kupasan perjalanan transformasi jpa sekitar · anugerah bahagian cuepacs contoh dimenangi cuepacs...

2
ISU LIPUTAN KHAS >>> H A R I P E K E R J A P E N J A W A T A W A M 2 0 1 4 SEKITAR KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA 1 MEI 2014, DEWAN WAWASAN, JITRA, KEDAH DARUL AMAN Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada tahun ini telah diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah Darul Aman. Majlis ini telah di sempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara, majlis ini telah dihadiri oleh 4,000 penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan di seluruh Negara. Program ini merupakan gabungan kolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang telah bermula sejak 2001. Buat julung kalinya, Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 diadakan di Negeri Kedah selaras dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) yang melibatkan tiga pihak iaitu JPA, CUEPACS dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Penjawat Awam Tiang Seri Negara” merupakan tema yang dipilih bagi tahun ini simbolik penjawat awam adalah nadi dan inspirasi Perkhidmatan Awam serta merupakan pelaksana dan penyumbang kejayaan dasar-dasar Kerajaan. * lagi di halaman seterusnya 02

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ISU

    LIPUTAN KHAS >>>

    HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM 2014

    SEKITAR KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA

    Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA

    Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam

    Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam

    Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA

    1 MEI 2014, DEWAN WAWASAN, JITRA, KEDAH DARUL AMAN

    Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada tahun ini telah diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah

    Darul Aman. Majlis ini telah di sempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun

    Haji Abdul Razak. Bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara, majlis ini telah dihadiri oleh 4,000 penjawat

    awam dari pelbagai agensi kerajaan di seluruh Negara.

    Program ini merupakan gabungan kolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan

    Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang telah bermula sejak 2001.

    Buat julung kalinya, Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 diadakan di Negeri Kedah selaras

    dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) yang melibatkan tiga pihak iaitu JPA, CUEPACS dan

    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

    Penjawat Awam Tiang Seri Negara” merupakan tema yang dipilih bagi tahun ini simbolik penjawat awam adalah

    nadi dan inspirasi Perkhidmatan Awam serta merupakan pelaksana dan penyumbang kejayaan dasar-dasar

    Kerajaan.

    * lagi di halaman seterusnya

    02

  • Lima prinsip digariskan oleh YAB

    Perdana Menteri perlu diikuti oleh

    penjawat awam untuk menambah

    baik lagi perkhidmatan mereka kepa-

    da rakyat. Prinsip ini diperlukan bagi

    mendakap transformasi dan

    bergerak ke hadapan.

    Beliau berkata, prinsip pertama adalah semua penjawat awan termasuk anggota pentadbiran perlu

    mempunyai ilmu agar mampu menjadi pemimpin di

    semua peringkat dengan cemerlang.

    "Hal demikian kerana dunia berubah dengan pantas, jika kita ingin menjadi sebuah negara yang mampu

    mengemudi perubahan dengan pantas, budaya ilmu

    ialah asas pertama yang perlu kita ikuti. Kita perlu rajin membaca untuk menambah ilmu pengetahuan

    pada diri kita," katanya.

    Prinsip kedua pula kata Perdana Menteri,

    kebolehpercayaan yang meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan diyakini serta mempunyai nilai-nilai

    murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat.

    "Ini penting kalau rakyat biasa dari kampung datang

    jumpa kita, layan mereka dengan baik, kalau sesuatu yang munasabah dipohon patut kita beri kelulusan

    kepada mereka. Cara ini menambahkan

    kebolehpercayaan rakyat kepada kerajaan," katanya.

    Seterusnya prinsip ketiga adalah budaya amalan

    kerja terbaik yang merupakan cermin kepada kewibawaan penjawat awam dan prinsip keempat

    ialah penjawat awam mesti mempunyai semangat

    patriotik dan menunjukkan rasa cinta kepada negara.

    "Prinsip kelima ialah budaya keberhasilan yang

    berteraskan hasil. Ini penting bagi meningkatkan

    mutu dan kualiti kerja dengan bersandarkan kepada

    petunjuk prestasi utama (KPI)," katanya.

    Sempena majlis itu, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa

    telah menerima Anugerah Khas CUEPACS manakala

    Anugerah Bahagian CUEPACS Contoh dimenangi

    CUEPACS Pahang yang diterima Pengerusinya,

    Kamarulzaman Abdul Razak dan Anugerah Kesatuan

    Cemerlang dimenangi Kesatuan Jururawat Malaysia

    (MNU) yang diwakilinya Presidennya, Rosni Aziz.

    INTIPATI UCAPAN YAB PM SEMPENA 1 MEI 2014

    Sekitar Persiapan Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014

    SLOT WAWANCARA DI TV & RADIO LIPUTAN MEDIA SEKITAR HARI PEKERJA PENJAWAT AWAM 2014