rph amali tut

7
Mata Pelajaran : Sains Pertanian Tingkatan : 4 IR Kedatangan : / Tarikh : 23 Sept 2014 Masa : 12.05pm-1.15pm Kelas : Amali tut dan amali tanaman sayur-sayuran Tema/Bidang Pembelajaran Bab 2 : Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Hasil Tumbuhan Unit Pembelajaran - Tajuk Kecil 2.5 Genetik 2.5.3 Pembiakan (Tut) Objektif Umum 1. Pelajar boleh mengetahui cara membuat tut dengan teknik yang tepat. Objektif Khusus/Hasil Pembelajaran Di akhir sesi pembelajaran, pelajar boleh: A. Mengusai Isi Kandungan 1. Pelajar boleh menghuraikan kaedah membiak dengan menggunakan tut. (A2) B. Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir dan Strategi Berfikir 1. Pelajar boleh melakukan tut pada pokok jambu dengan cara yang tepat. (A2)

Upload: eleanor-khor

Post on 19-Jun-2015

153 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

RPH Amali Tut

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Amali Tut

Mata Pelajaran : Sains Pertanian

Tingkatan : 4 IR

Kedatangan : /

Tarikh : 23 Sept 2014

Masa : 12.05pm-1.15pm

Kelas : Amali tut dan amali tanaman sayur-sayuran

Tema/Bidang

PembelajaranBab 2 : Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Dan Hasil Tumbuhan

Unit Pembelajaran

- Tajuk Kecil

2.5 Genetik

2.5.3 Pembiakan (Tut)

Objektif Umum 1. Pelajar boleh mengetahui cara membuat tut dengan teknik yang tepat.

Objektif Khusus/Hasil

Pembelajaran

Di akhir sesi pembelajaran, pelajar boleh:A. Mengusai Isi Kandungan

1. Pelajar boleh menghuraikan kaedah membiak dengan menggunakan tut. (A2)

B. Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir dan Strategi Berfikir

1. Pelajar boleh melakukan tut pada pokok jambu dengan cara yang tepat. (A2)

C. Mengamalkan sikap kerja/saintifik dan nilai murni

1. Pelajar boleh memupuk minat dan sifat ingin tahu tentang kaedah tut yang boleh dilakukan pada pokok jambu.

Page 2: Rph Amali Tut

2. Pelajar boleh berkongsi teknik membuat tut yang tepat dengan kawan yang kurang mahir dalam kaedah tersebut.

Pengetahuan Sedia Ada 1. Pelajar mengetahui cara membuat tut secara teori.

Nilai Murni dan Sikap Sifat ingin tahu, berkongsi, ketumpuan, yakin dan berdikari

Alat/Bahan Bantu

MengajarPokok jambu batu, pisau kecil, plastik lut sinar, campuran tanah 2:1, tali rafia, hormon pengakaran, berus sapu

Sumber Rujukan1. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian Tingkatan Empat KBSM, KPM

2. Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan Empat KBSM 2002, Percetakan Warni SDN. BHD.

Langkah Keselamtan

1. Gunakan pisau yang tajam dan bersih.

2. Kikis lapisan kambium sehingga habis.

3. Balutkan dengan kemas dan ketat.

LANGKAH PENGAJARAN

Page 3: Rph Amali Tut

LANGKAH/MASA ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABM/

TEKNIK/

KBKK

AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR

PENGENALAN

Set Induksi

(5 min)

Pengenalan Tut Memulakan kelas dengan mengedarkan set alatan atau bahan untuk membuat tut.

Menyuruh pelajar teka apakah yang kita akan lakukan dengan bahan dan alatan yang diedarkan.

Menerangkan objektif pelajaran kelas amali.

Menyuruh pelajar beratur di luar kelas dan bergerak ke kebun sekolah yang ditanam dengan pokok jambu batu yang banyak.

Mendapatkan set alatan atau bahan yang diedarkan oleh cikgu.

Memberi respon dan meneka aktiviti yang kita akan jalankan pada hari ini.

Beratur di luar kelas dan bergerak ke kebun sekolah dengan keadaan teratur.

ABMSet alatan atau bahan untuk membuat tut

TeknikMenyuruh pelajar meneka

KBKKMenjana idea

Page 4: Rph Amali Tut

PENYAMPAIAN

Fasa 1

(15 min)

Cara-cara membuat tut(Sila rujuk lampiran m/s untuk mengetahui cara-cara membuat tut)

Menunjuk cara langkah-langkah membuat tut pada pokok jambu batu.

Mengulang semula langkah-langkah tersebut.

Bertanya kepada murid sama ada murid faham tentang langkah-langkah yang ditunjukcarakan.

Menjelaskan kepada murid langkah-langkah yang mereka kurang jelas.

Meminta dua orang pelajar melakukan tunjuk cara.

Membetulkan kesilapan tunjuk cara yang dilakukan oleh dua orang pelajar.

Memerhati guru menunjuk cara langkah-langkah membuat tut pada pokok jambu batu.

Bertanya langkah-langkah yang mereka kurang jelas.

Dua orang pelajar melakukan langkah tunjuk cara.

Kelas memerhatikan dua rakan mereka menunjuk cara langkah membuat tut.

ABMSet alatan atau bahan untuk membuat tut

TeknikMenunjuk cara

KBKKMenunjuk cara

Fasa 2

(15 min)

Cara-cara membuat tut Membahagikan murid kepada 6 kumpulan (5 orang sekumpulan).

Meminta setiap kumpulan berdiri di sekeliling sepohon pokok jambu batu.

Meminta setiap ahli kumpulan membuat tut pada pokok jambu batu dengan memilih dahan yang sesuai.

Bergerak ke setiap kumpulan untuk memerhati dan membimbing pelajar.

Memilih ahli kumpulan masing-masing.

Berdiri di sekeliling sepohon pokok jambu batu air yang dipilih.

Melakukan tut pada dahan yang sesuai dengan cara yang tepat.

ABMSet alatan atau bahan untuk membuat tut

TeknikMemerhati dan membimbing

KBKKMelakukan tut

Page 5: Rph Amali Tut

PENUTUP

Rumusan

(10 min)

Cara-cara membuat tut Mengarahkan pelajar memberhentikan kerja pada jam 12.40pm.

Meminta murid membersihkan alatan dan mengembalikannya kepada guru.

Merumuskan langkah-langkah membuat tut.

Memberi murid tugasan sebagai kerja rumah berkaitan dengan tut.

Menghentikan kerja pada jam 12.45pm.

Membersihkan alatan dan mengembalikannya kepada guru.

Menyiapkan kerja rumah berkaitan dengan tut.

ABM-

TeknikMerumuskan

KBKKMenyiapkan kerja rumah dengan jawapan yang tepat, menyimpulkan

Alatan Yang Telah Disediakan:

5 Cangkul, 10 sudip tangan, 340 batu-bata, 2 buah kereta sorong

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan / Masa:

1. Pelajar mengambil semua batu-bata yang berada di padang sekolah dan meletak di lokasi kebun dengan menggunakan 2 buah kereta sorong

dan tangan (2-3 biji seorang). (10 minit)

2. Pelajar menyusunkan semua batu-bata dengan susunan 5 biji X 8 biji (dua tingkat sebatas) mengikut ukuran yang ditandakan. (10 minit)

3. Pelajar mengambil tanah di depan makmal komputer dengan menggunakan dua buah kereta sorong. (10 minit)

4. Pelajar merumput dan meratakan tanah. (10 minit)

5. Pelajar mencuci semua alatan dan susun dengan kemas. (5 minit)

6. Selepas loceng berbunyi, pelajar boleh balik ke kelas.

Aktiviti 2,3, dan 4 boleh dibuat dengan serentak.

Langkah Keselamatan

Page 6: Rph Amali Tut

1. Mengangkut batu-bata dengan berhati-hati. Dilarang membaling batu-bata.

2. 2 orang pelajar diperlukan semasa menolak kereta sorong.

3. Letak cangkul dan sudip tangan dalam keadaan yang selamat.