rfn rsn rt rkk

19
RANCANGAN FIZIKAL NEGARA Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pelan perancangan spatial negara yang memberi panduan mengenai arah dan corak pembangunan, kegunaan dan pemeliharaan tanah negara yang strategic (15-20 tahun). Rancangan Fizikal Negara disediakan di bawah Bahagian ii b, Seksyen 6b, Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan) 2001, (Akta a1129). Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Malaysia pada 26 April 2005. Seksyen 6b ( 2 ) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategi bagi maksud menentukan haluan dan aliran am pemajuan fizikal bagi negara. Ianya juga perlu disertakan dengan apa-apa rancangan petunjuk sebagaimana yang perlu untuk menjelaskan dasar-dasar strategik. Mengandungi perkara-perkara lain sebagaimana yang telah ditetapkan atau yang ditentukan oleh mpfn dalam mana-mana kes yang tertentu. RFN ini disediakan di peringkat JPBD Semenanjung Malay sia dan dipertanggungjawabkan di bawah ketua pengarah perancang bandar dan desa dan diwujudkan berasaskan kepada dasar-dasar yang diterjemahkan dari Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia 5 tahun. FUNGSI RANCANGAN FIZIKAL NEGARA y Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara. y Menyelaraskan agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral. y Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan membentuk polisi perancangan fizikal TANGGUNGJAWAB PENYEDIAAN RFN Penyediaan Draf RFN adalah diperingkat JPBD Semenanjung Malaysia dan bawah tanggungjawab ketua pengarah perancang bandar dan desa. Terdapat 2 keadaan di mana penyediaan RFN perlu dibuat : y Ketua Pengarah JPBD apabila diarahkan oleh majlis , menyediakan dan menyampaikan suatu Draf RFN yang meliputi semenanjung malaysia kepada majlis bagi kelulusannya sebagaimana peruntukan seksyen 6b (1). y Apabila RFN berkuatkuasa, adalah menjadi tugas am kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk membantu dalam memastikan bahawa matlamat RFN terca pai sebagaimana peruntukkan dalam Seksyen 6b (5). LAPAN TEMA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA:- 1. Pembentukan kerangka spatial negara 2. Peningkatan daya saing ekonomi negara 3. Pemodenan sektor pertanian 4. Pengukuhan pembangunan pelancongan 5. Perngurusan petempatan manusia 6. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar 7. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara 8. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian

Upload: hpputih

Post on 29-May-2018

306 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 1/19

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pelan perancangan spatial negara yang memberi panduan

mengenai arah dan corak pembangunan, kegunaan dan pemeliharaan tanah negara yang strategic (15-20 tahun).

Rancangan Fizikal Negara disediakan di bawah Bahagian ii b, Seksyen 6b, Akta Perancangan Bandar dan Desa

(pindaan) 2001, (Akta a1129). Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Malaysia

pada 26 April 2005.

Seksyen 6b ( 2 ) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) merupakan suatu pernyataan bertulis yang

merumuskan dasar-dasar strategi bagi maksud menentukan haluan dan aliran am pemajuan fizikal bagi negara.

Ianya juga perlu disertakan dengan apa-apa rancangan petunjuk sebagaimana yang perlu untuk menjelaskan

dasar-dasar strategik.

Mengandungi perkara-perkara lain sebagaimana yang telah ditetapkan atau yang ditentukan oleh mpfn dalam

mana-mana kes yang tertentu.

RFN ini disediakan di peringkat JPBD Semenanjung Malaysia dan dipertanggungjawabkan di bawah ketua pengarah

perancang bandar dan desa dan diwujudkan berasaskan kepada dasar-dasar yang diterjemahkan dari Dasar

Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia 5 tahun.

FUNGSI RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

y  Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara.

y  Menyelaraskan agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral.

y  Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan membentuk polisi

perancangan fizikal

TANGGUNGJAWAB PENYEDIAAN RFN

Penyediaan Draf RFN adalah diperingkat JPBD Semenanjung Malaysia dan bawah tanggungjawab ketua pengarah

perancang bandar dan desa. Terdapat 2 keadaan di mana penyediaan RFN perlu dibuat :

y  Ketua Pengarah JPBD apabila diarahkan oleh majlis , menyediakan dan menyampaikan suatu Draf RFN

yang meliputi semenanjung malaysia kepada majlis bagi kelulusannya sebagaimana peruntukan seksyen

6b (1).

y  Apabila RFN berkuatkuasa, adalah menjadi tugas am kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk

membantu dalam memastikan bahawa matlamat RFN tercapai sebagaimana peruntukkan dalam Seksyen

6b (5).

LAPAN TEMA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA:-

1.  Pembentukan kerangka spatial negara

2.  Peningkatan daya saing ekonomi negara

3.  Pemodenan sektor pertanian4.  Pengukuhan pembangunan pelancongan

5.  Perngurusan petempatan manusia

6.  Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar

7.  Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara

8.  Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 2/19

Penyediaan RFN kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan

negeri di seluruh Semenanjung Malaysia dan penyediaan RFN ini perlu dijadikan sebagai:

Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.

Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat rancangan struktur negeri dan

rancangan tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan

Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh agensi persekutuan dan negeri dalam

pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia lima tahun.

DEFINISI RANCANGAN STRUKTUR

Rancangan Struktur (RS) negeri sembilan disediakan berasaskan peruntukan bahagian iii, Seksyen 8, Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan setiap negeri untuk mempunyai Rancangan

Struktur bagi kawasan pentadbiran masing-masing. Menurut Seksyen 8(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976 (Akta 172), RS Ialah suatu pernyataan bertulis :

A.  Yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan am Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berkenaan dengan

pemajuan dan penggunaan tanah dalam negeri itu termasuklah langkah untuk :

y  Memperelokkan persekitaran hidup dari segi fizikaly  Memperelokkan perhubungan dan pengurusan lalu lintas

y  Memperelok kesejahteraan sosio ekonomi

y  Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

y  Memudahkan pemajuan yang mampan

B.  Mematuhi perkara-perkara lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis

Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes tertentu.

C.  Menyatakan pertalian antara cadangan yang terkandung di dalamnya dengan cadangan am bagi

pemajuan dan penggunaan tanah di kawasan berjiran yang dijangka menyentuh negeri itu. RS ini juga

mengandungi gambarajah utama untuk menerangkan cadangan-cadangan dalam perancangan

pembangunan negeri.

FUNGSI RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

1.  Mentafsir dasar-dasar negara dan negeri Rancangan Struktur Negeri Sembilan dengan menterjemahkan

dasar-dasar semasa di peringkat negara dan negeri dalam bentuk rangka dan asas pemajuan serta

penggunaan tanah negeri.

2.  Membentuk pernyataan matlamat, objektif dan strategi perancangan kerajaan Negeri Sembilan dengan

menyediakan kerangka dasar dan strategi negeri yang dibentuk di dalam wawasan dan matlamat

pembangunan serta objektif dan strategi pembangunan negeri. RS Negeri Sembilan akan menjadi rangka

kerja perancangan serta asas dalam pembentukan matlamat, objektif dan strategi perancangan negeri

sehingga tahun 2020.

3.  Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan rancangan-rancangan tempatan dengan itu, RS Negeri

Sembilan akan menyediakan dasar-dasar strategik (dasar umum dan dasar subjek) yang akan menjadi

panduan di dalam penyediaan Rancangan Tempatan [Sek. 12(8)].

4.  Menyediakan asas bagi kawalan pemajuan dan keputusan-keputusan perancangan kajian RS Negeri

Sembilan ini mengambilkira perancangan dan pembangunan negeri-negeri bersempadan serta mengkaji

isu perancangan dan cadangan-cadangan yang dibangkitkan dalam pelbagai forum, sesi perbincangan

yang melibatkan agensiagensi kerajaan dan orang awam dalam pembentukan dasar. Ini adalah untuk RS

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 3/19

Negeri Sembilan menyediakan satu asas yang baik untuk tujuan kawalan pemajuan dan keputusan

perancangan.

5.  Mengemukakan isu-isu utama perancangan kepada masyarakat melalui peruntukan Akta Perancangan

Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) tentang kewajipan pengarah negeri memeriksa kawasan perancangan,

ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran dan sosial serta isu-isu perancangan semasa akan dapat

dikenalpasti. Melalui proses publisiti, penemuan isu utama perancangan akan dapat dihebahkan kepada

masyarakat.

DEFINISI RANCANGAN TEMPATAN

Rancangan Tempatan (RT) disediakan di bawah peruntukkan Seksyen 12 hingga 16a. RT ialah suatu dokumen yang

mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan-

cadangan pbpt berkenaan perancangan fizikal seperti guna tanah, alam sekitar, infrastruktur dan utiliti, landskap,

lalu lintas dan lain-lain.

y  Menterjemahkan strategi-strategi Rancangan Struktur (RS) yang mengandungi polisi dan cadangan am

PBPT berkenaan dengan kuasa tempatan.

y  Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan tempatan akan menjadi garis

panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan

tersebut.

y  Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-

keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi

oleh RT.

Laporan RT akan disokong oleh:

Pelan Subjek Perincian sesuatu perkara seperti cadangan lalulintas, landskap dll.

Pelan Sisip Perincian sesuatu cadangan seperti aliran lalu lintas pusat bandar,kawasan taman, rekreasi dll.

Kelas Kegunaan Tanah Aktiviti-aktiviti setiap kategori kegunaan tanah.

Garis Panduan Pembangunan Khusus Kawasan yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan istimewa yang

memerlukan tindakan dan perhatian pihak berkuasa

Garis Panduan Pembangunan Umum Nisbah plot, anjakan bangunan, ketinggian bangunan, keperluan

kawasan lapang dan sebagainya

KENAPA RANCANGAN TEMPATAN DIPERLUKAN?

1.  Melaksanakan strategi rs dengan lebih terperinci

2.  Menerangkan dengan lebih jelas dasar kawalan perancangan.

3.  Mampu menerangkan kepada pihak awam tentang isu-isu perancangan yang terperinci.

4.  Membolehkan pemilik, pemaju dan pihak lain mengetahui bagai mana tanahtanah mereka terlibat

dengan perancangan semasa dan akan datang.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 4/19

BAGAIMANA PIHAK AWAM BOLEH TERLIBAT DALAM RANCANGAN PEMAJUAN?

1.  Penyediaan Rancangan Pemajuan memberi kesan secara langsung kepada penduduk tempatan dan Akta

172 membolehkan orang awam mengambil bahagian di dalam penyediaannya.

2.  Seksyen 12a memperuntukkan sebelum memulakan penyediaan RT, PBPT hendaklah mengadakan

publisiti awal berkenaan dengan Draf RT yang akan disediakan itu.

3.  Subseksyen 13(2) memperuntukkan setelah Draf RT disediakan, PBPT perlu menyediakan salinan

laporannya untuk diedarkan dan dipamerkan untuk pemeriksaan awam tidak kurang daripada empat (4)

minggu.

4.  Pihak awam boleh membuat bantahan sekira terkilan dengan perkara-perkara yang terkandung di dalam

Draf RT. Seranta Draf RT boleh dilanjutkan lagi untuk tempoh tidak melebihi empat (4) minggu atas

permintaan pihak awam.

5.  Notis pemberitahuan dan pengumuman kepada pihak awam dikehendaki disiarkan dalam tiga keluaran

akhbar seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 13(2).

6.  Sekiranya RT telah dilulus dan diwartakan, semua aktiviti pembangunan mestilah mematuhi RT tersebut.

Definisi Rancangan Kawasan Khas (RKK)

Rancangan Kawasan Khas adalah satu rancangan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan

pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam bentuk

pelan susunatur atau pelan pengurusan yang disokong oleh spesifikasi.

Pelan Tindakan Pembangunan ini disokong oleh spesifikasi pembangunan terperinci dan jadual tindakan

pembangunan. RKK juga menyediakan cadangan program pembangunan yang mengandungi fasa, kos, agensi

pelaksana dan pendekatan pelaksanaan.

Menurut Ensiklopedia Undang-Undang Dan Pentadbiran Perancangan Bandar Dan Desa, Jabatan Perancangan

Bandar Dan Desa, Semenanjung Malaysia, November 2002, RKK ini bertujuan mempercepatkan perancangan

yang terperinci bagi sesuatu kawasan yang mempunyai kepentingan dan karektor tertentu yang perlu dipelihara

dan dikawal selia seperti kawasan-kawasan yang mempunyai nilai-nilai alam sekitar yang tinggi, kawasan yang

mempunyai daya tarikan dan kecantikan semulajadi, kawasan yang kaya dengan nilai sejarah, warisan dan budaya

serta kawasan yang memerlukan pembangunan khas bagi kumpulan masyarakat tertentu seperti penempatan

orang asli.

Kebaikan Rancangan Kawasan Khas (RKK)

RKK adalah rancangan terperinci yang bercorak tempatan. ia disediakan bagi kawasan yang mempunyai

kepentingan khusus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBPT). Dengan itu, PBPT boleh menyediakan RKK bagi

mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai.

Penyediaan RKK adalah untuk membolahkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu

kawasan, iaitu bagi tujuan sama ada untuk memajukan, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara

atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan.

tempoh masa penyediaan RKK adalah tidak melebihi 12 bulan untuk disiapkan iaitu bermula setelah perlantikan

perunding sehingga proses seranta. tempoh masa ini adalah sesuai kepada PBPT untuk menyediakan cadanganperancangan dan pelaksanaan.

RKK mempunyai kuatkuasa seperti Rancangan Tempatan. Dengan itu, RKK boleh membantu PBPT untuk

melaksanakan tindakan segera pembangunan atau kawalan atau pengurusan ke atas sesuatu kawasan.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 5/19

Projek Khas

Pembangunan Pekan-Pekan Kecil Negeri Sembilan

Melalui kajian yang telah dijalankan, terdapat 20 buah pekan kecil yang telah dipilh daripada keseluruhan 7 buah

daerah di Negeri Sembilan.

Dengan menggunakan kaedah dan perisian MCE (Multi-Criteria Evaluation) iaitu Definite, keutamaan

pembangunan pekan-pekan kecil adalah seperti berikut:-

1- Simpang Pertang ( Jelebu )

2- Labu ( Seremban )

3- Simpang Durian ( Jelebu )

4- Pasir Besar ( Tampin )

5- Pasir Panjang ( Port Dickson )

6- Pedas ( Rembau )

7- Lenggeng ( Seremban )

8- Linggi ( Port Dickson )

9- Chengkau ( Rembau )

10- Felcra Ayer Hitam ( Jempol )

11- Ayer Kuning ( Tampin )

12- Seri Menanti ( Kuala Pilah )

13- Rompin ( Jempol )

14- Air Mawang ( Kuala Pilah )

15- Lubuk China (Rembau )

16- Air Hitam ( Jelebu )

17- Palong 16 ( Jempol )

18- Pengkalan Kempas ( Port Dickson )

19- Juaseh ( Kuala Pilah )

20- Tanjung Ipoh ( Kuala Pilah )

Pada separuh penggal yang lalu (setengah tahun), Pekan Pantai telah ditukar ke Pekan Labu kerana hanya 2 pekan

sahaja yang diperuntukkan untuk setiap daerah dan setelah kajian dilakukan menerusi kaedah Definite, Pekan

Simpang Pertang (Jelebu) telah menjadi pekan utama yang perlu diberi perhatian dalam pelan pembangunan

pekan-pekan kecil Negeri Sembilan Darul Khusus.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 6/19

 

Negeri Sembilan Darul Khusus

Wawasan

Untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang maju dan seimbang menjelang tahun 2020 dengantahap ekonomi yang kukuh, mampan, berdaya saiang serta mempunyai masyarakat yang harmoni, bernilai murni,

bermaklumat dan cemerlang.

Maklumat Negeri

Jumlah Keluasan Negeri (Hektar) 665374.77

Jumlah Penduduk 859924

Pusat Pentadbiran Seremban

Konsep Pembangunan

Konsep pembangunan dapat dirumuskan iaitu zon potensi pembangunan yang dikenalpasti berdasarkan Konsep

Pengoptimum Potensi ekonomi, fizikal dan sosial negeri sembilan akan bertindak sebagai pemangki

pembangunan kepada nodus pertumbuhan strategik. Konsep Konsentrasi & Serak memaparkan penumpuan

pembangunan di nodus-nodus pertumbuhan strategik dan seterusnya menyerakkan semula kesan pengganda

perkhidmatan bagi bandar-bandar besar ke atas kawasan desa di sekitarnya.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 7/19

Daerah Daerah di Negeri Sembilan

1.  Seremban

2.  Port dickson

3.  Rembau

4.  Tampin

5.  Kuala pilah

6.  Jempol

7.  Jelebu

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 8/19

Seremban

Fokus Pembangunan Daerah

Pentadbiran (e-government), institusi, perdagangan dan bandar dormitori serta nilai sebagai pusat industri bio-

tech

Keluasan Daerah(Hektar) 95189.36

Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 14.3

Jumlah Penduduk 397185

Pusat Pentadbiran Seremban

Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Seremban

Majlis Perbandaran Nilai

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan

Latar Belakang Daerah

Ia bersempadanan dengan daerah Jelebu dan Kuala Pilah di timur, daerah Rembau di selatan, daerah Port Dickson

di barat, tetapi juga bersempadanan dengan negeri Selangor iaitu daerah Sepang dan Hulu Langat di utara.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 9/19

PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI

Pusat Wilayah Negeri

y  Seremban

y  Pusat pentadbiran dan institusi negeri

y  Tumpuan aktiviti perdagangan dan

perkhidmatan di negeri sembilan.

Pusat Separa Wilayah Negeri

y  Nilai

y  Pusat pentadbiran dan perdaganagn bagi

kawasan wilayah.

Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)

y  Mantin

y  Bt. 8, Labu

y  Pusat perdagangan dan pertadbiran di

peringkat daerah. Pusat pertumbuhan utama

di peringkat daerah.

Pusat Pertumbuhan Kecik (Ppk)

y  Lenggeng

y  Broga

y  Rantau

y  Pajam

y  Pantai

y  Ulu Beranang

y  Kuala Sawah

y  Sg. Gadut

y  Batang Benar

y  Sagga

y  Pusat perdagangan dengan fungsi

perkhidmatan terhad. Berperanan sebagaipusat bagi perkhidmatan penduduk tempatan.

Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)

y  Kg. Sg. Jai

y  Kg. Jijan

y  Pusat perkhidmatan kepada kampung-

kampung rangkaiannya

STRATEGI PEMBANGUNAN

Strategi pembangunan koridor dan tumpuan diterima pakai sebagai strategi pembangunan spatial Negeri

Sembilan. Strategi pembangunan dirangka selaras dengan arah bertujuan menggalakkan dan mengimbangi

pembangunan di bahagian barat dan spatial negeri, 2 koridor dikenal pasti iaitu koridor pembangunan dan koridor

pelancongan.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 10/19

Port Dickson

Fokus Pembangunan Daerah

Bandar dormitori, daerah perkhidmatan dan pelancongan.

Keluasan Daerah(Hektar) 57341.20

Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 8.61

Jumlah Penduduk 110350

Pusat Pentadbiran Port Dickson

Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Port Dickson

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan

Latar Belakang Daerah( Dalam Konteks Wilayah)

Ia terletak 95 km dari Kuala Lumpur, 50 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 70 km ke

Putrajaya/Cyberjaya dan 90 km ke Melaka.

Strategi Pembangunan

Strategi pembangunan daerah Port Dickson ini memberi penekanan kepada sektor pelancongan memandangkan

daerah Port Dickson ke persada antarabangsa dan berupaya bersaing dan menberi impak positif kepada daerah

dan negeri bersempadanan.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 11/19

PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI

Pusat Separa Wilayah Negeri

y  Port Dickson

y  Pusat pertadbiran dan perdagangan bagi

kawasan wilayah

Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)

y  Teluk Kemang

y  Lukut

y  Pusat pertadbiran, perdagangan/ komersial

dan industri peringkat daerah yang menyokong

pusat separa wilayah negeri

y  Perkhidmatan sokongan yang lain

Pusat Pertumbuhan Kecik (Ppk)

y  Pasir Panjang

y  Linggi(Pengkalan Kundang)

y  Pengkalan Kempas

y  Sg. Nipah

y  Chuah

y  Bkt Pelanduk

y  Sungala

y  Siliau

y  Pusat perdagangan dengan fungsi

perkhidmatan terhad

y  Berperanan sebagai pusat

perkhidmatanpenduduk tempatan penduduk

tempatan terutama dalam penyediaan

kemudahan asas dan sosial.

Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)

y  Kg. Sg. Raya

y  Kg. Jimah Baru

y  Pusat perdagangan dengan fungsi

perkhidmatan terhad/ bagi perkhidmatan

penduduk tempatan

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 12/19

Rembau

Fokus Pembangunan Daerah

Pusat pemprosesan makanan halal, daerah industri makanan halal, hinterland- bio valley

Keluasan Daerah(Hektar) 402761.93

Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 6.1

Jumlah Penduduk 38325

Pusat Pentadbiran Rembau

Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Rembau

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan

PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI

Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)

y  Rembau

y  Pusat perdagangan dan pertadbiran di

peringkat daerah. Pusat pertumbuhan utama

di peringkat daerah.

Pusat Pertumbuhan Kecik (Ppk)

y  Kota

y  Lubuk Cina

y  Chengkau

y  Pedas

y  Pusat perdagangan dengan fungsi

perkhidmatan terhad. Berperanan sebagai

pusat bagi perkhidmatan penduduk tempatan.

Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)

y  Kg. Ulu Sepri

y  Kg.Astana Raja

y  Kg. Kundor Tengah

y  Kg. Panajis

y  Kg. Pilin

y  Pusat perkhidmatan kepada kampung-

kampung rangkaiannya

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 13/19

Strategi Pembangunan

Ini akan mangagihkan pembangunan kepada 3 sektor utama yang meliputi pembangunan perindustrian, pertanian

dan pembangunan pelancongan. Ketiga-tiga sektor ini dibentuk untuk menintergrasikan pembangunan di daerah

Rembau yang akan menerima kesan limpahan pambangunan dari kawasan Lembah Klang dan daerah Seremban.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 14/19

Tampin

Fokus Pembangunan Daerah

Daerah industri dan perternakan, bandar domitri, industri dan perdagangan, hinterland-bio valley.

Keluasan Daerah(Hektar) 85349.66

Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 15.5

Jumlah Penduduk 38825

Pusat Pentadbiran Tampin

Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Tampin

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan

Latar Belakang Daerah

Daerah Tampin adalah salah satu daripada tiga daerah yang terletak di selatan Negeri Sembilan dan disempadani

oleh tiga daerah di negeri dan di luar iaitu daerah jempol di bahagian utara, daerah Kuala Pilah di bahagian barat

laut, daerah Rembau di bahagian barat. Sementara luar Negeri Sembilan ialah daerah Jasin dan Alor Gajah, Melaka

di bahagian selatan, daerah Segamat, Johor di bahagian timur dan daerah Muar, Johor di bahagian selatan.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 15/19

PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI

Pusat Separa Wilayah Negeri

y  Tampin

y  Pusat pentadbiran dan perdaganagn bagi

kawasan wilayah.

Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)

y  Gemas

y  Pusat perdagangan dan pertadbiran di

peringkat daerah. Pusat pertumbuhan utama

di peringkat daerah.

Pusat Pertumbuhan Kecik (Ppk)

y  Gemencheh

y  Ayer Kuning

y  Batang Melaka

y  Bukit Rokan

y  Pasir Besar

y  Pusat perdagangan dengan fungsi

perkhidmatan terhad. Berperanan sebagai

pusat bagi perkhidmatan penduduk tempatan.

Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)

y  Kg. Bangkahulu

y  Kg. Sg. Jerneh

y  Kg. Tanjung Alai

y  Pusat perkhidmatan kepada kampung-

kampung rangkaiannya

Strategi Pembangunan

Tampin, Gemas dan Gemencheh sebagai nodus pertumbuhan strategik zon tumpuan pembangunan

perindustrian dan perdagangan. Manfaat koridor pembangunan Koridor Nilai- Seremban Pedas -Tampin dan

Koridor Tampin Gemas. Pemuliharaan tanah subur untuk tanaman berdaya maju - Hinterland Biolvalley dan

perternakan. Potensi sebagai bandar domitri iaitu kediaman alternativ dan jaringan prasarana pengangkutan yang

menyeluruh.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 16/19

Kuala Pilah

Fokus Pembangunan Daerah

Agropolis, industri kecil dan sederhana (IKS), daerah bersejarah, warisan dan budaya, hinterland-bio valley

Keluasan Daerah(Hektar) 1032020.76

Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 15.5

Jumlah Penduduk 66980

Pusat Pentadbiran Kuala Pilah

Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kuala Pilah

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan

MATLAMAT KAJIAN

Matlamat utama kajian ini adalah untuk menyediakan rancangan tempatan di kawasan pembangunan utama

bandar Kuala Pilah di bawah pentadbiran MDKP bagi jangka masa perancangan dari tahun 1999 hingga 2015.

PUSAT PERTUMBUHAN KAWASAN PUSAT PERTUMBUHAN

Pusat Pertumbuhan Pelancongan Ulu Bendul Seri Menanti Terachi

Pusat Pertumbuhan Perbandaran Bandara Kuala Pilah Tanjong Ipoh Pembanguan

Bercampur Perpaduan Height Senaling

Pusat Pertumbuhan Perindustrian Dan Pertanian

Bahagian Barat

Batu Meraung Pelangai Juasseh

Pusat Pertumbuhan Perindustrian Dan Pertanian

Bahagian Selatan

Selaru Renggoh Kuala Johol

Pusat Pertumbuhan Pertanian Air Mawang

Pusat Pertumbuhan Baru Dengan Injected Population Pembangunan Kolej Matrikulasi Kementerian

Pendidikan Dan Universiti Teknologi Mara.

STRATEGI PEMBANGUNAN

Strategi pembangunan kawasan rancangan tempatan menggunakan konsep pembangunan berselerak tertumpu

dan konsep pembangunan koridor. Konsep ini menekankan pembangunan pusat-pusat pertumbuhan terutamanya

di sepanjang kordor utama yang dikenal pasti. Secara dasarnya, strategi ini adalah selaras dengan strategi

pembangunan yang telah digariskan dalam rancangan struktur daerah kuala pilah, 1993- 2015. Strategi ini telah

membahagikan kawasan pusat pertumbuhan yang dikenal pasti kepada beberapa aspek utama iaitu pembangunan

perbandaran, pembangunan perindustrian, pembangunan pelancongan dan pembangunan pertanian

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 17/19

Jempol

Fokus Pembangunan Daerah

Daerah penyelidikan dan pembangunan agro, agropolis dan daerah agro pelancongan, hinterland-bio valley.

Latar Belakang Daerah

Daerah Jempol merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan. Ia bersempadan dengan daerah Bera , Pahang di

sebelah utara, daerah Jelebu di barat laut, daerah Kuala Pilah di barat, daerah Tampin di selatan serta daerahSegamat di Johor.

Keluasan Daerah(Hektar) 148277.30

Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 22.3

Jumlah Penduduk 129733

Pusat Pentadbiran Bandar Seri Jempol

Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Jempol

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan

Wawasan

Menjadikan daerah Jempol sebagai daerah terancang yang moden menjelang tahun 2020, sebagai pengeluar hasil

pertanian dan industri asas tani yang utama bagi Negeri Sembilan.

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 18/19

PUSAT

PERTEMPATAN 

LOKASI  JUSTIFIKASI 

Pusat Separa

Wilayah (Psw) 

Bandar Seri Jempol Feldajaya y  Guna tanah utama adalah institusi selaras

dengan fungsinya sebagai bandar pentadbiran

daearah jempol dan eksploitasi pengabungan

feldajaya diselatan bandar seri jempol.

Pusat Tempatan

Utama (Ptu) 

Bahau- Mahsan

Felda Palong 4,5,6

Felda Lui Muda

y  Hierarki bandar bahau sebagai pusat tempatan

utama dan pusat komersil utama bagi daerah

 jempol dengan kependudukan mencapai

sasaran sebagai pusat pertumbuhan utama.

y  Perluasan bandar bahau dan mahsan akan

memberikan peluang pembangunan yang lebih

besar.

Pusat Tempatan

Kecik (Ptk) 

Pekan Batu Kikir

Pekan Rompin

Felda Serting Hilir

Felda Palong 7,8,9,10,11,14,45,16

y  Merupakan pintu masuk ke jempol dari kuala

pilah dan seremban

y  Mempunyai penduduk tampungan meliputi

kawasan kampung-kampung tradisi di daerah

kuala pilah kerana kedudukan geografinya

yang bersempadan.

y  Mempunyai tanah yang berpotensi untuk

dibangunkan

Pusat Tempatan

Desa 

Pekan Air Hitam

Kg. Serting Hilir

Kg. Serting Tengah

Kg. Kuala Jempol

Jelai

Felda Bukit Rokan Barat

Felda Palong2Felda Pasoh 3

y  Pusat perkhidmatan kepada kampung-

kampung rangkaiannya

8/8/2019 rfn rsn rt rkk

http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 19/19

Jelebu

Fokus Pembangunan Daerah

Pusat bio-valley, industri kecil dan sederhana(iks), daerah eko dan agro pelancongan

Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 20.4

Jumlah Penduduk 38526

Pusat Pentadbiran Kuala Klawang

Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Jelebu

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan

Latar Belakang Daerah

Daerah Jelebu merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan. Ia bersempadan dengan negeri Selangor di

bahagian barat, negeri Pahang di sebelah utara, daerah Seremban dan Kuala Pilah di sebelah selatan serta daerah

Jempol di sebelah timur.

PUSAT PERTUMBUHAN  FUNGSI 

Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu) 

y  Kuala Klawang

y  Pusat perdagangan dan pertadbiran di

peringkat daerah. Pusat pertumbuhan utama

di peringkat daerah.

Pusat Pertumbuhan Kecil (Ppk) 

y  Titi

y  Petaling

y  Chennah

y  Simpang Pertang

y  Durian Tipus

y  Simpang Durian

y  Pusat perdagangan dengan fungsi

perkhidmatan terhad. Berperanan sebagai

pusat bagi perkhidmatan penduduk tempatan.

Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd) 

y  Sungai Muntoh

y  Pusat perkhidmatan kepada kampung-

kampung rangkaiannya

Strategi Pembangunan

Keseluruhannya berdasarkan kepada konsep pembangunan berpusat dan terkawal . Konsep ini merupakan konsep

pembangunan srtategi pembanguan spatial Negeri Sembilan yang memberi tumpuan kepada pembangunan

Bandar Kuala Klawang dan pengekalan kawasan hutan serta pertanian. Peranan Kuala Klawang masih diutamakan

sebagai pusat pertampatan utama yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk daerah Jelebu