penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

29
Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan KUMPULAN 2 : Muhammad Nurhisam b. Muhammad Taib Nasrah bt Mihat Nor Fazidah bt Abu Talip Rozilah bt Hashim Saminah bt Warmen

Upload: zainor-din

Post on 14-Jun-2015

13.717 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan

KUMPULAN 2 :Muhammad Nurhisam b. Muhammad Taib

Nasrah bt MihatNor Fazidah bt Abu Talip

Rozilah bt HashimSaminah bt Warmen

Page 2: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Definisi Pemulihan • merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam

menguasai kemahiran asasmembaca, menulis, dan mengira

Tansley(1967)• : ‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan

sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):• ‘..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid

yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolahbiasa.’

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984):• ‘...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi

masalahpembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklahdipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.’

Bahagian Sekolah-sekolah, KPM(1986):• ‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah disekolah-

sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis danmengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidangini’.

Page 3: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Konsep:

satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR- ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira- dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

Page 4: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Rasional:1.Dari sudut “Falsafah”:-

memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana

tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa-

selaras dengan konsep “Pendidikan

Untuk Semua”.

2.Dari sudut “Teori”- Pendekatan

pengajaran seperti “Prescriptive-

Diagnostic Teaching”, “Precision

Teaching”,dan Clinical Teaching”

telah terbukti berjaya - asas pelaksanaan program ini

3.Dari sudut “Pencegahan”- Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah

dan semakin menyulitkan jikatidak ditangani dengan segera

Page 5: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

JENIS-JENIS PROGRAMPemulihan Dalam KelasPemulihan KBSR-dalam kelas biasa-bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M-oleh BPK-bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)-dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan-gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pd th berikutnya

PROTIM-Program Pemulihan 3M-Membantu murid th 6 menguasai 3M-Dilaksana selepas menduduki UPSR

Program LINUS : Dilaksanakan bermula 2010, ketentuan status Perdana dan LINUS murid ditentukan oleh saringan-saringan yang terbahagi kepada Saringan Lisan dan Bertulis

Page 6: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Kemahiran Lisan• kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu

mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.

• Aspek-aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan.

• Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut:

Sebutan, Tekanan, Mora ( panjang pendek), Jeda ( persendian), Intonasi, Nada, Tatabahasa, Kelancaran, Kefasihan dan Laras Bahasa

Page 7: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

TEKNIK PENGAJARAN LISAN• Bercerita, Berbual, Menyanyi,

Lakonan, Boneka, Main peranan,Berbincang, Berbahas

LATIH TUBI LISAN• Aspek sebutan• Aspek struktur

Page 8: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Contoh Bahan Bantu MengajarKemahiran Lisan

KAD CERITA KANAK-KANAK

• Semut dan Belalang

Pada siang hari di akhir musim gugur, satu keluarga semut yang telah bekerja keras sepanjang musim panas untuk mengumpulkan makanan, mengeringkan butiran-butiran gandum yang telah mereka kumpulkan selama musim panas. Saat itu seekor belalang yang kelaparan, dengan sebuah biola di tangannya datang dan memohon dengan sangat agar keluarga semut itu memberikan sedikit makan untuk dirinya.

• "Apa!" teriak sang Semut dengan terkejut, "tidakkah kamu telah mengumpulkan dan menyiapkan makanan untuk musim dingin yang akan datang ini? Selama ini apa saja yang kamu lakukan sepanjang musim panas?"

• "Saya tidak mempunyai waktu untuk mengumpulkan makanan," keluh sang Belalang; "Saya sangat sibuk membuat lagu, dan sebelum saya sadari, musim panas pun telah berlalu."

• Semut tersebut kemudian mengangkat bahunya karena merasa gusar.• "Membuat lagu katamu ya?" kata sang Semut, "Baiklah, sekarang setelah lagu tersebut telah kamu

selesaikan pada musim panas, sekarang saatnya kamu menari!" Kemudian semut-semut tersebut membalikkan badan dan melanjutkan pekerjaan mereka tanpa memperdulikan sang Belalang lagi.

• Ada saatnya untuk bekerja dan ada saatnya untuk bermain.

Page 9: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

BONEKA

Page 10: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Aktiviti Pengamatan

Page 11: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

KEMAHIRAN MEMBACA• Membaca ialah proses kebalikan daripada proses

menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

• Membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Page 12: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

JENIS PERINGKAT MEMBACA

Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;

• Bacaan mekanis (bersuara)• Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)• Bacaan intensif (mendalam)• Bacaan ekstensif (meluas)

Page 13: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Sudut Bacaan

Page 14: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Kad Tetingkap

Page 15: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Contoh Bahan Bacaan Pemulihan

Page 16: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Kemahiran Menulis

• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tandabaca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas.

Page 17: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Kemahiran Menulis Secara Mekanis

• Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan.

Page 18: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Kemahiran Menulis Mentalis.

• Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap

Page 19: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

KONSEP PEMULIHAN TULISAN• Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dijalankan, langkah

pertama yang harus dilakukan ialah mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini dinamakansebagai

saringan.• Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan

dandiasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada dalam bidang membaca, menulis atau mengira. Langkah diagnosis akan memberi petunjukkepada guru mengenai langkah- langkah khusus dalam pengajarannnya untukmengatasi kelemahan murid tersebut.

Page 20: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Kaedah Pengajaran Pemulihan Tulisan

• Latihan dan pengukuhan - Guru sebagai model dalam menyalin tulisan.

• Kad dan lembaran kerja bertulis• Memegang pensil dengan semua jari dan

gerak dari arah kanan ke kiri.

Page 21: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

CONTOH-CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR

PEMULIHAN MENULIS

Page 22: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Kad Bina Ayat Mudah

Mata buta

Mata Zaki buta.

Zaki

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Page 23: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Masalah dalam Tulisan dan cara Membimbing

• Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah:

1)lambat; 2)arah tulisan yang tidak betul;3)terlalu jarak atau terlalu dekat;4)Bercelaru;5) senget;6) terlalu menekan ketika menulis;7)tulisan yang berlapis-lapis.

Page 24: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis).

Page 25: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis.

Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas.

Page 26: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan.

Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul.

Page 27: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.

Page 28: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

• Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna.

• Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru erlalu kerap menggunakan teknik latih tubi.

• Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

Page 29: Penyediaan bahan bantu mengajar aktiviti pemulihan

Sekian, Sekian, Terima KasihTerima Kasih