ringkasan artikel

13
Ringkasan Artikel : Masalah Pembelajaran Matematik Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan. Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978)menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku dalam pendidikan, termasuk prinsip- prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokuskan proses - proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip- prinsip psikologi dalam pengajaran . Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan, manakala teori merupakan definisi yang di bentuk daripada kajian saintifik.Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah.Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah.Masalah matematik

Upload: tompok-manggis

Post on 25-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

all

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Artikel

Ringkasan Artikel :

Masalah Pembelajaran Matematik

Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan,

iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan. Atan Long

(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku

pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978)menjelaskan

psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku dalam pendidikan,

termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi

pendidikan ialah kajian tentang murid,pengajaran dan pembelajaran yang

mengfokuskan proses -proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan

daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip- prinsip

psikologi dalam pengajaran .

Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan,

manakala teori merupakan definisi yang di bentuk daripada kajian

saintifik.Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta,

algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian

masalah.Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan

merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik.

Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses

penyelesaian masalah.Masalah matematik berayat sememangnya merupakan

komponen penting dalam kurikulum matematik  KBSR.

Menurut Lim (1982, dalam Lim Beng Tin, 2000) dalam kajiannya mendapati pelajar

menghadapi kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan dengan

perkataan berbanding masalah yang melibatkan simbol dan angka.

Kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan pelajar bumiputera dalam

matematik. Tidak dapat di nafikan bahawa mata pelajaran matematik memerlukan

kuasa pemikiran kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh pelajar. Bahasa

Page 2: Ringkasan Artikel

matematik berbeza dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna yang

tersendiri dan di gunakan dalam konteks matematik yang tertentu.

Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai

kejayaan dalam matematik. Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah lazimnya

dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur

penyelesaian tidak begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih

menekankan kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran.

Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang berpencapaian rendha

menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat

dalam pencapaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan

murid untuk menyelesaiakan masalah yang melibatkan banyak langkah

penyelesaian (multi step).

Kesukaran mengingat menghalang murid daripada menyimpan fakta dengan

lama. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran juga menunjukkan kesukaran

dalam keupayaan visual-ruang. Mereka menghadapi masalah menulis dalam garis

lurus, menggunakan garis nombor dan menentukan arah (Miller dan Mercer, 1997).

Mereka juga menghadapi masalah menguruskan maklumat, membuat

perancangan, membuat pengesanan terhadap proses penyelesaian masalah dan

membuat generalisasi kepada situasi yang serupa.

Guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar

menghadapi kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah

matematik berayat berbanding soalan matematik berbentuk mekanikal.

Jika guru dapat mengenal pasti dan mendiagnos kelemahan pelajar di

peringkat awal maka pemulihan dapat diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan

seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan membina keyakinan

serta minat mereka terhadap matematik khususnya.

Cara penyelesaian masalah tidak dapat dihafal seperti sifir atau

menyelesaikan soalan-soalan bentuk mekanis. Ia perlu dilaksanakan secara

sistematik dan berperingkat dengan melibatkan kefahaman konsep asas matematik

yang dikuasai di tahap satu. Salah satu objektif pendidikan matematik sekolah

Page 3: Ringkasan Artikel

rendah yang dinyatakan dalam KBSR ialah untuk membolehkan pelajar

menyelesaikan masalah bercerita atau penyelesaian masalah dan penekanan diberi

secara menyeluruh bagi semua tajuk kerana ia merupakan komponen penting dalam

Kurikulum Matematik KBSR. Pelajar-pelajar telah mula didedahkan dengan unsur-

unsur penyelesaian masalah atau masalah matematik berayat pada tahap satu.

Pelajar dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi

bergantung kepada arahan soalan yang melibatkan satu langkah penyelesaian

sahaja. Kebanyakan dapat diperhatikan pelajar cukup berminat dalam mengikuti

kelas matematik dan prestasi pencapaian pada tahap satu amat membanggakan

dan ia mengambarkan bahawa mata pelajaran matematik pada saat itu amat

menyeronokkan

Miller dan Mercer (1997) mengatakan murid yang menghadapi kesukaran

mengingat akan memberi kesan kepada keupayaannya menyelesaikan masalah

berayat dengan cara berikut:

i)    Murid tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baru

ii)   Murid tidak ingat langkah-langkah algoritma

iii)   Murid-murid menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran

iv)   Murid-murid menghadapi kesukaran menyatakan masa

v)    Murid-murid menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang melibatkan

lebih dari satu langkah.

Program Matematik KBSR bertujuan untuk membimbing pelajar menguasai

kemahiran asas mengira empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.Maka

kandungan sukatan matematik KBSR adalah asas untuk pelajar menangani masalah

kehidupan harian di samping persediaan mengikuti program matematik KBSM,

(Mohd Khairuddin Mohd Taib, 1992). masalah matematik berperkataan ini

sebenarnya tidak terhad dalam mata pelajaran matematik sahaja namun ia terdapat

dalam matapelajaran lain contohnya kimia, fizik dan sebagainya

Kesulitan ini mungkin merupakan sebab mengapa mereka kurang berjaya

dalam matematik. “Sebagai satu kajian sosial, Matematik bukan sahaja

membincangkan alat-alat dan tatacara yang berkaitan dengan sistem-sistem nombor

tetapi Matematik itu juga membicarakan masalah-masalah yang dialami oleh orang

Page 4: Ringkasan Artikel

semasa cuba memahami dan membuat penyelarasan yang sesuai dengan semua

jenis pengalaman yang bersabit dengan kuantiti.” (Frank J. Swetz, Liew Su Tim,

1983).

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , Datuk Abdul Rafie Mahat,

mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah

memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa ‘takut’ di dalam diri

pelajar.(Hairulazim,2002)

.Guru perlu bijak menggunakan kreativitinya serta inovatif dalam

menyampaikan isi pengajaran terutamanya tentang penyelesaian masalah agar

dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan kondusif. 

 Matematik adalah mata pelajaran yang abstrak, maka pembentukan sesuatu

konsep matematik tidak akan berjaya dengan kaedah penghafalan sahaja.

(Mohd Salahuddin Salleh, 2006). Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989)

mengatakan bahawa mendekati matematik melalui penyelesaian masalah dapat

mencipta konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik

daripada memperlakukannya

Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya menyelesaikan

masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai kemahiran menjalankan

operasi secara prosedural (Mokhtar et al., 2001 :Third International Mathematics and

Science Study [TIMSS],

Mayer (1985, 1987) mengusulkan empat peringkat yang harus dilalui oleh

seseorang individu semasa penyelesaian masalah iaitu (1) menterjemahkan

masalah, (2) mengintegrasi masalah, (3) merancang dan mencari strategi, dan (4)

melaksanakan penyelesaian.

Menurut faham konstruktivis, pengetahuan merupakan konstruksi (bentuk)

dari orang yang mengenal sesuatu (skemata). Pengetahuan tidak boleh dipindahkan

dari guru kepada orang lain, kerana setiap orang mempunyai skema sendiri tentang

apa yang diketahuinya. Pembentukan pengetahuan merupakan proses kognitif di

mana terjadi proses asimilasi dan akomodasi untuk mencapai suatu keseimbangan

sehingga terbentuk suatu skema yang baru.   Konstruktivisme adalah suatu upaya

membangun tata susunan hidup yang berbudaya moden

Page 5: Ringkasan Artikel

Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada

tahap awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan

kesempatan untuk mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar setelah ia

dapat melakukannya (Slavin, 1997). Ini merupakan teknik yang digunakan oleh

seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang

kurang berpengetahuan.

Pembelajaran dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar

yang lemah. Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu

menjadikan pelajar berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif

sehingga berjaya. Pelajar dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-

pengalaman pembelajaran serta meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang

perlu di capai. Sumbangan kedua ialah ia dapat mengembangkan prestasi dan zon

perkembangan proksimal pelajar. Zon perkembangan proksimal yang disarankan

oleh Vygotsky menghubungkan perbezaan antara apa yang boleh dipelajari oleh

pelajar tanpa bantuan dengan apa yang boleh dipelajari dengan bantuan guru atau

rakan sebaya yang berkebolehan.

Menurut Hartman (2002), tujuan guru mengajar berpandukan scaffolding

adalah untuk pelajar menjadi seorang penyelesai masalah dan individu pembelajar

yang bebas.

Menurut Roslina Radzali (2007)  kepercayaan pelajar yang naive tentang ciri

penyelesaian masalah perlu diperbetulkan.Pelajar perlu diberi kesedaran, bimbingan

dan pengalaman bahawa memahami konsep yang mendasari masalah adalah

penting untuk berjaya dalam penyelesaian masalah matematik.

Kesedaran mesti diberikan kepada pelajar bahawa tidak ada satu prosedur

khusus tertentu, langkah demi langkah yang boleh menyelesaikan semua masalah

matematik. Pendedahan kepada pelajar bahawa penyelesaian masalah matematik

adalah melalui kefahaman yang jelas terhadap situasi masalah yang hendak

diselesaikan, membuat gambaran mental dan kemudiannya membina perwakilan

bagi masalah tersebut, mesti diamalkan.

Page 6: Ringkasan Artikel

Kerja dalam kumpulan adalah sesuai bagi murid yang mempunyai masalah

pembelajaran seperti ini iaitu seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif.

Ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab dengan membantu

satu sama lain (Meese, 2001;Rivera,1996 masalah dengan pelbagai cara (Effandi,

2003).. ). Pembelajaran koperatif memberi peluang kepada murid untuk mendekati

sesuatud begitu sahaja.  Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu

pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran kooperatif

sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran.

Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui

pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya

boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.

Pembelajaran jenis ini juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang

memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil

untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah (1) saling bergantung

antara satu sama lain secara positif (2) saling berinteraksi secara bersemuka (3)

akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri (4) kemahiran koperatif, dan

(5)pemprosesan kumpulan.

Terdapat beberapa kaedah pembelajaran koperatif seperti  (1) Kaedah Jigsaw

II, (2) Kaedah STAD, (3) TAI (Team Assisted Individualization). Untuk

menyelesaikan masalah pembelajaran ini, ketiga-tiga kaedah ini boleh di gunakan.

STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions.

Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah

perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain.

Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman

pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang

ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan

ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan

dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan

diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling

bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum. Kaedah ini juga sesuai

Page 7: Ringkasan Artikel

dalam mengatasi masalah ini kerana ia akan menimbulkan minat kepada para

pelajar untuk menyelesaikan masalah.

TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk dengan menggabungkan

antara motivasi dan insentif  kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah

bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam

setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang

berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar

helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab

memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir

setiap unit. Skor mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan di jumlahkan ,

kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil. Kaedah ini

sekaligus akan meningkatkan nilai motivasi dalam diri murid dalam mempelajari

subjek ini.

Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang

menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh

pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya

membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali

membuat berbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang

cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia

bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah

berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik.

Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan

penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah

pemahaman dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan

matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih

rendah, iaitu dalam bentuk hiraki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah

atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya

kesalahfahaman konsep. Laporan Cockroft (1982), sesuatu pelajaran matematik

yang baik lagi efektif harus mengandungi unsur - unsur seperti eksposisi atau

penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru serta

Page 8: Ringkasan Artikel

perbincangan antara pelajar itu sendiri. Di samping itu pelajaran itu juga seharusnya

mempunyai kerja praktik yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti

penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki pelbagai  cara penyelesaian masalah

matematik.

Dewey (1859) melalui bukunya “The School and Society” (1899) dan “The

Child and The Curriculum” (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaran

berbentuk pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa

kini baik dari segi teori mahupun dari segi praktiknya. Oleh yang demikian, pedagogi

yang betul ialah dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan

bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang

pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang. Menurut Webb

(1989  dalam Tengku Shariffah bt Tuan Yusof  2004), pengaruh guru terhadap

pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan guru dalam merancang

strategi pengajaran dengan baik amat perlu.

Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan

bahawa mereka tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan

sudah tentu tidak tahu melaksana strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang

aktif. Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan

kalkulator atau pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu di beri peluang

berbincang dan bertukar-tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.

Page 9: Ringkasan Artikel

Analisa Artikel :

Permasalah Dalam Pembelajaran Matematik