rph bahasa melayu tahap 2

12
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Cemerlang Bilangan Murid : 36 orang Tema : Kebudayaan Tajuk : Perayaan di Malaysia Tarikh : 10 Mac 2014 Masa : 60 minit Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat; i. menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan ii. membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia iii. menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing- masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. Fokus P&P : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi berdasarkan tanda baca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Upload: nor-laili-razali

Post on 15-Apr-2017

717 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph bahasa melayu tahap 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 Cemerlang

Bilangan Murid : 36 orang

Tema : Kebudayaan

Tajuk : Perayaan di Malaysia

Tarikh : 10 Mac 2014

Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;

i. menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut

perayaan secara lisan

ii. membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan

mengenai perayaan di Malaysia

iii. menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka

menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan

ayat majmuk yang betul.

Fokus P&P : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan

seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,

sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan

didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan

intonasi berdasarkan tanda baca.

Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan

penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam

sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan menggunakan

ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberi.

Kemahiran Bahasa

(KB) : Kemahiran bertutur, menulis, dan mendengar.

Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan

intonasi.

Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan

Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.

Page 2: Rph bahasa melayu tahap 2

Kemahiran Bernilai

Tambah (KBT) : i) Kemahiran Berfikir

Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran

mengkategori.

ii) Kemahiran Belajar

Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

iii) Kecerdasan Pelbagai

Kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan emosi.

iv) Pembelajaran Kontekstual

Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman

mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia

dengan cara berdialog dan membina ayat dengan

menggunakan ayat mudah.

v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P.

BBM : Powerpoint, buku latihan dan alat tulis.

Konsep 5P : i) Penggabung jalinan

ii) Penyerapan

iii) Pengayaan

iv) Pemulihan

v) Penilaian

Page 3: Rph bahasa melayu tahap 2

Langkah/Masa

Isi pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan

Set induksi

(5 minit)

Murid ditayangkan power

point yang berkaitan dengan

jenis-jenis perayaan yang

terdapat di Malaysia.

i) Murid diminta untuk

melihat paparan power

point dan

menghayatinya.

ii) Murid diminta untuk

membezakan jenis

perayaan mengikut

kaum dan menceritakan

pengalaman mereka

iii) Guru menjelaskan

tujuan aktiviti dan tajuk

pengajaran yang akan

diajar pada hari

tersebut.

5P:Penggabung jalinan

dan penyerapan

KBT:Kemahiran berfikir -

membuat perbezaan

Pembelajaran

kontekstual - kaitan

tajuk dengan

pengalaman murid

BBM:Power point

Langkah 1

(15 minit)

Guru memberi teks cerita

yang bertajuk “Perayaan di

Malaysia” melalui power

point

i) Murid dikehendaki

untuk mengklik salah

satu pautan yang

disediakan.

ii) Murid diminta membaca

petikan secara individu

dengan kuat dan

mengikut intonasi serta

gaya yang betul.

iii) Murid-murid yang lain

dikehendaki mendengar

dan meneliti teks sambil

memahami petikan

tersebut.

iv)Kemudian guru bersoal

jawab dengan murid

berkaitan dengan

petikan tersebut.

KBT:Kemahiran Teknologi

Maklumat - murid

mendapat peluang

menggunakan

komputer untuk klik

pautan.

BBM:Teks petikan dan

power point

KB:Kemahiran

mendengar, bertutur

dan membaca

Langkah 2 Guru mengadakan i) Murid dibahagikan KBT:

Page 4: Rph bahasa melayu tahap 2

(15 minit) perbincangan kumpulan

antara murid-murid dan

melakukan pembentangan

melalui power point.

kepada beberapa

kumpulan.

ii) Murid diminta untuk

berada dalam kumpulan

dan membuat

perbincangan.

iii) Murid dikehendaki

membentangkan

perbezaan antara

perayaan yang terdapat

di Malaysia dan

bandingkan dengan

pengetahuan dan

pengalaman mereka.

iv)Kemudian kumpulan

yang berjaya

menyiapkan dahulu

akan membentangkan

hasil perbincangan

mereka dan mereka

akan mendapat

ganjaran.

v) Guru bertanya

berkaitan dengan tajuk

dan pengetahuan sedia

ada mereka.

Menghubung kait,

pembelajaran

kontekstual dan

menjana idea

NILAI:Hormat-menghormati

dan kerjasama.

BBM:Power point

Langkah 3

(20 minit)

Guru memberi latihan

kepada murid-murid.

Aktiviti Pengayaan:

Mencari makna perkataan,

menjawab soalan

berdasarkan petikan yang

diberi dan menulis karangan

pendek berdasarkan tajuk

i) Guru terlebih dahulu

menyoal murid sama

ada mereka memahami

tajuk pengajaran pada

hari tersebut atau tidak.

ii) Guru memberi latihan

kepada murid iaitu

mencari makna

perkataan, menjawab

5P:Penggabung jalinan,

pengayaan,

pemulihan dan

penilaian

KBT:Kemahiran berfikir -

membuat inferens

KB:Kemahiran menulis,

Page 5: Rph bahasa melayu tahap 2

yang diberi

Aktiviti Pemulihan:

Menyiapkan petikan yang

diberikan dengan mengisi

tempat kosong.

soalan berdasarkan

petikan dan menulis

karangan pendek.

iii) Guru membimbing

kumpulan murid yang

memerlukan pemulihan

dengan menyediakan

teks cerita yang perlu

dilengkapkan dengan

mengisi tempat kosong.

dan bertutur.

NILAI:Menghargai,

kerjasama dan

tekun.

BBM:Lembaran kerja/

kertas latihan

Penutup

(5 minit)

Guru membuat rumusan

mengenai pengajaran yang

telah diajar dan

menanyakan soalan kepada

murid akan apa yang telah

mereka pelajari.

Guru juga menanyakan

nilai-nilai murni yang

terdapat semasa sesi P&P.

i) Murid digalakkan

supaya mengumpul

maklumat tambahan

daripada bahan-bahan

yang lain bagi

menambahkan

pengetahuan mereka.

ii) Murid juga

menyatakan nilai-nilai

murni yang telah

dipelajari pada hari

tersebut.

Nilai-nilai murni:

- Menghargai

- Bersyukur

- Menghormati

- bekerjasama

REFLEKSI

Page 6: Rph bahasa melayu tahap 2

Pertama sekali syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat

serta keizinannya saya dapat menyiapkan tugasan saya iaitu BMM3117 Kaedah

Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Elektif). Saya juga ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak membantu dalam memurnikan

lagi tugasan saya ini. Selain itu, saya juga ingin merakankan jutaan terima kasih kepada

rakan-rakan guru di sekolah saya kerana telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu

saya menjalankan pengajaran mikro di sekolah. Memandang tugasan ini adalah tugasan

berkumpulan, saya banyak berdepan dengan masalah sepanjang menyiapkan tugasan ini

terutamanya sewaktu hendak melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas. Ini adalah

kerana kami terdiri dari guru yang berlainan sekolah dan jarak antara kami juga sangat

jauh. Namun setelah berbincang dengan pensyarah tentang masalah yang kami hadapi,

akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kami dibenarkan untuk

melaksanakan pengajaran mikro kami di sekolah masing-masing menggunakan RPH

Bahasa Melayu yang sama dengan strategi, kaedah dan teknik serta kemahiran bernilai

tambah yang menarik.

Pada peringkat awal menyiapkan tugasan ini kami sama-sama berbincang untuk

mengenal pasti teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa untuk menghasilkan sebuah

esei yang baik. Bagi menghasilkan esei ini kami terpaksa membuat banyak rujukan

samada melalui buku, jurnal dan juga internet untuk mendapatkan maklumat tentang teori

tersebut. Kami juga perlu menghuraikan setiap konsep strategi, kaedah dan teknik serta

pengisian elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Setelah segala maklumat diperolehi kami seterusnya membuat perbincangan

mengenai rancangan pengajaran harian yang akan kami laksanakan pengajaran mikro di

sekolah.

Kami mengambil keputusan untuk menyediakan RPH Bahasa Melayu untuk Tahun

5 dengan tema Kebudayaan. Kami menggunakan teknik pengajaran Assure di mana

dalam RPH ini kami banyak menggunakan teknologi maklumat semasa PdP. Untuk

melaksanakan pengajaran mikro ini saya sekali lagi menghadapi masalah kerana saya

tidak mengajar Bahasa Melayu di sekolah. Setelah berbincang dengan Ketua Panitia

Bahasa Melayu di sekolah serta sedikit pengalaman yang saya ada sewaktu mengajar

mata pelajaran Bahasa Melayu dahulu Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan

pengajaran tersebut dengan jayanya.

Sepanjang pengajaran mikro yang saya lakukan saya dapati murid-murid sangat

gembira dan teruja terutama sewaktu saya menayangkan power point tentang perayaan di

Page 7: Rph bahasa melayu tahap 2

Malaysia. Mereka juga sangat seronok sewaktu perbincangan yang diadakan

menggunakan pawer point. Saya dapati penerapan elemen kemahiran bernilai tambah

dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik kerana ia dapat memupuk

potensi murid yang kritis, kreatif dan inovatif. Ini dapat dilihat sewaktu saya menjalankan

pengajaran mikro saya. Di sini saya dapati semua murid dapat menonjolkan potensi

mereka masing-masing menggunakan teknologi makumat.

Akhir kata sebagai seorang guru saya akan pastikan setiap pengajaran dan

pembelajaran yang akan berlangsung saya perlu pelbagaikan pengaplikasian pendekatan,

strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan modal insan

yang berilmu dan mempunyai potensi diri.

AKTIVITI SEPANJANG PENGAJARAN MIKRO

Page 8: Rph bahasa melayu tahap 2
Page 9: Rph bahasa melayu tahap 2