risalah cuepacs pa

8
Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS Sediakan Payung Sebelum Hujan Masyarakat zaman kini sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk mengekalkan daya saing. Dalam usaha giat untuk mencapai matlamat, seringkali kita kesuntukan masa untuk merancang masa depan dan menyiapkan diri untuk musibah yang bakal menimpa. Dengan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS, hidup anda terurus bagaikan sudah menyediakan payung sebelum hujan.

Upload: doandung

Post on 23-Jan-2017

264 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah Cuepacs PA

Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACSSediakan Payung Sebelum HujanMasyarakat zaman kini sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk mengekalkan daya saing. Dalam usaha giat untuk mencapai matlamat, seringkali kita kesuntukan masa untuk merancang masa depan dan menyiapkan diri untuk musibah yang bakal menimpa. Dengan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS, hidup anda terurus bagaikan sudah menyediakan payung sebelum hujan.

Page 2: Risalah Cuepacs PA

CUEPACS adalah Gabungan Kesatuan Sekerja Sektor Awam negara ini yang mempunyai peranan yang besar dalam menjaga kepentingan dan kebajikan kakitangan Kerajaan, bukan sahaja dari segi tuntutan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan, tetapi juga dari segi kebajikan kakitangan Kerajaan dan keluarga mereka.

CUEPACS kini telah memperkenalkan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS (CUEPACS PA) yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Skim perlindungan ini adalah dengan kerjasama Sun Life Malaysia.

Dalam perjalanan kehidupan kita seharian, seseorang individu itu berkemungkinan akan mendapat kemalangan atau kecederaan semasa atau di luar waktu bertugas. Melalui Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS ini, ianya akan dapat membantu diri sendiri dan keluarga apabila ditimpa kemalangan atau musibah tertentu dari segi meringankan bebanan kewangan.

Memandangkan sumbangan perlindungan ini tidak membebankan, maka saya berharap seluruh Anggota Sektor Awam akan merebut peluang keemasan ini untuk melindungi diri sendiri serta keluarga tersayang.

Yang ikhlas,

Azih Bin MudaPresiden CUEPACS

Ucapan Presiden CUEPACS

Page 3: Risalah Cuepacs PA

Dengan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS, keadaan kewangan anda dan keluarga anda dilindungi apabila kejadian tidak diingini berlaku.

Apakah Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS? • Ia adalah Pelan Kemalangan Diri Menyeluruh yang merangkumi perlindungan kewangan untuk

kematian, kecacatan anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa. • Ia menawarkan perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan jika berlakunya musibah. • Ia juga menawarkan Perbelanjaan Pengebumian (untuk bukan Muslim), manakala Upah Haji

dan Khairat Kematian (untuk Muslim) jika berlakunya kematian disebabkan kemalangan atau kematian biasa.

Kelayakan • Khas untuk kakitangan Kerajaan termasuk semua Anggota Sektor Awam, Badan Berkanun dan

Pihak Berkuasa Tempatan serta ahli keluarga mereka. • Had umur peserta Peserta : 18 tahun hingga 55 tahun. Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun. Anak peserta : Dari umur 30 hari hingga 18 tahun, dan akan dilanjutkan ke 23 tahun jika anak masih

bujang dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

Keistimewaan • Khairat Kematian dan Upah Haji sebanyak RM3,000 disebabkan sebarang musibah. • Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan. • Manfaat tambahan kepada mana-mana pelan insurans/Takaful lain. • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia. • Manfaat wang tunai yang bebas cukai.

Jadual manfaat

Kematian dan hilang upaya kekal

Sumbangan bulanan (termasuk CBP*)

Pelan A (1 unit)RM6.36

Pelan B (2 unit)RM12.72

Bagi kemalangan maut semasa dalam perjalanan dengan pengangkutan awam berlesen untuk kemudahan penumpang

RM220,000 RM440,000

Bagi kemalangan yang mengakibatkan kelumpuhan menyeluruh dari leher ke bawah atau ketidakwarasan menyeluruh dan tidak dapat diubati

RM220,000 RM440,000

Bagi mati kemalangan akibat apa-apa sebab selain yang dinyatakan di atas

RM110,000 RM220,000

Bagi hilang upaya kekal (skala menyeluruh) RM110,000 RM220,000

Bagi kematian disebabkan: • Pembunuhan atau serangan • Mogok, rusuhan, kekacauan awam atau perampasan • Keracunan makanan secara kemalangan• Lemas secara kemalangan• Panahan petir• Pendedahan dan kehilangan

RM110,000 RM220,000

Page 4: Risalah Cuepacs PA

* CukaiBarangdanPerkhidmatan(CBP)mengikutAktaCukaiBarangdanPerkhidmatan2014yangkinipadakadar6%.KadarsemasaCBPadalahtertaklukkepadaperubahan.

Nota-nota:1. Semua sumbangan untuk anak dan suami/isteri mesti dibayar melalui peserta.2. Pasangan dikehendaki memberitahu pekerjaan sekarang (jika ada). 3. Pasangan dengan pekerjaan berisiko tinggi akan dikenakan sumbangan RM12.72 sebulan untuk satu unit

perlindungan. 4. Pasangan dengan pekerjaan berisiko tinggi tidak dibenarkan mengambil bahagian untuk 2 unit.

Jadual sumbangan (termasuk CBP*) berdasarkan jenis pelan dan umur

Pelan A Pelan B Manfaat

Peserta & pasangan PesertaPasangan

RM6.36RM6.36

RM12.72RM12.72

100% manfaat yang dinyatakan di atas

Kanak-kanak Umur (1 – 12) Umur (12 – 18) Umur 18 ke atas

RM1.59RM3.18 RM6.36

RM3.18RM6.36

25% daripada manfaat peserta 50% daripada manfaat peserta 100% daripada manfaat peserta

Jadual manfaat

Penghospitalan dan manfaat perubatan

Sumbangan bulanan (termasuk CBP*)

Pelan A (1 unit)RM6.36

Pelan B (2 unit)RM12.72

Pembayaran balik bagi semua belanja perubatan yang ditanggung semasa dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta (termasuk perubatan, pembedahan, rundingan doktor, sinar-x, ujian makmal, caj bilik dan makan, dll.)

RM3,000 RM5,000

Pendapatan tunai harian sehingga RM2,000 (bagi 1 unit) dan RM3,000 (bagi 2 unit) untuk digunakan semasa penghospitalan di mana-mana hospital kerajaan

RM100 sehari sehingga RM2,000

RM100 sehari sehingga RM3,000

Manfaat-manfaat lain

Perbelanjaan pengebumian, penguburan atau pembakaran jenazah (untuk bukan Muslim)

RM3,000 RM6,000

• Upah Haji (untuk Muslim) • Khairat Kematian (untuk Muslim)

RM1,500RM1,500

RM3,000RM3,000

Elaun perjalanan mingguan untuk ahli keluarga terdekat melawat anda semasa di hospital (maksimum RM500 bagi 1 unit dan RM1,000 bagi 2 unit)

RM50 seminggu sehingga RM500

RM100 seminggu sehingga RM1000

Page 5: Risalah Cuepacs PA

Bagi hilang upaya kekal yang tidak dinyatakan di atas, Syarikat akan menggunakan peratusan yang konsisten dengan skala di atas tanpa merujuk pada pekerjaan peserta.

Skala manfaat hilang upaya kekal

Manfaat

Peratusan pampasan daripada jumlah pokok dilindungiPelan A (1 unit)

Pelan B (2 unit)

Kehilangan dua anggota 100% 100%

Kehilangan kedua-dua tangan atau kesemua jari dan kedua-dua ibu jari 100% 100%

Kehilangan penglihatan kedua-dua mata 100% 100%

Kecederaan lain yang menyebabkan hilang upaya kekal menyeluruh 100% 100%

Kehilangan lengan • pada takat bahu• di antara bahu dan siku • pada takat siku • antara siku dan pergelangan tangan

100% 100%

Kehilangan tangan pada takat pergelangan tangan 100% 100%

Kehilangan kaki pada takat peha atau di antara lutut dan peha atau di bawah lutut 100% 100%

Kehilangan mata – sama ada seluruh mata atau penglihatannya 100% 100%

Kehilangan mata – penglihatannya, kecuali persepsi cahaya atau kantanya 50% 50%

Kehilangan empat jari dan ibu jari satu tangan 50% 50%

Kehilangan empat jari 40% 40%

Kehilangan ibu jari • kedua-dua falanks• satu falanks

25%10%

30%15%

Kehilangan jari telunjuk • tiga falanks• dua falanks • satu falanks

10%8%4%

10%8%4%

Kehilangan jari hantu • tiga falanks• dua falanks • satu falanks

6%4%2%

6%4%2%

Kehilangan jari manis • tiga falanks• dua falanks • satu falanks

5%4%2%

10%7.5%5%

Kehilangan jari kelengkeng• tiga falanks• dua falanks • satu falanks

4%3%2%

10%7.5%5%

Kehilangan metakarpus• pertama dan kedua (tambahan) • ketiga, keempat dan kelima (tambahan)

3%2%

3%2%

Kehilangan jari kaki• semua• ibu jari kaki, kedua-dua falanks • ibu jari kaki, satu falanks • selain ibu jari kaki jika lebih daripada satu jari kaki yang hilang, setiap satu

15%5%2%1%

15%5%3%1%

Kehilangan pendengaran• kedua-dua telinga• satu telinga

75%15%

75%25%

Kehilangan pertuturan 50% 25%

Page 6: Risalah Cuepacs PA

Perlindungan tambahan • Kehilangan dan pendedahan • Keracunan makanan secara kemalangan • Lemas secara kemalangan • Mogok, rusuhan dan kekacauan awam • Perampasan • Pembunuhan dan serangan tanpa ancaman • Panahan petir

Pengecualian-pengecualian (Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada dokumen-dokumen kontrak induk untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian-pengecualian.)

Syarikat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kecederaan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan:

1. Perang atau keadaan seumpama perang.

2. Penyertaan secara langsung atau aktif dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam.

3. Ketidaksiuman, bunuh diri (siuman atau tidak siuman) atau apa-apa cubaan membunuh diri.

4. Terbang sebagai salah seorang anak kapal.

5. Kehamilan, Kelahiran Anak, Keguguran.

6. Tentera, Polis atau sebarang tugas sebagai anggota berpakaian seragam bersenjata sewaktu bertugas.

7. Menyelam skuba, akualung, memanjat/mendaki gunung, luncur tangan, sukan musim sejuk, sukan profesional atau perlumbaan selain perlumbaan jalan kaki.

8. Dipengaruhi (sementara atau sebaliknya) oleh alkohol atau dadah.

9. Sebarang tindakan jenayah.

10. Apa-apa jenis hernia dan penyakit sedia ada sebelum sijil ini.

11. FASAL PENGECUALIAN KEGANASAN (392).

Perbelanjaan pengebumian, penguburan atau pembakaran jenazah (untuk bukan Muslim) dan Upah Haji serta Khairat Kematian (untuk Muslim) tidak akan dibayar oleh Sun Life Malaysia sekiranya berlaku kematian biasa yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh:• Cubaan membunuh diri dalam masa 12 bulan dari tarikh kuatkuasa perlindungan perjanjian. • AIDS atau komplikasinya atau jangkitan HIV.

Nota-nota penting1) Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barangan dan perkhidmatan,

dan/atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa pada masa ini atau dilaksanakan selepas tarikh sijil takaful akan dikenakan mengikut undang-undang yang berkenaan pada kadar semasa. Jika perlu, Sun Life Malaysia akan meminda terma-terma sijil takaful untuk mengambil kira cukai-cukai sedemikian.

2) Pelan ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M), pengendali takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Page 7: Risalah Cuepacs PA

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: MEDICARE ASSISTANCE SDN BHD (492830-K)Tel: 03-3371 4248 Faks: 03-3371 4258 Emel: [email protected]

Nota: Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja. Ia bukanlah suatu perjanjian takaful. Terma dan syarat yang tepat bagi pelan takaful ini ada dijelaskan dalam perjanjian.

Cara Penyertaan 1. Lengkapkan borang permohonan dan borang BPA 1/79.

2. Sertakan salinan slip gaji dan kad pengenalan (pemohon sahaja).

3. Poskan ke alamat: Medicare Assistance Sdn Bhd A-1-8, Pusat Perdagangan Intania Jalan Intan, Persiaran Raja Muda Musa 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Sun Life Malaysia Money for LifePerancangan yang baik memang penting sentiasa masa. Sama ada anda impikan kehidupan persaraan yang hebat atau risau tentang kejadian yang tidak dijangka, ia tidak terlalu awal atau terlewat untuk memulakan perancangan hidup anda.

Money for Life merupakan kaedah perancangan kewangan dan perlindungan khas dari Sun Life Malaysia untuk membantu anda memahami keperluan anda pada tahap kehidupan yang berbeza, supaya anda sentiasa dilindungi dengan sepenuhnya.

Berbincanglah dengan penasihat kami hari ini atau layari moneyforlife.my untuk maklumat lanjut.

Page 8: Risalah Cuepacs PA

April 2015

Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M)Level 11, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman50100 Kuala Lumpur, MalaysiaTelephone (603) 2612 3600 Facsimile (603) 2698 7035 Customer Careline 1300-88-5055 sunlifemalaysia.com

A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd