ringkasan bagi bahan bantu mengajar

4
Ringkasan bagi Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu pengajaran merupakan salah satu daripada medium pembelajaran yang bermanfaat terutamanya di kalangan murid- murid masa kini yang semakin lama semakin canggih peredaran teknologinya. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999). Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih– lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar. Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi

Upload: muhd-hanif-mat-rusdi

Post on 12-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Ringkasan bagi Bahan Bantu Mengajar.docx

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Bagi Bahan Bantu Mengajar

Ringkasan bagi Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu pengajaran merupakan salah satu daripada medium pembelajaran

yang bermanfaat terutamanya di kalangan murid-murid masa kini yang semakin lama

semakin canggih peredaran teknologinya.

Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam

mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar.

Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam

kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman

(OmardinAshaari, 1999).

Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar

dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan

oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru

akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi

bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan

oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar.

Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran.

Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai

kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa

memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat

pelajar.

Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir

dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan

bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga

memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan

tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan

kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.

Page 2: Ringkasan Bagi Bahan Bantu Mengajar

a)    Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan

menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-

bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka,

mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.

b)   Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama

sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.

c)    Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan

objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat

dikuasai.

d)   Mengadakan beberapa contoh yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal

membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di

samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.

e)    Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan

belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para

pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan

yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi

keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur,

kecenderungan dan sebagainya.

Page 3: Ringkasan Bagi Bahan Bantu Mengajar

Penyesuaian Bahan

Bantu Mengajar

Inspirasi dan

kreativiti

Menjadikan dialog

bersifat komunikatif

Menjadikan aktiviti

pembelajaran releven

dan berguna

Mengadakan beberapa contoh yang

praktikal

Memenuhi keperluan

pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi