rph 2

7
Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi Bidang : Teknologi Pertanian Unit : Penanaman hidroponik Kelas : 6M Tarikh : 22 Mac 2015 Masa : 11.00 – 12.00 pagi Bilangan Pelajar : 30 Tajuk : Pengenalan terhadap hidroponik Standard Kandungan : 5.2. Menanam secara hidroponik Standard Pembelajaran : 5.2.3. Menyemai biji benih dengan kaedah yang betul. 5.2.4. Menyediakan peralatan menanam, iaitu takung, penutup takung, dan raga tanaman. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Melakukan kerja menyemai biji benih dengan kaedah yang betul bagi penanaman hidroponik. 2. Mengenali dan dapat menyediakan peralatan menanam, iaitu takung, penutup, dan raga tanaman. Pengetahuan sedia : Murid-murid telah membelajari alatan dan bahan yang diperlukan untuk menyemai biji benih sebelum ini. Elemen merentas Kurikulum : 1. Keusahawanan: EK 4 - Pengetahuan tentang teknologi pertanian. 2.Kreativiti dan inovasi - Penjanaan

Upload: carbonate-tie

Post on 11-Sep-2015

123 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

Mata Pelajaran: Reka Bentuk dan Teknologi

Bidang: Teknologi Pertanian

Unit: Penanaman hidroponik

Kelas: 6M

Tarikh: 22 Mac 2015

Masa: 11.00 12.00 pagi

Bilangan Pelajar: 30

Tajuk: Pengenalan terhadap hidroponik

Standard Kandungan: 5.2. Menanam secara hidroponik

Standard Pembelajaran: 5.2.3. Menyemai biji benih dengan kaedah yang betul. 5.2.4. Menyediakan peralatan menanam, iaitu takung, penutup takung, dan raga tanaman.

Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Melakukan kerja menyemai biji benih dengan kaedah yang betul bagi penanaman hidroponik.2. Mengenali dan dapat menyediakan peralatan menanam, iaitu takung, penutup, dan raga tanaman.

Pengetahuan sedia: Murid-murid telah membelajari alatan dan bahan yang diperlukan untuk menyemai biji benih sebelum ini.

Elemen merentas Kurikulum: 1. Keusahawanan: EK 4 - Pengetahuan tentang teknologi pertanian. 2.Kreativiti dan inovasi - Penjanaan idea baru. 3. Nilai murni - Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh. 4. TMK - Video atau powerpoint.

Bahan Bantu Mengajar: Slaid powerpoint, dulang semaian, biji benih, span, pisau, gunting, penutup, takung, raga tanaman.

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti P&PCatatan

Set induksi(5 minit)Soalan :Namakan peralatan dan bahan yang ditunjukkan dalam gambar ini dan kegunaannya.i.

ii.

Apakah peralatan dan bahan lain yang juga diperlukan untuk menyemai biji benih?

1. Guru membantu murid mengimbas kembali apa yang telah belajar pada kelas yang lepas. 2. Guru menunjukkan peralatan dan bahan semaian benih yang telah diajar sebelum ini dan murid diarahkan untuk memberitahu nama dan kegunaannya. 3. Guru mengaitkan pelajaran lepas dengan tajuk pelajaran hari ini.BBM:Dulang semaian, span, medium fiber, biji benih, pisau, gunting

Langkah 1( minit)Peralatan menanam:

i. Takungii. Penutupiii. Raga Tanaman

1. Guru memperkenalkan peralatan yang diperlukan untuk menanam.2. Guru menjelaskan kegunaannya.BBM : takung, penutup, raga tanaman.

Langkah 2( Minit)Cara untuk menyemai biji benih hidroponik:1. Sediakan span berdasarkan saiz dulang semaian.2. Belah span dengan menggunakan pisau atau gunting.3. Rendam span dalam air di bekas semaian.4. Celup lidi dalam air dan lekatkan lidi pada biji benih anggaran 3 hingga 5 biji benih.5. Masukkan biji benih di celah belahan span.6. Susun span dulang semaian yang mengandungi sedikit air. 7. Letakkan bekas semaian yang telah siap di rumah semaian.8. Biarkan selama 3 hingga 5 hari atau 2 hingga 3 helai daun.Rujuk Lampiran1. Guru menerangkan cara untuk menyemaikan biji benih dengan betul. 2. Setelah itu, guru memberi demonstrasi terhadap murid tentang cara sebenar untuk menyemai biji benih.3. Guru juga memberitahu murid keselamatan yang perlu dijaga semasa menjalankan aktiviti.BBM:Powerpoint, biji benih, span, dulang semaian, pisau, gunting, lidi, air

Kaedah:Tunjuk Cara

Langkah 3(Minit) Murid membuat aktiviti menyemai biji benih. Murid diberi bahan dan peralatan yang disediakan. Murid membuat aktiviti berdasarkan lungkah yang telah diberikan oleh guru.1. Seorang murid dalam setiap kumpulan tampil ke hadapan untuk mengambil peralatan dan bahan yang diperlukan.2. Murid mula menjalankan aktiviti menyemai biji benih.3. Semasa murid menjalankan aktiviti, guru membuat pemantauan dan memberi bimbingan yang sepatutnya kepada murid.

Keusahawanan:(EK3) Berjaya menjalankan tugas mengikut perancangan.

Penilaian(Minit)Cara mengendalikan peralatan dan bahan yang telah digunakan: Pisau dan gunting Span yang lebih Biji benih 1. Guru melihat dan memberi komen terhadap hasil yang telah dibuat oleh murid.2. Guru mengarahkan murid menghantar balik bahan dan peralatan yang telah habis digunakan mengikut kumpulan masing-masing.

PenutupRumusan: Langkah-langkah penyemaian biji benih. Keselamatan yang perlu dijaga semasa menjalankan tugas. Peralatan yang digunakan untuk menanam.1. Guru menyoal murid secara lambang langkah-langkah menjalankan aktiviti menyemai biji benih.2. Guru menekankan langkah-langkah keselamatan yang perlu dijaga semasa penggunaan alatan dan bahan.