rph teknologi maklumat 2013 (2)

24
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TINGKATAN 2 ( DAN APLIKASI MODEL ASSURE ) Mata Pelajaran : Sains Tingkatan 2 Tarikh / Hari : 15 Ogos 2014 / Jumaat Masa : 1.40 petang – 2.40 petang Tingkatan : 2L Umur : 14 tahun Bilangan Murid : 35 orang Tema : Manusia dan Kepelbagaian Benda Hidup Tajuk : Bab 11 Saling Bersandaran Antara Organisma-Organisma Hidup Dan Persekitarannya Objektif / Hasil Pembelajaran : 11.3 Mensintesis siratan makanan 11.3.1 Menerangkan maksud pengeluar, pengguna dan pengurai. 11.3.2 Menggabungkan beberapa rantai makanan untuk membina siratan makanan. 11.3.3 Mengenal pasti pengeluar, pengguna dan pengurai dalam siratan makanan. Cadangan Aktiviti : 1. Mengumpul dan mentafsir data tentang pengeluar, pengguna dan pengurai. 2. Membina siratan makanan daripada beberapa rantai makanan dan mengenal pasti pengeluar, pengguna dan pengurai. Page 1

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 25-Sep-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

thbrdbrdhydggbbvc

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TINGKATAN 2( DAN APLIKASI MODEL ASSURE )

Mata Pelajaran : Sains Tingkatan 2Tarikh / Hari : 15 Ogos 2014 / JumaatMasa : 1.40 petang 2.40 petangTingkatan : 2LUmur : 14 tahunBilangan Murid : 35 orangTema : Manusia dan Kepelbagaian Benda HidupTajuk : Bab 11 Saling Bersandaran Antara Organisma-Organisma Hidup Dan PersekitarannyaObjektif / Hasil Pembelajaran : 11.3 Mensintesis siratan makanan 11.3.1 Menerangkan maksud pengeluar, pengguna dan pengurai. 11.3.2 Menggabungkan beberapa rantai makanan untuk membina siratan makanan. 11.3.3 Mengenal pasti pengeluar, pengguna dan pengurai dalam siratan makanan. Cadangan Aktiviti : 1. Mengumpul dan mentafsir data tentang pengeluar, pengguna dan pengurai. 2. Membina siratan makanan daripada beberapa rantai makanan dan mengenal pasti pengeluar, pengguna dan pengurai.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat haiwan peliharaan di persekitaran rumah memakan hidupan lain serta pernah melihat bangkai haiwan yang mereput.Bahan Bantu Mengajar : Komputer Riba dan TV LCD, Paparan Slaid Powerpoint, Video, OHP, Kertas Transperansi, Marker pen, Buku Teks, Buku Proses Amali Sains, Buku Rujukan, Kad Perkataan Dan Gambar, Lembaran Kerja, Hot Potatoes - Soalan Kuiz,Nilai Murni : Menghargai anugerah Tuhan dan menyedari bahawa sains bertujuan untuk memahami alam semulajadi KBKK : Mensintesis, menghubungkait, menjana idea, membuat urutan , mengenalpasti dan membuat rumusan.

APLIKASI MODEL ASSUREAnalyse Learner( Analisis Pelajar )

Pada bahagian ini :1. Melibatkan murid-murid Tingkatan 2L2. Terdapat 14 orang muri perempuan dan 21 orang murid lelaki3. Umur murid di antara 14 tahun4. Merupakan kelas terakhir daripada 12 buah kelas Tingkatan 2 yang terdapat mana kebanyakkan muridnya tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.5. Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah melihat haiwan peliharaan di persekitaran rumah memakan hidupan lain serta pernah melihat bangkai haiwan yang sedang mereput.

State Objective( Menyatakan Objektif)Objektif / Hasil Pembelajaran :1. Di akhir sesi pembelajaran dan pengajaran, murid dapat : i. menerangkan maksud pengeluar, pengguna dan pengurai ii. menggabungkan beberapa rantai makanan untuk membina siratan makanan. iii. mengenalpasti pengeluar, pengguna dan pengurai dalam siratan makanan.

Selects methods, media and materials( Pilih kaedah, media dan bahan sumber )1. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang digunakan : i. kaedah perbincangan ii. kaedah aural oral ( dengar tutur ) iii. kaedah soal jawab dan sumbangsaran2. Media dan bahan sumber yang digunakan : i. komputer riba dan LCD, Paparan Slaid, Tayangan Video, Overhead Projektor ( OHP ), Perisian Hot Potatoes ii. kertas transperansi , Buku Teks, Buku Proses Amali Sains, Buku Rujukan, Kad Gambar, Soalan Kuiz

Langkah /Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi( 5 minit )1. Tayangan video

2. Soalan :a. Apakah yang anda perhatikan?b. Cuba ceritakan .

3. Tajuk Pelajaran : - Siratan makanan.1. Guru menayangkan video dan meminta murid memerhati serta menyanyi bersama-sama .2. Guru berbincang dan bersoal jawab mengenai video berkenaan.3. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.4. Guru mengedarkan nota berkaitan topik yang diajar supaya boleh membantu menyediakan minda murid untuk berfikir. BBM :- Video- nota- buku teks- buku rujukan- buku amali

Teknik :- Perbincangan- Soal jawab- Penerangan

KBKK- Menjana idea- menghubung kait

Nilai :- Hargai ciptaan Tuhan

Pada set induksi ,aplikasi model ASSURE ialah :1. Utilize media, materials and method ( Penggunaan media, bahan dan kaedah ) : i. Media - komputer riba dan LCD, tayangan video ii. Bahan - nota, buku teks, buku rujukan, buku amali iii. Kaedah - perbincangan, penerangan, soaljawab

2. Require Learner Participant ( Penglibatan Aktif Murid ) i. murid memerhati tayangan video dan menyanyi bersama-sama ii. murid bersoaljawab dengan guru tentang isi kandungan video yang ditayangkan. Pada set indukisi ini : saya memilih tayangan video ini sebab ia sesuai dengan topik pembelajaran dan pengajaran ( p & p ) yang hendak diajar pada kelas hujung iaitu kelas Tingkatan 2L yang rata-rata kebanyakkannya tidak pandai membaca dan menulis. Saya memilih kelas ini kerana p & p sains dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. video yang ditayangkan boleh menarik minat murid untuk belajar di samping dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. pada pendapat saya, walaupun murid dalam kelas 2L sangat lemah, mereka tetap menunjukkan keinginan belajar yang baik lebih-lebih lagi jika kita menggunakan saya amat bertuah kerana kemudahan makmal sains di sekolah saya iaitu SMK Bandar Bintulu adalah cukup lengkap bagi mengajar menggunakan Teaching Courseware.

Langkah 1( 15 minit )

1. Memberi maksud kepada perkataan : - pengeluar - pengguna2. Contoh-contoh pengeluar dan pengguna. a. pengeluar b.i. pengguna primari b.ii. pengguna sekunder

b.iii.pengguna tertier 1. Guru berbincang dan bersoaljawab berkenaan maksud pengeluar dan pengguna berpandukan slaid yang telah disediakan.2. Guru menerangkan bahawa terdapat tiga jenis pengguna iaitu pengguna primari, pengguna sekunder dan pengguna tertier. Guru menyatakan maksud setiap pengguna tersebut.3. Kemudian guru meminta murid menamakan contoh-contoh pengeluar dan pengguna yang lain selain

daripada yang dinyatakan tadi dengan menyuruh beberapa orang murid memilih kad gambar dan kad perkataan yang sesuai.

BBM :- slaid- kad gambar - kad perkataan

Teknik :- perbincangan- soaljawab- sumbangsaran

KBKK :

- menjana idea- mengenal pasti

Pada Langkah 1, aplikasi kepada model ASSURE :1. Utilize Media, Materials and Method ( Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah ) i. slaid rantai makanan ( pengeluar dan pengguna ) ii. kad gambar iii. kad perkataan2. Require Learner Participant ( Penglibatan AktifMurid ) i. murid berbincang dan bersoaljawab dengan guru tentang maksud pengeluar dan pengguna berdasarkan paparan slaid. ii. beberapa orang murid menyatakan contoh-contoh berpandukan kad gambar dan kad perkataan. Pada Langkah 1 ini : saya menggunakan paparan slaid untuk memulakan isi pelajaran kerana ia dapat meningkatkan pemahaman murid secara visual. penggunaan kad gambar dan kad perkataan membantu murid memilih dan menamakan contoh pengeluar dan pengguna dengan mudah dan dapat dipamerkan dengan mudah dan cepat pada papan tulis. guru dan murid sama-sama dapat membuat penyemakan dengan mudah dan cepat juga. penggunaan kad gambar membantu meningkatkan minat dan keseronokan murid untuk belajar di samping dapat memperkukuhkan lagi istilah pengeluar dan pengguna. murid juga berpeluang melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama sesama diri.

Langkah 2( 15 minit )1. Membina rantai makanan Contoh : melibatkan habitat di sawah padi. padi belalang burung

ular 2. Rantai makanan di ladang jagung. Contohnya :a. jagung tikus helangb. jagung belalang katak ularc. jagung tupai burung hantu ular 1. Guru menerangkan bahawa rantai makanan merupakan hubungan pemakanan di antara organisma-organisma hidup menggunakan slaid.2. Guru menegaskan bahawa rantai makanan terbentuk daripada urutan pemakanan bermula dengan pengeluar dan diikuti oleh pengguna yang lain.Contohnya : a.padi-belalang-burung-ular b.rumput rusa - harimau c.alga ikan kecil ikan besar manusia 3. Guru meminta beberapa orang murid untuk membina rantai makanan yang berlaku di ladang jagung dengan memilih kad gambar yang sesuai dan membina rantai makanan tersebut dengan melekatkan kad gambar itu pada papan tulis.5. Guru dan murid menyemak hasil kerja rakan-rakanBBM :- slaid- kad gambar- pita pelekat

Teknik :- penerangan- perbincangan- soaljawab- cuba jaya

KBKK :- mengenalpasti- membuat urutan- menjana idea

Pada Langkah 2 ini, aplikasi model ASSURE ialah :1. Utilize Media, Materials and Method ( Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah ) i. paparan slaid tentang rantai makanan ii. kad gambar iii. pita pelekat

2. Require Learner Participant ( Penglibatan Aktif Murid ) i. murid-murid memerhati dengan teliti contoh rantai makanan pada paparan slaid. ii. beberapa orang murid memilih kad gambar dan membina rantai makanan iii. Guru dan murid bersoaljawab dan bersama-sama menyemak hasil kerja rakan-rakan. Pada Langkah 2 ini : pengajaran diteruskan dengan menggunakan slaid. Teknik membina rantai makanan dengan kad gambar membantu murid menyelesaikan masalah dengan mudah dan menjimatkan masa. hasil kerja murid disemak bersama-sama. Guru memberi peneguhan kepada hasil kerja murid agar ia dapat menaikkan semangat murid untuk terus belajar dengan tekun dan dapat menumpukan perhatian sehingga ke akhir sesi p & p.

Langkah 3( 10 minit )1. Membina siratan makanan2. Contoh-contoh siratan makanan.a. habitat di sawah padi

b. habitat di laut

1. Guru menerangkan bahawa siratan makanan adalah jaringan daripada beberapa rantai makanan.2. Guru menunjukkan slaid beberapa contoh siratan makanan dan menerangkan kaitannya dengan beberapa rantai makanan yang terbentuk pada satu habitat.3. Kemudian guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. 4. Guru meminta setiap kumpulan murid membina siratan makanan daripada beberapa rantai makanan yang berlaku di habitat : i. ladang jagung ii. kebun sayur sawi iii. kebun durian iv. dalam akuarium ikan v. padang rumput5. Murid diminta membina siratan makanan dengan menulis pada kertas transperansi.6. Guru mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing pada OHP.7. Guru meminta murid kembali pada tempat duduk yang asal dan kemudian menyemak hasil kerja murid bersama-sama.BBM :- slaid- OHP- OHP marker- kertas transperansi

Pada Langkah 3 ini, aplikasi model ASSURE ialah :1. Utilize Media, Materials and Method ( Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah ) i. paparan slaid tentang siratan makanan ii. overhead projektor ( OHP ) iii. kertas transperansi dan pen marker2. Require Learner Participant ( Penglibatan Aktif murid ) i. murid dalam kumpulan masing-masing membina siratan makanan dengan menulis hasil kerja pada kertas transperansi. ii. setiap kumpulan murid mempamerkan hasil kerja pada OHP iii. murid bersama guru menyemak bersama-sama hasil kerja tersebut. iv. murid menerima teguran yang membina daripada guru Pada Langkah 3 ini : pada langkah ini, penggunaan slaid diguna kerana ia mudahkan guru memberi penerangan manakala murid-murid dapat menangkap isi pelajaran dengan mudah.

penggunaan contoh-contoh siratan makanan dikenalpasti dapat meningkatkan pemahaman murid untuk membina siratan makanan sendiri. menggunakan beberapa rantai makanan yang telah dibuat membantu murid mengaitkannya dengan pembinaan siratan makanan dengan mudah. menulis hasil kerja dalam kertas transperansi membantu guru dan murid menilai hasil kerja dengan mudah, cepat dan lebih berkesan pada OHP. kaedah seperti ini membantu mendedahkan murid kepada penggunaan pelbagai media dan memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan bahan serta sesama sendiri.

Langkah 4( 10 minit )

1. Tayangan video2. Peranan pengurai 3. Menentukan pengurai4. Beberapa contoh pengurai ( bakteria ) ( kulat )

1. Guru menayangkan video. 2. Guru bertanya murid tentang apa yang berlaku di dalam video tersebut.3. Guru menerangkan kandungan video tersebut.4. Guru menyatakan peranan pengurai dalam sesuatu habitat organisma hidup dan memberi beberapa contoh pengurai.5. Kemudian guru meminta murid menamakan beberapa contoh pengurai. BBM :- video- slaid

Teknik :- perbincangan- soal jawab- sumbang saran

KBKK :- mengenalpasti- menjana idea

Pada Langkah 4 ini, aplikasi model ASSURE ialah :1. Utilize Media, Materials and Method ( Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah ) i. tayangan video ii. paparan slaid - maksud pengurai dan contoh-contoh pengurai2. Require Learner Participant ( Penglibatan Aktif Murid ) i. murid-murid memerhati tayangan video dan masing-masing memberikan pendapat ii. murid menamakan pengurai-pengurai Pada Langkah 4 ini : guru menayangkan video sebelum menerangkan maksud pengurai. Ini bertujuan untuk menyedarkan murid bahawa setiap yang hidup akan mati jua akhirnya walau dengan apa cara sekalipun. guru memberi penerangan berdasarkan video supaya murid dapat mengaitkan bahawa di dalam rantai makanan sememangnya terdapat kumpulan tertentu pengurai. guru menggunakan beberapa contoh pengurai dalam bentuk gambar agar murid dapat idea bagi menyatakan pengurai-pengurai yang lain. guru bersoaljawab dengan murid agar murid mendapat peluang untuk menyatakan idea atau jawapan masing-masing.

Penutup( 5 minit ) 1. Rumusan isi pelajaran

2. Perisian Hot Potatoes Soalan Kuiz1. Guru merumuskan pelajaran dengan menunjukkan semula slaid daripada mula sehingga akhir pembelajaran dan pengajaran.2. Guru memberi peluang kepada murid untuk bertanya soalan atau menyatakan pendapat tentang proses pembelajaran dan pengajaran hari ini.3. Guru kemudian memberi soalan kuiz tentang topik

hari ini sebagai pengukuhan.

BBM :- slaid- perisian Hot Potatoes Soalan kuiz

Teknik :- perbincangan- soal jawab

KBKK :- menjana idea- merumus atau membuat kesimpulan

Pada bahagian Penutup ini, aplikasi model ASSURE ialah :1. Utilize Media, Materials and Method ( Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah ) i. paparan slaid tentang isi pelajaran dari langkah 1 hingga langkah 4. ii. perisian Hot Potatoes soalan kuiz2. Require Learner Participant ( Penglibatan Aktif Murid ) i. murid semua membaca soalan kuiz bersama-sama dan secara rawak guru meminta beberapa orang untuk memberikan jawapan yang betul 3. Evaluation ( Penilaian ) i. soalan kuiz dalam perisian Hot Potatoes Pada bahagian Penutup ini, guru membuat rumusan tentang topik yang diajar dengan menunjukkan semula slaid dari langkah 1 sehingga ke langkah 4 kerana penggunaan slaid dapat memaparkan isi pelajaran dari mula hingga akhir dengan luas, mudah dan jelas dan mampu menarik minat murid untuk belajar. ini bertujuan mengimbau kembali isi kandungan pelajaran hari ini. Guru berharap dengan cara ini, murid dapat membina ingatan yang tajam tentang apa yang sudah dipelajari. sebagai langkah penilaian, guru memberi peluang kepada murid-murid untuk bertanya soalan tentang apa yang sudah difahami dan apa yang belum dapat dikuasai. teknik bersoal jawab antara guru dan murid dapat membentuk suatu interaksi yang aktif dan berkesan sebagai memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur serta saling membantu sesama sendiri. sebagai langkah pengukuhan, guru mmberi soalan kuiz yang telah disediakan dalam perisian Hot Potatoes. penggunaan perisian ini dalam soalan kuiz dijangka dapat menarik perhatian murid untuk mencuba menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.

APLIKASI MODEL ASSUREDALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TINGKATAN 2Analyse Learners( Analisis Pelajar )Pada muka surat 21. Murid Tingkatan 2L2. 14 orang murid perempuan / 21 orang murid lelaki3. Umur di antara 14 tahun4. Kelas terakhir daripada 12 buah kelas tingkatan 2 yang terdapat beberapa orang muridnya adalah buta huruf.5. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat haiwan peliharaan di persekitaran rumah memakan hidupan lain serta pernah melihat bangkai haiwan yang sedang mereput.

State Objective( Menyatakan objektif )Pada muka surat 21. Di akhir sesi pembelajaran dan pengajaran, murid dapat : i. menerangkan maksud pengeluar, pengguna dan pengurai. ii. menggabungkan beberapa rantai makanan untuk membina siratan makanan. iii. mengenalpasti pengeluar, pengguna dan pengurai dalam siratan makanan.

Select Media, Materials and Method( Memilih Media, Bahan dan Kaedah )Media Dipilih - Komputer riba dan TV LCD - Paparan slaid - ( diguna pada Langkah 1, 2, 3, 4 dan Penutup ) - Video ( diguna pada Set induksi dan Langkah 4 ) - OHP ( diguna pada Langkah 3 ) - Buku Teks dan Buku Rujukan ( diguna sepanjang proses p & p ) - Buku Proses Amali Sains Tingkatan 2 (diguna sepanjang proses p & p ) - Kad gambar ( diguna pada Langkah 1,2 dan 4) - Kad perkataan ( diguna pada langkah 1 ) - Hot Potatoes Soalan Kuiz ( diguna pada bahagian Penutup sebagai pengukuhan )Bahan-Bahan - Kertas transperansi dan marker pen ( diguna pada Langkah 3 ) - pita pelekat ( diguna pada Langkah 2 )Kaedah - penerangan ( pengenalan, maksud perkataan tertentu, contoh-contoh ) - perbincangan ( memberi pendapat dan cadangan ) - soal jawab ( penegasan dan kepastian ) - sumbangsaran ( menyatakan idea )

Utilize Media, Materials and Method( Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah ) a. penayangan video pada set induksi dan pada langkah 4 membantu murid memahami gambaran sepenuhnya tentang isi pelajaran supaya murid lebih bersedia dan berminat untuk belajar serta mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan. b. penggunaan OHP, kertas tranperansi dan marker pen pada Langkah 3 memudahkan murid menulis hasil kerja dan memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan bahan media yang pelbagai c. nota ( pada Langkah 1 ) diberikan untuk membantu minda murid yang lemah ini untuk berfikir. d. slaid diguna pada Langkah 1, 2, 3, 4 dan Penutup untuk menerangkan maksud pengeluar, pengguna dan pengurai serta contoh-contoh yang berkenaan kerana paparannya luas dan jelas dan mampu menarik minat

murid untuk belajar. e. penggunaan kad gambar pada Langkah 1, 2 dan 4 dan kad perkataan pada Langkah 1 adalah menarik dan memudahkan murid untuk menyelesaikan sebarang masalah seperti yang dikehendaki dengan mudah. f. penggunaan buku teks , buku rujukan dan buku amali proses sains pada sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran memberi gambaran penuh tentang isi pelajaran g. perisian Hot Potatoes digunakan pada bahagian pengukuhan iaitu pada bahagian Penutup untuk membina soalan kuiz kerana cara penilaiannya lebih menarik dan kelihatan hidup.

Require Learner Participant( Penglibatan Aktif Murid )

1. Pada Set Induksi : a. murid memerhati tayangan video dan menyanyi bersama-sama b. murid bersoal jawab dengan guru tentang isi kandungan video yang ditayangkan.2. Pada Langkah 1 : a. murid berbincang dan bersoaljawab dengan guru tentang maksud pengeluar dan pengguna berdasarkan slaid. b. beberapa orang murid menyatakan contoh-contoh berpandukan kad gambar dan kad perkataan.3. Pada Langkah 2 : a. murid memerhati slaid tentang rantai makanan. b. murid membina rantai makanan yang berlaku di ladang gandum c. beberapa orang murid memilih gambar dan membina rantai makanan dengan melekatkan kad gambar tersebut

pada papan tulis.

4. Pada Langkah 3 : a. murid membina siratan makanan pada kertas transperansi. b. murid mempamerkan hasil kerja pada OHP. c. murid menerima teguran positif dari guru5. Pada Langkah 4 : a. murid memerhati tayangan video b. murid menyatakan bagaimana organisma boleh mati c. murid menamakan pengurai-pengurai6. Pada bahagian Penutup : a. murid bertanya soalan atau menyatakan pendapat tentang proses pembelajaran dan pengajaran b. murid menjawab soalan kuiz yang dihasilkan menggunakan perisian Hot Potatoes.

Evaluation( Penilaian )1. Pencapaian Murid : a. murid telah dapat menyatakan maksud pengeluar, pengguna dan pengurai b. murid dapat menyebut sekurang-kurangnya dua yang yang betul contoh bagi pengeluar, pengguna dan pengurai. c. murid dapat mengenal maksud rantai makanandan dapat membina sekurang-kurangnya tiga jenis rantai makanan. d. murid sekurang-kurangnya dapat menyatakan maksud siratan makanan dan membina contoh siratan makanan berdasarkan rantai makanan yang telah diberikan. e. murid dapat menjawab dengan betul empat daripada lima soalan kuiz. f. murid boleh berinteraksi secara aktif semasa semasa sesi

perbincangan dan sesi soal jawab. g. murid dapat memberi tumpuan dan perhatian penuh sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. h. murid sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada guru rakan-rakan sepanjang aktiviti p & p berlangsung.2. Pencapaian guru : a. proses p & p yang dirancang berjalan lancar dan memberi kesan yang positif b. guru mendapat respon yang baik daripada murid-murid. c. guru berupaya mengawal keadaan kelas dan emosi diri apabila berhadapan dengan murid yang sangat lemah ini. d. guru mengajar murid dengan sistematik agar p & p dapat diajar dalam cara mudah ke susah. e. objektif pembelajaran dan pengajaran telah berjaya dicapai melalui jawapan yang diterima daripada murid sepanjang tempoh p & p berlangsung serta hasil pencapaian daripada soalan kuiz.3. Keberkesanan Media : a. bahan-bahan bantu mengajar seperti komputer dan LCD, paparan slaid powerpoint, video, OHP, kertas transperansi, buku teks, buku rujukan, kad gambar, kad perkataan dan Hot Potatoes untuk membina soalan kuiz sangat membantu dalam proses p & p ini. Ia telah dapat menggalakkan interaksi dan perbincangan dalam kalangan murid selain dapat menyediakan murid suasana belajar yang sebenar.

Page 2