risalah cuepacscare

12
CuepacsCare Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan

Upload: vanminh

Post on 30-Dec-2016

266 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah CuepacsCare

CuepacsCareProgram Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam,Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan

Page 2: Risalah CuepacsCare

Skim Takaful CuepacsCare telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, khas untuk penjawat awam dan keluarga mereka. Skim ini dilaksanakan dengan kerjasama Commerce Assurance Berhad. Akibat peningkatan permintaan terhadap konsep Takaful, Sun Life Malaysia kemudiannya telah mengambil alih penanggungan perlindungan bagi menyediakan sumbangan perubatan yang mudah lagi mampu untuk prosedur/tuntutan perubatan dan pembedahan khusus untuk penjawat sektor awam dan keluarga mereka.

Skim ini terbuka kepada semua penjawat awam dan keluarga mereka termasuk mereka yang bekerja di Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia.

Keunggulan Skim ini ialah penyediaan manfaat maksimum kepada semua penjawat awam dan keluarga mereka di hospital swasta dengan kadar sumbangan yang minimum. Semenjak tahun 2000, ramai penjawat awam dan keluarga mereka telah menikmati rawatan perubatan yang bertaraf tinggi di seluruh negara melalui Skim ini.

Oleh yang demikian, semua penjawat awam dan keluarga mereka yang belum lagi menyertai Skim ini diminta supaya berbuat demikian. Penjawat awam yang sihat pasti akan menyumbang kepada pembangunan negara dengan lebih pesat lagi.

Yang ikhlas,

Azih Bin MudaPresiden CUEPACS

Utusan Presiden CUEPACS

Page 3: Risalah CuepacsCare

Kini, kakitangan kerajaan boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan sama ada di hospital swasta atau kerajaan. Dengan Skim CuepacsCare, kakitangan kerajaan boleh menikmati rawatan pakar dalam suasana selesa hospital swasta.

Manfaat CuepacsCare Skim ini memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua kakitangan kerajaan termasuk anggota sektor awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan dan ahli keluarga mereka.

Had umur pemohonPemohon - 18 tahun hingga 60 tahun. Anak pemohon - dari umur 30 hari hingga 22 tahun jika anak masih bujang dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

Had umur perlindunganPerlindungan tamat pada hari jadi ke-70 untuk pemohon dan pasangan, serta 23 tahun untuk anak pemohon.

Skop perlindungan• Kemasukankehospital• Unitrawatanrapi• Bayaranpembedahandanpakaranestesia• Bilikbedah,bekalandankhidmathospital• Lawatanpakarperubatandihospital• Perundinganpakarpra-hospital• Ujiandiagnosispra-hospital• Rawatansusulanselepaspenghospitalan• Rawatanpesakitluarbagikemalangandankecemasan• Transplanorgan• Rawatandialisisbuahpinggangpesakitluarbulanan• Bayaranambulans• Rawatankanserpesakitluarbulanan• Pembayaranbalikbayaranlaporanperubatan• Elauntunaihariandihospitalkerajaan

Kad CuepacsCareKad ini dikeluarkan kepada semua ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anak-anak boleh menggunakankad ibubapanya.Untuksetiappenambahanahlikeluargayangbaru,contohnyaanakyang baru dilahirkan, hendaklah dilaporkan secara rasmi kepada Sun Life Malaysia Takaful Berhad (“Sun Life Malaysia”) supaya dia tidak terkecuali daripada liputan kontrak ini. Walau bagaimanapun, pengecualian Penyakit Khusus selama 120 hari dan tempoh menunggu selama 30 hari kepada semua peserta baru masih berkuatkuasa dari tarikh pemberitahuan.

Kerana kesihatan dihargai sebagai kemewahan

Page 4: Risalah CuepacsCare

Cara penyertaan Terdapat 2 cara: A. Penyertaan secara bayaran bulanan - potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa 1. Lengkapkan borang CuepacsCare. 2. Sertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji (pemohon sahaja). 3. Perlindunganhanyaberkuatkuasa15hariselepassumbanganpertamaditerimadaripadaCUEPACS

dan bukan dari tarikh potongan pertama. B. Penyertaan secara bayaran tahunan 1. Lengkapkan borang CuepacsCare. 2. Bayaran sumbangan boleh dibuat melalui cek/draf bank/wang pos/kad kredit dan harus dibayar

kepada Sun Life Malaysia sebelum tarikh luput. (Pengecualian Penyakit Khusus selama 120 hari dan tempoh menunggu selama 30 hari akan berkuatkuasa untuk sumbangan yang dibiayai selepas tarikh tamat.)

3. Anda akan diberitahu sekiranya permohonan anda diluluskan dan tentang tarikh mula perlindungan.Jadual sumbangan berdasarkan jenis pelan dan umur

Lingkungan umurSumbangan tahunan Sumbangan tahunan (termasuk CBP*)

Individu Keluarga Individu Keluarga

18 - 55 tahun RM384.00 RM1,020.00 RM407.04 RM1,081.20

56 - 60 tahun RM660.00 RM1,680.00 RM699.60 RM1,780.80

61 - 64 tahun RM800.00 RM1,750.00 RM848.00 RM1,855.00

65 - 70 tahun RM1200.00 RM2,650.00 RM1,272.00 RM2,809.00

Jadual sumbangan berdasarkan jenis pelan dan umur

Lingkungan umurSumbangan bulanan Sumbangan bulanan (termasuk CBP*)

Individu Keluarga Individu Keluarga

18 - 55 tahun RM32.00 RM85.00 RM33.92 RM90.10

56 - 60 tahun RM55.00 RM140.00 RM58.30 RM148.40

61 - 64 tahun - - - -

65 - 70 tahun - - - -

* Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang kini pada kadar 6%. Kadar semasa CBP adalah tertakluk kepada perubahan.

Nota-nota:1. Sumbangan akan diubah setiap tahun berdasarkan pengiraan untung-rugi selama 12 bulan, kadar inflasi

perubatan dan faktor-faktor lain yang berkenaan.2. Sumbangan adalah berdasarkan umur semasa pada setiap ulangtahun sijil.3. Yuran wakalah bersih kepada Sun Life Malaysia sebanyak 25% akan dipotong daripada amaun sumbangan bersih

peserta iaitu sumbangan kasar peserta setelah tolak dengan yuran TPA.4. Yuran TPA bulanan untuk pelan individu adalah RM1.60 dan pelan keluarga adalah RM4.60.

Contoh: Kadar sumbangan bulanan individu berumur 30 tahun sekiranya memilih pelan individu atau keluarga.

PelanJumlah

sumbangan bulanan (RM)

Yuran TPA (RM)

Yuran Wakalah

(%)

Yuran Wakalah

(RM)Tabarru’

(RM)

Jumlah sumbangan bulanan (termasuk CBP)

(RM)

Individu 32.00 1.60 25 7.60 22.80 33.92

Keluarga 85.00 4.60 25 20.10 60.30 90.10

Page 5: Risalah CuepacsCare

Jadual manfaat kontrak peserta & keluarga

Manfaat-manfaat IndividuKeluarga (individu, pasangan dan anak)

1. Perkhidmatan hospital

• Bilik hospital & penginapan - maksimum 150 hari

RM150 RM150

• Unitrawatanrapi(ICU) - maksimum 60 hari

RM300 RM300

• Bekalandanperkhidmatanhospital RM10,000 RM10,000

2. Perkhidmatan profesional

• Bayaran pakar bedah

Kos sebenar yang dikenakan• Bayaranpakaranestesia

• Bilikbedah

3. Manfaat perundingan

• Lawatanpakarperubatandalamhospitaluntukkemasukanbukan pembedahan

Dua lawatan sehari

• Lawatanpakarperubatandalamhospitaluntukkemasukanpembedahan

Kos sebenar yang dikenakan• Perkhidmatandiagnosispra-hospital

• Manfaatperundinganpakarpra-hospital - dalam masa 30 hari sebelum kemasukan ke hospital

• Rawatanselepaskemasukankehospital - maksimum 30 hari selepas keluar dari hospital

4. Perkhidmatan kecemasan

• Rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan RM1,000 RM1,000

5. Perlindungan malapetaka

• Transplan organ (pesakit sahaja) RM20,000 RM20,000

• Rawatandialisisbuahpinggangpesakitluarbulanan RM2,000 RM2,000

• Rawatankanserpesakitluarbulanan RM2,000 RM2,000

6. Manfaat-manfaat lain

• Yuran ambulans RM250 RM250

• Elauntunaihariandihospitalkerajaan - maksimum 150 hari

RM50 RM50

• Pembayaranbalikyuranlaporanperubatan RM60 RM60

• Cukaibarangdanperkhidmatan(CBP) Seperti caj yang dikenakan

7. Had pembayaran balik pembiayaan perubatan

• Hadmaksimumuntuksetiapkemasukan ke hospital

RM20,000 RM20,000

• Hadtahunankeseluruhan RM40,000 RM60,000 satu keluarga

Page 6: Risalah CuepacsCare

Surat jaminan akan dikeluarkan** Jika penyakit yang dihidapi

dilindungi kontrak

Jika penyakit yang dihidapi tidak dilindungi kontrak atau doktor

tidak dapat mengesahkan jenis penyakit (diagnosis)

Bil hospital akan dihantar kepada pihak TPA (Third Party Administrator) untuk diteliti

Pihak TPA akan meneliti kos rawatan dan mengeluarkan arahan bayaran mengikut

kontrak Takaful

Anda hanya membayar bayaran tambahan kepada hospital (jika ada) atau untuk rawatan yang tidak

dilindungi oleh kontrak

Penyakit khusus yang tidak dilindungi dalam 120 hari pertama Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika ia berlaku kepada peserta dalam masa 120 hari yang pertama.• Hipertensi,diabetesmellitusdanpenyakitkardiovaskular.• Semuatumor,kanser,sista,nodul,polip,batudalamsistemkencingdansistembiliari.• Semuapenyakittelinga,hidung(termasuksinus)dantekak.• Hernia,hemoroid,fistula,hidrosele,varikosele.• Endometrisistermasukpenyakitsistempembiakan.• Gangguansistemvertebra(termasukdiska)danpenyakitlutut.

Cara penggunaan kad CuepacsCare di hospital panel

Semasa mendaftar masuk hospital

Semasa urusan keluar hospital

Kemukakan kad CuepacsCare dan kad pengenalan untuk pengesahan

** Tertakluk kepada terma dan syarat.

Page 7: Risalah CuepacsCare

Pengecualian-pengecualian Kontrak ini tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana 1 kejadian yang berikut:

a. Keadaan sedia ada - bermaksud penyakit/kecacatan yang peserta sudah ketahui. Peserta dianggap sudah mengetahui mengenai sesuatu penyakit di mana:

i. Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatan; ii. Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkan; iii. Simptom-simptom pernah atau masih ketara; atau iv. Kehadiran penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu.

b. Penyakit yang ditetapkan yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan berterusan.

c. Apa-apakeadaanperubatanataufizikalyangberlakudalamtempoh30haripertamaperlindunganatau tarikh pengembalian semula bagi peserta, mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

d. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak dikehendaki atau setakat yang ia dibayar oleh mana-mana insurans/Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi peserta dan hilang upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans PampasanPekerja.

e. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatankiropraktik,akupunktur,akutekanan,refleksologi,pengikatantulang,rawatanpakarherba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

f. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan prenatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketaksuburan, disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pemandulan.

g. Penghospitalan terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilangupaya yang dilindungi yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

h. Apa-apa rawatan atau operasi pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

i. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau penjagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pemandulan,penyakitkelamindansekuelanya,AIDS(SindromKurangDayaTahanPenyakit)atauARC(KompleksBerkaitanAIDS)danpenyakitberkaitanHIV,sebab-sebablainyangdilarangdalamhukum Shariah serta apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang.

Page 8: Risalah CuepacsCare

j. Psikotik, gangguanmental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis danmanifestasi fisiologi ataupsikosomatiknya).

k. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

l. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh perlindungan.

m. Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan rabun dekat melalui pembiasan atau pembedahan (keratotomi radial & lasik) serta penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya.

n. Kos/Perbelanjaan bagi perkhidmatan yang bersifat bukan perubatan, seperti telefon, televisyen, radio, perkhidmatan teleks atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak.

o. Kesakitan atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan merbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, sukan profesional, luncur air, sukan musim sejuk, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan dan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan.

p. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

q. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

r. Radiasi pengionan atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

s. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh peserta dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika transplan organ dan komplikasinya.

t. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

u. Pekerjaan yang berbahaya.

v. Polis dan pegawai penguatkuasa bersenjata kecuali disebabkan oleh penyakit.

Page 9: Risalah CuepacsCare

Soalan-soalan lazim

1) Mengapa saya perlu menyertai Skim CuepacsCare, apabila saya boleh mendapatkan rawatan secara percuma di hospital kerajaan?

Anda boleh menikmati perkhidmatan rawatan pakar yang selesa di hospital swasta yang menawarkan kemudahan perubatan yang canggih.

2) Apakah perbezaan antara Skim CuepacsCare dan insurans/Takaful penyakit kritikal yangditawarkan oleh syarikat insurans nyawa/Takaful keluarga?

Insurans/Takaful penyakit kritikal akan membuat bayaran secara sekaligus apabila andadidiagnosis sesuatu penyakit kritikal. CuepacsCare mempunyai kelebihan di mana ia akan membiayai perbelanjaan sebenar untuk rawatan dan pembedahan disebabkan penyakit kritikal serta penyakit-penyakit biasa. Tahap bayaran manfaat adalah bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi, pembedahan yang dijalankan dan tempoh tinggal di hospital.

3) Siapakah yang layak menyertai Skim CuepacsCare? Anda boleh memohon jika anda berumur antara 18 dan 60 tahun (pada permulaan penyertaan) dan

pelan ini boleh diperbaharui setiap tahun sehingga harijadi terakhir anda menjangkau 70 tahun.

4) Adakah saya dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan? Pada asasnya, semua borang permohonan yang ditaja/dijamin tidak memerlukan pemeriksaan

kesihatan. Walau bagaimanapun, untuk peserta yang mempunyai masalah kesihatan, bukti perubatan mungkin dikehendaki dan kosnya akan ditanggung oleh peserta.

5) Bilakah kontrak saya akan berkuatkuasa? Sebaik sahaja borang permohonan anda diluluskan dan sumbangan pertama telah diterima oleh

Sun Life Malaysia. la juga tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari untuk kemasukan ke hospital dan/atau perbelanjaan perubatan yang bukan diakibatkan oleh kemalangan.

6) Bolehkah saya memperbaharui perlindungan pada akhir tempoh satu tahun? Skim ini boleh diperbaharui. Setiap tahun pada kadar sumbangan yang berdasarkan umur pada

masa pembaharuan, sehingga harijadi terakhir anda menjangkau 70 tahun. Pembaharuan juga tertakluk pada kadar sumbangan semasa dan bukti untuk dilindungi yang ditetapkan oleh Sun Life Malaysia.

7) Bolehkah saya mendapat tuntutan sekiranya mendapat rawatan di hospital bukan panel? Kemasukan ke hospital tersebut masih layak untuk mendapat tuntutan bayaran balik dari Sun

Life Malaysia, sekiranya kemasukan itu dilindungi di dalam kontrak.

8) Apakah “tempoh pertimbangan”? Jika anda membuat keputusan untuk tidak mendapatkan kontrak ini, anda boleh kembalikan

kontrak ini dalam masa 15 hari daripada tarikh sijil dikeluarkan kepada Sun Life Malaysia untuk mendapatkan wang kembali sepenuhnya sebagai pembatalan kecuali jika terdapat penolakan disebabkan perbelanjaan perubatan yang ditanggung Sun Life Malaysia semasa mengeluarkan perjanjian itu.

Page 10: Risalah CuepacsCare

9) Adakah kadar sumbangan terjamin? Kadar sumbangan tidak terjamin. la bergantung kepada tuntutan yang telah dibuat dalam masa

12 bulan yang lalu dengan Sun Life Malaysia, yang mungkin mengubah kadar yang ditentukan berdasarkan untung-rugi dalam pelan ini. Keadaan-keadaan ini tidak menyeluruh dan kadar sumbangan mungkin dikaji semula jika terdapat situasi yang memerlukannya. Dalam apa pun keadaan, anda akan diberitahu dahulu mengenai perubahan-perubahan 30 hari sebelum tarikh pembaharuan anda.

10) Bolehkah Sun Life Malaysia tidak membiayai tuntutan? Ya, Sun Life Malaysia berkemungkinan tidak akan membiayai tuntutan anda sama ada dari tarikh

permulaan kontrak anda atau tarikh pembaharuan yang terdekat, jika anda didapati telah memberi maklumat palsu yang menjejaskan keputusannya untuk menawarkan perkhidmatan perlindungan kepada anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah benar supaya kontrak anda tetap sah.

11) Bagaimana jika jumlah manfaat bilik hospital saya di hospital melebihi had? Dalam kes ini, anda hanya perlu menanggung baki mengikut kadar yang dikenakan, serta 20% daripada

jumlah yang dikenakan untuk manfaat-manfaat lain, berdasarkan dokumen kontrak anda.

12) Bagaimanakah jika saya bertukar ke syarikat insurans atau Pengendali Takaful yang lain? Anda bebas membuat pertukaran tersebut tetapi ia tidak digalakkan kerana anda mungkin akan

dikenakan permintaan tanggungan perlindungan yang baru untuk tempoh menunggu / penyakit tertentu / keadaan sedia ada kontrak Takaful atau insurans baru itu.

13) Apakah akan berlaku jika saya tidak membayar sumbangan? Perlindungan Takaful akan dihentikan jika sumbangan tidak dibayar di dalam tempoh 60 hari

daripada tarikh sumbangan patut dibayar.

14) Adakah saya akan mendapat pembayaran pada tarikh tamat perlindungan? Tiada bayaran akan dibayar pada tarikh tamat kepada pemegang sijil. Sebarang lebihan yang

terhasil daripada dana tabarru’ akan dikekalkan di dalam dana tabarru’.

15) Adakah saya akan mendapat pelepasan cukai pendapatan? Sumbangan Takaful yang dibayar oleh individu di bawah pelan ini adalah layak untuk tuntutan

pelepasan cukai bagi premium insurans/sumbangan Takaful bagi kontrak pendidikan/manfaat perubatan untuk individu, suami, isteri atau anak. Sila rujuk kepada penasihat agen cukai anda berkenaan kelayakan anda untuk menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun.

Nota-nota pentingPelan ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M), Pengendali Takaful yang berdaftardenganBankNegaraMalaysiadibawahAktaPerkhidmatanKewanganIslam2013danberibupejabat di No. 338, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barang dan perkhidmatan, dan/atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa pada masa ini atau dilaksanakan selepas tarikh kontrak ini akan dikenakan mengikut undang-undang yang berkenaan pada kadar semasa. Jika perlu, kami akan meminda terma-terma kontrak ini untuk mengambil kira cukai-cukai sedemikian.

Page 11: Risalah CuepacsCare

Maklumat lanjut UntukmaklumatlanjutberkenaandasarprodukPerubatandanKesihatanTakaful,silarujukkepadarisalah “Perubatan dan Kesihatan Takaful” yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Anda dinasihati supaya meneliti kontrak Takaful dan dokumen keterangan produk berkenaan Pelan CuepacsCare untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi sebelum menyertai program ini. Anda harus yakin bahawa pelan ini adalah terbaik untuk keperluan anda dan anda mampu membiayai jumlah sumbangan yang tertera di dalam kontrak tersebut.

Anda boleh juga menelefonSun Life Malaysia

Khidmat Pelanggan Careline: 1300-88-5055

ATAUAgensiyangdilantik

Medicare Assistance Sdn Bhd Telefon: (603) 3371 4248

Atau menujukan persoalan anda kepadaSun Life Malaysia Takaful Berhad

Aras 11, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Telefon: (603) 2612 3600 Faks: (603) 2698 7035

Emel:[email protected]

Medicare Assistance Sdn Bhd A-1-8,PusatPerdaganganIntania,JalanIntan

PersiaranRajaMudaMusa,41200Klang,SelangorDarulEhsan

Sun Life Malaysia Money for LifePerancangan yang baik memang penting sentiasa masa. Sama ada anda impikan kehidupan persaraan yang hebat atau risau tentang kejadian yang tidak dijangka, ia tidak terlalu awal atau terlewat untuk memulakan perancangan hidup anda.

Money for Life merupakan kaedah perancangan kewangan dan perlindungan khas dari Sun Life Malaysia untukmembantu andamemahami keperluan anda pada tahap kehidupan yang berbeza,supaya anda sentiasa dilindungi dengan sepenuhnya.

Berbincanglah dengan penasihat kami hari ini atau layari moneyforlife.my untuk maklumat lanjut.

Page 12: Risalah CuepacsCare

April 2015

Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M)Level 11, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman50100 Kuala Lumpur, MalaysiaTelephone (603) 2612 3600 Facsimile (603) 2698 7035 Customer Careline 1300-88-5055 sunlifemalaysia.com

A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd