pa presentation.ppt

14
TOPIK 3 IDEA, WAWASAN DAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Upload: swarna-darshiani-murugan

Post on 07-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • TOPIK 3 IDEA, WAWASAN DAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

  • RUKUN NEGARA

  • LATAR BELAKANG RUKUN NEGARAHasil daripada perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Rukun Negara juga ialah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.Untuk merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia.

  • KONSEP RUKUN NEGARARukun Negara menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama-sama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

  • Cita-cita yang digariskan dalam Rukun Negara seperti berikut:Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatMemelihara satu cara hidup demokratikMencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksamaMenjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corakMembina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

  • 5 PRINSIP RUKUN NEGARA

    Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran perlembagaanKedaulatan undang-undangKesopanan dan kesusilaan

  • OBJEKTIF RUKUN NEGARA DAN HURAIANNYAMencipta masyarakat yang adilSemua anggota masyarakat berpeluang menikmati kemakmuran dan kekayaan negara secara adil dan saksama.Memelihara cara hidup demokratikKebebasan asasi dan kegiatan politik dijamin oleh Perlembagaan asalkan tidak melanggar undang-undang negara.Kepentingan negara hendaklah diutamakan agar kestabilan dan keselamatan negara terjamin.Mencapai perpaduan yang lebih eratRakyat berbilang kaum, budaya dan negara dapat bersatu membentuk sebuah bangsa dan negara.Membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaanMasyarakat bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.Membina masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi Masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

  • PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARAKepercayaan kepada TuhanMewujudkan satu bangsa dan negara yang berdaulat.Islam ialah agama Persekutuan tetepi agama lain boleh diamalkan dengan aman.Kesetiaan kepada Raja dan NegaraRakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang-di Pertuan Agong.Rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri.Prinsip kesetiaan dapat memupuk kecintaan rakyat kepada negara.Keluhuran PerlembagaanMembolehkan masyarakat menyedari kepentingan Perlembagaan sebagai sumber perundangan tertinggi yang harus dipatuhi demi keharmonian negara.Kedaulatan Undang-UndangMewujudkan masyarakat yang menghormati dan mematuhi undang-undang negara memandangkan undang-undang memberi perlindungan kepada semua anggota masyarakat.Kesopanan dan KesusilaanMemupuk sahsiah mulia dalam kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

  • RUKUN NEGARA

  • LATIHAN PENGUKUHANNyatakan tiga cita-cita negara yang terkandung dalam Rukun Negara. (3M)Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatMemelihara satu cara hidup demokratikMencipta satu masyarakat yang adil dengan kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama

  • Jelaskan dua tujuan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). (2M)Mengembalikan keamanan dan undang-undangMemastikan pentadbiran negara licin dan sempurnaMewujudkan keadaan harmoni dan kepercayaan antara kaum

  • 3. Nyatakan tiga daripada lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. (3M)Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

  • Jelaskan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara. (2M)Yang di Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyatSetiap rakyat hendaklah taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di Pertuan AgongKesetiaan boleh menyatukan rakyat Malaysia

  • *