pa projek.docx

35
961029-13-6407 Penghargaan Salam sejahtera dan satu Malaysia. Segala puji Tuhan kerana dengan memberi kerohanian dan tubuh badan yang sihat kepada saya untukan menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK CHUNG HUA Miri, Encik Wong King Kui agar memberi kerjasama dan kebernaran bagi saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek ini, Puan Ten Lin Lin dan Puan Ngu Leh Seng di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan dan hanya Tuhan yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini. Ucapan terima kasih juga kepada ditujukan kepada keluarga saya yang telah memberi sokongan moral dan bimbiangan untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu,terima kasih di ucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua rakan seperjuangan yang telah sudi berbincang,memberi pandangan yang membina serta sokongan moral untuk menghasilkan kajian ini.

Upload: ying-ming-tang

Post on 01-Feb-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pa projek.docx

961029-13-6407

Penghargaan

Salam sejahtera dan satu Malaysia. Segala puji Tuhan kerana dengan

memberi kerohanian dan tubuh badan yang sihat kepada saya untukan

menyiapkan kerja kursus ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan

Pengetua SMK CHUNG HUA Miri, Encik Wong King Kui agar memberi

kerjasama dan kebernaran bagi saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin

merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek ini, Puan Ten Lin Lin

dan Puan Ngu Leh Seng di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih tidak terhingga

diucapkan dan hanya Tuhan yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang

sangat besar ini.

           

Ucapan terima kasih juga kepada ditujukan kepada keluarga saya yang

telah memberi sokongan moral dan bimbiangan untuk menyiapkan kajian ini.

Selain itu,terima kasih di ucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua

rakan seperjuangan yang telah sudi berbincang,memberi pandangan yang

membina serta sokongan moral untuk menghasilkan kajian ini.

                                                                        

Akhir sekali, perhargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat

dan idea dalam menjalankan penyelidikan ini. Sekian, Terima kasih.

Page 2: pa projek.docx

961029-13-6407

1.0 Pengenalan

Kerja Kursus ini adalah berkaitan dengan tema adat resam. Dalam kerja

kursus ini, kajian tentang perbandingan antara Perayaan Tahun Baru Cina dan

Hari Raya Aidifitri akan dilaksanakan.

Menurut kepada Kamus Dewan, Edisi Keempat, definisi adat adalah

peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat

sejak dahulu kala sehingga merupakan hokum dan peraturan yang harus dipatuhi

manakala perkataan resam bermaksud ialah adat kebiasaan, aturan aturan yang

menjadi adat manakala perkataan adat resam bermaksud ialah sesuatu adat dan

aturan yang biasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan

perbandingan bermaksud ialah imbangan, perimbangan dan persamaan manakala

definisi bagi perayaan adalah pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa,

keramaian, perjamuan dan lain lain.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan Aidifitri bermaksud

ialah hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 syawal setiap tahun Hijrah

setelah berakhir puasa selama sebulan. Hari Raya Aidifitri merupakan perayaan

Kaum Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan ini bermula dengan ibadat

puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramdan, umat Islam berpuasa pada

siang pagi dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat

fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidifitri dirayakan.

Hari Raya Aidifitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling

bermaaf-maafkan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.

Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat

Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar

mereka. Orang Cina percaya 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu

tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing

dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya sendiri. Pada malam

Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.

Page 3: pa projek.docx

961029-13-6407

Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Penutup kepada Perayaan Tahun Baru Cina ialan Perayaan Chap Goh Mei.

Rasional pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui dan

mengenal pasti perbandingan antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya

Aidifitri di Kawasan Tukau, Miri Sarawak. Pengkaji ingin mengetahui lebih

memdalam tentang persamaan dan perbezaan adat istiadat yang diamalkan oleh

Kaum Melayu dan Kaum Cina semasa musim perayaan. Pada masa kini,

kebanyakan masyarakat telah salah faham dan kurang ingin mengamalkan adat

istiadat yang diamalkan sejak dahulu kala. “ Memhami adat resam kaum Malaysia

merupakan salah satu perkara yang amat penting kepada semua rakyat Malaysia.”

Dikatakan oleh Ramjah Hasan Shirat, seorang pengarang buku, 19 September

2000, melalui Surat Khabar Utusan Malaysia. Oleh hal yang demikian, pengkaji

amat berminat untuk memahami adat istiadat yang diamalkan antara kaum

Melayu dan kaum Cina.

Sementelahan itu, rasional pengkaji memilih topic ini adalah untuk

mengkaji tentang cara dan pantang larang yang dilaksanakan oleh kaum Cina dan

kaum Melayu menyambut Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri. Setiap kaum

pasti menyambut perayaan mereka dengan mengikut pantang larang mereka

tersendiri yang berbeza. Pengkaji amat berminat untuk mengetahui bahawa

apakah persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua perayaan di atas dalam cara

menyambut dan pantang larang yang dipatuhi.

Page 4: pa projek.docx

961029-13-6407

2.0 Objektif Kajian

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah

berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

i). Mengenal pasti adat istiadat perayaan antara Kaum Cina dan Kaum

Melayu.

ii). Mengenal pasti persamaan cara menyambut perayaan antara Kaum Cina

dan Kaum Melayu

Page 5: pa projek.docx

961029-13-6407

BORANG SOAL SELIDIK

PENGAJIAN AM 900/4

Memaklumkan Kepada Respondan

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Sila tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina

Lelaki ( ) Perempuan ( )

2. Umur

10 - 20 ( ) 41 - 50 ( )

21 - 30 ( ) 51 - 60 ( )

31 - 40 ( ) 60 ke atas ( )

3. Kaum

Cina ( ) Lain- Lain: Nyatakan: _____________

Melayu ( )

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji cara –

cara Kaum Cina dan Kaum Melayu menyambut Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri

serta persamaan dan perbezaan antara kedua-dua kaum dalam menyambut perayaan mereka

tersendiri. Segala maklum balas diberikan akan dirahsiakan dan hanya digunakan bagi

kepentingan kajian sahaja.

Page 6: pa projek.docx

961029-13-6407

India ( )

BAHAGIAN B: PENDAPATAN RESPONDEN

BAHAGIAN B(1) : PERKARA YANG DIJALANKAN SEMASA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN HARI RAYA AIDIFITRI

Perkara Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Skor 1 2 3

1. Adat istiadat yang akan dijalankan semasa perayaan Hari Raya Aidifitri.

BIL PERKARA 1 2 3

1.Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin

2.Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

3.Memasang lampu pelita untuk menyambut malam tujuh likur

4.Pemberian wang kepada kanak – kanak daripada orang dewasa

5.Dilarang membazir dan berbelanja lebih- lebihan untuk menyambutnya.

2. Adat istiadat yang akan dijalankan semasa perayaan Tahun Baru Cina.

BIL PERKARA 1 2 3

1.Tidak boleh menyapu rumah pada hari yang pertama

2.Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina

3.Pemberian “angpow” kepada kanak-kanak oleh orang dewasa

4.Bermain mercun

Page 7: pa projek.docx

961029-13-6407

5. Memasang lampu tanglung

3. Persamaan antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri

BIL PERKARA 1 2 3

1.Berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan – rakan.

2. Meziarahi kubur pada hari yang pertama

3. Memakai pakaian yang cantik, bersih dan mesra

4. Memasang lampu perayaan

5. Menghidangkan makanan ringan dan minuman karbonat dan sebagainya

Sekian terima kasih. Kesudian anda untuk menjawab dan memulangkan soal

selidik ini akan membantu kami meningkatkan lagi kecekapan & keberkesanan

perkhidmatan kami.

Page 8: pa projek.docx

961029-13-6407

3.0 Lokasi Kajian

Kawasan kajian merupakan antara satu elemen yang sangat penting dalam

membuat kajian. Kawasan kajian ini adalah berfokus kepada Kawasan Tukau

Jalan Bakam, Miri di dalam negeri Sarawak, Malaysia.

Bandar Raya Miri yang terletak di Miri, Sarawak merupakan Bandar

pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf Bandar raya. Miri mendapat

kenaikan status ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran “Bandaraya

Peranginan”. Miri merupakan Bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah

penduduk kira- kira 350,000 orang. Kemajuan Bandar ini adalah kerana kayanya

daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum. Kumpulan populasi

penduduk Bandaraya Miri terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik. Antara

suku kaum yang terdapat di Miri ialah suku kaum Iban, Melayu, Cina, Kadayan,

Berawan, Melanau, Kayan, Kenyah dan lain- lain. Miri turut digelar sebagai

Gerbang Utara atau Pintu Masuk ke Sarawak dan menjadi salah satu tarikan

pelancongan utama di negeri ini. Miri yang mempunyai banyak aset- aset semula

jadi telah mengagumkan ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang

berkunjung.

Page 9: pa projek.docx

961029-13-6407

Peta 1 : Peta Sarawak, Malaysia

Sumber : Google Map

Peta 2 : Peta Miri, Sarawak.

Sumber : Google Map

Lokasi Kawasan Tukau, Jalan Bakam tertelak di bahagian selatan Miri. Lokasi tempat kajian merupakan kawasan bandaraya.

Page 10: pa projek.docx

961029-13-6407

Peta 3 : Peta Kawasan Tukau, Jalan Bakam

Sumber : Google Map

Kajian ini telah dijalankan di Kawasan Tukau, Jalan Bakam, Miri. Kawasan

ini merupakan kawasan yang lebih menjauhi daripada pusat bandaraya. Di sini,

kebanyakan penduduk bekerja sendiri dan ada juga bekerja di pusat bandaraya.

Kawasan ini berdekatan dengan pantai, Institute Pengurusan Sarawak dan juga

SM Sains.

Antara tujuan pengkaji memilih kawasan ini adalah disebabkan tempat ini

terletak berdekatan dengan rumah pengkaji. Ianya hanya memerlukan 5 minit

untuk sampai ke sana dari rumah pengkaji dengan menggunakan kereta. Jarak dari

tempat pengkaji hingga ke Bandaraya Miri adalah sebanyak 6km dan memerlukan

sebanyak 15 minit untuk sampai dari kawasan ini ke Bandaraya Miri. Lokasi ini

amat memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan. Usaha

untuk mendapatkan maklumat juga lebih mudah jika memilih Kawasan Tukau,

Jalan Bakam sebagai tempat kajian.

Page 11: pa projek.docx

961029-13-6407

4.0 Metodologi Kajian

Metodologi kajian merujuk suatu pendekatan saintifik yang digunakan

untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak

dikaji. Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk

menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasik kajian.

4.1 Persampelan

Kajian ini mengguankan persampelan bukan probaliti iaitu teknik

persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji.

Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab borang

soal selidik yang dipilih. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984)

di mana kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan

analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan

kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik ini.

Antara ciri- ciri yang diambil kira semasa pemilihan responden adalah

seharusnya tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Ini kerana kebanyakan

majoriti penduduk di kawasan ini adalah terdiri daripada Kaum Melayu dan

Kaum Cina.

4.2 Kaedah Pengumpulan Maklumat

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan

kaji selidik. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi

penduduk di kawasan Tukau, Jalan Bakam, Miri, Sarawak terhadap perbandingan

antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri.

Page 12: pa projek.docx

961029-13-6407

4.3 Kaedah Penganalisiskan Data

4.3.1 Soal Selidik

Soal selidik ini adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya

berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu

melalui strategi bentuk soalan selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (

Abd Rahim et al 1999). Borang soal selidik ini perlulah bersesuai dengan

mengikut objektif dan kerangka konseptul yang telah ditetapkan. Hal ini agar

soalan tersebut tidal menyinggung jauh dari sasaran. Bahasa yang digunakan

harus mudah dan senang difahami. Ini dapat memudahkan responden untuk

menjawab soalan soal selidik dengan mudah dan tenang.

Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional

menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang

berbeza – beza dan mudah dibandingkan. Jawapan juga mudah diproses menerusi

sistem pengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis. Penggunaan soal

selidik berbentuk terbuka adalah membolehkan responden untuk memberikan

pendapat yang dirasakan sesuai dan jawapan yang bebas.

Dalam borang soal selidik ini, Skala Likert 3 peringkat telah digunakan

dalam menilai persepsi penduduk di kawasan Tukau, Jalan Bakam, Miri,

Sarawak. terhadap perkara yang harus dilaksanakan semasa perayaan Tahun Baru

Cina dan Hari Raya Aidifitri serta persamaan antara perayaan Tahun Baru Cina

dan Hari Raya Aidifitri. Setiap peringkat penilaian nilai dalam bentuk angka

menggunakan Skala Likert, dimana angka 1 mewakili setuju, angka 2 mewakili

tidak pasti dan akhirnya angka 3 mewakili tidak setuju.

4.3.3 Rujukan

Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku

rujukan di perpustakaan untuk mendapat maklumat tambahan. Selain itu, rujukan

Page 13: pa projek.docx

961029-13-6407

internet juga dijalankan bagi mendaat maklumat- maklumat yang amat berguna.

Peta dan gambar rajah dapat diperoleh daripada laman web ‘Google’.

PERBANDINGAN ANTARA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN HARI RAYA AIDIFITRI

ABSTRAK

Tajuk bagi kerja kursus ini adalah perbandingan antara perayaan Tahun

Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri. Objektif menjalankan kajian ini adalah untuk

mengenal pasti adat istiadat perayaan antara mengenal pasti adat istiadat perayaan

antara Kaum Cina dan Kaum Melayu serta mengenal pasti persamaan cara

menyambut perayaan antara Kaum Cina dan Kaum Melayu. Lokasi menjalankan

kajian ini adalah di kawasan Tukau, Jalan Bakam, Miri, Sarawak. Kaedah untuk

menjalankan kajian adalah melalui kaedah soal selidik dengan melengkapkan

borang soal selidik dan kaedah rujukan. Responden dipilih secara rawak, mereka

terdiri daripada penduduk kawasan Tukau, Jalan Bakam. Melalui kajian yang

dilaksanakan, setiap penduduk telah menerangkan pelbagai pendapat yang

berbeza tentang adat istiadat yang perlu dijalankan semasa Tahun Baru Cina dan

Hari Raya Aidifitri. Selain itu, penduduk juga menunjukkan perspektif yang

berbeza – beza dalam persamaan antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya

Aidifitri. Kesimpulannya,

Page 14: pa projek.docx

961029-13-6407

5.0 Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan analisi data dan mempamerkan hasil

penemuan yang telah dijalankan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh

responden. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik

seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata.

5.1 Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang tinggal berhampiran dengan ladang

peternakan telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden

melibatkan aspek jantina, kaum, pekerjaan dan umur masing- masing

dipersembahkan dalam bentuk rajah.

Page 15: pa projek.docx

961029-13-6407

5.1.1 Jantina

Jantina Bilangan Peratusan (%)

Lelaki 16 53

Perempuan 14 47

Jadual 1: Bilangan responden mengikut jantina

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Bilangan Responden Yang Tinggal Berdekatan Dengan Kawasan Kajian

LelakiPerempuan

Petunjuk47%

53%

Rajah 1 : Jantina Responden

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Dari keseluruhan 30 responden, pengkaji telah mendapati seramai 16 orang

merupakan lelaki manakala 14 orang merupakan perempuan. Lelaki telah

merangkumi sebanyak 53% manakala perempuan telah merangkumi sebanyak

47%.

Perbezaan jumlah kedua – dua golongan jantina adalah sebanyak 6 peratus

sahaja yang menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan jurang yang besar dalam

Page 16: pa projek.docx

961029-13-6407

pemilihan jantina responden. Ini juga membuktikan bahawa pelbagai jenis jantina

yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Selain itu, pemilihan jantina

perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu

jantina sahaja.

Page 17: pa projek.docx

961029-13-6407

5.1.2 Umur

Umur Bilangan Peratusan (%)

10 – 20 5 17

21 – 30 10 33

31 – 40 8 27

41 – 50 4 13

51 – 60 1 3

60 ke atas 2 7

Jadual 2: Umur responden

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Bilangan Responden Yang Tinggal Berdekatan Dengan Kawasan Kajian Mengikut Lingkungan

Umur

10 – 2021 – 3031 – 4041 – 5051 – 6060 ke atas

Petunjuk17%

33%27%

13%3% 7%

Rajah 2: Umur Responden

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik,

seramai 5 orang adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan

umur antara 10 hingga 20 tahun. Responden yang berumur 21 tahun hingga 30

tahun adalah 10 orang manakala responden yang berumur antara 31 tahun hingga

Page 18: pa projek.docx

961029-13-6407

40 tahun terdiri daripada 8 orang. Sebanyak 4 orang responden adalah berumur

antara 41 tahun hingga 50. Responden yang terdiri daripada 51 tahun hingga 60

tahun adalah hanya seorang sahaja yang dikaji. Terdapat 2 orang responden yang

berumur 60 ke atas telah juga dikaji seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2

Di samping itu, rajah di atas menunjukkan bahawa majoriti responden yang

tinggal berdekatan dengan kawasan kajian adalah golongan yang berumur 21

tahun hingga 30 tahun. Ini telah membuktikan bahawa kebanyakan penduduk

yang tinggal di sini adalah remaja dan mungkin masih melanjutkan pelajaran atau

telah bekerja.Namun, ada juga responden yang berumur 31 tahun hingga 40 tahun

tinggal berdekatan dengan kawasan kajian.

Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai

pandangan yang berbeza – beza. Segala maklumat yang ringkas dan jelas telah

ditunjukkan di atas Jadual 1 dan Jadual 2.

Page 19: pa projek.docx

961029-13-6407

5.1.3 Kaum

Kaum Bilangan Peratusan (%)

Cina 14 47

Melayu 12 40

India 0 0

Lain - Lain 4 13

Jadual 3 : Kaum Responden

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Bilangan Responden Yang Tinggal Berdekatan Dengan Kawasan Kajian

Mengikut Kaum

CinaMelayuIndiaLain - Lain

Petunjuk

47%

40%

13%0%

Rajah 3 : Jenis Kaum

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik,

seramai 14 orang responden yang terdiri daripada kaum Cina iaitu merangkumi

47%. Responden yang terdiri daripada kaum Melayu adalah seramai 12 orang

iaitu peratusan 40%. Minoriti responden yang terdiri daripada kaum lain iaitu 4

orang Iban dan hanya peratusan 13%. Namun, tiada responden yang terdiri

daripada kaum India.

Page 20: pa projek.docx

961029-13-6407

Rajah di atas menunjukkan bahawa majoriti Kaum Cina yang tinggal

berdekatan dengan kawasan kajian dan diikuti Kaum Melayu. Tiada kaum India

dan hanya sedikit kaum lain tinggal berhampiran dengan kawasan kajian. Ini

mungkin menafikan bahawa Kaum India memilih untuk tinggal di kawasan

bandar manakala Kaum – kaum lain memilih untuk tinggal di kawasan luar

bandar atau pedalaman. Segala maklumat ringkas dan jelas dapat dilihat atas

Jadual 3 dan Rajah 3

Page 21: pa projek.docx

961029-13-6407

5.2 Analisis Tentang Adat Yang Akan Dilaksanakan Pada Musim Perayaan

Hari Raya Aidifitri dan Tahun Baru Cina

5.2.1 Analisis Tentang Adat Yang Akan Dilaksanakan Pada Musim

Perayaan Hari Raya Aidifitri

BIL PERKARA Setuju Tidak Pasti

Tidak Setuju

1.Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin

14 12 4

2.Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

30 0 0

3.Memasang lampu pelita untuk menyambut malam tujuh likur

14 16 0

4.Pemberian wang kepada kanak – kanak daripada orang dewasa

28 2 0

5.Dilarang membazir dan berbelanja lebih- lebihan untuk menyambutnya.

14 8 6

Jadual 4: Adat yang perlu dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Page 22: pa projek.docx

961029-13-6407

0

5

10

15

20

25

30

35

Adat yang perlu dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri

SetujuTidak PastiTidak Setuju

Bilangan Resonden

Petunjuk

menziarahi kubur saudara mara yang

telah meninggal dunia

Berkunjung rumah saudara mara dan

rakan

Memasang Lampu pelita untuk malam tu-

juh likur

Pemberian wang kepada kanak - kanak

oleh orang dewasa

Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan

Rajah 4: Adat yang perlu dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Page 23: pa projek.docx

961029-13-6407

Hari Raya Aidifitri merupakan satu hari yang terbesar kepada semua umat

Islam di seluruh dunia. Pelbagai adat yang akan dijalankan oleh umat islam

semasa menyambut perayaan Hari Raya Aidifitri. Oleh itu, analisis ini telah

dijalankan untuk membincangkan tentang adat yang perlu diamalkan semasa

perayaan Hari Raya Aidifitri.

Perkara tentang berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan

didapati bahawa semua responden iaitu 100 peratus bertindak bahawa perkara ini

wajib perlu dilakukan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri. Tiada

responden yang tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan di atas. Min bagi

pernyataan ini adalah 1.0 iaitu mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju.

Ini telah menunjukkan bahawa berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan

taulan merupakan perkara yang diketahui oleh semua penduduk yang berbilang

kaum yang harus dilaksanakan semasa musim perayaan. Melalui kunjungan ke

rumah saudara mara dan rakan taulan, hubungan silaturahim dapat dikekalkan dan

lebih dieratkan antara saudara mara dan juga rakan taulan.

Selain itu, majoriti responden iaitu daripa 14 orang iaitu 47 peratus setuju

terhadap perkara tentang umat Islam yang kehilangan saudara mara akan

menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan

surah Yasin yang akan dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri.

Seramai 12 orang responden iaitu 40 peratus tidak pasti dan 4 orang responden

iaitu 13 peratus tidak setuju terhadap perkara ini perlu dijalankan semara perayaan

Hari Raya Aidifitri. Min bagi pernyataan ini adalah 1.67 iaitu mewakili skala

likert bernombor dua iaitu tidak pasti. Ini telah menunjukkan bahawa majoriti

responden yang berbangsa cina dan lain – lain berasa tidak pasti dan tidak setuju

manakala majoriri responden yang berbangsa Melayu berasa setuju terhadap adat

ini perlu dijalankan. Menurut unsur Islam, umat islam akan pergi ke tanah

perkuburan pada hari pertama perayaan Hari Raya Aidifitri. Hal ini adalah untuk

mengenang kembali saudara yang telah meninggal dunia dan memberi doa kepada

saudara tersebut supaya masih diingati. Surah Al – Fatihah atau bacaan surah

Page 24: pa projek.docx

961029-13-6407

Yasin akan dihadiahkan supaya saudara yang telah meninggal dunia dapat berasa

selesa dan dosa saudara tersebut dapat diringankan.

Di samping itu, adat memasang lampu pelita untuk menyambut malam

tujuh likur juga merupakan salah satu adat yang perlu dijalankan. Melalui statistik

yang dikaji, terdapat bahawa 14 orang responden iaitu daripada 43 peratus

berindak setuju dan 16 orang responden iaitu daripada 57 peratus tidak pasti

terhadap adat memasang lampu pelita untuk menyambut malam tujuh likur pada

musim perayaan Hari Raya Aidifitri. Tiada responden yang tidak setuju dengan

pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.53 iaitu mewakili skala likert

bernombor dua iaitu tidak pasti. Malam tujuh likur merupakan malam yang lebih

baik beribu-ribuan bagi semua umat Islam. Pada malam tersebut, umat Islam

menyambut dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu. Sesetengah umat

Islam yang berimam menggangap bahawa malam tujuh likur adalah malam

Lailatul Qadar dengan menerangkan suasana yang pelik akan diwujudkan dan

mereka menggangap sebagai petunjuk Tuhan. Menurut al –Quran, Nabi

Muhammad s.a.w berkata Lailatul Qadar aladah sepuluh malam terakhir dan kita

tidak akan tahu bila malamnya. Oleh itu, malam ini biasanya akan diamalan

dengan hampir keseluruhan rumah akan disinari dengan cahaya lampu terutama

menjelang Syawal.

Tambahan pula, kebanyakan responden iaitu daripada 28 orang ( 93

peratus) setuju dan hanya 2 orang responden iaitu 7 peratus tidak pasti terhadap

perkara pemberian wang kepada kanak – kanak daripada orang dewasa perlu

dijalankan pada musim perayaan Hari Raya Aidifitri. Tiada responden yang tidak

setuju dengan pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.07 iaitu

mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju. Hal ini telah menunjukkan

bahawa majoriti responden bertindak bahawa perkara ini amat wajib dijalankan

pada musim perayaan Hari Raya Aidifitri. Walaubagaimanapun, menurut sudut

pandangan Islam, perkara ini memang tidak wujud dan tidak diwajibkan untuk

menjalankan pada perayaan Hari Raya Aidifitri. Ini kerana Malaysia merupakan

sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum

Page 25: pa projek.docx

961029-13-6407

mempunyai adat resam masing masing semasa musim perayaan mereka. Oleh itu,

memang tidak menafikan bahawa adat resam sesebuah kaum akan diikuti oleh

kaum yang lain. Sebagai contohnya, perkara pemberian wang kepada kanak –

kanak daripada orang dewasa amat serupa dengan adat kaum Cina dengan

pemberian ‘angpow’ kepada kanak – kanak daripada orang dewasa.

Sementelahan itu, perkara yang terakhir yang akan dijalankan pada musim

perayaan Hari Raya Aidifitri adalah dilarang membazir dan berbelanja lebih-

lebihan untuk menyambutnya. Terdapat bahawa 14 responden iaitu 47 peratus

setuju terhadap pernyataan di atas. Manakala terdapat 8 orang responden iaitu

27% tidak pasti dan 6 orang responden iaitu 26 peratus tidak setuju terhadap

pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.6 iaitu mewakili skala likert

bernombor dua iaitu tidak pasti. Rukun Islam telah menunjukkan bahawa amalan

membazir dan berbelanja lebih – lebihan adalah perkara yang dilarang kerana hal

ini tidak dibenarkan Tuhan. Umat Islam dilarang membeli sesuatu barang yang

tidak penting kerana amalan membazir merupakan sikap yang tidak baik bagi

agama Islam. Bukan itu sahaja, tujuan yang seterusnya adalah untuk menanam

sikap berjimat dalam kalangan umat Islam supaya mereka tidak akan berbelanja

lebih wang dalam menyambut perayaan.

Page 26: pa projek.docx

961029-13-6407

5.2.2 Analisis Tentang Adat Yang Akan Dilaksanakan Pada Musim

Perayaan Tahun Baru Cina

BIL PERKARA Setuju Tidak Pasti

Tidak Setuju

1.Tidak boleh menyapu rumah pada hari yang pertama

17 13 0

2.Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina

28 2 0

3.Pemberian “angpow” kepada kanak-kanak oleh orang dewasa

30 0 0

4.Bermain mercun 28 0 2

5. Memasang lampu tanglung30 0 0

Jadual 5: Adat yang perlu dijalankan semasa perayaan Tahun Baru Cina

Sumber: Kajian Lapagan 2015

Page 27: pa projek.docx

961029-13-6407

0

5

10

15

20

25

30

35

Adat yang perlu dijalankan semasa perayaan Tahun Baru Cina

SetujuTidak PastiTidak Setuju

Bilangan Responden

Petunjuk

Tidak boleh menyapu

Acara makan beramai - ramai

Pemberian "angpow"

Bermain Mercun

Memasang lampu tan-glung

Rajah 5: Adat yang perlu dijalankan semasa Tahun Baru Cina

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Page 28: pa projek.docx

961029-13-6407

Tahun Baru Cina merupakan musim perayaan yang amat penting kepada

semua kaum Cina. Pelbagai adat yang harus diamalkan semasa perayaan Tahun

Baru Cina dijalankan. Analisis tentang adat yang perlu diamalkan semasa Tahun

Baru Cina telah dijalankan dan dibincangkan.

Adat tentang tidak boleh menyapu pada hari perayaan Tahun Baru Cina

yang pertama merupakan salah satu yang perlu diamalkan. Kebanyakkan

responden iaitu daripada 17 orang (57 peratus) setuju manakala 13 orang

responden iaitu 43 peratus tidak pasti terhadap pernyataan di atas. Tiada

responden yang tidak setuju dengan pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini

adalah 1.43 iaitu mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju. Statistik ini

telah menunjukkan bahawa majoriti responden bertindak bahawa adat ini perlu

diamalkan pada musim perayaan Tahun Baru Cina. Menurut tradisi kaum Cina,

perkara menyapu lantai adalah dilarang kerana akan menyapu keluar tuah bagi

tahun baru.

Selain itu, terdapat 28 orang responden iaitu 93 peratus setuju dan 2 orang

responden iaitu 7 peratus tidak pasti terhadap adat acara makan beramai-ramai

pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina. Tiada responden yang

tidak setuju dengan pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.07 iaitu

mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju. Hal ini menunjukkan bahawa

kebanyakkan responden bersetuju terhadap pernyataan di atas. Menurut unsur

kaum Cina, acara makan beramai – ramai adalah perkara yang amat penting.

Setiap keluarga yang bekerja di luar negara atau negeri lain akan pulang ke

kampung masing – masing untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan saudara

mara. Pada malam tersebut, pelbagai makanan – makanan yang lazat dan sedap

akan disediakan dan semua ahli keluarga akan makan bersama – sama di atas

meja sambil berbual- bual. Dengan ini, ahli keluarga dapat mengeratkan

hubungan silaturahim dengan saudara mara lain. Melalui acara ini, hubungan

antara keluarga yang erat dapat dikekalkan.

Di samping itu, semua responden iaitu 100 peratus bersetuju terhadap

pemberian angpow kepada kanak – kanak oleh orang dewasa. Tiada responden

Page 29: pa projek.docx

961029-13-6407

yang tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan di atas. Min bagi pernyataan

ini adalah 1.0 iaitu mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju. Ini telah

menunjukkan bahawa keseluruhan responden bersetuju terhadap pernyataan di

atas. Dalam tradisi –tradisi kaum Cina, pemberian angpow merupakan satu

kebiasaan orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak- kanak. Sampul

merah ini mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang

dalam angpau sepatutnya bermula dengan angka genap, kerana angka ganjil

dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian.

Tambahan pula, terdapat 28 orang responden iaitu 93 peratus bersetuju

terhadap adat bermain mercun perlu dijalankan semasa Tahun Baru Cina dan

hanya 2 orang responden iaitu 7 peratus tidak bersetuju terhadap pernyataan

tersebut. Tiada responden yang tidak pasti dengan pernyataan di atas. Min bagi

pernyataan ini adalah 1.13 iaitu mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju.

Menurut tradisi kaum Cina, mercun biasanya akan diikat pada tali panjang

berlakur yang digantung. Setiap batang mercun akan digulungkan dalam kertas

merah kearana merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya.

Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup – letup yang kuat. Oleh

sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan

letupan memekakan yang dipercayai boleh mengusir roh – roh jahat. Penyalaan

mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting

dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Sementelahan itu, semua responden iaitu 100 peratus bersetuju terhadap

adat memasang lampu tanglung harus dilaksanakan semasa perayaan Tahun Baru

Cina. Tiada responden yang tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan di

atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.0 iaitu mewakili skala likert bernombor

satu iaitu setuju.

Page 30: pa projek.docx

961029-13-6407