rph (amali)

8
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Mata Pelajaran : TEKNOLOGI KONKRIT Tarikh : 21 MEI 2015 Tingkatan : 4 KONKRIT Bil. Pelajar : 17 ORANG Tempat : MAKMAL KONKRIT Masa : 12.00 pm – 12.30 pm TAJUK: UJIAN PENURUNAN OBJEKTIF : - Pelajar dapat mengetahui cara-cara melaksanakan ujian runtuhan mengikut langkah-langkah yang betul. - Pelajar dapat mengetahui cara pengukuran ujian penurunan bagi menentukan jenis runtuhannya. ALAT BAHAN BATU MENGAJAR : Acuan (slump cone), papan pelantar, rod besi, pembaris keluli, sudip tangan, skop dan baldi. PENGETAHUAN SEDIADA : Pelajar telah mempunyai pengetahuan melalui teori mengenai ujian penurun bagi menguji kebolehkerjaan konkrit. LANGKAH KESELAMATAN :

Upload: cik-mia

Post on 08-Nov-2015

272 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rancangan pengajaran harian bagi subjek microteching

TRANSCRIPT

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : TEKNOLOGI KONKRIT Tarikh : 21 MEI 2015Tingkatan : 4 KONKRIT Bil. Pelajar : 17 ORANGTempat : MAKMAL KONKRIT Masa : 12.00 pm 12.30 pm

TAJUK: UJIAN PENURUNAN

OBJEKTIF : Pelajar dapat mengetahui cara-cara melaksanakan ujian runtuhan mengikut langkah-langkah yang betul. Pelajar dapat mengetahui cara pengukuran ujian penurunan bagi menentukan jenis runtuhannya.

ALAT BAHAN BATU MENGAJAR :Acuan (slump cone), papan pelantar, rod besi, pembaris keluli, sudip tangan, skop dan baldi.

PENGETAHUAN SEDIADA : Pelajar telah mempunyai pengetahuan melalui teori mengenai ujian penurun bagi menguji kebolehkerjaan konkrit.

LANGKAH KESELAMATAN : i. Memastikan makmal dalam keadaan selesa dan bersih sebelum memulakan kelas.ii. Memastikan penerangan peraturan makmal dilaksana sebelum amali dijalankan..iii. Memastikan tingkap dan pintu dibuka agar pencahayaan dan pengaliran udara dalam keadaan baik.iv. Memastikan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNIi. Beraniii. Bekerjasama

SESI PENGAJARAN :

Masa

Isi Pelajaran

Kefahaman/Kemahiran Pelajar

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

12.00 p.m.-12.05 p.m.

(5 minit)

Pra Pengajaran :

Memberi salam dan membaca doa.

Dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar agar pelajar boleh terapkan dalam kehidupan seharian mereka.

Guru memulakan kelas dengan memberi salam. Guru mengambil kedatangan pelajar. Wakil pelajar mengetuai bacaan doa.

Buku kehadiran pelajar.

Nilai :-Hormat menghormati.

Set Induksi :

Memberi penerangan serta mengingatkan para pelajar mengenai peraturan dan keselamatan di dalam bengkel. Memberitahu tajuk amali yang akan dilakukan.

Pelajar diterapkan dengan kebarangkalian yang mungkin berlaku jika melanggar peraturan di dalam makmal. Pelajar dapat mengambil langkah-langkah awal jika mengalami kemalangan.

Guru menyatakan peraturan yang perlu dituruti dalam makmal. Guru menjalankan pemeriksaan keatas pelajar dan menegur pelajar yang tidak mengikuti peraturan. Guru mengedarkan lembaran kerja supaya pelajar lagi mudah memahami apa yang perlu dilaksanakan.

Strategi :-Penerangan

Nilai :-Mematuhi arahan

ABBM :-Papan tanda keselamatan

12.05 p.m.-12.25 p.m

(20 minit)

Penyampaian Isi :

1. Pengenalan dan objektif ujian penurunan.

Pelajar dapat mengetahui dengan lebih kepentingan ujian ini perlu dilaksanakan.

Guru bertanyakan soalan apa itu ujian penurunan. Guru menerangkan definisi dan objektif ujian penurunan.

Strategi :-Soal jawab.- Aktiviti -Sumbangsaran-Demonstrasi-Memberi arahan

Nilai :-Memberi perhatian.-Kerjasama..-Berani.

ABBM :-lembaran kerja-peralatan-peralatan.

2. Peralatan-peralatan yang digunakan dalam ujian penurunan.

Pelajar dapat melihat dan mengenali dengan lebih jelas mengenai peralatan serta bahan yang dilakukan untuk melakukan ujian penurunan ini. Pelajar dapat menerapkan ilmu ini di masa akan datang.

Guru menunjukkan satu per satu peralatan-peralatan yang digunakan dalam ujian penurunan seperti acuan, papan pelantar, rod besi, pembaris keluli, sudip tangan, skop dan baldi. Guru menerangkan cara penggunaan dan kegunaan peralatan tersebut.

3. Prosedur kerja bagi ujian penurunan

Pelajar dapat mengetahui cara-cara melaksanakan ujian runtuhan mengikut langkah-langkah yang betul. Pelajar dapat merasai pengalaman yang sebenar dalam ujian penurunan.

Guru memberi penerangan kepada pelajar prosedur-prosedur yang diperlukan. Guru memanggil dua orang pelajar bagi membantu dalam demonstrasi melaksanakan amali ini kepada pelajar lain.

4. Pengukuran tahap runtuhan dan pengkelasan jenis runtuhan yang berlaku

Pelajar dapat membezakan jenis-jenis runtuhan melalui pengukuran yang dilaksana. Pelajar dapat mengaitkan pembelajaran teori dengan pembelajaran amali.

Guru menunjukkan demonstrasi bagaimana pengukuran dibuat. Guru menerangkan jenis runtuhan mengikut tahap runtuhan yang berlaku. Guru bersoal jawab dengan murid jika mereka ada kekeliruan atau tidak faham.

12.25 p.m.-12.30 p.m.

(5 minit)

Penutup :

Membuat rumusan tentang ujian penurunan.

Pelajar dapat menambah pengetahuan dan memahami secara keseluruhan topik yang diajari.

Guru mengaitkan pembelajaran ini dengan kerjaya mereka pada masa akan datang. Guru menekankan kepentingan ujian penurunan ini di dalam keadaan sebenar. Guru mengarahkan pelajar membuat proses pembersihan selepas amali.

Strategi :-Penerangan Keseluruhan.