dalam sebuah balang?

    Ayat matematik : _______________________________

    Jawapan : _______________________________

    2 Sebanyak 750 buah kerusi disusun sama banyak dalam 6

    baris. Berapa buahkah kerusi dalam setiap baris?

    Ayat matematik : _______________________________

    Jawapan : _______________________________

    3 Amin ada 320 biji kek. Sebuah kotak boleh di isi dengan 10

    biji kek. Berapakah bilangan kotak yang diperlukannya untuk

    mengisi semua kek itu?

    Ayat matematik : _______________________________

    Jawapan : _______________________________4 Sebuah bakul boleh mengisi 8 biji tembikai. Berapa buahkah

    bakul diperlukan untuk mengisi 7600 biji tembikai?

    Ayat matematik : _______________________________

    Jawapan : _______________________________

    5 Posmen menghantar surat sebanyak 1800 surat dalam

    seminggu. Dia bekerja 6 hari dalam seminggu. Berapa jumlah

    surat yang perlu dihantar dalam sehari?

    Ayat matematik : _______________________________

    Jawapan : _______________________________