tut pokok dokumentasi

8
Pembiakan Tanaman Kaedah Tut Terdapat pelbagai teknik pembiakan bagi pengeluaran bahan tanaman buah-buahan yang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti sandingan, cantuman matatunas, cantuman sisi, sulur, akar dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan alasan-alasan yang tertentu, bukan semua teknik sesuai bagi pengeluaran benih buah- buahan. Hanya teknik-teknik yang selalu dipraktikkan sahaja sesuai bagai pembiakan benih. Antara yang popular ialah melalui Kaedah Tut. Teknik ini telah lama dipraktikkan akan tetapi banyak mempunyai kelemahannya seperti merosakkan pokok asalnya. Selain itu, pengeluarannya adalah terhad dan pertumbuhan anak pokok itu tidak menentu. Teknik ini biasanya dilakukan pada tanaman ciku, jambu batu dan limau. TUT POKOK (Marcotting) Mengetut Pokok (Marcotting) adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang (vegetative propagation). Pembiakan Tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedah iaiitu Cara Sexual dan Asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan Biji Benih (Seed)

Upload: ani-azfar

Post on 25-May-2015

9.215 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tut pokok dokumentasi

Pembiakan Tanaman Kaedah Tut

Terdapat pelbagai teknik pembiakan bagi pengeluaran bahan tanaman buah-buahan

yang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti sandingan, cantuman matatunas,

cantuman sisi, sulur, akar dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan alasan-

alasan yang tertentu, bukan semua teknik sesuai bagi pengeluaran benih buah-buahan.

Hanya teknik-teknik yang selalu dipraktikkan  sahaja sesuai bagai pembiakan benih.

Antara yang popular ialah melalui Kaedah Tut.

Teknik ini telah lama dipraktikkan akan tetapi banyak mempunyai kelemahannya

seperti merosakkan pokok asalnya. Selain itu, pengeluarannya adalah terhad dan

pertumbuhan anak pokok itu tidak menentu. Teknik ini biasanya dilakukan pada

tanaman ciku, jambu batu dan limau.

TUT POKOK (Marcotting)

Mengetut Pokok (Marcotting) adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang

(vegetative propagation). Pembiakan Tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedah

iaiitu Cara Sexual dan Asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan Biji Benih

(Seed) yang dihasilkan melalui proses pendebungaan bunga jantan dan betina. Kaedah

Pembiakan Asexual ialah dengan Cara Pembiakan Tampang (Vegetative) dimana

sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk

pembiakan.

Pembiakan tampang terdiri dari SEMULAJADI (Sulur, Rhizom, Umbisi, Bebawang,

Rayapan dan sebagainya), KERATAN (Keratan akar, Pucuk dan batang), CANTUMAN

Page 2: Tut pokok dokumentasi

(Banyak jenis cantuman) dan TUT. Salah satu panggilan biasa mengetut di panggil

Teknologi Lenturan Udara (tut). Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-

pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada

pokok-pokok

jenis kayu

keras seperti

pokok

kenanga,

cempaka,

limau dan ciku.

Teknik dan

Cara-cara

mengetut

Sediakan

tanah

campuran yang

sesuai yang

mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan

secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran. Tanah campuran biasa

digunakan ialah 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja. Pada masa ini

bahan mengetut moden telah ada dipasaran seperti campuran ‘coco-peat” dengan

pelbagai nama seperti GP7 dan sebagainya. Kerja mengetut tanaman juga menjadi

mudah dengan teknologi GP7.

Pemilihan dahan yang sesuai untuk di tut mestilah dipilih daripada

pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.

Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras dengan ukurlilit

dahan sekurang-kurangnya lcm garis pusat. Pastikan dahan yang dipilih sebaiknya

seimbang dari segi bentuk cabang, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya

matahari.

Page 3: Tut pokok dokumentasi

Langkah-langkah mengetut

Walau pun kerja ini Nampak agak mudah tetapi kadang-kadang yang dibuat tidak

menjadi. Langkah-langkah berikut perlu di fahami sebelum membuat pembiakan secara

tut.

a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur

ayam dan direnjis air sehingga lembab

b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-

daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang

akan dibuat.

Page 4: Tut pokok dokumentasi

c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah

mata tunas dan kelaran kedua dibuat

sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran

pertama.

d) Kupas kulit di antara

dua kelaran dan kikiskan

(kambium) hingga ke

kayu.

e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran

atas

Page 5: Tut pokok dokumentasi

f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.

g) Dekatkan tanah yang

telah dikepal di bahagian

dahan yang telah dikikis

tadi, tentukan tanah itu

padat dan melekat dengan

baik.

h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik

dan diikat pada kedua-dua hujungnya.

Page 6: Tut pokok dokumentasi

i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong

bahagian bawah dan diubah ke dalam polibeg plastic untuk proses

pembesaran anak benih.

Kelebihan dan Kekurangan

i. Kelebihan Ciri pokok induk diwarisi Tanaman baru cepat matang

ii. Kekurangan Perlu kemahiran membuat tut Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk.