cuepacs yakin selesai di meja rundingan

3
CUEPACS yakin selesai di meja rundingan OMAR OSMAN, Presiden CUEPACS MUKADIMAH WALAUPUN baru menerima kenaikan gaji kakitangan awam sehingga 35 peratus pertengahan tahun lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)tetap mahu memboikot dua sambutan Hari Pekerja pada bulan Mei depan .. Alasan kesatuan sekerja yang mewakili 1.2 juta kakitangan awam berbuat demikian ialah kerajaan tidak menunaikan lima tuntutan iaitu bayaran honorarium 2007 sebanyak RM2,000,. kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan dan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK),elaun kritikal dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Cadangan memboikot dua sambutan Hari Pekerja yang mendapat sokongan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu segera dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu CUEPACSmembatalkan hasrat itu dan menyeJesaikanmasalah menerusi meja rundingal;l. , Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, AM RAN AHMAD dan S. ANAND KUMAR bersama jurugambar, IZHAM JAAFAR di di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang baru-baru ini, Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, tindakan boikot itu akan dibatalkan sekiranya pertemuan pihaknya dengan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya esok memberi hasil positif .. "CUEPACSberpegang kepada nasihat ahli-ahli agar tidak berkonfrontasj dengan kerajaan sebaliknya mahu menyelesaikan perkara ini di meja rundingan·dan yakin perkara ini mampu di selesaikan dengan campur tangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menjadi kakitangan awam," katanya. Omar turut menjawab pelbagai tuduhan kononnya CUEPACSmenjadi punca kenaikan harga barang dan menafikan cakap-cakap mengenai CUEPACSdilihat cuba meraih kesempatan di atas suasana politik semasa.

Upload: dinhtuyen

Post on 30-Jan-2017

251 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

CUEPACS yakin selesai di meja rundingan

OMAR OSMAN, Presiden CUEPACS

MUKADIMAH

WALAUPUN baru menerima kenaikan gaji kakitangan awam sehingga 35 peratus pertengahantahun lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)tetapmahu memboikot dua sambutan Hari Pekerja pada bulan Mei depan ..

Alasan kesatuan sekerja yang mewakili 1.2 juta kakitangan awam berbuat demikian ialahkerajaan tidak menunaikan lima tuntutan iaitu bayaran honorarium 2007 sebanyak RM2,000,.kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan dan pemansuhanPenilaian Tahap Kecekapan (PTK),elaun kritikal dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).

Cadangan memboikot dua sambutan Hari Pekerja yang mendapat sokongan Kongres KesatuanSekerja Malaysia (MTUC) itu segera dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi yang mahu CUEPACSmembatalkan hasrat itu dan menyeJesaikan masalah menerusi mejarundingal;l. ,

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, AM RAN AHMAD dan S. ANANDKUMAR bersama jurugambar, IZHAM JAAFAR di di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang

baru-baru ini, Presiden CUEPACS,Omar Osman berkata, tindakan boikot itu akan dibatalkansekiranya pertemuan pihaknya dengan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya esok

memberi hasil positif .."CUEPACSberpegang kepada nasihat ahli-ahli agar tidak berkonfrontasj dengankerajaan sebaliknya mahu menyelesaikan perkara ini di meja rundingan·dan yakin

perkara ini mampu di selesaikan dengan campur tangan Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi yang pernah menjadi kakitangan awam," katanya.

Omar turut menjawab pelbagai tuduhan kononnya CUEPACSmenjadi puncakenaikan harga barang dan menafikan cakap-cakap mengenai CUEPACSdilihat

cuba meraih kesempatan di atas suasana politik semasa.

MINGGUAN: Ada pihak melihat tindakan CUE­PACS ini seolah-olah mahu mengugut kerajaan?

OMAR: Kita tidak setuju sarna kali jika ada pihakyang mendakwa CVEPACS mengugut atau men­'desak kerajaan. Sebagai contoh, sekiranya kita mem­buat keputusan dan mengajak ahli-ahli kesatuansupaya piket sekiranya lima tuntutan kesatuan tidakditunaikan maka adalah wajar untuk orang ramaimengkritik atau marah dengan CVEP ACS.

Mereka perlu faham kita bukannya melancarkanpiket malah hanya mahu boikot dua program yangdiadakan sempena Hari Pekerja. Buat apa kita mahupiket sedangkan kita tahu kerajaan tidak pernahmenutup pintu rundingan kepada CVEP ACS untukterus berbincang masalah-masalah berkaitan kaumpekerja dengan pihak yang terbabit.

Adakah boikot juga boleh dianggap sebagaisatu tindakan perusahaan?

OMAR: Tidak, tindakan boikot bukan bermaknaCVEP ACS mahu mengadakan piket sebaliknya kitahanya memulaukan dua aktiviti yang dianjurkankerajaan bagi menghargai sumbangan pekerja.

Kami memulaukan kedua-dua aktiviti ini keranaCVEP ACS tidak puas hati dengan kebanyakan ja­wapan yang diberikan kerajaan berhubung limatuntutan CVEP ACS itu.

Selalunya Perdana Menteri akan menghadiriHari Pekerja peringkat kebangsaan. Jika CUEPACSboikot. maka dilihat sebagai tidak menghormatiDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

OMAR: CVEP ACS sentiasa menyanjung tinggikepimpinan Perdana Menteri kerana beliau me­rupakan pemimpin pertama yang II;J.eluluskan se­makan gaji yang tinggi tahun lalu setelah tertangguhselama 15 tahun. CVEP ACS tidak marah denganPerdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Ba­daw dan kita cuma kecewa kerana lima tuntutankesatuan ini masih tidak mendapat sebarang ke­putusan daripada pihak kerajaan.

Mesej yang cuba disampaikan oleh CVEP ACSmenerusi tindakan boikot ini ialah kami mahu ke­rajaan memahami masalah pekerja terutama yangberkait-rapat dengan kelemahan yang ada dalamsistem penyampaian di peringkat kerajaan.

Maknanya CUEPACS mahu Perdana Mentericampur tangan dalam hal ini?

OMAR: Sekiranya jabatan kerajaan yang diper­tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara initidak boleh menyelesaikannya, maka kita merasakanPerdana Menteri wajar berbuat demikian. Jawapanyang sering diterima CVEP ACS ialah tuntutan ke­satuan masih dalam peringkat kajian. Akhirnya tiadaapa-apa jawapan atau keputusan dibuat.

Kami boleh beritahu ahli-ahli CVEPACS bahawakelima-lima perkara ini masih dalam kajian tetapisekiranya alasan yang sarna diberikan kepada me­reka setiap kali perjumpaan, akhirnya ahli-ahli hi­lang kepercayaan terhadap kepimpinan kesatuan.

Apakah CUEPACS melihat Jabatan Perkhidma­tan Awam (JPA) perlu bertanggungjawab dalamperkara ini?

OMAR: CVEP ACS tidak mahu menuding jari ataumenyalahkan mana-mana pihak kerana pihak ke­satuan hanya mahu masalah berhubung kebajikanpekerja diselesaikan segera oleh kerajaan. Kongres

Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) turut menyo­kong tindakan CUEPACS untuk memboikot duasambutan Hari Pekerja pada bulan Mei ini.

Andai kata selepas CUEPACS memboikot duasambutan Hari Pekerja pada Mei ini dan masihtiada keputusan daripada kerajaan. Apakah tin­dakan CUEPACS seterusnya?

OMAR: Kita sudah menghantar surat rasmi ke­pada Perdana Menteri untuk berjumpa dengan be­liau bagi membincangkan perkara ini. Selain itu,pada 14 April, CUEPACS akan berjumpa MenteriSumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dan isulima tuntutan ini akan dibincang bersama beliau.

CUEP ACS amat berharap dapat menemui Per­dana Menteri sebelum mesyuarat tertinggi CUE­PACS pada 18 April ini. Pada mesyuarat itu nanti,kita akan berbincang mengenai pendirian CUEPACSberhubung masalah ini. Semua keputusan mengenaitindakan CUEP ACS selepas itu bergantung kepadasuara dan simpulan perbahasan 120 ahli majliskongres pada 18 April ini.

Saya tidak merasakan tindakan perusahaan ber­bentuk piket akan diadakan kerana kongres terdiridaripada ramai pemimpin kesatuan sekerja yangmuda dan banyak idea. Lagipun, segala faedah yangdinikmati oleh kakitangan setakat ini pun diraihmenerusi rundingan dan perbincangan.

Kenapa CUEPACS rasa lima tuntutan itu mampudipenuhi oleh kerajaan?

OMAR: Dalam lima tuntutan itu, salah satu da­ripadanya ialah elaun kritikal yang telah diberikandahulu, namun ditarik balik tanpa sebarang per~

bincangan menyebabkan ahli-ahli terpinga-pingadan marah. Selain itu, tuntutan elaun perumahanbelum mencapai sebarang penyelesaian.

Mengenai tuntutan bayaran honorarium tahun2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kaki­tangan, CUEP ACS minta sejajar dengan penarafansektor awam yang bertambah baik dan taat setiayang ditunjukkan oleh kakitangan awam kepadakerajaan walaupun tiada kenaikan gaji dalam masa15 tahun.

Ahli-ahli CUEPACS tidak pernah memberontakatau mahu mengambil tindakan perusahaan, cumamahukan 'sedikit penghargaan atas paras produk­tiviti dan taat setia dan suntikan semangat baru.

Permintaan inijuga sejajar dengan kenaikan hargabarang dan kos sara hidup yang lain. Secara realistik,CUEPACS tidak sarna sekali mendesak kerajaan agarmemenuhi 100 peratus tuntutan berkenaan, cu­kuplah jika dapat memenuhi dua atau tiga tuntutanagar memberi keceriaan dan kebanggaan menjadianggota kakitangan awam.

Jika kerajaan hanya bersetuju untuk memenuhidua tuntutan sahaja, faedah mana yang akanmenjadi pilihan CUEPACS?

OMAR: Bagi CUEPACS, tuntutan yang palingdiharapkan oleh kakitangan awam ialah honorariumsebanyak RM2,000 seorang yang dirasakan bolehmembantu meringankan bebanan kewangan keluar­ga terutama mereka yang mempunyai anak ramaidan masih bersekolah. Menurut kajian, beban ke­wangan yang ditanggung ini menyebabkan ramaiahli CUEP ACS tidak mampll untuk menyimpan bagimasa hadapan atau kecemasan.

Bila kerajaan beri kenaikan gaji, ada yang men­dakwa CUEPACS menjadi punca kenaikan hargabarang ekoran kenaikan gaji.

OMAR: Tuduhan-tuduhan liar itu tidak berasaskerana ketika CUEP ACS tidak membuat tuntutankenaikan gaji sekali pun, harga barang tetap naik dansentiasa berubah-ubah mengikut kehendak peniagadan bukannya pasaran. Tuduhan itu hanya dijadikanalasan oleh pihak-pihak tertentu kerana secara rea­litinya, ramai kakitangan swasta yang mendapatbonus dan kenaikan gaji secara berlipat-kali gandatidak dikatakan punca kenaikan harga barang.

Umum mengetahui tekanan yang dialami olehPerdana Menteri pad a masa ini, adakah CUEPACScuba meraih kesempatan dari situasi ini?

OMAR: CUEPACS tidak merancang boikot ini,kami tidak berniat meraih kesempatan atas apa-apakeadaan dan ini terbukti sejak dahulu lagi keranamajlis kongres sentiasa senada dalam semua tun­tutan yang dibuat sejak dahulu. Bezanya sekarangialah dahulu, CUEPACS tidak mengumumkan tun­tutan yang dibuat menerusi media kerana banyakpenyelesaian berjaya dicapai dengan cepat.

Sekarang pun CUEP ACS bukan mendesak, cumamenyuarakan isi hati kakitangan awam terutamaberjawatan rendah. Suara hati pekerja ini sangatpenting untuk diberikan perhatian oleh kerajaanbagi mengelakkan semangat, mutu kerja dan pro­duktiviti mereka terjejas. Ahli-ahli CUEPACS jugaselalu mengingatkan barisan pemimpin kesatuanagar tidak berkonfrantasi dengan kerajaan keranarundingan terbukti menjadi instrumen paling ber­guna untuk meningkatkan faedah kakitangan.